Salam
buat semua. Hari ini Jumaat. Cuti sekolah semester satu. Aku tak ke mana-mana hari ini. Sakit pinggang,
Terasa benar sakitnya. Mungkin ujian kecil Tuhan buat aku. Walaupun cuma cramp,
tapi azabnya Allah sahaja yang tahu. Korang tanyalah sesiapa yang pernah sakit
pinggang, mesti diorang setuju bila aku katakan bagai nak putus nyawa rasanya,
seolah-olah itulah seteruk-teruk penyakit dan kecederaan yang dirasa. Memang
pada mulanya aku merancang nak balik ke Telok, hantar kakak aku balik setelah dua
minggu dia kat rumah aku. Lepas tu nak ke Bukit Rimau, Shah Alam ziarah adik
perempuan bongsu aku . Terpaksalah aku berperap kat rumah sehari dua sampai
sakit itu hilang.
Bercerita
pasal rimau atau harimau ini, aku tertarik dengan kisah-kisah lama yang pernah
diceritakan oleh orang-orang tua di Telok masa dulu-dulu, cerita tentang harimau
keramat yang menjaga Bukit Jugra dan juga harimau yang banyak berkeliaran di
hutan-hutan sekitar Telok dan bagaimana seorang panglima bertarung dengan rimau
di Telok. Masa itu umur aku baru budak-budak lagi. Jadi cerita-cerita macam gitu
memang menarik perhatian dan mendatangkan ketakutan buat diri aku. Tapi lama
kelamaan, cerita begitu, hilang terus dalam ingatan aku sehinggalah aku terbaca
kisah-kisah berkaitan harimau di dalam surat khabar The Straits Times
dulu-dulu.
Timbul
persoalan dalam fikiran aku kenapa lencana SMK Jugra tempat aku mencurah bakti
sebagai pendidik dahulu ada simbol harimau, dan mengapa lencana SMK Telok
Panglima Garang pun ada kepala rimau? Mungkin
ada kisah di sebaliknya.Takkan kebetulan? Kalau tidak, masakan mereka gunakan lambang harimau?
Kaji punya kaji, aku dapat buat beberapa kesimpulan kat sini.
Aku
ambil keputusan untuk pecahkan cerita rimau ini kepada 3 bahagian. Pertama mitos
atau lagenda harimau jadian di Jugra , kedua tentang harimau yang mengganas
memakan binatang ternakan dan ketiga tentang harimau yang pernah makan manusia
seperti yang pernah menjadi igauan penduduk Telok dan Malaya amnya.
Yang
pertama mitos tentang harimau keramat penunggu Bukit Jugra telah dibukukan oleh
pengkaji Inggeris bernama Walter William Skeat pada tahun 1900 yang
mengatakan:
“By
far the most celebrated of these ghost tigers, however, were the guardians of
the shrine at the foot of Jugra Hill, which were formerly the pets of the
Princess of Malacca (Tuan Putri Gunong Ledang). Local reports says that this
princess left her country when it was taken by the Portuguese, and established
herself on Jugra Hill, a solitary hill on the southern portion of the Selangor
coast, which is marked on old charts as the “False Parcelar” hill…”
‘(In
Jugra Hill) the lady remained for some time, and during her stay constructed a
bathing-place for herself. Even to this day she pays periodical visits to Jugra
Hill, and although she herself in invisible to mortal eye, her faithful
attendant, in the shape of a handsome tiger (rimau kramat), is often to be met
with as he prowls about the place at night…’
Bukit
Jugra should be associated with one another in traditionary lore. The story
runs that this estimable lady, having disposed of her husband by pricking him
to death with needles, decided thenceforth to live free from the restrictions
of married life.
She
was thus able to visit distant lands, taking with her a cat of fabulous
dimensions as her sole attendant. This cat appears to have been a most amiable
and accommodating creature, for on arriving at Jugra he carried the Princess on
his back to the top of the hill.
There
are many stories about ghost tigers (rimau kramat), which are generally
supposed to have one foot a little smaller than the others (kaki tengkis), which
the unnatural smallness of one of the feet was very conspicuous. Such tigers
are considered invulnerable, but harmless to man, and are looked upon generally
as the guardian spirits of some sacred spot. . .
Kisah
tentang Puteri Melaka bernama Puteri Gunong Ledang yang membunuh suaminya
sendiri. Sang putri pun kemudian membawa jasad suaminya ke darat (sang putri
membunuhnya ketika mereka sedang berada di atas sampan) dan menguburkannya di
kaki Bukit Jugra. Dalam proses penguburan tersebut sang putri didampingi oleh
dua ekor kucing yang kemudian berubah menjadi hantu harimau yang diperintahkan
untuk menjaga pemakaman suami sang putri.
Kemudian
legenda lainnya yang lebih baru menceritakan bahwa sebelum dibangunkan rumah
api , arus sungai begitu kuat dan mampu merosakkan kapal-kapal yang berlabuh di
pantai dekat bukit ini. Menurut legenda, kekuatan ghaib yang ada di bukit ini
merasa terganggu dengan pembinaan rumah api British tersebut sehingga efeknya
menyebabkan pendarahan selama 30 hari. Air sungai pun berubah menjadi merah
darah.
Jadi,
sebenarnya mitos tentang rimau keramat
yang menjadi penunggu dan tunggangan Putri Gunung Ledang itu memang dah
berzaman. Tambahan pula, Jugra menjadi pusat pentadbiran bagi Selangor semasa
pemerintahan Sultan Abdul Samad dahulu. Semestinya baginda dikelilingi pawang-pawang
diraja dan hulubalang-hulubang serta pendekar yang memiliki ilmu kebatinan
persilatan yang memperlihatkan kehebatan dan kedaulatan Raja dan sultan di mata
rakyat biasa yang rata-rata jahil dalam ilmu keduniaan dan akhirat. Kesemua ini
‘mainan diraja’ bagi memastikan rakyat terus menumpahkan taat setia ke bawah
duli baginda sultan dan kaum kerabatnya.
Orang-orang
Melayu yang ‘sangat kreatif’ ini selalunya menganggap golongan Jin ini boleh
menjadi budak suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah SALAH dan
jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini sangat bijak. Mereka tidak hairan
dengan ayat yang dijampi. Mereka berpura-pura mengikut telunjuk manusia asalkan
kita jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menunggangi kita seperti keldai
dungu...ya seperti keldai yang dungu yang dicucuk hidung dan dipukul
dipunggungnya, suruh ia berlari ke arah yang mereka mahukan.
Bayangkanlah
segala jenis ilmu kebatinan ini sudah pasti menjadikan jin sebagai "sahabat",
"Khadam" dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi SAKA
keturunannya. Antaranya ialah :
1) Dewa Daulat - Raja-raja melayu, orang Istana, Pawang diraja, Orang
bergelar,
ketua adat dan segala adat istiadatnya, peniup Nafiri dan
keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn SAKA DAULAT.
2) Pontianak - pengamal perbidanan, urut dan andaman pengantin
3) Toyol - untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit.
4) Bunian (pari-pari hutan) - Pengamal perbomohan dan perubatan
tradisional
5) Jembalang Tanah - orang asli jakun dan semai dlm perdukunan
6) Hantu Langsui - perbomohan dan pengamal santau dan tuju-tuju.
7) Puteri Mayang Mengurai - perbomohan dan perubatan
8) Puteri Pulau Tujuh - perbomohan dan perubatan
9) Dewa Laut - pengamalan orang sakai laut utk perlindungan ribut dan
nelayan.
10) Dewa Sungai - org asli dayak sungai utk perlindungan kaumnya dan
perubatan
12) Hantu Raya - jaga harta benda, anak cucu, rumah, kebun dan jadi
kaya
13) Hantu Pokok Kayu Ara - pengalamal Kuda Kepang dan barongan
14) Pantas di Awan - utk jaga diri, keluarga, tanaman, perubatan,
hebat dan gagah
15) Hantu Bukit - org asli senoi dan jakun. utk jaga kawasan
16) Hantu Perahu - org asli kuala, utk jaga perahu dan arah cari ikan
17) Puteri Mak Yong - pengamal tarian makyong tujuan diminati org
ramai.
18) Hantu Air - org asli Dayak Laut dan seletar tujuan cari ikan
banyak.
19) Jembalang Pulau - pengamal wayang kulit,dikir barat, rebat,
selampit
20) Panglima Hitam - Popular pd pengamal persilatan dan pertahanan
diri, boleh
dikatakan hampir kesemua persilatan melayu menyeru namanya dan dgn sendirinya
ia didampingi - silat Seru dll.
21) Dewa Sungai - perguruan silat sending
22) Penunggu Pulau - perguruan silat Lincah
23) Hantu Bangau Putih - persilatan Bangau Putih
24) Puaka Terbang putih - persilatan Helang Putih
25) Jembalang Tanah - persilatan Budi Suci, wali suci, Roh suci dan
silat Cimandi.
26) Dewa Kura-kura - Persilatan Kura-kura, labi-labi atau lelabi.
27) Harimau Jadian - Persilatan Gayong Harimau, Silat Harimau,
Persilatan
Macan Putih
28) Jembalang Harimau Berantai - Silat Harimau Berantai
29) Dewa Saka - Persilatan dan perbomohan Buang Saka.
30) Dewa Angin - Perbomohan raja santau dan tuju
31) Hantu Tulang - Pengamal urut patah
32) Puaka Pulau Pemanggil - Pandai bersyarah, ahli politik, tok ketua,
ustaz, lembut
lidah, memukau orang, bersuara kuat dll
33) Puaka Harimau Kerinci - sahabat untuk menjaga kampung, rumah,
keluarga,
kebun, tanaman, ternakan dan boleh bawa tuannya pergi kemana2 dengan
cepat.
Kesimpulannya, banyak khadam jin berbentuk ‘harimau’ ada dalam
pelbagai amalan persilatan ketika itu dan diwarisi hingga kini, terutama oleh
anak cucu (sehingga tujuh keturunan mungkin).
Namun, syukurlah. Dunia semakin moden. Kesedaran tentang agama
meningkat. Mereka percaya dengan berilmu
pengetahuan melalui pendidikan formal di sekolah, mereka akan lebih berjaya di
dunia dan di akhirat. Anak cucu mereka kini tidak lagi memerlukan saka dan
amalan khurafat ini dalam kehidupan mereka. Akhirnya, Jugra dan kawasan
sekitarnya ‘keras’ dengan kehadiran ratusan bahkan jutaan makhluk halus tidak
bertuan ini yang merayau-rayau mencari ‘waris
jari hantu’ mereka.
Ketika aku bertugas di SMK Jugra dahulu, sekitar lewat 1990an, pernah ‘mereka’
mengganggu beberapa orang komando TUDM yang sedang menjalani latihan di kawasan
kelapa sawit di sekitar kem Jugra termasuk di belakang sekolah aku dulu. Dengar
cerita, sampai meracau-racau askar-askar
gagah berani tersebut sehingga kem komandan terpaksa memanggil bomoh untuk
menyemah dengan mengorbankan kambing hitam dan memagar kawasan serta memulihkan
semangat mereka.
Pernah juga beberapa orang pelajar kami pucat muka mereka semasa
merokok di sebalik surau sekolah, ketika itu mereka bermalam di sekolah kerana
ada aktiviti kadet polis keesokan harinya. Budak-budak ini memaklumkan mereka
ternampak kelibat seekor harimau di situ. Gangguan sebegini berlaku dari semasa
ke semasa sehingga beberapa orang guru pernah demam disentuh dan ditegur
makhluk halus ini.
Aku sendiri dan sepupu aku
pernah melihat beberapa orang budak kecil berlari-lari di kaki lima bangunan
sekolah pada waktu siang hari. Ketika itu hari Ahad, bukan hari persekolahan.
Ketika aku mengajukan pertanyaan kepada rakan guruku yang tinggal di kuarters
guru di situ tentang kehadiran budak-budak tersebut, dia menafikan kerana hanya
dia seorang sahaja yang berada di kuarters pada masa itu memandangkan guru-guru
lain telah pulang ke kampung masing-masing. Aku dan sepupuku berpandangan sesama
sendiri. Memang
tak kita nafikan mereka wujud, namun kekuatan dan kehebatan hanya milik Allah
SWT. Bermohonlah kepadaNya. Jangan sesekali kita melakukan syirik terhadapNya.
Nauzubillahimin zalik.
Woi,
dah panjang benar ceritanya! Itu baru habis kisah harimau yang pertama,kisah
harimau jadian dan saka. Belum lagi kisah harimau yang mengganas di Jugra dan
Telok. Korang nak aku sambung lagi tak? Dah aku agak dah…mesti nak punya.
Tentang
harimau mengganas di Jugra ini berdasarkan catatan orang puteh bernama . Isabella L. Bird Bishop (1831-1904) bertajuk "A
Chapter on Selangor - Letter XVII dalam bukunya, The Golden Chersonese And The
Way Thither .ketika
berada di Jugra.
“It was a lovely walk up the hill
through the palms and bananas, and the bayonets of our escort gleamed in the
intense moonlight, not with anything alarming about them either, for an escort
is only necessary because the place is so infested by tigers. The bungalow is
large but rambling, and my room was one built out at the end, with six windows
with solid shutters, of which Mr. Ferney closed all but two, and half closed
those, because of a tiger which is infesting the immediate neighborhood of the
house, and whose growling, they say, is most annoying. He killed a heifer
belonging to the Sultan two nights ago, and last night the sentry got a shot at
him from the veranda outside my room as he was engaged in most undignified
depredations upon the hen house.
There was a grand excitement yesterday
morning. A tigress was snared in a pitfall and was shot. Her corpse was brought
to the bungalow warm and limp. She measured eight feet two inches from her nose
to her tail, and her tail was two feet six inches long. She had whelps, and
they must be starving in the jungle to-night. Her beautiful skin is hanging up.
All the neighborhood, Chinese and Malay, turned out. Some danced; and the
Sultan beat gongs. Everybody seized upon a bit of the beast. The Sultan claimed
the liver, which, when dried and powdered, is worth twice its weight in gold,
as a medicine. The blood was taken, and I saw the Chinamen drying it in the sun
on small slabs; it is an invaluable tonic! The eyes, which were of immense
size, were eagerly scrambled for, that the hard parts in the centre, which are
valuable charms, might be set in gold as rings. It was sad to see the terrible
"glaring eyeballs" of the jungle so dim and stiff. The bones were
taken to be boiled down to a jelly, which, when some mysterious drug has been
added, is a grand tonic. The gall is most precious, and the flesh was all
taken, but for what purpose I don't know. A steak of it was stewed, and I
tasted it, and found it in flavor much like the meat of an ancient and
overworked draught ox, but Mr. Ferney thought it like good veal. At dinner the
whole talk was of the wild beasts of the jungle; and, as we were all but among
them, it was very fascinating. I wanted to go out by moonlight, but Mr. Ferney
said that it was not safe, because of tigers, and even the Malays there don't
go out after nightfall.
Cerita tentang harimau betina yang dijerat
dan dibunuh. Semua orang di istana dan kawasan berhampiran termasuk Sultan dan
dirinya menjamu selera makan daging harimau yang dimasak. Rasanya seperti daging
pejal lembu jantan Organ-organ harimau tersebut digunakan untuk tujuan
perubatan.Tulangnya direbus menjadi tonik berubat. Darahnya dijadikan tonik
oleh orang Cina di situ. Hati dan hempedunya dijemur untuk dijadikan ubat oleh
sultan dan kaum Cina. Memang, mengikut perubatan Cina, hampir keseluruhan
bahagian harimau berguna untuk kesihatan. Pendek cerita korang tengok jer lah
gambar di bawah:
Pulau Carey dahulupun ketika dibuka
memang banyak gajah yang merosakkan tanaman Binatang liar lain termasuk harimau
dan rusa banyak kelihatan. Harimau pernah dilihat berenang merentasi sungai
Langat di situ. Memanglah, ketika itu banyak kawasan hutan termasuk di Telok dan di Kampung Medan diteroka
untuk dijadikan kebun atau ladang. Semestinya kawasan semula jadi harimau ini
terganggu. Apabila berlaku hal tersebut, maka harimau ini akan menjadikan
ternakan seperti lembu dan kambing bahkan manusia sebagai habuan segera. Pernah
berlaku pertarungan antara harimau dengan manusia di situ. Ketika itu British menggalakkan rakyat membuka perkampungan dan
kawasan pertanian yang baru membenarkan bahkan membayar habuan atau reward setiap
ekor harimau atau buaya yang dibunuh atas alasan menjaga keselamatan penduduk.
Setiap ekor harimau yang dibunuh atau dijerat dibayar sebanyak RM50 seekor
tanpa mengira saiz, dan tidak kurang daripada RM200 bagi harimau pemakan
manusia. Banyak cerita dan laporan akhbar tentang kematian ramai manusia
terutama pekerja estet di sekitar Jugra, Sepang, dan Klang akibat serangan
harimau.
Bagi buaya pula, kalau saiz kurang daripada 3
kaki dibayar 25sen sekaki, antara 3 hingga 6 kaki dibayar 50 sen sekaki
manakala yang panjangnya melebihi 6 kaki dibayar RM1 sekaki. Tiada had.Setiap
ekor yang dibawa ke balai polis akan dibayar sewajarnya sehinggalah harimau dan
buaya bukan lagi ancaman kepada manusia di sekitar Telok, Jugra dan Kuala
Langat amnya. Ketika itu tiada lagi bayaran untuk harimau yang ditangkap atau
ditembak kecuali pemakan manusia. Namun begitu, harimau lain yang ditembak
boleh dijual kepada pembeli berbangsa Cina, yang menjualnya kepada pengedar dan
pengeksport di Singapura untuk pasaran antarabangsa.
Harimau kini semakin berkurangan
dan diwartakan sebagai spesis terancam di Malaya dan Malaysia kemudiannya. Kini
hanya tinggal tak sampai 500 ekor harimau yang masih hidup dalam hutan di seluruh Malaysia. Begitu juga nasib kita kaum lelaki, dulu mengancam, kini
terancam akibat desakan hari-hari mau sang isteri. HAHAHA.
Anda mungkin berminat membaca:
besar betul harimau yg mkn manusia tu, org dulu mmg mkn daging harimau!?
BalasPadam