Jumaat, 2 Mei 2014

Asal Usul TPG 2: Siapa sebenarnya Panglima Garang?

Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan  pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Sure korang tertanya-tanya kenapa aku tengah dok menaip cerita pasal Telok sedangkan sepatutnya aku di dalam kelas mengajar, bukan? Hahaha...memang ler tapi aku sekolah sesi petang. Pukul 2:20 petang nanti baru mula start mengajar. Jadi pagi ini, sementara ada masa menanti solat Jumaat nanti, aku layari internet. Cari cerita-cerita menarik tentang asal usul Telok. Ya, memang betul, aku dah tulis pasal hal itu dalam entri aku terdahulu, Yang belum baca sila rujuk kat sini. Tapi yang itu aku ambil daripada blog lain yang mengatakan sejarah lisan tentang Telok. Aku ulang balik, Sejarah Lisan. Maknanya, cerita dari mulut ke mulut. Boleh diterima pakai tetapi tak boleh dijadikan sandaran hujah dalam tesis. Hmmm...korang dah mula tertarik nampak! Aku dah agak dah...

Memang ada tertulis dalam sejarah Selangor tentang kehadiran orang-orang Aceh di Selangor. Kemungkinan mereka ini yang membuka Telok atau nama lamanya Nibong Dengkil  (setelah menghalau Sakai-sakai yang ada di situ) itu benar seperti yang diceritakan. Cuma hendak 'highlight'kan kat sini, sebenarnya nama Panglima Garang itu memang wujud. Mungkin nama ini nama gelaran seseorang, tetapi kewujudannya memang ada kena mengena dengan pemerintahan Sultan Abdul Samad. Justeru, kemungkinan nama Telok Panglima Garang dimasyhurkan sempena nama panglima ini atas sebab membantu baginda Sultan menaiki takhta, ada kebenarannya. Begini ceritanya,,,,

Ketika itu, Sultan Mohamad memerintah Selangor bersemayam di Kuala Selangor. Baginda amat risau dan mengesyaki kerabat sepupu baginda yang bernama Abdul Samad (kemudian bergelar sultan) ini merampas takhta kelak. Baginda memerintahkan hulubalang menangkapnya. Mendengar berita tentang arahan tersebut, apa lagi ditunggu, Raja Abdul Samad pun melarikan diri ke Kajang. Ketika itu berlaku serangan Raja Berayun ke atas Sungai Ujong ( kini Seremban) kerana menuntut bela atas kematian salah seorang sahabat beliau setelah Dato' Kelana Sendeng enggan membayar 'wang darah', mengikut adat Melayu masa itu. Namun serangan itu dapat dipatahkan. Raja Berayun berundur ke Reko di hulu sungai. Beliau mempelawa Raja Abdul Samad ini tinggal bersamanya dalam kubu mereka di Reko. Raja Berayun ini mempunyai dua orang panglima yang gagah berani serta kebal bergelar Panglima Garang, dan Panglima Si Gara, berserta 500 orang pendekar. Maka Raja Abdul Samad ketika itu berada dalam jaminan keselamatan Raja Berayun dan penglima-panglima serta tentera baginda. Tinggal lah baginda di situ  buat beberapa ketika. Raja Berayun dan orang-orangnya hidup dengan 'merompak' dan menangkap sakai-sakai untuk dijual sebagai hamba. Maka nama Panglima Garang cukup digeruni oleh Sakai-sakai di kawasan pedalaman dan yang tinggal di sepanjang sungai Langat.

Apabila Sultan Muhammad mendapat berita tentang Raja Abdul Samad berada di Reko bersama Raja Berayun, baginda menghantar amaran kepada Raja Berayun  agar tidak lagi melindungi anak raja itu. Raja Berayun memandang ringan sahaja amaran sultan itu. Namun orang-orangnya menasihati beliau agar berwaspada. Jadi, beliau memerintahkan pendekar-pendekarnya menumbangkan pokok-pokok di tebing kiri dan kanan sungai menuju Reko bagi menghalang kemaraan orang suruhan sultan dan jika perlu, bunuh kesemua mereka tanpa belas kasihan. Alhamdulillah. Tiada apa yang berlaku kerana mereka (tentera Sultan) pulang ke Kajang.

 Ketika Sultan Muhammad dalam keadaan gering, Raja Berayun dan Raja Berkat Riau bersama Raja Abdul Samad berada di sisi baginda. Mereka melafazkan taat setia kepada Sultan,dan melantik Raja Abdul Samad sebagai Raja Muda. Pada 6 Januari 1857, Sultan Muhammad mangkat, dan dimakamkan di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Namun sebaik sahaja Sultan Mohamad mangkat, Selepas kemangkatan tersebut, Tengku Panglima Besar Raja Abdul Samad dilantik, dan ditabalkan sebagai Sultan Selangor ke-4 pada tarikh tersebut. Raja Muda kini menjadi Sultan Selangor yang baru.Tiada sesiapa dalam kalangan istana yang berani membantah, mungkin kerana kehadiran Panglima Garang bersama-sama Raja Berayun yang terkenal dan berkuasa kini. Sebagai membalas jasanya, Panglima Garang diberi 100 ekar tanah kurniaan Sultan di Batu Road (Kuala Lumpur) dan ditanami kelapa. Wallahualam. Semoga roh-roh mereka ditempatkan Allah bersama orang-orang yang diredhaiNya.

 Oklah. Itu kisahnya. Tapi bagaimana rupa paras Panglima Garang ini? Digambarkan beliau bertubuh sasa, tinggi, bermisai tebal yang 'menggerunkan', walaupun sudah berumur. Mungkinkah beliau orang yang bertanda dalam gambar di bawah ini? Mohon pengesahan pakar sejarah tempatan dan waris Panglima Garang.



makam Raja Berayun di Bukit Jugra

Sumber Rujukan:
Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria*,PENGLIBATAN TUNKU PANGLIMA RAJA BERKAT DALAM POLITIK DAN PENTADBlRAN NEGERI SELANGOR PADA ABAD KE-19, http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22947/147_175.PDF

Newspaper Article - WHEN COCKFIGHTING WAS THE RAGE
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19341111-1.2.121.aspx

http://www.keriswarisan.com/live/photo/713/sultan-selangor-sultan-abdul-samad-bersama-panglima-panglimanya-1890/

Anda mungkin berminat membaca:
Indeks Halaman Utama

34 ulasan:

  1. Salam,

    Sebagai salah seorang anak Telok, saya bangga baca blog ni. Blog ni buat saya tersenyum terkenang sejarah zaman kecil dan persekolahan. Tahniah bro!

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...saya bru thu kisah onyang saya Sultan Abdul Samad...tq...;)

    BalasPadam
  3. Kemungkinan besar Bukan Panglima Garang.Yang bertanda itu orang besar Pahang kerana ianya bersebelahan Sultan Pahang.t.kasih

    BalasPadam
  4. salam en. shahir kamil, mohon penjelasan lanjut tentang foto tersebut dan kaitannya dgn sultan pahang

    BalasPadam
  5. Mencari keluarga tok panuma garang..sila hubungi 0123231077

    BalasPadam
  6. Mencari keluarga tok panuma garang..sila hubungi 0123231077

    BalasPadam
  7. Maaf nk tanya .. Panglima garang asalnya org mana ?

    BalasPadam
  8. Maaf nk tanya .. Panglima garang asalnya org mana ?

    BalasPadam
  9. Maaf nk tanya .. Panglima garang asalnya org mana ?

    BalasPadam
  10. Panglima garang asal dari jawe,dia ade name penuh dia tapi tiada sape tahu, cuma nama panggilan panglima garang

    BalasPadam
  11. Panglima garang asal dr sulawesi..tu pasal bole akrab dgn sultan abd samad dan taat kpd raja berayun....satu galur...bugis

    BalasPadam
  12. Panglima garang asal dr sulawesi..tu pasal bole akrab dgn sultan abd samad dan taat kpd raja berayun....satu galur...bugis

    BalasPadam
  13. “Difahamkan datuk menggunakan nama yang berbeza di tempat-tempat lain kerana tidak mahu dikesan jejaknya atau diketahui kedudukannya. Ibu ada memberitahu bahawa faktor kedatangan datuk ke sini disebabkan pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan adik beradik yang berebut kuasa di tanah asal di Sulawesi. - See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/siapa-panglima-garang-1.194669#sthash.WAXfFI8V.dpuf

    BalasPadam
  14. Asalamulaikum..hamba brketurunan laksamana tuah dari susur keturunan anaknya iatu panglima tok tepok,pnglima tok tepok mnurunkan waris bernama datuk panglima garang asal dari melaka...bergerak ke hulu perak dan mnetap di sana x tahu sebab apa...jdi saya ingin tahu siapa yang boleh huraikan lebih mndalam tentang panglima garang ini.hamba tahu info ni kerana moyang hmba sebelah bapa yang mnceritakan pada bapa hamba dan juga terdapat catitanya dalm buku lamanya...saya juga diturunkan keris pendua hulubalang 3 lok yang dikatakan pusaka datuk panglima garang...wallahhuallam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ka? sebab Wafat Datuk saya pula setelah d perkenankan sultan omar ali saifudin (sultan brunei dan jg ayahanda kpd sultan bolkiah) berikutan makluman Wafat Datuk saya secara lisan di depan sultan pada masa itu berkenaan usulan atau susur galur keturunan drpd sultan Tandzul Alam, Wafat Datuk saya d beri satu set pakaian istana dan sebilah keris yg berukir nama pada sarung dia iaiatu DATO PANGLIMA GARANG

      Padam
  15. Asalamulaikum..hamba brketurunan laksamana tuah dari susur keturunan anaknya iatu panglima tok tepok,pnglima tok tepok mnurunkan waris bernama datuk panglima garang asal dari melaka...bergerak ke hulu perak dan mnetap di sana x tahu sebab apa...jdi saya ingin tahu siapa yang boleh huraikan lebih mndalam tentang panglima garang ini.hamba tahu info ni kerana moyang hmba sebelah bapa yang mnceritakan pada bapa hamba dan juga terdapat catitanya dalm buku lamanya...saya juga diturunkan keris pendua hulubalang 3 lok yang dikatakan pusaka datuk panglima garang...wallahhuallam...

    BalasPadam
  16. Adakah cucu cicit nye masih hidup...siapakah dye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak cucu cicit masih hidup. Saya antara generasi ke-6

      Padam
  17. Sy cucu cicit panglima garang call 0102727265

    BalasPadam
  18. salam...saya penulis blog Aku Budak Telok amat berminat dgn penulisan anda dalam fb ini tentang Panglima Garang yang pernah berkhidmat di bawah Almarhum Sultan Abdul Samad kena pembukaan kampung kami bersempena nama pendekar terkenal tersebut...Mohon pihak tuan membaca blog saya di bawah entri siapa sebenarnya panglima garang kerana terlalu banyak versi dan claim ttg latar belakang beliau..sumber penulisan saya adalah daripada akhbar milik british dahulu dan sedikit sebanyak penulisan umum di internet...saya bersikap open minded, dan berminat untuk mendapatkan fakta ttg panglima garang serta keluarganya selepas 'bersara' dari istana.. t.kasih

    BalasPadam
  19. keluarga saya ada simpan cop mohor datuk seri setia panglima garang, asalnya dari pulau tawar jerantut pahang sekampung dengan mat kilau, rumah kami di pulau tawar dah berusia lebih 200 tahun mada banyak lagi barang2 tinggalan pusaka tapi ada yang dah bertukar tangan. nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya 0192021075.

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. bagi number telefon, saya berminat dan ada benda penting nak bincang dengan tuan...

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Tokngah, boleh wassap saya di number ini ya : 013-562 6109

      Padam

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...