BANGUN BUDAK FLAT! BANGUN
BUDAK FLAT!...Hahaha...Atok suka lirik lagu tu. Ingatkan Atok suruh anak-anak
semua bangun untuk solat Subuh…Atok berharap korang semua anak cucu serta anak cucu murid Atok serta korang pembaca blog Atok yang setia ini, bahkan kepada semua umat Islam seluruh dunia, sejak Nabi Adam sehinggalah hari Kiamat nanti dirahmati dan diampunkan Allah hendaknya. Amin. OKlah. Kali ini Atok nak sekolahkan korang pasal
Sejarah Perkhidmatan Pos Selangor, bermula di Jugra selepas
Selangor dijahanamkan oleh Perang Saudara atau Perang Klang oleh
pembesar-pembesar negeri yang terlupa seketika akan Tuhan dan amanah mereka
terhadap manusia marhaein pimpinan mereka. Tapi Atok tak boleh fokuskan sangat negeri Selangor kerana Selangor sendiri mengalami metamorfosisnya sendiri. Amekkau! Kisahnya begini.....
A. PENGENALAN
Setelah tamatnya perang
tersebut, keamanan perlu dipulihkan. Rakyat yang melarikan diri perlu dipujuk
agar kembali ke kampung halaman. Negeri perlu dibangunkan. Kali ini di bawah
pengurusan baharu. Pengurus yang diimport, CEO yang telah lama mengidamkan
jawatan dan kekayaan negeri. Tuan tanah dinasihatkan bersara awal dengan pencen
sebanyak 2000 pound sterling setahun seumur hidup, sambil terus menghisap vape kegemarannya.
"Biarkan kami
bekerja untuk tuanku," kata CEO baru itu.
Sepanjang tempoh 10 tahun sahaja (1875-1884), penduduk Kuala Langat seramai 3000 orang Melayu (termasuk Melayu Dagang) dan 300 penduduk Cina. Mengikut perangkaan British, pada tahun 1891, penduduk Melayu di Kuala Langat seramai 3,092 orang iaitu seramai 827 di Jugra,818 di Bandar, 324 di Tanjong Dua belas dan 244 di Telok Panglima Garang. Selebihnya di beberapa buah perkampungan yang mempunyai penduduk kurang daripada 100 orang. Jugra merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris yang menguruskan hal-hal kewangan dan perundangan negeri.
Hanya setahun sahaja Frank Swettenham tinggal di Jugra untuk menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran negeri. Setelah itu, British mengubah pentadbiran negeri ke Klang pada tahun 1875,kerana mengikut perkiraan mereka, pentadbiran negeri sepatutnya berada di tengah-tengah hab ekonomi negeri, iaitu di Klang. Maka, dibuatnya negeri Selangor ini semahu emak abah dia. Dipanggilnya kaum kerabatnya dari England membantu kerja-kerjanya di pejabat, di ladang, manakala kaum-kaum pendatang, diangkutnya berkapal-kapal ke mari,terus ke lombong bijih timah atau ke estet-estet kelapa,kopi dan getah. Penduduk asal,kaum Melayu menjadi golongan minoriti, terperosok di hujung kampung dan di pinggir hutan, cuma lebih baik sedikit kehidupan mereka berbanding Sakai.
Pada tahun 1936, Sultan
Alaudin mula bersemayam di istana baru baginda di Klang. Klang
kini menjadi bandar diraja menggantikan bandar Temasya di Jugra. Sejak itu,
Jugra, Bandar dan Langat kian dilupakan dalam kemajuan pesat negeri Selangor.
Jugra hanyalah perkampungan desa yang pernah dijadikan 'permaisuri' oleh
golongan istana suatu masa dahulu.Jugra mula mengalami zaman pudarnya.
Kekayaan negeri di
tangan CEO dan kaum pendatang yang bermata sepet dan mencintai dunia seumpama
Yahudi. Saban hari dan waktu, berkapal-kapal jongkong timah dibawa balik ke
kampung halaman penjajah nun jauh di Eropah, berpikul-pikul kelapa,getah
menjadi milik mereka. Kita pula hanya mampu memandang harta milik kita diambil
orang, dengan restu Sultan. Kita juga semakin bijak dan pandai.... menguruskan
kemiskinan, malah terus akur dan patuh setia terhadap Sultan dan penasihat
baharu baginda. Untuk terus bermaharajalela di negeri milik umat Islam ini,
Penjajah mula menjalankan strategi serampang dua mata. Dimajukan negeri dan
negara untuk mengutip hasil semaksimum mungkin tetapi hanya sedikit sahaja
manfaat untuk faedah anak negeri, yang lain dijual pada harga paling minimum
kepada kapitalis di negara mereka. Maka dimodenkan sistem perhubungan dan
telekomunikasi mengikut teknologi pada masa itu. Selain Pejabat Hasil dan
Cukai, mereka bina pejabat pos. Tujuannya untuk urusan rasmi dan peribadi;
urusan antara jabatan kerajaan, komuniti peladang dan peniaga Eropah dan Cina.
Anak peribumi hanya menjadi saksi kemajuan tanpa merasai nikmatnya.
B. SEJARAH TELEKOMUNIKASI NEGERI SELANGOR
Perkhidmatan pos ini mungkin kedua tertua selepas perkhidmatan polis di negeri ini.
Antara Balai Polis terawal di Malaya |
Malaysia’s first post office was most likely opened in Penang in 1805 under the British administration. At the time all of Penang’s administrative matters including those related to postal services were decided in India which was the seat of the British Empire in the East at that time. On 1 September 1867 the Straits Settlements issued their own stamps which were essentially overprints of Indian issues inscribed with the words ‘Straits Settlements’. Communication among the Straits Settlements was mostly by sea before the turn of the 20th century.
“Please
inform (Baxendale) that I (Resident) wish him to inspect the residency
telephone which does not satisfactory…”
(Lihat surat daripada
Residen Selangor kepada Pesuruhjaya Jabatan Pos dan Telegraf bertarikh 13 Ogos
1889, SSF,KL 2643/89)
Jadi, tidak hairanlah apabila mereka meletakkan jaringan ketiga-ketiga alat telekomunikasi ini (pos,telegraf dan telefon) di bawah pengawasan dan urusan Jabatan Pos dan Telegraf Selangor. Atok tak dapat nak sembang panjang tentang sejarah perkembangan telegraf dan telefon ini secara terperinci di sini. Nanti jadi macam novel pulak, terlampau tebal. Lagipun entri dan jurnal Atok dalam blog ini ringan dan ringkas, untuk bacaan santai korang jer. Atok tak berminat nak jadikan dia benda untuk budak universiti rujuk dan ceduk untuk research mereka, cukup sekadar membuka mata untuk menghargai dan mensyukuri sejarah masa lampau kita.
Sultan dan para pembesar negeri seronok melihat Mat Saleh ini memajukan negeri ini, walaupun pada masa yang sama mereka sedar atau tidak, khazanah dan perbendaharaan negeri dibawa keluar dan masuk ke kantung Opah Queen di England sana.
The Federated Malays States (FMS) made up of Selangor, Perak, Negeri Sembilan and Pahang were formed in 1896. Postal services for these were separate from those of the Straits Settlements. For example, only stamps marked with the inscription ‘Federated Malay States’ were valid for use in the FMS. This autonomy caused inconvenience. It was only in 1934 that the postal services of the FMS and the Straits Settlements merged. This followed the formation of the Malayan Postal Union.
Kerajaan FMS atau Negeri-negeri Melayu Bersekutu mula terbentuk pada tahun 1896. Bermula penubuhan FMS atau Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini, maka banyak pejabat pos pelbagai gred didirikan di kesemua empat negeri tersebut. Di Selangor, pejabat-pejabat pos dibina dan dibuka di Ampang, Bangi, Banting, Batang Berjuntai, Batu Arang, Batu Caves, Batu Laut, Batu road, Batu Tiga, Beranang, Brickfields Road, Bukit Rotan, Gap, Jugra, Jeram, Kajang, Kalumpang, Kapar, Kepong, Kerling, Klang, Kuala Kubu, Kuala Kubu Bharu, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Kuala Selengar, Kuang, Pengkalan Kundang, Petaling, Port Swettenham, Puchong, Pudu, Pulau Ketam, Rasa, Sabak, Sabak Bernam, Salak South, Semenyih, Sentul, Sepang, Serendah, Station Street, Sungei Ayer tawar, Sungei Besi, Sungei Buloh, Sungei Choh, Sungei way, Telok (?), Ulu Langat, dan Ulu Yam.
Pada tahun 1939, jajaran jalan raya pantai di Selangor dari Klang ke Sepang dan dari Klang ke Teluk Anson juga dibuka kepada pengguna jalan raya.
Ketika Kependudukan Jepun di Malaya 1942-1945 dahulu, Jepun di Selangor telah mengambil alih peranan dan fungsi Jabatan Pos dan Telegraf ini dengan menubuhkan kabinet tentera mereka.
Posmen Melayu di Singapura 1906 |
Pada tahun 1907, satu laporan tentang kemajuan pembangunan pos Negeri-negeri Melayu Bersekutu, FMS telah dikeluarkan dalam The Selangor Journal:
The post-office telephone lines measure 1,063 miles in length. There are telephone offices at Kuala Lumpor, Klang, and Port Swetten-ham, with trunk wire connections between all three places. There are exchanges at Ipoh, Kampar, Gopeng, Tapah, and Batu Gajah, which places are also connected with the trunk line. At Taiping there is a local exchange. Exchanges are about to be opened at Seremban, the capital of Negri Sambilan, and at Kuala Selangor ; and these will be connected with the Kuala Lumpor, Klang, and Port Swettenham trunk service. A charge of 5 dollars per month is made to subscribers living within a radius of two miles of an exchange, with an extra of 1.25 dollars for each subsequent mile. There is, of course, an additional fee for trunk line messages. The number of applications for connection with the various telephone exchanges in Selangor during 1906 largely exceeded anticipations, and there was consequently some delay in completing them, The amount spent on construction work in 1906 was 40,439 dollars.
A new post-office was erected at Port Dickson, There are now 52 post-offices at which officers of the Postal Department are employed, and 28 places at which postal business is transacted by station-masters and others. There are 1,281 miles of telegraphic lines in the Federated Malay States, made up of 629 miles in Perak, 351 in Selangor, 225 in Negri Sambilan, and 76 in Pahang. For 418 miles the lines follow the route of the railway. In those districts where there are no post-office lines telegrams are accepted at the railway stations for transmission over the railway lines.
The staff of the Postal Department consists of a Director, an Accountant, and 2 Assistants ; 1 Superintendent, and 1 Assistant in Perak ; ALLIN. (Director of Posts and Telegraphs, Federated Malay States.) i Superintendent and 2 Assistants at Selangor, Negri Sambilan, and Pahang ; 269 Postmasters and clerks, 244 postmen and messengers, 3 Inspectors of Telegraphs, 6 sub-inspectors, and 80 linemen, and a number of coolies on daily wages. for the stationmasters in Salak North, Sungei Gadut, Padang Java, and Batu Caves, and the District Officer's clerk at Parit, to keep a supply of postage stamps, accept letters for despatch, and deliver letters to persons residing in the districts named.
Laporan FMS Government Gazzette pada tahun 1914 pula memaklumkan perkembangan semasa pembangunan pos, telegraf dan telefon di FMS.
Rumusan Laporan 1914:
1. Jumlah pejabat pos dengan kemudahan kiriman wang di seluruh FMS sebanyak 77 buah.
2. Jumlah pendeposit dalam Bank Simpanan meningkat seramai 931 orang menjadikan jumlah keseluruhan akaun yang dibuka iaitu 8,036 manakala jumlah wang terkumpul dalam
simpanan adalah sebanyak $842,218.
3. Jumlah pelanggan telefon seramai 993 orang.
4. Pejabat pos baharu dibuka di Bruas,Batu Caves, Kroh, Labu dan Sepang Road. Terdapat 82 buah pejabat pos di seluruh FMS dengan pegawai pos dan 37 tempat transaksi pos dijalankan.
5. 192 lesen pungutan surat ke China dikeluarkan
6. Surat ke Hulu Pahang masih dihantar melalui Kuala Kubu Baru dan Gap tetapi surat ke Bentong melalui Genting Sempah
7. Surat ke dan dari Pekan kini menggunakan perkhidmatan bot sebanyak 2 kali seminggu.
8. Penghantaran pos berkereta lembu kini digantikan dengan kenderaan bermotor di laluan Klang- Banting
Rumusan Laporan FMS Government Gazzette 1924:
1. Penyambungan semula perkhidmatan keretapi mel dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bermula 1 Oktober 1923.
2. 86 penghantaran pos ke United Kingdom yang mengambil masa 24 1/2 hari berbanding penghantaran pos dari UK ke FMS yang mengambil masa 22 1/2 hari.
3. Penghantaran kereta mel ke Kelantan dan Terengganu melalui Jerantut tergendala akibat banjir.
4. Pejabat pos dan Telegraf baharu dibuka di Batu Road Kuala Lumpur. Kini terdapat 99 buah pejabat pos dengan pegawai di seluruh FMS dengan 39 tempat transaksi pos dibuat.
5. 289 lesen pungutan surat ke China dikeluarkan.
6. Penghantaran terus barangan pos ke India bermula 1 April 1923.
Laporan terperinci Pos dan Telegraf 1913 dalam Laporan Government Gazzette 1914 |
Laporan terperinci Pos dan Telegraf 1913 dalam Laporan Government Gazzette 1914 |
Laporan terperinci Pos dan Telegraf 1913 dalam Laporan Government Gazzette 1914 |
Laporan terperinci Pos dan Telegraf 1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924 |
Laporan terperinci Pos dan Telegraf 1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924 |
Laporan terperinci Pos dan Telegraf 1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924 |
Laporan terperinci Pos dan Telegraf 1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924 |
Laporan terperinci Pos dan Telegraf 1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924 |
Analisis Pendapatan Jabatan Pos dan Telegraf 1905-1923 |
Struktur Pentadbiran Tentera Jepun di Malaya 1942-1945 |
The outbreak of World War Two saw strict censorship of all overseas mail. Shortage of stamps was also a problem. This went on until after the end of the war and beyond. After World War Two, Malaya was briefly ruled by the British Military Administration.
By 14 April 1947, the Malayan Post Office took over the postal services from the British army and Royal Air Force. Soon the Federation of Malaya was formed. Malaya issued her own stamps as did each state within the federation. Each had her own stamps and related stationery, and these were valid for use throughout the new federation.
Malaya became an independent nation on 31 August 1957. Definitive stamps were issued to mark this significant moment. As a young nation Malaya joined many international organizations such as the Universal Postal Union UPU to keep abreast of developments in various parts of the world. Malaysia has been a dynamic member ever since.
Selepas merdeka, perkhidmatan pos dijadikan sebagai jabatan kerajaan iaitu Jabatan Pos Negara.
Ia berfungsi untuk menyampaikan khidmat perkhidmatan pos dan menghantar surat-surat rakyat ke seluruh negara.
B. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN POS
Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya. Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos.
Kalau dahulu, zaman awal British bertapak di Selangor, sepucuk surat mungkin mengambil masa hampir dua minggu untuk sampai ke tangan sipenerimanya, kerana tiada jalan perhubungan darat dibina, maka surat tersebut terpaksa dihantar melaui bot atau kapal wap. Apabila jalan raya banyak yang telah dibina di seluruh Selangor dan FMS amnya, maka banyaklah pejabat-pejabat pos yang telah dibina.
Peta Selangor 1901 |
Sepanjang terbentuknya kerajaan FMS ini, banyak pejabat pos yang dibuka di Selangor. Antaranya;
Ampang,
Bangi, Banting, Batang Berjuntai, Batu Arang, Batu Caves, Batu Laut, Batu road, Batu Tiga, Beranang, Brickfields Road, Bukit Rotan,
Gap,
Jugra, Jeram,
Kajang, Kalumpang, Kapar, Kepong, Kerling, Klang, Kuala Kubu, Kuala Kubu Bharu, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuang,
Pengkalan Kundang, Petaling, Port Swettenham, Puchong, Pudu, Pulau Ketam,
Rasa,
Sabak, Sabak Bernam, Salak South, Semenyih, Sentul, Sepang, Serendah, Station Street, Sungei Ayer tawar, Sungei Besi, Sungei Buloh, Sungei Choh, Sungei way,
Ulu Langat, Ulu Yam.
Nota: Beranang (beroperasi hanya 5 tahun), Salak Selatan (sehingga 1931) and Sungei Ayer tawar
Surat-surat yang ingin diposkan akan dipungut dari peti-peti surat yang ada di sekitar bandar atau di tepi-tepi jalan utama. Surat-surat ini kemudiaanya dibawa ke pejabat pos utama berhampiran untuk diproses dan disisihkan mengikut destinasi. Setem yang ditampal pada sampul surat tersebut kemudiannya akan dibatalkan dengan postmark pejabat post tersebut, menandakan surat tersebut kini di bawah jagaan jabatan pos dan akan diedarkan ke destinasinya. Kalau pejabat pos besar itu BESAR, maka ada mesin penyisih automatik yang akan membantu kerja-kerja posmen. Kalau tidak, terpaksalah posmen menyisihkannya secara manual. Biasanya surat dan bungkusan tersebut akan dihantar mulai keesokan harinya.
Beberapa evidens postmarks daripada surat-surat yang ditemui berlegar di internet membuktikan kewujudan pejabat-pejabat pos ini:
Ampang 1913
Bangi 1910
Banting 1911 2n49 101e30
Batang Berjuntai 1917 3n23 101e25
Batu Arang 1918 3n19 101e28
Batu Caves 1906 3n14 101e40
Batu Laut 1930 2n41 101e30
Batu Road Kuala Lumpur 1908
Batu Tiga 1903
Beranang 1927
Brickfields Road Kuala Lumpur 1926
Bukit Rotan 1938
Gap 1902
Jeram 1909
Kalumpang 1909
Kapar 1909
Kepong 1910
Kerling 1918 3n35 101e36
Klang 1881 3n02 101e27
Kuala Kubu Bharu 1931 3n34 101e39
Kuang 1922
Kwala Kubu 1890
Kwala Langat 1889
Kwala Lumpur 1882
Kwala Selangor 1890 3n21 101e15
Padang Java 1906
Pengkalan Kundang 1930
Petaling 1905
Port Swettenham 1911 3n00 101e23
Puchong 1914
Pudu 1914
Pulau Ketam 1932
Rasa 1903
Rawang 1890 3n19 101e35
Sabak 1896 3n46 100e58
Salak South K.L. 1908
Semenyih 1913 2n57 101e51
Sentul 1913
Sepang 1894 2n42 101e45
Serendah 1893
Station Street K.L. 1912
Sungei Ayer Tawar 1931
Sungei Besi 1895
Sungei Buloh 1910
Sungei Choh 1915
Sungei Pelek 1937
Sungei Way 1911
Telok 1930 2n49 101e31
Ulu Langat 1929
Ulu Yam 1904 3n27 101e38
Vallambrosa 1914
Walaupun jalan raya telah banyak dibina, penghantaran surat masih terlalu lambat. Dahulu, sekeping surat dari Klang kepada penerimanya di Pahang terpaksa melalui laluan yang merumitkan. Dari Klang surat itu dihantar ke Kuala Lumpur, Kemudian ke Kuala Kubu Bharu. Dari situ ke Bukit Fraser sebelum sampai ke Raub. Kemudian, barulah ke destinasinya di Pahang.makan masa banyak hari, berhari-hari. itu belum dikira bencana alam dan kesukaran yang menimpa.
kereta bermotor kini menggantikan kereta lembu untuk penghantaran mel |
Posmen,Basikal dan peti surat di Singapura |
Posmen Bandar |
posmen Taman perumahan dan luar bandar |
Posmen kemalangan ketika bertugas |
Posmen meredah banjir |
Penghantaran tetap diteruskan |
Amanah masyarakat |
Harus diingat. Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda. Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos). Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan.
Logo Perkhidmatan Pos semenjak 1957 sehingga 1992 |
Logo Perkhidmatan Pos semenjak 1992 sehingga 2009 Logo Perkhidmatan Pos semenjak 2009 sehingga kini |
C. SEJARAH PERKHIDMATAN BANK SIMPANAN PEJABAT POS
Kedua-dua bank ini, Selangor dan Perak Savings Bank, kemudian disatukan menjadi Government Savings Bank apabila Federated Malay States yang meliputi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang terbentuk pada 1896. Bank inilah yang kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan Bank Simpanan Nasional pada tahun 1974|;
Our roots date back to the late 19th century when the first Savings Bank service opened in Perak and Selangor. These banks soon became part of the country’s Post Office Savings Bank network which grew to serve over 2.5 million depositors by 1974, with accumulated assets worth over RM537 million.
Rupanya bank yang wujud bukanlah bank komersial macam Maybank, CIMB yag kita tahu dan tengok kini. Bank itu bank yang diwujudkan kerajaan untuk urusan penyimpanan oleh masyarakat umum dan syarikat. Selangor Savings Bank mengumpul dan menggunakan sebahagian modal penyimpan untuk pembangunan negeri. Simpanan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi, daripada menyimpan bawah bantal, dalam tempayan ataupun peti besi, orang-orang kampung, Cina di bandar dan Tamil di estet-estet mula menyimpan duit di bank kerana lebih selamat dan menguntungkan.
Bagi masyarakat India di estet-estet,“Kootoo” yang dijalankan di ladang pada zaman kolonial merupakan satu aktiviti mengisi masa lapang buruh dan memberi semangat kepada buruh India dalam menyimpan wang dan menghantar ke India serta menggunakan untuk majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan.
"Kootoo" adalah perkataan Tamil yang bermaksud gabungan atau kesatuan. Ia merujuk kepada sebuah persatuan yang bergabung oleh beberapa orang untuk tujuan menyimpan wang dengan membayar langganan bulanan tetap untuk beberapa bulan kepada ketua pemegang “Kootoo”. Seorang ahli dipercayai dilantik sebagai ketua atau pengurus “Kootoo” dan akan mengambil wang “Kootoo” daripada ahli-ahli pada bulan pertama dan seterusnya duit “Kootoo” akan dibayar kepada setiap ahli mengikut angka giliran yang ditetapkan oleh ketua pemegang “Kootoo”.
Masalah Dalam Simpanan “Kootoo” Buruh India Selatan di ladang telah biasa dengan melabur simpanan mereka dalam urus niaga lembu dan kambing. Satu lagi kaedah pelaburan yang sama ialah adalah penyertaan dalam "Kootoos" tetapi ini dilihat sebagai satu masalah besar oleh majikan dan juga oleh Jabatan Buruh kerana ia sering menyebabkan pendeposit yang bertanggungjawab kehilangan wang “Kootoo” apabila ada ahli yang tidak membayarnya.Jika ada ahli yang meninggalkan daripada membayar “Kootoo”, maka ahli-ahli yang lain akan membahagikan untung atau rugi secara sama rata mengikut perjanjian asal yang dipersetujui oleh semua sebelum memulakan “Kootoo”.
Bagi orang Melayu,maka ditunjukkan jalannya oleh Ungku Abdul Aziz, seorang pensyarah (kini bergelar professor) Ekonomi di Universiti Malaya. Beliau menyarankan agar diwujudkan kaedah menabung menggunakan setem untuk menunaikan haji. Caranya, penyimpan perlu membeli setem bernilai 50sen-$100 di pejabat-pejabat pos yang berhampiran tempat tinggal mereka. Mereka kemudiannya akan diberi buku setem dan setem-setem tersebut hendaklah ditampalkan kedalam buku tersebut dan disimpan di rumah masing-masing. Kalau penyimpan mengumpul setem bernilai $4 sebulan, ditambah dengan pemberian bonus 3% setahun oleh pihak pejabat pos, mereka memerlukan simpanan selama 22 tahun untuk cukup sebagai tambang haji keseluruhannya. ( Pada tahun 1959, minimum $1500 diperlukan untuk ke Mekah). Kalau $100 sebulan pula, cukup 13 tahun penyimpanan, bolehlah mereka menghantar kesemua buku setem tersebut ke RIDA (MARA) sebelum dihantar kepada Lembaga Perusahaan Tabung Haji (Muslim Pilgrimage Savings Fund Board) untuk pengurusan perjalanan ke Mekah. Biasanya, bakal-bakal haji ini diberi notis 12 bulan untuk bersedia ke Mekah.
Tambahan pula, Faedah sebanyak tiga peratus setahun diberi. Sistem riba Yahudi dan Barat mula mencengkam ekonomi negeri. Pelbagai strategi diatur untuk menggalakkan penyimpanan di bank ini. Rakyat biasa boleh memulakan tabungan dengan membeli buku setem. Apabila buku setem ini penuh, maka penyimpan bolehlah membawanya ke bank tersebut untuk didepositkan pada nilai muka setem tersebut. RM1 untuk setem bernilai RM1, contohnya. Masa itu ekonomi negeri berkembang dan makmur, maka ramailah rakyat yang menabung dan menyimpan di bank ini. Dikatakan jumlah terkumpul simpanan atau deposit lebih banyak berbanding Perak Savings Bank yang dua tahun lebih awal ditubuhkan.
Until April, 1907, there were post-office savings banks only in Perak and Selangor, and they were quite independent of one another. A confederated bank for all the States has now been established, and savings bank business is transacted at every money order office. In the Perak Savings Bank at the end of 1906 there were 1,215 depositors, with 161,330 dollars to their credit ; in Selangor the figures were 1,759 dollars and 194,275 dollars respectively. Interest is paid on deposits at the rate of 3 per cent.
Analisis Statistik Bank Simpanan Kerajaan /Pejabat Pos 1903-1915, FMS |
Our roots date back to the late 19th century when the first Savings Bank service opened in Perak and Selangor. These banks soon became part of the country’s Post Office Savings Bank network which grew to serve over 2.5 million depositors by 1974, with accumulated assets worth over RM537 million.
When BSN was officially established on 1st December 1974, the Bank Simpanan Nasional Act, 1974, enabled the transfer of the management power from the Postal Services Department to the bank’s Board of Directors. With that, BSN was officially launched on 5th December by YAB Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein, the Second Prime Minister of Malaysia:
" Bank Simpanan Nasional represents a new way in our efforts to instill thrift
so that the people will be encouraged to save their money. It will maintain
the high standards of the Post Office Savings Bank and at the same time
bring several changes in keeping with present time.
I hope that with the launching of Bank Simpanan Nasional today, it will
develop as a major saving institution and will expand the savings campaign
of the government an anti-inflationary move and quicken the pace of
national development.
Therefore Bank Simpanan Nasional has an important role in the lives of the
people and National Development."
Buku Simpanan Pos Negeri-Negeri Selat |
Buku simpanan pos Negeri-negeri Melayu Bersekutu FMS |
Buku Simpanan Pos Negeri Johor |
Buku Simpanan Pos Zaman Jepun |
kad setem bagi tujuan simpanan di pejabat pos ketika zaman Jepun |
Buku Simpanan pos selepas British kembali (1947) |
Buku simpanan pejabat pos selepas 1963 |
Buku setem 10 sen untuk penyimpanan pejabat pos bagi murid sekolah |
Buku setem 5 sen untuk penyimpanan pejabat pos bagi murid sekolah |
D. PERKHIDMATAN KIRIMAN PEJABAT POS
Petikan Laporan Perkhidmatan Pos Dalam FMS Government Gazzette 1907:
When the present Director of Posts and Telegraphs (Mr. C. H. Allin) was appointed, he found that the English system of dealing with money orders prevailed in some parts of the States and the Indian system in others. He decided to have one uniform method, and, in view of the number of Indians employed in the States and the extent of, business done with India, he selected the Indian method. Instead of issuing an order to the remitter for transmission to the payee, as is done in the United Kingdom and the Straits Settlements, an advice is sent to the post-office that is nearest to the payee, and this branch, in the case of a small sum, sends a postman to deliver the money ; or, in case of a large sum, advises the payee that it is awaiting him. In either instance the payee signs two receipts, one of which is retained by the post-office, while the other is sent to the remitter. By this arrangement very few void orders are left in the hands of the Post Office Department. At the end of 1906 there were 48 money order offices in the Federated Malay States. Money orders issued during the year represented a value of 2,136,618 dollars, or 338,470 dollars more than in 1905.
Perincian laporan Pejabat Pos FMS mengenai perbandingan kiriman wang antara negeri dalam FMS 1922 dan 1923 |
Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya., pejabat pos merupakan satu institusi
masyarakat yang penting, bukan hanya untuk pos dan terima surat atau bungkusan.
Sejak dahulu lagi, pejabat pos menjadi ejen untuk insurans,transaksi wang
menerusi kiriman wang dan wang pos dan juga ejen bank simpanan pejabat pos.
Setelah mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia memulakan penyertaan secara aktif di dalam pertubuhan antarabangsa agar seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi. Antara lain, ia menjadi ahli Kesatuan Pos Sejagat (UPU) pada 17 Januari 1958, satu penyertaan di mana Malaysia menjadi ahli yang dinamik sehingga ke hari ini. Pejabat pos kini merupakan bangunan yang bersejarah kerana lama digunakan.
Setelah negara melangkah ke abad 21, perkhidmatan pos di Malaysia yang lebih dikenali sebagai Pos Malaysia Berhad terus berusaha untuk memenuhi permintaan dan keperluan pasaran dan tingkahlaku pelanggan yang sering berubah. Awal tahun 1992, Pos Malaysia Berhad telah mencipta sejarah dengan membuat perubahan besar sejajar dengan kebebasan perniagaan. Dengan kebebasan, muncul pula satu cabaran yang lebih hebat. Berdepan dengan persaingan yang kompetitif, Pos Malaysia Berhad memulakan perjalanannya dengan mengukuhkan operasinya melalui pengasingan perniagaan yang terdiri daripada empat unit utama Perniagaan Strategik yang dinamakan PosMel, PosLaju, PosNiaga dan PosLogistik.
Dalam dunia moden kini, e-mel dan mel ekspres semalaman mula menggantikan peranan pos tradisional. Dalam lain perkataan, dunia telah
masuk era teknologi canggih dan terkini, namun pejabat pos tetap menjadi pilihan orang ramai bagi
pengiriman barangan dan surat. Bahkan, kini Pejabat pos telah meluaskan perkhidmatan dengan
membenarkan transaksi pembayaran bil internet, pembaharuan lesen memandu dan
sebagainya.
Kini pelbagai urusan boleh disediakan, dijalankan dan diterima di pejabat pos terbahagi kepada
dua jenis iaitu Perkhidmatan Pos dan Perkhidmatan Agensi:
PERKHIDMATAN POS
- Setem dan Alat Tulis Pos
- Surat Berdaftar
- Bungkusan
- Wang Pos Malaysia
- Pos Laju
- Kiriman Wang Dalam Negara
- Kiriman Wang Luar Negara
PERKHIDMATAN AGENSI
- Bil TNB, Telekom dan Air
- Memperbaharui Lesen
- ASB, ASN, ASW, dan Tabung Haji
- Pinjaman Mara dan PTPTN
- Bil Celcom, Maxis dan Mobilkom
- Emartel, Megan TV dan ASTRO
- Mutiara Telekom, Time Telekom
- Easy Call dan Indah Water
suasana dalam pejabat pos kini |
AGEN WAKAF ANDA |
TAK PERLU KAUNTER, MESIN KAN ADA! |
PENUTUP
Nah, terbukti sejarah pos di negara kita begitu panjang. Tak dapat dinafikan betapa pentingnya mereka yang bekerja, berkhidmat dengannya. Seharusnya, TIDAK. Salah Statement. SEMESTINYA, jasa mereka diingati. Tak kira bangsa, agama, latar belakang kaum dan kedudukan sosioekonomi mereka, pakaian seragam mereka, basikal atau apa jua kenderaan mereka, zaman bila mereka berkhidmat, British ,Jepun, Malaya, Malaysia, merekalah the Unsung Heroes kita.
PENSWASTAAN POS MALAYSIA |
Hari Pos Sedunia adalah untuk menghargai lebih 8 000 posmen dan 23 000 pegawai pos yang ada di Malaysia. Tujuan sambutan Hari Pos Sedunia adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang peranan sektor pos di kalangan kehidupan harian rakyat dan sektor perniagaan serta sumbangannya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara.
Sambutan menggalakkan negara-negara anggota untuk menjalankan aktiviti-aktiviti program yang bertujuan untuk menjana kesedaran yang lebih luas peranan pos dan aktiviti-aktiviti di kalangan orang awam serta media. Setiap tahun, lebih daripada 150 buah negara menyambut Hari Pos Sedunia dalam pelbagai cara. Di negara-negara tertentu, Hari Pos Sedunia disambut sebagai cuti bekerja.
Banyak pihak ‘Pos’ menggunakan sambutan hari itu sebagai acara itu untuk memperkenalkan atau mempromosikan produk dan perkhidmatan pos baru. Beberapa pihak ‘Pos’ juga menggunakan Hari Pos Sedunia untuk memberi ganjaran kepada pekerja mereka kerana menghargai perkhidmatan kakitangan. Kebanyakan negara megadakan pameran filateli, mempamerkan setem baru atau yang berkaitan dengannya.
bandingan kenderaan pos dulu dan kini |
Bandingan peti surat Dulu dan kini |
Bandingan pakaian seragam dan basikal pos dahulu dan sekarang |
Bandingan pakaian seragam pos dahulu dan sekarang |
pejabat-pejabat pos lama |
penulisan tentang sejarah pakaian seragam pos |
pakaian seragam pos (sorting) |
pakaian posmen (penghantaran) selepas merdeka 1957 |
motorsikal pos kini |