Salam buat semua. Anak perempuan Atok memaklumkan bahawa anak keduanya dimasukkan ke hospital di Serdang kerana masalah pernafasan. Katanya lagi, anaknya itu banyak lendir dalam kerongkong dan paru-parunya. Lebih parah lagi, ada kuman dalam paru-parunya. Atok dan Wan sedih tetapi pasrah dan reda dengan ujian Tuhan ini. Syukurlah, setelah dua hari di hospital, kesihatan cucu atok itu bertambah baik. Walaupun masih di hospital kerana doktor ingin membuat pemerhatian tentang penyakitnya, Atok bersyukur yang teramat, kerana ibu bapanya cepat bertindak, ke hospital, bukan lagi ke klinik swasta. Mungkin sehari dua lagi, dischargedlah cucu Atok itu.
Entri Atok kali ini ini masih mengenai Mantin. Lebih tepat lagi tentang klinik kesihatan di Mantin. Sebelum ini, mengikut naratif sejarah, Klinik ini pada mulanya dikenali sebagai Mantin Dispensary, kemudian menjadi Mantin Hospital, seterusnya Mantin Military Hospital, sebelum diturun taraf menjadi Mantin Dispensary semula, dan akhirnya dalam tahun 1960-an menjadi Klinik Kesihatan Mantin sehinggalah ke hari ini. Sejarahnya sangat panjang, malah hospital/klinik ini pernah menjadi salah satu institusi perubatan utama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).
Kalau nak dicari gambar-gambar lama hospital ini, Atok minta maaf banyak-banyak. Atok tak jumpa langsung, tapi penulisan perubatan mengenainya memang banyak. Kalau korang nak cari gambar-gambar foto tentangnya, dan kalau korang terjumpa kongsi-kongsikanlah dengan Atok. Atok memang teruja nak tengok. So korang layanlah membaca sedikit artikel di bawah yang Atok tuliskan buat korang. Wassalam.
Untuk ke kisah dan ceritanya, teus tekan link di bawah
https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/11/sejarah-menarik-hospital-mantin.html?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan