Salam buat semua. Syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT atas keberadaan kita di dunia yang fana ini. Betapa Allah SWT terus memberi kita rezeki dan kehidupan berkeluarga yang serba mencukupi. Salam dan selawat buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang dengan usaha baginda dan sahabat-sahabat baginda kita terus beriman kepada Allah di akhir zaman ini. Walaupun kita umat baginda di akhir zaman, yang serba kekurangan dari segi kekuatan iman, namun kita dicintai oleh nabi kita, melalui hadis baginda yang memperkatakan ada segolongan umat baginda yang sungguh-sungguh mencintai baginda walaupun tidak pernah bertemu muka atau hidup sezaman dengan baginda SAW. Mudah-mudahan kitalah, dengan keadaan kita yang serba kekurangan dalam kekentalan iman dan amal, generasi umat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu . Semoga syafaat baginda buat kita semua. Amin, amin.. ya rabbal ’alamin.
Entri Atok kali ini
masih mengenai Jugra,bukan pasal sejarah silamnya tetapi masa depannya. Aiseyman,
Atok! Terimalah hakikat, Atok...Jugra sudah berkubur, terkubur. Tengokkan
sahajalah kuburan yang melata di puncak dan lereng Bukit Jugra itu. Makam
diraja, kuburan pengikut raja, jirat Cina pun ada ,Tok. Ya, mereka pernah hidup
di Jugra dan menjadi manusia terhebat di Jugra juga. Tapi mereka sudah mati,
dah tak ada lagi! Mereka sudah terbaring
di tanah. Apa lagi yang nak kita perkatakan kecuali mendoakan roh-roh mereka agar ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman?
Ya, Atok faham, dan
Atok terima hakikat yang korang katakan itu. Memang Sultan dah almarhum tetapi
legasi baginda dan Jugra masih diperkatakan orang. Atok bukan nak suruh korang
bangunkan kembali Pekan Jugra lama itu. Tak payahlah nak bina semula Jugra
secara fizikal, tetapi Atok maksudkan kita bina kembali Jugra dalam jiwa dan
mental generasi kini. Kalau korang dan kerajaan tak buat apa-apa, dalam tempoh
lima puluh tahun, takde siapa akan tahu cerita pasal Jugra kecuali kaki-kaki
pancing dan Mat-mat Indon yang cuba mendarat masuk ke Malaysia secara haram. Cuba
korang dengar dahulu pembentangan hujah-hujah Atok ini.
Okaylah, Atok tahu dan
sedar korang semua orang terpelajar. Jadi, don’t worry, cerita Atok ini bukan
cerita Mat Jenin atau Penglipur lara dahulu kala. Atok guna facts and figures.
Atok nak kita gunakan segala potensi yang ada pada kita di Jugra dan Kuala
Langat. Apa potensi Jugra pada Atok? Jawapannya, Archaeological and Ecological Tourism. Pelancongan
bertemakan Arkeologi dan ekologi. HAHAHA...baru terbeliak biji mata korang!
Hah, dengar dan bacakan dengan teliti kata-kata orang universiti (bukan pusat
serenti) yang pernah buat penyelidikan tentang Bukit Jugra dan sekitarnya. Ini
bukan Atok yang tulis, bukan rekaan Atok:
“Bukit Jugra memiliki aset warisan sejarah dan alam semula jadi yang
terdiri daripada tapak arkeologi, monumen, bangunan warisan, hutan simpan,
sungai, hutan paya bakau dan elemen alam semula jadi fizikal yang berbukit
bukau.Keseluruhan aset ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk
pelancongan warisan dalam perspektif arkeo dan eko-pelancongan. Pembangunan pelancongan
warisan yang lestari ini akan dapat membantu meningkatkan integriti setempat,
menjana ekonomi, memulihara alam sekitar dan juga memelihara kesejahteraan
komuniti setempat.”
Korang baca lagi
tulisan mereka;
“Pelancongan warisan ini merupakaan pemuliharaan sumber-sumber
berasaskan sejarah, kebudayaan, kesenian, artifak, alam semula jadi serta
memodenkan struktur sosial untuk penggunaan berterusan pada masa akan datang.
Sumber-sumber warisan ini dijadikan penggalak utama kepada pelancong untuk
merasai sendiri pengalaman, memahami sejarah dan menilai ciri-ciri keistimewaan
yang terdapat di tempat tersebut. Pendek
kata,Landskap arkeologi dijadikan kunci motivasi kepada para pelancong untuk
datang berkunjung kesesuatu destinasi.”
Tapikan, Atok terfikir
juga dalam benak kepala Atok ini, kenapa Kuala Langat gagal menarik seramai
mana pengunjung dan pelancong ke daerah kita sedangkan dengan lebih daripada 6
juta penduduk, Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia.
Ia adalah rumah kepada lapangan terbang dan pelabuhan terbesar di negara ini,
dengan nama samaran 'Pintu Masuk ke Malaysia' lagi. Negeri ini mempunyai lokasi
pusat di Selat Melaka, lorong perkapalan utama yang merupakan salah satu yang
paling sibuk di dunia. Selangor mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur
dan Putrajaya, kedua-duanya sebelum ini milik negeri itu. Rumah kepada banyak
tarikan bandar dan semula jadi, Selangor adalah salah satu destinasi
pelancongan utama di Malaysia?
Kalau ikutkan laporan
pelancongan yang Atok dapat, kita di Kuala Langat hanya menduduki tangga ke-7 daripada
12 PBT di Selangor, dengan hanya 3% daripada keseluruhan pelancong ke Selangor
dalam tahun 2018. Pelancong tempatan (dalam negara) seramai 149,443 serta cuma
1,049 pelancong antarabangsa yang menjejakkan kaki ke daerah kita. Jadi, di
mana silapnya? Kerajaan negeri, PBT, Tourism Selangor atau kita semua yang
menetap di Kuala Langat? Percayalah cakap Atok, memang semuanya bersalah,
termasuklah kita, dan boleh dipersalahkan!
Korang bayangkanlah
kenapa rakyat Malaysia bukan sahaja kurang lagi tapi TIDAK menjadikan Kuala
Langat sebagai destinasi pilihan mereka? Tak kiralah hujung minggu, cuti
perayaan, cuti awam mahupun cuti persekolahan. Daripada jutaan warga Lembah
Klang, kenapa mereka berdedai-dedai atau berpusu-pusu keluar ke Melaka dan Port
Dickson tetapi tidak ke Morib dan Jugra untuk release tension? Tak payahlah nak
tengok statistik bagai, korang jenguklah highway PLUS ke arah selatan pada
hujung minggu. JEM! JEM KETAT...Bumper to bumper kata orang puteh. Bermula
petang Jumaat, highway dah mula jem ke arah selatan. Hari Ahad petang pula highway
jem, nak balik ke KL. Kenapa mereka sanggup bersusah payah sebegitu?
Sebabnya Port Dickson
dan Melaka ada pakej pelancongan yang lebih menarik! Bukankah kita pun ada Morib
yang pantainya selari dengan Port Dickson di Selat Melaka? Macam Trivago
juga...Sama tapi tak serupa. Mereka lebih berjaya daripada kita, walaupun air
laut kita sama. Pakej Pelancongan Warisan dan Pelancongan Ekologi mereka lebih
hebat daripada kita! PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) mereka lebih kuat berusaha menarik
pelancong berbanding Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat kita...YA, itu fakta.
Pergilah tengok sendiri dan bandingkan dengan apa yang orang kita buat. Kalau
penduduk lembah Klang sahaja pun kita dah tak mampu tarik mereka ke Jugra,
Banting atau Morib, jangan haraplah orang-orang negeri lain nak datang,
menempah homestay atau hotel-hotel kita kecuali yang sememangnya ada urusan
peribadi seperti balik kampung atau kenduri kendara.
Harus diingat melancong bukanlah suatu tindakan berbentuk impulsif atau spontan, ianya dirancang dengan teliti. Memandangkan banyak faktor yang terlibat seperti biaya kewangan, masa, dan sebagainya perlu diambil kira, maka semestinya pakej pelancongan ke destinasi tertentu dipilih berdasarkan khabar tentangnya daripada kawan-kawan, saudara mara, atau media. Kehebatan sesuatu pakej percutian itu mestilah berbaloi dengan biaya yang dikeluarkan dan masa yang dihabiskan. Seluruh anggota kumpulan perlu merasai pengalaman baharu yang tidak ada di tempatnya atau di tempat-tempat yang pernah dilawatinya sebelum ini. So, kenapa Jugra dan Morib kurang menjadi pilihan mereka? Jom kita bongkar.
Kaedah analisis SWOT
(strength, weaknesses, opportunity, threats) digunakan bagi mengenalpasti
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman atau cabaran untuk menjadikan kawasan
kajian, Jugra sebagai destinasi pelancongan warisan. Hasil dapatan daripada
analisis SWOT yang dikenal pasti, :
STRENGTH (KEKUATAN)
· Jugra mempunyai kekuatan dengan memiliki warisan budaya bersejarah yang
unik dan warisan alam semula jadi yang indah.
WEAKNESSES (KELEMAHAN)
· Dari segi kelemahan, beberapa elemen warisan budaya yang terdapat di
Jugra telah ditinggalkan dan berlaku gejala vandalisme oleh para pengunjung
khususnya di kawasan Bukit Jugra.
· Mengikut kedudukan geologi, lokasi Jugra terletak di penghujung mukim
mungkin antara penyebab utama kawasan tersebut telah terpinggir.
OPPORTUNITY (PELUANG)
· Dari segi peluang, pihak berkuasa tempatan telah merancang untuk
mewujudkan kemudahan pengangkutan seperti trem atau van pelancong di Jugra.
· Selain itu, Jugra mempunyai peluang untuk dimajukan sebagai tapak
pelancongan warisan kerana memiliki khazanah warisan yang mampu menarik
perhatian ramai pelancong.
THREATS (ANCAMAN)
· Manakala dari segi ancaman, terdapat beberapa laporan mengenai tanah
warisan di Jugra dibiarkan tidak terjaga adalah kerana faktor ekonomi.
· Daya tarikan utama yang terdapat di Jugra adalah mengenai kisah
sejarahnya. kekurangan penyediaan infrastruktur merupakan masalah utama yang
boleh menjejaskan usaha pembangunan pelancongan warisan di Jugra.
· Jugra berpotensi untuk lebih dikenali di seluruh Malaysia dan dunia apabila dibangunkan sebagai pusat pelancongan warisan. cabaran utama bagi menjadikan Jugra sebagai tapak pelancongan warisan adalah melalui penyediaan keperluan infrastruktur. Kebanyakan responden menyokong penuh (88.2%) usaha untuk melindungi khazanah warisan yang terdapat di kawasan kajian.
PAKEJ-PAKEJ PELANCONGAN YANG LEBIH MENARIK
Sebagaimana dikatakan di awal penulisan ini potensi Jugra adalah Archaeological and Ecological Tourism. Pelancongan bertemakan Warisan dan Alam Sekitar. Infrastrukur ini ibarat hardware atau perkakasan dalam sebuah komputer. Kalau sudah siap semua infrastruktur ini, baharulah software atau pakej pelancongan boleh dimasukkan. Kita tidak perlu malu untuk meniru contoh-contoh pakej pelancongan yang terbukti berjaya dan popular dari destinasi-destinasi pelancongan hebat sama ada dalam negara atau di luar negara. Jadi sedaya upaya kita fokuskan pakej-pakej kita kepada hanya dua jenis pelancongan ini sahaja. Biarlah pakej yang kita tawarkan itu nanti unik, tidak ada di tempat-tempat lain, hanya ada di Jugra dan Kuala Langat. Barulah orang buka mata sikit. Jom kita tengok pakej mana yang menepati Pelancongan Arkeologi dan yang mana sesuai untuk Pelancongan Ekologi.
A. PELANCONGAN ARKEOLOGI
1. Lawatan ke monumen-monumen bersejarah di
sekitar Bukit Jugra, Kg. Bandar dan Morib menepati kategori ini. Sebaiknya
lawatan ini diiringi jurupandu Pelancong yang bertauliah dan berlesen, yang
dapat menerangkan secara terperinci dan mendalam sejarah tempat ini. Seeloknya,
pemandu pelancong ini mesti menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa, Bahasa
Melayu dan satu bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun.
Pergerakan mereka hanya menggunakan trem atau secara berjalan kaki sahaja.
Galakkan mereka bertanyakan soalan.
2. Ketika di kawasan monumen seperti
Istana Jugra, Muzium In-situ, Istana Bandar, Masjid Bandar, biarkan mereka
dalam mode explore semasa di tapak-tapak arkeologi, makam, atau galeri-galeri
ini. Papan-papan bermaklumat haruslah sekurang-kurangnya dwibahasa, Iaitu
Bahasa Melayu dan Inggeris.
3. Program inap desa ataupun homestay
merupakan salah program pelancong yang semakin popular serta semakin mendapat
tempat di kalangan pelancong terutama daripada negara-negara Eropah mahpun dari
negara Asia seperti Singapura. Program homestay mempunyai daya tarikan
tersendiri terutama dari aspek kebudayaan, warisan serta kedudukan sesebuah
homestay. Bahkan program yang hampir sama turut dilakukan di beberapa negera
seperti di Taiwan (Leisure Stay ) dan negara barat yang turut dikenali sebagai
‘Farm Stay’.
Jadikan Homestay satu
inisiatif bagi menggerakkan sektor pelancongan dalam kalangan Bumiputera di
negeri ini, sekali gus menjana ekonomi masyarakat di kampung. pengeluaran kuih muih, pertanian dan
memberikan nafas baru untuk agro-pelancongan. kesan ekonomi secara
keseluruhannya seperti agro, kuih tradisi, kedai makan, kraftangan, pekerjaan
dan sebagainya.
4. Kebudayaan merupakan salah satu
aspek paling penting dan yang paling
utama menjadi daya tarikan utama kepada pelancongan. Keenakan makanan masakan melayu yang pelbagai
serta keunikan makan menggunakan tangan serta duduk bersila sentiasa menjadi pilihan pelancong. Pemakaian
kain pelikat dan kain batik sentiasa menjadi keutamaan dan akhirnya akan
menjadi barangan cenderahati yang bermakna kepada pelancong. Bawalah para
pelancong ke pasar-pasar pagi, petang dan malam agar mereka dapat menikmati
juadah tempatan.
5. Juga sentiasa didedahkan para pelancong
dengan keunikan tarian mahupun keindahan barangan kraftangan yang turut memberi
pengalaman kepada pelancongan untuk mencuba dan merasai pengalaman melakukan aktiviti ini sendiri.
B. PELANCONGAN EKOLOGI
Bukit Jugra juga
memiliki aset alam semula jadi yang terdiri daripada hutan simpan, sungai,
hutan paya bakau dan elemen alam semula jadi fizikal yang berbukit bukau.
1. Aktiviti Paragliding
Jika anda seorang yang
gemarkan cabaran, maka paragliding adalah gelanggang untuk menguji kemampuan
mental dan kebijaksanaan anda berada di angkasa Paragliding adalah antara sukan
udara yang popular di seluruh dunia.Ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa angin
dan apungan udara panas.Aktiviti meluncur ini memerlukan kawasan tanah tinggi
bagi memudahkan melancarkan penerbangan. Ringkasnya, paragliding memerlukan
anda berlepas dari kawasan tinggi, idealnya dari titik pergunungan. Ini adalah
kerana keperluan untuk mempunyai ketinggian dan kelajuan angin yang sesuai
untuk membolehkan anda berlepas dengan selamat. Anda boleh mengalami salah satu
pengalaman paragliding tandem terbaik di Bukit Jugra yang menjanjikan anda pengalaman yang luar
biasa.
Antara program
yang ditawarkan adalah :
1) Bengkel Sehari Pengenalan Paragliding
2) Kem Aero
3) Kelas Teori dan Praktikal
4) Asas Jurulatih dan lain-lain
Untuk keterangan lanjut :
Sekretariat Persatuan Luncur Udara Malaysia
Tel : 03-90502561 (Kapten Ikhwan)
Hp :
019-2087876 (Orkid)
2. Aktiviti Hiking
(Mendaki)
Denai sepanjang 4.7 km
ini terletak berhampiran Banting, Selangor. Secara amnya dianggap sebagai
laluan yang agak mencabar, ia mengambil masa purata 2 jam 9 minit untuk dijejaki.
Denai ini popular di kalangan penduduk tempatan. Ini adalah kawasan yang sangat
popular untuk mendaki, berbasikal gunung, dan berlari, jadi anda mungkin akan
bertemu dengan orang lain semasa meneroka. Laluan ini dibuka sepanjang tahun
dan cantik untuk dikunjungi pada bila-bila masa. Mulakan mendaki dari tempat letak kereta di
sebelah masjid. Laluan ini agak curam. Anda memerlukan tali di sisi untuk
membantu anda. Ia agak licin kerana mungkin hujan pada tengah malam. Sesetengah
kawasan di laluan ini agak berlumpur, terutamanya pada musim hujan. Jangan lupa
membawa penghalau serangga, memakai but mendaki yang selesa dan membawa air
minuman yang mencukupi. Laluannya redup
dan sejuk walaupun pada sebelah petang. Ia adalah pendakian yang cukup baik dan
agak mencabar. Pendek kata, inilah pendakian jarak pendek yang menyenangkan.
Mula-mula melalui laluan hutan. Laluan ini akan membawa anda ke puncak Bukit Jugra, di mana terdapat Rumah Api Bukit Jugra melalui jalan berturap (tarmac). Pemandangan terindah di Puncak Rajawali; Papan tanda ikonik Jugra di dasar Rumah Api Bukit Jugra dan pastinya, pemandangan Sungai Langat yang inda, sesuai untuk sesi fotografi. Dari kejauhan nun di Selat Melaka, dapat kita dapat lihat banyak kapal belayar dan momen matahari terbenam di ufuk barat. Secara keseluruhan, trek di Bukit Jugra ini adalah baik untuk mereka dalam kategori Beginner dan tempat yang terbaik untuk berehat sambil bersantai. Namun pastikan anda mendaki secara berkumpulan kerana pernah berlaku kejadian seorang lelaki yang telah tersesat dan terpisah dengan isterinya ketika mendaki Bukit Jugra. Selepas hampir dua jam operasi pencarian dijalankan, mangsa bagaimanapun berjaya ditemui lima kilometer (km) dari lokasi masuk melalui kunci air Kampung Bandar, Banting.
Kem Gelanggang Buaya di
bawah pengurusan TUNTAS CONSULTANCY Sdn Bhd, adalah sebuah pusat latihan
rekreasi yang tenang,menyegarkan dan mempunyai keunikan yang amat tersendiri
dibangunkan diatas tanah seluas 20 ekar dalam kawasan kawasan persekitaran desa
dan kampung Melayu dan meliputi kawasan pekan, ladang kelapa sawit dan
hutan-hutan dara dan paya bakau.Terbahagi kepada 4 fasa yang tersendiri
daripada fasa pertama adalah kawasan tapak perkhemahan dormitori,rumah
penginapan dan chalet fasa perkhemahan untuk 240 orang dilengkapi sebuah dewan
berpentas sebaguna,bilik mandi serta tandas kelompok dan sebuah bangunan 8 unit
chalet bagi dormitori dengan rekabentuk terkini boleh menempatkan 330 orang
peserta lengkap dengan pasarana dan dikelilingi dengan landskap yang menarik
dan kehijauan.
Fasa ketiga boleh
memuatkan 240 orang peserta dengan kemudahan dewan serbaguna,bilik kuliah, ampitheatre,
wakaf dan padang. Kelengkapan lain ialah prasarana latihan merempuh halangan,high
rope,ascending/descending, river crossing,flying fox,abseiling dan tasik
buatan untuk aktiviti berkayak dan aktiviti sukan air.
Untuk keterangan lanjut :
Kem Gelanggang Buaya
Ruj : En Azmi Bin Samsudin
Lot 1765-1768 Mukim Kelanang,
42700 Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-31203937 / Fax
: 01-31202906
4. Aktiviti Memancing di Kolam
Hampir seluruh kawasan tebing
Sungai Langat dari Kg. Bandar ke Tanjung Tongkah merupakan kawasan penternakan
komersial ikan dan udang secara akuakultur. Terdapat juga pemilik kolam akuakultur
ini yang memperkenalkan kolam dengan konsep tangkapan dan pelepasan ikan air
masin. Kolam ini menjadi sangat popular di kalangan pemancing. Yuran masuk
adalah RM50 selama 3 jam, anda boleh memancing dengan gewang dengan syarat anda
hanya menggunakan cangkuk tunggal. Anda boleh menyimpan hasil tangkapan anda
dengan membayar harga jualan ikan dan ia berbeza dari satu spesies ke spesies
yang lain. Semua jenis gewang boleh digunakan
di kolam ini. Terdapat juga kolam pancing yang mengenakan bayaran RM3 sahaja sepanjang
hari. Setiap tangkapan anda akan ditimbang dan caj dikira mengikut harga,berat
dan jenis ikan. Bawa pulang hasil tangkapan anda itu atau upah mana-mana
restoran untuk memasakkannya untuk anda,keluarga atau kumpulan anda, dengan
sedikit bayaran upah.
5. Aktiviti Memancing di Batu Ampar
6. Aktiviti Trip Memancing di Jugra
Jeti Kelanang
merupakan salah sebuah jeti nelayan di Kuala Sungai Langat. Terletak di Kampung
Kelanang dan berhampiran dengan kawasan bersejarah Bukit Jugra. Sejak tahun
2001, pihak MPKL bersama Berita Harian telah mengadakan pertandingan memancing
GP sirkit Kebangsaan Peringkat Laut dalam. Pertandingan ini mendapat sambutan
hangat orang awam,hampir 800 orang mengikuti pertandingan ini setiap tahun dan
telah menaikkan nama Jeti Kelanang sebagai antara lokasi memancing yang popular
di Selangor
Trip memancing
ke Jugra ini boleh dilakukan secara terancang atau secara ad hoc sahaja.
Pasti ramai nelayan yang akan menyewakan bot mereka untuk aktiviti ini. Pilih
lokasi anda, laut dalam atau sungai. Lokasi memancing ini memang menarik dan banyak ikan, cuma anda
kena pastikan masa yang sesuai hendak turun, kena tengok jadual pasang surut
air. Tentang harga, mereka ini (nelayan) boleh dibawa berbincang tetapi sebagai
panduan anggaran harganya seperti berikut:
· Sewaan Bot Laut
Dalam.
1. Lokasi:
Jeti Nelayan Kampung Kelanang.
Banting, Kuala
Langat Selangor.
2. Lokasi:
Jeti Nelayan Kampung Bandar
Rm 850.00 /
trip - muatan 7 orang pemancing.
1. Lokasi: Jeti Nelayan Kampung Kelanang.
Banting, Kuala
Langat Selangor.
2. Lokasi:
Jeti Nelayan Kampung Bandar
Bilangan
pemancing : 5 Orang
Sewa Sampan +
enjin + Tekong : RM200
Pengalaman Memancing Sungai |
7. Aktiviti River Cruise atau Menyelusuri Sungai dengan Bot
Ikuti perjalanan sekali seumur hidup ini di atas bot pelayaran menyelusuri sungai di Jugra untuk pengalaman yang benar-benar mendalam, bermakna dan peribadi dalam landskap yang kaya dengan ekosistem ini. Jadual perjalanan berlepas dari jeti-jeti Batu Ampar, jeti Pulau Carey, Jeti Kelanang, Jeti Kg. Bandar, menyelusuri sungai sepanjang lebih 20km dari Segenting Simpang Bandar hingga ke Kuala Jugra di sekitar Tanjung Tongkah, pergi dan balik. Sungai Jugra kaya dengan pelbagai jenis ikan yang menyediakan rezeki untuk nelayan tempatan dan pelbagai spesies burung air yang besar. Sepanjang tebingnya, kehijauan yang subur, lebih banyak spesies burung dan hidupan liar domestik boleh dilihat. Menavigasi sungai Jugra, ini adalah cara yang paling menyeronokkan dan bermanfaat untuk mengalami rantau ini, bagi mereka yang bersedia mengalami pengembaraan baru.
8. Aktiviti Sukan Laut
Kuala
Langat yang terletak di pesisir pantai Selat Melaka mendapat kelebihan daerah
ini berbanding daerah-daerah di pedalaman Selangor. Banyak aktiviti laut dapat
dijalankan di sini. Sebagai contoh kedua-dua pantai di Morib dan Kelanang
memberi peluang kepada para pengunjung untuk bersantai sambal menikmati
keindahan laut yang membiru dan menenangkan. Antara aktiviti-aktiviti yang sedia
ada dan berpotensi diadakan di kedua-dua
pantai berpasir ini ialah:
·
Berkelah
·
Berkhemah
·
Mandi laut
·
Mengutip kepah (Ketika air
surut)
·
Menjaring ikan (dengan
bot)
·
Mengisa (Menjaring ikan
di pantai)
·
Memancing pantai
·
Menyelusuri garis
pantai dengan bot
·
‘Banana boat’
·
Snorkeling
· Pertandingan Sukaneka
seperti mengejar itik, memanjat tiang licin, berenang dan perahu layar
Sukan golf kini bukan lagi eksklusif kepada
golongan tertentu sahaja. Dengan sedikit bayaran, walaupun tanpa keahliaan para
pengunjung boleh menikmati sukan yang menyihatkan ini di samping dapat
mengagumi landskap di Kawasan ini.
Bagi para peminat golf yang baharu
berjinak-jinak dengan kayu dan bola golf, jangan risau anda dapat mengasah skil
kemahiran anda dengan mengunjungi driving range terlebih dahulu sebelum beralih
ke padang golf sebenar yang ada di Morib dan di Pulau Carey:
Tempat : Junior Academy, Tongkah
Tel: 019-6451156 (Mr Sri)
Masa beroperasi : 7.00 pagi - 10.30 malam
Kemudahan : 10 bay
Bayaran Bola:
100 biji - RM 10.00
50 bini - RM 5.00
· KELAB GOLF SRI MORIB
Tempat : Batu 38 1/2, Jalan Kanchong Laut Morib,
42700
Banting Kuala Langat
Tel : 03-31982919 (Cik Suzana)
· CAREY ISLAND GOLF CLUB
Tempat : c/o West Estate, 42960 Carey Island Port Klang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3318611 /
03-3318728
Kemudahan : 36 par , 9 lubang
KOLAM RENANG, GELANGGANG TENIS, PING PONG, DART, SNUKER
CADANGAN-CADANGAN PENGGALAKAN PELANCONGAN ARKEOLOGI DAN EKOLOGI DI JUGRA
A. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Sebagaimana yang telah Atok maklumkan di
awal entri ini, kajian SWOT ke atas Jugra mencadangkan pembinaan banyak infrastruktur untuk menampung
kehadiran lebih ramai pelancong pada masa akan datang.Kalau sudah begitu
saranan pengkaji ini, ada baiknya diikuti. Mula-mula kita pandang kepada
kerajaan negeri dan anak buahnya PBT kita, Majlis Perbandaran Kuala Langat
(MPKL). Apa dasar rancangan sebenar mereka untuk memajukan sektor pelancongan
Kuala Langat secara amnya dan Jugra khususnya? Kelemahan yang ditunjukkan ialah
Infrastruktur atau kemudahan asas. Daripada tinjauan Atok sendiri, pembangunan
infrastruktur di kawasan bukit Jugra memang minimum. Memanglah kawasan Bukit
Jugra ini kawasan warisan dan hutannya dizonkan sebagai hutan simpan, tetapi
bukanlah bermakna tidak boleh langsung dimajukan! Bukan Atok nak suruh pulihkan
atau tegakkan balik bangunan-bangunan seperti Hospital, Istana Jugra, Rumah
Rehat, Masjid, Jugra Clubhouse atau
bangunan kedai-kedai seperti mana dahulu. Atok tahu kosnya terlalu
besar.
Kerajaan Negeri pasti mempunyai perancangan yang holistik
untuk memastikan keunikan dan kepelbagaian etnik, warisan dan budaya serta
kekayaan alam semula jadi kekal relevan sebagai aset dan daya tarikan utama
pelancongan di negeri ini. Justeru, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan,
MPKL seharusnya bersedia memperuntukkan sejumlah wang yang banyak sebagai bukti
komitmen mereka dalam pembangunan pelancongan di Kuala Langat terutamanya di
Jugra, Kelanang, Morib dan Pulau Carey..
1. Bangunkanlah
Dataran Jugra, siap dengan deretan kedai-kedai souvenir, kedai makan,restoran
makanan laut atas air, surau, tandas awam, serta tempat parkir Bas Persiaran
dan kenderaan lain. Biar penuh kawasan tanah lapang ini ditambak dan diturap
sepenuhnya. Pastikan juga ada taman permainan kanak-kanak dibina. Tebing sungai
itu ditambak dengan bongkah-bongkah batu serta mempunyai laman siar atau laluan
berjoging. Hiasilah dataran ini dengan pokok-pokok bunga hiasan dan pepohon
yang rendang yang memberi teduhan kepada para pengunjung.
2. Kerajaan
juga diminta menjadikan Istana Bandar sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Samad.
Kumpulkan segala artifak, dokumen bersejarah dan barangan milik peribadi keluarga diraja
ini.
3. Minta pihak MPKL membina petting zoo bagi menarik pengunjung berkeluarga terutama yang mempunyai anak-anak kecil prasekolah mahupun di sekolah rendah. Adakan pelbagai jenis haiwan termasuklah beburung,unggas, rusa, seladang, ayam hutan serta binatang ternakan seperti pelbagai jenis ayam, lembu, kerbau dan kambing di kawasan bawah Bukit Jugra.
4. Mohon juga kerajaan melalui Lembaga Muzium Selangor, PADAT bagi membina bangunan baharu dua tingkat di tapak padang awam di pantai Morib lama untuk dijadikan sebagai Muzium Kuala Langat. Bangunan dua tingkat ini akan mempamerkan bahan-bahan bersejarah dari seluruh Kuala Langat termasuk artifak, bahan penulisan, dokumen, gambar-dan foto lama serta bahan grafik, juga pameran bermusim atau berkala.Muzium ini nanti akan memaparkan kepelbagaian gambar dan artifak yang mencoretkan sejarah daerah Kuala Langat.
5. Pencahayaan daripada tiang-tiang elektrik mestilah cukup terang dan jelas kepada pengunjung pantai ketika waktu malam. Deretan kiosk, gerai souvenir, gerai makanan dan minuman, medan ikan bakar, perlu ditambah dari semasa ke semasa. Tempat letak kenderaan berturap diberikan keutamaaan. Kemudahan seperti tandas, ruang parkir, laluan kepada pengunjung termasuk untuk OKU disediakan secukupnya. Wakaf-wakaf rehat, bangku panjang untuk para pengunjung di pantai Morib dan Kelanang mesti ditambah.
6. Bagi
memastikan keselamatan kepada pengunjung Hutan Simpan dan Bukit Jugra,
kenderaan persendirian kecuali basikal tidak lagi dibenarkan dipandu sehingga
ke puncak bukit. Sebaliknya trem disediakan untuk mengangkut para pengunjung
yang memerlukan. Para pendaki yang menggunakan laluan denai atau hutan
seharusnya berdaftar dengan pejabat Perhutanan yang akan menyediakan malim
untuk membawa mereka mendaki dan menuruni Bukit Jugra. Hal ini penting demi
menjamin keselamatan para pendaki daripada laluan berbahaya atau tersesat.
7. Naiktarafkan serta turap semula semua jalan atau laluan berbatu. Ini termasuklah jalan ke puncak Bukit Jugra hingga ke tapak lama markas TUDM. Di kawasan laluan denai mendaki yang agak curam dan berlaku hakisan tanah, buatkanlah tangga konkrit untuk keselesaan dan keselamatan pendaki. MPKL mestilah juga menaiktaraf,melebarkan,menurap jalan raya sedia ada di Bukit Jugra, laluan ke Pantai Kelanang sehinggalah ke pantai Morib serta ke Kg. Bandar, untuk memastikan kelancaran perjalanan kenderaan termasuk trem ke tempat-tempat tersebut. Lampu-lampu seharusnya menerangi laluan-laluan ini sepanjang malam. Pasangkan lampu di setiap tiang sepanjang laluan ke Jugra dan puncak Bukit Jugra ini. Biar Jugra dan bukitnya bermandikan cahaya pada waktu malam.
8. Atok juga minta kerajaan negeri bantulah MPKL
untuk membina jeti baharu di Batu Ampar. Buatkan yang berkonkrit, besar dan
gagah, boleh tahan paling kurang 50 tahun lagi. Pembinaan jeti
berpontoon di Batu Ampar, Pulau Carey, Jeti Nelayan Kelanang dan Kg. Bandar
untuk kemudahan masyarakat nelayan khususnya dan untuk menjamin aktiviti sukan
dan rekreasi bertemakan air dapat dilakukan dengan penuh keyakinan kepada
pengusaha dan peserta dari segi keselamatan dan keupayaan beroperasi
9. Kerajaan
negeri sepatutnya melihat aspek positif kewujudan inap desa atau 'homestay'
sebagai produk pelancongan negeri yang perlu dibantu serta diperkasakan dan
bukannya ditutup. Berikanlah peruntukan bagi melengkapkan kemudahan premis
orang kampung program inap desa berkembang, malah lebih banyak rumah kosong dan
terbiar dinaik taraf menjadi inap desa. inap desa kini mendapat sambutan
menggalakkan dan menjadi tumpuan penginapan pelancong domestik yang mempunyai
keluarga besar atau mencari penginapan murah. Ia adalah sebagai alternatif penginapan
kepada pelancong.
Ia bertujuan menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya agar terus berdaya saing melalui pemberian sokongan dan bantuan insentif kepada pihak swasta serta persatuan bukan kerajaan (NGO) penggiat industri bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi. Penggiat industri yang layak memohon GSPSB termasuklah syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, anak syarikat di bawah kerajaan negeri dan NGO tempatan.
C. PROGRAM PELANCONGAN BERKALA
Seharusnya program pelancongan yang
dirancang dapat menarik ribuan pengunjung ke tempat-tempat percutian ini.
Program-program mungkin sahaja bersifat umum dan pelbagai seperti Pesta
Makanan. Pesta Sukaneka Rakyat sempena Keputeraan Sultan, Pameran Artistik,
Seni Kontemporari dan Tradisional, Pertandingan Memancing, Pertandingan Sukan
Air, Pameran Kraftangan boleh sahaja dibuat sepanjang cuti-cuti persekolahan
atau pada hujung minggu. Libatkanlah penyertaan ramai pihak dan peserta daripada
negeri -negeri lain atau di peringkat antarabangsa.
Tourism Selangor seharusnya;
· menggunakan semua
saluran media yang sedia ada mahupun media alternatif serta penggunaan lawan
web rasmi Tourism Selangor,
· membuat promosi ke seluruh negara yang turut
mengedarkan risalah pelanconganberkaitan homestay cetakan Tourism Selangor
kepada masyarakat umum bagi membolehkan mereka mendapat maklumat dan merancang
percutian homestay mereka.
· Menyediakan Pakej-pakej
yang menarik dengan pelbagai aktiviti yang bersesuai dengan lokasi sesebuah
homestay
Homestay yang berlesen dan sentiasa menjadi
keutamaan kepada Tourism Selangor dalam aktiviti promosi dalam dan luar negara
serta menjadikan ianya antara pakej utama bagi kunjungan Negeri Selangor. Terdapat
beberapa homestay utama dan popular di daerah Kuala Langat seperti Homestay
Kampung Sungai Lang Tengah, Homestay
Kampung Endah, Homestay Kampung Batu Laut, Homestay Kanchong Darat, Homestay
Kampung Kundang, di samping ratusan lagi homestay kecil-kecilan
milik persendirian di serata daerah Kuala
Langat ini.
Contoh: Inap desa Kampung Lang Tengah diberi
jaminan merasai pelbagai pengalaman selain menimba pengetahuan berguna menerusi
pilihan pakej antaranya, merentas desa dan beriadah dengan ATV, Pakej Ladang,
menyusuri hutan paya bakau, Pakej Kembara, mesyuarat dan satu pakej khas untuk
generasi muda seperti pelajar sekolah menimba ilmu mengenai penternakan ruminan
secara fidlot berteraskan teknologi hijau. Ladang ternakan lembu dan kambing
biri-biri milik KOPSAL dibuka tiga tahun lalu mampu memberi nilai tambah
terhadap iklim pelancongan tempatan dengan menyediakan aktiviti berinfomasi
buat peserta inap desa. Dengan bayaran RM5, peserta diberi peluang berinteraksi
dengan haiwan ternakan itu, memberinya makan malah merakamkan foto kenangan. Bayaran
RM10 dikenakan kepada mereka yang ingin merasai pengalaman menangkap dan
mengejar biri-biri.Hadiah sagu hati diberikan kepada mereka yang berjaya
menangkapnya.
Alam sekitar penting bagi semua kehidupan.
Kini alam sekitar semakin dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh
itu,kempen-kempen yang sesuai perlu dilaksanakan untuk membendung masalah alam
sekitar. Pihak kerajaan dan pertubuhan alam sekitar seperti Tabung Alam
Malaysia (WWF Malaysia) dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) perlu berusaha untuk
memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar melalui pelbagai kempen dengan
melibatkan ramai penjung dan pelancong serta juga para pelajar sekolah dan universiti
tempatan.
Kitar semula ialah proses mengitar semula
bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan
bahan buangan, menjimatkan sumber, mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan
bersih, menggurangkan penggunaan tenaga, menyelamatkan hutan dan mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' ini bertujuan bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa. Kempen pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan sebagai langkah ke arah memelihara alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau. Orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam. Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global.
3. Kempen Cintailah Sungai Kita
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menganjurkan kempen "Cintailah Sungai Kita" sejak tahun 1993 dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai. Kebersihan sungai bukan tanggungjawab sebuah kementerian sahaja. Banyak punca-punca pencemaran yang dikenal pasti memerlukan penglibatan lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengatasinya. Di samping itu penglibatan pihak swasta, komuniti setempat, masyarakat umum dan pelajar sekolah juga perlu bagi menjamin sungai-sungai kita bersih.
4. Kempen Laut Bebas Plastik.
Jabatan Perikanan Malaysia boleh
menganjurkan Program Kempen Laut Bebas Plastik. Pasti banyak sampah akan berjaya dikutip sepanjang
pesisiran Pantai Kelanang dan Morib nanti. Selain itu, boleh juga diadakan
aktiviti lain seperti, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pameran dan
forum perkongsian ilmu daripada wakil Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA),
serta universiti -universiti tempatan.
E. JENIS-JENIS PAKEJ PELANCONGAN
Pakej Warisan:
-Lawatan ke Monumen-monumen Bersejarah di Jugra, Kg. Bandar, Muzium Kuala Langat di Morib, Rumah Datok Sidek di, Kanchong Darat, Balai Polis Lama di Telok Datok, Muzium Plantation dan Mah Meri Cultural Village di Pulau Carey, Kilang Kerepek, Pasar Kemboja, Kunjungan ke Majlis Perkahwinan (Event sebenar).
Pakej Pembelajaran:
-Bukit Jugra Hiking, Jugra River Cruise, Ladang Sawit, Ladang Fidlot, Mah Meri Cultural Village, Kilang Kerepek
Pakej Marina:
-Trip Memancing Laut, Trip Memancing Sungai, Snorkeling, Jugra River Cruse, Memukat Pantai, Kayaking, Batu Laut Yacht Sailing
Pakej Xtreme:
-Bukit Jugra Paragliding, Bukit Jugra Hiking, Bukit Jugra Abseiling, Jugra Flying Fox,
Okaylah, itu semua merupakan contoh-contoh pakej dan aktiviti-aktiviti yang telah serta masih dibuat oleh pengusaha-pengusaha pelancongan, tapi kalau Atoklah, mungkin fokus Atok lain pulak. Sepertimana yang Atok sebutkan tadi di permulaan perbincangan kita ini, objektif kita untuk menjadikan Kuala Langat sebagai destinasi pelancongan, at least untuk program 3 hari 2 malam (3D2N) pada hujung minggu. Pakej bernilai RM 350 per pax (all inclusive). Peserta merupakan kumpulan kecil, keluarga, kawan-kawan, minimum 10 orang, menggunakan van pelancong. Korang tengokkanlah itinerary yang telah Atok rancangkan untuk program ini. Komenlah sikit tentang kos, aktiviti, masa dalam ruangan komen nanti ya. Wasalam.
JUMAAT
3 pm - Check-in homestay. Taklimat dan penerangan Program
- Pemberian kain batik dan kain pelikat sebagai cenderahati
- Berehat dan pengurusan diri
8 pm - Makan malam di Homestay
10 pm - Berehat dan Tidur
SABTU
7 am -Sarapan pagi di warung kampung
8 am -Kunjungan ke Pasar Kemboja, Kanchong Darat
10 am -Kunjungan ke Tempat Bersejarah di Kg. Bandar (Park and Ride)
- Masjid Bandar
- Istana Bandar
- Sekolah Kebangsaan Bandar
11 pm - Kunjungan ke Tempat Bersejarah di Jugra (Park and Ride)
- Muzium In-situ
- Istana Jugra
- Rumah Api Jugra
- Petting Zoo, dll
12.30pm - Makan Tengah hari di Jeti Kelanang dan berehat
2 pm - Kunjungan ke Pantai Kelanang (Park and Ride)
3 pm - Kunjungan ke Pantai Morib (Park and Ride)
- Muzium Kuala Langat
4.30pm - Lawatan ke kilang Kerepek, Kanchong Darat
5.30pm - Kembali ke Homestay
- Berehat dan pengurusan diri
8 pm - Makan Malam di Restoran Ikan Bakar, Morib
10 pm - Berehat dan Tidur
AHAD
7 am - Sarapan pagi di warung kampung
8 am - River Cruise di Jeti Batu Ampar (Park and Ride)
10 am - Kunjungan ke Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey (Park and Ride)
12 pm - Kunjungan ke Plantation Museum, Pulau Carey (Park and Ride)
1-2 pm - Jemputan Makan Kenduri (Sebenar)
2 pm - Kembali ke Homestay
3 pm - Program tamat, Check-out Homestay