Khamis, 9 Ogos 2012

Umangai....Harga rumah kat Telok Melambung!

Aduss!..Mengeluh aku bila tengok iklan rumah kat bawah ini..Rumah teres biasa jer..takdelah luas dan besar sangat...standard rumah teres setingkat. Aku syak luas 20' X 72' tu hanya luas lot tanah, bukan keluasan binaan rumah..kalau nak besar, tambah sendiri ler kat tanah belakang rumah ..duit lagi! Jangan tertipu dengan bilangan 4 bilik ..kalau setakat 10' X10' itu standard rumah kos rendah.Layout atau Floor design pun jenis 'short gun' kata mat salleh..buka pintu depan dah nampak pintu belakang...hehehe...Kalau aku,tak nak aku beli rumah camni. Baik beli atas tangan orang rumah kos rendah kat Jalan Mengkuang, taman yang sama..dah siap tambah sampai ke parit belakang lagi...paling lebih pun RM100k..itu pun finishing dia marble atau tiles, bukan cement rendering! Aku rasa Taukeh Cina developer ni cuba speculate market...ya lah untung sabut timbul...kononnya Telok dah sampai  tahap bandar satelit untuk Klang, macam Bukit Tinggi.


Aku cuba buat perbandingan dengan rumah aku kat Seremban Jaya ini, Jarak dari bandar Seremban lebih kurang 8km...lagi dekat  jaraknya antara Telok ke Klang. Teres dua tingkat, 4 bilik 3 bilik air, keluasan binaan 2080 kaki persegi..saiz tanah/lot 22' X70' harga SAMA dengan rumah teres setingkat kat Telok tu. Bukan aku nak menunjuk-nunjuk tapi aku rasa berbaloi beli kat sini...Pasal itu ramai orang KL cari dan beli rumah kat Seremban PLUS kat sini pakai batu bata bakar bukan batu pasir! Korang pikirlah sendiri






Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...