Sabtu, 15 Oktober 2011

Dah lama ICT masuk kampung Telok,,,,,HD lagi !

Aku teringat...tahun 77.hari tu..hari apa..aku dah lupa. tapi petang tu lebih kurang 5.30 hingga 6 petang tatkala aku dengan kengkawan tengah main baling selipar, sebuah lori kecil menyusur masuk ke lorong rumahku. Aku dan kengkawan tertanya-tanya..apa hal ni? Kata Seman tu lori Yok Koon, tauke Cina yang jual barang letrik kat pekan Telok...Yalah, aku kenal abang drebarnya orang Telok jugak,cuma namanya aku dah lupa..Kami tak jadi bermain kerana peristiwa lori masuk ke pekarangan rumah lebih memerlukan penyiasatan rapi kami...mesti ada hal besar ni!
Di belakang lori itu ada sekotak barangan.Tertulis perkataan TELEVISION kat kotak."wwwwoooiii, rumah engkau dah ada tali besen ler", gurau kawan sekampung juga sedara sebaya aku, Seman.Malam ni tak payahlah lagi pergi rumah Mak Yam tengok cerita Melayu..katanya lagi.Aku seperti tak percaya.kaku,beku..tapi yang kat depan mata ini apa?Banyak duit bapa aku..mana dia dapat? camne kerja konduktor bas Kee Hup (Bas Klang-KL sebelum Park May ambil alih) boleh beli tv besar ni..radio buruk pun kitorang  takde? Selidik punya selidik...TV tu HD...Hutang Dulu..Biasalah orang kampung..mana ada duit selonggok? Aku tengok abah aku dengan penuh bangga kerana berkorban wang untuk anak isterinya...tapi takde lak aku tanya berapa duit muka atau bayaran ansuran sebulan....TVnya hitam putih..lebih kurang 20 inci jer..tapi kabinetnya..umangai! Aku tengok jer diorang pasang arieal dan test tv tu..lepas dah ok, apa lagi rumah aku macam ada pesta pulak..sedara mara dan jiran tetangga yang terdekat menjenguk dan bertanya khabar sambil mata mengerling kat tv baru abah aku itu..Malam tu kitorang tengak tv sampai habis siaran..Puas! Takde lagi ke rumah orang minta simpati tumpang tengok tv, ada kala orang suka ,ada kala macam-macam alasan diorang bagi.....

Pagi esoknya aku tengok abah aku balik dari pejabat pos kat Telok.Aku tengok abah aku bawa balik kertas merah sekeping..Aku tanya apa tu, bah? Lesen TV kata abahku. Aku tak pasti berapa harganya masa tu pasal tv baru aku tu hitam putih jer.Tapi yang aku pasti selepas akak aku yang kerja kilang Sankyo kat Batu 10 tu beli tv color (lupa pulak tahun bila), harganya memang RM 24. mula-mula beli ler tiap-tiap tahun. tapi lepas tu...24 ringgit macam-macam boleh buat! Besar duit tu masa awal 80-an dulu...Baik buat beli lauk dengan petai Arwah Bulat Kera kat pasar!
 Cerita kat tv walaupun waktu siarannya singkat (pukul 5 petang hingga 12 tgh malam) dan hanya ada dua channel jer..semuuanya kitorang tengok..kini giliran kitorang pulak entertain jiran-jiran yang belum ada tv lagi..Sejak hari tu, masa bermain kat luar mesti selaras dengan rancangan TV feveret kitorang terutama kartun-kartun..Lagi parah bila time VCR keluar kat pasaran..langsung melekap kat kaca tv..main...nanti ler!





Khamis, 13 Oktober 2011

Kisah di dapur

Entah mengapa aku selalu teringat betapa enak masakan ibu dan nenekku...ya, semua orang berkata begitu,kan? Tapi bagi aku keenakannya bukan saja pada tangan yang memasak tapi juga pada alatan memasaknya. Maksud aku...kalau aku bandingkan masakan dapur kayu,walaupun dengan seribu kepayahan, namun nasi yang ditanak terasa begitu enak dimakan! Mungkin pada standard kita sekarang, dengan segala kemewahan yang kita miliki, betapa payah nenek dan mak kita berada berjam-jam di dapur bermain dengan asap dan api...tapi bak kata pepatah, Alah Bisa Tegal Biasa.....Walaupun periuk belanga tebal jelaganya, hitam legam warnanya, namun kesudahannya...masakannya yang utama...enak!
Pengalaman aku mengutip, mematahkan dan menyusun kayu-kayu getah yang kering dan mati untuk disimpan sebagai kayu api masih terngiang-ngiang dalam benakku...Subuh-subuh lagi, tatkala manusia lain sedang enak diulit mimpi nenek dan ibuku bingkas bangun menjerang air, meniup bara memarakkan api, sambil menumbuk sambal untuk dibuat nasi goreng buat bekalku dan adik beradik ke sekolah...yang pasti aku dan adik2ku tidak akan dibiarkan kelaparan ke sekolah..... sungguh besar dan mulia  pengorbanan seorang ibu..

Ketika kewangan ayahku kian meningkat, kami memiliki dapur minyak tanah cap Butterfly yang terkenal satu masa dulu..Tiada lagi asap dan abu dapur yang memenuhi ruang dapur dan aku tidak perlu lagi ke kebun di darat sana mengutip kayu api !Tapi misi aku bertukar arah, ke kedai beli minyak tanah atau minyak gas....





Isnin, 3 Oktober 2011

Tok Peh Kong kat Simpang Pulau Carey






Aku pun heran macam mana kat Simpang boleh ada Tok Peh Kong Cina kat sebelah rumah Salleh Jelir ni sedangkan majoriti penduduk kat situ Melayu Islam?. Keling Hindu adalah beberapa keluarga termasuk keluarga Krishna...Cina yang aku kenal Ang Kia yang bela itik,dan Ah Be yang rumahnya kat seberang jalan berdepan rumah aku dulu.. Tapi apa-apapun aku ada pengalaman buruk dengan tokong cina ni.Sekitar tahun 1972/3.. Masa tu opera Cina sedang bermain..lama tu! Lebih sebulan diorang berkampung..Tiap-tiap malam full house! Time tu pulak  musim langsat..Apa lagi aku dan kengkawan aku projek jadi usahawan muda..jual langsat kebun aku kat opera cina tu..bukannya mahal..sebungkus 20 sen jer.tapi yang aku heran satu bungkus pun tak laku! Dalam kepala aku mesti ada hal ni...aku tembak mesti opera cina ni mainkan sentimen perkauman pro-Cina. Cinabeng...baru nak berniaga usahawan muda cam aku pulak yang jadi mangsa..
Posted Image

Posted Image
Posted Image

Wajah Telok- Dahulu dan Kini

 Gambar-gambar ini aku dapat daripada kengkawan di FB
http://www.facebook.com/groups/150706634984011/

Terima kasih tak terhingga kerana kenangan silam mula mengimbau fikiranku..Memang aku belum dilahiran pada tahun tu...tapi betapa kemajuan menerjah kehidupan di bumi merdeka mengingatkan aku agar bersyukur dengan anugerahNya...Nikmat Kemerdekaaan

1.Mungkin  di lokasi yang sama...selekoh kat kuarters JKR..simpang ke Jalan Telok Mengkuang
Perhatikan batu tanda tepi jalan masih wujud di sana! Perhatikan 3 orang lelaki sedang bersembang sambil berdiri di situ..Mungkin pekerja JKR atau PWD masa tu.. Bekalan api takde tapi tiang talipon memang dah ada...Perhatikan pulak pokok-pokok durian di bahgian latar gambar...pemandangan biasa kat Telok


2. Jalan Besar Telok menghala ke arah Banting



 3.Perhatikan bentuk senibina dan jenis perniagaan yang dijalankan..apakah masih sama?

Betapa tenang dan damai kehidupan masa itu...berbasikal keliling kampung..bernaung dibawah teduhan pokok sena, menunggu kehadiran dan deruan kenderaan sama ada ke Kelang atau ke Banting...Bekalan elektrik masih jauh dari nyata

Bangunan kedai papan dua tingkat yang terpisah daripada deretan kedai itu masih wujud sehingga tahun 80an sebelum bertukar wajah dengan binaan konkrit. Mengapa terpisah? Mungkin milik bumiputera..

Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...