Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat semua kengkawan, tak kiralah kat mana korang berada. Cuaca malam ini cukup menenangkan, dengan bulan purnama berwarna jingga (oren ler). Pelik bukan? Semua ini gara-gara jerebu yang sedang asyik melanda. IPU di sekitar sini, Senawang dan Seremban kira-kira 130 jer, tak sihat..tapi lebih baik daripada Muar 742, tahap Gaban.....kih,kih,kih....maksud aku dah teruk sangat dah..silap-silap isteri kat sebelah pun tak nampak! Itu baru Indon hantar jerebu, orang Malaysia dah gelabah biawak, belum turun tok bomoh ilmu hitam diorang lagi...Eh, apa aku dah melalut ini daaa...?
Kali ini aku nak bercerita tentang laluan yang ramai orang termasuk orang Klang pun tak tahu atau perasan. Cuba korang tengok peta kat bawah ini. Korang familiar kan dengan nama-nama tempat dalam peta tu?Aku nak korang teka...yang warna merah tu garisan apa kebenda?Yesss, tepat sekali ..garisan tu menunjukkan landasan keretapi di Selangor. Tapi pelik sikit, mana ada keretapi kat Kuala Selangor? Memey ler takde sekarang, tapi dulu memang ada..masa omputeh dulu. Dari Klang ke Kuala Selangor, panjang landasannya 29 1/2 batu (kira-kira 50 km). Kalau korang nak tahu rel keretapi kini dah lama tak ada,dah dicabut.
Laluannya dah diturap atau dibiarkan tanah merah jer. Yang ada kini cuma nama jalan rayanya, Jalan Keretapi Lama,,Korang nak tahu kat mana jalan ni? Cuba bawa kereta menghala ke Kapar tapi ikut jalan belakang Kilang Fung Keong...itulah Jalan Keretapi Lama. Jalan itu selari dengan Jalan Kapar (Laluan Persekutuan 5). Jalan itu bersambung terus ke Batu Empat, iaitu Kg. Perepat, Kg.Sementa, sampailah ke pekan Kapar (jalan belakang) Cuba korang cruising area yang aku cakapkan itu...sure korang setuju dengan aku...Jadi, untuk buktikan apa yang aku cakapkan tadi Fakta bukan Auta, maka aku terpanggil untuk selongkar internet bagi mencari kebenaran, agar semua orang akan angguk,angguk...geleng,geleng apa yang aku cakap ini. Hihihihi...
Akhirnya, AKU DAH JUMPA! Bagi korang yang tak reti-reti speaking London tu, atau faham tapi TETAP nak pertahankan Kemelayuan korang, jadi aku translate ler ikut suka aku...
A map of the old railway line which ran along the coast from Klang to Kuala Selangor, a total length of 29 and half miles. The miles from Klang are marked on the map.
(Peta lama jalan keretapi lama pesisir pantai dari Klang ke Kuala Selangor. Jarak keseluruhan 29 1/2 batu. Jarak dari Klang ditanda di dalam peta.)
Tarikh Stesen Asal Stesen Destinasi Jarak(Batu&Rantai)
1st February 1913 Connaught Bridge Jn to Kapar 11-62
1st June 1913 Kapar to Jeram 7-63
1st September 1913 Jeram to Assam Jawa 5-47
15th February 1914 Assam Jawa to Kuala Selangor 4-36
Ini peta terkini Jalan Keretapi Lama
Jalan Landasan
Jambatan kecil depan masjid Bt 4 bersetentang Taman Klang Utama
The very faded old photographs of two bridges were found in the collection of George Dearie Russell and show their construction. The figure in white on top of the bridge on the right might be George. Both bridges are on the Klang to Kuala Selangor line.the bridge as being at Sg Puloh Batu 5, Kapar and for the information that the wheels on posts are the watergate to control the water level into sg puloh , the water coming from the sea (behind the cameraman). The other part of the bridge is under the big tree across the river. Batu 5 = 5th mile between Sg Putus Halt (4th mile) and Vallambrosa Halt (7th mile).
Dua gambar lama dua buah jambatan daripada koleksi George Dearie Russel yang menunjukkan kerja-kerja pembinaannya. George (bebaju putih) berdiri di atas jambatan tersebut.Kedua-dua jambatan terletak di laluan Klang- Kuala Selangor. Jambatan di Batu 5, Sg. Puloh, Kapar.Terdapat kunci air yang mengawal air dari laut. Sebahagian lagi jambatan ini sedang dalam pembinaan, iaitu di bawah pokok besar di seberang sungai tersebut. Batu 5 terleak di antara Hentian Sg. Putus (Batu 4) dan Hentian Vallambrosa di Batu 7.
Dulu
Kini
Pasir Tuntung Bridge, Assam Jawa, Selangor. Thanks to Khursaini A Fatah for identifying the bridge and to Abdul Rahim Mahmudin, Wan Mohd Faiz, Azizan Zulkifli, and Hafizi Azmal for permission to use their modern photographs of the two bridges
(Yang kat bawah ini pula gambar jambatan kat Pasir Tuntung, Assam Jawa, Selangor. Terima kasih ler buat bebudak Melayu yang tersebut tu kerana bagi izin pakai gambar-gambar moden kedua-dua jambatan tu)
Dulu
Kini
Nak tahu lagi? Bacalah kat sini.....