Isnin, 27 Jun 2022

Sejarah Balai Polis Telok Panglima Garang

Salam buat semua. Apa khabar orang kampung Atok di Telok? Semoga sihat-sihat belaka. Atok dan Wan dah lama tak balik ke Telok. Cuma hari itu singgah sebentar bermalam di rumah kakak di Taman Dato Hormat dan menziarahi kuburan kedua-dua orang tua Atok di Jalan Pusara. Alfatihah (dibaca) buat kedua-dua mereka termasuklah seluruh penghuni Tama Perkuburan Alor Pak Datu Fasa 1 dan 2. Semoga damai arwah-arwah di sana. Amiin. Entri kali ini Atok nak bicarakan pasal Balai Polis. Dah banyak yang Atok tulis pasal Balai Polis di Jugra, Telok Datoh, Banting, Batu Laut, Tanjong Sepat dan Klang tetapi tidak banyak mengenai Balai Polis di Telok. Memang tak banyak cerita pasal itu kerana Telok hanyalah pekan kecil, lagipun orang-orangnya, tak kiralah Jawa Sijangkang, Banjar Kg. Medan, Melayu Telok dan Keling serta Sakai Pulau Carey semuanya  hidup harmonis, cintakan kedamaian. Itu pasal lah lambat dapat Balai Polis! Tak apa, biar Atok story dahulu..Begini ceritanya.

Peranan polis ketika itu memang untuk menemani Pegawai Pemungut Cukai ke kampung-kampung di seluruh negeri, menjaga keselamatan para peladang Inggeris, mengawal tingkah laku pendatang asing di estet dan lombong, menyelesaikan kes jenayah anak negeri, membuang negeri penjahat dan lanun, mengiringi orang kenamaan dalam urusan rasmi dan kematian keluarga diraja dan istana. Tak lupa juga mencatat kelahiran dan kematian anak bangsa dan penduduk setiap masa.

Pasukan polis merangkap tentera daripada keturunan Sikh ini sememangnya digeruni terutama oleh masyarakat Cina yang menggelar mereka Bengali kwai  atau Syaitan Benggali.  Kesetiaan, disiplin yang tinggi dalam diri mereka ini menyebabkan mereka digemari sebagai bodyguard, pegawal sekuriti dan lain-lain tugas yang merbahaya. Petempatan di mana ada terdapat balai polis, kini lebih aman kerana penduduk boleh membuat aduan dan masalah dapat diselesaikan secara aman. Pihak penghulu juga dipantau oleh pihak polis dan laporan dihantar ke pentadbiran negeri berhubung tingkah laku dan prestasi kerja penghulu tersebut. Apabila negeri aman, pendapatan negeri dapat dikumpul dengan berkesan. 

Pada tahun 1882, terdapat beberapa buah balai polis di Kuala Langat selain di Bukit Jugra. Dikatakan kekuatan pihak polis di Kuala Langat adalah seperti berikut:

A.Balai Polis Bukit Jugra...........................Seorang berpangkat Sarjan, 3 orang konstabel
    Gudang Kerajaan di Bukit Jugra.............. 3 orang konstabel
    Pejabat Collector and Magistrate..............Seorang konstabel
    Off Duty Emergency)............................... 2 orang konstabel 
                            
B.Balai Polis Kuala Jugra..........................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

C.Balai Polis Kanchong.............................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

D.Balai Polis Bandar..................................Seorang Koperal, seorang konstabel


Pada tahun 1898, cadangan membina Balai Polis Telok Panglima Garang disuarakan kerana keperluan penduduk semasa yang semakin ramai berikutan pembukaan lebih banyak estet  termasuk di Pulau Carey dan perkampungan di mukim Telok Panglima Garang yang memerlukan tindakan yang lebih pantas daripada pihak polis. Bahkan Telok Panglima Garang merupakan perkampungan terpenting di sebelah utara Sungai Langat dalam daerah Kuala Langat kerana kedudukannya yang strategik di laluan terbaru jalan darat menghubungkan Jugra dengan Klang. Perkembangan dan pembangunan ekonomi Kuala Langat sememangnya berkait rapat dengan lingkungan pengaruh bandar Klang dan Pelabuhan Swettenham. Sudah pasti Telok Panglima Garang menerima tempiasnya. Maka sewajarnya Telok Panglima Garang dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan awam termasuk Balai Polis.



Tender Membina Balai Polis TPG pada tahun 1899

          
                  

Tender Baharu dikeluarkan pada bulan November 1900 untuk Pembinaan Balai Polis TPG. Mengapa tender lama dibatalkan tidak diketahui.



Balai Polis TPG telah siap namun tiada arahan beroperasi  daripada pihak berkuasa

Penempatan sementara  Kuarters Renjer Hutan Telok Reserve Forest di Balai Polis TPG dalam tahun 1902



Telok Panglima Garang dalam Peta Kuala Langat dalam tahun 1898

Kawasan Operasi Balai Polis TPG meliputi semua kampung dalam Mukim TPG  sehingga  Sijangkang pada tahun 1913

Estet-estet di Pulau Carey juga dibawah pentabiran dan pengurusan Balai Polis TPG pada tahun 1910




 Balai Polis Jenjarom 
Kampung-kampung Cina di atas bukit dan pinggir hutan seluruh Kuala Langat dan Sepang dipindahkan ke Kampung Baru Jenjarom. Perkampungan baru terbesar di Kuala Langat. Sebuah balai polis kecil diwujudkan di situ,  di pintu masuk.Kawalan polis diperhebat. 24/7, setiap detik setiap ketika. Seluruh kawasan dikawal, berkawat. Berkekalanlah balai polis itu sehingga kini.

Balai Polis Telok Panglima Garang

Ura-ura pembinaan balai polis di sini mula diperkatakan sejak awal 1963 lagi, ekoran banyak kejadian samseng bergaduh dan mengugut para pekedai bagi wang perlindungan. Pernah Telok Panglima Garang digegarkan dengan pembunuhan kanak-kanak berusia 4 tahun ketika zaman Darurat. Sebagai sebuah mukim yang pesat membangun ekoran perkembangan industri di Lembah Klang, seharusnya sudah ada sebuah balai polis di sini. Hal ini terus disuarakan oleh para pemimpin masyarakat  terutama UMNO dan MCA di TPG. Mungkin juga kewujudan balai polis sedia ada di Jenjarom yang berdekatan dengan TPG melambatkan keputusan kerajaan membina balai polis di situ.

Namun, keadaan mula berubah pada awal 1970-an.  Kesan dan status Telok sebagai kawasan perindustrian bebas yang baharu di Kuala Langat serta pertambahan penduduk yang mendadak ekoran penghijrahan masuk penduduk ke sini memaksa kerajaan mengadakan infrastruktur lengkap termasuk sebuah balai polis baharu yang kekal dan besar. Tetapi, entah di mana silapnya, mungkin tiada peruntukan oleh kerajaan pada masa itu, sebuah balai polis yang unik diwujudkan di Telok. Unik kerana inilah mungkin satu-satunya balai polis di Kuala Langat, bahkan mungkin di Selangor yang disewa di sebuah blok rumah kedai dua tingkat di Batu 10 Kebun Baru, berhadapan jalan raya utama Klang-Banting. Sudah pasti fasilitinya terhad tanpa kuarters. Sepatutnya balai polis ini disebut pondok polis sahaja. Tak ada rotan akar pun berguna. Berkat kesabaran penduduk dan warga polis di sini, maka, di tapak berhampiran bersebelahan lot rumah kedai itu kini dibina sebuah balai polis serba lengkap dan besar, menggantikan 'pondok' yang telah lebih 30 tahun mencurahkan berbakti.

Balai Polis Telok Panglima Garang yang disewa daripada rumah kedai di Taman Desawira di selekoh Batu 10 Jalan Kebun Baharu dalam tahun 1970-an

Balai Polis Telok Panglima Garang kini

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk butiran terperinci

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 JUL 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0103513W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
25 JAN 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688510W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
31 DEC 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0081886W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Khamis, 23 Jun 2022

Sejarah Hospital di Jugra


Salam buat semua. Hari ini Atok ada surprise buat korang. Mesti korang takkan percaya punya! Yang pasti korang mesti tak pernah akan menyangka! Suprise! Atok ada cerita dan bukti tentang wujudnya Hospital di Jugra! Ya hospital, tempat orang sakit  macam kat hospital di Banting tuu. Ada doktor, misi, jururawat,M.A, dan staf- staf bawahan yang lain. Juga ada Bilik Mayat sekali..... So, dengarkanlah..... Atok nak story ini....Begini ceritanya....



Masa British mula-mula masuk ke Selangor dahulu, memang Mat Saleh ini tak buatkan klinik atau hospital untuk rakyat jelata. Yang penting bagi mereka macam mana nak punggah hasil bumi Selangor dan Malaya seperti bijih timah, emas dan lain-lain keluar untuk dibawa balik ke England, tempat tinggal Opah Penyamun (Queen) itu. 

Tahap kesihatan rakyat yang dijajah langsung tak masuk dalam buku diorang. Orang Melayu tetap ke bomoh dan dukun. Imigran Cina hanya berubat dengan ubat-ubatan tradisional Cina yang disediakan oleh Singseh di lombong-lombong mereka. Mereka (British) hanya bina hospital atau wad rawatan untuk pegawai-pegawai atasan Inggeris termasuk para pengurus ladang dan kaki tangan kulit putih berpangkat rendah. Segala ubat-ubatan dibekalkan daripada ibupejabat kerajaan di Kuala Lumpur. Kalau di Klang atau Kuala Langat, pegawai British yang sakit dan memerlukan rawatan lanjut akan dihantar ke Hospital Eropah (khas untuk orang puteh) di Bangsar atau di Kuala Lumpur. 

Mengikut perangkaan British, pada tahun 1891, penduduk Melayu di Kuala Langat seramai 3,092 orang iaitu seramai 827 di Jugra, 818 di Bandar, 324 di Tanjong Dua belas dan 244 di Telok Panglima Garang. Selebihnya di beberapa buah perkampungan yang mempunyai penduduk kurang daripada 100 orang. Hanya apabila kematian demi kematian akibat wabak penyakit seperti kolera beri-beri dan malaria memberi impak besar kepada tenaga kerja di estet dan pejabat mereka, barulah kesihatan umum dipertingkatkan.

Tidak wujud sebarang hospital di Kuala Langat dalam tahun 1888.

Tahukah korang hospital yang ada di Banting itu bukanlah hospital yang pertama di Kuala Langat? Pada tahun 1893 telah terbina hospital di Jugra. Dari segi takrifan ianya bukanlah hospital yang besar, cuma beberapa buah wad di atas Bukit Jugra dan dibantu seorang dua Dresser atau Medical Assistant, serta beberapa orang staf bawahan seperti tukang masak dan pembantu hospital dan Tukang Kebun merangkap Cleaner.

Penubuhan dan Pembinaan Hospital Jugra

Pada 21 September 1888, satu pasukan perubatan dari Hospital Klang dihantar ke Jugra untuk memeriksa tahap kesihatan Pegawai Daerah Kuala Langat ketika itu yang bernama Turney. Dalam laporan itu dinyatakan dengan jelas penyakit yang menimpa beliau. Juga dimuatkan dalam laporan tersebut pergerakan mereka dari Klang ke Jugra dan sebaliknya yang memakan masa berhari-hari. 

Di situ dapat dilihat kepayahan untuk mendapatkan dan memberikan rawatan bagi penyakit biasa. Bayangkanlah kalau hal-hal kecemasan perubatan yang berlaku, terlalu sukar untuk mendapatkan rawatan kerana masalah jalan pengangkutan dan perhubungan ketika itu. Kemudian dalam bulan Februari tahun 1889, berlaku wabak taun dan campak di mana seluruh penduduk Kuala Langat diberikan suntikan vaksin. 

Justeru, atas rentetan peristiwa-peristiwa tersebut, maka pada 29 Mei 1891, pihak Pejabat Daerah Kuala Langat, dengan sokongan daripada PWD  (JKR kini) serta Pejabat Kesihatan memajukan permohonan kepada pihak Residen di Kuala Lumpur agar dibina sebuah hospital kecil di daerah Kuala Langat dan ditempatkan juga Dresser di hospital tersebut. Mereka juga mencadangkan agar hospital tersebut dibina di atas  Bukit Jugra. Pada 17 Mei 1892, Pihak PWD telah mengemukakan pelan pembangunan  Hospital Jugra, siap dengan kuarters Dresser dan gudang ubat. 

Lokasi dan Kedudukan Hospital di Jugra

Tidak lama kemudian, pada 17 Jun 1892, kerajaan menawarkan tender pembinaan hospital tersebut kepada kontraktor awam. Namun pihak kontraktor memaklumkan kesukaran mengangkut bahan binaan ke lokasi tapak hospital tersebut yang terletak di atas Bukit Jugra. Alhamdulillah, pembinaannya dapat disiapkan dan beroperasi mulai tahun 1893.

Kedudukan Hospital Jugra di atas Bukit Jugra dalam tahun 1903

Kedudukan hospital yang nyaman dan berangin menghadap Selat Melaka dan Pulau Carey

Dalam tahun 1896 dikatakan berlaku penambahan ketara bilangan pesakit di hospital ini. Justeru, pada 18 November 1897, dikeluarkan pula tender untuk pembinaan wad tambahan yang dapat menempatkan 30 buah katil lagi. Wad tambahan ini dapat disiapkan dua tahun kemudian, iaitu pada 5 September 1899.

Pada  27 November 1897, kerajaan merancang untuk membina sebuah reservoir untuk kegunaan dan penyimpanan air hospital ini memandangkan kesukaran mengangkut air dari perigi awam yang terletak di kaki Bukit Jugra ini sebelum ini. Punca anak sungai di atas bukit tersebut telah dikenalpasti untuk tujuan pengempangan dan penyaluran air bersih ke hospital tersebut.

Dalam tahun 1898, kuarters untuk Dresser Melayu telah didirikan. Dalam tahun 1905 berlaku peningkatan pesakit seramai 197 orang berbanding 122 orang dalam tahun 1904. Pernah ramai pekerja estet dari Ladang Tumbok dimasukkan ke dalam wad di hospital ini dalam bulan Februari 1913.

Hospital ini pernah ditutup buat sementara pada 19 April 1918 hingga 15 Oktober 1918. Pada tahun 1924, penambahan kuarters di Hospital Jugra diluluskan. Selepas itu tiada lagi sebarang berita atau dokumen rasmi daripada Arkib Negara Malaysia tentang nasib Hospital Jugra sehingga kini.

Sumber Manusia

Dresser

Dresser pada istilahnya merujuk kepada pembantu. Terdapat pelbagai gred Dresser ini. Tahap IV merujuk kepada pembantu yang mempunyai pengetahuan dalam membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Juga dikenali sebagai Apperentice Dresser. Tugasnya umum, membantu Dresser yang terlatih dan lebih berpengalaman. Dresser Gred I setaraf dengan Medical Assistant yang mempunyai Diploma in Medicine. Pada mulanya dikatakan seorang sahaja Dresser, mungkin Gred III ditempatkan di Jugra pada tahun 1892. Kemudian seorang lagi Dresser berketurunan Melayu ditempatkan di sana pada tahun 1898, mungkin untuk meyakinkan orang-orang Melayu tentang perubatan  moden dari Barat.

Pada tahun 1899, Ketua Dresser bernama En. Pachy Muttu dikenakan tindakan tatatertib kerana mabuk ketika bertugas, memaki hamun kakitangan hospital dan kegagalan menguruskan pengkebumian jenazah seorang pesakit di hospital tersebut. Pada 16 Ogos 1911, seorang lagi Dresser dituduh membuat laporan perubatan yang tidak tepat terhadap Ketua Pos Jugra dengan mengatakan beliau menghidap demam campak sehinggakan perkhidmatan pos di Jugra tergendala selama lebih 10 hari.


Kakitangan Bawahan

Pada tahun 1898, terdapat seorang Atendan Hospital, seorang Tukang Masak, seorang Tukang Kebun serta seorang Pengangkut Air yang digajikan di Hospital Jugra. Selepas pembinaan empangan kecil di atas Bukit Jugra untuk kegunaan hospital didirikan,  jawatan Pengangkut Air telah ditiadakan, sebaliknya digantikan dengan 'Toty', seakan Pekerja Am. Mulai tahun 1907, terdapat 6 orang kakitangan bawahan, iaitu 2 orang Atendan, 2 orang Tukang Kebun, seorang Toty dan seorang Tukang Masak yang bekerja di hospital ini 


Perkhidmatan Pramusaji di Wad

Setiap tahun pihak hospital telah mengeluarkan tender untuk membekalkan barangan basah dan  kering untuk bekalan pemakanan pesakit di wad. Biasanya tender diterima daripada pekedai -pekedai di pekan Jugra kerana cepat, segar dan lebih murah.

Berikut adalah perincian tender untuk dapur Wad di Hospital Jugra pada tahun 1899:




Atok memang rasa terkilan dan ralat mengapalah orang putih dahulu robohkan terus hospital di atas bukit itu? Kalau mereka hendak pindahkan keseluruhan ibupejabat pentadbiran Kuala Langat ke Telok Datoh pada tahun 1920, at least biarkanlah hospital dan rumah rehat di Jugra kekal di sana. Lagipun orang sakit memerlukan tempat yang tenang lagi menyihatkan seperti di atas bukit. Lihat sahaja Rumah Rehat di Bukit Fraser dan di Cameron Highlands, wujud sehingga ke hari ini. Akibatnya, berpuluh-puluh tahun orang-orang di Kuala Langat dan Sepang terpaksa berkorban wang ringgit dan masa ke Hospital Klang kerana tiada lagi perkhidmatan di Hospital Jugra. Jika mereka pekerja estet, mereka sememangnya ada hospital estet masing-masing. Tapi untuk golongan marhaein, orang kampung biasa bayangkanlah mereka terpaksa ke Klang yang jauh jaraknya dari Banting kira-kira 32 km, berbanding ke Jugra yang hanya 10 km sahaja dari pekan Banting. Kalaulah penyakit mereka serius dan kronik, kita faham tetapi kalau sakit yang hanya memerlukan sehari dua pengawasan doktor di wad, tidak perlulah mereka ke sana. Mereka hanya rakyat bawahan, bukanlah pegawai besar!

Bayangkanlah, dari tahun, mungkin tahun 1924 sehinggalah terbina hospital di Banting pada tahun 1975, jarak masa lebih 50 tahun, mereka terpaksa dan dipaksa ke Hospital Klang. Pasti ramai yang tak mampu berulang alik ke hospital Klang. Akhirnya mereka pasrah dengan penyakit mereka dan beralih kembali kepada perubatan tradisional di kampung masing-masing sehingga ajal menjemput mereka. Kalaulah dapat diundurkan masa, pasti Atok bertekak dengan Pegawai Daerah dan Residen Mat Saleh bongok di Kuala Langat dan KL itu.. Bia Atok hempuk kepala diorang,  bagi bergerak sikit otak beku mereka yang tak berpandangan jauh itu. Rascals and Cinabeng!

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
16 AUG 1911
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0159231W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
30 DEC 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0081898W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 FEB 1911
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0156205W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
27 JUL 1899
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0088695W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
9 JUL 1903
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0109978W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 MAY 1891
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0025204W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
24 JAN 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0140343W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
12 FEB 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0140625W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 FEB 1916
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0187893W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
11 FEB 1913
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0167922W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
16 AUG 1911
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0159231W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
30 DEC 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0081898W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
22 FEB 1901
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0096990W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
12 AUG 1910
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0153029W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 FEB 1911
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0156205W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 FEB 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0140638W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 APR 1885
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0004113W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 SEP 1899
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0086146W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 NOV 1899
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0087212W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 AUG 1906
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0131202W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 SEP 1888
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0012406W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
27 JUL 1899
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0088695W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 MAY 1891
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0025204W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 NOV 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0073399W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 OCT 1918
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0201771W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
19 APR 1918
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0199512W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 JAN 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0100500W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 DEC 1915
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0186329W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
1 APR 1914
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0175589W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
1 JAN 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0075395W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
17 NOV 1899
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0087148W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 JAN 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0075214W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
22 AUG 1896
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0064813W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
30 JUL 1894
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0050912W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 JAN 1907
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0133839W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
1 JAN 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0100323W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 NOV 1899
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0087085W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 SEP 1888
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0012406W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
17 MAY 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0031942W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
5 NOV 1896
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0066102W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
24 FEB 1899
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0082800W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
 Title:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
11 JAN 1904
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0113655W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
27 FEB 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0069138W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
27 NOV 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0073294W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
17 JUN 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0032673W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
9 JAN 1906
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0126977W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
28 JAN 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0140390W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
19 FEB 1889
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0014231W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 JAN 1924
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0229245W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 JAN 1924
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0229245W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 JAN 1903
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0106688W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
27 SEP 1905
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0124915W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
11 AUG 1954
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002030W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...