Aku teringat...tahun 77.hari tu..hari apa..aku dah lupa. tapi petang tu lebih kurang 5.30 hingga 6 petang tatkala aku dengan kengkawan tengah main baling selipar, sebuah lori kecil menyusur masuk ke lorong rumahku. Aku dan kengkawan tertanya-tanya..apa hal ni? Kata Seman tu lori Yok Koon, tauke Cina yang jual barang letrik kat pekan Telok...Yalah, aku kenal abang drebarnya orang Telok jugak,cuma namanya aku dah lupa..Kami tak jadi bermain kerana peristiwa lori masuk ke pekarangan rumah lebih memerlukan penyiasatan rapi kami...mesti ada hal besar ni!
Di belakang lori itu ada sekotak barangan.Tertulis perkataan TELEVISION kat kotak."wwwwoooiii, rumah engkau dah ada tali besen ler", gurau kawan sekampung juga sedara sebaya aku, Seman.Malam ni tak payahlah lagi pergi rumah Mak Yam tengok cerita Melayu..katanya lagi.Aku seperti tak percaya.kaku,beku..tapi yang kat depan mata ini apa?Banyak duit bapa aku..mana dia dapat? camne kerja konduktor bas Kee Hup (Bas Klang-KL sebelum Park May ambil alih) boleh beli tv besar ni..radio buruk pun kitorang takde? Selidik punya selidik...TV tu HD...Hutang Dulu..Biasalah orang kampung..mana ada duit selonggok? Aku tengok abah aku dengan penuh bangga kerana berkorban wang untuk anak isterinya...tapi takde lak aku tanya berapa duit muka atau bayaran ansuran sebulan....TVnya hitam putih..lebih kurang 20 inci jer..tapi kabinetnya..umangai! Aku tengok jer diorang pasang arieal dan test tv tu..lepas dah ok, apa lagi rumah aku macam ada pesta pulak..sedara mara dan jiran tetangga yang terdekat menjenguk dan bertanya khabar sambil mata mengerling kat tv baru abah aku itu..Malam tu kitorang tengak tv sampai habis siaran..Puas! Takde lagi ke rumah orang minta simpati tumpang tengok tv, ada kala orang suka ,ada kala macam-macam alasan diorang bagi.....
Pagi esoknya aku tengok abah aku balik dari pejabat pos kat Telok.Aku tengok abah aku bawa balik kertas merah sekeping..Aku tanya apa tu, bah? Lesen TV kata abahku. Aku tak pasti berapa harganya masa tu pasal tv baru aku tu hitam putih jer.Tapi yang aku pasti selepas akak aku yang kerja kilang Sankyo kat Batu 10 tu beli tv color (lupa pulak tahun bila), harganya memang RM 24. mula-mula beli ler tiap-tiap tahun. tapi lepas tu...24 ringgit macam-macam boleh buat! Besar duit tu masa awal 80-an dulu...Baik buat beli lauk dengan petai Arwah Bulat Kera kat pasar!
Cerita kat tv walaupun waktu siarannya singkat (pukul 5 petang hingga 12 tgh malam) dan hanya ada dua channel jer..semuuanya kitorang tengok..kini giliran kitorang pulak entertain jiran-jiran yang belum ada tv lagi..Sejak hari tu, masa bermain kat luar mesti selaras dengan rancangan TV feveret kitorang terutama kartun-kartun..Lagi parah bila time VCR keluar kat pasaran..langsung melekap kat kaca tv..main...nanti ler!
seronok baca cerita ni/ tulisan ni.
BalasPadamtu la..apa yg dia tulis semua benda tuh dulu ada kami ada..kiranyer mengimbau kenangan lama tul..nostalgik sungguh..
BalasPadam