Isnin, 7 Januari 2013

Sejarah Sekolah di Telok Panglima Garang



Sejarah pendidikan di Telok sememangnya panjang. Bermula dengan pendidikan fardhu ain tak formal di rumah tok-tok guru ketika  mengaji alquran, warga Telok mula menyedari kepentingan menuntut ilmu fardhu kifayah sebagai tuntutan sosial dan kerjaya. Mereka mula menghantar anak-anak ke sekolah rendah di sekolah-sekolah aliran Melayu kerajaan Penjajah Inggeris untuk menuntut ilmu setinggi mungkin daripada pendidik-pendidik anak bangsa yang tekad mengubah nasib bangsa. Dengan penuh kepayahan, mereka membentuk minda anak-anak untuk mencintai ilmu agar kemiskinan dan penjajahan tidak lagi diwariskan. Betapa besar dan murni pengorbanan guru-guru yang pernah menyentuh hati dan perasaan ribuan manusia di sekitar Telok. Hanya doa dan alfatihah yang mampu kita titipkan buat roh-roh pejuang agama, bangsa dan negara ini. Semoga damai mereka di sana. Alfatihah.......Amin.

SEJARAH

 Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang dibina pada tahun 1900 dengan 23 murid. Pada tahun 1975 sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok A). Pada tahun 1989 sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok B). Pada tahun 1994 sebuah lagi bangunan didirikan (Blok C). Pada tahun 2003 sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok D). Pada tahun 2004 telah ada empat buah bangunan di SK Telok Panglima Garang. Walaupun begitu, bilik darjah masih tidak mencukupi. Bangunan Sekolah Rendah Agama terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan bangunan tambahan. Hanya sebuah blok bangunan yang tidak dirobohkan dan menjadi Dewan Peperiksaan (Blok E). Pada tahun 2009 sebuah bangunan baru empat tingkat siap dibina bagi menggantikan bangunan Sek. Ren Agama yang telah uzur (Blok F).



                                   









                        gambar-gambar di atas hampir menyerupai bangunan-bangunan asal


 JASAMU DIKENANG...GURU BESAR
 1.    Encik Muhammad bin Salleh 1900 – 1902
 2.    Encik Lambak bin Musa          1903 – 1904
 3.    Encik Abdullah bin Salleh          1904 – 1932
 4.    Encik Abd. Hamid bin Daud 1932 – 1938
 5.    Encik Baba bin Bachik          1938 – 1940
 6.    Encik Mohammad bin Jalil          1940 – 1946
 7.    Encik  Jamaluddin bin Abdullah 1946 – 1954
 8.    Encik Ramlan bin Hj. Ikhsan 1954 – 1956
 9.    Encik Zainuddin bin Hj. Ahmad 1956 – 1969
 10.  En. Md. Taib bin Daud          1970 – 1976  
 11.  Tuan Hj. Wandi bin Jayus 1976 – 1982 
 12.  Tuan Hj. Ramlan bin Ribut         1982 – 1985
 13.  Tuan hj. Ismail bin Salam           1985 – 1992 
 14.  Encik Mat Samuji bin Sakidi 1992 – 1997 
 15.  Encik Sarmin b. Shibani          1997 – 2002
 16.  Encik Yaacob b. Abdul Rahman2003 – 2004
 17.  Tn. Haji Abas bin Tumi              2004 – 2006
 18.  Pn Salekha bt Abdul Rahman 2007 - 2011 
 19.  Encik Hassan bin Wahid          2011 - Kini

Sejarah SEKOLAH KEBANGSAAN  KEBUN BAHARU


Pada 9 April 1951, sekolah mula dibuka dengan murid seramai 57 orang iaitu 28 murid lelaki dan 29 murid perempuan. 17 April 1951, En. Johari b. Jalal bersama anak perempuannya, Cik Normah bt. Johari mula bertugas. Bangunan sekolah dirasmikan dan sekolah dinamakan SEKOLAH MELAYU KEBUN BAHARU sempena nama kampung yang baru dibuka dan telah mendapat persetujuan penduduk kampung sebagai lambang persepakatan. Murid telah meningkat kepada 95 orang.
Bilangan guru yang bertugas juga telah bertambah menjadi 5 orang iaitu :
1. En. Johari b. Jalal ( Guru Besar )
2. Cik Normah bt. Johari
3. En. Bahari b. Bahauddin
4. En. Harun b. Hj. Ahmad
5. En. Ahmad b. Ishak

Pada tahun 1961, nama Sekolah Melayu Kebun Baharu ditukar menjadi SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN BAHARU atas arahan Kementerian Pelajaran ketika itu, sesuai dengan beberapa perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara pada ketika itu.

Bangunan Kerajaan
Setelah negara mencapai kemerdekaan, kerajaan bersetuju untuk membina sebuah bangunan sekolah yang baru pada tahun 1964. Bangunan baru ini mempunyai 3 buah bilik darjah. Walaubagaimanapun, bangunan ini tidak mampu menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Oleh itu, sebuah bangunan sementara telah didirikan.
Pada tahun 1970, dua bangunan berkembar telah dibina. Bangunan yang diperbuat daripada batu dan beratapkan asbestos ini mengandungi 6 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru dan tandas. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1971. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Encik Hussein bin Onn, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG
27/2/1911       Bermula dengan nama Sekolah Melayu Sijangkang. Ia terletak 2 km dari sekolah yang ada sekarang, iaitu di kawasan tanah wakaf yang sekarang dijadikan tanah perkuburan. Ia hanya merupakan sebuah bangsal yang dibina menggunakan atap nipah, kayu bakau , beluti dan papan. Bangunan ini dibuat secara gotong-royong. Di sebelah belakang sekolah ini terdapat sebuah bulik yang dikenali dengan nama ‘dapur cikgu’. Jumlah murid lebih kurang 50 orang dengan 5 orang guru. Guru besar yang pertama ialah YM Raja Yusuf b. Raja Daud.

1/4/1911         Pelajaran al-Qur’an mula diajar di sekolah ini.
1913               Jumlah murid menngkat 60 orang. Pakaian murid ketika itu bebas. Murid lelaki ketika itu memakai seluar pendek jenis seluar cerut, bersongkok dan tidak boleh berkasut. Murid perempuan bertudung dan memakai baju kurung atau baju kebaya panjang.

6/12/1914       Sekolah asal dipanah petir dan mengalami kerosakan. Sekolah dipindahkan ke tempat lain berhampiran dengan kawasan itu juga. Bangku dan meja yang digunakan ialah jenis panjang dan digunakan oleh murid-murid darjah 4 dan 5. Murid-murid lain menggunakan meja rendah dan duduk di atas lantai. Darjah 5 (V) bermula dengan 6 orang murid sahaja satu kelas. Murid-murid menggunakan papan hitam kecil. Buku bacaan yang digunakan ialah buku bacaan jawi sahaja.

12/1/1918       Pengeluaran sijil persekolahan yang pertama.
7/6/1922         Mendapat guru dari Maktab Melaka yang pertama bernama En. Md. Nuruddin b. Amin.
12/12/1922     Upacara pemberian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan iaitu seramai 13 orang. Hadiahnya berupa kain songket dan kain sarung.

1922               Sudah ada pakaian seragam untuk murid-murid lelaki iaitu baju hitam dan seluar kuning. Pakaian untuk murid perempuan masih bebas. Di masa ini papan batu dan kalam sudah mula digunakan.

30/6/1923       Gaji guru pada ketika itu: Nordin b. Md. Amin = $25.42Ishak b. Hj. A. Manan = $22.54
29/12/1923     Sijil tamat persekolahan dikeluarkan.
29/7/1925       Sekolah ditutup untuk diperbaiki sehingga 5/8/1925
12/7/1927       Sekolah berpindah ke tempat sekarang iaitu Pekan Batu Satu. Bangunan sekolah dibina oleh kerajaan iaitu sebuah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah. Selain itu terdapat juga dua buah rumah guru. Pertambahan murid semakin pesat. Oleh kerana bangunan yang ada tidak dapat menampung keperluan semasa, maka sebahagian daripada murid telah terpaksa belajar dibawah bangunan sekolah dan dibawah rumah guru.

1/7/1928         Sekolah ditutup selama seminggu kerana bercuti sempena kerja-kerja menuai padi dijalankan.

23/10/1928     Jumlah pelajar terus meningkat. Pada tahun ini murid-muridnya berjumlah 222 orang.
3/11/1931       Pada ketika ini gaji Guru Besar ialah $78.15 sebulan.
1/12/1929       Padang bola yang dibuat telah siap dan boleh digunakan oleh pelajar.
22/12/1931     Jalan ke sekolah dan kawasan sekolah masih dalam keadaan berlumpur apabila musim hujan. Pada ketika ini murid sekolah berjumlah 240 orang.

18/5/1932       Penghulu Mukim Telok Panglima garang telah mengadakan lawatan ke sekolah.
1941               Bilangan murid di sekolah ini berjumlah 208 orang.
1942               Terdapat 7 orang guru dan 215 orang murid. Banyak kes murid tidak hadir ke sekolah dalam tahun ini sehingga kadang-kala tiada seorang pun yang hadir.

1/10/1945       Hari ini sekolah dibuka semula di bawah pemerintahan Inggeris setelah berakhir pemerintahan kerajaan Jepun selama 3 tahun 8 bulan.

1949               Pada Tahun ini, penduduk kampung bergotong-royong membina sekolah tambahan yang mengandungi dua kelas. Dindingnya diperbuat daripada bertam. Tingkapnya dari jenis yang menggunakan topang atau tongkat. Pada masa ini pakaian murid adalah baju putih, seluar kuning dan kasut biru.

3/6/1950         Diadakan ‘Hari Ibu Bapa’.
24/5/1951       Diadakan ‘Hari Empire’ (Hari Kesihatan)
9/12/1951       Diadakan peperiksaan jahitan.
29/1/1952       Gelanggang badminton siap dibina.
29/1/1953       Hari Persekutuan Tanah Melayu disambut di sekolah.
13/2/1954       Hari Sukan Sekolah diadakan.
11/3/1954      Guru besar pergi ke District Office  Telok Datuk bersama Datuk Penghulu dan ketua kampung kerana berunding dengan Tuan Pegawai Jajahan berkenaan dengan sekolah tambahan yang telah roboh pada 10/3/1954 oleh angina puting beliung.

12/3/1954      Seramai 90 orang penduduk kampung telah bergotong-royong untuk mendirikan sekolah tambahan.

27/7/1955      Sekolah dijadikan tempat mengundi bagi Pilihanraya Persekutuan.
27/7/1956      Sekolah roboh dilanda rebut. Pada tahun ini juga Sekolah Melayu Sijangkang ditukar nama kepada Sekolah umum Sijangkang.

17/3/1957      Telah diadakan Temasya Hari Ibu Bapa dan Guru dan mendapat sambutan yang meriah dari penuntut. 5000 orang telah menyaksikannya.

1957              Bangunan sekolah hanya sebuah sahaja manakala jumlah murid telah meningkat kepada 650 orang. Persekolahan dibuat dua sesi, pagi dan petang. Ketika itu sudah tidak menggunakan meja panjang lagi.

1959              Sekolah darjah 7 dimansuhkan kerana permulaan SRP.
1/5/1960        Tukang kebun mula diadakan.
1961              Sekolah Umum Sijangkang telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sijangkang.
Jun 1962        Bangunan kekal (bangunan itu dinamakan Bangunan A) dibina oleh pihak kerajaan mengandungi 6 bilik darjah. Sekarang telah dirobohkan.

17/10/1964    Y.A.B Datuk Harun b. Hj. Idris sebagai Menteri Besar Selangor melakukan perasmian pembukaan sekolah tambahan.

Jun 1972        Bangunan kekal dua tingkat dibina oleh pihak kerajaan. Bangunan ini mengandungi 8 bilik darjah. Jumlah murid telah meningkat kepada 940 orang.

29/3/1973      Bekalan api elektrik telah dilaksanakan bagi semua kelas kecuali kantin.
15/7/1973      YB En. Muhamad b. Rahmat telah merasmikan pembukaan sekolah tambahan kedua dan sebuah kantin.

1980              Lagi sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan ini dilengkapi dengan dua bilik serbaguna. Dengan ini murid-murid dapat belajar serentak pada sesi pagi sahaja      

1981             Lebih kurang satu perlima dari murid-murid sekolah ini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Medan.   

1982              Sebuah lagi bangunan tambahan didirikan, yang digunakan pertengahan tahun 1983. bangunan ini lengkap dengan bilik serbaguna, bilik guru, bilik sembahyang dan bilik darjah biasa.

1/1/1986        Jumlah murid meningkat kepada 1023 orang.
1/1/1989        Jumlah murid meningkat kepada 1170 orang murid dengan 45 orang guru terlatih.
1989              Rumah Guru Besar PWD  150 yang didirikan pada 21/11/1926 dan mula didiami pada 7/7/1927 dirobohkan pada 1989.
Sejarah Sekolah Menengah Telok Panglima Garang...


Sekolah ini telah di bina pada tahun 1972 dan mula di gunakan pada 22 Januari 1973.Pada 23Mei 1974,sekolah ini telah di rasmikanoleh YAB Tn Hj Mohamad bin Yaacob,Menteri Pelajaran Malaysia.Kini SMK Telok Panglima Garang mempunyai 8 blok bilik darjah,1 blokbengkel kemahiran hidup,3 blok bangunan asrama dan sebuah bangunan surau. Pada 1999 sebuah bangunan 3 tingkat telah di bina bagi menampung pertambahan pelajar yang di anggarkan berjumlah 3000 pada tahun 2001.Sebuah surau telah di bina pada tahun 1998 dan di perbesarkan pada tahun 2000.

Pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini:
-En Ahmad bin Busu :                           1973 - 1979
-En Ishak bin Talaha :                            1980 - 1990
-En Abu Hassan Shaari bin A.Rahman : 1992 -1995
-En Solehan bin Remot :                        16.6.1995 - 16.11.1995
-Pn Hasimah bt Karim :                         1995 - 1998
-Pn Jariah bt Napiah :                            1998 - 2001
-Pn Adillah bt Shafee :                           2001 - 2007
-En Nordin bin Saad :                            2007 - sekarang.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peng Min




 1920 Sekolah Peng Ming ditubuhkan di No. 13, Pekan Telok oleh En. Tee Bee Chien, En. Khoo Yong, En. Lim Hay dan lain-lain orang kenamaan tempatan. Bilangan murid pada masa itu kurang daripada 30 orang, mereka d bawah didikan Cikgu Tee Bee Choo.

1942 Sekolah dberhentikan kerana pemerintahan Tentera Jepun. (1942-1945).
1947 Sekolah dibuka semula di alamat yang sama.
1948 Projek Pembinaan Bangunan Baru Sekolah dilancarkan.
1951 Bangunan Baru yang mempunyai 8 buah bilik darjah dan sebuah blik guru siap dibina berkat sumbangan daripada Cina Tempatan. Murid-murid yang berjumlah lebh kurang 300 orang dipindahkan ke bangunan baru yang bertapak di Telok Panglima Garang.

1952 Sekolah terpaksa ditutup kerana masa darurat.
1959 Sekolah dbuka semula. Bilangan murid hanya 72 orang sahaja.
1960 Sekolah ini dijadikan sekolah bantuan penuh.
1964 Dengan sumbangan Lembaga Pengurus dan Peruntukan Kerajaan sekolah berkembang dengan pesatnya dari segi pembangunan dan kemudahan.

1980 Cadangan projek pembinaan.
1982 Bangunan Baru Sekolah yang serba lengkap atas tanah kerajaan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke lima. Halangnya projek tersebut tidak dilaksanakan.

1984 Kempen kutipan derma diadakan. Sebanyak RM 50,000 dapat diperolehi. Projek pembinaan 2 buah bilik darjah, sebuah gajah menyusu dan kerja memperbaiki kemudahan yang lain dilaksanakan.

1991 Sekali lagi. Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan Persatuan Bekas Murid Sekolah mengadakan gerakan kutipan derus untuk membina dua buah bilik darjah tambahan. Pada tahun yang sama, kerajaan memberi peruntukan untuk memperbaiki lagi kemudahan kantin sekolah.

1993 Mendapat peruntukan daripada kerajaan bagi membina 6 buah bilik darjah yang baru untuk menggantikan bangunan lama yang telah usang. Memandangkan masih kekurangan dua buah bilik darjah. Pihak Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan Persatuan Bekas Murid Sekolah terpaksa sekali lagi melancarkan suatu kutipan derma untuk membina lagi dua buah bilik darjah. Kerja pembinaan akan dimulakan pada akhir tahun ini dan dijangka siap pada pertengahan tahun 1994.


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN ASLI BUKIT KEMANDOL
Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol telah mula dibina pada tahun 1959 atas usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA ) dengan bantuan mendiang Encik Tanah anak Muhamad yang ketika itu merangkap Pembantu Batin yang mewakafkan tanahnya seluas 0.8 hektar serta bantuan penduduk kampung yang memberi sumbangan tenaga.

Idea untuk membina sekolah ini adalah hasil perundingan orang-orang kampung yang mahukan pembangunan dijalankan dikampung ini. Pembinaannya juga untuk menggalakkan anak-anak orang asli mendapat ilmu daripada pendidikan cara moden dan lebih sistematik.

Sekolah ini telah mula digunakan pada awal tahun 1960 dan kemudiannya diperbaiki dan disimen pada tahun 1963. Pada tanggal 25 Mei 1975, bangunan asal sekolah ini telah musnah dipukul ribut. Oleh itu pejabat sekolah ini telah menumpang di balai raya yang terdapat di kampung ini termasuk muridnya sekali.

Beberapa bulan kemudian sebuah lagi bangunan tambahan yang berukuran 30 x 18 kaki telah dibina oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk menampung kekurangan bilik darjah.

Pada 9 September 1979 sebuah lagi bangunan baru telah dibina di atas tapak runtuhan bangunan sekolah lama. Pada tahun 1988, sekolah ini telah pun mendapat bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak RM 25.000 bagi membina dua bilik darjah dalam sebuah bangunan. Pembinaan dibuat secara bergotong-royong bersama-sama dengan penduduk kampung.

Di dalam memantapkan lagi pendidikan moden di kalangan anak-anak orang asli, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina bangunan sekolah di kawasan (tapak) yang lebih strategik dan tersusun di Kampung Bukit Kemandol. Bangunan sekolah yang lebih sempurna ini terdiri daripada dua blok bangunan dan sebuah kantin. Jarak diantara bangunan sekolah lama dan sekolah baru ialah lebih kurang 1 KM. Bangunan sekolah baru telah mula digunakan pada 11 Disember 1995 oleh sebahagian murid. Bangunan sekolah lama masih dikekalkan sebagai pusat pentadbiran dan pembelajaran.

Memandangkan kedudukan bangunan sekolah baru dengan sekolah lama agak terpisah dan menyukarkan pihak pentadbir sekolah serta keadaan bangunan sekolah lama yang uzur, pihak sekolah telah mengambil inisiatif berpindah secara keseluruhannya ke bangunan sekolah baru pada 2 September 1997. Semua bilik darjah ditempatkan di bangunan sekolah baru. Kekurangan bilik diatasi dengan menumpang bangunan dewan orang ramai yang terletak berhampiran dengan bangunan sekolah baru.

Diatas keprihatinan Kementerian Pendidikan Malaysia, sebuah lagi bangunan sekolah tiga tingkat telah dibina untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah. Bangunan ini siap dibina pada 13 Disember 1998 dan mula digunakan pada 4 Januari 1999. Pertambahan bangunan ini telah dapat mengatasi masalah kekurangan bilik darjah dan memberi keselesaan kepada murid-murid.

Bangunan baru ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Hj. Shafie bin Mohd. Salleh; DSSA,SSA,KMN,AMS, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Kuala Langat pada hari Jumaat, 23hb. Julai 1999 bersamaan 10 Rabiulakhir 1420H.

Petempatan Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Kuala Langat. Jaraknya kira-kira 40 kilometer dari bandar Klang merangkumi 15 kilometer jalan bertar. Lokasinya terletak bersempadan antara Daerah Petaling Perdana dan Kuala Langat. Pentadbiran sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Klang manakala Pejabat Daerah Kuala Langat mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan infrastruktur.

Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol terletak dalam kawasan Taman Desa Kemandol dari suku kaum Temuan dan disempadani perkampungan orang asli Sri Cheeding dan Bandar Saujana Putra. Perkampungan Melayu yang paling hampir ialah Kampung Bukit Cheeding.

Untuk anda sampai ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol, dari Kuala Lumpur laluan yang boleh diambil ialah melalui Lebuhraya SKVE dengan menyusuri susur keluar Teluk Panglima Garang seterusnya melalui Jalan Langat ke arah Jenjarom & Kampung Bukit Cheeding.

Sekiranya anda dari Klang, laluan yang boleh diambil ialah Jalan Langat yang akan melalui Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Bandar Bukit Tinggi, Kampung Baru 8 Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Jenjarom seterusnya menuju ke Kampung Bukit Cheeding.

PAUTAN:
http://www.skkb.net/skkb2010/
http://sktelokpanglimagarang.webs.com/
http://sksijangkang.blogspot.com/
http://skbukitkemandol.blogspot.com/2013_08_01_archive.html

6 ulasan:

  1. Cikgu Wandi B Jayus . Al Fatehah baginya. Cikgu yang berdedikasi…. Jiran kami di Taman Alam Shah , Klang.

    BalasPadam
  2. Terima kasih....maklumat yang sangat berguna untuk generasi kini....saya bekas pelajar di sk telok panglima garang(1973-1978) dan smktpg( 1979-1983).

    BalasPadam
  3. cikgu bahari bahauddin ada di beranang, Selangor.

    BalasPadam
  4. Kampung saya ni! Arwah atok saya pun dulu tenaga pengajar di SKKB!

    BalasPadam
  5. Untyk makluman Prof nama rasmi kampung saya sekarang ialah Kampung Seri Cheeding. Dahulu kala memang digelar Kampung Bukit Cheeding.

    https://www.facebook.com/GaleriSejarahSeriCheeding/posts/2886203621418048

    BalasPadam
  6. BOLEH TOLONG SAYA TAK ? SY NAK TAU CIKGU PEREMPUAN YG DIPANGGIL CIKGU OLI..BEKAS CIKGU SAYA 2010 SEMASA DARJAH 3..JIKA AD MAKLUMAT FACEBOOK ATAU INSTAGRAM BOLEH KONGSIKAN

    BalasPadam

Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...