Isnin, 30 November 2020

Perubahan Bandar Klang (1872-1933)

Salam buat semua.Alhamdulillah berkat doa korang, Atok dan Wan korang sihat walafiat. Sakit sikit-sikit tu adatlah, orang tua katakan. Bau minyak angin lebih menyerbak berbanding bau minyak atar yang Atok pakai time nak solat Jumaat.

Hah, kali ini entri Atok masih pasal Klang. Hubungan Atok dengan Klang ni nak kata macam mana ya...bagaikan hubungan dengan janda berbanding anak dara. Hahaha, pening kepala korang fikirkan cakap Atok ni, kan!  Atok maksudkan cenggini...Atok suka akan Klang dulu-dulu, yang lama, yang tenang seoerti masa Atok kecik-kecik berbanding Klang yang sekarang. Itulah bahasa Atok ini bahasa orang lama, penuh kiasan... Bahasa Abah kau!

Atok nak imbas kembali bandar Klang sejak zaman kurun ke-19, kemudian zaman Dr.Watson jadi Pegawai Perubatan Hospital Klang pada tahun 1901, Lepas tu kita ke Klang tahun 1933, 1945, 1951 seterusnya 1966 dan 2020. Tapi kalau nak ceritakan semuanya sekali gus, huru hara jadinya. Jadi Atok pecahkan cerita ini menjadi tiga siri. Barulah jelas perbandingan antara zaman. Kita akan bandingkan perubahan Klang berdasarkan peta. Kita tengokkan nama-nama jalan dan mercu tanda Klang ketika itu. Masihkah wujud nama-nama jalan dan mercu tanda di situ? Pasti korang akan excited bila kampung atuk nenek korang dulu nama lain kini bin lain pulak. Itulah pasal  Atuk suka sangat tengok peta pasal peta boleh menceritakan seribu kisah yang pasti betul dan fakta kerana peta ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa ketika itu. Jom kita mulakan pengembaraan merentas masa ini.....

1. Klang dalam bulan April tahun 1872…Dari perspektif  Muhammad Ibrahim Munsyhi  (Anak Munsyhi Abdullah),

Nama-nama jalan dalam Bandar Kelang seperti berikut: King Street, Beach Street, Market Street, Wharf Street, China Street, Chulia Street, Hospital Street dan Mosque Street.-Inilah sahaja jalan yang ada di Kelang pada masa itu, dan ada juga yang sedang dalam pembinaan. Seramai enam belas orang banduan dikerahkan bekerja membina jalan. Jumlah penduduk Kelang itu lebih kurang 3,000 orang terdiri dari orang Melayu,Arab,Cina, orang putih, India Islam, Hindu, Benggali dan lain-lain. Perempuan dan kanak-kanak tiada kelihatan berjalan-jalan dalam bandar

Kemungkinan besar kesemua jalan yang disebutkan oleh Muhammad Ibrahim Munsyi itu terletak di Klang Selatan. Klang Utara ketika itu masih berhutan tebal.

2.  Klang in 1879… dari perspektif  Isabella Lucy Bird  dalam bukunya,     The_Golden_Chersonese_and_the_Way_Thither

Klang does not improve on further acquaintance. It looks as if half the houses were empty, and certainly half the population is composed of Government employés, chiefly police constables. There is no air of business energy, and the queerly mixed population saunters with limp movements; even the few Chinese look depressed, as if life were too much for them. It looks too as if there were a need for holding down the population (which I am sure there isn't), for in addition to the fort and its barracks, military police stations are dotted about. A jail, with a very high wall, is in the middle of the village.

Klang...mengikut perspektif Isabella Lucy Bird, 1879

3. Klang dalam tahun 1901..... dari perspektif  Dr. Malcolm Watson dalam bukunya,
The prevention of malaria in the Federated Malay States : a record of twenty years' progress (1921)

In 1901. — This town, the headquarters of the district of the same name, is situated on the Klang River, some twelve miles from its mouth, and five miles as the crow flies. In 1901 the census of the population showed there were 3576 inhabitants, occupying 293 houses. Since then the town has greatly increased in density of population as well as in area. Within the old town limits of 1901 the number of houses has increased from 293 to 468, which would give an estimated population of 5745. This, I believe, will be found to be less than the actual increase of the population. In all subsequent statistics when comparison is made between the figures of different years it is to be understood that these figures refer only to the population within the town limits of 1901, and not to those of the present town limits. The old town limit was practically the Jalan Raya, except where for three-quarters of a mile this road ran parallel with the river, and the river was the boundary.

The area of the town was in 1901 approximately 290 acres. Of this 22 acres was swamp, 25 acres virgin jungle, 60 acres dense secondary growth in many places 30 to 40 feet high. The distribution of these undesirable portions will be seen from the map. The whole town was permeated with their influence, and it is hardly surprising that malaria was a scourge.

Pada masa ini, jalan -jalan raya yang ialah Jalan Langat, Jalan Raya, Jalan Batu Tiga, Jalan Meru, Jalan Kota, Jalan Sultan. Jalan keretapi dari Kuala Lumpur-Bukit Kuda-Kapar telah wujud selain Keretapi Kuala Lumpur-Klang Selatan-Port Swettenham.  Kemungkinan besar nama-nama jalan sedia ada terus dikekalkan.

Klang Utara mula diteroka kerana banyak estet dah dibuka. Jadi Inggeris gunakan keretapi sebagai alat perhubungan yang cepat dan murah untuk tujuan pengumpulan hasil mahsul negeri ke Pelabuhan Klang untuk dieksport. Tapi masa ini jambatan merentasi Sungai Klang masih belum dibina. Pengkalan Batu masih menjadi dermaga dan pengkalan bot penambang dan kemudiannya feri bagi penduduk Klang di kedua-dua belah tebingnya.

Sultan masih bersemayam di Jugra. Istana di Klang belum wujud lagi.   Tapi yang peliknya padang lumba kuda dah ada di Klang. Ini menunjukkan judi dan kuda memang mainan Inggeris. Di tapak asal padang lumba kuda inilah dijadikan Padang Kota Raja dan seterusnya dibina Stadium Kota Raja untuk kegunaan rakyat di Klang kemudiannya.

Hah...itu semua cerita pasal Klang dan gambaran kehidupan manusia di situ pada masa itu. Takde peta hanya cerita sahaja. Kita kena bayangkan sendiri kedudukan jalan-jalan di situ. 

4. Peta  tahun 1930 menunjukkan Selatan Selangor termasuk  daerah Klang, Kuala Lumpur, Ulu Langat dan sebahagian Kuala Langat. Kalau korang teliti baik-baik guna tanah di sekitar Klang, Kuala Langat dan Selangor, umumnya estet memenuhi sebahagian besar kawasan. Dengan adanya estet dan lombong bijih timah yang banyak di Selangor, maka banyaklah jalan dibina. tak kiralah sama ada jalan yang dibina oleh estet sendiri, mahupun jalan raya buatan kerajaan. Kawasan hutan semakin mengecil. Yang tinggal hanyalah di sekitar Telok Forest Reserve, Kuala Langat Forest Reserve dan Kapar Forest Reserve yang berkemungkinan besar terdiri daripada hutan paya bakau. Yang lainnya sudah berwarna hijau bererti kawasan pertanian dan kampung. Korang tengoklah puas-puas sampai korang hafal nama kampung dan estet di Selangor dan sekitar Klang tuu.



5. Peta Topografi Klang tahun 1933

Tapi pada tahun 1933, kehidupan di Klang dapat diperhatikan secara terperinci.  Korang tengoklah peta topografi di bawah. Setiap maklumat adalah benar, tiada tokok tambah. Rujuklah petunjuk pada peta untuk mengetahui ciri geografi sama ada ciri fizikal atau ciri budaya. Yang rabun atau buta Geografi tu, biar Atok jelaskan...ciri fizikal tu merujuk kepada ciri geografi semula jadi seperti sungai, bukit, laut, benda-benda yang tersedia ada, ciptaan Tuhan, telah wujud sebelum ada manusia di situ. Manakala ciri budaya pula merujuk kepada ciri geografi buatan manusia seperti jalan raya, jalan keretapi, perkampungan, bandar, jambatan, dll termasuklah ciri geografi hasil tindakan manusia seperti estet, kebun, parit, kolam dsb. Lagi satu Atok nak beritahu ..korang nampak tak petak empat segi kecil warna hitam dalam peta? Itu namanya rumah. Kalau korang nak kira berapa rumah ada dalam sesuatu kawasan kampung atau dalam Klang sekalipun, korang kiralah bilangan kotak-kotak hitam yang ada. Itulah bilangan sebenar rumah di bumi Klang pada masa itu! Apa? Susah nak kira? Kecil sangat? Dah tahu kecil pakailah kanta pembesar, itu pun nak Atok ajarkan ke? Kih3.

Covering Date:
1933
Scope and Content:
Malaya Topographical Survey _Port Swettenham and Klang. Selangor

Map covers parts of Klang, Kuala Selangor, Ulu Selangor and Kuala Lumpur Districts showing coast fronting Straits of Malacca, Pulau Ketam, Pulau Klang, Pulau Tengah, physical landscape, land use, buildings, kampongs, Malay reservations, forest reserves, railways, roads, tracks, footpaths, contours, trigonometrical station, rivers, streams, drains, reservoir, rubber estates, coconut plantations, swamps, government experimental plantation, aircraft emergency landing ground, Subang Catchment Area, Sungei Klang, Port Swettenham, Klang, Simpang Tiga, Jeram, Kapar and others

Jalan raya yang ada pada masa ini:
Klang Utara....................
Jalan Batu Tiga, Jalan Kapar, Jalan Meru, Jalan Batu Belah, Jalan Bukit Kuda 

Klang Selatan.................
Jalan Telok Pulai, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Kg.Jawa, Jalan Langat, Jalan Kebun, Jalan Sg. Jati, Jalan Telok Gadong, Jalan Pendamar, Jalan Rembau, Jalan Sultan, Jalan Kelab, Jalan Tunku Diaudin, Jalan Kota

Jambatan di bandar Klang hanyalah satu, Jambatan Belfield. Jambatan Keretapi ke Pelabuhan Swettenham, iaitu Jambatan Connaught. Rangkaian Jalan Keretapi lama dari Kuala Lumpur-Bukit Kuda-Klang Utara-Kuala Selangor
Jalan Keretapi dari Kuala Lumpur-Bukit Kuda-Klang Selatan-Pelabuhan Swettenham
Banyak estet membina jalan sendiri untuk mengangkut hasil tanaman mereka
Terdapat banyak kampung di Klang Utara. Ada yang telah wujud hingga kini. Estet juga banyak. 
Ada yang dah bertukar nama kerana dah jadi taman-taman perumahan.
Aircraft Emergency Landing Ground merupakan tapak Pandamaran Airfield yang kemudian menjadi Pengkalan Tentera Udara British.







Hah, apa macam? Tahun 1933 ini kita beruntung kerana maklumat lengkap tentang Klang kita peroleh. Klang dan Malaya pesat membangun dengan pertanian dan perlombongan. Walaupun pada tahun 1930-an ekonomi dunia tengah merudum, tetapi datuk nenek kita kurang merasai kesannya kerana di samping menanam tanaman komersial seperti getah, kelapa, mereka masih lagi menanam tanaman sara diri di sekitar rumah mereka. Kalau harga getah jatuh sekalipun, mereka masih punya rezeki kerana sayur kampung dan ikan masih boleh dipancing dijaring. Pokok buah-buahan seperti durian masih berharga.
Nasib mereka lebih baik berbanding buruh estet yang terpaksa menerima upah yang rendah terutama ketika harga getah  turun atau musim hujan.

Orang Melayu dah ramai tinggal di kampung-kampung sekitar Klang. Ramai yang bekerja dengan tauke-tauke di kilang-kilang minyak kelapa sebagai jaga ataupun buruh. Ramai yang mengambil upah menyemat atap nipah, menjual kayu api dan hasil tangkapan nelayan sungai di pasar Klang. Pendidikan anak-anak juga diambil beratkan walaupun sekadar sekolah asas.Yang bekerja dengan kerajaan seperti polis, kastam dan jabatan laut pun ramai kerana Klang masih baru pembangunannya. Lingkungan pengaruh bandar Klang ketika itu meliputi daerah-daerah pesisir pantai (coastal districts) termasuklah Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam kerana satu-satunya hospital awam berada di Klang. Dengan adanya jaringan jalan Raya dan jalan keretapi pastinya Klang mempunyai daya penarik buat mereka.  Pelabuhan Swettenham pula menjanjikan peluang pekerjaan walaupun sebagai buruh kasar dan kelasi kapal.

Pada hujung minggu misalnya, ramai pekerja ladang keluar ke Klang untuk membeli belah atau bersembahyang di kuil-kuil. Rembau Street merupakan Little India bagi Klang sejak dahulu lagi.
Suasana aman menjanjikan kehidupan yang sejahtera dan makmur. Dengan pengurusan yang baik, Selangor menjadi negeri paling membangun di Semenanjung. Klang menerima limpahan rezeki mewah yang Allah kurniakan sehinggalah Jepun masuk ke Malaya dan bermulalah Perang Dunia Kedua pada tahun 1942 sehingga 1945. Oklah. itu cerita lain. Cukuplah untuk kali ini. Atok nak korang belek-belek peta kat atas tu lama-lama. Camkan Klang yang dahulu, bukan yang sekarang. Pasti korang akan bersyukur dan berbangga dengan datuk nenek moyang keturunan korang yang bersusah payah membina penghidupan di Klang pada masa mereka hidup dahulu. Jangan lupa baca lagi sambungan cerita ini dalam entri aAtok yang akan datang. Insya Allah.
Assalamualaikum semua.

Rujukan:

Isnin, 9 November 2020

Garis Rentas Masa Kehidupan di Telok Panglima Garang

Salam buat semua. Entri Atok kali ini simple jer. Kompilasi gambar foto sebenar kehidupan di sekitar Telok Panglima Garang mengikut kronologi masa. So, mesti korang tertanya-tanya kat mana Atok dapat gambar-gambar ini, bukan? Sebenarnya gambar-gambar ini adalah hasil selongkar Atok di internet, koleksi kengkawan Atok di Telok dan juga memorabilia peribadi keluarga Atok sendiri. Hari ini, biarlah gambar bicara sendiri kerana sekeping gambar pasti menceritakan seribu memori. Wasalam.

1901- Feri untuk menyeberang ke Pulau Carey











Jalan Besar Telok menghala ke arah Banting

Perhatikan bentuk senibina dan jenis perniagaan yang dijalankan..apakah masih sama?
Betapa tenang dan damai kehidupan masa itu...berbasikal keliling kampung..bernaung dibawah teduhan pokok sena, menunggu kehadiran dan deruan kenderaan sama ada ke Kelang atau ke Banting...Bekalan elektrik masih jauh dari nyata

Bangunan kedai papan dua tingkat yang terpisah daripada deretan kedai itu masih wujud sehingga tahun 80an sebelum bertukar wajah dengan binaan konkrit. Mengapa terpisah? Mungkin milik bumiputera..


TAHUN 1960

Wajah arwah moyang perempuanku

TAHUN 1970-an

Rumah pusaka keluarga besarku di TPG











































Majlis Perkahwinan Keluargaku


 Bentuk Masjid sekitar 1970an


Senibina masjid Telok yang unik

Makan dalam talam di Masjid Telok




 
Team veteran Bola sepak Telok






         Suasana dalam mesyuarat PIBG                         SKTPG tahun 1980-an

ISNIN, 28 MAC 2005....TELOK TERBAKAR!!













      


                            Pemandangan dari Jambatan Pulau Carey ke Segenting









 Pemandangan Pulau Carey dari Restoran Makanan Laut Cina di Segenting



Pemandangan kedua-dua tebing di Segenting






Pemandangan sepanjang perjalanan menyeberangi Jambatan Kg. Sawah dari Segenting ke Jugra







PADANG AWAM TELOK   tahun  2015

WAJAH-WAJAH TELOK PANGLIMA GARANG TAHUN 2020




















Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

  Penyediaan kemudahan awam secara sistematik  di Kuala Langat  hanya bermula apabila British menyediakan  sistem pentadbiran moden. Perkemb...