Selasa, 10 Disember 2013

Aku Kontraktor: Buat Rumah Sendiri di TPG

Salam buat semua. Hari itu aku balik kejap kat Telok.  Jumpa keluarga time cuti sekolah ni..Aku pun jalan-jalan tengok rumah saudara yang baru pindah kat taman perumahan di Jalan Perepat. Aku tumpang seronok bila anak-anak saudara dah ada rumah milik sendiri.Tapi bila dia beritahu aku harga hampir 200K, aku terperanjat beruk. Iyalah. Mana taknya? Untuk rumah teres 20X60' sahaja. Itupun dia rasa beruntung kerana tempat lain lagi tinggi harganya. Aku mengiyakan kata-katanya walaupun dalam hati aku tak berbaloi. Aku yang Allah berikan sedikit tanah pusaka di Telok pun masih tak buat rumah. Hanya semak samun dan lalang sahaja yang tegak. Mungkin ular sawa sebesar tayar kereta selesa tinggal di sana. Tapi nak buat camne? Walaupun ada tanah pusaka yang sekangkang anak kera, tapi berlapis-lapis nama dalam geran. Separuh nama dalam geran tu dah expired. Maka anak-anak yang hidup pergi ke Pejabat Tanah kat Telok Datok dan tambah lagi 6,7 nama baru. Tanah semakin kecil, nama semakin ramai..Nak buat macam mana? Hakmilik ramai! Kalau nak buat rumah, mungkin bangsal lebih layak dipanggil. Bukan kerana bahan binaannya. Tapi memang kecil saiz tanahnya! Tak tahulah aku kalau ramai-ramai pakat buat flat. Tapi mana nak cengkau duit untuk buat flat? Nak makan pun masing-masing seluk poket dalam-dalam, inikan nak miliki rumah atas kayangan. Tapi untuk bahagian aku adik beradik, aku dah congak-congak (atas angin jer). Seorang, lepas faraid, dapat ler tanah 18X70 kaki persegi. Kalau nak buat sebuah seorang, memang kecil. Tapi kalau buat Semi D atas dua tanah lot tu (maknanya 36X70 kaki persegi), memang selesa. Siap ada porch masing-masing dan tanah lebih kat belakang dapur lagi. Itu oklah. Dah selesai satu bab. Kini, masalah kewangan pulak timbul. mana nak dapatkan duit selonggok untuk buat rumah semi D itu? Nak pinjam bank, no way.Takde bank yang waras nak bagi pinjaman atas tanah banyak nama. Yang kedua,  kalau adapun, boleh ke dapat RM165K seorang? Impossible,impossible. Tak tahulah mungkin dah suratan takdir, ada tanah tapi hanya sekadar atas kertas jer, tak dapat dimanfaatkan. Back to square one.

Tapi manusia yang diberi akal tidak seharusnya berputus asa. Kena cari jalan atau rakan kongsi....hahaha ya, rakan kongsi. Cari orang yang nak buatkan kita rumah secara percuma TETAPI beri dia hak menyewakan rumah tersebut selama beberapa tahun untuk dia dapatkan modal balik berserta keuntungan. Kita sebagai pemilik tanah dan rumah bolehlah dapat sedikit dividen atas keuntungan tersebut. ATAU kita boleh juga sewa balik rumah 'kita' tu dan duduk sehingga habis tempoh perjanjian.Serupa sewa belilah. Akhirnya, walaupun mungkin selepas 10-15 tahun menyewa, akhirnya rumah itu milik kita secara mutlak.

ATAUPUN Plan B. Aku tunggu duit pampasan pencen. lepas tu aku buat sendiri. Tak payah nak merayu kat jaga bank. Buat rumah sendiri. Habis cerita. Tak payah hutang bawa ke kubur. Nanti mati susah woii! Tapi apa kepandaian aku? Ketuk paku pun bengkok, inikan nak tegakkan rumah semi D! KAH,KAH,KAH...Baik aku gelak sendiri sebelum aku digelakkan...Sekali lagi..KAH,KAH,KAH.
Fikir punya fikir, apalah bodoh sangat aku ni? Upah jer lah. Duit dah ada selonggok, pilih jer kontraktor yang kita konfiden. Dua bulan siaplah mahligai impian. So aku buat pengiraan sendiri.dan search internet lalu terjumpa perkataan-perkataan skema di bawah:
Kadar harga semasa yang diguna pakai oleh kontraktor bina rumah adalah antara RM110 ~ RM130/ka2 buat masa ini. Kadar harga ini termasuklah upah pekerja, bahan binaan, sistem pendawaian letrik dan sistem paip bagi bekalan air dan ianya hanya sesuai bagi bandar-bandar kecil dan sederharna saja.
Jika keluasan rumah tersebut adalah adalah 1500 kaki persegi maka harganya kos pembinaan rumah bungalow tersebut adalah:-
1500 x RM110 = RM165,000
Pada asasnya kos pembinaan bagi sesebuah rumah adalah terbahagi kepada perkara berikut:-
Jadi, aku baca dan perhatikan betul- betul. Rumah harga RM165K, 32 peratus untung dan habuan kontraktor. Bayangkan untuk kerja tak sampai 2 bulan, dia dapat RM52,800, sedangkan aku nak kumpul sebanyak itu setahun kerja bertungkus lumus, macam kuli batak. Patut ler ramai kontraktor pakai Merz mata belalang! Sorry, bro..no way, man! Aku pun nak jadi macam korang. Apa susahnya jadi kontraktor? Ini bukan rocket science! Kalau setakat baca pelan, aku pun boleh. Lagipun aku nak buat rumah aku jer, bukannya kontraktor sepanjang masa. Please move aside,bro. Give way to the new contractor in town. Me.
Kalau kita yang uruskan sendiri, maka tak perlu lagi khidmat kontraktor. Kitalah kontraktornya! Bukankah ini rumah kita sendiri? Bukannya susah sangat, janji tahu beberapa perkara asas udah ler. Cuma komitmen masa itu perlu. Kalau tak ada masa, forget it. Bayor jer lah RM52,800 kat kontraktor tu. Lagipun itu korang punya duit, bukan duit aku! (sindir nampak?) Dengan RM52 ribu lebih tu, aku rasa aku boleh pergi buat haji suami isteri dan 3 orang anak. Atau aku boleh sedekahkan kat mana-mana maahad tahfiz sebagai sedekah jariah aku sekeluarga. Itu lebih baik daripada aku beri kat kontraktor dan kemudian menyesal dan menyumpah kerana mutu kerja workmanship yang menyakitkan mata dan hati seumur hidup, atau selagi rumah itu tertegak. 
Kalau korang berminat, tak perlu gi sana ke mari.semuanya di hujung jari anda. Dalam internet ini macam-macam ada, emak dan abah je yang tak ada. Luangkan masa cari dan belajar tentang ilmu pembinaan. Bukan kita yang nak buat semua kerja tu. Kita cuma... cari,,selaras,pantau,bayar..itu jer. Oh, ya...lagi satu perkara. Disebabkan duit kita dah banyak yang akan kita laburkan untuk projek ini (memey ler...berpuluh atau beratus ribu, ada baiknya kita buat perjanjian  dengan sub-con kita ...takut kita dipermainkan dan jangka masa pembinaan ikut suka diorang jer. Semuanya mesti melalui lawyer yang korang sendiri lantik. Biar keluar duit lebih sedikit daripada rugi banyak dan terasa bodoh yang bertingkek-tingkek kerana dipermain-mainkan orang. Lagi pun duit pembayaran melalui lawyer korang, mesti diorang akur ngan syarat-syarat yang korang buat. Kalau dah siap 100 peratus pun, jangan bayar habis. Baki lima peratus lawyer akan simpan sebagai jaminan workmanship selama 18 bulan. Kalau tak ada apa-apa komplen daripada korang, baru lawyer lepaskan. Barulah kita ini bos rumah kita sendiri. Barulah senang kehidupannye! Rumahku Syurgaku.

A.Pra Pembinaan
Memahami pelan rumah
Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.
Penyediaan pelan rumah
Memohon kelulusan pelan
Melantik tukang rumah

B.Peringkat-peringkat pembinaan
- Mengenal pasti sempadan tanah anda
– Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out)
– Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork.
– Kerja-kerja pengorekkan/penggalian
– Kerja-kerja membina tapak asas
– Membina grd. Beam
– Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit
– Tiang- tetulang, formwork dan konkrit
– Lantai konkrit
– Roof beam
– Dinding bata
– Plaster / melepa
– Bumbung
– Kerja kemasan
– Kemasan lantai
– Cara memasang jubin lantai
– Jubin dinding
– Kerja mengecat

C.Pengurusan
Mengurus pembelian bahan binaan
Kualiti binaan
Mendapatkan bekalan air dan letrik.
Mendapatkan sjil layak menduduki ( CF )

Ooops..sebelum terlupa, jutaan terima kasih aku buat pemilik blog ini, banyak pahala korang:
http://bina-rumah.com/wp/pengiraan-kos-bina-rumah-dan-kos-bahan/


Indeks Halaman Utama

32 ulasan:

  1. Salam. Camne dgn rumah yg dh siap dibina tp ada kerosakkan (nk repair). Blh bantu? TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam... kalau ada perjanjian, minta peguam anda tuntut ganti rugi atau tahan pembayaran seterusnya.
      kalau tiada perjanjian, jangan bayar baki selagi kerosakan tidak diperbetulkan...biasanya 5% daripada keseluruhan kos kita pegang sehingga 18 bulan tempoh waranti

      Padam
    2. Assalamualaikum wbt
      Macaman nak hubungi tuan

      Padam
  2. Salam.bagaimana luas lebar untuk kos rumah 10k bina sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://sensasiselalu.blogspot.com/2016/03/hasil-kreatif-bekas-jurutera-bina-rumah-kabin-kos-kurang-dari-10-ribu.html?m=1

      Padam
  3. Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
    Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
    if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik zainal boleh share gambar rumah encik x?ada perancangan nak bina rumah ni..nombo fon kontraktor tu skali klo bole bg..
      Tqia..

      Padam
  4. kos rumah keluasan 30' x 30' agak2 berapa ?? hanya 2 bilik 1 bilik air

    BalasPadam
  5. Salam..saya berhasrat nk bina sebuah rumah diatas tapak tanah suami di kg pandan kelang. Boleh bg nama2 kontraktor atau pemborong brg binaan disekitar kelang. Sy juga berhasrat nk bina sendiri utk menjimat kos. Mohon sgt pertolongan. Suami nk pencen bln depan

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam puan, saya dapat seorang contractor yang saya rasa murah & berpatutan. saya buat buat rumah keluasan 48' x 40'. kontraktor lain bagi harga RM130k tapi kontraktor ini bagi RM105K. Saja share hubungi saya 0122060421 (En Saha). saya duk di kg raja uda, klang.

      Padam
    2. waalaikum salam puan, maaf lambat respons...
      bagi rumah berkeluasan 1920kps bererti harga yang tawarkan RM54.68skp. Ini dikhuatiri terlalu murah untuk kawasan bandar. Saya ragu-ragu kerana mungkin ada agenda tersembunyi seperti penggunaan bahan binaan kurang bermutu atau kurang kuantiti, atau saiz besi yang terlalu kecil untuk muatan konkrit yang besar. Mungkin juga bahan finishingnya hanya cement rendering. Cuba dapatkan perincian daripada kontraktor tersebut atau dapatkan pandangan kontraktor lain. Terima kasih

      Padam
    3. waalaikum salam puan norazlia,
      sebelum memilih kontraktor ataupun membina sendiri rumah impian anda, seharusnya anda atau suami mengikuti kursus asas binaan termasuklah earthwork, foundation laying dll. Hal ini amat berguna ketika tuan puan berdua menyelia kualiti binaan yang dibuat serta tempoh masa setiap fasa pembinaan. Harus juga puan ikat kontraktor terpilih nanti dengan perjanjian bertulis agar puan tidak tertipu dengan hasil kerja dan tempoh masa yang dijanjikan. Untuk pemilihan kontraktor, dicadangkan puan menilai sendiri hasil kerja terdahulu mereka sebelum menetapkan pilihan puan.Terima kasih

      Padam
  6. Salam puan. Puan boleh menghubungi no 0195121897 kami menyediakan perkhidmatan membina rumah atas tanah sendiri di seluruh semenanjung malaysia. Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam tuan...saya ada plan nak bina rumah setingkat..tanah 50x80 tapi nak bina rumah bersaiz 1800kaki (30x60), 4 bilik,2 bilik air...blh bagi anggaran kasar?terima kasih

      Padam
  7. salam tuan..sy ingin bertanya sy bercadang nk bina rumah di tanah sendiri di bandar country homes rawang..status tanah bangunan kediaman keluasan 223 meter persegi shj..sy tidak ada modal dan ada terbaca yang tanah itu boleh dicagar kepada bank untuk pinjaman membina rumah..bagaimanakah caranya dan apakah pro n con nya..1 lg pilihan saya membuat pinjaman bina rumah dari kerajaan memandangkan saya kerja gov..minta jasa baik tuan berikan pendapat dan sekiranya x keberatan bagaimana sy boleh menghubungi tuan untuk pertanyaan lanjut..tq tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam...buat permohonan dgn kerajaan negeri atau pusat...
      jumpa adun atau mp tempat anda..
      kontraktor syarikat perumahan negara..
      harga rumah 42k-75k
      sebulan bayar 150 x 300 bulan...
      syarat...tanah sendiri

      Padam
  8. Assalamualaikum,
    PANDUAN PINJAMAN KERAJAAN
    PANDUAN PINJAMAN

    SYARAT-SYARAT PINJAMAN
    1.Syarat-Syarat Asas
    -Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
    -Warganegara Malaysia
    -Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
    -Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
    -Telah disahkan dalam jawatan
    -Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
    -Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
    -Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
    -Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh -Pihak Berkuasa memberi pinjaman
    -Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli -mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

    BalasPadam
  9. kelayakan

    Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai -Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut :

    TARIKH BERKUATKUASA MULAI JANUARI 2011



    Bil

    Gaji Bulanan Hakiki (RM)Kelayakan Pinjaman (RM)

    Kelayakan Pinjaman (RM)

    1 1. 6,500 dan ke atas 450,000
    2 5,500 ke 6,499 420,000
    3 4,500 ke 5,499 400,000
    4 3,500 ke 4,499 380,000
    5 3,000 ke 3,499 320,000
    6 2,500 ke 2,999 280,000
    7 2,000 ke 2,499 255,000
    8 1,500 ke 1,999 205,000
    9 1,200 ke 1,499 168,000
    10 1,000 ke 1,199 130,000
    11 800 ke 999 105,000
    12 799 dan ke bawah 80,000

    BalasPadam
  10. Untuk pinjaman bank, ikut kaedah ini...
    1. Buat personal loan utk beli tanah. Cthnya bank rakyat. Maksudnya beli tanah dan dapat geran. Bila dah dapat geran, geran tu tt boleh cagar sekiranya perlukan kos tambahan akan datang. Biasanya bank bagi 40% pinjaman dari market value tanah time tu.

    2. Keluasan bg bangunan yg boleh dibina ialah 40% dari keluasan tanah. Iaitu 6800sf x 40% ialah 2720sf keluasan lantai bangunan. Dah kira luas. If 2 tingkat?lagi la luas kan perkiraan 40% dari keluasan tanah ialah keperluan setback (free space from any structure). Hadapan 20 kaki,tepi kiri kanan 10 kaki dan belakang 10 kaki.

    3. Bajet $300k? Kira utk buat bangunan standard lar..bukan nampak mewah tp simple biasanya sekaki $130 x 2720sf =$353,000.00. Over cost budget tu.. tu utk setingkat. If dua tingkat kali dua lah. Tp sedara boleh dulu buat 1500sf - 2000sf. Pastikan design ada pertimbangan utk renovation akan dtg. Seperti design column dan beam yg boleh buat utk 3 tingkat akan datang, minimakan design bumbung supaya senang nak buat 2 tingkat akan datang.

    Utk buat rumah better buat gov.loan. utk beli tanah better loan bank. Sekiranya loan gov dah santak habis, cagarlah geran tanah tu. Tp kos hutang bulanan bertambah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Askm..bukan loan gov syarat sekali je.jika nk guna kali ke 2 .yg pertama kene langsaikn

      Padam
  11. Assalamualaikum.

    Saya tertarik dgn penulisan Hj berkaitan mengira cara jualan tanah samada plan A dan plan B, dan harga jualan dibahagikan kpd adik beradik sama rata.

    Prrtanyaan saya, adakah perbincangan dgn adik beradik utk tanah lot tersebut dijual dan keuntungan dibahagi sama rata dibuat sebelum tanah lot dijual atau dlm proses jualan? Yg mana lebih baik?

    BalasPadam
  12. waalaikum salam...
    Saya menggalakkan agar apa sahaja hasil perbincangan sekeluarga mengambil kira hukum syarak tentang pembahagian harta secara faraid.
    tentang persoalan sama ada pembahagian keuntungan penjualan hartanah tersebut pula bergantung kepada kemampuan keluarga puan sama ada untuk mengeluarkan modal kewangan untuk semua urusan dokumentasi, pemecahan sublot dan juga rundingcara dengan peguam, agen, dsb.
    sekiranya pemegang saham yang lain tidak berminat bagi menguruskan hal-hal tersebut, maka puan bolehlah mendapatkan persetujuan mereka bagi menguruskan sendiri penjualan hartanah tersebut termasuklah kos urustadbir dan komisen. setelah ditolak semua kos baharulah dibahagikan keuntungan jualan hartanah tersebut menerusi peguam yang dilantik...
    atau puan boleh juga menetapkan harga
    jualan mentah hartanah tersebut. segala keuntungan setelah dijual secara pecahan sublot adalah menjadi tanggung jawab dan liabilities puan tanpa melibatkan mereka.cnth.. harga semasa seekar tanah RM 200k dibahagi terus mengikut faraid. setelah dipersetujui bersama, puan boleh menjualnya kepada pembeli-pembeli dgn harga lebih tinggi (300K). setelah habis dijual, baharulah wang penjualan itu diberikan kepada semua pemegang saham mengikut harga asal yg dipersetujui 300k-200k=100k. keuntungan 100k itu adalah milik puan sendiri setelah ditolak cukai dan kos2 lain. harap jawapan ini dapat membantu.

    BalasPadam
  13. nk tanya kalau rumah keluasan 2000kaki tu kos beli bahan agaknya berapa kalu kos upah 48k

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam....Rules of thumb...
      harga barang = 1/3 harga kontraktor
      Kalau kontraktor minta Rm 130/kps bermakna 2000kps x 130= Rm260,000(utk semua kerja)
      1/3 drpd 260k= 86,700 bergantung kepada kualiti bahan...
      kalau kos upah 48k bererti
      kos barang pun 48k ( beli sendiri),
      kemungkinan tak termasuk wiring dan plumbing...tuan rumah yang beli atau upah orang lain untuk job itu

      Padam
  14. mana mungkin rumah besar tu siap tak sampai 2 bulan. harga konteaktor bagi tu untuk rumah siap. bukannya untuk buat body sahaja. nama pun kontraktor harga dia bagi utk rumah siap.kalau upah tukang saja, memang la rasa cepat sebab tukang hanya buat body asas saja. tak termasuk tile siling

    BalasPadam
  15. Jika saya nak buat sebuah bilik stor,keluasan 15kaki, berape harganya bersama barang2?

    BalasPadam
  16. 👍👍👍 motivasi untuk saya bina rumah sendiri...bukan kontractor..

    BalasPadam
  17. Nak renovert sambung umah/buat rumah dari 0 boleh coll kawan sya tukang muda
    Cik sodik . . 0196835881
    Untuk area klang dan sekitarnya

    BalasPadam

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...