Jumaat, 29 Mei 2026

SEJARAH LENGKAP KG. BUKIT CHANGGANG

 “Wan, balik Telok nanti kita ikut jalan lama lah… ikut Nilai terus ke Banting. Memang lambat sikit, sejam setengah lebih kurang, tapi santai. Kalau ikut PLUS dari Senawang ke Bandar Saujana Putra lepas tu sambung SKVE ke TPG, memang laju… tak sampai sejam pun boleh sampai. Tol pun baru sembilan ringgit lebih. Tapi biasalah, ELITE tu walaupun tak jem teruk, mula lepas pukul 3 petang memang padat semacam. Kepala pun jadi tegang tengok brake lamp merah menyala tak putus-putus.

Atok sekarang lebih suka potong ikut jalan lama KLIA ke Banting. Boleh cuci mata tengok kampung-kampung lama yang makin berubah. Dulu kebun sawit, sekarang naik gudang. Dulu jalan sunyi, sekarang lori kontena berbaris. Seronok tengok macam mana Kuala Langat berubah depan mata.

Sekarang ni pun orang Telok dah ada pilihan baru kalau ELITE dengan Jalan Klang-Banting sangkut musim raya. Dari Senawang–Seremban–Nilai boleh masuk Olak Lempit, lepas tu sambung WCE keluar Tol TPG dekat SKVE. Fuh… dengar macam sedap perjalanan tu. Kepala mesti tak serabut. Cuma Atok belum try lagi ler… HeHEHE…

Tapi hari ni bukan nak sembang pasal highway. Jom kita masuk cerita Bukit Changgang. Dengar kata hebat-hebat orang lelakinya dan kiut-miut anak daranya. Pasal janda… errr… maaflah, belum boleh challenge Janda Senaling sebab sana ada Air Janda Pulang! Bukit Changgang ada tak? Itu Atok belum jumpa lagi… Hehehe…”

Tekan link di bawah untuk pembacaan seterusnya
https://syedalsagaff64.blogspot.com/2026/05/sejarah-lengkap-kg-bukit-changgang.html

Anda kini berada di persimpangan Bukit Changgang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Pembangunan Sungai Langat di Kuala Langat

Salam buat semua. Semoga semuanya sihat walafiat. "Mari duduk dekat sini, cu. Atok nak bercerita." Kau tengok sungai tu? Sungai La...