Sabtu, 20 Februari 2021

Lapangan Terbang TUDM di Jugra? Satu Perancangan Lama yang Terkini


Salam buat semua. Salam ukhuwah buat netizen  kesayangan Atok semua. Atok terpanggil untuk menulis kisah baharu berkenaan tempat kita lagi. Bukan pasal banglo usang di Morib itu lagi. Anyway, thanks atas sambutan dan minat korang tentang banglo usang itu. Atok bangga korang ambil tahu juga tentang sejarah kampung kita itu. Walaupun ramai yang berkongsi berpengalaman masa remaja mereka di situ, tapi yang penting morib tetap di hati korang.

Kali ini Atok nak bangkitkan semula kisah Rumah Api di atas Bukit Jugra tu, bukan yang ada radar tu. Yang  itu memang didirikan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1976. Atok kesahkan  rumah api binaan Inggeris yang tidak ada maklumat tentang pembinaannya tetapi telah beroperasi sejak berdekad lama dahulu. Atok memang sangsi. Hati berkata-kata. Mungkin rumah api ini hanyalah cover up untuk operasi ketenteraan.

Memandangkan ada keratan akhbar tertulis tentang tanah milik RNAS (Royal Navy Air Station)  di Kelanang Estate yang dibeli oleh pihak tentera British dengan harga $1,000,000 pada tahun 1940. Tambahan pula, terdapat asset militer (Lapangan Terbang Tentera Udara) di Pandamaran milik RAF (Royal Air Force) dan asset awam di Pelabuhan Swettenham.  Dan… kebetulan pula, 1930an merupakan  dekad kemajuan teknologi radar. Dengan kedudukan Bukit Jugra yang masih hutan dara dan terpencil, Atok yakin, stesen radar atau antenna telekomunikasi ketenteraan dibina di puncak Jugra itu . Keseluruhan kawasan puncak termasuk rumah api menjadi kawasan larangan tentera….cuma belum hampir pasti, teori konspirasi ini. Ya, Atok masih tak tahu. Nak cakap pun tak ada bukti kukuh. Malu nak tulis tanpa data jelas dan tepat. Bukit Jugra memang bermisteri sejak dahulu lagi, apatah lagi dengan news blanket sebegini. Tetapi kini Atok dah dapat pencerahan.

Memang rancangan British nak jadikan Jugra, Kelanang dan Morib kawasan tentera! Terperanjat betul korang dengan stetmen Atok ini,kan? Biar Atok ceritakan satu persatu. Biar jelas semuanya. Korang kalau nak bertanya biar Atok explain habis dahulu, baru mencelah.


Terkini....Markas TUDM Jugra

British  mula membina pusat radar atau paling tidakpun hearing station di atas puncak Bukit Jugra tu. Memang stesen radar secara rasminya tak ada di situ sehingga tahun 1971 ketika TUDM mula memasang radar Marconi S600 di situ. Kem TUDM jugra Skuadron 201 juga menempatkan pasukan HANDAU untuk memastikan keselamatan kem dan asset mereka di puncak Bukit Jugra itu. . Yang Atok nak fokuskan apa yang berlaku dalam tahun 1930-an. Kemudian apabila RNAS membeli tanah di Klanang Estate (kini Dusun Durian Estate) pada tahun 1940, maka hal ini menjadi semakin jelas. Memang semua ini mereka cuba berselindung daripada pengetahuan public/awam tetapi ternyata keluar juga dalam akhbar walaupun bukan berita muka hadapan akhbar tersebut. 

Kemudian keluar lagi pengumuman dalam bentuk iklan dalam surat khabar tentang tender pembangunan di Kelanang Estate dalam tahun 1941. Cuba tuan-tuan bayangkan, Tanah milik tentera tetapi masih dibiarkan nama Kelanang Estate, seolah-olah estet ini masih milik korporat  swasta.  Yang peliknya tender dikeluarkan oleh PWD (JKR dahulu) dari Singapura. Pasti ada yang tak kena! Sepatutnya tender dikeluarkan oleh pengurusan estet itu sendiri walaupun diwar-warkan dalam akhbar di Singapura. Mungkin mereka nak sorokkan bahawa projek yang mereka jalankan itu projek tentera, bukan projek awam. Tetapi bagi pengintip-pengintip Jepun di Malaya, mereka dapat kesan tipudaya ini. Hal ini semestinya dilaporkan kepada unit pengintipan intelijen mereka. Kalau orang awam pun merasa pelik takkanlah spy-spy Jepun ini blur lagi, HAHAHA.

1. Sebenarnya rancangan British hendak menambahkan kekuatan air defence di Malaya tetapi semuanya sudah agak terlambat. Mereka merasakan kekuatan ketenteraan mereka di Singapura sudah cukup kebal untuk mempertahankan Malaya, tambahan pula mereka ada membuat persetujuan M.O.U dengan Belanda di Indonesia dan Amerika di Filipina untuk menghantar bantuan andai salah satu antara mereka diserang musuh. Mereka tahu Jepun musuh mereka tetapi selagi tidak diserang mereka takkan menyerang. Mereka tidak menyangka Jepun akan menyerang Filipina, Malaya dan Indonesia secara hampir 'serentak' dari Saigon dan Thailand.

Mereka tak menyangka sama sekali kerajaan Thai menikam belakang mereka dengan membenarkan Jepun menyerang Malaya melalui Singgora dan Pattani. 

 During July 1943, Japanese Prime Minister Hikeki Tojo announced that the Northern Malay States including Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis be surrendered to Thailand as part of a December 1941 agreement between Japan and the Thailand. On October 18, 1943 these areas were placed under the administration of the Thai Government.

2, Kesombongan British memakan diri sendiri, ditambahi pula dengan rancangan perang yang hanya berfokus di Eropah sehingga mengabaikan empayarnya yang kaya raya di Timur. Kalau tahun 1940-an, baru nak dibina infrastruktur perang...hmmm. makan asaplah nanti.

Korang tengokkanlah bilangan airfield, aerodome dan pertahanan udara di Malaya dan Singapura pada jadual di bawah. Semuanya outdated, underarmed, tak cukup meriam anti pesawat. Memang macam belum bersedia nak berperang. Korang bayangkanlah, bahan binaan menurap landasan pun terhad.. Menjelang bulan Disember 1941, pembangunan sistem pertahanan terhad dan ala kadar. Kakitangan untuk mengendalikan peralatan tak mencukupi. Yang paling membimbangkan, kompleks aerodome dan lapangan terbang ini tidak camouflage, senang dikesan sama ada dari udara atau sekeliling. 

OKlah, berbalik kita pada kisah Kelanang airfield. Memang dalam perancangan hendak dibina mengikut model RNAS Sembawang di Singapura yang telah dibina pada tahun 1939 sebelum perang dunia bermula. Cuma di Kelanang ini, airfieldnya pada skala yang lebih kecil berbanding Sembawang. Di Sembawang ada dua landasannya, berbanding di Kelanang cuma satu. Kalau di RNAS Sembawang, kapal servisnya ialah HMS Nassar, HMS Eagle manakala di Kelanang pula HMS Malaya dan HMS Rajawali. Segala keperluan telekomunikasi dan logistik kapal tersebut akan diuruskan oleh RNAS masing-masing. Pasti ramai yang berasa pelik, kenapa Navy ada air station? Tuan puan, Tentera Laut British dah lama ada unit udaranya. Kapal perang induknya adalah aircraft carrier, kapal frigetnya ada helikopter. Merekakan kuasa dunia!

Anyway sekali lagi,lihat bahan-bahan grafik di bawah dan perhatikan Rancangan Ketenteraan mereka.


Sebenarnya, kelemahan ketenteraan British terutamanya pertahanan udara sudah dikenalpasti. Berikut antara sebab-sebab kelemahan yang terpaksa ditelan walaupun pahit.

Korang bayangkanlah, tahun 1940 baru nak beli tanah untuk bina airfield. Dah beli sepatutnya teruslah buat tetapi ditangguh sehinggalah bulan Jun 1941, baru dapat clearance. Sesudah itu, nak keluar tender itu ini makan masa lah. Bajet pun bukan ciput. Banyak kerja nak dibuat...runaway, hangar, menara kawalan, kuarters, depoh peluru, dll. Masalah itu masalah ini campur pulak musim hujan...hmmm, bulan satu pun tak siap. Tup,tup 11 Januari 1942, Jepun beri salam minta izin nak rampas Klang, Kuala Langat, Morib. Berterabur askar British, India dan Gurkha berundur ke Kajang dan Melaka. Habis ditinggalkannya kerja-kerja di Kelanang Airfield. Atok rasa kalau setakat runaway tu mungkin dah siap, cuma kuarters, hangar dan stok peluru serta bangunan-bangunan sokongan belum ada, belum siap dan dikira terbengkalai. Hahaha...  Ketawa besar askar Jepun di Morib. Bodoh, Bagero punya British. Maka selepas Singapura jatuh ke tangan mereka, maka dikerahnya ratusan POW British untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan yang tergendala itu. F.O.C....Free of Charge. Jadi betullah Kelanang Airfield ini dibina hingga siap oleh tentera Jepun, TETAPI, dimulakan oleh British sendiri. Kalau Jepun yang bina, maka pelan struktur bangunan mestilah idea dan desain Jepun.

Tawaran Tender membina jalanraya dan landasan bertarikh 6 Ogos 1941

Tawaran Tender membekal dan memasang peralatan bertarikh 19 Ogos 1941

Tawaran Tender membina kuarters bertarikh 5 September 1941


Tawaran Tender memasang tangki petrol
bertarikh 18 Disember 1941 (nota Jepun dah masuk Malaya)

Tawaran Tender untuk kerja-kerja Besi
bertarikh 1 Januari 1942 (nota Jepun dah masuk Malaya)
Pergerakan tentera Jepun ketika menawan Malaya

Bukti Serangan bom Jepun ke atas Klang pada 11 Januari 1942

Kemungkinan besar beginilah rupa bentuk hangar pesawat Zero milik Jepun di Kelanang Airfield

Peta Intipan Tentera Berikat tahun 1945 yang menunjukkan lokasi Morib/Kelanang Airfield


Sungguh Atok kesalkan sangat-sangat, kenapa British musnahkan keseluruhan kompleks pertahanan udara di Kelanang ini sedangkan baru tiga tahun dibina dan strukturnya kukuh dan berfungsi? Atok tak boleh nak brainlah! Sepatutnya diteruskan fungsinya sehingga Malaya merdeka dan diambil alih sepenuhnya oleh TUDM? 

Apakah hanya kerana ianya dibina tentera Jepun menggunakan tenaga buruh paksa POW Tentera British, maka diruntuhkan sehingga tiada kesan sebutir habuk pun untuk kajian sejarah ketenteraan negara? Mengapa TUDM tidak membina semula landasan di Kelanang ini untuk pendaratan helikopter atau jet-jet atau pesawat latihan mereka? Ataupun berikan sahaja landasan tersebut kepada Jabatan Penerbangan Awam untuk dijadikan sekolah memandu pesawat ringan dan komersial untuk orang awam? Itulah persoalan dan rungutan Atok terhadap masa depan Kuala Langat seterusnya.
Kalaulah TUDM bina pengkalan udaranya, kalaulah DCA bina sekolah memandu pesawat ringannya, kalaulah Kelanang Airfield masih wujud, pasti suratan takdir kita penduduk di Banting, Morib dan Kuala Langat amnya berubah, ke arah yang lebih baik. Kita sudah ada KLIA,(at least hampir dengan kita), kita akan ada lapangan pesawat ringan komersial di Kelanang, kita sudah ada kolej Politeknik yang menawarkan kursus pengendalian pesawat di Kg.Tongkah, semuanya berkaitan aeronautikal. Ini pasti melengkapkan Kuala Langat sebagai pusat aeroangkasa negara (sudah wujud di Sg. Lang). Janganlah nak kelentong orang Kuala Langat lagi. Walaupun kami orang kampung, bukan KL, kami bukan bodoh. Kamilah perintis atau peneraju Rocket Science di Malaysia...Insya Allah.

Pesan Atok, walaupun Kuala Langat dikatakan sebagai Klang Valley Kedua, aspek keselamatan jangan diambil mudah. Jangan diulang lagi kesombongan British yang merugikan dan menyebabkan negara dijajah bangsa lain. Wallahualam.


Bacaan Tambahan

R.N.A.S Morib/Kelanang

Site Description 

The term airfield is a place where small size of airplanes can take off and land. It has only airstrip for landing and take-off purposes. In contrast of airport, the airfield does not require complex and huge infrastructures such as terminals or paved runaways. It usually has one runaway and basic facility. In the military logistics perspective, the decision to select the suitable location of the airfield is based on the terrain intelligence (Whitmore, 1960). This is to ensure that the airfield can sustain from the effect of the natural and man-made features on military operations. After the World War II ended in 1945, airfields are either in a situation of full or partial cessation of flying activity. 

 The Morib Airfield in Kelanang area, 71 km from Kuala Lumpur see Figure 1, was established during World War II. During the war, the Japanese had constructed an airfield for their Mitsubishi A6M Zero fighter aircraft. The airfield only served a few Zero aircrafts, hangars, and barracks.  The location of the airfield was about 1 km from the Kelanang-Simpang Morib and Kampung Sungai Arak trunk road. It was surrounded by coconut trees at that time and therefore a suitable location for air traffic control and surveillance on the coast between Port Swettenham (precently known as  Port Klang) and Port Dickson.  Furthermore, it was used as an air support for the Japanese army base at Morib. 

The airfield site at Kelanang in Selangor, Malaysia was operated during World War II under the Japanese Occupation. During that time, it was noted for its air force surveillance centre which protected the area from Port Klang or previously known as  Port Swettenham to Port Dickson. It also acted as a military logistics that planned and carried out the movement, supply, and maintenance of military forces to sustenance Morib area. 
In the campaign of Malaya liberation, Morib Airfield was handed over peacefully by the 100 Japanese soldiers assigned to guard it to the Allied forces on September 9, 1945 (Warwick, 2007). It was found to be in good condition for  further  air force  operation.  After  the smooth  handover,  the  British  Royal Air  Force established an air force squadron on the airfield by evening of September 9, 1945. The airfield was considered as the important facility that must be captured first before Allied forces of World War II could  march  to  Kuala  Lumpur.  It  aims was  to  establish  the  first  air  strip immediately  after the landings from the sea. Once the airfield was secured, the Allied forces set up communications, radar screens and several units of Spitfires made ready for action (Grehan & Mace, 2014). 




R.N.A.S Sembawang
Location

Sembawang Airfield is located inland from the northern coast of Singapore. To the north is the Johore Strait and beyond is the southern tip of Malaysia. To the east is Seletar Airfield.

Construction

Built prewar with two intersecting runways.

Wartime History

By February 5, 1942 Japanese shelling reaches the airfield preventing RAF flight operations. Occupied by the Japanese until the end of the war.

Japanese Units Based at Sembawang

3rd Kokugun (3rd Air Army) Ki-21

1 Yasen Hojyu Hikotai (1 Auxiliary Battlefield Unit) (Ki-84) 1945

 Origins

In 1934/35 a part of the Bukit Sembawang Rubber Estate on Singapore Island was purchased by the Air Ministry for construction of a grass airfield for the Royal Air Force. Approval for the construction was given in 1936, and British Army engineers started work in the following year. The station was planned for the operation of two RAF bomber squadrons but the airfield was transferred to Admiralty control in 1939 under the command of Captain P.G.L. Cazalet RN. It was planned to develop the site into a Naval Air Station and Air Repair Yard to support a proposed Eastern Fleet with up to four fleet aircraft carriers. The landing ground had three prepared strips running N/S, NE.SW, and NW/SE with a max run approx. 1,100 yards : the shortest, N/S was little used and the other two were to be lengthened by 300 yards in March 1940.

The course of the war in Europe and the deteriorating situation in the Far East meant that these plans were put on hold and the station, by now basically complete as an operational airfield, was again transferred in May 1940, this time to the Royal Australian Air Force under the command of Group Captain J. McCauliey RAAF. There are only two RN squadrons recorded as operating from RNAS Sembawang during this period, 813 and 824 Naval Air Squadrons arrived on the station on March 17th 1940, each equipped with nine Swordfish Mk.1. They had moved from the nearby RAF Kallang after disembarking from HMS EAGLE the day before when the ship arrived for a refit in the Naval Dockyard. The two squadrons remained at Sembawang until re-embarking on May 8th.

RNAS Sembawang was located in the North East part of Singapore island. It was quite a large station, still showing the scars of the Second World War and it had an air of dereliction.  A lot of buildings had been severely damaged and only their foundations were left showing.  1911 flight's hangar, one of two small corrugated iron hangars, still showed signs of shrapnel damage in the roof. On the dispersal in front of the hangar was the filled in outline of what looked like a small bomb or mortar crater. However there were still a number of substantial buildings remaining which appeared to be undamaged. There were a number of other small Navy and Army units on the station. One half of 1911 flight's barrack block was occupied by the RAF 61 Signals unit. Once more the unique nature of 656 Squadron hit me. I was now on a Royal Naval Air Station and a member of a flight, which apart from us aircraft servicing personnel who were RAF, was otherwise manned by Army pilots of the Glider Pilots Regiment, Gunners of the Royal Artillery, Army signallers and drivers. To add to the confusion, as a Junior Technician my badge of rank was a single upside down stripe. The Army personnel thought that I was the equivalent to a Lance Corporal which I was not. I soon made some good friends and settled down to life on the flight. Compared to life on a RAF station it was certainly different! We seemed to be a bit of a rag tag bunch, but looking back that was probably due to the nature of the tasks the flight had to carry out and the unpredictable hours we worked. The flight operated Auster AOP Mk 9 aircraft and was responsible for reconnaissance operations against the Communist Terrorists in the state of Johore on the Malay Peninsular. It's`area of responsibility covered several hundreds of square miles of jungle, rubber, Pineapple and oil Palm estates. Deep in the jungle were logging camps and small cultivated area's.

Rujukan







Sabtu, 13 Februari 2021

Merungkai Misteri Banglo Usang di Morib

Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat kesihatan, kemurahan rezeki, serta hidayah keislaman yang dikurniakan ke atas diri kita. Semoga kita semua terus berpegang teguh dengan tali-taliNya sehingga  ke akhir hayat. Amin.

Wah dah hampir kita dengan bulan Ramadhan ya? Sekarang kita dah masuk bulan Rejab. Lepas Rejab menyusul pula Syaaban dan seterusnya  Ramadhan yang kita nanti-nantikan. Marilah kita membuat persiapan mental dan fizikal  untuk beribadah bermula dengan amalan puasa sunat dalam bulan Rejab sehinggalah ke bulan Syaaban. Perbanyakkan bersedekah, kurangkan aktiviti keduniaan. Pesanan ini khas untuk diri Atok, Wan dan korang juga.

OKlah. Hari itu kenalan Atok ada suggestkan Atok suruh tulis kisah banglo usang di Morib. Konon katanya, banglo itu berpuaka kerana sudah lama ditinggalkan. Atok tak ambil port sangat cadangan dia tu, pasal Atok minat cerita berdasarkan sejarah bertulis atau kisah lisan masyarakat. Lagipun Atok bukan jenis seekers, yang kerjanya mencari entiti halus. Maaflah ya, bagi Atok ini semua kerja sia-sia. Dalam quran kita diminta berlindung daripada syaitan yang direjam dengan menyebut nama Allah, bukannya mencari dan mengejar golongan iblis dan syaitan yang menderhakai Allah dan RasulNya. 

Daripada Atok masuk ke rumah kosong dan duduk bertapa di situ menunggu ketibaan entiti halus ghaib bertanduk itu, lebih baik Atok masuk ke masjid yang kian kosong kini, duduk beriktikaf, mengaji dan berzikir menunggu ketibaan waktu solat seterusnya. Serius Atok cakap. Bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi itulah jalan yang ditunjukkan oleh Rasul kita. Senja-senja ini seharusnya kita di rumah Allah, bukannya di rumah kosong lagi usang. 

Tapi setelah Atok tengok respons daripada para pembaca di internet tentang entri Banglo kosong berpuaka itu, maka Atok terdorong nak join berdiskusi, at least membetulkan fakta. So, kepada pemilik blog, FB, instagram yang berkenaan, maafkan Atok. Atok bukan nak kritik dapatan korang, cuma Atok nak tambah nilai kepada findings korang agar para netizen dapat info yang tepat tentang sejarah banglo tersebut. Kisah seram yang korang kaitkan dengannya itu Atok tak joinlah pasal dah memanglah rumah lama yang ditinggalkan sudah pasti dihuni makhluk halus, apatah lagi kalau rumah tersebut dikaitkan dengan aktiviti yang tidak diredai Allah sebelum ini. Wallahualam. Bukan Atok menuduh, Atok cakap secara umum jer. 

1. Pengalaman bermalam di banglo misteri di pantai Morib

OKlah. Mengikut kata, pemilik blog MINDA MISTIK  tentang Rumah Rehat Pantai Morib. Mungkin masa itu rumah rehat ini masih elok dijaga.

"Kisah benar yang terjadi kat aku pada lewat 80an ketika menuntut di ITM. Kami sampai di Morib waktu petang. Kami terus menuju ke rumah rehat di tepi pantai. Oleh kerana kami membuat tugasan untuk kerajaan negeri, kami dapat penginapan percuma di rumah rehat tersebut. Rumah rehat tersebut agak jauh dari rumah-rumah kampung yang berdekatan. Jarak 50 meter dari tempat kami menginap ada sebuah rumah rehat kepunyaan sebuah syarikat. Lebih kurang 250 meter dari rumah rehat kami di sebelah selatan pantai Morib ada istana rehat Sultan Selangor. Kedua-dua bangunan ini jarang berpenghuni. Kebetulan hari itu Jumaat. Tidak ramai pengunjung petang itu.

Di belakang rumah rehat kami ada sebuah zoo mini yang di huni seekor harimau belang, seekor helang dan beberapa jenis burung dan binatang. Helang tersebut di letak di dalam pondok yang di tutup dengan jaring. Rumah rehat tersebut dipagari oleh pagar dawai yang tinggi, lebih dari 8 kaki. Setiap bilik seperti sebuah rumah kecil yang disambungkan dengan ruang berbumbung yang berdinding papan. Stail rumah lewat tahun 50an. Setiap bilik mempunyai bilik air. Ada 10 buah bilik yang tidak berkongsi dinding dengan bahagian utama. Tiga bahagian yang menghadap utara, selatan dan barat. Bahagian timur bangunan menghadap zoo mini. Ada satu pintu di bahagian barat yang menghadap pantai. Pantai lebih kurang 20 meter dari bilik aku menginap.

Lebih kurang jam 6 petang penjaga rumah rehat tersebut, seorang lelaki Melayu pertengahan umur, muncul. Dia tinggal di kampung berdekatan kira-kira 1 batu dari Pantai Morib. Rumah kampung yang paling hampir terletak lebih kurang 300 meter dari rumah rehat di sisi jalan besar menuju ke rumah rehat.Aku menyedari yang aku akan tinggal keseorangan di rumah rehat malam itu. Hah. Rumah yang berdekatan dalam jarak 300 meter. Kalau aku menjerit sekuat hati pun takde orang dengar. Tiba-tiba seperti ada sesuatu yang menggaru dinding bilik menghadap selatan, dinding sebelah katil. Aku terasa semacam. Aku cuba berfikir. Setahu aku pintu pagar sudah di tutup dan tak mungkin ada binatang atau manusia boleh masuk ke kawasan rumah rehat. Bunyi di dinding seperti ada binatang yang mencakar dinding dengan kuku. Aku amati betul-betul bunyi tersebut. Aku masih terfikir mungkin dahan-dahan pokok rhu di depan bilik yang menyentuh dinding. Tapi, tak ada pokok rhu di dalam kawasan rumah rehat dan dahan rhu pendek. Aku masih lagi tidak rasa panik.

Tiba-tiba lampu bilik air menjadi malap. Seperti ada yang menggoyangkan mentol lampu. Aku terpaku memandang lampu. Kejap ada kejap takde. Aku harapkan itu hanya sebab angin kuat yang bertiup. Mata ku tak lepas dari merenung ke arah lampu. Sambil itu, cakaran didinding makin rancak. Seperti ada orang di luar yang menggaru dinding. Aku perhatikan tingkap bertutup rapat. Lega. Tiba-tiba lampu bilik air terus malap. Seluruh bilik gelap.. Cahaya lampu dari luar pun malap. Cakaran di dinding makin kuat. Angin di luar pula seperti menggila. Bunyi ”huuuuu” semakin kuat. Aku cuba mengawal perasaan ku.

Kemudian aku teringat pesanan ayah ku apabila menghadapi keadaan cemas. Laungkan azan. Tanpa berlengah lagi aku melaungkan azan antara dengar dan tidak. Masa itu perasaan ku bercelaru. Aku dapat rasa bulu tengkuk ku meremang dan darah ku menyirap. Aku teruskan laungan azan sambil memerhati mentol lampu. Setelah selesai azan, lampu bilik air kembali terang dan menerangi bilik. Bunyi cakaran pun berhenti. Angin pun tidak bertiup kencang lagi. Suara nyaring tidak kedengaran lagi. Segalanya senyap. Hening seketika. 10 minit aku terbaring sambil mata ku masih merenung lampu. Aku mahu pastikan lampu tidak padam lagi."

2. Teori Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib 

 Dipetik daripada laman web https://www.belangtarung.com/

Pantai Morib pada awalnya diperkenalkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu. Pada asalnya Morib sudah wujud di zaman pemerintahan Raja Mon lagi iaitu tahun 1893, akan tetapi mula popular apabila pihak British menjadikan Pantai Morib sebagai salah satu destinasi orang ada-ada ketika itu sebagai tempat beriadah.

Jika diperhatikan banyak monumen dan bangunan sekitar Banting yang mempunyai nilai sejarah penjajahan kuasa asing. Salah satunya 'Banglo misteri di Pantai Morib'.Banglo Seri Pantai , Pantai Morib dibina pada tahun 1940-an.Bekas pejabat pegawai tentera British Terdetik di hati, apakah kisah dan sejarah di sebalik rumah usang ini ? Rumah usang yang menghadap laut yang mungkin menjadi tarikan kepada pelapis uncle seekers untuk mengesan aktiviti paranormal. Masih tersergam meskipun sudah usang dan tiada sebarang usaha merobohkannya, atau rumah ini memiliki kisahnya tersendiri. Apabila ditanya di bahagian 'search' di google tiada sebarang jawapan bertulis atau video yang mampu merungkai rasa ingin tahu penulis dengan rumah usang ini.

Dari hipotesis sendiri penulis cuba untuk memberikan 'taakulan' atau tekaan apakah motif, kisah dan sejarah pembinaan rumah ini. Jika berhujah dengan perkataan 'taakulan' semestinya ini hanya teori, teori berdasarkan kiasan dari sumber tertentu meskipun begitu sedikit peratusan untuk sahih. Penulis cuba untuk memberikan satu persoalan bagi mereka yang betul-betul tahu akan kisah ini boleh berkongsinya.

Dari teori dan pandangan penulis, berdasarkan kepada sejarah Pantai Morib itu sendiri. Setelah kemasukan tentera Jepun yang zalim ke Tanah Melayu ketika itu, British begitu tertekan dan memerlukan bantuan dari luar. Solusinya, tentera British telah membawa askar Gurkha dari India dan Sri Langka untuk memperkuatkan ketumbukkan askar British yang sedia ada. Jelas bahawa Pantai Morib menjadi hab pemerintahan British ketika itu. Selain dari tempat turunnya askar simpanan, semestinya pantai Morib adalah tempat pengumpulan logistik peperangan British.

Tidak hairanlah jika melalui kawasan sekitar Morib terdapat banyak peninggalan rumah lama yang bersenikan rumah rekabentuk British dan salah satunya adalah Banglo Seri Pantai Morib.

Banglo Seri Pantai Morib mungkin adalah sebuah bangunan singgahan tentera British dalam usaha memperkuatkan askar British melawan Jepun, lebih tepatnya menakluk semula Selangor yang telah dijajah Jepun.

Jika dilihat dari aspek rekabentuk dan seni 'architecture' banglo ini menyamai konsep senibina penjajah British di Tanah Melayu. Ketinggian dan segmen dalam banglo.Peratusan untuk banglo ini dahulunya adalah sebuah bangunan pentadbiran adalah lebih tinggi memandangkan Pantai Morib merupakan kawasan pengumpulan bukan sahaja askar gurkha dari india malah turut menjadi pusat logistik barangan ketenteraan. Maka boleh disimpulkan bahawa banglo seri pantai ini adalah sebuah banglo singgahan British untuk beriadah dan juga menjadi sebuah bangunan pentadbiran urusan ketenteraan di 'pangkalan' pantai Morib ini. Penyataan ini juga turut diteguhkan melalui transkrip temubual dengan penduduk tempatan yang menyatakan banglo-banglo tinggal sekitar Pantai Morib adalah sebahagian bangunan pemerintahan tentera British di zaman Jepun.

3. Respons Atok  tentang Fakta dan Sejarah Morib

Mengikut kajian Atok, Morib ini telah wujud ketika kesultanan Sultan Abdul Samad.  Pada tahun 1893,Penghulu Morib ketika itu Raja Mon , dikatakan telah membuka kawasan-kawasan pertanian untuk tanaman kelapa. Namun begitu tanaman mereka seringkali dirosakkan oleh babi hutan. Rotan dan perikanan juga kegiatan ekonomi utama di sini, biasanya untuk untuk pasaran Klang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1898, British telah mendirikan ‘ halting bungalow’ di Simpang Morib dan Rumah Rehat Kerajaan di Morib yang dijaga dengan baik oleh seorang Melayu. Pada tahun 1913, Sanatorium di Morib mempunyai sebuah banglo lama sedia ada, dengan 6 buah bilik manakala banglo baru mempunyai 2 bilik.dan setiap bilik menempatkan 2 buah katil  Di setiap banglo ada seorang penjaga, seorang tukang masak dan seorang tukang angkat air yang digajikan. Kesemua mereka kemungkinannya berbangsa Cina Hailam. Rest house dan sanatorium ini menjadi  ‘favourite resort’ pegawai-pegawai kerajaan berbangsa  Inggeris dan pengurus-pengurus dari estet-estet berhampiran.

Di Morib dah banyak dah dibina rumah-rumah rehat. Pada tahun 1931, Morib sudah mempunyai rest house kecil  dan banglo sanatorium, istana hinggap Sultan, banglo rehat swasta dan  banglo kepunyaan persatuan-persatuan kebajikan.
Tapi yang peliknya, tidak pula dibina pusat perniagaan atau tempat menjamu selera, makanan laut untuk pengunjung-pengunjung di situ. Masing-masing makan makanan yang dibawa ketika berkelah atau makanan yang dihidangkan oleh tukang masak rest house atau banglo-banglo itu sendiri. Semakin hari semakin popular Morib sebagai tempat berehat bersama keluarga di hujung minggu. Namun ramai juga terutama kanak-kanak yang menjadi mangsa lemas walaupun pantai Morib landai dan airnya tidak dalam.

Ketika Perang Dunia Kedua , pihak tentera Jepun telah menjadikan Morib sebagai  markas kem mereka. Hahahaha….pasti korang terkejut beruk kalau aku katakan mereka juga telah membina sebuah landasan terbang untuk operasi kapal terbang Zero mereka di Ladang Kelanang, tidak jauh dari Simpang Morib. Sebenarnya mereka tidak berminat untuk membina pengkalan tentera udara mereka di situ, cukup hanya beberapa buah berek dan hangar untuk satu dua kapal terbang mereka. Lokasinya yang tersorok kira-kira 1km dari jalan raya Kelanang-Simpang Morib dan Kg. Sungai Arak dan dikelilingi pokok kelapa, memang strategik dan ada unsur kejutan kepada pengintip tentera Berikat. Landasan sejauh satu batu setengah ini penting untuk kawalan dan tinjauan udara di pesisir pantai antara Pelabuhan Klang dan Port Dickson, dan sebagai bantuan sokongan kepada markas tentera darat mereka di pantai Morib. 
Selepas perang tamat, pada tahun 1952, kem tentera Jepun di Morib itu ditukar menjadi kem untuk keluarga dan tahanan komunis berbangsa Melayu ketika Era Darurat. Kem ini dijadikan pusat rehabilitasi anak dan keluarga  dan bekas pengganas komunis.  Berkeluasan  32 ekar, kem depan pantai ini mampu menampung 300-500 orang keluarga pengganas pada satu-satu masa .
Peta  dibawah merupakan peta intipan Tentera Berikat terhadap kedudukan -kedudukan tentera Imperial Japanese Army di Morib sebelum pendaratan mereka untuk membebaskan Malaya dan Singapura pada tahun 1945.

Jadi, sebenarnya tidak wujud bangunan pentadbiran tentera British pun di Morib dan sememangnya Morib bukanlah zon ketenteraan sehingga kini. Kesimpulannya, mungkin dan berkemungkinan BESAR, banglo Seri Pantai yang menjadi topik perbincangan kita kali ini merupakan bekas sanatorium yang didirikan oleh British sebelum 1913 lagi dan  terus diperbaiki sehinggalah hari-hari terakhirnya.

Kotak berwarna jingga dalam peta tahun 1945 ini kemungkinan merupakan bekas sanatorium Morib dan banglo SERI PANTAI 




Gambar bahagian depan sayap utara banglo Seri Pantai

Sayap sebelah selatan Banglo berkembar ini

Jambatan Penyambung bahagian tingkat atas kedua-dua banglo




Anak tangga menyelusuri tingkat atas banglo tersebut

Lantai kayu bahagian atas banglo yang sudah lama roboh

Ruang dalaman banglo yang diambil sebelah malam



Rangka bumbung beratap genting yang sudah runtuh dan berlubaang

Mungkinkah ini bilik air awam banglo tersebut?


Tangganya lebih menyeramkan pada waktu malam

Banglo ketika bulan mengambang



Tembok penahan ombak di Morib

Keunikan Morib bukan pada pantainya tetapi pada deretan pokok rhu atau casuarina serta pokok tembusu


Kesimpulannya, Atok rasa terjawab sudah misteri banglo usang berpuaka di Morib ini.Tentang persoalan, mengapa tidak dirobohkan dan seterusnya didirikan bangunan baharu di tapak asalnya itu, besar kemungkinan banglo ini masih milik kerajaan dan tanah ini juga milik kerajaan negeri. Maka terpulanglah kepada pihak kerajaan. Tetapi jikalau ditanya pendapat Atok, eloklah kerajaan negeri merobohkan banglo tersebut dan mendirikan Pusat Tahfiz tajaan kerajaan Selangor di tapak asal tersebut supaya hilanglah khabar angin tentang puakanya. Wallahualam.

 Rujukan/ Bacaan Tambahan:



Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...