Khamis, 3 April 2014

Rancangan TV Masa Dahulu (1982 -1988)

Salam buat semua pembaca blog aku ini. Terima kasih ler kerana sudi menjenguk kat sini. Blog aku ini ,pada mulanya ketika aku mula menulis, sebenarnya untuk suka-suka jer, mengingatkan kisah-kisah semasa kecil di kampung. Simple jer tujuan aku, untuk mengisi masa lapang aku di alam maya ini...tapi bila entri-entri aku mula mendapat reaksi yang positif, tulus, mulus daripada kengkawan, tambahan pulak aku dapati banyak sebenarnya bahan-bahan berita masa lampau tentang Telok, Banting, Klang dan sekitar ruang lingkupnya, aku menjadi semakin teruja. BUKAN RIAK.Tapi aku bangga kerana ada manusia lain yang ingin berkongsi nostalgia lampau bersama aku. Lagipun, aku ingin abadikan kisah-kisah kehidupan rakan-rakan sebaya aku di TPG sebelum semuanya kembali menemui Allah SWT, dan sebelum Telok sendiri hilang ditelan arus kemodenan. Justeru, terimalah rasa hati aku dan kengkawan seusiaku seadanya. Yang baik, ambillah sebagai teladan, dan yang buruk, jadikan sempadan

OK. Kali ini aku nak bercerita tentang TV. Ya, Televisyen@tali besen kata orang-orang tua Telok dulu-dulu. Mesti korang yang muda-muda ini kata, apa yang hebatnya Televisyen? Semua orang ada kat rumah. Paling kurang sebiji. Ada pulak yang kata kat rumah aku setiap bilik ada TV! Jadi, apa speselnya entri aku kali ini? Betullah kata korang tu. TV perkara lumrah, biasa masa kini. Macam-macam fesyen TV ada kini. Ada yang nipis, yang ada  internet, yang HD, yang LED,LCD, Plasma dan berbagai istilah yang aku sendiri reti sebut jer tapi tak faham maknanya...Maklumlah aku Otai...agak ketinggalan dengan kelajuan IT kini.  Kata budak-budak sekarang, Loading...Hehehehe. Maafkan Pakcik, ya nak!

Tapi korang mesti ingat. Dulu-dulu, Masa tahun 70-an dan awal 80-an, televisyen ini satu kemewahan. Milik orang kaya jer, yang semestinya berwang! Kat Telok dan tempat-tempat lain juga masa tu, taraf hidup masih rendah, masih miskin. Mana lebih penting, TV ke nasi? Itu pun nasib baik ler kakak dan abang-abang kengkawan aku dah mula bekerja di Toshiba, NEC, Sankyo dan Jomalina kat Batu 10 tu. Merasalah emak bapa diorang duit untuk betul-betulkan rumah, ganti atap nipah tukar atap zing dan juga bayar ansuran tv hitam putih kat kedai Cina Yok Koon kat Telok tu. Barulah nampak sikit kemajuan hidup. Bak kata orang kampung aku, dah meningkat.

 Kalau rumah korang ada TV, walaupun hitam putih, maka bersedialah untuk menerima kedatangan tetamu (jiran-jiran) saban malam. kerana tidak ada hiburan lain buat mereka kecuali mendengar radio. Tak puas rasanya mendengar siaran langsung bola kat radio. Mana ada kat warung masa tu pasang TV?Kalau adalah macam sekarang ini, rasa-rasanya cepat towkey warung laki bini ke Mekah! Mahu tak mahu, kena tebalkan muka, dengan tersengih-sengih dan terhegeh-hegeh beri salam rumah jiran yang ada TV untuk tengok sekali, walaupun tempat duduk hanya di atas lantai sahaja. Itupun  time musim bola jer. Lepas tu tak tengok tv dah. Malu nak datang ke rumah orang selalu. Tapi ada kalanya tebalkan muka sekali lagi bila ada cerita Melayu, terutamanya filem-filem P. Ramlee keluar TV. Kisah aku dengan talibesen abah aku ada aku ceritakan dalam entri aku yang lepas. Korang bacalah kat SINI.


Dulu TV hanya ada dua saluran sahaja. Aku dengar cerita RTM dah mula ada saluran TV tahun 1964, entah ya atau tidak aku tak tahu. Korang surf lah laman dia kalau korang nak tahu lebih lanjut. Tapi tahun 70-an dulu ada dua channel sahaja. TV1 dan TV2. Hitam putih pulak tu. Jadi lepas balik kerja jer, mak bapak dah terpaku depan tv, menonton dari mula program sampai ler penutup tengah malam nanti. Bayangkan ada lima jam jer RTM bersiaran. Tapi itulah sahaja hiburan yang ada....Biasanya dari hari Isnin hingga Jumaat, TV start pukul 5.00 petang, dimulakan dengan bacaan alquran dan ditutup pula dengan mengaji quran juga. Hari Sabtu dan Ahad baru ler diorang awalkan sikit, kira-kira pukul 3.00 petang. TV1 cakap Melayu, TV2 Tamil, Cina dan Inggeris berkongsi...lebih kurang macam sekarang juga.

Petang-petang citer kartun. Warta berita pulak pukul 9.00 malam. Susunan rancangan ikut suka mak bapak dia sahaja. Tak ikut jam macam sekarang. Segala bagai cerita ada...tapi kalau gred sekarang ni kira gred C punya program ler, murah dan kadang-kadang low quality, macam sampah jer..Tapi tak apa, sampah pun sampah ler, daripada tak tengok langsung. Makan minum pun dah berubah. Semuanya bawa sepinggan seorang depan tv. Takut tertinggal cerita feveret diorang. Kat bawah ni aku paparkan rancangan tv masa awal 80-an hinggalah akhir 80-an, sebab masa itu program tv semakin baik dan berkualiti berbanding tahun 70-an. TV bertambah rancak dan bersaing bila muncul TV3, TV swasta pertama pada tahun 1984, walaupun penerimaan siarannya hanya terhad sekitar Lembah Klang. Kemudian diikuti Metrovision TV (TV4) sekitar akhir 1980-an yang fokus kepada penduduk di Lembah Klang sahaja . Tapi alhamdulillah Orang Telok dapat menerima siaran dari kedua-dua TV swasta tersebut, menjadikan kitorang ada empat pilihan Saluran TV...Alahai, bertuahnya badan.
Korang scroll downlah  apa yang aku dah sediakan untuk korang. Sambil itu mesti korang tergelak cerita-cerita feveret korang masa itu ada kat sini. Oh ya, Jangan terkeliru pulak. Keratan akhbar ini aku ambil daripada surat khabar Strait Times dari Singapura, bukan New Strait Times yang kita baca sekarang ini. Pasal itu ada saluran-saluran TV SBC. Itu chanel-chanel Singapore, bhai!...Kat sana mereka dapat juga chanel RTM1 dan RTM2, tapi di saluran 3 dan 10. Jangan marah hah...hihihi



















5 ulasan:

  1. Masa tahun 1980an aku sering menyaksikan siaran RTM1 dan RTM2. Selalu menunggu acara Panggung P. Ramli dan Sinema Dari Seberang setiap Jumat malam. Kami tinggal di perkebunan di sekitar Pematang Siantar, Sumatera Utara. Berharap cuaca baik dan tidak ada turun hujan agar dapat menonton tivi dengan keadaan bersih. Tapi kalau hujan dan cuaca buruk layar tivi pun macam penuh semut - semut berhamburan. Di Indonesia pada masa itu hanya ada satu siaran tivi yaitu TVRI. Lebih menyenangkan manakala ada TV3. Boleh menyaksikan film - film Mandarin.
    Salam kenal dari saya buat Atok/Cikgu dari Medan, Sumatera Utara Indonesia. Saya punya blog : sryatman.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan....terima kasih kerana berminat dgn entri saya ini. memang cukup berbeza zaman kita dgn zaman kini... sekarang ini berpuluh-puluh malahan beratus-ratus channel tv di Indonesia dan Malaysia...seharusnya kita terus merapatkan silaturrahmi sssama warga nusantara apatah lagi beragama yang sama. Salam ukhuwah daripada saya dan warga Malaysia

      Padam
    2. Terima kasih untuk perkenalan kepada Atok yang telah memberikan sambutan yang hangat. Saya suka dengan apa - apa yang Atok tulis. Berharap suatu saat boleh berkunjung ke Telok Panglima Garang. Saya pernah mengunjungi Klang, Port Klang dan Teluk Gong. Dan juga pernah berkunjung ke beberapa tempat di kawasan Selangor, Melaka dan Johor. Yang sangat saya inginkan berkunjung ke Kelli'es Castle dan Ipoh. Semoga wabah pandemi Covid 19 segera berlalu sehingga boleh silahturahim ke Malaysaia lagi nanti. Salam hormat kepada Atok dan keluarga.

      Padam
    3. Terima kasih untuk perkenalan kepada Atok yang telah memberikan sambutan yang hangat. Saya suka dengan apa - apa yang Atok tulis. Berharap suatu saat boleh berkunjung ke Telok Panglima Garang. Saya pernah mengunjungi Klang, Port Klang dan Teluk Gong. Dan juga pernah berkunjung ke beberapa tempat di kawasan Selangor, Melaka dan Johor. Yang sangat saya inginkan berkunjung ke Kelli'es Castle dan Ipoh. Semoga wabah pandemi Covid 19 segera berlalu sehingga boleh silahturahim ke Malaysaia lagi nanti. Salam hormat kepada Atok dan keluarga.

      Padam
    4. Terima kasih untuk perkenalan kepada Atok yang telah memberikan sambutan yang hangat. Saya suka dengan apa - apa yang Atok tulis. Berharap suatu saat boleh berkunjung ke Telok Panglima Garang. Saya pernah mengunjungi Klang, Port Klang dan Teluk Gong. Dan juga pernah berkunjung ke beberapa tempat di kawasan Selangor, Melaka dan Johor. Yang sangat saya inginkan berkunjung ke Kelli'es Castle dan Ipoh. Semoga wabah pandemi Covid 19 segera berlalu sehingga boleh silahturahim ke Malaysaia lagi nanti. Salam hormat kepada Atok dan keluarga.

      Padam

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...