Jumaat, 12 November 2021

Dari Telok Gonjeng ke Carey Megaport: 15 Sebab Mengapa Kelestarian Pulau Carey mesti dikekalkan

Salam buat semua. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang hidup sehari lagi di dunia yang fana ini  beribadah, buat mencari keredaanNya, di samping memohon keampunan dan petunjukNya atas dosa dan keterlanjuran kita selama ini. Atok dan Wan berbangga dengan korang yang masih mengekalkan kehidupan serta penghidupan yang diredai Allah. Kita masih berpegang kepada nasihat ulama tentang hidup ini, Agama dijunjung, Dunia dikelek. Akhirat matlamat kita, dunia laluan kita untuk ke sana. Rabbana atina fidduniya hasanah wafil akhirati hasanah Wakina Azaa bannar. Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami daripada azab api neraka. Amiin.

Entri Atok kali ini ada kesinambungan cerita dengan kisah sebelum ini, tentang Pulau Carey. Bukan pasal sejarahnya, tetapi masa depannya. Atok seronok apabila dapat tahu tentang pelan pembangunan masa depannya, tetapi dalam pada itu Atok risau tentang  kesan pembangunannya. Bagi Atok, Pulau Carey ini ibarat kanak-kanak yang sedang membesar. Sekiranya diberi kebebasan tanpa had, rosak masa depannya. Hilang kesuntiannya, merana akhlak keperibadiannya. Kalau dikawal seketat-ketatnya, nanti kekal kejumudannya walaupun masih ada keterunaannya. Kalau boleh Atok nak Pulau Carey menjadi gadis idaman Malaya yang penuh kesantunan budi bahasa, cantik paras wajahnya, serta tinggi akhlak dan kuat pegangan agamanya. Itu metaforanya. Harap korang faham bahasa Atok ini. Atok mahukan pembangunan dan kelestarian alam sekitarnya mampan. Win-Win, kata Omputeh.

Atok cukup benci akan kapitalis-kapitalis gelojoh dan pembesar-pembesar negeri yang munafik, yang mencadangkan pembangunan hebat untuk Pulau Carey tetapi sebenarnya mereka sangat rakus untuk mendapatkan keuntungan, tanpa memikirkan masa depan penduduk setempat dan khazanah alam yang tak ternilai harganya. Kalau boleh seluruh Kuala Langat hendak ditelanjangkan alam sekitarnya.  Tengok sahajalah apa yang terjadi kepada hutan Simpan Kuala Langat Utara. Begitu juga hutan paya bakau di Pulau Indah. Habis tak tinggal sisa. Mereka tak kisahkan atau peduli tentang nasib dan masa depan penduduk tempatan seperti Orang Asli yang bergantung kepada hutan dan alam sekitar untuk kesinambungan hidup mereka. Bukan sahaja hilang mata pencarian, bahkan mereka hilang identiti dan kini menjadi tontonan dan hiburan awam, menjual  cenderahati budaya, seperti Orang Red Indian di Amerika. Atok lebih sukakan Kuala Langat yang sekarang, cukup sederhana...ada pembangunan namun kekalkan warisan. Tak perlu jadi Kuala Lumpur, kaya tapi hidup berserabut. Sebab itu Atok bantah pembangunan melampau Kuala Langat, terutamanya Pulau Carey. Atok tak mahu retorik pembangunan KLIA kononnya untuk rakyat daerah ini, sedangkan bumi dipijak milik orang. Kita hanyalah ibarat penonton yang berada di tepi pagar KLIA melihat kapal terbang turun dan naik sahaja. Jadi, itulah sebab Atok mahu korang pun sama-sama membantah pembangunan terlampau ini demi anak bangsa kita di masa akan datang. Jangan sampai kita disumpah tujuh keturunan dan kubur kita dikencingkan oleh anak cucu sendiri kerana kita menggadaikan hak mereka. Ingat! Dunia ini hanyalah pinjaman  dan kita akan dipertanggungjawabkan atas tindakan atau kealpaan kita nanti. Oklah, teruskanlah membaca.

1. Keindahan dan Keunikan Pulau Carey

Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau ini dinamakan bersempena Edward Valentine John Carey, seorang pegawai awam British di Malaya yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah . Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat diantara keduanya. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng.

Pulau Carey ini terletak di muara Sungai Langat, iaitu 90 km ke Kuala Lumpur dan 60 km ke  KLIA, 20 km ke pusat bandar Klang dan 2 km ke Telok Panglima Garang. Terletak di Mukim Telok Panglima Garang dan kedudukannya adalah di selatan Pelabuhan Klang dan di Utara Banting. Pulau ini juga termasuk dalam senarai kawasan pelancongan di Kementerian Pelancongan.





2. Jambatan 

3. Pantai Tanjung Rhu

Pulau Carey juga mempunyai pantai berpasir halus tersendiri. Namun bukanlah terbaik seperti pantai-pantai lain di Malaysia dan dunia. Pantai Pulau Carey dilihat agak kotor dan dipenuhi dengan sampah, tayar-tayar dan sebagainya. Ini berikutan pantainya menghadap Selat Melaka yang sibuk dengan kapal dagangan serta lokasinya yang tidak terlalu jauh dari pelabuhan. Namun ada juga pantai yang bersih yang berpasir putih dan air yang agak sesuai untuk dijadikan mandian. Pengunjung boleh melihat banyak kerang-kerangan di pantai Pulau Carey selain deruan air masin yang nyaman juga dapat didengari dan dihidu segar. Tanpa disedari, Pantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey yang turut merupakan tempat menarik untuk bersiar-siar. Namun bezanya adalah tempat menarik di Pulau Carey ini tidak mempunyai restoran atau resort seperti pantai yang lain. Pantai Pulau Carey adalah tarikan utama yang pelancong tercari-cari. Suasana pantai ini bakal membuatkan anda tenang dan lupakan segala masalah dunia seketika. Hiruplah udara segar sepuas-puasnya di sini.Tempat menarik di Pulau Carey ini sangat luas.  Anak-anak juga pasti suka bermain-main di pantai ini kerana terdapat mentarang yang boleh anda kutip di pasir-pasir pantai ini. Ia lebih kepada pemandangan flora dan fauna serta berkonsepkan semulajadi.  Anda juga boleh melihat kesibukan kapal di pelabuhan yang jarang anda lihat di pantai-pantai lain. Sungguh menarik!

4. Lanskap Sungai Berliku


5. Kepelbagaian Penduduk 

Pulau Carey kini diduduki penduduk melebihi 2600 orang. Kepelbagaian bangsa di Pulau Carey antaranya India, Orang Asli dan Melayu. Petempatan -petempatan tradisional penduduk yang ada di sini ialah Kg. Melayu  (257 orang), 6 buah kampung Orang Asli (1400 orang) di samping petempatan-petempatan estet (626 orang) dan Kg. Tan Sri Manickavasagam  (350 orang).

Kepelbagaiaan agama dan bangsa penduduk kampung Tan Sri Manickavasagam menunjukkan keterbukaan masyarakat penduduk itu. Selain tu, mereka turut fasih berbahasa Melayu walaupun persekitaran mereka menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa komunikasi harian mereka. Tetapi, terdapat juga beberapa penduduk yang tidak fasih berbahasa Melayu, walaupun begitu mereka masih lagi memahami bahasa Melayu apabila mereka mendengarnya.

Di samping, agama dan kepercayaan masyarakat di kampung Tan Sri Manickavasagam juga turut berkembang. Hal ini kerana, pada awal kemunculan kampung ini, penduduk setempat hanya menganuti agama Hindu tetapi kini masyarakat penduduk Tan Sri kampung Manickavasagam ada yang menganuti agama Islam. Perkembangan agama Islam di kampung itu disebabkan oleh perkahwinan. Penduduk setempat yang berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, jumlah masyarakat di kampung itu masih lagi didominasi oleh masyarakat yang beragama Hindu. Golongan yang beragama Islam hanyalah sebilangan sahaja.

Asimilasi budaya masyarakat setempat turut mendedahkan mereka dengan budaya beragama, malah ada memeluk Islam. Difahamkan terdapat lebih kurang 80 keluarga masyarakat orang asli di Pulau Carey. 30 keluarga telah kembali kepada fitrah Islam. Untuk orang pertama kali bertandang memang sedikit sukar membezakan masyarakat orang asli kerana sebahagiannya telah berkahwin diluar lingkungan suku mereka. Namun terdapat ciri unik, kebanyakan mereka berambut kerinting. Ramai  yang berkahwin dengan masyarakat Melayu . Di sana terdapat juga perkampungan Melayu. Pihak JAKIM, MAIS dan JAIS turut  menempatkan pegawai muda untuk mengemudi dan memantau aktiviti saudara baru di perkampungan orang asli. Mereka lebih memahami perasaan generasi muda. Berbanding warga tua, generasi ini lebih berpotensi untuk kembali kepada fitrah Islam. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey atau nama ringkasnya SMK Pulau Carey, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini mempunyai seramai 28 orang guru dan 3 orang staf bukan akademik. Dari segi komposisi pelajar, ramai dalam kalangan pelajar sekolah ini terdiri daripada bangsa India. Komposisi pelajar yang selebihnya diisi oleh pelajar berbangsa asli Mah Meri dan juga Melayu. Pada 2015, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey memiliki 116 pelajar lelaki dan 108 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 224 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru. Mengikut unjuran 2015, bilangan keseluruhan pelajar sekolah ini ialah seramai 284 pelajar..

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pulau Carey Timur atau nama ringkasnya SJK (T) Pulau Carey Timur, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Pulau Carey Timur. Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pulau Carey Timur memiliki 24 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 42 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pulau Carey Selatan atau nama ringkasnya SJK (T) Pulau Carey Selatan, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Pulau Carey Selatan. Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pulau Carey Selatan memiliki 27 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 42 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru.

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pulau Carey Barat atau nama ringkasnya SJK (T) Pulau Carey Barat, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Pulau Carey Barat, Pulau Carey, Selangor, Malaysia. Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pulau Carey Barat memiliki 55 pelajar lelaki dan 37 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 92 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.

Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A), atau nama ringkasnya SK Sg Bumbun (A), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pulau Carey. Sekolah ini ditubuhkan pada bulan Mac 1956. Kedudukan sekolah adalah ditengah-tengah kampung di atas tanah Tok Batin Singgan, seluas ½ ekar yang diwakafkan. Pada Tarikh tersebut bermula sesi persekolahan bagi masyarakat Orang Asli Sungai Bumbun. Dapatan data terkini setakat terdaftar 1 Januari 2021 Terdapat 106 orang murid Peribumi Orang Asli, 57 murid Bumiputera Melayu, 9 berbangsa India dan lain-lain bangsa.

Sekolah Kebangsaan Sungai Judah atau nama ringkasnya SK Sungai Judah, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Sungai Judah. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Judah memiliki 84 pelajar lelaki dan 49 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 133 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru. 




PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI PULAU CAREY


Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Mereka telah mendiaminya sejak zaman awal Kesultanan Selangor, dan kekal di sana walaupun selepas ia dibeli oleh seorang lelaki British dan menukarnya menjadi sebuah ladang, yang kemudiannya berada di bawah hak milik Sime Darby Bhd. 

Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng. Sejak dahulu lagi, asimilasi kaum ini dengan bangsa-bangsa lain agak minimal kecuali ketika pihak Inggeris menghantar jurupandu Orang Asli bagi merintis jalan darat membelah hutan dari Jugra ke Klang melalui Telok Panglima Garang.  EV John Carey menyelesaikan masalah kekurangan buruh dengan mendapatkan khidmat kaum Mah Meri untuk membantu membersihkan kawasan dan juga membantu membersihkan kawasan serta pembinaan banglo, jalan raya, parit, larangan dan kuarters pekerja dari India Selatan kerana pada awalnya, masalah buruh, harimau dan punca malaria ditangguhkan akibat terlalu banyak kerja pada pembangunan pulau itu.  Seterusnya, ada juga anak-anak Orang Asli Pulau Carey yang bekerja dengan towkay-towkay Cina menjual ikan yang baru didaratkan di pekan Telok setiap petang, atau menjaga kebun- kebun mereka. Atok pernah melihat ramai orang Asli Pulau Carey yang berjalan kaki semata-mata untuk ke pasar malam setiap hari Selasa di pekan Telok. Memang boleh dikenal mereka berdasarkan dressing mereka yang ketara berbeza. Mereka ini lebih banyak berdiam diri. Jadi, sosialisasi dengan penduduk Telok agak minimum dan terbatas pada urusniaga. Konotasi negatif seperti Sakai, Jakun dan Gonjeng menyisihkan lagi hubungan mereka dan kita. 

Tapi kini, Komuniti Orang Asli di Pulau Carey, Selangor mengalami perubahan demi perubahan walaupun dalam keadaan yang perlahan. Hubungan dengan masyarakat luar telah banyak memberikan pendedahan baharu kepada komuniti Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman masyarakat Orang Asli Mah Meri berbangga dengan kebudayaan yang mereka amalkan. Masyarakat Orang Asli Mah Meri turut mahukan pihak berkuasa untuk mengambil langkah dalam memelihara hutan paya bakau agar ianya tidak musnah ditelan arus pembangunan dan permodenan zaman. Kerisauan mereka terhadap kepupusan sumber hasil hutan di perkampungan sungai bumbum disebabkan oleh mereka khuatir generasi akan datang tidak dapat mewarisi produk kraftangan yang dihasilkan secara turun temurun. Tambahan pula, Orang Asli sangat sayang akan alam sekitar. Hal ini terbukti apabila mereka mengambil hasil hutan cukup sekadar keperluan mereka sahaja. Mereka juga turut menjalankan aktiviti penanaman semula pokok yang telah ditebang untuk tujuan ukiran kayu bagi menghasilkan produk pelancongan peribumi. Orang Asli juga percaya bahawa melalui aktiviti pelancongan dapat meningkatkan taraf hidup dan sumber ekonomi mereka.

Penempatan yang terlibat ialah Kampung Sungai Bumbun, Kampung Sungai Judah, Kampung Sungai Kurau, Kampung Sungai Rambai dan Kampung Kepau Laut.  Kawasan perkampungan ini merupakan kawasan rizab hutan yang menempatkan hutan Simpan Bakau Jugra Blok 1 dan Blok 3. Lima buah perkampungan di Pulau Carey yang diduduki oleh masyarakat peribumi telah diwartakan sebagai rizab Orang Asli. Kebanyakan penduduk kampung Orang Asli ini bekerja sebagai nelayan dan penoreh kelapa sawit sejak berpuluh tahun dulu. Banyak pembaharuan yang dikecapi antaranya rumah baru yang dibina kerajaan untuk Orang Asli. Namun ada juga segelintir penduduk yang masih menetap di rumah buluh kerana sudah biasa sejak turun temurun,  

Kampung Sungai Bumbun berkeluasan 140 hektar (ha) dengan jumlah keseluruhan penduduk 317 orang (169 orang lelaki dan 148 orang perempuan) dan terdiri daripada 65 buah keluarga. Aktiviti utama penduduk di sini ialah pertanian terutamanya tanaman kelapa sawit (127 ha), kelapa (4.5 ha) dan dusun buah-buahan (2.0 ha). 

Kampung Sungai Judah berkeluasan 192.5 ha dan mempunyai seramai 273 orang penduduk (142 orang lelaki dan 131 orang perempuan) dengan 56 buah keluarga. Aktiviti ekonomi utama penduduk ialah pertanian (50.4% daripada guna tanah keseluruhan) dengan tanaman utamanya ialah kelapa sawit (80.9 ha), kelapa (8.1 ha) dan dusun buah-buahan (8.1 ha). Kemudahan sosial yang terdapat di sini ialah dewan serbaguna, surau, sekolah rendah, balai rawatan, jalan tar dan bekalan air paip. Bila diamati daripada raut wajah mereka tidak banyak beza dengan masyarakat Melayu, tetapi mereka mempunyai kepakaran luar biasa mengenai kehidupan laut. Sebut saja sisi laut, mereka seperti memiliki radar dan tahu lubuk mana yang mempunyai kelompok ikan, ketam dan udang. Kelebihan itu jarang dimiliki nelayan pantai lain yang hanya bergantung kepada pukat, jaring dan jala ditebarkan. kebanyakan Orang Asli bekerja sebagai nelayan sebagai punca pendapatan utama menyara keluarga. seramai 13 nelayan Orang Asli Kampung Sungai Judah berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kuala Langat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan.

Kampung Sungai Kurau pula mempunyai keluasan keseluruhan 65.0 ha. Jumlah penduduk keseluruhan ialah 119 orang (57 orang lelaki dan 62 orang wanita) dengan 23 buah keluarga. Kegiatan ekonomi utama adalah pertanian (70.0% daripada guna tanah keseluruhan) dengan kelapa sawit sebagai tanaman utama (51.0 ha).

Kampung Sungai Rambai mempunyai keluasan 40.0 ha dengan keseluruhan penduduk berjumlah 44 orang (22 lelaki dan 22 perempuan) dengan 10 buah keluarga. Aktiviti ekonomi utama penduduk di sini ialah pertanian (82.0% daripada guna tanah keseluruhan) dengan tanaman utamanya ialah kelapa sawit (31.0 ha) dan kelapa (2.0 ha) dan telah diwartakan sebagai rizab orang asli. Antara kemudahan asas yang terdapat di sini ialah balai rawatan, jalan tanah merah dan sebuah jana kuasa untuk membekalkan elektrik ke rumah penduduk sekitar. Kampung Sungai Rambai pula berkeluasan 40.4 ha. Jumlah keseluruhan penduduk ialah 44 orang (22 lelaki dan 22 perempuan) dengan 10 buah keluarga. Kemudahan sosial yang terdapat di sini adalah tabika, jalan tanah merah dan jalan tar. Aktiviti ekonomi utama penduduk ialah pertanian (82.0% daripada guna tanah keseluruhan) dengan tanaman utamanya ialah kelapa sawit (31.1 ha) dan kelapa (2.0 ha). 

Kampung Kepau Laut pula berkeluasan 146.0 ha dengan status tanah seperti berikut: 82.0 ha adalah tanah kerajaan dan 64.0 ha lagi merupakan hutan simpan. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 103 orang (53 lelaki dan 50 perempuan) dengan 20 buah keluarga. Antara kemudahan asas yang terdapat di sini ialah dewan serbaguna, surau dan jalan tanah merah. Pertanian merupakan Penglibatan Masyarakat Peribumi Terhadap Persekitaran 119 aktiviti ekonomi utama penduduk (46.6% daripada guna tanah keseluruhan) dengan tanaman seperti kelapa sawit (40.5 ha) dan kelapa (6.1 ha).

Masyarakat peribumi seperti Mah Meri ini sangat beretika apabila berinteraksi dengan alam sekitar. Cara hidup seharian mereka penuh dengan elemen kasih sayang dan penghormatan terhadap alam. Mereka bukan sahaja menjadikan hutan dan alam semula jadi sebagai tempat tinggal yang aman tetapi memperolehi sumber makanan, ubat-ubatan, air minuman dan semua keperluan hidup, selain menyerlahkan manifestasi amalan, kepercayaan dan pemujaan terhadap kuasa ghaib. 
Interaksi di antara peribumi dan alam sekitar jelas memberi gambaran bagaimana golongan ini begitu menitikberatkan hubungan yang harmoni dengan persekitaran. Ia bukan sahaja kerana masyarakat peribumi ini perlu menjaga kelestarian persekitaran bagi menjamin kesinambungan hidup mereka, tetapi juga didorong oleh amalan, kepercayaan dan pegangan hidup masyarakat itu sendiri. 
Alam adalah sebahagian daripada kehidupan mereka, alam juga perlu dijaga supaya kuasa ghaib, roh, penunggu, dewa atau tuhan mereka tidak marah. Kemarahan kuasa-kuasa ghaib ini akan membawa bencana kepada mereka dalam pelbagai bentuk seperti banjir, kemarau, penyakit atau kematian. Justeru mereka sangat menghormati alam sekitar dan menjalinkan hubungan yang harmoni dengan persekitaran mereka.






Sehingga kini, didapati penyertaan masyarakat setempat hanya terarah kepada projek pembangunan yang mengancam nilai estetik atau warisan masyarakat dan yang melibatkan kejadian bencana atau pencemaran. Aspek pembangunan yang melibatkan "impak kurang ketara" seperti perubahan dasar dan perancangan, gangguan keselesaan komuniti atau tekanan terhadap sumber asli masih belum diberikan perhatian sewajarnya oleh mereka

Kegiatan pembangunan utama di sekitar kawasan tersebut adalah pertanian diikuti oleh akuakultur dan perumahan. Secara umum, responden memahami dan mengetahui kepentingan komponen alam sekitar seperti ekosistem hutan. Hal ini kerana kehidupan Orang Asli amat sinonim dengan hutan. Hutan merupakan nadi kehidupan mereka dari dahulu hingga sekarang. Selain sumber untuk memperoleh makanan, hutan juga menjadi sumber pendapatan bagi mereka kepentingan hutan kepada responden. Justeru, ekosistem hutan tersebut tidak harus dan tidak wajar dimusnahkan atas sebarang alasan misalnya desakan pembangunan. 


Justeru, sebagai sebahagian masyarakat negara ini, golongan peribumi seperti masyarakat Mah Meri di Pulau Carey seharusnya diberi peluang dan ruang serta dibenarkan terlibat sama dalam proses perancangan, perlaksanaan, penilaian dasar dan projek/program yang akan memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Penglibatan dan kerjasama masyarakat peribumi dalam isu yang membabitkan persekitaran seperti hutan dalam kajian ini sangat penting kerana sebagai pihak yang berkepentingan yang mendiami kawasan tersebut, mereka biasanya mahir dan amat memahami keadaan persekitaran setempat di tempat yang mereka tinggal, justeru secara tidak langsung mereka dapat memberi dan menyumbang maklumat asas yang berguna bagi mengelak timbulnya masalah persekitaran yang lebih serius kesan daripada pembangunan yang dijalankan. Hal ini sangat penting diberi penekanan yang sewajarnya kerana, masyarakat awam merupakan benteng terakhir yang berupaya menyelamatkan proses kemusnahan alam sekitar dan sumber aslinya.

Ciri-ciri masyarakat peribumi melibatkan pengetahuan tentang tradisi sosial, sistem ekonomi dan politik, serta cara hidup yang semakin dicabar oleh pembangunan dari luar dan sekeliling mereka. Pertembungan antara pembangunan dan orang peribumi berlaku apabila sumber ekonomi masyarakat peribumi tergugat dan berkurang, lantas menyulitkan lagi kedudukan mandiri mereka. 

7. Perkampungan Melayu

Kampung Melayu, Pulau Carey merupakan perkampungan tradisional Melayu. Di situ terdapat 257 orang penduduk;  138 lelaki, dan 119 perempuan. Daripada jumlah itu, 71 masih kanak-kanak, 35 orang bayi,133 dewasa, dan 18 warga emas, menjadikan keseluruhan penduduknya seramai 257 orang.

Terdapat sebuah masjid di kampung ini. Masjid ini terletak bersebelahandengan sebuah sekolah rendah agama.

8. Perkampungan India

Di dalam Pulau Carey, terdapat sebuah kampung yang didominasikan oleh masyarakat yang berbangsa India. Kampung ini telah wujud sejak beberapa puluh tahun yang lalu. Kampung ini telah diwujudkan oleh seorang presiden keenam MIC (Malaysian Indian Congress). Nama kampung Tan Sri Manickavasagam ini adalah berasal daripada nama seorang ahli politik Perikatan/ MIC di Malaysia. Beliau merupakan Presiden MIC ("Kongres India Se-Malaysia") yang ke-6 (1973-1979) iaitu Tan Sri Dato' Seri V. Manickavasagam.  Kampung ini wujud sejak tahun 1978 sehingga sekarang dan  semakin berkembang berbanding semasa tahun permulaan kampung ini dibina. Hasil dari kegigihan beliau untuk memajukan kaum India , beliau beriltizam untuk membangunkan masyarakat  berbangsa India sehingga dipelosok pedalaman. Kampung ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada kaum India untuk mempunyai petempatan sendiri. Kampung ini mendapat reaksi yang baik daripada penduduk tempatan pada masa itu. Kemunculan kampung Manickavasagam ini telah menjadikan masyarakat tempatan pada masa itu semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

Anggaran penduduk di kampung Tan Sri Manickavasagam pada waktu ini ialah seramai 350 penduduk. Selain itu, kampung Manickavasagam ini terbahagi kepada 5 lorong dan setiap lorong mempunyai penduduk dan petempatan. Penduduk ini terdiri daripada semua golongan ahli isi rumah termasuk golongan kanak-kanak. Kebanyakan penduduk di Kampung Tan Sri Manickavasagam ini  mempunyai kenderaan  kereta sekurang-kurangnya satu setiap rumah. Ini secara tidak langsung, menunjukkan penduduk setempat pastinya mempunyai pendapatan bulanan yang mencukupi dan melebihi daripada keperluan asas mereka.

Penduduk kampung Tan Sri Manickavasagam juga menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah menjalankan aktiviti pertanian, perikanan, di samping perladangan. Kebanyakan, mereka bekerja di ladang kelapa sawit di Sime Darby sebagai buruh dan sebagainya. Malahan, mereka juga ada bekerja sebagai nelayan di Sungai Judah, Pulau Carey. Segala aktiviti yang dijalankan adalah untuk menyara diri, dan keluarga penduduk kampung Tan Sri Manickavasagam. Malahan, terdapat penduduk yang menjalankan aktiviti peruncitan dengan membuka kedai runcit untuk memenuhi keperluan asas penduduk. Terdapat dua lorong daripada lima lorong yang mempunyai kedai runcit. Kesemua peniaga itu adalah berbangsa India. Pekerjaan yang dilakukan adalah punca pendapatan kasar penduduk kampung Tan Sri Manickavasagam itu.

Semua penduduk kampung Tan Sri Manickavasagam ialah berbangsa India. Hampir kesemua penduduk kampung ini menganuti agama Hindu. Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang beragama Islam walaupun mereka berbangsa India. Mereka, yang beragama Islam turut pergi ke masjid  untuk menunaikan solat fardhu. Jarak petempatan untuk ke masjid anggaran 5km dari rumah mereka. Ini menunjukkan agama juga turut berkembang melalui pelbagai cara. Terdapat juga kuil berhampiran di petempatan mereka iaitu sebanyak dua buah kuil di kampung Tan Sri Manickavasagam itu.

9. Komuniti Ladang

Pada hari ini Pulau Carey juga mendapat jolokan "Pulau Sime Darby" kerana syarikat estet ladang kelapa sawit terbesar di Malaysia telah mendominasi tanah pulau ini yang rata-rata dijadikan sebagai ladang kelapa sawit komoditi. Perladangan tulen kelapa sawit dilihat menjadi bahan asas kepada aktiviti pemprosesan minyak kelapa sawit mentah untuk dijadikan minyak masakan dan bahan asas campuran dalam minyak bio-diesel bagi pembakaran api mesra alam. Industri kelapa sawit kadang kala mendapat reaksi negatif dan kritikan dari pelbagai pihak. Mereka berpendapat aktiviti penanaman tumbuhan komoditi tersebut dapat menyebabkan kerosakan terhadap sistem akuifer air bawah tanah, menyebabkan mendapan tanah, mencemarkan ekosistem sungai dan menganggu habitat semulajadi hidupan liar. Jangka hayat pengeluaran hasil buah kelapa sawit berterusan biasanya akan berakhir hingga umurnya mencapai 30 tahun, ini sekaligus memberi tempoh yang baik untuk mewujudkan kesinambungan antara haiwan, burang dan tanaman sekitarnya. Bagi mewujukan suatu hubungan simbiosis antara tanaman komoditi dan tumbuhan liar serta hidupan disekitar Pulau Carey, pihak Sime Darby telah menjalankan kegiatan penanaman semula pokok terancam dan cuba membangunkan semula kawasan rizab hutan paya bakau disekitar pesisir pantai pulau tersebut

Di bawah sektor perladangan, tidak dinafikan bahawa sektor ini sebahagian besar dimonopoli oleh warga asing. Permasalahan ini berlaku adalah disebabkan oleh urusan pengambilan pekerja-pekerja ladang dilaksanakan oleh majikan ladang itu sendiri. Pembayaran gaji kepada golongan warga asing juga adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerja ladang warga dan Kerajaan Negeri tiada kuasa campur tangan di dalam menentukan urusan pengambilan pekerja ladang kerana hal tersebut adalah bergantung kuasa sepenuhnya kepada pengurusan pemilik ladang yang berkenaan dan kuasa pelantikan pekerja ladang adalah terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Oleh yang demikian, kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad dalam membela nasib pekerja ladang tempatan mahupun menghalang pengambilan pekerja warga asing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa cuba membela nasib dan menjaga kebajikan pekerja ladang dengan penganjuran program- program bantuan seperti Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah, Bantuan Yuran Pengajian, Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR serta program- program bagi meningkatkan mutu pendidikan. Selain itu, sewaktu sektor ladang dibangunkan ketika dahulu, Kerajaan melalui Estate Landboard telah membantu pekerja ladang dengan memohon perumahan, tapak ibadat, tapak sekolah sebagai keperluan asas mereka.














       











10. Peluang Pekerjaan




11. Rekreasi dan Sukan Lasak

Indah tempatnya sama seperti namanya. Pulau Carey terkenal sebagai salah sebuah tempat menarik yang berkonsepkan santai dan rekreasi bagi anda yang suka bersiar-siar di sekitar pulau dalam negeri Selangor.Sekiranya anda ingin mencari tempat penginapan terbaik dan high class, Amverton Cove Golf and Island Resort adalah pilihan terbaik. Terdapat banyak kelengkapan dan kemudahan di resort ini seperti jakuzi, kolam renang persendirian, kebun persendirian dan banyak lagi.Sepanjang berada di sini, anda boleh melakukan aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan resort. Antaranya adalah menaiki paddle boat, berkayak, rock climbing, flying fox, memancing, berbasikal, menaiki ATV, bermain snoker, karaoke dan lain-lain lagi hiburan. Untuk anak pula, anda boleh membawa mereka ke pulau haiwan yang berdekatan resort ini.










12. Agro-Pelancongan






13. Ekspedisi Pulau





14. Perkampungan Persaraan Carey Circles



15. Destinasi Menarik sekitar dan di Pulau Carey :

Hatter’s Castle
Mah Meri Cultural Village
Amverton Cove Golf & Island Resort
LS Fishing Pond 
Pulau Carey beach
Oil palm plantations
Pulau Carey Seafood Restaurants
Kang Guan Seafood Restaurant 
I Suka Restaurant (Pork-free) 
Seri Langat Seafood Restaurant 

Berdekatan:
Fo Guang Shan Dong Zen Temple
Istana Bandar Jugra
Masjid Diraja Sultan Alaeddin
Muzium Insitu Jugra
Bukit Jugra 
Makam Sultan Abdul Samad
Pantai Kelanang
Pantai Morib
Pulau Ketam

Pulau Carey kini sudah tidak seperti dulu. Jika sekitar tahun 80an-90an, hutan paya bakau masih banyak di Pulau ini, tetapi kini tidak lagi. Keadaan sudah berubah. Bagi penduduk di Pulau Carey ini, hakikat ini perlu ditelan walaupun pahit. Kemajuan & kemodenan yang dibawa oleh "manusia" kadang kala telah mengubah pola kehidupan di alam ini. Jika dulu, masyarakat Mah Meri menjadikan hutan paya bakau adalah sumber rezeki terulung bagi mereka, tetapi kini tidak lagi. Keluasan hutan paya bakau semakin mengecil kerana telah diganti dengan penanaman sawit, untuk menjana ekonomi yang lebih mampan. Lihat sahaja Pulau Indah. Dahulu pulau ini mempunyai signifikan paya bakau, tetapi sebahagian besar hutan bakau hilang pada tahun 1999 kerana pembangunan Pelabuhan Barat dan kawasan perindustrian.  Kemusnahan demi kemusnahan yang dicipta oleh manusia tanpa memikirkan kehidupan alam yang sering bergantungan. 

Tetapi semua itu mungkin akan berubah menjadi lebih parah tidak lama lagi, kerana Pulau Carey telah dikenal pasti sebagai tapak pembinaan pelabuhan bernilai RM200 bilion. Berdasarkan kepada Cadangan Perluasan Kawasan Had Operasi Pelabuhan Klang daripada Lembaga Pelabuhan Klang, Pulau Carey termasuk di dalam cadangan ini. Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Pelabuhan Klang sedang dalam penyediaan Master Plan berkenaan Projek Pembangunan Terminal Pelabuhan Ke 3.

Digambarkan  Pulau Carey sebagai sebuah bandar industri pelabuhan, projek itu dijangka meliputi kawasan seluas 100 kilometer persegi - iaitu dua kali ganda keluasan Putrajaya. Penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC) percaya bahawa kaum Mah Meri akan sama ada dipindahkan atau ditempatkan semula di kawasan yang lebih jauh dari tanah pusaka mereka dan mungkin di kawasan yang lebih kecil. Mereka bimbang tentang masa depan mereka jika mereka terpaksa berpindah jauh dari segala yang mereka ada sekarang.

Buat masa ini, berdasarkan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 yang telah diwartakan melalui no warta 2382 pada 5 Julai 2018, 70% zon gunatanah di Pulau Carey masih dikekalkan sebagai kawasan pertanian, 25 % zon gunatanah perumahan dan 5 % adalah zon gunatanah komersil. Pihak MPKL masih lagi belum menerima sebarang permohonan atau cadangan secara rasmi berhubung pembangunan industri maritim yang akan dibangunkan di Pulau Carey. 

PEMBANGUNAN PELABUHAN MEGA DI PULAU CAREY

Jajaran Pelabuhan Klang -Pulau Indah – Telok Gong – Sijangkang akan dimajukan sebagai Pelabuhan dan zone industri marin. Seluruh Pulau Carey akan dibangunkan menjadi bandar Pelabuhan.Pembinaan pelabuhan gergasi di Pulau Carey, yang terletak di Selatan Pelabutan Klang dijangka dapat merubah keseluruhan imej Pelabuhan Klang. Projek pembangunan bandar pelabuhan dan perindustrian yang berkeluasan 100km persegi ini dijangka mampu menampung pengendalian kargo melebihi apa yang dikendalikan oleh kedua-dua terminal Westports dan Northport ketika ini. Projek 20 tahun tersebut akan terdiri daripada pembangunan pelabuhan bersepadu dengan kapasiti pengendalian tahunan sehingga 30 juta TEU, taman perindustrian dan kawasan kediaman. Selain itu, turut dalam pertimbangan adalah untuk mewujudkan bandar maritim bersepadu yang akan menjadi pelengkap kepada pelabuhan,
membangunkan Pelabuhan Klang dan membina keupayaan untuk mengendalikan kontena serta kargo berada di tahap yang berdaya saing.

Northport. Westport,dan seterusnya Pulau Carey, sebuah projek bandar pelabuhan dan perindustrian berskala besar dengan pelaburan infrastruktur bernilai lebih RM200 bilion ($66.6 bilion) meliputi kawasan seluas lebih 100 kilometer persegi, dua kali ganda daripada saiz Putrajaya.Pembangunan bandar raya pelabuhan di Pulau Carey setakat ini mencakupi kawasan seluas 5,000 ekar (2023.4 hektar) bagi menampung aliran trafik kapal dagang dari negara jiran.kargo dari selatan Thailand dan Sumatera (Indonesia) dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Pelabuhan Klang sebagai hab logistik di rantau ini,Pelabuhan gergasi baru ini juga akan mengendalikan lebih banyak kargo dengan penggabungan dua pelabuhan sedia ada.terdapat dua pelabuhan pada masa ini iaitu West Port dan North Port manakala ada cadangan untuk membina pelabuhan ketiga.berdasarkan kajian sebelum ini, menjelang tahun 2025, kapasiti di kedua-dua pelabuhan itu akan mencapai tahap maksimum.

Anggaran keseluruhan pembangunan pelabuhan dan bandar port city ini berjumlah lebih RM1 trilion. Pembangunan pelabuhan ini akan dibuka kepada pelabur-pelabur swasta seperti operator-operator pelabuhan, syarikat perkapalan dan pemaju hartanah secara usahasama. Sime Darby Berhad, pemilik tanah terbesar di Pulau Carey dengan lebih 11,000 hektar ladang kelapa sawit akan memainkan peranan penting di dalam pembangunan port city tersebut. Sime Darby Property iaitu pemaju hartanah di bawah syarikat konglomerat tersebut, bersama dengan MMC Ports (syarikat utiliti dan infrasktruktur yang merupakan anak syarikat MMC Corp Berhad) dan Adani Ports, operator pelabuhan swasta terbesar di India serta Special Economic Zone Limited (APSEZ) akan bekerjasama di dalam kajian hala tuju pembangunan projek tersebut. MMC Ports dan APSEZ telah menandatangani MOU berasingan untuk mengkaji halatuju pembangunan (feasibility) Pulau Carey sebagai projek pembangunan di Pelabuhan Klang. Kedua-dua projek itu akan membolehkan Pelabuhan Klang memenuhi keperluan kapasiti melepasi tahun 2030 dan bertindak sebagai pemangkin bagi pembangunan di sepanjang kawasan industri di selatan Selangor. 

Terminal  ketiga  akan dibangunkan dengan  kapasiti  kendalian  melebihi jumlah  kendalian yang dikendalikan oleh kedua-dua terminal Northport dan Westports ketika ini. Kerajaan sedang dalam perancangan membangunkan terminal ketiga berkonsepkan bandar pelabuhan (Maritime City) di Pulau Carey yang mampu mengendalikan kapasiti 30juta TEU, yang akan   dibangunkan   secara usahasama dengan pihak swasta. Pelan ini dicadangkan oleh Lembaga Pelabuhan Kelang selaras dengan  hasil kajian    Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Klang    merangkumi pembangunan pelabuhan dan infrasruktur serta kawasan zon bebas dan juga pembangunan kawasan industri dan komersial dan kediaman. Kedua-dua projek tersebut akan membolehkan Pelabuhan Klang berkembang dan memenuhi permintaan kapasiti sehingga tahun 2030 dan meningkatkan asas perkilangannya untuk menyokong sektor eksport Malaysia.

The Port Klang –  area has been identified as one of the ports and maritime industrial zones in this plan to be further developed, under the initiative of the principle BM1. The proposed expansion of Westports is aligned with the Selangor Structure Plan 2035, with the whole of Pulau Indah being allocated for port maritime and marine industry. The integrated maritime city was planned to host free trade zones, industrial parks, as well as commercial and residential buildings.

           

The Carey Island project, together with Malaysia's main shipping hub Port Klang nearby, was originally meant to challenge Singapore's dominant position as South-east Asia's maritime hub. The Carey Island project, together with Malaysia's main shipping hub Port Klang nearby, was originally meant to challenge Singapore's dominant position as South-east Asia's maritime hub. Pulau Carey has gained a lot of traction recently with the potential development of Pulau Carey Port with an infrastructure investment of c.RM200.0b spearheaded by SIME, MMC, Adani ports and Special Economic Zone Limited (APSEZ) as an extension to Port Klang the 11th busiest container port in the world. The Carey Island "Maritime City", announced in Jan, would have housed a 30-million TEU-handling port, and was initially intended to be built by MMC and China Merchant Group. It has been reported that the government will finance basic infrastructure on the underdeveloped island.

Pulau Carey is located approximately 70km away from KL City Centre accessible via South Klang Valley Expressway (SKVE) which is approximately an hour’s drive away. The main owner of the Pulau Carey landbank is SIME with c.11,000ha mainly designated for plantation at the moment. Pulau Carey land has been rezoned for residential and commercial purposes from agriculture land status. the Pulau Carey masterplan includes a proposed interchange from SKVE, – in view of Pulau Carey Port play - as further infrastructure developments would require better accessibility. The cost of the interchange is likely to be borne mainly by SIME given that it has the lion share of the Pulau Carey land With the interchange, we believe that it would reduce travelling time by passing Telok Panglima Garang Interchange.

Focusing on tourism theme in the short to medium term. There' s a lot of interest from various parties to jointly develop its land in Pulau Carey due to its proximity to Port Klang coupled with the upcoming development of Pulau Carey Port. Any new developments should be in line with the philosophy of preserving the eco-friendly environment.  337 acres of land in Pulau Carey have been earmarked for that purpose and intend to develop 250 units of service apartments with water park to complement Amverton Cove Golf & Island Resort’s hotel in the immediate term and also Homesteads, intend to develop a condo retirement village within the area  while the remaining land would be earmarked for bungalows . As for the remaining land bank in Pulau Carey (c.1,439.4 acres), it would be earmarked for township development in light of the development of Pulau Carey Port.




  




Stiff competition in the Strait of Malacca - one of the busiest shipping routes in the world - and wider options for transporting goods to and from Asia Pacific across the Indian Ocean has caused Malaysia's biggest maritime development to lose momentum, with both MMC Corp and the government hesitant to pour money into what may become a white elephant. But falling volumes at Port Klang, largely due to global shipping alliances shifting operations to Singapore, have put paid to those plans for now, say industry and finance sector sources. If it continues to perform poorly, Klang will only handle about half its full capacity this year. Singapore's PSA however saw growth, with volumes up 8.5 per cent as at October, compared to the same period last year. Hence, an ambitious plan to build a RM140 billion (S$45.5 billion) mega port on an island off Selangor has been shelved for now by its main promoter, MMC Corp led by Malaysian tycoon Syed Mokhtar Albukhary. 

Rujukan:







Selasa, 26 Oktober 2021

Kisah Edward Valentine John , Gagak dan Pulau Carey

Salam buat semua. Apa Khabar? Khabar baik? Waras? Masih keras? Hahaha...Alhamdulillah, Atok dan Wan sihat-sihat jer. Begitu juga Atok doakan buat korang semua. Pkp, pkp, pkp dah habis dah! Syukur kepada Allah, kes COVID makin menurun, Tak ramai lagi dah yang masuk hospital. Yang selesema, batuk itu biasalah.Tapi Atok nak pesan juga....jaga SOP. Jangan terlampau berani sangat, elakkan berkumpul ramai-ramai, jauhi tempat sempit dan terkurung. Always bawa dan pakai mask di tempat awam. 

Bebudak yang masih kecil dan belum divaksin tu, kasihanlah kat diorang juga. Tak perlu jangan bawa. Kita jaga kita,ok? Yang antivaksin tu, lantaklah korang. Duduk jerlah kat rumah, dan tolong perhatikan rumah-rumah jiran-jiran yang balik kampung tu. Kalau nak pahala lebih, tolong beri makan kucing-kucing diorang tu sekali. Dah orang khabarkan, ambil vaksin, ambil vaksin. Tapi nak ikut kepala sendiri. Cakap orang tak mahu dengar. Dah berbuih  mulut menteri, ulama, doctor pakar virologi pasal virus beritahu tentang faedah vaksinisasi, dia tetap tak mahu ikut. DEGIL. Atas kapala ada batu besar jugak. Konon agenda Yahudi ler. Yahudi Abah Kau! Yahudi pun ramai yang mati pasal COVID ini. Konon ada sel babilah dalam vaksin! Eh,eh...ringan jer lidah Atok nak carutkan golongan macam ini! Tapi bila Atok ingatkan korang yang lain yang baik dan mendengar kata, maka, tak sampailah hati Atok. Atok tukarkan makian itu kepada doa agar kita semua termasuk mereka diselamatkan daripada bala bencana wabak ini. Amiin. 

Oklah semua...Kali ini Atok nak bercerita tentang mamat yang pernah terkenal di Jugra dan Selangor suatu masa dahulu. Mamat ini  bangsa Mat Salleh. Hidupnya pun zaman Mat Salleh kelentong hidup-hidup sultan dan pembesar Melayu kita. Dia bukan Islam. Matinya juga sebagai kafir Kristian. Kuburnyapun takde kat sini atau di Jugra. Takde apa-apapun jasa dia kat kita, tapi namanya sentiasa di bibir kita terutamanya di Kuala Langat termasuk Jugra dan Telok . Nama dia lebih banyak kita sebut daripada nama emak bapak kita yang dah lama meninggal dunia. Cuma dia tiada dalam doa kita. 

Apa pasal Atok beria-ia benar nak korek cerita tentang dia yang dah mati lebih 107 tahun dahulu? Buat apa Atok nak ambil tahu sangat tentang dia yang takde hubungkait sebesar habukpun dengan Atok? Haha...itu persoalannya! Kenapa Sultan baik hati sangat sampai serahkan sebuah pulau seluas 36 km persegi itu kepadanya? Besar tu wey! 1/5 daripada besar Pulau Singapura! Sedangkan kaum kerabat baginda dekat Jugra hidup serba sederhana. Kenapa tidak diberikan pulau itu kepada mereka? Isy,isy,isy...korang pun nak tahu juga ke? Itulah pasal entri Atok kali ini pasal Mamat Salleh ini. Atok nak tahu apa hubungannya dengan baginda sultan? Kenapa baginda sultan beri tanah sebesar pulau itu khusus untuk Mamat itu seorang sedangkan ramai lagi planters kat luar sana yang lebih popular daripada dia? Tak pernah Atok nak ambil tahu tentang seseorang sampai anak keturunannya kecuali anak menantu dan saudara mara terdekat Atok jer sehingga kini. So, Korang memang nak tahu sangat-sangatkan? Duduk ontok-ontok dan teruskan membaca penulisan Atok ini. 

Nama penuhnya Edward Valentine John Carey; lahir di Sri Lanka, hidup di Selangor dan matinya di England. Tak kenal langsung namanya? Memang sah! Korang bukan anak jati Kuala Langat! Nama dialah yang diabadikan pada nama sebuah pulau, Pulau Carey! Hahaha...Kalau korang sebut  Pulau Kari pun takpelah pasal ramai penghuninya peminat parpu kari, cuma jangan panggil Pulau Kera dahlah, walaupun banyak kera dan lotong bergayut dipokok-pokok bakau di sekeliling Pulau ini. Tapi sebelum itu, Atok nak beritahu korang Pulau Carey ini unik sekali. Pulau ini tak macam pulau-pulau lain yang dikelilingi laut. Pulau ini terpisah dengan daratan oleh sebatang sungai di sebelah selatan dan timurnya, Selat Lumut di bahagian utaranya dan Selat Melaka di belah baratnya.

Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat di antara keduanya.

Pulau yang terletak sebelah Jugra itu, tak jauh dari Telok Panglima Garang tu.  Suatu masa dulu pulau ini dikenali sebagai Telok Gonjeng oleh penduduk Telok, Bandar, Kelanang dan sekitarnya. Persoalannya, yang mana satu betul, Telok ke Pulau? Sebelum bertambah pening, jom kita baca apa maksud telok dan Pulau dari sudut geografi:

Teluk adalah tubuh perairan yang menjorok ke daratan dan dihadkan oleh daratan pada ketiga sisinya. Oleh karena letaknya yang strategik, teluk banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. Teluk adalah kebalikan dari tanjung, dan biasanya keduanya dapat ditemui pada suatu garis pantai yang sama. Manakala Pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia.

Jadi kesimpulannya, memang  jauh berbeza antara pulau dan telok. Jadi, kenapa dan bila daratan ini dipanggil Pulau Carey sedangkan sebelum ini dipanggil Telok Gunjeng sahaja? 

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar petengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).

 

Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu, maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu. Maka wujudlah Pulau Carey yang terpisah dengan Jugra oleh 'terusan Sungai Langat' ini. 

Pulau Carey, sebelum ini juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar, Pulau Si Alang dan Telok Gonjeng. Dinamakan Telok Gonjeng konon Khabarnya banyak terdapat sejenis paku pakis yang dikenali dengan nama Gonjeng oleh penduduk setempat Dan orang asli yang merupakan penduduk asal Pulau ini. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau ini dinamakan bersempena Edward Valentine John Carey, seorang peneroka ladang British di Malaya. Beliau merupakan pengusaha ladang kopi dan getah dan  dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. 

Valentine Edward John Carey telah memperoleh pulau ini daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Selangor untuk memulakan ladang getah dan sejak itu sehingga kini pulau yang dikenali sebagai Pulau Carey atau Carey Island. Yang hebatnya dia sahaja yang diberi kebenaran meneroka 30,000 ekar tanah hutan di pulau itu dengan tempoh pajakan 999 tahun. Itu cerita pada tahun 1905. Boleh dikatakan seluruh pulau itu milik dia kecuali beberapa petempatan nelayan Melayu di Ayer Itam, Kg. Sialang, serta petempatan orang asli di situ. Itu yang menyebabkan orang lain termasuk Mat-mat Salleh cemburu. Pulau 'persendirian' ini mempunyai pelbagai kemudahan selayaknya di estet termasuklah balai Polis, sekolah, hospital dan dikawal keluar masuknya oleh kumpulan sekuritinya sendiri.

Jadi, sebelum segala persoalan yang Atok Dan korang fikirkan tadi terjawab,eloklah kita ceritakan biografi lengkap V.E John Carey ini berserta keluargadan kerjayanya.

V.E John Carey dilahirkan di Neuralia, Sri Lanka pada 14 Februari 1865. Beliau merupakan anak kepada Arthur Edward Carey, seorang penanam ladang kopi terkenal di Sri Lanka(Ceylon) dan ibunya bernama Marianne Minnie Anne Wright.  V.E John Carey, lebih mesra dengan panggilan Val dalam kalangan rakan dan teman bisnisnya, mendapat pendidikan awal, menengah dan tingginya di England kembali ke Sri Lanka (Ceylon) 

Pada tahun 1882-91 beliau memulakan kerjayanya sebagai planter,(perintis, peneroka, pembuka dan penanam) ladang kopi  di bawah bimbingan ayahnya. Setelah menimba ilmu dalam bidang perladangan, beliau ke Tanah Melayu untuk mencuba nasib di koloni baharu British di Malaya. Beliau mula bekerja sebagai pengurus di ladang kopi milik Selangor Liberian Coffee Co. seluas 800 ekar. Sejak itu beliau mencipta nama sebagai penanam yang berjaya. Pada tahun yang sama, 1892, beliau berkahwin dengan Helen Morley. Mereka dikurniakan 6 orang anak,4 lelaki dan 2 perempuan.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi  pertama Selangor Planters' Association pada tahun 1892 -1899. Di bawah pengurusan beliau,  banyak pencapaian dan kemajuan dalam bidang perladangan dan pertanian.  Pada tahun 1897, Beliau berjaya menyelesaikan masalah kumbang dan ulat bulu yang merosakkan penanaman kelapa dan kopi di sekitar Klang dan Kuala Langat dengan membawa masuk burung gagak dari India dan Sri Lanka sebagai kawalan biologi. Beliau yang begitu arif dengan teknik-teknik penanaman telah berjaya meningkatkan penghasilan kelapa dan kopi di Pasaran Saham London sekaligus menguntungkan pelabur-pelabur dalam sektor perladangan. Beliau tekun meneruskan kerjayanya sebagai Pengurus di New Amherst Estate selama tujuh tahun walaupun terpaksa dipapah dan dibawa pulang ke banglonya dengan kereta lembu akibat demam denggi. Sebelum itu, pada tahun 1895, beliau telah diserang taun ketika lawatan kerja beliau ke selatan India.

Pada tahun 1899, beliau dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi United Planters' Association Negeri-negeri Melayu Bersekutu. F.M.S. sehinggalah beliau meletakkan jawatan tersebut pada tahun  1903. Beliau bersara dari kerjayanya pada tahun 1910 berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot akibat demam malaria.

Pada tahun lewat 1880-an pihak British telah meneroka sebahagian kecil pulau ini yang ketika itu diliputi dengan pokok-pokok pakis gonjeng dan hutan tebal. Bagi membersihkan hutan ini, British membawa masuk orang-orang India (kebanyakan Tamil) dari negara India untuk membersihkan hutan dan menanamkan pokok kelapa dan kopi. Malang sekali harga kopi sedunia menjunam menyebabkan mereka beralih kepada tanaman baharu yang diperkenalkan iaitu getah. Ketika itulah beliau menubuhkan Syarikat Peladangan Jugra Land and Carey Ltd. serta Syarikat Peladangan Getah miliknya yang diberi nama United Carey.

Selepas tahun 1905, apabila sebahagian lagi Pulau Carey mula diteroka kerana keperluan pihak British industri getah pada masa itu. Pada masa itu,orang-orang india telah bertungkus-lumus membersihkan hutan-hutan untuk dijadikan kawasan penanaman getah. Ramai buruh India telah mati kerana serangan harimau dan patukan ular-ular. Menurut anak saudara V.E John Carey , ketika itu  pernah dilihat ada harimau yang berenang-renang menyeberang  Sungai Langat di tebing Pulau Carey.  Mereka juga menempuh pelbagai cabaran  dan kelewatan untuk membangunkan pulau ini akibat penularan demam malaria sehinggakan V.E John Carey terpaksa memujuk kaum asli Mah Meri membantunya membersihkan hutan, membina jaringan jalan raya, banglo pengurus dan kuarters pekerja, parit dan bund  atau benteng di sekeliling pulau itu bagi menghalang kenaikan air laut kerana ramai pekerjanya jatuh sakit dan meninggal. Hanya pada tahun 1907, barulah beliau mempunyai  tenaga kerja tetap termasuklah tenaga buruh dari Pulau Jawa.

Tuan V.E John Carey dan pengurus-pengurus estet serta  pekerja estet di situ mula menggunakan perkhidmatan bot dan pontoon bertunda untuk berulang alik antara pulau dan tanah besar. Bagi rakyat biasa, mereka masih menggunakan sampan dan sampan penambang untuk menyeberang. Kedudukan jeti feri ini terletak di Kampung Segenting di laluan ke jalan Bandar lama - Klang dan satu lagi jeti di bahagian timur Pulau itu untuk pengangkutan ke Pelabuhan Swettenham. Mereka juga membina beberapa bangunan -bangunan seperti banglo, kuil Hindu dan rumah. Ini telah membuktikan bangsa India telah menetap di Pulau Carey melebihi 110 tahun.

V.E John Carey dilihat sebagai manusia bertenaga, punyai iltizam yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi. beliau berpegang kepada prinsip dan amanah, menjaga kepentingan majikan dan nasib pekerja bawahannya. Hanya terbaik sahaja yang akan diambil bekerja.  Baginya, pekerja yang gembira, keuntungan buat majikan.  Mungkin itulah antara faktor penganugerahan Pulau tersebut oleh Sultan di samping keakraban beliau dengan Frank Swettenham yang pernah tinggal di Jugra bersama Almarhum Sultan Abdul Samad dan kerabat baginda termasuklah baginda Sultan Sulaiman sendiri.

Dari sudut lain pula, dalam bidang sukan, beliau suka akan permainan ragbi, dan pernah memenangi acara larian pecut 100 ela dalam kategori veteran.

Di antara bidang di bawah pengaruh Carey adalah seni bina peladangan kolonial, ianya adalah satu penyaksian Istana Hatter iaitu sebuah banglo pengurus ladang di Pulau Carey. Reka bentuk ini telah diterima dengan baiknya pada masa itu dan ia telah menjadi model untuk semua banglo di kawasan perladangan dan stesen bukit semasa era penjajahan pada ketika itu.

Pada hujung usianya,  V.E John Carey pulang menetap di England untuk tinggal bersama-sama 3 orang anak dan isterinya yang tercinta. Kehidupan mereka serba mewah dan dikatakan mempunyai ramai pembantu rumah. Malangnya, beliau disahkan menghidap kanser di dalam perutnya. Beliau meninggal dunia pada 21 April 1914 di sebuah rumah persaraan orang-orang tua pada umur 49 tahun.. Majlis pengkebumiannya dihadiri rakan taulannya yang sama-sama membesar dan berkhidmat bersamanya di Sri Lanka dan Malaya, termasuklah Frank Swettenham. Tak lama kemudian anak lelakinya yang bernama Arthur John Edward Carey terkorban ketika berberkhidmat di Ypres dalam Perang Dunia Pertama pada 22 Ogos 1917 ketika itu dia  baru berusia 22 tahun. Ambil pengajaran daripada kisah hidupnya. Hidup biar berjasa, bak kata pepatah. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Wasalam.

                                        




Edward Valentine Carey passed away on 21 Apr 1914 in St Marylebone, London, England. He was then laid to rest at Islington and St Pancras Cemetery, also known as St Pancras Cemetery 278 High Road East Finchley, London Borough of Barnet, Greater London, N2 9AG England.

 





Arthur was born in Singapore, then in the Federal Malay State on May 5th 1896, the eldest son and second child of Edward Valentine and Helen Carey. By the time of the 1901 census, Arthur, his mother, brother and sisters are living in Upwood Road in Lewisham. His father is recorded as still living abroad. The 1911 census does not show Arthur, however his mother is living at Lyne, Capel with three of her children. She employed a large number of servants.

Arthur, who was known as John, while at school, was boarding at Malvern College Worcestershire. He was in House 1 at Malvern from 1909-1914. At Malvern he was a College Prefect (one of about 12 ), played Football and Cricket for the College First elevens, was an Athletics colour and an Officer Cadet in the OTC. He joined the Inns of Court OTC in 1914 and after RMC Sandhurst was commissioned into the Gordon Highlanders. By the time he enlisted, his mother Helen, now widowed, was living at Springvale, Whitchurch, Oxon, his father having died.John was commissioned into the 3rd battalion of the Regiment which spent the entire war based at their barracks in Aberdeen. At the end of 1916 or early 1917 the 8th and 10th battalions were merged and it is probably at this time that he was transferred to what then became 8th/10th Battalion.

He was killed on 22 August 1917 and is commemorated at Tyne Cot.  The Third Battle of Ypres offensive was mounted by Commonwealth forces to divert German attention from a weakened French front further south. The initial attempt in June to dislodge the Germans from the Messines Ridge was a complete success, but the main assault north-eastward, which began at the end of July, quickly became a dogged struggle against determined opposition and the rapidly deteriorating weather. The campaign finally came to a close in November with the capture of Passchendaele.





Lawatan Perdana Menteri Malaysia Pertama ke Pulau Carey dalam tahun 1968

Rujukan:



Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...