Memaparkan catatan dengan label D.O. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label D.O. Papar semua catatan

Khamis, 2 Jun 2022

SEJARAH PEJABAT DAERAH LAMA JUGRA (1876-1920)

Salam buat Semua. Salam Jumaat. Semoga kehadiran kita dalam dunia yang fana ini menjanjikan perlindungan daripada Allah SWT ketika di akhirat kelak. Bertemu lagi kita dalam blog buruk Atok ini. Tak ramai yang sudi singgah pasal cerita Atok semuanya cerita orang yang dah expired, orang yang sudah lama menghadap Ilahi. Hahaha..Memanglah Blog Atok ini berkaitan sejarah. Tanpa mengenali Sejarah, kita hilang identiti diri dan bangsa. Tanpa sejarah kita pasti akan mengulangi kesilapan orang terdahulu. Lagipun....tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat yang penuh bersejarah seperti Jugra dan Kuala Langat. Bagi sesetengah orang, apalah istimewanya sangat tempat kita ini... sama jer macam kampung orang lain. Ya. Benar, dari segi geografi dan fizikalnya sama sahaja TETAPI dari segi sejarahnya kita kaya. Kaya dan subur serta kukuh dengan akar umbi yang membentuk pepohon bangsa yang tegak dan gagah berdiri. Itu metamorfosisnya.

So, entri Atok kali ini, Atok nak layan cerita Pejabat Daerah Lama Jugra. Bukan pasal kisah seramnya. Atok bukan seekers berlagak berani yang merayau-rayau mencari entiti, lepas jumpa terus berlari lintang pukang ketakutan sampai tercirit dalam seluar. HAHAHA...

Atok sedang membayangkan kehidupan ketika Pekan Jugra baharu dibina. Masyarakat pelbagai bangsa mencari sesuap nasi di sini. Atok hendak tahu dan gambarkan suasana sibuk di pekan dan di pejabat itu dengan urusan duniawi manusia ketika itu. Tapikan, Atok terkilan. Memang terkilan sangat-sangat. Mengapa pihak kerajaan boleh bina semula Balai Polis Lama Jugra yang dijadikan Insitu Museum tetapi tidak boleh membaikpulih bangunan Pejabat Daerah Lama ini? Bukankah ia juga tapak bersejarah? Apalah sangat sejarahnya! kata sesetengah orang. Itu cakap orang yang tak tahu sejarah, tak ambil tahu tentang sejarah. Banyak kenangan di sebaliknya! Begini kisahnya.....

PEJABAT PENGUTIP HASIL/ DAERAH LAMA JUGRA

Pejabat Daerah / Tanah merupakan salah satu organisasi terpenting di dalam sesebuah daerah. Fungsi utama ialah menyelaras dan mengkoordinasikan jabatan-jabatan di peringkat daerah untuk melaksanakan pembangunan fizikal dan sosial selaras dengan dasar-dasar pembangunan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.  Selangor telah menerima pemerintahan secara Residen buat pertama kalinya semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad.  Pada awalnya, dalam Sistem Residen,  jawatan Pegawai Daerah ini dikenali sebagai Pengutip Hasil (Collector) Pada ketika itu, Residen Inggeris yang pertama iaitu J.G. Davidson yang ditempatkan di Klang, manakala Penolong Residen iaitu Frank Swettenham telah ditempatkan di Jugra.

Gambaran lukisan Pejabat Pengutip Hasil di Kg. Bandar, Jugra oleh Emily Innes dalam tahun 1876

Gambar foto sebenar Pejabat Pengutip Hasil di Jugra pada tahun 1874

Ketika itu Jugra merupakan satu daerah terpencil di laluan berliku di mana Sungai Langat mengalir lesu ke kuala. Terdapat sebuah bukit setinggi 370 kaki berdiri megah menghadap Selat Melaka. Terdapat petempatan Melayu di kaki bukitnya. Pada mulanya, Pejabat Pengutip Hasil terletak di Bandar Temasya.  Struktur Pejabat ini dibina daripada dinding belahan buluh yang dianyam, lantai papan serta berbumbung atap nipah. Rumah beliau terletak bersebelahan dengan pejabatnya,Tidak jauh dari tebing sungai, ‘istana kayu buruk’ milik Sultan. Menurut isteri beliau, kehidupan di Jugra memang membosankan dan menjengkelkan . Tidak ada apa-apa kemajuan di situ kecuali beberapa buah rumah serta kedai ‘buruk’ yang tidak ada serupanya  di tempat lain. Hanya terdapat satu lorong pejalan kaki dari kampung itu ke tebing sungai. dan pasti mereka  tidak akan dapat bertahan tinggal lama di sana. Bahkan katanya mereka mungkin berhenti dari perkhidmatan atau akan membunuh diri kerana kebosanan. Tapi tak sangka mereka dapat bertahan di Jugra sehingga enam tahun dari tahun 1876 hingga 1882 kerana ‘keperitan hidup’ mereka di sana hanyalah sebelum sebuah banglo  mewah untuk Pengutip Hasil dibina di atas bukit Jugra. Lagipun “Alah Bisa Tegal Biasa”, bak kata pepatah Melayu. Mereka sudah dapat membiasakan diri dan mesra dengan golongan dan kerabat istana Jugra.

Perancangan Pekan Jugra mula dibina sebaik sahaja Sultan Abdul Samad menyatakan baginda mahu menjadikan Jugra sebagai bandar diraja. Pelan pembangunannya dirangka bagi membolehkan pelbagai pejabat pentadbiran kerajaan Inggeris dibina di situ walaupun Residen Inggeris ketika itu memilih Klang sebagai pusat Pentadiran bagi negeri Selangor.

Lokasi Jejak Warisan di Jugra menunjukkan tapak Pejabat Daerah Lama

Pelan Jalan raya ke pekan Jugra dalam tahun 1897

Peta Pekan Jugra dalam tahun 1903

Pembangunan Jugra begitu rancak. Di pekan baharu ini dibina jeti konkrit di Batu Ampar sebagai pelabuhan perdagangannya. Terdapat dua deretan rumah kedai dibina untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat dan kakitangan kerajaan di situ. Sebuah istana sultan yang baharu , Istana Sedang Masa dibina di kaki bukit Jugra. Jalan raya berturap dibna dari kaki bukit sehinggalah ke puncak bukit Jugra. Di sanalah mereka mula membina pejabat-pejabat kerajaan termasuklah Pejabat Pengutip Hasil dan Megistret yang kemudiannya dikenali sebagai Pejabat Daerah Kuala Langat  manakala kuarters pegawai-pegawai Inggeris dan sebuah rumah rehat dibina di puncak bukit itu. Ketika itu jirat Cina yang ada kini tidak wujud lagi. Rumah Api di puncak Bukit Jugra hanya dibina sekitar tahun 1900.

KEDUDUKAN

Sejarah kewujudan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat adalah berdasarkan bangunan pertama yang terletak di pinggir Bukit Jugra. Bangunan bekas Pejabat Daerah Jugra terletak di lereng Bukit Jugra, menghala ke Rumah Api Jugra di puncaknya  Bangunan ini telah dibina pada tahun 1876. Kedudukannya yang terletak di lereng Bukit Jugra dan menghala ke Sungai Langat menjadikan kedudukannya amat strategik. Panorama 360° dari sini membolehkan seseorang melihat Selat Melaka dan Pulau Carey sekaligus. Dari bangunan ini, kapal-kapal pedagang yang keluar masuk dapat diperhatikan dengan mudah. Ia juga merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris yang menguruskan hal-hal kewangan dan perundangan negeri.

Puing-puing tinggalan struktur Pejabat Daerah lama di Jugra

REKABENTUK

Bangunan yang dibina pada tahun 1876 ini merupakan bangunan dua tingkat yang menggunakan batu bata dan batu granit serta teknologi terkini pada masa itu. Atapnya pula dibina dari atap genting yang sama dengan yang digunakan bagi bumbung Istana Jugra. Di dalamnya terdapat juga kemudahan bank (kemungkinan besar Selangor Government Savings Bank) dan mahkamah bagi memudahkan orang ramai berurusan. Sayang sungguh, hanya puing-puing runtuhan bangunan bersejarah ini yang kini kelihatan. Walaupun tingkat atas bagunan ini telah runtuh sepenuhnya, namun bahagian bawahnya masih utuh berdiri.













Bangunan lama ini dilihat dari pelbagai sudut
Bangunan ini tersergam berdiri berdepan jirat Cina (tidak wujud sebelumnya)

PERUBAHAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

Tugas-tugas Pemungut Hasil/ Pegawai Daerah

Pegawai ini bertanggung jawab mengutip hasil mahsul negeri di daerah ini bagi pihak kerajaan negeri. Beliau juga berperanan sebagai hakim atau Magistret bagi mengendalikan kes-kes sivil dan jenayah  di daerah ini. Pegawai ini dibantu oleh beberapa orang kakitangan berpangkat rendah dan anggota polis ketika melaksanakan tugas.

 Antara tugas-tugas Utama beliau adalah:

    Mengutip  cukai bagi hasil-hasil ekonomi penduduk di daerah itu seperti:

  • ·         Hasil Pertanian
  • ·         Cukai Tanah
  • ·         Cukai Pelabuhan, Dermaga dan Pengkalan
  • ·         Hasil Perikanan termasuk Kelong
  • ·         Denda dan Bayaran Mahkamah
  • ·         Setem
  • ·         Lesen dan Permit
  • ·         Pelbagai

Menerima, memproses, meluluskan dan memantau permohonan dan tender untuk projek-projek pembangunan di daerah itu. 

Menyelaras dan menghantar laporan projek-projek kerajaan negeri di  seluruh daerah itu.

Merangka pembangunan  serta menyiapkan belanjawan tahunan bagi daerah tersebut.

Mengadili kes-kes sivil dan jenayah di peringkat mahkamah Magistrat.

Menyiasat dan menghantar laporan kes-kes atau kejadian-kejadian penting yang berlaku di dalam daerah tersebut.

Menjadi pegawai Seranta serta Perhubungan Awam antara kerajaan Inggeris dan pihak istana di daerah tersebut. 

Waktu rasmi bekerja di pejabat Daerah ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu dari 8.00 pagi hingga 12.45 tengah hari. Pejabat ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.

Rutin harian seorang Pemungut Hasil/ Pegawai Daerah ini begitu mencabar dan adakalanya membosankan. Pada sebelah siangnya seharian suntuk beliau di pejabat dan mahkamah, menjalankan tugas sebagai Pegawai Daerah merangkap Hakim, manakala pada sebelah malamnya, menelaah  buku-buku Bahasa Melayu dan Perundangan di dalam kelambu sebelum tidur; melakukan lawatan ke kawasan antara Port Swettenham dan Sepang menggunakan bot, melawat dan memeriksa kawasan sehingga ke sempadan daerah. Sememangnya meletihkan! Ringkasnya seseorang Pegawai Daerah perlu bertindak pada masa yang sama sebagai Pengurus, Pentadbir, Hakim, Pengaman, Pengutip Hasil, Bendahari Kewangan di dalam daerahnya. Pengutip Hasil perlu menghantar laporan bertugas bulanannya ke Pejabat Residen.

1/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

                           

2/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

3/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

4/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

5/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

6/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

7/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

8/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

9/9 Laporan lengkap Tugasan Pengutip Hasil Kuala Langat dalam bulan Mei 1889

Ketika Maxwell menjadi Residen di Selangor, Beliau telah menggabungkan tugas-tugas Pengutip Hasil dengan tugas-tugas sebagai Pegawai Daerah. Garis panduan tugas dan skop kerja bukanlah untuk menyekat kuasa luas seorang Pegawai Daerah sebagaimana yang diberikan di bawah pentadbiran Frank Swettenham ,Residen Selangor terdahulu, tetapi untuk menyelaraskan tindakan mereka seiring dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Residen. Perubahan nama Pejabat Pengutip Hasil kepada Pejabat Daerah Kuala Langat dikatakan dilakukan pada awal 1890-an semasa pentadbiran Campbell.

Penggunaan Kepala Surat (Letter Head) Collector's Office masih digunakan dalam tahun 1889

Nama 'District Office' atau Pejabat Daerah Kuala Langat mula digunakan dalam urusan surat menyurat dalam tahun 1892

Walaupun  skop kerja, tugas dan tanggungjawab seseorang Pegawai Daerah itu luas, meliputi apa jua perkara atau kejadian yang belaku dalam sempadan daerahnya, namun tidak begitu mendalam. Bahkan Pegawai Daerah lebih merupakan seorang Pemantau peringkat tertinggi di daerahnya. Semua delegasi kerja dibahagi-bahagikan kepada pegawai-pegawai bawahannya. Sudah tentu banyak mesyuarat yang perlu diadakan, sama ada mesyuarat dalaman, mesyuarat antara jabatan,mahupun masyarakat dengan pihak atasan kerajaan negeri dan istana. Semua mesyuarat mesti diminitkan secara terperinci agar setiap Langkah dalam membuat keputusan diteliti sebelum sesuatu keputusan muktamad dibuat. Biasanya kata putus daripada Pegawai Daerah dianggap keputusan rasmi.

Pegawai Daerah juga diminta memastikan untuk membuat bayaran emolumen termasuk elaun-elaun kepada semua kakitangan pejabatnya, guru-guru, penghulu-penghulu, serta semua penerima pencen di dalam daerahnya. Segala pembayaran kepada para pembekal dan kontraktor mestilah dibuat mengikut S.O.P yang ketat tanpa prejudis. Kesemua pendapatan dan perbelanjaan hendaklah direkodkan. Pegawai Daerah juga mesti menghantarkan penyata pendapatan dan perbelanjaan tahun semasa serta anggaran belanjawan tahun berikutnya sebelum hujung tahun semasa.

STRUKTUR ORGANISASI

Pada tahun 1883, hanya 4 orang kakitangan di Pejabat Pengutip Hasil di Jugra iaitu  Pengutip Hasil, Kerani, Renjer Hutan, Guru Sekolah Melayu. Dalam tahun 1892, kekuatan Pejabat Daerah ini seramai 5 orang, terdiri daripada Pegawai Daerah, seorang Ketua Kerani, 2 orang kerani Tamil dan Cina, dan seorang guru sekolah Melayu. Semenjak itu bilangan stafnya semakin bertambah. Pada tahun 1895 sahaja 9 orang kakitangan tidak termasuk 9 orang guru Melayu. Dalam tahun 1903, kakitangannya sudah bertambah kepada 14 orang. Menjelang tahun 1920, kesemua tujuh orang kerani di Pejabat Daerah Kuala Langat merupakan kaum Tamil Jafna dari Ceylon (Sri Lanka).

 



Perbandingan Struktur Organisasi Pejabat Daerah dahulu dan kini

TAWARAN DAN PELANTIKAN JAWATAN

Pada peringkat awalnya, Pelantikan seseorang Pengutip Hasil bagi sesuatu daerah itu datangnya dari tawaran Setiausaha Koloni yang beribu pejabat di Singapura. Pada 13 Mei 1876, Tuan James Innes, telah ditawarkan Jawatan sebagai Pengutip Hasil di daerah Kuala Langat ini  dengan gaji yang agak lumayan iaitu $200 sebulan berserta rumah penginapan secara percuma. Beliau juga boleh ditukarkan ke tempat lain oleh pihak Residen Selangor atas keperluan perkhidmatan.

1/2 Surat Tawaran Pelantikan James Innes sebagai Pengutip Hasil di Kuala Langat dalam tahun 1876

2/2 Surat Tawaran Pelantikan James Innes sebagai Pengutip Hasil di Kuala Langat dalam tahun 1876

Bagi jawatan-jawatan sokongan seperti Kerani, Penterjemah, Penulis dan sebagainya, permohonan perlu dibuat secara bertulis kepada Pejabat Residen (kemudian dikenali sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) melalui Pejabat Daerah setempat. Di dalam surat permohonan tersebut, calon-calon akan menyatakan jawatan yang dipohon, latar belakang Pendidikan yang dimiliki serta pengalaman bekerja sekiranya ada. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan, calon perlu mendapatkan sokongan bertulis daripada majikan semasanya. Mereka yang berjaya ke jawatan yang dipohon diwajibkan menjalani Pemeriksaan Perubatan di Hospital kerajaan dan perlu mendapatkan Sijil Perubatan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan. Segala urusan rasmi perlu dibuat secara surat menyurat.


Permohonan Jawatan sebagai kerani dalam tahun 1897

Tawaran Perjawatan pada tahun 1891

Laporan Perkhidmatan dalam tahun 1891


Surat Kenaikan Gaji yang dikeluarkan dalam tahun 1908

Setelah diterima bekerja, kakitangan akan menjalani tempoh percubaan bagi memastikan prestasi perkhidmatan mereka sentiasa pada tahap yang tinggi dan berintegriti. Setelah lulus, mereka akan ditawarkan ke jawatan tetap dan berpencen. Di samping gaji  bulanan yang tetap, mereka juga menikmati kenaikan gaji tahunan, kemudahan perubatan untuk diri dan keluarga, elaun-elaun seperti elaun perjalanan, elaun penginapan,elaun basikal, elaun beras serta kemudahan kuarters mengikut kelayakan masing-masing.  Mereka juga layak untuk memohon pinjaman perumahan dan kenderaan..

Bagi pegawai-pegawai atau kakitangan yang ingin bertukar tempat kerja atau jabatan, atau bersara, setiap permohonan mestilah melalui Pegawai Daerah. Pihak Pejabat Daerah akan mengeluarkan surat sokongan atau surat makluman perjawatan. Sebarang keputusan akan dimaklumkan secara surat rasmi  melalui Pegawai Daerah selaku majikan mereka. Laporan prestasi kerja tahunan mereka akan dibuat oleh Ketua Jabatan/Pegawai Daerah. Mereka yang tidak mencapai tahap prestasi minimum akan diberikan surat amaran bahkan kemungkinan mereka dibuang kerja jika melakukan kesalahan-kesalahan tatatertib atau jenayah yang serius.

1/4 Dokumen-dokumen untuk persaraan  pada tahun 1895

2/4 Dokumen-dokumen untuk persaraan  pada tahun 1895

3/4 Dokumen-dokumen untuk persaraan  pada tahun 1895

4/4 Dokumen-dokumen untuk persaraan  pada tahun 1895

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SEBAGAI PENJAWAT AWAM DI JUGRA

Bagi memastikan urustadbir daerah dilakukan sebaik mungkin, pihak kerajaan memahami keperluan dan kehendak penjawat awam (pegawai tertinggi berbangsa Eropah) serta orang awam (Pengurus estet) yang berkepentingan di daerah ini. Justeru, di tempat-tempat yang terpencil dan menarik, kerajaan telah membina atau menyumbangkan peruntukan untuk pembinaan bangunan-bangunan rumah-rumah rehat, banglo inap (halting bungalows), kelab rekreasi, gelanggang tenis manakala pihak-pihak swasta (Pengurus estet) melengkapkannya dengan perabot, meja billiard dan sebagainya. Kesemua ini dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan sosial mereka di peringkat optimum.

Elaun Basikal diberikan kepada pegawai dan staf di Pejabat Daerah Kuala Langat dalam tahun 1912

Elaun beras untuk kakitangan kerajaan termasuk guru dalam Daerah Kuala Langat dalam tahun 1897


Pinjaman kepada kakitangan kerajaan dalam tahun 1890

Pinjaman kepada kakitangan kerajaan dalam tahun 1891

Kemudahan Rumah Rehat untuk Pegawai-pegawai British pada tahun 1896. Juga tertera nama-nama Penghulu di Kuala Langat yang perlu dibayar gaji bulanan oleh pihak Pejabat Daerah. 

KUARTERS

Seperti mana yang telah dikatakan tadi,Pada mulanya, Pejabat Pengutip Hasil terletak di Bandar Temasya.  Struktur Pejabat ini dibina daripada dinding belahan buluh yang dianyam, lantai papan serta berbumbung atap nipah.  Rumah beliau terletak bersebelahan dengan pejabatnya, Tidak jauh dari tebing sungai , dan ‘istana kayu buruk’ milik Sultan.

Pada tahun 1877, banglo baharu Pengutip Hasil ini di puncak Bukit Jugra ini siap dibina.  Dengan segera Tuan James Innes dan isterinya,Emily Innes berpindah dari Bandar Temasha ke Bukit Jugra.  Udara segar dan nyaman serta persekitaran yang kering dikelilingi pokok-pokok Rhu memberikan kegembiraan dan ketenangan yang dicari oleh isterinya  yang merasakan dirinya sebagai ‘Mem Besar’ dalam daerah Kuala Langat ini.Walaupun James pernah menemui seekor harimau merayau-rayau  di halaman rumah mereka ketika dia sedang membaca akhbar, namun insiden itu tidak melemahkan semangat mereka untuk terus tinggal di puncak bukit itu. Tambahan pula, di Bukit Jugra ini juga terdapat banyak rumah pembesar istana, kerabat diraja dan juga rumah residen Inggeris dahulu di atas Bukit Jugra. Kuarters-kuarters baharu untuk kakitangan berpangkat rendah dibina di sekitar Pekan Jugra dan Kg. Bandar.. Malah ada juga bangunan pasar lama dan sekolah lama diubahsuai menjadi kuarters.

Sisa-sisa Rumah Banglo Pegawai Daerah di puncak Bukit Jugra

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai di Pejabat Daerah cukup ramah menerangkan kepada pihak Pengurusan ladang tatacara memohon dan seterusnya membuka ladang-ladang baharu di Kuala Langat. Tanah boleh diperoleh melalui pelbagai cara:

Geran tanah secara pajakan- bergantung kepada nilai sewa tahunan dan tujuan pemajak. Tanah tersebut (melebihi 100 ekar) yang mungkin dipajak kepada sesebuah syarikat besar yang bermodal tinggi yang akan mengerjakan sebahagiannya dan kemudiaan memajakkan  baki sebahagian lagi tanah pajakannya kepada syarikat-syarikat perladangan yang lain, asalkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah.

Geran tanah untuk orang awam-biasanya individu atau kelompok individu tersebut akan memaklumkan kepada Penghulu mukimnya tentang hasratnya untuk membuka tanah baharu (hutan). Penghulu akan memasukkan permohonan individu tersebut ke dalam buku tertentu dan memperakukan bahawa tanah tersebut (bawah 100 ekar) bukan milik orang lain. Pengukuran sempadan akan dilakukan dan seterusnya diluluskan oleh Pegawai Petempatan (Settlement Officer).  Geran Hakmilik Sementara (T.O.L) akan dikeluarkan dan nilai cukai tahunan ditentukan, mengikut syarat-syarat tertentu.

Geran tanah secara lelongan- mana-mana tanah yang didapati tidak diusahakan/ditinggalkan/tidak dibayar tunggakan cukai selepas tiga tahun atau lebih secara berturut-turut, boleh diambil kembali dan pihak Residen berhak meletakkannya untuk lelongan awam.

Pemasangan Lampu di Pekan Jugra pada tahun 1883


Pemohonan Kebenaran Menembak Gajah oleh Pak Jungal dalam tahun 1889

Tender untuk lesen Penjualan Todi dalam tahun 1917


A.UNIT PENDAFTARAN

PERMOHONAN KAVEAT

PERMOHONAN GADAIAN

PERMOHONAN URUSNIAGA

PERMOHONAN PERINTAH JUALAN

PERMOHONAN BUKAN URUSNIAGA

PERMOHONAN PINDAH MILIK TANAH

PERMOHONAN SEMAK SURAT AMANAH

PERMOHONAN URUSAN TUKAR ALAMAT

PERMOHONAN HAKMILIK SAMBUNGAN SEBAB ROSAK / HANCUR / HILANG

B.UNIT HASIL

Kaunter Bayaran & Semakan Cukai Tanah

C.UNIT PEMBANGUNAN

 Kaunter Pembangunan Masyarakat & Fizikal

D.UNIT PEMBANGUNAN TANAH & PELUPUSAN

URUSAN-URUSAN

PINDAHMILIK  (14A )

RM  50,00.00

RM  50,001.00   – RM  200,000.00

RM  200,001.00 – RM 500,000.00

RM  500,001.00 – RM 1,000,000.00

RM 1,000,001

KAVEAT PERSENDIRIAN (19B)
KAVEAT LIEN (19E)
KAVEAT AMANAH
CADANGAN PEMOTONGAN KAVEAT
TARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN

TARIK BALIK KAVEAT LIEN

NOTIS DENDA LEWAT 3 BULAN SELEPAS NOTIS DISERAHKAN

PERINTAH JUAL MAHKAMAH(16F)

PERINTAH JUAL PENTADBIR (16I)

PERINTAH JUAL DANAHARTA

RM 50,000.00

RM 50,001.00   – RM 200,000.00

RM 200,001.00 -  RM 500,000.00

RM 500,001.00 -  RM 1,000,000.00

RM 1,000,001.00

TURUN MILIK – GRANT PROBATE
TURUN MILIK -  L.A
TURUN MILIK -  WASIAT

GADAIAN (16 A) ( Tidak termasuk Perbendaharaan Malaysia dan Setiausaha Kerajaan Negeri )

PINDAHMILIK GADAIAN (14B)
MELEPAS GADAIAN (16 N) (Tidak termasuk Perbendaharaan Malaysia dan Setiausaha Kerajaan Negeri)

 PEMBATALAN GADAIAN (18B)

PERLETAKHAKAN  BERKANUN (30A)
PERLETAKHAKAN  OLEH MAHKAMAH
PERLETAKHAKAN KPD BADAN BERKANUN
PERLETAKHAKAN KPD DANA HARTA
PERINTAH MAHKAMAH
PERINTAH LARANGAN ATAS TANAH

TUKAR NAMA
TUKAR ALAMAT
PENDAFTARAN PEMEGANG AMANAH
(TRUSTEE)
PENDAFTARAN SURAT AMANAH
PENDAFTARAN SURAT KEBENARAN
PENDAFTARAN SURAT KUASA WAKIL (PA)
PENDAFTARAN SURAT KUASA WAKIL
(PA) PERSEORANGAN
SURATKUASA WAKIL DAFTAR
(NOTING P.A)
SURAT AKUAN BERKANUN
PENDAFTARAN TENANSI

CARIAN RASMI HAKMILIK
CARIAN RASMI UTK KEGUNAAN RASMI
CARIAN PERSENDIRIAN HAKMILIK
CARIAN PERSENDIRIAN DOKUMEN
CARIAN PERSENDIRIAN BUKU
PERSERAHAN
CARIAN PERSENDIRIAN SURATCARA
SALINAN SAH DOKUMEN
SALINAN SAH HAKMILIK
SALINAN SAH HAKMILIK KOMPUTER
SALINAN SURATCARA

 

PERMOHONAN HAKMILIK

HILANG
SURAT AKUAN

ROSAK
PEMBETULAN

 

 

URUSAN

PANDUAN PERMOHONAN MENGUBAH KATEGORI KEGUNAAN DAN MEMINDA SYARAT NYATA TANAH DI BAWAH SEKSYEN 124 (1) (A) DAN (C) KANUN TANAH NEGARA

PANDUAN PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK SEBAHAGIAN TANAH (SEKSYEN 200 KANUN TANAH NEGARA 1965)      

 

PENYATUAN TANAH (SEKSYEN 146 HINGGA 150 KANUN TANAH NEGARA 1965)

 

PECAH BAHAGIAN TANAH ( SEKSYEN 140 HINGGA 144 KANUN TANAH NEGARA 1965 ) 

 

SERAH DIBAWAH SESKYEN 197KTN DAN BERIMILIK SEMULA DIBAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA 1965

 

SERAH DAN BERIMILIK SEMULA (SEKSYEN 204B KANUN TANAH NEGARA 1965)

 

PERMOHONAN TANAH PEMBERIMILIKAN TANAH (SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA 1965)

 

PERMOHONAN TANAH KERAJAAN SECARA LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (SEKSYEN 65 KANUN TANAH NEGARA 1965)

PERMOHONAN PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH (SEKSYEN 135 HINGGA 139 KANUN TANAH NEGARA 1965)

 

PERMOHONAN PERMOHONAN PERMIT BAHAN BATUAN DI BAWAH SEKSYEN 72 KANUN TANAH NEGARA

 

PANDUAN PERMOHONAN TANAH KERAJAAN SECARA PERIZABAN DI BAWAH SEKSYEN 62 KANUN TANAH NEGARA

 

PANDUAN PERMOHONAN PELUPUSAN SECARA PEMBERIKAN TANAH DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARAUNIT PELAN & PETEMPATAN UNIT PENGUATKUASAAN

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

Panduan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) Kanun Tanah Negara

 

 

BIL

PERKARA

 SENARAI URUSAN DI UNIT PENDAFTARAN

1

PANDUAN PROSES PINDAH MILIK TANAH

 2

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERINTAH JUALAN

 3

SENARAI SEMAK BORANG PINDAH MILIK 14A

 4

SENARAI BAYARAN DAFTAR URUSAN PINDAHMILIK 14A (SELANGOR LAND RULES 2010)

 5

 SENARAI SEMAK BORANG 16A - GADAIAN SEKSYEN 242

 6

 SENARAI SEMAK BORANG 16I - PERINTAH JUAL SEKSYEN 265

 7

 SENARAI SEMAK BORANG 16N - MELEPASKAN GADAIAN SEKSYEN 278

 8

 SENARAI SEMAK URUSNIAGA

 9

 SENARAI SEMAK BUKAN URUSNIAGA

10

 SENARAI SEMAK PERMOHONAN KAVEAT

  11

SENARAI SEMAK PERMOHONAN HAKMILIK SAMBUNGAN SEBAB
ROSAK / HANCUR / HILANG

  12

SENARAI SEMAK SURAT AMANAH

  13

SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI URUSAN TUKAR ALAMAT

 

 

 

 

 



Kuburan Lama di Bukit Jugra dan Kuala Langat

Salam buat semua. Salam takziah buat semua keluarga juruterbang dan kru nahas helikopter TLDM di Lumut semalam. Hanya satu nasihat Atok buat...