Jumaat, 15 Januari 2021

Sejarah Jambatan Gantung dan Bekalan Air Paip di Klang

Jambatan Gantung Connaught di Klang

Jambatan Gantung Connaught di Klang
Pandangan dari atas Jambatan Terapung Madras

Salam buat semua. Syukur banyak-banyak Atok panjangkan ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan hidayahNya Atok dan Wan masih bernafas, sihat walafiat walaupun awal tahun 2021 ini pelbagai dugaan melanda. Covid sedang menggila, hari-hari dah lebih 3000 kes. Sesiapa pun terdedah kepada virus ini, cuma doa berterusan dan rahmat Allah sahajalah yang menjauhkan wabak ini. 

Tak kurang gila juga adalah ahli-ahli politik alias politikus yang siang malam berantakan, kononnya nak jadi hero rakyat tetapi realitinya mereka tak kesahpun apa jadi kepada fronliners dan rakyat yang menjadi mangsa banjir. Part ini yang Atok amat kesalkan atas sikap mereka itu. Tapi bila YDP Agong isytihar darurat dan gantung parlimen barulah Atok lega. Biar padan muka korang. Korang memang tikus, air kencing koranglah yang paling berbisa, memendekkan jangka hayat rakyat. HAAH, lega apabila Atok dah luahkan isi hati Atok yang terpendam sejak 2,3 tahun yang lepas. Hmmm. Puas dah! 

Oklah. cukuplah tu...jom fokus pada entri kali ini. Sengaja Atok kirimkan gambar lama kat atas ini sebagai pembuka bicara. Atok sengaja biarkan korang tertanya-tanya apahal gambar jambatan gantung Golden Gate Atok beri? Bukankah Golden Gate itu di San Francisco, Amerika Syarikat, tapi apasal warna dia tak merah? Apa kaitan jambatan itu dengan Atok? Wow, banyak sungguh persoalan yang bermain dalam benak korang,kan? HAHAHA, itulah kaedah pengajaran yang Atok amalkan untuk tarik perihatian anak-anak murid ketika baru nak mulakan kelas. Yess, memang jambatan itu jambatan gantung, tapi bukan di Amerika, yang ini di Klang! Memanglah takde lagi sekarang, ini cerita tahun 1947, Atok pun takde lagi masa itu. Oh, dah nampak minat korang...Memang Atok nak ceritakan pun. Tapi kali ini, bukan jambatan sahaja Atok nak cerita, bahkan kalau korang perhatikan dekat-dekat, memang ada saluran paip di jambatan unik itu.

Ceritanya begini....
Ketika Jepun menyerah kalah selepas pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam bulan Ogos 1945, Tentera British mula mengambil alih Malaya terutamanya di Klang. Ketika itu Malaya dah takde duit lagi dah. Duit Jepun cap pokok pisang dah tak laku lagi. Duit mata wang British sebelum perang laku semula. Kekadang tiada apa yang hendak dimakan, apa sahaja yang ada, rakyat tetap bersyukur walaupun rata-rata miskin. Klang dan Malaya diletakkan di bawah BMA (British Military Administration). Dengan tabung kewangan negeri kering kontang dicelok Jepun, maka dalam tahun 1946, terpaksalah British membina dua jambatan pontoon terapung bagi merentasi Sungai Klang. 

Kalau korang perhatikan peta Klang tahun 1945 di bawah, maka dalam tahun 1946, siaplah 2 buah jambatan pontoon terapung yang dikenali Jambatan Bailey Madras dan Jambatan Bailey Sydney. Jambatan lama Belfield yang tinggal separuh jer itu dibiarkan mereput. Kenderaan dan laluan pejalan kaki mula menggunakan kedua-dua jambatan walaupun pelik kepada mereka pada awalnya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal kedua-dua jambatan terapung ini, rujuk balik entri Atok yang lepas.

OK Dokey...Kita sambung cerita pasal jambatan gantung di Klang ini. Mula dibina dan disiapkan pada tahun 1947. Asalnya, bukanlah jambatan baharu tetapi diubahsuai daripada jambatan buatan tentera Jepun yang terbengkalai akibat terhentinya Perang Jepun secara mengejut setelah tentera Berikat menang perang usai gugurnya bom atom di kedua-dua bandar malang Jepun itu. Maka timbullah idea untuk membina jambatan gantung ini yang lebih menjimatkan masa dan kos. Lagipun fokus mereka hanyalah untuk laluan pejalan kaki dan batang paip air dari Klang Utara ke Klang Selatan, seterusnya ke Port Swettenham. Memang telah ada jambatan bekalan air menyeberang Sg. Klang berdekatan Bukit Badak untuk ke Klang Selatan, bersebelahan jambatan Keretapi. Ya, yang itu saluran air paip dari Empangan Ayer Kuning dan Sg. Bahru. Saluran paip yang merentasi Sungai Klang di pusat bandar ini adalah dari Empangan Subang melalui pekan Meru.


Pandangan udara kedudukan Jambatan Terapung di Klang

Pandangan sisi Jambatan Gantung dari tebing sebelah Klang Utara, tahun 1947



Pandangan dekat dan hadapan Jambatan Gantung Klang. Perhatikan batang paip dan pelantar laluan pejalan kaki


Peta Klang tahun 1945 jelas menunjukkan lokasi asal Jambatan Gantung  di Klang iaitu di tapak asal Japanese Bridge yang terbengkalai itu.



Jambatan Kota Kedua yang sedang dalam pembinaan sekitar tahun 1991. Gambar diambil dari atas Jambatan Musaeddin yang dibina sekitar tahun 1980-an.

Sejarah Bekalan Air Bersih di Klang

Klang hanya memiliki sistem air bersih mulai 1906, Sebelum ini, penduduk memperoleh bekalan air mereka dari perigi dan telaga yang digali di atas tanah milik mereka sendiri. Bagi penduduk kampung hal ini tiada mendatangkan masalah kerana perigi dan sungai telah menjadi sebahagian kehidupan mereka.  anak-anak mereka telah biasa terjun ke dalam parit atau anak-anak sungai yang airnya masih jernih. Mereka tak pernah komplen walaupun air telaga sedikit berbau tanih atau keruh selepas hujan. Air yang diceduk itu ditapis dengan lapisan pasir dan batu kerikil pelbagai saiz sebelum  dididihkan untuk dijadikan air minuman.  Telaga dan perigi yang keruh dimasukkan tawas untuk menjernihkannya. Alhamdulilah tak ada pula kedengaran kes taun dan sebagainya. Air hujan ditadah dalam tong dram atau kolah untuk kegunaan basuhan.Walaupun mungkin air yang ditadah itu ada jentik-jentik nyamuk, tapi tak jadi masalah kerana anak-anak ikan seperti sepat dan puyu yang dibela di dalamnya memastikan tiada  nyamuk aedes atau tiruk membiak,  bahkan apabila besar menjadi lauk tambahan  mereka sekeluarga. Bagi orang Melayu tiada masalah.

Tetapi dalam tempoh beberapa tahun sahaja, dari tahun 1900 hingga 1905, seramai 300 dari setiap 10000 orang di Klang telah dijangkiti demam malaria yang menggila dan meninggal dunia.  Dr. Watson, pegawai kesihatan di Hospital Daerah Klang berkata antara faktor utama merebaknya wabak demam malaria ini adalah pembukaan besar-besaran hutan untuk dijadikan ladang pertanian. Parit-parit dan perigi yang digali menyebabkan air hujan bertakung membolehkan larva nyamuk membiak menjadi nyamuk dewasa. Di dalam bandar klang pada masa itu tiada sistem perparitan yang baik menyebabkan air hujan bertakung kerana faktor topografi klang yang bertanah rendah dan berpaya. Pelbagai  cara diusahakan untuk mengawal wabak ini termasuklah memberi pesakit  ekstrak quinine (maaf, bukan buah kuini tau) tetapi masih kurang berjaya. Yang paling terkesan dengan wabak ini ialah kaum imigran India yang menjadi pekerja ladang. Sudahlah fizikal mereka yang kurus, dan kurang bertenaga akibat kemiskinan dan kebuluran yang berlaku di India, tambahan pula rendah ketahanan tubuh menentang penyakit-penyakit tropika dan kehadiran mereka di tengah-tengah 'medan perang' kubu kuat musuh, iaitu bekas hutan, tidak seperti orang Melayu dan orang Asli yang telah immune daripada gigitan nyamuk merbahaya ini. Sebelum Maghrib orang Melayu telah mengasapkan persekitaran rumah mereka membolehkan gencatan senjata dengan nyamuk berlaku. Kaum Cina pula memasang kelambu sebelum tidur. Yang peliknya walaupun tinggal di estet yang sama, peladang berbangsa Eropah dan keluarga mereka tidak pula dijangkiti Malaria. Mungkin kerana mereka menggunakan insect repellent atau mengamalkan langkah pencegahan.

Pembukaan Pelabuhan Swettenham di Kuala Klang menjadi  lagi salah satu faktor merebaknya Malaria. Kawasan pinggir laut yang berpaya bakau dibersihkan dan dibina dermaga-dermaga konkrit. Hal ini menyebabkan air hujan bertakung dan terperangkap kerana tidak dapat meresap ke tanah dan kerana kurangnya longkang dan parit yang dibina. Maka pendatang Tamil yang malang ini sejak dari mula mendarat, dikuarantin dan kemudian dibawa ke ladang tempat tinggal baru mereka sudah menjadi target nyamuk yang menggila ini. Mereka bagai menghantar nyawa untuk mati di tanah asing ini. Sehinggalah semua parit di ladang disembur DDT dan sekitar bandar Klang dibina sistem perparitan yang membolehkan air bertakung mengalir ke sungai selepas hujan., baharulah kes malaria mendadak turun. Dilaporkan hanya lima kes di Hospital Daerah Klang dalam tahun 1906.

Tapi, bukan nak katalah. Bandar Klang dan Pelabuhan Swettenham memang kotor. Orang Klang memang pengotor sejak dahulu sampai sekarang, terutama kaum yang duduk dalam bandar. Ini bukan pernyataan rasis tetapi kenyataan, fakta. Memanglah Klang bandar diraja, tetapi kalau sampah merata-rata, tikuslah yang bermaharaja lela. Pernah dikhabarkan Rest House di Klang kotor sehingga bilik tetamu dan dapur penuh dengan sarang dan tahi tikus. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila Town Boardnya membuang najis yang dipungut menggunakan baldi di rumah dan premis perniagaan dikumpulkan ke dalam tangki-tangki di beberapa tempat, jauh dari petempatan di tepi Sungai Klang, untuk dilepaskan ke dalam sungai Klang ketika air pasang. Sudahlah gagak mengotorkan, tambahan pula aktiviti haram ini. Patutlah sampai sekarang asal pancing jer ikan kat sungai sekitar Klang yang naik belukang, belukang, belukang. Itulah pasal.

Ketika itu jugalah sistem bekalan air bersih menerusi penyaluran paip untuk Klang dan Pelabuhan Swettenham difikirkan perlu dan mesti dilakukan segera. Tanggungjawab membina, membekal dan mengagihkan bekalan air bersih ini dilihat tepat pada waktunya kerana aktiviti perkapalan, pekilangan, perbandaran di Klang dan Pelabuhan Swettenham semakin rancak pembangunannya. Bekalan air yang konsisten dan kualiti air yang bersih dan tidak berbau menjadi prasyarat. yang pasti bukan air sungai Klang yang berlumpur, keruh dan penuh dengan sampah sarap dan buangan manusia! Kembang tekak Atok bila fikirkan dan bayangkan sampah yang terapung dan hanyut di sungai tersebut. Bukan sampah orang Klang sahaja bahkan setiap petempatan tepi sungai Klang,: dari Ampang di Ulu Klang, Kuala Lumpur, Petaling Jaya sehinggalah Klang dan seterusnya Kuala Klang atau Pelabuhan Swttenham. Hohoho...panjang tuu!

Tugas dan tanggungjawab ini diserahkan kepada PWD (JKR kini). Pada tahun  1906 mereka telah mengenalpasti beberapa lokasi yang sesuai untuk dibina empangan. Maka terbinalah empangan Ayer Kuning dan  kemudiannya empangan Sungai Bahru untuk keperluan air Klang dan pelabuhannya. 
Untuk itu peruntukan sebanyak $20000 diperuntukkan oleh kerajaan bagi membangunkan infrastruktur dan sistem pepaipannya. Bayangkan untuk mengadakan sistem bekalan air bersih ini, kerajaan perlu membina  dan menyediakan:

1.  Empangan Konkrit
2.  Loji Tapisan Pasir
3.  Reservoir air mentah
4.  Loji Rawatan Air
5.  Reservoir Air Terawat
6.  Reservoir Komuniti
7.  Saluran paip Air Mentah
8.  Saluran paip Air Terawat
9.  Saluran paip Air Industri
10.Saluran paip air Domestik
11.Rumah-rumah Pam
12.Jaringan jalan raya yang baik
















Sememangnya sejak pada akhir abad ke-19 air paip mula disediakan untuk isi rumah bandar melalui paip rumah dan paip berdiri di seluruh negara. Air paip ini masih tidak dirawat, kerana ia biasa berlaku pada masa itu di seluruh dunia. Teknologi yang digunapakai agak biasa di mana empangan konkrit dibina di sungai-sungai induk tersebut yang menghasilkan reservoir atau kolam tasik buatan. Segala sedimen dan selut sungai akan mendak dan mendap di dasar empangan menghasilkan air permukaan tasik yang lebih jernih walaupun selepas hujan. Air di permukaan tasik ini akan disalurkan secara gravitational ke loji tapisan pasir berhampiran menggunakan salur pembetung jenama HUME berkeluli tahap sederhana yang diimport khas dari England. Air mentah bertapis ini kemudiannya disalurkan ke reservoir konkrit yang dibina di atas beberapa buah bukit strategik bagi tujuan penyimpanan sebelum diagihkan menggunakan saluran paip besi bergalvani terangkat atau elevated ke seluruh kawasan perkhidmatannya.  Sebagai contoh, air dari empangan Ayer Kuning akan disalurkan menyeberangi Sungai Klang  (mengikut jambatan keretapi Connaught) ke reservoir di Bukit Badak sebelum disalurkan semula ke reservoir agihan di atas Bukit di Simpang Lima sebelum dibekalkan ke kawasan Pelabuhan Swettenham. Bayangkan dari empangan ke rumah yang berbatu-batu jauhnya, pastilah panjang dan besar saiz batang paipnya. Rasa airnya masih sama seperti air sungai kerana tiada rawatan kimia digunakan. Hanya setelah beberapa tahun kemudian mulai 1915, barulah air ini dirawat. Rawatan pembasmian kuman menggunakan hipoklorit dan gas klorin diperkenalkan bagi membunuh segala mikroorganisma di dalamnya.

Pun begitu air paip ini masih barang mewah bagi kebanyakan rakyat di kampung-kampung. Mereka masih tidak mampu untuk menyediakan modal membeli batang paip ke rumah mereka. Mereka mengharapkan ehsan kerajaan melalui paip-paip awam yang disediakan di petempatan dan perkampungan mereka. Itupun jika kampung mereka terletak di laluan paip tersebut. Di situlah mereka secara bergilir-gilir mengangkut air kegunaan seharian mereka menggunakan tong-tong dan basikal. Di sesetengah petempatan hos getah menyalurkan air terus ke rumah secara bergilir dengan penduduk-penduduk yang lain. 

Kemudian apabila populasi Klang bertambah ramai dan permintaan industri semakin meningkat, maka kawasan tadahan hujan yang baru harus dicari. Setelah Sg. Ayer Kuning, Sg. Bahru di Hutan Simpan Bukit Jelutong, Empangan Subang di Hutan Simpan Bukit Cerakah diteroka. Air dari empangan ini dibawa turun menerusi batang- batang paip besar di sepanjang Jalan Paip berhampiran pekan Meru terus ke Klang dan Pelabuhan. Dilaporkan pada 1912 ada estet-estet yang tidak mendapat bekalan air bersih ini mengambil inisiatif sendiri membina empangan mini mereka di anak-anak sungai yang terdapat dalam estet mereka. Bekalan air yang diempang itu digunakan untuk aktiviti memproses getah, dan kegunaan domestik para pekerja mereka terutama ketika musim kemarau. Mereka menggunakan rangkaian pepaipan mereka sendiri untuk menyalurkan air ke 'pili awam' di ladang mereka.  Sekiranya bekalan air semakin kritikal, mereka akan menggunakan pam dengan cantuman hos-hos bagi mendapatkan air daripada perigi-perigi yang sedia ada atau baru digali. Hidup mesti berakal.
Pada masa itu rangkaian dan jajaran paip air bersih ini masih terasing dan tidak bersepadu seperti sekarang. Sistem bekalan air Klang dan Pelabuhan Swettenham masih tidak bersambung dengan rangkaian paip Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Begitu juga skim pepaipan air Langat yang meliputi Kajang,  Semenyih, Sepang dan Kuala Langat, sehinggalah selepas merdeka.

Perkembangan dalam industri air memaksa negara memperkenalkan sistem meter air, yang diamalkan di negara maju bermula 1900. Dengan sistem meter, kualiti bekalan air turut ditingkatkan.  Pada 20/4/1939, kerajaan memperuntukkan $60000 untuk perluaskan empangan Subang untuk memenuhi keperluan air sekitar Klang.  Kesimpulannya, sehingga tahun 1939 pengguna di Malaysia menikmati bekalan air paip dengan kualiti memuaskan tetapi, liputan kawasan yang menerima bekalan air masih lagi di tahap rendah.




Ketika Perang Dunia Kedua, loji rawatan air tidak lagi menjalankan pengklorinan kerana ketiadaan bajet. Kekurangan minyak diesel untuk membekalkan elektrik menyebabkan kemudahan dan peralatan merawat tidak dapat dilakukan. Akhirnya bekalan air ke Klang, Pelabuhan Swettenham dan Kuala Selangor kembali ke keadaan asal, iaitu air bersih tanpa rawatan.

Pada tahun-tahun 1950-an, masalah baharu pula timbul. Masalah  ketiadaan air mula menghantui penduduk. Hal ini kerana bilangan penduduk ke bandar mulai bertambah kerana pembangunan semula negara sedang rancak. Rezab air dalam reservoir komuniti hanya cukup untuk sehari dua. Lebih teruk lagi jika musim kemarau berlaku, biasanya setelah sebulan dua hujan jarang turun dan paras air di empangan sudah susut ke paras kritikal. Sistem pepaipan yang sudah uzur, berumur hampir lima puluh tahun kerap mengalami kebocoran atau paip pecah. Catuan air terpaksa dibuat mengikut tempat.

Liputan air meningkat secara mendadak sejak tahun 1960-an. Perkembangan ini memberi  kepada pembangunan sistem pembetungan negara. Pada awalnya, pembetungan berbentuk 'basic pit' dan 'bucket latrine'. Sejak tahun 1960-an, sistem pembetungan dengan penyaluran pembetungan komuniti serta loji rawatan berpusat telah diwujudkan, sebagai langkah mempertingkatkan taraf kehidupan serta kesihatan awam. Pada mulanya rawatan dan bekalan air bawah seliaan Jabatan Kerja Raya, kemudian dipindah kepada Jabatan Bekalan Air pada tahun 1980-an. Pada tahun-tahun awal 2000-an, Jabatan Bekalan Air Selangor dikorporatkan kepada beberapa entiti. Namun sehingga kini, permasalahan yang dihadapi rakyat masih sama,bahkan lebih parah, ditambahi pula dengan kadar bayaran yang semakin menekan kewangan rakyat.

Kini, Loji Rawatan Air North Hummock di Meru mendapat bekalan air mentah dari empangan tasik Subang.Loji itu membekalkan air ke sebahagian kawasan Meru dengan kapasiti pengeluaran semasa sebanyak 15 juta liter melalui paip utama bersaiz 500mm dari kolam air bersih ke kawasan agihan di pekan Meru. Manakala kolam air Lam Bee yang menjadi sumber bekalan air yang utama ke kawasan Meru dengan reka bentuk kapasiti simpanan sebanyak 19 juta liter.  

“Kolam ini mendapat bekalan air dari sumber Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan 2 yang mendapat bekalan air mentah dari Sungai Selangor. Berdasarkan rekod loji North Hummock membekalkan air untuk kawasan Meru berjumlah 4,430 akaun manakala untuk kolam air Lam Bee pula membekalkan air sebanyak 28,820 akaun untuk kawasan Kapar dan Meru. bekalan air ke kawasan Meru disalurkan dari loji Rawatan Air North Hummock dan dari sumber bekalan SSP1 dan SSP2.

Gangguan pengeluaran atau pengurangan bekalan air dari Loji rawatan air utama yang disebabkan oleh kes pencemaran sumber air mentah atau pengurangan kadar aliran dari sungai.

“Gangguan bekalan elektrik ke atas pemasangan atau penambahbaikan rumah pam dan loji rawatan air. 
Kerosakan kepada pepasangan injap kawalan tekanan atau pada pepasangan injap di sepanjang jajaran tersebut sebagai contoh injap jatuh, injap tersekat, pecah dan bocor,” 

Perancangan menambahbaik bekalan selain program penggantian paip ialah dengan melaksanakan program pembentukan zon kawalan meter `District Metering Zone (DMZ) atau zon Pemantauan Tekanan `Pressure Monitoring Zone (PMZ) bagi kawasan yang kritikal dan berada di luar liputan DMZ.

“DMZ/PMZ akan dipasang meter dan juga injap kawalan tekanan untuk mengurangkan tekanan air ke tahap optimum. Langkah ini akan dapat mengurangkan masalah paip pecah yang disebabkan oleh tekanan air yang tinggi dan keadaan paip yang uzur.






The Damansara Reservoir and Treatment Works, completed in 1966

Empangan Ayer Kuning

Empangan ini terletak di kawasan seluas 4.5 hektar yang menyerupai Empangan Sungai Baru. Terdapat sebuah terowong sepanjang 323m berunsurkan sejarah di kawasan ini. Terowong ini menembusi sebuah bukit setinggi 60m.  Terdapat sebuah terowong misteri di kawasan berhampiran Empangan Air Kuning yang tidak diketahui bagaimana ianya terbentuk. Terowong ini dikatakan berunsur sejarah yang terdapat di kawasan tersebut. Sepanjang 323m, terowong ini menembusi sebuah bukit setinggi 60m. Ianya menjadi salah satu tarikan pengunjung di sini. Empangan yang asalnya binaan British seawal tahun 30-an untuk bekalan air sekitar Shah Alam ini mula beroperasi sebagai lokasi pancingan sejak April 2008..

The location I visited has many names, such as Bukit Cahaya Seri Alam, Bukit Cerakah, Taman Botani Negara, and Taman Pertanian Negara. All these refer to the same venue, but the park itself covers a large area. What we are interested in is the dam located in the heart of the botanical garden.The dam splits the pond into 2 locations, the upper dam and lower dam. The lower dam has bigger fish, but covers a larger area as well. The upper dam pond spans the area of about 3 to 5 football fields, and is a large area to cover. It used to be a hectic process to enter Taman Botani Negara but now they have simplified the process.










Empangan Sungai Baru

Empanan ini menjadi sumber bekalan air utama untuk penduduk Klang Utara pada tahun 1930 hingga 1960-an, kini empangan ini menjadi habitat pelbagai jenis ikan air tawar. 




 Empangan Tasik Subang

 Kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Sharibu menjadikan Empangan Tasik Subang menjadi terkenal apabila mayat berkecai ditemui bersama kesan bahan peledak di tepi tasik tersebut. Kali ini empangan tersebut sekali lagi disebut bukan kerana kes bunuh tetapi ia lebih sesuai dengan identitinya sebagai empangan air, iaitu paras air yang semakin menyusut dan boleh memberi kesan kepada bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur.










 

  

 






Rujukan/Bacaan Tambahan:

 




Rumah Rehat Port Dickson: Sejarah Menarik

  Assalamualaikum semua. Salam sejahtera buat kalian, penggemar blog Atok dan Wan ini. Semoga kita semua dalam keadaan aman dan sentiasa men...