Selasa, 26 Oktober 2021

Kisah Edward Valentine John , Gagak dan Pulau Carey

Salam buat semua. Apa Khabar? Khabar baik? Waras? Masih keras? Hahaha...Alhamdulillah, Atok dan Wan sihat-sihat jer. Begitu juga Atok doakan buat korang semua. Pkp, pkp, pkp dah habis dah! Syukur kepada Allah, kes COVID makin menurun, Tak ramai lagi dah yang masuk hospital. Yang selesema, batuk itu biasalah.Tapi Atok nak pesan juga....jaga SOP. Jangan terlampau berani sangat, elakkan berkumpul ramai-ramai, jauhi tempat sempit dan terkurung. Always bawa dan pakai mask di tempat awam. 

Bebudak yang masih kecil dan belum divaksin tu, kasihanlah kat diorang juga. Tak perlu jangan bawa. Kita jaga kita,ok? Yang antivaksin tu, lantaklah korang. Duduk jerlah kat rumah, dan tolong perhatikan rumah-rumah jiran-jiran yang balik kampung tu. Kalau nak pahala lebih, tolong beri makan kucing-kucing diorang tu sekali. Dah orang khabarkan, ambil vaksin, ambil vaksin. Tapi nak ikut kepala sendiri. Cakap orang tak mahu dengar. Dah berbuih  mulut menteri, ulama, doctor pakar virologi pasal virus beritahu tentang faedah vaksinisasi, dia tetap tak mahu ikut. DEGIL. Atas kapala ada batu besar jugak. Konon agenda Yahudi ler. Yahudi Abah Kau! Yahudi pun ramai yang mati pasal COVID ini. Konon ada sel babilah dalam vaksin! Eh,eh...ringan jer lidah Atok nak carutkan golongan macam ini! Tapi bila Atok ingatkan korang yang lain yang baik dan mendengar kata, maka, tak sampailah hati Atok. Atok tukarkan makian itu kepada doa agar kita semua termasuk mereka diselamatkan daripada bala bencana wabak ini. Amiin. 

Oklah semua...Kali ini Atok nak bercerita tentang mamat yang pernah terkenal di Jugra dan Selangor suatu masa dahulu. Mamat ini  bangsa Mat Salleh. Hidupnya pun zaman Mat Salleh kelentong hidup-hidup sultan dan pembesar Melayu kita. Dia bukan Islam. Matinya juga sebagai kafir Kristian. Kuburnyapun takde kat sini atau di Jugra. Takde apa-apapun jasa dia kat kita, tapi namanya sentiasa di bibir kita terutamanya di Kuala Langat termasuk Jugra dan Telok . Nama dia lebih banyak kita sebut daripada nama emak bapak kita yang dah lama meninggal dunia. Cuma dia tiada dalam doa kita. 

Apa pasal Atok beria-ia benar nak korek cerita tentang dia yang dah mati lebih 107 tahun dahulu? Buat apa Atok nak ambil tahu sangat tentang dia yang takde hubungkait sebesar habukpun dengan Atok? Haha...itu persoalannya! Kenapa Sultan baik hati sangat sampai serahkan sebuah pulau seluas 36 km persegi itu kepadanya? Besar tu wey! 1/5 daripada besar Pulau Singapura! Sedangkan kaum kerabat baginda dekat Jugra hidup serba sederhana. Kenapa tidak diberikan pulau itu kepada mereka? Isy,isy,isy...korang pun nak tahu juga ke? Itulah pasal entri Atok kali ini pasal Mamat Salleh ini. Atok nak tahu apa hubungannya dengan baginda sultan? Kenapa baginda sultan beri tanah sebesar pulau itu khusus untuk Mamat itu seorang sedangkan ramai lagi planters kat luar sana yang lebih popular daripada dia? Tak pernah Atok nak ambil tahu tentang seseorang sampai anak keturunannya kecuali anak menantu dan saudara mara terdekat Atok jer sehingga kini. So, Korang memang nak tahu sangat-sangatkan? Duduk ontok-ontok dan teruskan membaca penulisan Atok ini. 

Nama penuhnya Edward Valentine John Carey; lahir di Sri Lanka, hidup di Selangor dan matinya di England. Tak kenal langsung namanya? Memang sah! Korang bukan anak jati Kuala Langat! Nama dialah yang diabadikan pada nama sebuah pulau, Pulau Carey! Hahaha...Kalau korang sebut  Pulau Kari pun takpelah pasal ramai penghuninya peminat parpu kari, cuma jangan panggil Pulau Kera dahlah, walaupun banyak kera dan lotong bergayut dipokok-pokok bakau di sekeliling Pulau ini. Tapi sebelum itu, Atok nak beritahu korang Pulau Carey ini unik sekali. Pulau ini tak macam pulau-pulau lain yang dikelilingi laut. Pulau ini terpisah dengan daratan oleh sebatang sungai di sebelah selatan dan timurnya, Selat Lumut di bahagian utaranya dan Selat Melaka di belah baratnya.

Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat di antara keduanya.

Pulau yang terletak sebelah Jugra itu, tak jauh dari Telok Panglima Garang tu.  Suatu masa dulu pulau ini dikenali sebagai Telok Gonjeng oleh penduduk Telok, Bandar, Kelanang dan sekitarnya. Persoalannya, yang mana satu betul, Telok ke Pulau? Sebelum bertambah pening, jom kita baca apa maksud telok dan Pulau dari sudut geografi:

Teluk adalah tubuh perairan yang menjorok ke daratan dan dihadkan oleh daratan pada ketiga sisinya. Oleh karena letaknya yang strategik, teluk banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. Teluk adalah kebalikan dari tanjung, dan biasanya keduanya dapat ditemui pada suatu garis pantai yang sama. Manakala Pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia.

Jadi kesimpulannya, memang  jauh berbeza antara pulau dan telok. Jadi, kenapa dan bila daratan ini dipanggil Pulau Carey sedangkan sebelum ini dipanggil Telok Gunjeng sahaja? 

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar petengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).

 

Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu, maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu. Maka wujudlah Pulau Carey yang terpisah dengan Jugra oleh 'terusan Sungai Langat' ini. 

Pulau Carey, sebelum ini juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar, Pulau Si Alang dan Telok Gonjeng. Dinamakan Telok Gonjeng konon Khabarnya banyak terdapat sejenis paku pakis yang dikenali dengan nama Gonjeng oleh penduduk setempat Dan orang asli yang merupakan penduduk asal Pulau ini. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau ini dinamakan bersempena Edward Valentine John Carey, seorang peneroka ladang British di Malaya. Beliau merupakan pengusaha ladang kopi dan getah dan  dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. 

Valentine Edward John Carey telah memperoleh pulau ini daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Selangor untuk memulakan ladang getah dan sejak itu sehingga kini pulau yang dikenali sebagai Pulau Carey atau Carey Island. Yang hebatnya dia sahaja yang diberi kebenaran meneroka 30,000 ekar tanah hutan di pulau itu dengan tempoh pajakan 999 tahun. Itu cerita pada tahun 1905. Boleh dikatakan seluruh pulau itu milik dia kecuali beberapa petempatan nelayan Melayu di Ayer Itam, Kg. Sialang, serta petempatan orang asli di situ. Itu yang menyebabkan orang lain termasuk Mat-mat Salleh cemburu. Pulau 'persendirian' ini mempunyai pelbagai kemudahan selayaknya di estet termasuklah balai Polis, sekolah, hospital dan dikawal keluar masuknya oleh kumpulan sekuritinya sendiri.

Jadi, sebelum segala persoalan yang Atok Dan korang fikirkan tadi terjawab,eloklah kita ceritakan biografi lengkap V.E John Carey ini berserta keluargadan kerjayanya.

V.E John Carey dilahirkan di Neuralia, Sri Lanka pada 14 Februari 1865. Beliau merupakan anak kepada Arthur Edward Carey, seorang penanam ladang kopi terkenal di Sri Lanka(Ceylon) dan ibunya bernama Marianne Minnie Anne Wright.  V.E John Carey, lebih mesra dengan panggilan Val dalam kalangan rakan dan teman bisnisnya, mendapat pendidikan awal, menengah dan tingginya di England kembali ke Sri Lanka (Ceylon) 

Pada tahun 1882-91 beliau memulakan kerjayanya sebagai planter,(perintis, peneroka, pembuka dan penanam) ladang kopi  di bawah bimbingan ayahnya. Setelah menimba ilmu dalam bidang perladangan, beliau ke Tanah Melayu untuk mencuba nasib di koloni baharu British di Malaya. Beliau mula bekerja sebagai pengurus di ladang kopi milik Selangor Liberian Coffee Co. seluas 800 ekar. Sejak itu beliau mencipta nama sebagai penanam yang berjaya. Pada tahun yang sama, 1892, beliau berkahwin dengan Helen Morley. Mereka dikurniakan 6 orang anak,4 lelaki dan 2 perempuan.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi  pertama Selangor Planters' Association pada tahun 1892 -1899. Di bawah pengurusan beliau,  banyak pencapaian dan kemajuan dalam bidang perladangan dan pertanian.  Pada tahun 1897, Beliau berjaya menyelesaikan masalah kumbang dan ulat bulu yang merosakkan penanaman kelapa dan kopi di sekitar Klang dan Kuala Langat dengan membawa masuk burung gagak dari India dan Sri Lanka sebagai kawalan biologi. Beliau yang begitu arif dengan teknik-teknik penanaman telah berjaya meningkatkan penghasilan kelapa dan kopi di Pasaran Saham London sekaligus menguntungkan pelabur-pelabur dalam sektor perladangan. Beliau tekun meneruskan kerjayanya sebagai Pengurus di New Amherst Estate selama tujuh tahun walaupun terpaksa dipapah dan dibawa pulang ke banglonya dengan kereta lembu akibat demam denggi. Sebelum itu, pada tahun 1895, beliau telah diserang taun ketika lawatan kerja beliau ke selatan India.

Pada tahun 1899, beliau dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi United Planters' Association Negeri-negeri Melayu Bersekutu. F.M.S. sehinggalah beliau meletakkan jawatan tersebut pada tahun  1903. Beliau bersara dari kerjayanya pada tahun 1910 berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot akibat demam malaria.

Pada tahun lewat 1880-an pihak British telah meneroka sebahagian kecil pulau ini yang ketika itu diliputi dengan pokok-pokok pakis gonjeng dan hutan tebal. Bagi membersihkan hutan ini, British membawa masuk orang-orang India (kebanyakan Tamil) dari negara India untuk membersihkan hutan dan menanamkan pokok kelapa dan kopi. Malang sekali harga kopi sedunia menjunam menyebabkan mereka beralih kepada tanaman baharu yang diperkenalkan iaitu getah. Ketika itulah beliau menubuhkan Syarikat Peladangan Jugra Land and Carey Ltd. serta Syarikat Peladangan Getah miliknya yang diberi nama United Carey.

Selepas tahun 1905, apabila sebahagian lagi Pulau Carey mula diteroka kerana keperluan pihak British industri getah pada masa itu. Pada masa itu,orang-orang india telah bertungkus-lumus membersihkan hutan-hutan untuk dijadikan kawasan penanaman getah. Ramai buruh India telah mati kerana serangan harimau dan patukan ular-ular. Menurut anak saudara V.E John Carey , ketika itu  pernah dilihat ada harimau yang berenang-renang menyeberang  Sungai Langat di tebing Pulau Carey.  Mereka juga menempuh pelbagai cabaran  dan kelewatan untuk membangunkan pulau ini akibat penularan demam malaria sehinggakan V.E John Carey terpaksa memujuk kaum asli Mah Meri membantunya membersihkan hutan, membina jaringan jalan raya, banglo pengurus dan kuarters pekerja, parit dan bund  atau benteng di sekeliling pulau itu bagi menghalang kenaikan air laut kerana ramai pekerjanya jatuh sakit dan meninggal. Hanya pada tahun 1907, barulah beliau mempunyai  tenaga kerja tetap termasuklah tenaga buruh dari Pulau Jawa.

Tuan V.E John Carey dan pengurus-pengurus estet serta  pekerja estet di situ mula menggunakan perkhidmatan bot dan pontoon bertunda untuk berulang alik antara pulau dan tanah besar. Bagi rakyat biasa, mereka masih menggunakan sampan dan sampan penambang untuk menyeberang. Kedudukan jeti feri ini terletak di Kampung Segenting di laluan ke jalan Bandar lama - Klang dan satu lagi jeti di bahagian timur Pulau itu untuk pengangkutan ke Pelabuhan Swettenham. Mereka juga membina beberapa bangunan -bangunan seperti banglo, kuil Hindu dan rumah. Ini telah membuktikan bangsa India telah menetap di Pulau Carey melebihi 110 tahun.

V.E John Carey dilihat sebagai manusia bertenaga, punyai iltizam yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi. beliau berpegang kepada prinsip dan amanah, menjaga kepentingan majikan dan nasib pekerja bawahannya. Hanya terbaik sahaja yang akan diambil bekerja.  Baginya, pekerja yang gembira, keuntungan buat majikan.  Mungkin itulah antara faktor penganugerahan Pulau tersebut oleh Sultan di samping keakraban beliau dengan Frank Swettenham yang pernah tinggal di Jugra bersama Almarhum Sultan Abdul Samad dan kerabat baginda termasuklah baginda Sultan Sulaiman sendiri.

Dari sudut lain pula, dalam bidang sukan, beliau suka akan permainan ragbi, dan pernah memenangi acara larian pecut 100 ela dalam kategori veteran.

Di antara bidang di bawah pengaruh Carey adalah seni bina peladangan kolonial, ianya adalah satu penyaksian Istana Hatter iaitu sebuah banglo pengurus ladang di Pulau Carey. Reka bentuk ini telah diterima dengan baiknya pada masa itu dan ia telah menjadi model untuk semua banglo di kawasan perladangan dan stesen bukit semasa era penjajahan pada ketika itu.

Pada hujung usianya,  V.E John Carey pulang menetap di England untuk tinggal bersama-sama 3 orang anak dan isterinya yang tercinta. Kehidupan mereka serba mewah dan dikatakan mempunyai ramai pembantu rumah. Malangnya, beliau disahkan menghidap kanser di dalam perutnya. Beliau meninggal dunia pada 21 April 1914 di sebuah rumah persaraan orang-orang tua pada umur 49 tahun.. Majlis pengkebumiannya dihadiri rakan taulannya yang sama-sama membesar dan berkhidmat bersamanya di Sri Lanka dan Malaya, termasuklah Frank Swettenham. Tak lama kemudian anak lelakinya yang bernama Arthur John Edward Carey terkorban ketika berberkhidmat di Ypres dalam Perang Dunia Pertama pada 22 Ogos 1917 ketika itu dia  baru berusia 22 tahun. Ambil pengajaran daripada kisah hidupnya. Hidup biar berjasa, bak kata pepatah. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Wasalam.

                                        




Edward Valentine Carey passed away on 21 Apr 1914 in St Marylebone, London, England. He was then laid to rest at Islington and St Pancras Cemetery, also known as St Pancras Cemetery 278 High Road East Finchley, London Borough of Barnet, Greater London, N2 9AG England.

 





Arthur was born in Singapore, then in the Federal Malay State on May 5th 1896, the eldest son and second child of Edward Valentine and Helen Carey. By the time of the 1901 census, Arthur, his mother, brother and sisters are living in Upwood Road in Lewisham. His father is recorded as still living abroad. The 1911 census does not show Arthur, however his mother is living at Lyne, Capel with three of her children. She employed a large number of servants.

Arthur, who was known as John, while at school, was boarding at Malvern College Worcestershire. He was in House 1 at Malvern from 1909-1914. At Malvern he was a College Prefect (one of about 12 ), played Football and Cricket for the College First elevens, was an Athletics colour and an Officer Cadet in the OTC. He joined the Inns of Court OTC in 1914 and after RMC Sandhurst was commissioned into the Gordon Highlanders. By the time he enlisted, his mother Helen, now widowed, was living at Springvale, Whitchurch, Oxon, his father having died.John was commissioned into the 3rd battalion of the Regiment which spent the entire war based at their barracks in Aberdeen. At the end of 1916 or early 1917 the 8th and 10th battalions were merged and it is probably at this time that he was transferred to what then became 8th/10th Battalion.

He was killed on 22 August 1917 and is commemorated at Tyne Cot.  The Third Battle of Ypres offensive was mounted by Commonwealth forces to divert German attention from a weakened French front further south. The initial attempt in June to dislodge the Germans from the Messines Ridge was a complete success, but the main assault north-eastward, which began at the end of July, quickly became a dogged struggle against determined opposition and the rapidly deteriorating weather. The campaign finally came to a close in November with the capture of Passchendaele.





Lawatan Perdana Menteri Malaysia Pertama ke Pulau Carey dalam tahun 1968

Rujukan:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...