Sabtu, 11 Oktober 2014

Perkembangan Kampung Kebun Baru di TPG


Salam buat semua.
Lamo bonar sey tak nulis apo-apo kek sini. Oops, sori, terspeaking nogori pulak. Apa khabar orang kampungku sekalian? Moga-moga  dalam lindungan Allah kita semua hendaknya. Diampunkan segala dosa-dosa, baik yang kita sudah, sedang kita lakukan dan juga dosa-dosa yang akan datang, sama ada dosa kering, dosa basah, dosa kecik,dosa besar, ringan ,berat,mutanajis, atau mughalazah, dosa kepada Allah,mahupun dosa sesama manusia. Memang banyak dosa kita, wey! Tak berdosa bukan manusia namanya. Tapi yakinlah, setiap kali kita menadah tangan memohon keampunan, pasti Allah ampuni, walau setinggi mana, sebanyak mana dosa kita kepada Allah. Selagi belum nyawa di kerongkong, pintu taubat terbuka luas. Cuma dosa sesama manusia, kita kena settlekan sendiri…Tak bawa banyak pahala ke kubur tak apa, jangan terlajak bawa  banyak dosa dan hutang. Susah nak settle kat Padang Mahsyar nanti. Baik ler cerita sini (dunia), habiskan kat sini. Jadi, senang nak masuk syurga nanti, tak payah beratur tunggu lama. Touch n Go atau Smart Tag jer. Alahai…korang faham maksud aku,kan? Wow, boleh tahan juga khutbah Hari Raya Korban aku kat korang,kan? Hahaha…itu baru intro jer tu. Tapi cukuplah buat ingatkan diri aku dan korang dalam meniti kehidupan  di dunia yang fana ini.

Oklah. Entri kali ini aku nak bawa korang ke Kebun Baru.  Memey ler… Kebun Baru kat Batu 10 dan Batu 9 itulah. Dulu ada aku tuliskan sejarah semua kampung yang ada dalam mukim Telok Panglima Garang. Kalau korang belum baca atau tak ingat, klik aja kat sini.  Haaah..semua kampong ada kecuali Kampung Kebun Baru. Apasal aku tak tuliskan sejarah kampong ini dalam entri aku itu? Itu ler pasal. Pasal dah satu dunia internet aku rayau dah,  tapi tak jumpa pulak kisah sejarah pembukaannya. Blog JKKK Kg. Kebun Baru pun tak ada bahan sejarah yang aku cari. Jadi, terpaksalah aku buka peta-peta lama untuk cari bukti bila Kg. Kebun Baru ini tercatat di muka bumi Malaysia ini. Tambahan pula, aku terpaksa ke Singapura belek-belek surat khabar lama, cari bahan cerita tentang Kebun Baru. To my surprise, I have found a lot!
So, aku combinekan ilmu Geografi aku dan juga arkib surat khabar itu sehingga aku boleh buat andaian. Aku ulang balik cakap aku tadi, ANDAIAN. Ya, andaian semata-mata kerana  aku masih belum tengok dokumen rasmi atau warta kerajaan tentang penubuhan kampung yang didiami majoriti kaum Jawa ini.
So educated guess atau assumption yang aku buat ini berdasarkan peta kerana maklumat didalam peta memang maklumat rasmi kerajaan.  Kalau ada tertulis nama kampung atau tempat, maknanya wujudlah tempat atau kampung itu pada masa peta itu diterbitkan. Dah faham dah? OK…kita ke fasa kedua pulak.

Adapun tentang Kg. Kebun Baru ini confirm tidak wujud pada tahun 1910. Memang ler ada petempatan yang wujud di Batu 10 dan Batu 9, tapi cuma di sepanjang kiri kanan laluan Jugra-Telok-Klang. Mungkin sejauh dua tiga lapis tanah dari jalan besar itu. Sebelah batu 9 pula bersempadan dengan Telok Forest Reserve. Hutan masih tebal. Penduduk masih belum ramai lagi. Belum ada program pembukaan tanah rancangan seperti di Klanang atau Sepang. Estet-estet ada di Telok dan Pulau Carey sahaja.  Jadi, sebahagian besar Telok adalah tanah pekebun-pekebun kecil, rata-rata menanam kopi, kelapa,nenas, getah bercampur dusun durian untuk sesuap nasi mereka anak beranak.

                         Tapak Kebun Baharu 1910 (Belum wujud)

Tapi berpandukan peta tahun 1918, Telok dah semakin berkembang.  Banyak tanah pertanian di batu 10 dan batu 9 mula diteroka. Datuk nenek Herman Tino dan Misbun Sidek mula membanjiri negeri Selangor. Telok tidak terkecuali. Dalam banyak-banyak suku kaum etnik  rumpun Melayu Nusantara, kaum Jawa ini special sikit. Tak macam Melayu-melayu lain. Diorang ini terlajak rajin  berbanding falsafah hidup Melayu lain yang ‘go slow and steady atau take it easy’. (kalau bahasa kasarnya, pemalas). Jawa dan kebun  ibarat ikan dengan air. Tak boleh dipisahkan.  Memang minat mereka dengan kerja-kerja bertani ini.  Orang putih cukup main puji kecemerlangan kaum Jawa ini. Jadi, mereka diberi keistimewaan untuk membuka hutan bagi dijadikan kebun. Mereka ini juga produktif dari segi saiz keluarga. Sekali buka kebun,6,7 orang anak dilahirkan. Hebat kesan tempe dan jamu Jawa ini! Pasal itu Sijangkang, Jenjarom dah mula penuh dengan pendatang Indon ini….hahaha…masa itu belum wujud lagi Negara Indonesia ler.  Kebun Baru masih belum wujud sebagai sebuah perkampungan lagi.
    
    Kebun Baharu 1918

Pada tahun 1933 pulak, apabila peta topografi Telok dikeluarkan, maka nampak jelaslah pertambahan penduduk dan perkembangan mukim TPG ini. Kalau korang nak tahu, peta topografi atau peta topo, kata bebudak sekolah menengah yang ambil Geografi dalam peperiksaan SPM, berbeza dengan peta-peta biasa yang lain. Peta topo ini lebih terperinci. Kalau ada seratus kotak-kotak kecil berwarna hitam dalam peta itu bermakna ada seratus buah rumah di situ. Peta ini bukan dilukis main suka-suka tetapi memang wujud di situ. Aku cukup suka bila menggunakan peta topografi ini. Memang  peta rekod rasmi kerajaan dalam bentuk grafik. Jadi, korang kiralah sendiri berapa buah rumah ada di Telok, Kampung Medan, Sijangkang, dan  di Batu 10 dan Batu 9 ketika itu. Perkampungan di situ semakin ke dalam, jauh dari jalan besar Telok-Klang, tetapi masih lagi di bawah pentadbiran berasingan Kg. Medan dan  Kg.Telok.

Kebun Baharu 1933





































Keratan akhbar tentang Kg. Kebun Baru  era sebelum Perang Dunia Kedua hampir tidak wujud atau kedengaran. Tapi realitinya, pembukaan kawasan pertanian di situ semakin rancak. Mengikut sekumpulan 34 petani Cina dari Jenjarom, mereka telah meneroka tanah  seluas 45 ekar di Kg.Kebun Baru itu sejak Zaman Jepun lagi. Kata mereka, mereka diberi keizinan oleh pemerintah Tentera Jepun untuk bercucuk tanam di situ.Entah ya entah tidak. Tak ada surat hitam putih pun. Setelah British kembali ke Malaya, mereka cuba memohon geran TOL untuk tanah tersebut tetapi ditolak kerana kawasan tersebut telah diwartakan sebagai tanah Rezab Melayu. Yang herannya, tidak pula Pejabat Tanah dan daerah Kuala Langat menghalau mereka keluar daripada ‘tanah haram’ itu.  Mungkin dah kenyang pegawai dan budak-budak pejabat itu makan wang sogokan Cina-cina ini. Wallahualam.

Kalau korang tengok peta Telok tahun 1950, barulah tertera nama Kg. Batu 10 Kebun Baharu dalam peta tersebut. Jadi, kemungkinan besar Kebun Baharu ini  diisytiharkan sebagai kampung tersendiri selepas British masuk semula ke Malaya, mungkin antara tahun 1945 hingga 1950. Lagi satu kemungkinan hanya Batu 10 sahaja yang dipanggil Kg. Kebun Baharu, walaupun perkampungan baharu ini dah bercantum dengan Batu 9 di sebelah jalan yang sama.

Kebun Baharu 1950

Pembangunan Kg. Batu 10 Kebun Baharu ini semakin pesat selepas itu. Pada tahun 1951, sebuah sekolah Melayu Kebun Baharu dibina bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak kampung. Pada tahun-tahun selepas merdeka, terutama pada tahun-tahun 1960-an, gerakan proaktif anak-anak muda kampung ini banyak membantu pembangunan fizikal, bahkan menjadi contoh kepada persatuan-persatuan belia di mukim TPG dan Kuala Langat umumnya. Sebagai contoh, pada 18 November 1963, golongan belia mengetuai 1000 orang penduduk kampung bersama-sama bergotong royong membina sebatang jalan tanah merah sejauh tiga batu di kampung tersebut. Mereka juga sekali lagi bergotong royong membina jalan tanah merah sejauh sebatu yang menghubungkan sekolah dan balai raya di kampung itu pada 22 Disember 1968. Justeru, pihak berkuasa mula membuka mata untuk membina masjid berharga RM22,000 dan jalan raya sejauh 1.6 batu dengan kos RM60,000 di kampung tersebut, yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada bulan Mac1965.

Kepimpinan belia juga memperlihatkan komitmen mereka untuk membangunkan modal insan dengan menganjurkan kelas-kelas dewasa di balai raya kampung, kelas agama khas untuk kaum wanita, kelas pertukangan kayu dan perhiasan rumah, kelas bimbingan untuk calon LCE (Sijil Rendah Pelajaran) dan FMC (Sijil Persekutuan Tanah Melayu), projek pertanian belia, hari sukan belia serta  bergotong royong di majlis-majlis keramaian di kampung ini. Nama-nama hebat pemimpin belia kampung Kebun Baharu ketika itu seperti Mohd Kamil bin Hj. Abdullah, Ikhsan bin Satim, Martini binti Haji Abdul Rahman, San'ah binti Samain, sekadar menyebut beberapa nama tetap dikenang jasa mereka memajukan dan mengharumkan nama kampung ini ke tahap yang boleh dibanggakan oleh generasi terkemudian sehingga kini.

Sejak itu, terutama pada tahun-tahun 1970-an, setelah diwujudkan Zon Perdagangan Bebas TPG di sekitar Batu 10, perubahan mendadak berlaku. Taman-taman perumahan tumbuh merata-rata. Kini, Kebun Baharu semakin pesat membangun. Kawasannya meliputi Batu 9 sehinggalah ke sempadan Telok Rabuk dan Bukit Kemandol di sebelah utara, manakala dari simpang Batu 10 sehinggalah ke Jalan Sukapi, berhampiran Lebuhraya SKVE di sebelah selatan. Pentadbirannya terbahagi kepada dua kampung yang berbeza, Kampung Batu 9 Kebun Baharu dan Kampung Batu 10 Kebun Baharu. Masing-masing mempunyai Ketua Kampung tersendiri.   

Kebun Baharu Bt.9 (Tahun 2014)


 Kebun Baharu Bt.10 (Tahun 2014)



















http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630423-1.2.87.aspx
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19631118-1.2.66
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19641019-1.2.93
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19671103-1.2.110
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19650205-1.2.66
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19660814-1.2.27

4 ulasan:

  1. Penduduk batu 10 datang menziarah block ni. Nice...nak share dalam blog boleh?

    BalasPadam
  2. sye cuba ulang smula..tuan ad kata..

    sekumpulan cina dah teroka dri zaman jepun..xde hitam putih..
    mereka cuba memohon geran TOL tapi di tolak sebab dah di warta kan tanah rezab melayu..

    tapi knape skrg byk tanah yg status leasehold di situ?

    BalasPadam
  3. salam tuan,
    apa yang berlaku itu sekitar 1960an...antara masa itu dan kini, pelbagai aktiviti pembangunan berlaku, tanah di TPG termasuk di Kebun Baru mempunyai demand yang tinggi. Jadi, tidak menghairankan kalau status tanah diubah, sama ada oleh pihak kerajaan negeri sendiri atau melalui 'penipuan' di peringkat pejabat tanah daerah..Lagipun hal ini berlaku di seluruh Malaysia, tidak terhad di TPG sahaja.

    BalasPadam

Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...