Kotak apa yang berat sangat? Hah, siapa tahu angkat tangan. Senang macam itu pun korang tak dapat menjawab. Jawapannya...KO TAK SEMBAHYANG. Amekkau. Okey, satu lagi . Nak dengar, tak? Mee apa yang besar tidak, kecil pun bukan? Adoyai, takkan korang tak pernah dengar? Budak tadika pun cepat angkat tangan nak jawab. Jawapannya...MEDIUM.. Kih,kih,kih. Terkono lagi!
Okeylah cukup sampai di situ sahaja lawak bodoh daripada Atok. Kita borak pasal sejarah pula. Kali ini Atok nak ceritakan pasal lapangan terbang Port Swettenham. Apa? Korang tak pernah dengar dan tahu pasal hal ini? Atok nenek korang tak pernah pun cerita kat korang? Itulah pasal. Dengar cerita Atok dulu. Airportnya pula bukanlah besar sangat, Suku KLIA jauh sekali. Panjang sedikit daripada padang sekolah. OKlah, lagi panjang daripada itu. Tapi tak sampailah satu kilometer. Sekarang airport ini tak wujud lagi, Bekas-bekas runtuhan atau puing-puing landasannya pun dah tak ada. Yang tinggal hanyalah kenangan bagi yang terlibat dan penduduk berdekatan. Tapi jangan risau, Atok dapat kumpulkan bahan -bergambar daripada internet. Terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang gambar, peta serta penceritaan tentang ini... Begini storynya...
Istilah lapangan udara ialah tempat di mana kapal terbang bersaiz kecil boleh berlepas dan mendarat. Ia hanya mempunyai lapangan terbang untuk tujuan mendarat dan berlepas. Berbeza dengan lapangan terbang, lapangan terbang tidak memerlukan kompleks dan besar infrastruktur seperti terminal atau landasan berturap. Ia biasanya mempunyai satu kemudahan pelarian dan asas. Dari perspektif logistik ketenteraan, keputusan untuk memilih lokasi yang sesuai bagi lapangan terbang adalah berdasarkan kecerdasan rupa bumi (Whitmore, 1960). Ini adalah untuk memastikan bahawa lapangan terbang dapat bertahan daripada kesannya ciri semula jadi dan buatan manusia pada operasi ketenteraan. Selepas Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, lapangan terbang tersebut, sama ada ditutup sepenuhnya atau terus menjadi sebahagian daripada aktiviti penerbangan setempat.
Port Swettenham pernah mempunyai pengkalan udara sejak 1937 sehinggalah 1954 |
Lokasi
Lapangan Udara Swettenham (Lat 13° 0' 0" N Long 01° 23' 0" E) terletak di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang) di Negeri Selangor di Malaysia. Juga dikenali sebagai "Lapangan Udara Klang" dan Pandamaran Airfield. Di utara ialah Sungai Klang dan di selatan ialah Sungai Che Jeriah dan Sungai Aur. Terletak di bandar Pandamaran, kira-kira 10 km ke barat Pelabuhan Klang, Pandamaran Airfield adalah lapangan terbang kecil dan sederhana yang pernah memainkan peranan penting dalam sejarah pembangunan penerbangan Malaya.
Sejarah Penubuhan
Lapangan Udara Klang pada asalnya dibina pada tahun 1920-an oleh British sebagai jalur pendaratan untuk pesawat kecil dan persendirian. Lapangan Udara Klang dengan landasan berumput berukuran 800 ela × 65 ela itu, hanya digunakan untuk pendaratan kecemasan.
Kedudukan Klang Airfield ini (dalam bulatan) telah sedia wujud sebelum ini berdasarkan peta topografi Pelabuhan Klang (dahulunya Port Swettenham) dalam tahun 1933 |
Pada tahun 1937, Kemudahan lapangan udara dan pesawat laut beroperasi di Port Swettenham. Dalam bulan September 1937, Lapangan Udara Port Swettenham (Port Klang) dibuka dengan rasminya untuk penerbangan pertama. Lapangan terbang milik Royal Air Force ini terletak lebih kurang 3 kilometer dari Port Swettenham Dua platform sepanjang 700 meter yang terdapat di lapangan terbang ini, boleh digunakan oleh semua jenis pesawat ketika itu.
Lapangan Udara Port Swettenham ini dikatakan dikosongkan dan dibom oleh British sendiri sebagai strategi Bumi Hangus mereka ketika kemaraan tentera Jepun |
Semasa Perang Dunia Kedua, Lapangan Udara Klang telah diambil alih oleh Jepun yang menggunakannya sebagai pangkalan untuk pesawat mereka. Terdapat dua versi penceritaan tentang penyerangan terhadap tentera British di Pelabuhan Swettenham tersebut. Mengikut catatan sejarah, tentera Jepun mengebom dengan hebat Pelabuhan dan juga landasan terbang tersebut sehingga mengakibatkan kerosakan infra yang besar. Ada juga cerita tentang strategi "Earth Scourge" atau Bumi Hangus Inggeris. Mereka mendapati landasan -landasannya telah dirosakkan oleh tentera British sendiri sebagai strategi ketenteraan 'Bumi Hangus' mereka ketika berundur ke Singapura.
Apapun ceritanya, sebagai alternatif untuk logistik tentera mereka, Jepun melengkapkan pembinaan landasan udara di Kelanang (mula dibina oleh British dalam tahun 1941 namun terbengkalai akibat Perang) untuk mengawasi perimeter dari Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang) seluas 49.39 batu atau 79.52 kilometer.
Tentera Jepun kemudiannya membaiki landasan Pengkalan Udara Klang yang berlubang itu serta membina kemudahan baharu untuk penyelenggaraan dan pembaikan, malah memanjangkan landasan untuk menampung pesawat yang lebih besar. Ia merupakan lapangan terbang yang penting bagi Jepun kerana ia membolehkan mereka melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu dan Singapura.
Sekembalinya tentera British ke Malaya, pada bulan September 1945, selepas Perang Dunia Kedua, menerusi Ops Zipper, pengkalan udara itu telah digunakan semula. Kebanyakan kemudahan pelabuhan yang rosak semasa perang telah dibina semula. Pesawat bersekutu telah diservis oleh Komando Servis RAF di lapangan udara ini. Pengkalan udara tentera British ini kekal digunakan, terutamanya ketika awal era Darurat sehingga sekurang-kurangnya tahun 1954. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, lapangan terbang ini terbiar.
Operasi Zipper untuk menawan semula Malaya namun Jepun terlebih dahulu telah menyerah kalah dalam bulan Ogos tahun 1945 |
Peta tahun 1945 ini menunjukkan keseluruhan kawasan Port Swettenham |
Peta tahun 1945 ini menunjukkan kawasan Pengkalan Udara Port Swettenham secara lebih dekat |
Pandangan dari udara Pengkalan Udara Port Swettenham selepas Perang Dunia Kedua |
Kuarters Bujang Pengkalan Udara RAF Port Swettenham |
Kelihatan sebuah kapal terbang sedang mendarat di pengkalan tersebut |
Sekurang-kurangnya sekali setahun, pesta ria sementara akan beroperasi di landasan yang tidak digunakan dan taman hiburan tertutup itu juga akan menawarkan tunggangan seperti merry-go-round untuk kanak-kanak kecil, buaian kerusi untuk pencari keseronokan dan roda Ferris untuk kedua-dua golongan muda dan tua. Dan setiap beberapa tahun, sarkas akan kembali. bagi menghiburkan penduduk Klang dan sekitarnya.
Pada Januari 1966, sebuah sekolah dibina di tapak lapangan terbang ini. Asalnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham. Sekolah ini dibuka dengan jumlah pelajar seramai 231 orang, 10 orang guru dan 5 orang staf. Pada 14 Mac 1974, D.Y.T.M Raja Zarina Tan Sri Zainal telah merasmikan dan menukar nama sekolah menjadi SMK (P) Raja Zarina. Bekas lapangan udara itu kini menjadi sebahagian daripada Pandamaran di Klang.
Peta topografi tahun 1966 menunjukkan landasan bekas lapangan terbang lama ini terbiar kosong dan selebihnya menjadi sebahagian daripada Kg. Baru Pandamaran |
|
Pintu gerbang masuk ke Kampung Baharu Pandamaran |
Perbandingan kemajuan pembangunan dan guna tanah di Pelabuhan Klang antara tahun 1938 dan 2021 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan