Rabu, 12 Jun 2013

Telok, Kuala Langat dan Klang Semasa Darurat (1948-1960)

Salam ukhuwah. Selepas berbicara pasal kehidupan atok nenek kita masa Jepun dulu, ada baiknya sembang-sembang itu kita panjangkan  dengan menyelit kisah-kisah tragis dan menyedihkan kehidupan rakyat terutamanya orang-orang kampung masa itu.

Kejadian demi kejadian Allah uji umat Melayu Islam dalam mempertahankan maruah agama dan bangsanya. Apa tidaknya! Mula-mula kita terpaksa berjihad menentang Inggeris kafir selama hampir 150 tahun. Kemudian datang pulak Jepun bagero menguji keimanan kita kepada Allah dengan kesukaran kehidupan masa perang. Alhamdulillah, kita berjaya dalam ujian tersebut.Tak lama selepas itu, kita diuji lagi dengan kebangkitan Cina  kafir komunis yang menentang agama dan ingin menjadikan bumi ini hak milik mereka. Kekentalan iman dan semangat jihad menjanjikan kemenangan hakiki sebelum kita dikurniakan Allah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Apapun kritikan orang tentang kemerdekaan kita, selayaknya milik kita!

Banyak peristiwa ketika zaman darurat dahulu  (1948-1960)  yang mewarnai kehidupan leluhur kita di sekitar Kuala Langat dan Klang, walaupun tidak sehebat dan setragis tempat-tempat lain. Cuba lihat urutan peristiwa secara kronologi  kezaliman komunis dan kecekalan kita menentang mereka:

Semasa zaman pemerintahan Jepun, penduduk-penduduk telah hidup dalam keadaan huru-hara. Pada masa itu, orang-orang Cina telah dipindahkan oleh Jepun dari Banting ke kawasan Telok Panglima Garang dan Jenjarom. Masih aku ingat lagi cerita arwah ayahku tentang kawasan kebun kami di Telok Mengkuang yang dijadikan padang sasar pengganas Bintang Tiga (komunis) ini berlatih menembak. Buktinya, ketika kerja-kerja membersihkan kebun dijalankan, banyak terdapat serpihan botol-botol pecah. Kemungkinan botol-botol itu dijadikan target practice.Lebih menguatkan syak wasangka aku apabila ada orang kampung yang sebaya atuk aku bercerita dia pernah diberi upah oleh seorang towkay Cina untuk menghantar muatan beras dalam sampan pada waktu malam ke Telok Mengkuang yang terletak kira-kira 5 km dari pekan Telok Panglima Garang, sememangnya sunyi dan jauh dari petempatan Melayu. Setibanya dia di tempat itu, dia dapati ada kem latihan komunis di situ. Aku tak pulak bertanya sama ada dia melaporkan hal itu kepada polis atau tidak.
Namun ketika awal darurat bermula,(tak dapat dikenal pasti tarikh dan tahunnya), konco-konco komunis telah menembak dan menyerang Pusat Kawalan Polis dan askar. Penentangan ini telah mengakibatkan seorang anggota polis telah terbunuh di Balai Polis(mungkin balai polis Jenjarom atau Telok Datok)) manakala 2 orang komunis pun telah ditembak mati oleh anggota polis. Mangsa-mangsa tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Telok Panglima Garang.(butiran mangsa-mangsa tidak diperoleh)

Menurut akhbar Tamil Nesan, 14 November 1948, dalam tajuk "Keganasan komunis di Klang", menyatakan bahawa 2 pengganas, keturunan Banjar memasuki rumah seorang Melayu, Haji Mansor bin Dorasa dan isterinya Hajah Lahara sewaktu tidur di dalam rumah di batu 4, lalan Kapar, Klang. Kejadian itu
berlaku pada 13 November, pukul 3.20 pagi. Mereka menetak mati kedua-dua suami isteri tersebut dan seterusnya merompak $10,000 dan barang kemas bernilai $6000.

Pada 21 Disember 1948, akhbar ini, melaporkan perkembangan seterusnya pada 16 Disember, pukul 3.30 petang dimana sekumpulan komunis memukul dan menyeksa seorang buruh India di Estet Kampung Kuantan, berhampiran Klang, Selangor

Pada tahun 1949, Regimen Worcestershire tentera British berpindah masuk pada  1 September. Markas induk batalion pertama terletak di antara Klang dan Pelabuhan Swettenham,,bersetentang jalan besar dan landasan terbang yang tidak digunakan. Kem kompeni “A” di Telok Datok, 20 batu ke selatan, kompeni “B” berhampiran Batang Berjuntai, 24 batu ke utara dan kompeni “D”di Klang.   Pada awal Disember tahun yang sama, kompeni “A” dipindahkan dari Sungei Siput ke Telok Panglima Garang. Battalion tersebut terus berada di sana sehingga akhir 1951. Kompeni “A”kini diletakkan di bawah kawalan Battalion Pertama Regimen Suffolk untuk membasmi pengganas dalam hutan tebal sekitar situ. Pasukan itu tinggal di  Telok Panglima Garang sehingga Februari 1952, dan ketika yang sama Battalion Pertama Regimen Suffolk diganti oleh Battalion Pertama Somerset Light Infantry. Ketika di Klang, kompeni “A”merupakan pasukan pertama diangkut menggunakan helikopter ketika menjalankan operasi.


Ini pula gambar-gambar ketika 25th Field Regiment ditugaskan sekitar 1955 di  sekitar Telok Datok dan Sungai Manggis






Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.worcestershireregiment.com/wr.php?main=inc/h_malaya1

Orang India juga tidak terlepas daripada kekejaman komunis di Selangor. Antara kejadian yang dilaporkan dalam Tamil Nesan, 19 Mac 1949, dalam tajuk "Pembunuhan di Selangor",adalah perkembangan pada 18 Mac, dimana 3 orang komunis menembak mati seorang penoreh getah India dari Estet Klang, di batu 31, Jalan besar Batu Laut-Banting, Kuala Langat, Selangor kerana dia tidak membantu komunis. Dua orang Cina bersenjata dan seorang India tidak bersenjata memanggil keluar penoreh getah India tersebut. Kedua-dua tangan mangsa diikat sebelum disembelih. Seterusnya, mereka menampal sebuah risalah komunis berbahasa Tamil di sebatang pokok kelapa berhampiran mayat. Pada hari yang sarna, komunis membunuh 3 orang penoreh getah berbangsa India dari Estet Chi Liung, di belakang pekan Kanchung Laut, Selangor. Mereka dibunuh kerana enggan bekerjasama dengan komunis.




Gangguan komunis memuncak di Malaya dengan pembunuhan Sir Henry Gurney seorang pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pada pada 7 Oktober  1951. Di Kg .Delek, Kg.Darat Batu dan Kg.Kanchung Tengah dan sekitarnya, komunis merampas 24 laras senapang patah “ home guard “ penduduk dan  berlaku pembunuhan 4 orang penduduk Kancong Laut termasuk ketua kampung (Tuan Hj.Siraj bin Mustafa) yang enggan berkerjasama dengan komunis.

Tamil Nesan, 12 Januari 1951, dalam tajuk "Orang Eropah masih menjadi sasaran komunis di Malaya", meyatakan bahawa pada 10 Januari, komunis menyerang W.J. Shaw, pengurus estet Brooklands, Banting, Kuala Langat, Selangor dan pembantunya, A.N. Symons. Dalam serangan ini, Shaw terbunuh manakala Symons mengalami kecederaan.

Tamil Nesan, 27 Februari 1953, dalam tajuk "Pencuri mencerobohi rumah", menyatakan bahawa 3 orang komunis bersenjata dan bertopeng memasuki sebuah rumah orang tua di Jalan 1 Y2, di Klang, Selangor pada 24 Februari. Seorang daripada kumpulan itu berdiri di luar rumah dan 2 orang lagi memasuki ke dalam rumah itu. Sewaktu kejadian itu berlangsung, pemilik rumah berada di belakang rumah, dan terjun melalui tingkap dengan menjerit "Mata-mata", Sebuah kereta peronda melalui kawasan itu dan melihat orang yang
menjerit itu serta melihat 2 orang komunis menaiki sebuah kereta di hadapan rumah itu.

Kerajaan Selangor turut mengumumkan kawasan putih di beberapa kawasan di Selangor dengan adanya kerjasama penduduk. Antaranya Tamil Nesan, 6 Disember 1954, dalam tajuk "Pengumuman kawasan putih di Selangor: Ini adalah kali pertama dan 140,000 penduduk dibebaskan dari perintah berkurung", melaporkan bahawa kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat sebagai kawasan putih mulai 5 Disember, pukul 4 petang. Ini bermaksud 140,000 rakyat di kawasan itu boleh bergerak dengan bebas tapi masih berhati-hati. Ini adalah kali pertama dimana kawasan Selangor diisytiharkan sebagai kawasan putih. Langkah ini diambil oleh kerajaan kerana kegiatan dan keganasan komunis berkurangan di kawasan tersebut.

Tamil Nesan, 10 Januari 1955, dalam tajuk "Sultan Selangor mengucapkan tahniah kepada penduduk
kawasan putih", menyatakan bahawa Sultan Selangor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penduduk yang membantu kerajaan dalam membanteraskan komunis dengan menghentikan semua bantuan yang diberi kepada komunis sebelum ini. Pada hari ini dalam tahun 1955, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni-Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah telah mengisytiharkan Kuala Langat di negeri Selangor sebagai kawasan putih. Upacara perisytiharan ini telah diadakan di Padang Teluk Datok.
Perisytiharan Kuala Langat sebagai kawasan putih yang ke 3 di negeri Selangor dan yang ke 29 di Persekutuan Tanah Melayu adalah hasil dari usaha Jawatankuasa Kerja Perang Daerah yang nmnjalankan operasi NASSAU bagi menghapuskan kegiatan komunis di negeri Selangor. Operasi yang dimulakan pada Disember 1954 dan berakhir pada tahun 1955 ini, telah berjaya menyekat bekalan makanan untuk 3 platoon ahli Parti Komunis Malaya di kawasan Kuala Langat. Pengawalan yang ketat serta serangan-serangan ke atas kubu-kubu komunis oleh Battalion Pertama The Royal Hampshire Regiment, Battalion ke 7 Regiment Askar Melayu dan Battalion Pertama The Fiji Infantry Regiment telah membawa kejayaan kepada operasi ”NASSAU”.   Dengan pemusnahan sepenuhnya kubu-kubu komunis dan juga penyerahan diri ahli parti komunis di Daerah Kuala Langat ini, maka Kuala Langat telah dapat diisytiharkan sebagai  kawasan putih.   Dengan itu juga bermakna penduduk Kuala Langat adalah bebas daripada kuatkuasa undang-undang darurat.

Tamil Nesan, 14 Februari 1957, dalam tajuk "Kebakaran di rumah penolong pengurus Estet", menyatakan bahawa sekumpulan komunis membakar rumah seorang penolong pengurus iaitu V Palaniandy (36 tahun), di Estet Brown, Klang, pada 13 Februari. Mereka turut menghiris dia dengan pisau di kepala, perut dan dada. Isteri beliau dan 3 orang anaknya yang menghampiri untuk membantu suaminya turut dihiris 4 kali di leher. Kebakaran ini membawa kerugian $15000 dan hampir seluruh rumah telah musnah dan semua orang dalam rumahnya selamat keluar melalui pintu belakang rumah.

Tamil Nesan, 8 Mac 1957, dalam tajuk "Pembunuhan seorang wanita Uresh",menyatakan bahawa sekumpulan komunis memasuki rumah seorang Uresh di Kuala Klang, Selangor pada 7 Mac dan membunuh seorang ibu dengan teruk, Mereka menghiris dia dengan parang.




















T

Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...