Isnin, 24 Ogos 2015

Wajah Ngeri TPG......The Darker Side of TPG




Salam buat semua. Kali ini entri aku pasal Telok. Memanglah cerita aku pasal TPG seperti yang selalu, tapi kali ini, cerita tentang 'the darker side of TPG'. Kisah hitam,longkang dan pekung yang berlaku di Telok. Memang kita tak mahu dengar yang buruk-buruk pasal Telok, tetapi realitinya tetap ada dan terus menghantui kita warga TPG sampai bila-bila, terutamanya jenayah berat termasuk pembunuhan. Korang scroll dan hit link-link yang aku kumpulkan ini untuk bacaan selanjutnya. Selamat membaca......
Story image for telok panglima garang news from Sinarharian

Jumpa mayat dalam rumah

Sinarharian-Aug 22, 2015
TELOK PANGLIMA GARANG - Mayat seorang wanita ditemui di sebuah rumah di Jalan Bandar Lama, Pulau Carey, dekat sini, kelmarin.
 No escape for those stuck in Malaysian 'forced labour'

Daily Mail-Dec 27, 2014
Toiling 12 hours a day in a Malaysian electronics factory amid broken promises on wages and working conditions, Manu dreams of returning to ..  
Free Malaysia Today-Jun 24, 2015
... on the neck by his younger brother during a heated argument at their house in Jalan Orchid, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, here.

Worker who allegedly killed brother to help cops in probe

The Star Online-Jun 28, 2015
... arrested last week over the murder of his 32-year-old brother in their house on Jalan Orkid, Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang here.

Story image for telok panglima garang news from Free Malaysia Today

Brutal killings a sign of all-out gang war

Free Malaysia Today-Feb 15, 2015
The gangs are suspected to be fighting for control of Banting, Kampung Jawa and Teluk Panglima Garang to carry out their criminal activities.
Malaysian police probe motive behind killing of gangster
AsiaOne-Feb 14, 2015
Cops going after triads in Klang
International-The Rakyat Post-Feb 16, 2015
Bukit Aman sends out elite cops to combat Klang turf wars
International-Malay Mail Online-Feb 16, 2015
Explore in depth (9 more articles)

Story image for telok panglima garang news from Malay Mail Online

Chopped up teen linked to Klang gang war, cops say

Malay Mail Online-Apr 2, 2015
... wrote on the turf war between Gang 24 and Gang 36, which resulted in three deaths in Teluk Panglima Garang and fights reported in Banting ...

Story image for telok panglima garang news from The Star Online
Free Malaysia Today

Man survives gun attack

The Sun Daily-Mar 2, 2015
... in an incident believed to be a retaliation of the gang leader's death, another man aged 26 was shot dead in Teluk Panglima Garang, Banting ...

Police arrest 11 over two killings near Klang

Free Malaysia Today-Feb 15, 2015
... seeking M. Shanmugam, 31, also known as “Sun Boy”, whose last known address was Teluk Panglima Garang, to help in the investigations.

Big guns called in to end gang wars in Klang

Free Malaysia Today-Feb 16, 2015
... Gang 24 and Gang 36 is getting out of hand with both believed to be vying for Banting, Kampung Jawa, and Teluk Panglima Garang.
  
 


  1. The Star Online-Nov 21, 2014
    ... was kidnapped and murdered at an undisclosed place before his body was found in a river near the Sri Tana jetty at Teluk Panglima Garang ...
  2. Dua kereta cikgu hangus terbakar

    Sinarharian-Aug 19, 2014
    TELOK PANGLIMA GARANG - Dua kenderaan milik guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, Kuala Langat ...
  3. Klang gangster stabbed to death near restaurant

    Free Malaysia Today-Feb 12, 2015
    ... rival gangs, a notorious Klang gangster was stabbed to death by three men during a brawl outside a restaurant in Teluk Panglima Garang.
  4. Ahli kongsi gelap maut ditembak di Banting

    Berita Harian-Feb 15, 2015
    ... selepas ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Utama 4, Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, Banting, malam tadi.
  5. Racism an issue only in national schools

    Free Malaysia Today-Oct 12, 2014
    In May 2008, at SMK Telok Panglima Garang, a history teacher allegedly called Indian students “keling pariah” and “black monkeys” among ...
    And the real racists are… – Josh Wu
    The Malaysian Insider-Oct 11, 2014
    Explore in depth (23 more articles)
  6. Lelaki maut ditembak dipercayai balas dendam

    Utusan Malaysia-Feb 15, 2015
    14, Jalan Dendeng 62, Taman Sahabat, Telok Panglima Garang. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh ...
  7. Ketua, ahli kongsi gelap dibunuh

    Kosmo!-Feb 15, 2015
    Pada pukul 11.15 malam di Telok Panglima Garang kelmarin pula, seorang lagi lelaki dipercayai ahli geng kongsi gelap daripada Geng 36 ...
  8. Tiga ahli kongsi gelap ditahan

    Harian Metro-Feb 17, 2015
    Sabtu lalu, seorang lagi ahli kongsi gelap berusia 26 tahun maut ditembak di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang dipercayai ...
  9. 'Mana ada kongsi gelap nak gaduh di Klang'

    Harian Metro-Feb 14, 2015
    ... 10 Februari lalu di Telok Panglima Garang, Banting. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, ...
 

Abang maut tegur adik tidak puasa

Harakah Daily-Jun 24, 2015
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata dalam kejadian di Jalan Orkid, Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini ...

Pengawal maut, rakan parah ditetak

Harian Metro-Mar 3, 2015
... melarikan diri ketika bertugas dalam kejadian di sebuah tapak projek di Bukit Kemandul, Teluk Panglima Garang di sini, awal pagi semalam.

Suspect who escaped from lock-up seven years ago charged with ...

Malaysia Star-Oct 28, 2011
... murdering See Sheau Fang in a house at Jalan Wira 24, Taman Perwira Sijangkang in Telok Panglima Garang between 9.30am and 5.30pm ...

Jaga maut ditetak, ditikam bertubi-tubi

Utusan Malaysia-Mar 3, 2015
SEORANG lelaki mati ditetak di hadapan pondok pengawal di Bukit Kemandul, Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor

Suara bertengkar

Harian Metro-Jun 25, 2015
... terbabit sering kelihatan manakala suspek sememangnya menetap di rumah itu kerana bekerja di sebuah kilang di Teluk Panglima Garang.

Sun Boy diburu

Harian Metro-Feb 15, 2015
... kejadian serangan sehingga menyebabkan orang kanan sebuah kumpulan kongsi gelap maut ditetak di Telok Panglima Garang, Banting, ...

Adik bunuh abang sebab tegur tidak puasa
Utusan Malaysia-Jun 24, 2015
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang tadi di rumah mereka di Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini. Suspek yang ...

Tiga penjenayah warga asing ditembak mati

Kosmo!-Dec 16, 2014
... LANGAT - Tiga penjenayah dipercayai warga asing maut selepas ditembak oleh polis berhampiran Jalan Pusara, Telok Panglima Garang di ...

Pemandu traktor dihukum gantung bunuh remaja perempuan

Utusan Malaysia-May 12, 2015
44, Jalan Wira 24, Taman Perwira Sijangkang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat dekat sini, antara pukul 9.30 pagi dan 5.30 petang, ...

Polis nafi kongsi gelap bergaduh di Klang

Utusan Malaysia-Feb 15, 2015
... akibat cedera parah selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki di depan sebuah kedai di Jalan Pandan 2, Telok Panglima Garang, Banting.

Pengawal maut ditetak

Sinarharian-Mar 3, 2015
... keselamatan menjadi punca seorang pengawal tapak pembinaan maut ditetak di Bukit Kemandul , Teluk Panglima Garang, di sini, semalam.

Pengawal maut ditetak



Sinarharian-Mar 3, 2015
... keselamatan menjadi punca seorang pengawal tapak pembinaan maut ditetak di Bukit Kemandul , Teluk Panglima Garang, di sini, semalam.

Selasa, 11 Ogos 2015

Laluan Maut di TPG

Salam buat semua. Apa khabar orang kampung aku di TPG? Juga kengkawan alam maya aku di Telok, Sijangkang dan Kebun Baru? Salam Aidil Fitri buat korang, mungkin belum terlalu lewat kot. Biasalah orang Melayu, Puasa sebulan, raya pun mesti sebulan. Padahal kat negara Arab, puasa sama jugak macam kita, sebulan tapi rayanya sehari. Memang Melayu sifatnya mesti nak berlebih-lebihan. Raya bagai nak rak, kualiti puasanya bagai orang terberak, hampas jer yang keluar. Sepatutnya makin hampir ke penghujung Ramadhan, makin kerap ke masjid. buat qiyamulail bagai. Ini tidak, makin nak habis, makin kerap ke pasar raya. Beli barang bagai tak ingat dunia. Semuanya nak ditukar. Alang-alang tukar, tukar sekali bini yang boros bershopping tu. Nafsu shoppingnya nafsu rimau. Rimau pun boleh lesu kalau hari-hari mau...Kih3.

Sorrylah,bhai. Aku banyak songel hari ini pasal dah lama tak jenguk korang kat sini. Bukan apa, ilham belum mari. Raya hari itu, aku pulang ke TPG. Hari raya pertama tapi selepas Solat Jumaat. Aku ziarah bapa dan emak saudara aku di Batu 11 Telok. Disebabkan tak cukup ruang parkir di halaman rumahnya, aku letak kereta kat bahu jalan jer..Umangai! Keluar jer daripada kereta, aku dah risau sampai naik takut tengok kereta,lori, bas yang lalu...laju-laju belaka! Mentang-mentanglah jalan tu dah ada 4 lorong, dua pergi dua balik, dibuatnya macam Formula One. Tambahan pula, korner kat rumah Mak Yam dan rumah Timah Lawa tu bagai 'Rothman Corner' di Litar Batu Tiga suatu masa dahulu, dilayannya habis.Nasib baiklah dah dipasang divider, kalau tidak kes-kes tragis kemalangan di situ kembali menerjah kotak fikiranku.
Selekoh maut Batu 11 TPG

Dah ramai dah yang tergolek di depan mata aku di situ. Ada yang terkujur kaku di situ, ada yang parah. Kereta, lori, basikal semuanya pernah berdentum di selekoh itu. Paling aku tak lupa, bahkan masih jelas di ingatanku wajah anak arwah Saleh Ketat (nama sebenar aku tak tahu) masa itu berumur 15 tahun kot, terbujur di atas jalan raya tepi jambatan dekat rumah Ontu Kassim. Kepalanya terhentak kat tiang LLN yang masa itu tiang kayu empat segi. Mati serta merta di situ. Masa itu lebih kurang pukul 7:30 pagi. Aku bersekolah petang (Tingkatan 1 tahun 1977).Heboh satu kampung. aku pun jenguk ke tempat kejadian. Jenazahnya dah ditutup (tak salah aku dengan kain batik atau surat khabar, aku tak pasti). Polis belum sampai. Aku beranikan diri singkap kain atau surat khabar itu untuk melihat wajahnya. Timbul rasa kasihan di hatiku. Kepalanya pecah. Otaknya melekat di bucu tiang tersebut. Aku dengar dia membonceng motosikal ke pekan Telok. Nak makan nasi lemak ceritanya. Biasalah orang muda,tak pakai topi keledar.Time korner tu kawan dia layan selekoh itu tapi bergesel dengan bas Mara. Bapanya juga, kata orang meninggal kemalangan di selekoh itu beberapa tahun kemudian.

Macam-macamlah aku dengar pasal korner kat situ. Ada yang kata nampak lembaga melintas ler. Tapi aku tak terima cerita-cerita bodoh macam itu, walaupun masa itu aku masih budak- budak lagi. Pertama, eksidennya tak tentu masa, ada pagi, ada petang dan ada kalanya malam. Yang keduanya banyak kes eksiden tu berlaku lepas hujan renyai-renyai dan lebat. Jadi, aku punya conclusion masa tu, ini semua pasal lari laju time korner, jalan pula mula licin. Tayar antara cengkam tak cengkam jer dengan jalan. Lagipun memang selekoh tu  kategori 'tajam'. Orang sebelah sini tak nampak orang sebelah sana kecuali bila dah terlalu dekat.

Tapi yang paling pasti, sikap pemandu, tak kiralah bawa bas ke kereta ke, hatta penunggang motosikal pun bawa macam Keling mabuk. Teringat aku beberapa budak Telok sebaya aku yang pernah jatuh motor sekitar jalan Telok. Ada yang patah kaki, ada yang terus pecut ke Batu Dua. Gaya menunggang macam kat Litar Batu Tiga Shah Alam, tapi tak sempat ke sana, cuma sempat ke Batu Dua jer. Mesti korang tanya, Litar Batu Dua tu kat mana? Hahaha..itu pun korang tak tahu? Ke kubur ler!

Korang bayangkan, itu kisah masa dahulu...tahun-tahun 1970an. Masa itu boleh lagi berbaring atas jalan waktu malam kot. (pasal tak banyak kereta yang lalu lalang). Korang bayangkan pulak ketika tahun-tahun 80an dan 90an, lori kontena dah mula menguasai jalan raya Klang-Banting. Belum lagi kira lori bawa besi lusuh  ke Amsteel, Olak Lempit. Berterabur besi-besi atas jalan sampai tertonggeng motosikal kerana terlanggarkan besi-besi itu di atas jalan raya. Dan paling tragis kes kemalangan Makcik Oyah, isteri arwah Cikgu Radhi yang meninggal kerana digilis lori kontena di depan Masjid Telok. Bersepai cebisan-cebisan mayatnya, kata kakak aku mendengar cerita saksi-saksi kejadian. Aku dengar anaknya sendiri yang memungutnya. Kalau ada anak-anak arwah yang membaca entri ini, aku mohon maaf dan ucapan takziah daripada aku buat keluarga arwah, walaupun insiden ini dah lama berlaku. Alfatihah buat arwah yang banyak berjasa kepada orang-orang Telok. Moga ditempatkan bersama-sama roh-roh orang yang diredhai Allah. Amin.

Rupanya bukan kat selekoh Batu 11 tu jer yang dipanggil selekoh maut. Beberapa korner seperti korner Pulau Carey kat Sempang pun sama. Aku pernah tengok lori tangki Shell tertonggeng dalam parit depan rumah Ontu Sabah, betul-betul tang korner tu. Mangsanya Ontu Malik, pangkat datuk saudara aku terperangkap dan tersepit di bawah lori tu. Tapi betul lah, berpantang maut sebelum ajal. Hidup lama orang tua tu. Kalau tengokkan keadaan lori, memang dah habis dah, elok jer dia ketika bomba keluarkan dia daripada bawah lori itu. Benarlah, Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
Selekoh kat Balai Polis Batu 10 Kebun Baru pun dah banyak makan orang. Laluan kat batu 9 Kg. Medan pun femes juga. Kat Jenjarom pun banyak eksiden. Aku ada juga buka-buka surat khabar lama dan banyak eksiden dilaporkan sepangjang laluan Klang-Banting dari Sijangkang sampai ke Jenjarom. Dahulu dah dipasang signboard gambar tengkorak pegang steering, maknanya jalan maut. Kini title itu masih lagi kita orang Telok pegang. Hebatkan kita!


Laluan Klang- Banting berdekatan TPG kini dikenali sebagai Laluan Maut
Bilangan kemalangan di TPG mengikut kajian
Aku haraplah kes-kes kemalangan maut kat TPG dapat dikurangkan walaupun tak dapat kita hapuskan. Alhamdulillah, semenjak laluan Klang-Banting dinaiktarafkan, kurang juga kemalangan maut. (mungkin pasal divider dan jumlah kereta yang banyak tak membolehkan mereka pecut kot). Elok jugalah dibina road humps (bonggol jalan) untuk kurangkan kelajuan lori kontena yang bermaharaja lela di TPG. Kalau boleh janganlah berbasikal lagi kat situ.Tak selamat! Ikutlah peraturan dan keselamatan jalan raya.

Dekat bawah ini aku sertakan keratan akhbar tentang kemalangan yang pernah menyebabkan Telok menangis....Wallahu alam. Salam dari Seremban.
Kemalangan maut membabitkan motosikal di TPG

Kemalangan melibatkan pelajar sekolah
Lima Kemalangan berturut-turut di tempat yang sama


  Kemalangan tahun 1977




Kemalangann-kemalangan ahun 1974


 Kemalangan Tahun 1972

Kemalangan tahun 1965

Kemalangan maut budak sekolah di Batu 10 tahun 1963


Kemalangan maut dekat estet Telok (Tapak asal SMKTPG) tahun 1962


 Kemalangan-kemalangan dekat Jenjarom 1959




lagi kemalangan kat Batu 10 Telok tahun 1954