Salam buat semua. Atok dan Wan baharu balik ke kampung di Sungai Lancang, Perak, kampung Wan. Kami balik ramai-ramai. Semua adik beradik Wan balik sama. Memang kami dah rancang sejak sekian lama. Dah lebih tujuh bulan kami tak balik. Masing-masing dengan kesibukan masing-masing. Tambahan pula, tahun ini memang anak cucu dan menantu balik ke rumah mertua mereka.
Jadi cuti Hari Wesak hari itu, kami pun pulang. Memang kampung Sungai Lancang tetap di situ. Tiada perbezaan, sama seperti sebelumnya. Pembangunan agak lambat, walaupun tidak terhenti. Begitu juga dengan kehidupannya.
Terfikir Atok ketika itu. Mengapa Atok tidak menulis sesuatu tentang kampung ini. Bukankah Wan sebahagian daripada Atok? Lagipun blog ini tentang kehidupan Atok sekeluarga. Jadi kalau Atok dan tulis pasal Telok, TPG, Klang, Banting dan tempat-tempat lain bagai, kenapa tidak Atok tulis pasal kampung tempat Wan dilahirkan, membesar, berkahwin, melahirkan ini? Bagaimana sejarah Rungkup, Bagan Datuk dan Hilir Perak secara amnya? Pasti ada yang menarik, kan?
Jadi, dalam entri kali ini, dan beberapa entri mendatang, Atok akan fokuskan penceritaan tentang kampung Sungai Lancang, Rungkup, Bagan Datuk yang lampau, yang masih belum diselongkar oleh orang lain. Atok maksudkan sesuatu yang unik dan menarik, termasuk sisi gelapnya. So, kalau korang berminat, teruskan bersama Atok dan Wan. Kita kasi bongkar dan gempar Bagan Datuk! Seperti biasa, semua gambar yang korang nampak dalam blog ini, bukan Atok punya. Atok jumpa dalam internet. Jadi, kepada semua pemilik bahan, dokumen dan apa sahaja media yang Atok gunakan sepanjang penulisan ini, Atok ucapkan jutaan terima kasih, dan maaf kerana tidak minta izin terlebih dahulu. Pleasant reading.
A. PENGENALAN
1. Ciri-ciri Fizikal
Kedudukan Mukim Rungkup, salah satu daripada tiga buah mukim yang membentuk daerah Bagan Datuk. Sg.Lancang menjadi sebahagian daripada petempatan yang ada dalam mukim tersebut. |
2. Kegiatan Sosio-ekonomi
Penduduk Kampung Sungai Lancang umumnya bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan utama, terutamanya melalui penanaman kelapa, kelapa sawit, pisang dan koko, manakala sebahagian kecil mungkin terlibat dalam perikanan jika berdekatan dengan sumber air. Vegetasi asli di Kampung Sungai Lancang sebahagian besarnya telah digantikan oleh tanaman pertanian, terutamanya kelapa dan kemudiannya kelapa sawit, walaupun tumbuhan lain seperti rumput dan semak masih boleh ditemui di sepanjang tebing sungai dan parit. Disebabkan pembangunan pertanian, terutamanya penanaman kelapa, landskap kampung ini turut dicirikan oleh rangkaian parit dan terusan buatan manusia yang meluas, dibina untuk menguruskan paras air dan menyediakan saliran yang mencukupi untuk aktiviti pertanian. Terdapat juga penduduk yang bekerja dalam sektor awam atau swasta di kawasan berhampiran atau menjalankan perniagaan kecil di kampung, memberikan pendapatan yang lebih stabil.
Kedudukan Kg.Sungai Lancang bersempadankan Kg. Rungkup di Utara serta Sg. Tiang di Selatan dan Laut Selat Melaka di sebelah Baratnya. |
3. Tahap Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk adalah pelbagai, dengan generasi muda mempunyai akses lebih baik kepada pendidikan asas berbanding generasi tua, namun akses kepada pendidikan tinggi mungkin terhad. Secara purata, pendapatan isi rumah cenderung berada pada tahap sederhana atau rendah berbanding kawasan bandar, dengan perbezaan antara pekebun kecil dan buruh. Struktur keluarga besar dan hubungan komuniti yang kuat adalah ciri penting kehidupan sosial mereka. Isu-isu sosio-ekonomi yang mungkin dihadapi termasuk ketidakstabilan pendapatan akibat harga komoditi, peluang pekerjaan terhad terutamanya bagi golongan muda, dan penghijrahan keluar yang menyebabkan populasi menua.
B. SEJARAH AWAL KG. SUNGAI LANCANG
1. Sejarah Lisan Penduduk
Rekod tentang kehadiran Raja Mahmood Panglima Raja di Sungai Lancang dalam tahun 1878. Beliau dikatakan sudah lebih 6 bulan berada di sana atas alasan menuntut $100 daripada seseorang di sana.. |
Raja Mahmood 'Kapak Cina' Panglima Raja |
Gambaran jaringan jalan kekang dari Hutan Melintang ke Bagan Datuk dalam peta tahun 1891 |
Surat tentang kegiatan penyeludupan candu di Sungai Lancang dalam tahun 1879. |
Surat balas Pengumpul dan Magistret daerah Bernam kepada Residen tentang hal penyeludupan candu tersebut dan langkah-langkah yang akan diambilnya. |
Pelabuhan Sg. Lanchang diiktiraf sebagai pintu masuk dan keluar bagi kegiatan import eksport di Perak dalam tahun 1907
Peta Topografi sekitar tahun 1910 menunjukkan Kg. Sungai Lancang dengan lebih terperinci |
Peta Topografi sekitar tahun 1916 dari arah Selat Melaka menunjukkan Kg. Sungai Lancang dengan lebih terperinci |
Kedudukan Masjid Arrahmaniah, Sungai Lancang kini. Rekabentuk dan senibinanya unik tetapi ringkas. Masjid ini kini dilengkapi sistem pembesar suara dan pendingin hawa yang baik untuk keselesaan para jemaah. |
Kedudukan Tanah Perkuburan Sg. Lancang di bahagian baruh berdekatan ban. |
Asalnya makam ini didirikan binaan berbumbung di atasnya. Namun, binaan tersebut runtuh kerana peredaran masa. Kini, kepuk dan nesan baru dibina menggantikan yang lama. |
Nurseri atau tapak semaian kelapa begitu ringkas tetapi teratur. Biasanya petani atau peladang mendapatkan benih-benih kelapa ini daripada pengusaha-pengusaha nurseri kelapa di Pulau Pinang |
Susunatur penanaman kelapa mengikut corak tertentu memaksimumkan saiz tanah atau ladang yang ada untuk pengurusan yang lebih efisien |
Gabungan baka benih yang bermutu tinggi, profil tanah yang subur, serta pengurusan kebun atau ladang yang baik memastikan pulangan hasil yang menguntungkan. |
Penaung: Tuan Lope Hashim
Penasihat: Engku Raja Nahar (Penghulu Mukim Rungkup)
dan Tuan Haji Mohammed (Ketua Kampung Sungai Lanchang)
Ketua Pengelola: Tuan Haji Husain bin Abu Aziz
Setiausaha: Tuan Aris bin Penghulu Kaya
Ahli jawatankuasa yang berjumlah 38 orang, terdiri daripada 4 orang bangsa Cina dan 34 orang bangsa Melayu.
Peta topografi tahun 1910 memperincikan ciri-ciri geografi fizikal dan budaya yang terdapat di Kg.Sg. Lancang |
Peta topografi tahun 1934 memperincikan perubahan ciri-ciri geografi fizikal dan budaya yang terdapat di Kg.Sg. Lancang |
Peta topografi tahun 1945 memperincikan perubahan dan pembangunan ciri-ciri geografi fizikal dan budaya yang terdapat di Kg.Sg. Lancang |
Pembinaan ban baharu di Bagan Sg. Tiang memastikan permasalahan alam sekitar seperti hakisan ombak, banjir dan kemasukan air masin ke sistem peparitan dapat diminimumkan |
Bagan Sungai Burung: Transformasi dan integrasi antara sektor perikanan dan pelancongan di Bagan Datuk |
Sistem peparitan yang dimulakan oleh British sejak 1890-an dahulu seharusnya diurus dengan baik oleh JPS Bagan Datuk |
Sistem peparitan di Bagan Datuk juga menarik para pemancing tempatan dan luar terutamanya pada hujung minggu |
- Berita Harian / Article12 November 1957 - MELMA HUJAN yang terlampau banyak dalam bulan ini menimbulkan rasa khuatir kapada pendudok2 di-sini terutama pe- (#i»m 4 OA-RAMAI 50 orang lebeh telah hadzir di-dalam majiis pembukaan Madarasah baru bagl Kampong Kunchl Ayer Rungkup. Perbelanjaan bagt mendirikan-nya ada-lah di-dapati hanya dengan semangat kemahuan ber-sunggoh2 derma wang335 words
- Berita Harian / Article23 November 1957 - A BDUL Azia b. Ngah, berumot 25 tahun dan berasal darl Batu Lapan Lekir Sitlawan, Perak telah tertangkap tatkala hendak menchuba memasokl rumah Tuan Hajl Shamsudln b. Hasan Bakri dengan tujuan menchurL v Tuan Hajl Mohammed, Ketua Kampong Slmpang 4 Rungkup telah memberitahu polis276 words
- Berita Harian / Article22 July 1961 - BAGAN DATOH, Juma'at pANCHANGAN penubohan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang berpechah dari UMNO Bahagian Hilir Perak akan terlaksana dalam masa yang tidak lama lagi. Demikian Berita Harian diberitahu oleh tokoh2 UMNO sa-tempat. Ranchangan penubohan UMNO Bahagian Bagan Datoh ini ada-lah kali636 words
- Berita Harian / Article19 September 1961 - OA-ORANG pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hilir Perak telah mengecham keras ranchangan penubohan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang berpechah dari UMNO Baha- gian Hilir Perak. Penubohan bahagian Bagan Datoh sedang di-ran-changan oleh sa-buah Jawatan Kuasa Peranchang yang di-bentok dalam satu perjumpaan enam438 words
- Berita Harian / Article2 October 1961 - DENUBOHAN UMNO Bahagian Bagan Datoh dalam kawasan Parlemen Bagan Datoh sabagaimana yang di-ranchangkan pada mula-nya telah gagal daiam satu perjumpaan chawangan2 UMNO yang telah di-adakan di-Dowan Orang Ramai Seiekoh, 23 batu dari sini, petang Rabu keimarin. Bagaimana pun, satu keputusan bersetuju menubohkan UMNO Bahagian414 words
- Berita Harian / Article27 November 1961 - TELOK ANSON, Ahad. x UMNO Bahagian Hilir Perak telah berjaya menubohkan 16 buah chawangan baru sejak dua bulan lalu. Ketua UMNO Bahagian tersebut, Inche Snlaiman bin Bulon berkata bahawa pebak-nya berharap akan menubohkan 14 buah chawanga.n lagi sa-belum akhir tahun ini, menjadikan jumlah semua-nya123 words
- Berita Harian / Article, Illustration30 June 1962 - pERSATUAN Belia SungaJ Lanchang, Rungkup, 6 batu darl slni, akan di-tu-bohkan dengan rasnS pada hari Juma'at hadapan. demlklan Pengerusi Jawatankuasa Penaja persatuar ltu, Inche Yusoff bin Jafri menerangkan kapada Berlta Harlan. Perjumpaan untok merasmikan penubohan itu akan di-adakan di-dewan UMNO chawangan Sungai Lanchang mulai pukul 379 words
- Berita Harian / Article4 March 1963 - BAGAN DATOH, Sabtu SA-ORANG gadis yang 1 menjadi pergantongan hktup satu kehiarga yang miskin, telah mati terbunoh, blla sa-batang pokok kelapa menimpa ru-mah-nya di kampong Kunchi Ayer Mati, Sungai Lanchang, Rungkup, pada pagi2 Thalatha yang lepas. Oadis tersebut, Che Siti bt. Musnan. 19 tahun,307 words
- Berita Harian / Article29 March 1963 - BAGAN DATOH, Khamis. —Dua buah Persatuan Bella di-sinl telah melansongkan meshuarat agong masing2 pada minggu lalu. ia-itu chawangan Simpang Tlga, Rungkup, dan chawangan kampong Sungai Lanchang. Lebeh 100 orang menghadhlri meshuarat agong di-Simpang Tlga dan sajum ah wang $37 telah dapat di-pungut untok derma161 words
- Berita Harian / Article3 April 1963 - BAGAN DATOH. Thalatha. pEJABAT Kebajikan Masharakat Hilir Perak, Telok Anson, telah mengeluarkan bantuan wang kapada keluarga Melayu yang kehilanßan rumah tangga akibat di-timpa pokok kelapa pada pagi2 akhir bulan puasa yang lalu. Keluarga itu ia-lah Inche Musnan bin Sebah, 55 tahun, dari kampong Kunchi192 words
- Berita Harian / Article24 May 1963 - BAGAN DATOH. Khamis —Sa-banymk sa-paloh buah badan2 Belia danPersatuan Pemoda Pemudi daerah Hilir Perak Selatan yang bergabong dengan persidangan BADEK telahmenyertai peraduan bachaan Kur'an anjoran Persatuan Beiia Bagan Datoh yang telah berlangsong di-Dewan Orang Ramai Pekan di-sini minggu yang ialu Dua buah piala pusingan hadlah daripada Inche174 words
- Berita Harian / Article17 August 1963 - BENTONG. Jumaat Sa-orang dereber yang tertua Inche' Mohd. Shah bin Abdul Rani 63 tahun. telah meninggal dunia di-kam-pong Sungai Lanchang Rungkup Perak baru2 ini. Semasa hidup Allah yarham terkenal sebagai saorang tua yang suka berdamping d ir i dengan badan2 kebajikan, serta membuat kerja2 sukarela bagi106 words
- Berita Harian / Article20 December 1963 - BAGAN DATOH, Kh&mla. Suatu pertandiogan bachaan Kur'an bagl orang2 dewasa daerah Hlllr Perak Selatan anjoran Pereatuan Belia Sungai Lanchang, Eungkup, 7 batu darl slni, akan di-adakan pada 27 dan 28 December inl dl-ha-laman Masjid kampong tersebut, mulai jam 2 petang. Menurut Inche Abdul Aziz bin Said,154 words
- Berita Harian / Article12 June 1964 - fTCLOK ANSON, Khamis— A UMNO Bahagian Bagan Datoh telah menuhohkan sa-buah lagi chawangannya, ia-itu chawangan yang ke-33 buah di- Sungai Lanchang Darat.24 words
- Berita Harian / Article3 September 1964 - DAOAN DATO, Rabtu. Inche Rushdi bin Haji Abdul Wahab Ketua UMNO Chawangan Sungai Lanchang Rungkop 9 batu dari Bagan Datoh dan sa-orang ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh telah meletakan semua jawatan2-nya itu dan terus keluar daripada menjadi ahli UMNO bulan lalu.147 words
- Berita Harian / Article29 September 1964 - Ketua chawangan lompat TELOK ANSON, Ithnin. OETIAUSAHA UMNO Bahagian Bagan Datoh, Inche Kamarudin bin Abas, menyatakan bahawa beliau tidak bimbang di-atas langkah Inphe Rushdi bin.Haji Abdul Wahab, Ketua UMNO Chawangan Sungai Lanchang Rungkup merangkap Jawatankuasa UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, melompat masok151 words
- Berita Harian / Article19 October 1964 - nPELUK ANSON Ahad.— sa-buah chawangan UMNO kerana tindakan ketua chawangan itu keluar dari UMNO dan masok menjadi anggota PAS telah dapat di-atasi sa-t e 1 a h jawatankuasa vvar itu di-baharui semula. Ketua UMNO Chawangan Sungai Lanchang, Rungkup merangkap Jawatankuasa UMNO Bahagian Bagan Datoh, Inche Rasidi187 words
- Berita Harian / Article21 October 1964 - TELOK ANSON, Thaiatha. Sa-buah lagi kubu PAS dalam kawasan Parlemen Bagan Datoh telah dapat di-tembusi oieh UMNO dan dengan. itu s a b u a h chawangan UMNO telah di-tubohkan dengan di-anggotai oleh bekas2 ahli dan penyokong2 PAS. Demikian di beritahu oleh Setiausaha157 words
- Berita Harian / Article20 November 1964 - TELOK ANSON. Khamis Menteri Besar Perak, Dato' Ahmad bin Said, akan di-minta menggunakan jasa baik-nya supaya di-übah ranchangan membena jalan raya dari Sekolah, Rungkup ka-Sungai Lanchang mengikut ranchangan asal ia-itu dikawasan reserve D.I.D. itu. UMNO Chawanggan Sungai Lanchang Darat dalam meshuarat jawatankuasa khas-nya181 words
- Berita Harian / Article24 February 1965 - TELOK ANSON, Thalatha. Ranchangan membena sa-batang jalan raya dari Selekoh. Rungkup ka-Sungai Tiang telan menimbulkan kegelisahafi di-kalangan pendudok2 sa-tempat UMNO chawangan Sungai Lanchang Darat. Pembenaan jalan raya itu yang sedang di-ran-changkan oieh pehak PLB di-katakan bertentangan dengan kehendak orang ramai. Inche Mat Manum128 words
- Berita Harian / Article, Illustration31 May 1965 - DAGAN DATOH Pengantin baru Inche Abdul Aziz bin Mohd. Said guru sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Burong, Bagan Datoh dan is-teri-nya Che Zabedah binti Haji Ham- zah yang telah melangsongkan u p a chara persandingan mereka di-rumah pengantin lelaki diS ull g a i Lanchang, Rungkup pada minggu lalu.50 words
- The Straits Times / Article19 April 1966 - TELUK ANSON, Mon. Che Radziah binte Awaluddin, 21, was drowned when she fell into a well while washing clothes at Kampong Sungai Lanchang in the Rungkup area near here yesterday evening.35 words
- Berita Harian / Article6 June 1967 - TELUK ANSON, Ithnin. Sa-orang murid sekolah, Rosnah binti Abdul Wahab berumor 12 tahun mati apabila di-lang-gar oleh sa-buah lori di-Kam-pong Sungai Lanchang kira2 30 batu dari sini petang semaiam.31 words
- Berita Harian / Article, Illustration20 October 1967 - TOKOH2 PENTING PAS PERAK SELATAN SERTAI KHEMAH AMAL BAGAN DATOH, Khamis. |£IRA2 300 orang tokoh penting PAS dalam kawasan Perak Selatan di-jangka akan menyertai Khemah Amal di-rumah PAS Tiga Sungai Tungku, dekat Telok Anson pada 28 October ini mulai jam 10.00* pagi. Setiausaha Khemah Amai267 words
- Berita Harian / Article20 October 1967 - BAGAN D A T O H. Khamis. Empat buah kampong d a 1 a m kawasan Rungkup hari ini bersungut kerana wakil ra'ayat kawasan mereka, Dato Lope Hash.m bin Ketong, dikatakan tidak menjengok untok meninjau kesulitan hidup mereka hampir satahun Berita Harian diberitahu234 words
- Berita Harian / Article28 October 1967 - Juma'at. Dua buah lagi kawasan kubu UMNO di-Perak telah ditembusi oleh PAS yang telah berjaya menubohkan ranting-nya di-situ. Kubu2 Umno itu ia-lah diPadang Tenggala dan Kampong Talang di-Lam bor Kanan Parit dalam kawasan pilehan raya Parlimen. Dato Husain bin Mohd. Noordin dan Sungai Lanchang dalam kawasan171 words
- Berita Harian / Article, Illustration29 December 1967 - OENDUDOK Kam--1 pong Sungal Lanchang Bagan Datok Perak teiah memohon kapada Kerajaan menerusi wakil ra'ayat mereka Inche Sulaiman bin Bulon Menteri Muda PLB, supaya di-dirikan sabuah bangunan madrasah untok sekolah ugama ra'ayat, sejak tahun 1964. Inche Sulaiman telah pun berjanji kapa d a pendudok2 Kampong334 words
- Berita Harian / Article5 February 1968 - 3AGAN DATOH. Ahaa pAS Chawangan Rungkup/B a g a n Datoh dan Hutan Melintang yang meliputi kawasan Dewan Ra'ayat Bagan Datoh ak a n mengadakan meshuarat agong tergempar pada bulan ini. Meshuarat tersebut ialah menimbangkan persedian2 bagi menghadapi kemungkinan2 di-ada-kan pilehan-raya sachara mengeiut kelak. Demikian Berita210 words
- Berita Harian / Article23 February 1968 - BAGAN DATOH, Khamis.—Wakil Ra'ayat Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Rungkup, Dato' Lope Hashim bin Ketong hari ini menaflkan pemindahan benaan sebuah sekolah Ugama Ra'ayat (Arab) kampong Sungai Lanchang, Rungkup ka-Pekan Kechil Simpang E m p a t Rungkup, atas ara-han-nya sendiri. i "Saya lebeh suka475 words
- Berita Harian / Article8 August 1969 - TELOK ANSON, Khamis. Kerajaan akan membena tiga projek lagi dldaerah inl yang &kan menelan belanja sa-banyak $30,000 tidak lama lagi. KeUga2 projek itu ia-lah sa-buah masjid di-pekan Bagan Datoh yang menelan belanja $25,000. sa-buah balal raya di-kampong Sungai Lanchang berharga $6,000 dan sc-buah surau62 words
- Berita Harian / Article, Illustration3 May 1970 - MUSALMAH MESRA j\i-antara chelah2 kampong lorpcnci.il di-Sungai Lanchang, Rungkup. Bagan Datoh, Perak, terdapat sa-buah kumpulan "Noor AlWardah Hiboran" pancharagam yang berbentok dan ber- irama nyanyian2 Timor Tengah. Enche Tamsir Sapuan, ada-lah pemimpin dan pemain biola <dulu-nya di-panggil Hamzah Dolmat dl-kampong-nya) Noor Al-Wardah yangMUSALMAH MESRA - 286 words
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.