Ahad, 16 Jun 2013

Projek Homestay di sekitar Telok...Ada Berani?

Salam buat kengkawan, sedara mara dan pembaca blog ini. Terima kasih teman ucapkan kerana sudi bertandang ke blog Aku Budak Telok ini. Terharu juga apabila ramai yang mem'view' entri-entri dalam blog ini.Walaupun blog ini bersifat peribadi dan pengalaman aku ketika di Telok, mana tahu mungkin ada kengkawan yang berkongsi nasib, pengalaman, kenangan manis atau nostalgia yang sama kerana korang juga sememangnya anak Telok yang kini merantau di tempat orang, sama ada sementara atau menetap terus kat situ, macam aku. Itulah yang aku cuba imbaukan....Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darah dan daerah kita dibesarkan. Kepada teman-teman yang baru menjadi 'Orang Telok', tahniah kerana memilih kampung kami sebagai tempat korang menyemai bakti dan benih demi agama bangsa dan negara. Ramaikanlah umat di Telok, kerana sememangnya anak-anak Telok power-power belaka.HAHAHA...

Kali ini aku nak tulis pasal penduduk TPG yang semakin ramai. Aku dengar dari jiran-jiran dan sedara mara ketika aku balik hujung minggu (adalah sebulan sekali), sewa rumah kat Telok dah naik. Takde lagi sewa 2,3 ratus macam tahun 90-an, paling murah kat rumah kos rendah yang tak renovate pun RM 350 hingga 500 hengget. Itu baru rumah dua bilik, bhai...Kalau 3,4 bilik, mahu harga macam kat Shah Alam, bagai! Memey ler kos sara hidup meningkat, tapi harga sewa melampau-lampau  mahalnya! Gaji masih kat takuk lama juga. Tak mustahil nanti akan ada 2 kelamin sewa satu rumah..Baru ler haru biru..macam Indon kita. Dah tak kenal halal haram, aurat bini dan laki orang... Dah tiba masanya banyak perumahan dibina di Telok.

Tapi sementara menunggu semua itu berlaku, apa pasal orang-orang Telok sendiri yang ada rumah sendiri, tak kiralah rumah pusaka kampung ke, rumah taman ke,  tak ambil kesempatan untuk menambahkan pendapatan korang dan emak bapak korang yang masih ada di kampung tu? Tapi sebelum aku cerita lebih lanjut lagi, cuba korang fikir-fikirkan senario yang berlaku di Telok. Emak bapak korang yang masih setia menunggu rumah pusaka tradisional (papan atau sekerat batu) itu, sebenarnya tak nak duduk dengan korang di bandar. Bukan kerana benci atau apa, mereka cuma tak nak ganggu kehidupan korang laki bini anak beranak. Lagipun diorang masih sihat walaupun sekali sekala demam dan batuk. Hormatilah pendirian diorang! Jadi rumah pusaka yang besar itu, ada baiknya kalau dibuat homestay atau inap desa. Senang cerita...sewakan bilik-bilik kosong (sementara tunggu korang balik masa raya atau cuti panjang) kepada orang luar atau pelancong untuk sehari dua. Dapat juga tambah pendapatan selain duit yang korang hantar setiap bulan tu (kalau adalah).

Korang bayangkan kalau ada 3 bilik, sewakan satu bilik RM50 sehari...dah tentu emak bapak korang dapat RM 150 SEHARI. Kalau dua hari, (biasanya hujung minggu)? Kalau 4 minggu sebulan? 51 minggu setahun (tolak seminggu time korang ramai-ramai balik raya)?, Lu fikirlah sendiri! Lebih 'loaded'  duit orang tua tu daripada duit yang korang kirimkan sebulan sekali tu...
 Modalnya bukan apalah sangat, korang 'upgrade'kanlah sikit bilik-bilik tidur tu..beli katil baru, tilam baru, cat dinding kaler baru DAN jangan lupa renovate bilik air dan jamban tradisional korang...Yang nak  tumpang duduk tu pelancong, tak kiralah tempatan atau mat saleh...mereka geli kalau bilik air berlumut dan jamban macam tandas awam..Utamakan pelanggan, utamakan kebersihan...Lagipun mereka pelanggan BERBAYAR.

A. Zahir mesti bersih (bilik tidur,bilik Air,keseluruhan dalaman rumah dan luar serta persekitaran rumah,
kumbahan,bau bersih,bau Cadar, selimut,bauan bilik,bau cawan, gelas etc.
B. Diri pulak (selamat,tenteram dan bersefahaman,layanan dan kemesraan,makanan bersesuaian)


Rumah kampung


Lagi satu, program homestay ini boleh melibatkan rumah-rumah yang korang beli tapi tak duduk, sewakanlah! Tapi...jangan sewakan bulanan macam orang lain buat.. korang sewakan ikut hari.
Satu rumah tiga bilik(lengkap dengan perabut) kalau kat Seremban ini, kira-kira RM 160 sehari, kalau dua hari (Satu dan Ahad)? Kalau 4 minggu sebulan? 51 minggu setahun (tolak seminggu time korang ramai-ramai balik raya)?, Sekali lagi, Lu fikirlah sendiri! Tahu-tahu hutang bank rumah itu pun boleh langsai cepat (kalau korang tak ambil langsung duit sewa tu). Aku konfiden, kalau Teloklah, sure ada pelanggan punya! Pertama anak -anak Telok (termasuk korang)yang balik jenguk orang tua tapi rumah pusaka kocik bonar! Sure tak selesa kalau tidur berhimpit-himpit, bentang toto kat ruang tamu, bercampur pulak ipar duai..maka terdedahlah aurat.Tak Islamik langsung!
Apa ada hal keluarkan RM160 untuk family korang tidur selesa, mandi pun selesa, ada kipas dan aircon lagi!
Kalau tak cukup bajet, kongsi dua keluarga, RM80 sorang. Budak-budak pompuan satu bilik, korang laki bini satu bilik seorang, bebudak jantan bentang tilam span (disediakan) kat ruang tamu.


Rumah Teres










Aku? Korang tanya apa projek aku? Aku  yang beri idea ini mestilah ada projek aku sendiri. Takkan lah cakap tak serupa bikin. Tapi aku put on hold dulu sebab projek aku ini selepas aku pencen nanti, lebih kurang 6,7 tahun lagi. Nak dengar tak apa aku nak buat? Lepas jer dapat duit pampasan pencen (aku ni kerja gomen), aku nak laburkan sebahagian duit itu buat dua unit rumah batu (4 bilik) kat tanah pusaka bahagian aku.
Bukan untuk diduduk, tapi dijadikan homestay. Rumah pertama untuk family sewa, rumah kedua pulak aku buat guest house, sewa bilik ada, sewa katil pun ada (woi... korang jangan salah faham, ini bukan lorong Haji Taib tau!) maksud aku.... aku jadikan asrama ( katil double deck). Lagi bertambah pendapatan aku, tak termasuk duit pencen yang aku terima bulan-bulan.

 Bukan itu sahaja, aku nak buat bisnis tour group aku sendiri. Aku beli van baru yang besar dan selesa dan bawa pelancong yang menginap kat homestay aku ke tempat sakai Mah Meri di Pulau Carey, istana lama di Jugra, tengok jawa buat kerepek di Sungai Lang, KLIA dan Port Dickson (pakej 1). Pakej 2 pulak lawatan ke Klang, Kuala Selangor, Shah Alam dan KL (tempat menarik dan bersejarah ler). Pakej penginapan dan lawatan ini dah termasuk dalam bayaran prepaid diorang.(pakai credit card tu, brader!)
Dekat mana aku nak cari pelancong-pelancong ini? Internet ler, bhai! buat laman web dan tempahan sekali. Lagi satu, aku gunakan networking aku dengan Kementerian Pelancongan. Sure ada orang maa...
Pendek kata akulah towkay, akulah pencacai angkat beg, aku ler penyambut tetamu, aku juga kuli dan pemandu dan tourist guide...semuanya aku ...OMS..One Man Show a.k.a The Lone Ranger.

 Apa macam,geng, ada berani??

Rabu, 12 Jun 2013

Mari Kenali Sejarah TPG: Telok, Kampung Medan, Sijangkang, Pulau Carey dan Jenjarom

Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris
(warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua..
Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu...
 (Aku tukar sikit liriknya)

                                    Melayu Telok..where you at?
                                    Jawa Sijangkang...where you at?,
                                    Melayu/ Jawa  Kg. Medan...where you at?,
                                    Jawa Kebun Baharu...where you at?
                                    Jawa Jenjarom...Where you at?
                                    Sakai Telok Gonjeng...where you at?
                                    Semua ada berapa?
                                    Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!)

Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal
 kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini
terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung
 tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang
rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan
 dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam
 mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat
penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan
orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom.
Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok.

 Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture,
 kata cikgu omputeh aku dulu.

 Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami
 yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya.
 Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah
darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya.....

Kampung Telok Panglima Garang
Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil
 dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.
 Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh
 datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan
 tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli
 tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu
untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi
 pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri
 ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli
 yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah
 berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

“JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG”

Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi,
Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok
dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang
amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama
 Kampung Telok Panglima Garang manakala
 lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh

Kampung Medan
Kampung Medan telah ditubuhkan sekitar tahun 1885 oleh sekumpulan
 orang – orang Melayu  yang  berasal dari Kampung Bandar, Kuala Langat.
 Pada tahun 1905, dikatakan terdapat seramai 40 orang yang mendiami kampung ini
dengan kehidupan secara tradisi, bermasyarakat dan berdikari. Pada ketika itu
 pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama para penduduk.
Pada tahun 1921, kampung ini dikenali dengan nama Batu 9 Sijangkang.
 Penduduknya ketika itu dianggarkan hanya seramai seratus orang dengan
 25 buah rumah sahaja.
Pada tahun 1951, penduduk kampung ini mendesak mahukan seorang Ketua Kampung
 yang berasingan dari Kampung Sijangkang. Dengan itu pada tahun 1953, seorang
Ketua Kampung yang pertama telah dilantik di kampung ini. Beliau ialah
Tuan Haji Ismail Bin Malik.

Nama kampung ini turut berubah pada tahun 1957 dengan nama barunya
 iaitu KAMPUNG MEDAN. Medan mengikut  membawa erti kawasan, padang,
 gelanggang, alun-alun, arena, lingkungan, lapangan. dunia atau kancah.Terdapat juga mitos yang menceritakan bagaimana nama Kampung Medan
 boleh tercipta dari mulut orang – orang tua. Kononnya Kampung Medan ini
 merupakan medan pertempuran antara seorang Panglima dengan seekor harimau.
 Bertitik tolak dari peristiwa itulah nama Kampung Medan tercipta.
 Namun begitu kisah itu hanyalah sebuah mitos yang tidak dapat dipastikan
 kesahihannya.Selepas nama Kampung Medan digunakan sehingga kini
nama itu masih dikekalkan. Pada tahun 1974, kawasan Kampung Medan
 telah diwartakan dengan keluasan 2,300 ekar dengan penduduknya pada
 ketika itu seramai 2,188 orang.

Kampung Sijangkang
Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak
 di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang
 terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat.
Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok
 yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang
 menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri.
 Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di
 sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati
 di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang
 iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’.
 Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907.
 ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung
 ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang
 lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka
 seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar.
 Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil
 yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah
 dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.

Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan
 ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan
 yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama
dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari
 tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas
 (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang
 yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan
 menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina
 masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925,
 ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah.

Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina
menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar)
 Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8
 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat,
 selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru,
 Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1.
Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.

Pulau Carey
Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor,
 Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting.
 Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar
 terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal
ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini
hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat
 diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British
 yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey,
 beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang
 telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan
 nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng.

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal
 masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia.
 Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli
 yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur
ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan
 masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun,
Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra
 dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a).
Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang,
 yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng.

Kampung Jenjarom
Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh
 sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah
 dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh
Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar.
 Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan
 sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan
 ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun,
kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang
 terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom,
 Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.

Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom
 dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis
 tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu,
 rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom.
Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham
 kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai
 Kampung Jenjarom.

Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari
 Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan
dengan sebuah papan tanda.




more on telok

ERECTION OF A NEW MOSQUE AT BATU 9 LUAR, TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT.

(No. rujukan: 2005/0015830; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
PING MIN CHINESE SCHOOL BUILDING. TELOK PANGLIMA GARANG.

(No. rujukan: 2005/0015481; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 
SK.TELOK PANGLIMA GARANG.

(No. rujukan: 1990/0006586; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
SECRETARY, MASJID KG.TELOK, TELOK PANGLIMA GARANG, WAKIL POS JENJAROM, KUALA LANGAT.

(No. rujukan: 1991/0014060; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sites for Cooly Lines at Telok Panglima Garang and Kanchong Laut

(No. rujukan: 1957/0253565; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Extension of Telok Panglima Garang Malay School

(No. rujukan: 1957/0248266; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Drainage of the Telok Panglima Garang Malay Reservation - II) Constitution of the 'Telok Panglima Garang Drainage Board' for 1939

(No. rujukan: 1957/0287162; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Road from Bandar to Telok Panglima Garang - Recommends tender for the gravelling of 16/24 $9,200

(No. rujukan: 1957/0061864; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

"Halting Bunglow, Telok Panglima Garang" Forwards one tender for report;

(No. rujukan: 1957/0047818; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0047959; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Report on the track from Telok Panglima Garang to Klang
Laporan keadaan jalan dari Teluk Panglima Garang ke Kelang yang becak teruk kerana hujan Surat; minit Bahasa Inggeris Bellamy, G.C.; Bellamy, H.F.; Rodger, J.P.; PWD, Kuala Lumpur
(No. rujukan: 1957/0004378; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards a draft contract and specification for the construction of three miles of a proposed road from Klang to Bandar Jugra via Telok Panglima Garang.

(No. rujukan: 1957/0010103; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Gravelling Road from Bandar to Telok Panglima Garang - Reports breach of contract and recommends extension to 1.2.1897

(No. rujukan: 1957/0067094; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Police Station and Quarters - Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0081886; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Moosah, Teacher at the Telok Panglima Garang School, Kuala Langat :- Increase of salary from $15 to $20 per mensem

(No. rujukan: 1957/0091773; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Transfer of Moosat as School-Master Telok Panglima Garang and promotion of Bidin as Schoolmaster, Ulu Klang : - Informs of : -

(No. rujukan: 1957/0090153; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Laying out millage site, Telok Panglima Garang :-

(No. rujukan: 1957/0121980; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Construction of Cart Road from Telok Panglima Garang to Telok Datok - Tenders for

(No. rujukan: 1957/0134748; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Completion report on contract for road from Telok Panglima Garang to Telok Datoh - Forwards :-

(No. rujukan: 1957/0140722; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Breach report on Contract for cross road Telok Panglima Garang, Telok Dato Road

(No. rujukan: 1957/0141431; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Breach report on contract for cart road from Telok Panglima Garang to Telok Dato

(No. rujukan: 1957/0140050; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Metalling cart Road from Telok Panglima Garang towards Telok Datoh 9 Mile

(No. rujukan: 1957/0140816; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Breach report on contract for improvement of village drains at Telok Panglima Garang, Kuala Langat

(No. rujukan: 1957/0138030; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sanction to purchase locally 6 sets of points and Crossings for use on the metalling of Telok Datoh Telok Panglima Garang road

(No. rujukan: 1957/0142223; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reports completion of contract for the improvement of village drains at Telok Panglima Garang, Kuala Langat

(No. rujukan: 1957/0138749; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards statement showing liabilities against the vote for 'Cart road from Telok Panglima Garang to Telok Datoh'

(No. rujukan: 1957/0138257; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Construction of a cart road from Telok Panglima Garang to Telok Dato - Forwards a list of compensation payable for fruit trees to be cut down for the construction of the road

(No. rujukan: 1957/0136996; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sanction to expend $1000 on clearing outlet drains from the new road between Telok Panglima Garang and Telok Datoh

(No. rujukan: 1957/0139064; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reports completion of construction of cross road in Telok Panglima Garang - Telok Datoh Road

(No. rujukan: 1957/0142010; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Construction of - 1) Malay School and Teachers' quarters, Si Jangkang - 2) Malay School and Teachers' quarters, Telok Panglima Garang - Tenders for

(No. rujukan: 1957/0150438; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Recommends Sanid bin Haji Taik and Mohd Mah bin Ma Alip, Pupil Teacher at Telok Panglima Garang and Jeram respectively to be Assistant Teachers

(No. rujukan: 1957/0148777; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application from Malays and Chinese for land near the new Railway track, Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0165172; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Declaration of Sanitary Board areas at Permatang Pasir, Telok Panglima Garang and Sungei Raba

(No. rujukan: 1957/0163755; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Extension of certain agricultural drains and deepening of others in the neighbourhood of Sejangkang, Telok Panglima Garang Mukim.

(No. rujukan: 1957/0169254; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Lease of the Government Halting Bungalow at Telok Panglima Garang - Tenders for :-

(No. rujukan: 1957/0181784; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Teachers' Quarters with well and latrine at Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0236515; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Abdullah bin Mohamed Salleh, Malay Teacher, Telok Panglima Garang for the post of Penghulu Morib

(No. rujukan: 1957/0209163; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Furniture of Halting Bungalow, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Disposal of :

(No. rujukan: 1957/0221813; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow, Telok Panglima Garang, Kuala Langat - Disposal of:

(No. rujukan: 1957/0219098; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow, Telok Panglima Garang - Recommends closing of :-

(No. rujukan: 1957/0217161; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Teachers' Quarters with well and latrine at Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0236515; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes. Malay School and Teacher's Quarters : Portion No. 450, Mukim of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235974; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes. Mohamedan Burial Ground : Allotment No. 16, Section No. 1, Village of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235975; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes. Mohamedan Burial Ground : Portion 448, Mukim of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235976; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes - Mosque : Allotment No. 15, Section No. 1, Village of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235982; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes - Mosque : Portion 449, Mukim of Telok Panglima Garang
Government Chandu Shop : Telok Panglima Garang site for :-

(No. rujukan: 1957/0231529; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Applications for Penghuluship, Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0245628; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of 3 prices of land in the Mukim of Telok Panglima Garang for the purpose of M. Muhammadan Community

(No. rujukan: 1957/0241745; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Inche Ibrahim bin Jaafar, Class III B Teacher, Malay School, Tanjong Duablas for post of Penghulu, Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0245078; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sanction to use Lots 450 and 449, Telok Panglima Garang Mukim, site of the present mosque and school, as a Mohamedan Burial Ground

(No. rujukan: 1957/0239998; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sites for Posts and Telegraphs and Sanitary Road Cooly Lines at Telok Panglima Garang :

(No. rujukan: 1957/0247804; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
(No. rujukan: 1957/0235984; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Telok, Kuala Langat dan Klang Semasa Darurat (1948-1960)

Salam ukhuwah. Selepas berbicara pasal kehidupan atok nenek kita masa Jepun dulu, ada baiknya sembang-sembang itu kita panjangkan  dengan menyelit kisah-kisah tragis dan menyedihkan kehidupan rakyat terutamanya orang-orang kampung masa itu.

Kejadian demi kejadian Allah uji umat Melayu Islam dalam mempertahankan maruah agama dan bangsanya. Apa tidaknya! Mula-mula kita terpaksa berjihad menentang Inggeris kafir selama hampir 150 tahun. Kemudian datang pulak Jepun bagero menguji keimanan kita kepada Allah dengan kesukaran kehidupan masa perang. Alhamdulillah, kita berjaya dalam ujian tersebut.Tak lama selepas itu, kita diuji lagi dengan kebangkitan Cina  kafir komunis yang menentang agama dan ingin menjadikan bumi ini hak milik mereka. Kekentalan iman dan semangat jihad menjanjikan kemenangan hakiki sebelum kita dikurniakan Allah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Apapun kritikan orang tentang kemerdekaan kita, selayaknya milik kita!

Banyak peristiwa ketika zaman darurat dahulu  (1948-1960)  yang mewarnai kehidupan leluhur kita di sekitar Kuala Langat dan Klang, walaupun tidak sehebat dan setragis tempat-tempat lain. Cuba lihat urutan peristiwa secara kronologi  kezaliman komunis dan kecekalan kita menentang mereka:

Semasa zaman pemerintahan Jepun, penduduk-penduduk telah hidup dalam keadaan huru-hara. Pada masa itu, orang-orang Cina telah dipindahkan oleh Jepun dari Banting ke kawasan Telok Panglima Garang dan Jenjarom. Masih aku ingat lagi cerita arwah ayahku tentang kawasan kebun kami di Telok Mengkuang yang dijadikan padang sasar pengganas Bintang Tiga (komunis) ini berlatih menembak. Buktinya, ketika kerja-kerja membersihkan kebun dijalankan, banyak terdapat serpihan botol-botol pecah. Kemungkinan botol-botol itu dijadikan target practice.Lebih menguatkan syak wasangka aku apabila ada orang kampung yang sebaya atuk aku bercerita dia pernah diberi upah oleh seorang towkay Cina untuk menghantar muatan beras dalam sampan pada waktu malam ke Telok Mengkuang yang terletak kira-kira 5 km dari pekan Telok Panglima Garang, sememangnya sunyi dan jauh dari petempatan Melayu. Setibanya dia di tempat itu, dia dapati ada kem latihan komunis di situ. Aku tak pulak bertanya sama ada dia melaporkan hal itu kepada polis atau tidak.
Namun ketika awal darurat bermula,(tak dapat dikenal pasti tarikh dan tahunnya), konco-konco komunis telah menembak dan menyerang Pusat Kawalan Polis dan askar. Penentangan ini telah mengakibatkan seorang anggota polis telah terbunuh di Balai Polis(mungkin balai polis Jenjarom atau Telok Datok)) manakala 2 orang komunis pun telah ditembak mati oleh anggota polis. Mangsa-mangsa tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Telok Panglima Garang.(butiran mangsa-mangsa tidak diperoleh)

Menurut akhbar Tamil Nesan, 14 November 1948, dalam tajuk "Keganasan komunis di Klang", menyatakan bahawa 2 pengganas, keturunan Banjar memasuki rumah seorang Melayu, Haji Mansor bin Dorasa dan isterinya Hajah Lahara sewaktu tidur di dalam rumah di batu 4, lalan Kapar, Klang. Kejadian itu
berlaku pada 13 November, pukul 3.20 pagi. Mereka menetak mati kedua-dua suami isteri tersebut dan seterusnya merompak $10,000 dan barang kemas bernilai $6000.

Pada 21 Disember 1948, akhbar ini, melaporkan perkembangan seterusnya pada 16 Disember, pukul 3.30 petang dimana sekumpulan komunis memukul dan menyeksa seorang buruh India di Estet Kampung Kuantan, berhampiran Klang, Selangor

Pada tahun 1949, Regimen Worcestershire tentera British berpindah masuk pada  1 September. Markas induk batalion pertama terletak di antara Klang dan Pelabuhan Swettenham,,bersetentang jalan besar dan landasan terbang yang tidak digunakan. Kem kompeni “A” di Telok Datok, 20 batu ke selatan, kompeni “B” berhampiran Batang Berjuntai, 24 batu ke utara dan kompeni “D”di Klang.   Pada awal Disember tahun yang sama, kompeni “A” dipindahkan dari Sungei Siput ke Telok Panglima Garang. Battalion tersebut terus berada di sana sehingga akhir 1951. Kompeni “A”kini diletakkan di bawah kawalan Battalion Pertama Regimen Suffolk untuk membasmi pengganas dalam hutan tebal sekitar situ. Pasukan itu tinggal di  Telok Panglima Garang sehingga Februari 1952, dan ketika yang sama Battalion Pertama Regimen Suffolk diganti oleh Battalion Pertama Somerset Light Infantry. Ketika di Klang, kompeni “A”merupakan pasukan pertama diangkut menggunakan helikopter ketika menjalankan operasi.


Ini pula gambar-gambar ketika 25th Field Regiment ditugaskan sekitar 1955 di  sekitar Telok Datok dan Sungai Manggis






Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.worcestershireregiment.com/wr.php?main=inc/h_malaya1

Orang India juga tidak terlepas daripada kekejaman komunis di Selangor. Antara kejadian yang dilaporkan dalam Tamil Nesan, 19 Mac 1949, dalam tajuk "Pembunuhan di Selangor",adalah perkembangan pada 18 Mac, dimana 3 orang komunis menembak mati seorang penoreh getah India dari Estet Klang, di batu 31, Jalan besar Batu Laut-Banting, Kuala Langat, Selangor kerana dia tidak membantu komunis. Dua orang Cina bersenjata dan seorang India tidak bersenjata memanggil keluar penoreh getah India tersebut. Kedua-dua tangan mangsa diikat sebelum disembelih. Seterusnya, mereka menampal sebuah risalah komunis berbahasa Tamil di sebatang pokok kelapa berhampiran mayat. Pada hari yang sarna, komunis membunuh 3 orang penoreh getah berbangsa India dari Estet Chi Liung, di belakang pekan Kanchung Laut, Selangor. Mereka dibunuh kerana enggan bekerjasama dengan komunis.




Gangguan komunis memuncak di Malaya dengan pembunuhan Sir Henry Gurney seorang pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pada pada 7 Oktober  1951. Di Kg .Delek, Kg.Darat Batu dan Kg.Kanchung Tengah dan sekitarnya, komunis merampas 24 laras senapang patah “ home guard “ penduduk dan  berlaku pembunuhan 4 orang penduduk Kancong Laut termasuk ketua kampung (Tuan Hj.Siraj bin Mustafa) yang enggan berkerjasama dengan komunis.

Tamil Nesan, 12 Januari 1951, dalam tajuk "Orang Eropah masih menjadi sasaran komunis di Malaya", meyatakan bahawa pada 10 Januari, komunis menyerang W.J. Shaw, pengurus estet Brooklands, Banting, Kuala Langat, Selangor dan pembantunya, A.N. Symons. Dalam serangan ini, Shaw terbunuh manakala Symons mengalami kecederaan.

Tamil Nesan, 27 Februari 1953, dalam tajuk "Pencuri mencerobohi rumah", menyatakan bahawa 3 orang komunis bersenjata dan bertopeng memasuki sebuah rumah orang tua di Jalan 1 Y2, di Klang, Selangor pada 24 Februari. Seorang daripada kumpulan itu berdiri di luar rumah dan 2 orang lagi memasuki ke dalam rumah itu. Sewaktu kejadian itu berlangsung, pemilik rumah berada di belakang rumah, dan terjun melalui tingkap dengan menjerit "Mata-mata", Sebuah kereta peronda melalui kawasan itu dan melihat orang yang
menjerit itu serta melihat 2 orang komunis menaiki sebuah kereta di hadapan rumah itu.

Kerajaan Selangor turut mengumumkan kawasan putih di beberapa kawasan di Selangor dengan adanya kerjasama penduduk. Antaranya Tamil Nesan, 6 Disember 1954, dalam tajuk "Pengumuman kawasan putih di Selangor: Ini adalah kali pertama dan 140,000 penduduk dibebaskan dari perintah berkurung", melaporkan bahawa kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat sebagai kawasan putih mulai 5 Disember, pukul 4 petang. Ini bermaksud 140,000 rakyat di kawasan itu boleh bergerak dengan bebas tapi masih berhati-hati. Ini adalah kali pertama dimana kawasan Selangor diisytiharkan sebagai kawasan putih. Langkah ini diambil oleh kerajaan kerana kegiatan dan keganasan komunis berkurangan di kawasan tersebut.

Tamil Nesan, 10 Januari 1955, dalam tajuk "Sultan Selangor mengucapkan tahniah kepada penduduk
kawasan putih", menyatakan bahawa Sultan Selangor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penduduk yang membantu kerajaan dalam membanteraskan komunis dengan menghentikan semua bantuan yang diberi kepada komunis sebelum ini. Pada hari ini dalam tahun 1955, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni-Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah telah mengisytiharkan Kuala Langat di negeri Selangor sebagai kawasan putih. Upacara perisytiharan ini telah diadakan di Padang Teluk Datok.
Perisytiharan Kuala Langat sebagai kawasan putih yang ke 3 di negeri Selangor dan yang ke 29 di Persekutuan Tanah Melayu adalah hasil dari usaha Jawatankuasa Kerja Perang Daerah yang nmnjalankan operasi NASSAU bagi menghapuskan kegiatan komunis di negeri Selangor. Operasi yang dimulakan pada Disember 1954 dan berakhir pada tahun 1955 ini, telah berjaya menyekat bekalan makanan untuk 3 platoon ahli Parti Komunis Malaya di kawasan Kuala Langat. Pengawalan yang ketat serta serangan-serangan ke atas kubu-kubu komunis oleh Battalion Pertama The Royal Hampshire Regiment, Battalion ke 7 Regiment Askar Melayu dan Battalion Pertama The Fiji Infantry Regiment telah membawa kejayaan kepada operasi ”NASSAU”.   Dengan pemusnahan sepenuhnya kubu-kubu komunis dan juga penyerahan diri ahli parti komunis di Daerah Kuala Langat ini, maka Kuala Langat telah dapat diisytiharkan sebagai  kawasan putih.   Dengan itu juga bermakna penduduk Kuala Langat adalah bebas daripada kuatkuasa undang-undang darurat.

Tamil Nesan, 14 Februari 1957, dalam tajuk "Kebakaran di rumah penolong pengurus Estet", menyatakan bahawa sekumpulan komunis membakar rumah seorang penolong pengurus iaitu V Palaniandy (36 tahun), di Estet Brown, Klang, pada 13 Februari. Mereka turut menghiris dia dengan pisau di kepala, perut dan dada. Isteri beliau dan 3 orang anaknya yang menghampiri untuk membantu suaminya turut dihiris 4 kali di leher. Kebakaran ini membawa kerugian $15000 dan hampir seluruh rumah telah musnah dan semua orang dalam rumahnya selamat keluar melalui pintu belakang rumah.

Tamil Nesan, 8 Mac 1957, dalam tajuk "Pembunuhan seorang wanita Uresh",menyatakan bahawa sekumpulan komunis memasuki rumah seorang Uresh di Kuala Klang, Selangor pada 7 Mac dan membunuh seorang ibu dengan teruk, Mereka menghiris dia dengan parang.




















T

Selasa, 11 Jun 2013

TPG Metropolitan areas...Coming soon!


BERITA BAIK...BERITA BAIK!! 

Telok Panglima Garang akan dikenali dengan TPG Metropolitan areas atau TPG Metro tak lama lagi..Ini bukan cobaan, ini betul-betul! KL dah penuh sesak, takde ruang lagi untuk apa-apa! Korang yang berangan-angan nak beli rumah atau pindah ke KL, baik hentikan jer niat tu..Duduk jer kat Telok. Tak lama lagi LRT masuk Sijangkang, Telok Mengkuang, Kebun Baharu, bahkan sampai ke Telok Gonjeng...ooops, Pulau Carey. Ini bukan sembang kedai kopi,bhai.. ini sembang city planners yang aku jumpa kat laman web.. Wow, bangganya aku..orang kampung aku dah jadi orang KL! Jadi agak kurang,kurang,kurang cerdik kalau ada orang Telok yang berniat nak jual tanah sekangkang kera dia sekarang. Kalau korang tak percaya, check this link out...



"Selain itu juga, dicadangkan agar Istilah Wilayah Lembah Klang dan Kuala Lumpur Conurbation dinamakan semula kepada Wilayah Metropolitan Kuala Lumpur. JPW yang ditubuhkan disaran agar dinamakan 
Jawatankuasa Perancang Wilayah Cadangan Tadbir Urus Wilayah Rasional Penubuhan JPWMKL
Pertumbuhan ekonomi perbandaran yang merebak melewati sempadan PBT dan negeri telah menimbulkan pelbagai isu yang memerlukan penyelesaian secara bersama dan bersepadu Penyelesaian isu yang melewati sempadan dan membangunkan Wilayah Metropolitan Kuala Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi 
sesuatu wilayah yang terletak di dalam 2 buah negeri atau lebih setelah berunding dengan PBN Jawatankuasa Perancang Wilayah Metropolitan Kuala Lumpur (JPWMKL) membangunkan Wilayah Metropolitan Kuala
Lumpur sebagai satu entiti bersepadu selaras dengan peranannya sebagai hub ekonomi utama negara"
                                     


Jepun di Tanah Melayu....The Untold Story

Salam buat semua. Salam Zulkaedah. Semoga korang semua dalam keadaan sihat walafiat serta berbahagia di samping keluarga tercinta. Hari ini ...