Rabu, 18 Disember 2013

Keratan Akhbar tentang Jenjarom tahun 70-an dan 80-an



 Jawa Saman Jawa...Waduh Wak, Wes mangan?
Kisah tahun 70-an di Jenjarom.....Bunuh dan mati, jenayah...Sekampung samseng...Kita bakor, kita bakor...




 komunis masih ada lagi kat sini

 rompakan van keselamatan

Cina merompak
 Padan muka korang, Samseng
 Api nak kena potong? Pengumuman LLN


Samseng Jenjarom

Indeks Halaman Utama

Keratan Akhbar tentang Jenjarom tahun 60-an



Ok,bhai...yang ini pula kisah Jenjarom tahun 60-an...Slow-slow baca tu. Kalau tak berapa nak faham, suruh anak bacakan dan terjemahkan, ok?
 Seronok cerita kisah cinta tiga segi ini yang berakhir dengan tragis di Bukit Kemandol dekat Jenjarom. Mestilah pasal sakai, bro! Hahahaha...Nanti ler, bila aku free, aku terjemahkan untuk korang yang BI dapat cangkul dalam SPM dulu...




Ini kisah masa pilihanraya dulu...Cina Jenjarom banyak sokong parti DAP, bukan  Parti Perikatan yang guna simbol kapal layar dulu.

 Kisah sedih kematian lepas berjumpa dengan keluarga

Rancangan kerajaan nak bina kilang mengetin nenas...Sampai sekarang, habuk pun tarak

 Bergaduh masa mengundi time pilihanraya...Gangster Cina dah tunjuk belang..


 Janji kerajaan nak beri elektrik pada semua kampung termasuk Telok, Jenjarom dan Sijangkang pada tahun 1963...Semuanya auta dan janji politik belaka

Keberanian polis membantu mangsa kemalangan daripada lemas
 Kihah mahkamah tentang rompakan van bawa duit...macam pernah ku dengar tapi di mana ya?

 Chiniah, Towkay kedai kat Telok dilantik Pengerusi MIC di Jenjarom

Indeks Halaman Utama

Selasa, 17 Disember 2013

Keratan Akhbar tentang Jenjarom Tahun 50-an


Assalamualaikum semua. Aku tengah bercuti ini. Tak macam korang, cuti aku macam orang belayar serata dunia. Berbulan-bulan. To be exact, sebulan 16 hari. Ya, betul lah tu...macam kelasi kapal. Tapi aku bukan kerja itu. Kepada yang dah lama mengenali aku, tentu tak payah nak berteka -teki lagi. Yang first time jenguk blog aku ni, mungkin tertanya-tanya..kerja apa sampai lama betul cutinya tu? Untuk tambahkan pening kepala korang, dalam setahun aku bekerja hanya 190 hari. Selebihnya (175 hari) aku goyang kaki. Itu tak termasuk lagi cuti am dan hujung minggu....Hahaha...macam bos, tapi aku kuli je. Nak bagi korang lagi sakit hati kat aku, aku kerja setengah hari tak sampai...Dari pukul 7.30 pagi sampai 1.00 tengah hari..itu sahaja. Dah pening dah? Tak tahu nak teka? Korang pikirlah sendiri. 

Jadi untuk mengisi dan membunuh masa (istilah Inggeris ,To kill time), aku pun belayarlah satu dunia tanpa beralih kerusi. Hmmm...itu pun tak faham...aku surf internet ler...Maka banyaklah yang aku terjumpa...kisah-kisah lama yang berlaku di sekitar Telok termasuk Jenjarom dan Sijangkang. Banyak jugalah berita yang aku dapat, Syiok juga baca surat khabar lama-lama ini. Tapi kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Sebab itu ler Dr. M susah payah suruh kita semua belajar cakap omputeh. ini ler salah satu sebabnya...hahaha...Aku akan translatekan (terjemahkan sedikit intipati berita itu tapi idak ler semua satu perkataan demi perkataan.. Mati ler teman, yeop...Sejak bila pulak orang Telok jadi orang Perak ni? Malaysia boleh..Malaysia Baguuuuz..hihihihi.

 Berita dekat bawah ini tentang Jenjarom tahun 50-an. Lepas itu baru tahun 60-an, 70-an dan 80-an kalau ada, ok? Hek Eleh...Mana berita tentang Telok? Sabor dulu, yeop.. Macam cerita hindustan juga, hero kalah dulu...nak bagi korang saspens dulu..Lepas Jenjarom, Baru ler Telok dan Sijangkang...Lagipun...ikut suka aku ler..hahahaha. Korang bacalah.ya...
Kebanyakan cerita tentang Jenjarom ini kisah komunis dan kampung baru. Berita tentang Jawa di Jenjarom. Takde lah, wak. Nanti bila aku ingat, aku tuliskan nama surat khabar dan tarikh laporan berita, ok? Pleasant reading, everybody.

Pertama, yang ini berita tentang ribut yang telah melanda Jenjarom, Telok dan Sijangkang pada tahun 1953

Kedua, berita tentang demam campak yang membunuh 5 orang kanak-kanak 
 Yang ini pulak tentang komunis simpan duit bernilai RM13,000 dalam hutan.

 Kisah General Templer yang nasib baik tak arwah apabila kereta dia tergolek dog on the way to kampung-kampung baru Cina dengan tujuan untuk memaki hamun Cina dekat situ pasal bantu komunis
 Yang inin pulak tentang Pembantu komunis ditangkap di sekitar Jenjarom...Ramai jugak..27 orang.

 Ini pulak kisah penyamun getah di Jenjarom
 Cerita mahkamah tentang penghantar maklumat kepada komunis dijatuhkan hukuman 6 tahun oleh mahkamah KL.
 Sekolah Cina dibuka di Kampung Baru Jenjarom
 Kisah polis makan rasuah pasal lepaskan Cina masa perintah berkurung..padan muka korang.
 Kemalangan membabitkan seorang berbangsa India di Jenjarom
Indeks Halaman Utama

Selasa, 10 Disember 2013

Aku Kontraktor: Buat Rumah Sendiri di TPG

Salam buat semua. Hari itu aku balik kejap kat Telok.  Jumpa keluarga time cuti sekolah ni..Aku pun jalan-jalan tengok rumah saudara yang baru pindah kat taman perumahan di Jalan Perepat. Aku tumpang seronok bila anak-anak saudara dah ada rumah milik sendiri.Tapi bila dia beritahu aku harga hampir 200K, aku terperanjat beruk. Iyalah. Mana taknya? Untuk rumah teres 20X60' sahaja. Itupun dia rasa beruntung kerana tempat lain lagi tinggi harganya. Aku mengiyakan kata-katanya walaupun dalam hati aku tak berbaloi. Aku yang Allah berikan sedikit tanah pusaka di Telok pun masih tak buat rumah. Hanya semak samun dan lalang sahaja yang tegak. Mungkin ular sawa sebesar tayar kereta selesa tinggal di sana. Tapi nak buat camne? Walaupun ada tanah pusaka yang sekangkang anak kera, tapi berlapis-lapis nama dalam geran. Separuh nama dalam geran tu dah expired. Maka anak-anak yang hidup pergi ke Pejabat Tanah kat Telok Datok dan tambah lagi 6,7 nama baru. Tanah semakin kecil, nama semakin ramai..Nak buat macam mana? Hakmilik ramai! Kalau nak buat rumah, mungkin bangsal lebih layak dipanggil. Bukan kerana bahan binaannya. Tapi memang kecil saiz tanahnya! Tak tahulah aku kalau ramai-ramai pakat buat flat. Tapi mana nak cengkau duit untuk buat flat? Nak makan pun masing-masing seluk poket dalam-dalam, inikan nak miliki rumah atas kayangan. Tapi untuk bahagian aku adik beradik, aku dah congak-congak (atas angin jer). Seorang, lepas faraid, dapat ler tanah 18X70 kaki persegi. Kalau nak buat sebuah seorang, memang kecil. Tapi kalau buat Semi D atas dua tanah lot tu (maknanya 36X70 kaki persegi), memang selesa. Siap ada porch masing-masing dan tanah lebih kat belakang dapur lagi. Itu oklah. Dah selesai satu bab. Kini, masalah kewangan pulak timbul. mana nak dapatkan duit selonggok untuk buat rumah semi D itu? Nak pinjam bank, no way.Takde bank yang waras nak bagi pinjaman atas tanah banyak nama. Yang kedua,  kalau adapun, boleh ke dapat RM165K seorang? Impossible,impossible. Tak tahulah mungkin dah suratan takdir, ada tanah tapi hanya sekadar atas kertas jer, tak dapat dimanfaatkan. Back to square one.

Tapi manusia yang diberi akal tidak seharusnya berputus asa. Kena cari jalan atau rakan kongsi....hahaha ya, rakan kongsi. Cari orang yang nak buatkan kita rumah secara percuma TETAPI beri dia hak menyewakan rumah tersebut selama beberapa tahun untuk dia dapatkan modal balik berserta keuntungan. Kita sebagai pemilik tanah dan rumah bolehlah dapat sedikit dividen atas keuntungan tersebut. ATAU kita boleh juga sewa balik rumah 'kita' tu dan duduk sehingga habis tempoh perjanjian.Serupa sewa belilah. Akhirnya, walaupun mungkin selepas 10-15 tahun menyewa, akhirnya rumah itu milik kita secara mutlak.

ATAUPUN Plan B. Aku tunggu duit pampasan pencen. lepas tu aku buat sendiri. Tak payah nak merayu kat jaga bank. Buat rumah sendiri. Habis cerita. Tak payah hutang bawa ke kubur. Nanti mati susah woii! Tapi apa kepandaian aku? Ketuk paku pun bengkok, inikan nak tegakkan rumah semi D! KAH,KAH,KAH...Baik aku gelak sendiri sebelum aku digelakkan...Sekali lagi..KAH,KAH,KAH.
Fikir punya fikir, apalah bodoh sangat aku ni? Upah jer lah. Duit dah ada selonggok, pilih jer kontraktor yang kita konfiden. Dua bulan siaplah mahligai impian. So aku buat pengiraan sendiri.dan search internet lalu terjumpa perkataan-perkataan skema di bawah:
Kadar harga semasa yang diguna pakai oleh kontraktor bina rumah adalah antara RM110 ~ RM130/ka2 buat masa ini. Kadar harga ini termasuklah upah pekerja, bahan binaan, sistem pendawaian letrik dan sistem paip bagi bekalan air dan ianya hanya sesuai bagi bandar-bandar kecil dan sederharna saja.
Jika keluasan rumah tersebut adalah adalah 1500 kaki persegi maka harganya kos pembinaan rumah bungalow tersebut adalah:-
1500 x RM110 = RM165,000
Pada asasnya kos pembinaan bagi sesebuah rumah adalah terbahagi kepada perkara berikut:-
Jadi, aku baca dan perhatikan betul- betul. Rumah harga RM165K, 32 peratus untung dan habuan kontraktor. Bayangkan untuk kerja tak sampai 2 bulan, dia dapat RM52,800, sedangkan aku nak kumpul sebanyak itu setahun kerja bertungkus lumus, macam kuli batak. Patut ler ramai kontraktor pakai Merz mata belalang! Sorry, bro..no way, man! Aku pun nak jadi macam korang. Apa susahnya jadi kontraktor? Ini bukan rocket science! Kalau setakat baca pelan, aku pun boleh. Lagipun aku nak buat rumah aku jer, bukannya kontraktor sepanjang masa. Please move aside,bro. Give way to the new contractor in town. Me.
Kalau kita yang uruskan sendiri, maka tak perlu lagi khidmat kontraktor. Kitalah kontraktornya! Bukankah ini rumah kita sendiri? Bukannya susah sangat, janji tahu beberapa perkara asas udah ler. Cuma komitmen masa itu perlu. Kalau tak ada masa, forget it. Bayor jer lah RM52,800 kat kontraktor tu. Lagipun itu korang punya duit, bukan duit aku! (sindir nampak?) Dengan RM52 ribu lebih tu, aku rasa aku boleh pergi buat haji suami isteri dan 3 orang anak. Atau aku boleh sedekahkan kat mana-mana maahad tahfiz sebagai sedekah jariah aku sekeluarga. Itu lebih baik daripada aku beri kat kontraktor dan kemudian menyesal dan menyumpah kerana mutu kerja workmanship yang menyakitkan mata dan hati seumur hidup, atau selagi rumah itu tertegak. 
Kalau korang berminat, tak perlu gi sana ke mari.semuanya di hujung jari anda. Dalam internet ini macam-macam ada, emak dan abah je yang tak ada. Luangkan masa cari dan belajar tentang ilmu pembinaan. Bukan kita yang nak buat semua kerja tu. Kita cuma... cari,,selaras,pantau,bayar..itu jer. Oh, ya...lagi satu perkara. Disebabkan duit kita dah banyak yang akan kita laburkan untuk projek ini (memey ler...berpuluh atau beratus ribu, ada baiknya kita buat perjanjian  dengan sub-con kita ...takut kita dipermainkan dan jangka masa pembinaan ikut suka diorang jer. Semuanya mesti melalui lawyer yang korang sendiri lantik. Biar keluar duit lebih sedikit daripada rugi banyak dan terasa bodoh yang bertingkek-tingkek kerana dipermain-mainkan orang. Lagi pun duit pembayaran melalui lawyer korang, mesti diorang akur ngan syarat-syarat yang korang buat. Kalau dah siap 100 peratus pun, jangan bayar habis. Baki lima peratus lawyer akan simpan sebagai jaminan workmanship selama 18 bulan. Kalau tak ada apa-apa komplen daripada korang, baru lawyer lepaskan. Barulah kita ini bos rumah kita sendiri. Barulah senang kehidupannye! Rumahku Syurgaku.

A.Pra Pembinaan
Memahami pelan rumah
Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.
Penyediaan pelan rumah
Memohon kelulusan pelan
Melantik tukang rumah

B.Peringkat-peringkat pembinaan
- Mengenal pasti sempadan tanah anda
– Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out)
– Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork.
– Kerja-kerja pengorekkan/penggalian
– Kerja-kerja membina tapak asas
– Membina grd. Beam
– Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit
– Tiang- tetulang, formwork dan konkrit
– Lantai konkrit
– Roof beam
– Dinding bata
– Plaster / melepa
– Bumbung
– Kerja kemasan
– Kemasan lantai
– Cara memasang jubin lantai
– Jubin dinding
– Kerja mengecat

C.Pengurusan
Mengurus pembelian bahan binaan
Kualiti binaan
Mendapatkan bekalan air dan letrik.
Mendapatkan sjil layak menduduki ( CF )

Ooops..sebelum terlupa, jutaan terima kasih aku buat pemilik blog ini, banyak pahala korang:
http://bina-rumah.com/wp/pengiraan-kos-bina-rumah-dan-kos-bahan/


Indeks Halaman Utama

Selasa, 26 November 2013

Perkembangan Awal Telok Panglima Garang: 1860 hingga 1910

Memang betul dan tepat kata pepatah Inggeris, A picture worths a thousand words”. Sekeping gambar menceritakan banyak perkara. Jadi, peta yang aku jumpa ini, semestinya bahan grafik (gambaran), menceritakan secara terperinci tentang sejarah,kehidupan dan dasar pembangunan negeri  masa itu. Kita di Telok memang bertuah kerana terletak  di antara dua batang sungai utama di Selangor ini, Sungai Klang dan Sungai Langat, yang banyak mencatat sejarah kerajaan Selangor

Pembukaan Petempatan Baru dan Tanah Pertanian
Sebenarnya, kewujudan Telok sebagai petempatan seiring dengan pemilihan Jugra sebagai pusat pemerintahan kerajaan kesultanan Selangor dahulu.  Kedatangan kaum Melayu Dagang dari Sumatera dan Aceh merupakan perintis  dan peneroka di Telok. Apabila Jugra dan kemudiannya Bandar Temasya dimajukan, sudah semestinya menarik golongan-golongan pedagang, peniaga dan rakyat biasa untuk mengadu nasib di sini.



Sebelum pentadbiran British diperkenalkan keadaan penempatan di Kuala Langat tidak menunjukkan kemajuan dan  bertaburan. Perkampungan kecil didapati di sepanjang tebing Sungai Langat. Kawasan pedalaman masih lagi diliputi hutan belantara dan paya. Namun demikian, ada beberapa bukti yang menunjukkan penghijrah-penghijrah dari Sumatera dan Jawa turut datang, tetapi di dalam bilangan yang amat sedikit sekali. Pada tahun 1860-an, sejumlah kecil penghijrah-penghijrah dari Sumatera, yang terdiri dari orang-orang Mendailing, Rawa dan Batu Bara, telah datang ke Selangor. Sesetengah daripada penghijrah-penghijrah ini mungkin telah bergiat dalam perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan di kawasan pedalaman.

Dalam sistem pemerintahan feudal yang diamalkan sebelum campurtangan Inggeris pada tahun 1874, kesemua tanah  termasuk hutan rimba,di negeri ini milik Sultan. Tanah-tanah di Jugra termasuk di Morib milik sultan dan kerabat baginda. Jadi, rakyat lain digalakkan membuka tanah-tanah pertanian bagi menampung ekonomi Jugra. Beberapa orang kerabat diraja juga telah membuka tanah-tanah pertanian untuk penanaman tebu dan kelapa di sekitar Kelanang dan Morib. Ada di antara mereka dianugerahkan 2000 ekar untuk dikerjakan.Golongan bangsawan dan pertengahan yang lain juga mendapat hakmilik tanah  kurniaan sultan dengan bayaran premium sebanyak dua sen sahaja bagi setiap ekar. Tetapi tanah tersebut masih lagi dalam keadaan asalnya, hutan tebal.Terpulanglah kepada pemilik untuk  mengerjakannya atau tidak, setelah pembayaran dibuat. Saiz tanah mereka juga agak luas .


Setelah kerajaan Inggeris  ‘memerintah,’ mereka masih meneruskan  dasar pengutipan cukai tanah tersebut sehinggalah Enakmen Tanah 1911 digubal. Walaupun hasil utama negeri datangnya daripada cukai bijih timahdan hasil hutan, British melihat potensi tanah pertanian yang luas sebagai  sumber hasil negeri pada masa akan datang. Lagipun, mereka ingin menukarkan ekonomi sara diri yang diamalkan sebelum ini kepada ekonomi perdagangan dunia, sesuai dengan permintaan dunia terhadap barangan makanan dan sumber mentah ketika Revolusi  Perindustrian memajukan dunia Barat.

Maka, kemasukan kaum pendatang Melayu Dagang terutama Jawa, Aceh, Mendailing dan Minangkabau amat dialu-alukan. Kaum Jawa pula merupakan pekerja kontrak yang dibawa masuk oleh agen-agen British di Pulau Jawa untuk bekerja di ladang-ladang milik Inggeris, walaupun gelombang kedua datang bukan sebagai pekerja kontrak tetapi peneroka bebas. Merekalah yang banyak membuka kawasan-kawasan petempatan baru di Klanang dan Sepang, dan kawasan-kawasan lain di Kuala Langat termasuk di Sijangkang dan Jenjarom. Pembukaan kampung-kampung dan hutan untuk petempatan  mula dapat dikesan dengan jelas kira-kira pada tahun 1880-an.


Pada tahun 1887, seorang yang bernama Haji Kei [Kiyai] Abdul Kadir dari Padang, Muar, telah menulis surat kepada Collector Magistrate, Langat untuk memohon tanah di daerah Kuala Langat. Permohonan beliau telah diterima dan mendapat sokongan yang kuat dari Collector Magistrate, Langat. Dalam proses memilih dan meluluskan permohonan-permohonan tanah, nampaknya CollectorMagistrate tempatan lebih mengutamakan dan mempercayai pemohon-pemohon Jawa daripada pemohon-pemohon Melayu tempatan. Petempatan di Kelanang dibuka oleh Haji Kiyai Kadir, dan Tanjung Dua Belas pula dibuka oleh Encik Sadik.Sehingga akhir tahun1880an, Hj. Kiyai Kadir terus berusaha mendapatkan tanah baru di kawasan Kelanang dan usaha beliau itu telah diikuti oleh penghijrah-penghijrah Jawa yang lain.


 Pada tahun 1890-an, disamping pembukaan penempatan-penempatan, perkembangan yang penting di Selangor ialah pengenalan pertanian ladang, dengan kopi sebagai tanaman utamanya. Tunku Dia-Udin yang mempunyai tanah seluas 2,000 ekar yang belum dikerjakan. Beliau sedang membersihkan seluas 150 ekar darinya dan telah mengatur kerja_kerja untuk membawa masuk orang Jawa untuk tujuan penanaman kopi di atas tanahnya. Pada tahun 1896, Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat, telah meluluskan 1,000 ekar tanah lagi kepada pemohon-pemohon yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang Jawa kerana pada pendapat beliau....

 . . .the great feature of the development of the district at present is the marked activity in planting circle at Klanang, which may without much exaggeration be described as booming in respect of Javanese.
..“Everyone who is familiar with Javanese conditions understands that colonization on a large scale has chance of success only if the Javanese receive an area where under their own leaders and administrative system, they devote themselves quietly to agriculture as the mainstay of their livehood." 
Sememangnya, kemajuan awal Kuala Langat dan Telok banyak terhutang budi kepada pengorbanan kaum Jawa.   

                        
Peta Lakar:  Jalan Raya Klang - Jugra, 1898

                                                            
Selangor 1901

                                                                            
Telok 1911

Prasarana/Infratruktur

Sebagai pusat pentadbiran negeri, sebelum dipindahkan ke Klang dan seterusnya ke Kuala Lumpur, Jugra dilengkapi dengan prasarana yang sepatutnya dimiliki. Pejabat-pejabat kerajaan, Banglo Residen, kuarters pegawai dan pekerja, hospital daerah menunjukkan kewujudan Inggeris sebagai pemerintah sebenar. Hampir keseluruhan kawasan Jugra dan Bandar sudah diteroka dan dimajukan.

Pembinaan jalan darat dari Jugra ke Klang juga memberi impak penting kepada kewujudan kampung-kambung sepanjang laluan tersebut. Hutan tebal dan hidupan liar bukan lagi halangan besar kepada peneroka-peneroka awal yang berani ini. Bahkan Inggeris membayar wang ganjaran bagi setiap binatang buas yang ditangkap atau ditembak. Dengan pemberian tanah pertanian oleh Inggeris dan bantuan insentif untuk tanaman, mereka gigih mengerjakan tanah tersebut secara bergotong royong bersama ahli keluarga dan jiran sekampung. Pembukaan estet-estet  di sepanjang laluan tersebut dan di Pulau Carey juga menjadi pemangkin perkembangan Telok. Di sebelah kiri jalan raya tersebut, kawasan estet dan kampung manakala di sebelah kanannya masih lagi diselubungi Hutan Simpan Kuala Langat Utara sehinggalah ke Klang. Kereta lembu merupakan pengangkutan utama membawa manusia dan barangan di laluan tersebut, menggantikan sampan dan tongkang di sungai.

Dengan kehadiran beribu-ribu pekerja asing India dan Cina di estet, Telok kini merupakan petempatan penting dan singgahan pegawai-pegawai dan pengurus ladang berbangsa British dari Jugra ke Klang.Walaupun tidak terdapat sebarang jambatan dibina merentangi Sungai Langat, perkhidmatan feri disediakan di Segenting ke Kampung Bandar dan ke Pulau Carey atau  Jugra Island pada masa itu. Justeru, Telok kini bercirikan sebuah pekan dan berfungsi sebagai  hab atau pusat pengumpulan hasil pertanian dan juga keperluan harian penduduk setempat.  Sebuah sekolah vernakular Melayu  atau Sekolah Melayu yang ditanggung sepenuhnya oleh Inggeris mula dibina dan beroperasi di Telok pada tahun 1900.

Kegiatan Ekonomi
Sebelum kehadiran Inggeris, mata pencarian penduduk di Telok  sama seperti mana jua penduduk-penduduk lain di serata Malaya. Mereka menangkap ikan di sungai ,mengeringkan ikan sebagai ikan masin, menetak nipah untuk dijadikan atap, bercucuk tanam seperti pisang,ubi, dan padi bukit, di samping pokok-pokok dusun seperti durian dan manggis. Pertanian masih untuk sara diri, mungkin sebagai barter trade, tetapi bukan dagangan komersial. Ada tertulis dalam catatan Inggeris tentang tanaman padi sawah di  Jugra dan di sekitar Kuala Langat tetapi bukan di Telok. Kemungkinan juga penduduk di Telok mendapatkan bekalan beras mereka dari pesawah-pesawah di Hulu Langat atau dari pekedai di Jugra dan Klang. Kemudian setelah kedatangan British yang memperkenalkan tanaman dagangan seperti kopi, kelapa dan getah, mereka mula memfokuskan tanaman tersebut di tanah milik mereka. Namun mereka masih mengekalkan tanaman pelbagai baka untuk keperluan keluarga mereka sendiri.

Bagi kaum Jawa pula, biasanya bekalan makanan diperolehi dengan cara mengambil upah menebas, dan membuat parit di kawasan yang berdekatan dengan tempat penerokaan tersebut. Selain dari itu, mereka juga menjual rotan dan nibong. Setelah selesai membersihkan hutan, peneroka-peneroka akan menanam tanam-tanaman yang dapat menampung keperluan harian mereka seperti sayur-sayuran, ubi-ubian, pisang, jagong dan padi bukit. Untuk menambahkan pendapatan mereka sementara menunggu tanam-tanaman mereka itu mengeIuarkan hasil, peneroka-peneroka itu akan bekerja sebagai buruh-buruh bebas di ladang-ladang. Biasanya kerja-kerja itu dilakukan di sebelah pagi, sementara di sebelah petang mereka terus mengerjakan kebun-kebun mereka sendiriKesimpulannya, kehidupan rakyat semakin makmur dan selesa walaupun pada hakikatnya mereka di bawah penjajahan Inggeris. Taraf hidup mula meningkat. Mereka sudah mula dapat mengatur kehidupan mereka dengan lebih berani.

 DOKUMEN-DOKUMEN RASMI TENTANG TELOK PANGLIMA GARANG

TAHUN 1885




TAHUN 1888




 TAHUN 1894




TAHUN 1896









                          

                        

                         


                            
TAHUN 1897


TAHUN 1899





 TAHUN 1900






 TAHUN 1901



 TAHUN 1905









 TAHUN 1906





 TAHUN 1908












 TAHUN 1909



 TAHUN 1910




 rumah pekerja di estet
                                                           


Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
3 AUG 1896
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0064574W
Hit
:
18
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
31 OCT 1896
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0066110W
Hit
:
18
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
27 DEC 1895
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0060890W
Hit
:
17
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT



















Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
23 OCT 1894
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0052149W
Hit
:
23
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
28 NOV 1895
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0059383W
Hit
:
23
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT




Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...