Ahad, 12 Jun 2011

Lokasi Kemudahan Awam Terpilih di Telok


No
 Nama  Restoran/ Kedai Makan
 Alamat
 Gred




 1 Zuraidah
 No. 3, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 2 Kedai Makan ARZ
 No. 4, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 3 Siti Citarasa Tomyam
 No. 5, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 4 Nadatul Shima Buhari
 No. 6, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 5 Baharudin Sayuti
 No. 8, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 6 Khalijah bt Dikon
 No. 45, Jalan Pandan, Taman Dato’ Hormat, Telok  Panglima Garang
B
 7 Restoran Ravathy
 No. 33, Jalan Pandan, Taman Dato’ Hormat, Telok  Panglima Garang
B
 8 Kedai Makan Chi Fatt
 No. 25, Jalan Pandan, Taman Dato’ Hormat, Telok  Panglima Garang
B
 9 Baharin bin Abd Rahman
 No. 56, Jalan Palas 2, Taman Dato’ Hormat, Telok  Panglima Garang
B





CIMB Servis Lokasi
 CawanganBanting 135 Jalan Besar 42700 Banting Selangor
No. Telefon : 1 300 880 900
No. Faks : 03 - 3187 1663

Teluk Panglima Garang 54 Jalan J/U2 Taman Jaya Utama Phase 1 42500 Teluk Panglima Garang Selangor
No. Telefon : 1 300 880 900
No. Faks : 03 - 3122 7298
 ATMTeluk Panglima Garang FTZ, Stesen Minyak Terpilih seluruh Kuala Langat 


Bil
 Nama Klinik & Alamat
 No. Untuk Dihubungi
 1

 Jabatan Pesakit Luar
 Banting
 Kuala Langat
 No. Telefon :  03-3187 1333
 No. Fax :
 2

 Klinik Desa Batu 10 (Kebun Baru)  Kebun Baru
 42700 K.Langat
 No. Telefon :  03-3122 0943 
 No. Fax :



 3

 Klinik Desa Sijangkang Dalam
 Teluk Panglima Garang
 42500 K.Langat
 No. Telefon :  03-3122 0064 
 No. Fax :
 4

 Klinik Desa Sijangkang Luar
 Teluk Panglima Garang
 42500 K.Langat
 No. Telefon :  03-3122 2885 
 No. Fax :                                              

 5

 Poliklinik Komuniti SiJangkang
 Teluk Panglima Garang
  No. Telefon :  03-3122 6686 
  No. Fax :                                             
 
 6 
Poliklinik Komuniti Teluk Panglima Garang
  No. Telefon :  03-3122 7433 
  No. Fax : 03-3122 7776


Poliklinik Sijangkang
 11, Taman Sri Medan
 Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor
 Poliklinik Jaya T.P.G
 4, Jalan Temenggong
 Taman Desa Wira, Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor
 Poliklinik dan Pembedahan Reiki Baba
 No 164, Jalan Utama 2
 Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor
 Klinik Siti Zariah
 82A, JU/2, Taman Jaya Utama
 Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor
 Klinik Hartati
 No 17, Tingkat Bawah
 Jalan Wira 2, Taman Perwira
 Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor



Anak-anak Teluk yang Berjaya

1.   MUHAMMAD SALEHUDDIN (1914-1982), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 10 Januari 1914 di Teluk Panglima Garang, Selangor. Nama penuhnya ialah Muhammad Salehuddin @ Ismail bin Abdul Jalil. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Panglima Garang, Selangor dan lulus Darjah Lima pada tahun 1926. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese School, Kelang dan selepas beberapa bulan kemudian berpindah ke Sekolah Tinggi Kelang hingga lulus peringkat Junior Cambridge. Dia lulus Senior Cambridge pada tahun 1935 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
(maaf..tiada maklumat lanjut atau foto mengenai individu ini)

2.    Mohd Zain bin Abu (1923-2009)
Haji Mohd. Zain Abu, atau Zain Abu kepada rakan-rakannya, dilahirkan sebagai Talip bin Abu pada 16 September, 1923 di Telok Panglima Garang, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga kepada Abu bin Jaamat (1895-1956) dan Tijah bte Jalal (1900-1982). Ibu bapanya merupakan orang kampung yang biasa. Sungguhpun begitu, mereka mempunyai impian dan cita-cita besar untuk anak-anak mereka. Telok Panglima Garang, atau lebih dikenali sebagai Telok oleh penduduk tempatan, merupakan sebuah pekan kecil yang terpencil, didiami oleh kebanyakannya orang Melayu berketurunan Bugis. Datuknya Jaamat, telah merantau ke Tanah Melayu di mana bapanya Abu dilahirkan.
Anak-anak beliau menggelar beliau Babah. Bagi anak-anak saudaranya dari sebelah keluarga beliau, beliau ialah Pak Alang. Manakala di sebelah keluarga isterinya pula, beliau digelar Pak Bibik. Isterinya, yang selesa berbahasa Inggeris pula, dengan penuh segan silunya menggelar beliau ‘Daddy’.
Beliau mempunyai enam orang adik-beradik lelaki dan dua orang adik-beradik perempuan. Mereka adalah Mohd. Diah, Mohd. Wahi, Mohd. Shahar,
Hendon, Maitom, Jamaluddin Jamlus, Ariffin, dan Mohd. Said. Adiknya, sama ada Mohd. Shahar atau Ariffin, sangat mirip dan hampir tidak dapat dibezakan paras rupa dengan beliau.  Untuk membezakan mereka, telinga kanan Zain Abu bertindik kecil yang hanya kelihatan oleh mereka yang benar-benar meneliti. Mohd. Shahar meninggal pada umur lewat 40’an,  manakala Ariffin meninggal dunia pada usia muda.
Pendidikan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan Zain Abu. Beliau pernah menceritakan bagaimana beliau dan dua orang abangnya, Mohd. Diah dan Mohd. Wahi, akan tetap pergi ke sekolah walaupun terpaksa berkaki ayam. Sebagai adik ketiga, dialah yang ditugaskan menjunjung dulang bungkusan makanan tengahari mereka di atas kepalanya.

PENDIDIKAN DAN KERJAYA AWAL
Titik tolak kejayaan Zain Abu adalah ketika beliau dihantar ke Sekolah Rendah Batu Road di Kuala Lumpur. Zain Abu berjaya mendapat tempat terbaik di dalam kelas dan ditawarkan biasiswa secara peribadi oleh pegawai Resident British untuk menyambung persekolahan ke peringkat menengahnya di Victoria Institution (VI). Ketika itu, VI terletak di High Street, Kuala Lumpur, sebelum dipindahkan ke Jalan Shaw. Beliau juga mewakili VI dengan kebolehannya bermain bola sepak, suatu bakat yang malangnya tidak diwarisi oleh anak-anak lelaki beliau. Dua orang daripada anak-anak lelakinya, Abdullah Faiz dan Ahmad Faizal, telah mengikuti jejak langkah beliau apabila turut bersekolah di VI. Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Murid Tua VI (Life member VI Old Boys Association).
Beliau telah lulus Sijil ‘Senior Cambridge’ dengan cemerlang dan ditawarkan berkhidmat di Akhbar Harian Majlis, sebuah akhbar tempatan. Di sinilah tempat bermulanya beliau berkenalan dengan bakal bapa mentuanya, Haji Othman bin Haji Abdullah, yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa hadapan Zain Abu.
 Zain Abu, diberi peluang untuk mendalami jurusan kewartawanan di London, England selama sembilan bulan. Zain Abu telah dibiayai oleh Akhbar Harian Majlis untuk mengikuti kursus   bidang kewartawanan di School of Publishing, Foreign Language Department, London Polytechnic di Fleet Street. Sehingga kini, Fleet Street merupakan nadi media dan percetakan akhbar sedunia. Biasiswanya bernilai Pound Sterling 26, dan beberapa Shilling sahaja, ketika itu.

Zain Abu tiba di United Kingdom pada 15 September, 1949, satu hari sebelum hari jadinya yang ke-26. Beliau mendapat latihan kewartawan sewaktu Britain menghadapi pilihan raya umum pada bulan Februari 1950. Pada bulan March 1950, Wong Peng Soon dari Malaya telah mengalahkan Poul Holm dari Denmark di Earl’s Court, London dalam pertandingan akhir keseorangan All England Badminton Open Championships. Sebuah mesyuarat telah diadakan menyambut Maulud Nabi Islamic Cultural Society  di London pada 30 Disember, 1949. Beliau juga telah merekodkan mesyuarat umum Kesatuan Melayu Great Britain (Malay Students’ Organisation of Great Britain) apabila Tun Abdul Razak Hussein dilantik presiden pada keesokan hari pada 31 Disember, 1949. 16 June, 1950 merupakan tarikh akhir pengajian beliau di School of Printing, Fleet Street, London. Semua perkara ini dicatat secara terperinci dalam diarinya.

Zain Abu memulakan kehidupan berkeluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Siti Hajar berasal dari keluarga yang besar; sanak saudaranya ramai yang ketika itu menetap di kawasan Pudu dan daerah Petaling di Selangor. Cahaya mata sulung mereka, Muhammad, dilahirkan pada tahun 1952 tetapi telah pulang ke pangkuan penciptanya sejurus kemudian. Alhamdulillah, mereka kemudiannya dikurniakan dengan enam orang anak iaitu Faizah (1953), Abdullah Faiz (1955), Ahmad Faizal (1956), Alam Faizli (1958), Azam Fairuz (1962), dan Azad Faizlin (1963). Kesemuanya telah dilahirkan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor, kecuali Alam Faizli yang telah dilahirkan di Dungun, Terengganu ketika Zain Abu diarahkan bertugas di Bukit Besi oleh majikannya, Eastern Mining and Metal Company.
Walaupun tugas dan tanggungjawab membawanya dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Bukit Ibam, Bukit Besi dan Kota Bharu, Zain Abu telah memastikan ketiga-tiga anaknya yang masih melalui alam persekolahan menetap dan bersekolah di Petaling Jaya. Beliau sekeluarga akhirnya berpindah ke Jalan Sentosa, Petaling Jaya pada tahun 1962/63.  Zain Abu sekeluarga kemudiannya berpindah ke Bukit Petaling, Kuala Lumpur sehingga tahun 1978 dan akhirnya mendiami rumah beliau sendiri di Taman Tun Dr Ismail.

Kerjaya Zain Abu dalam penyiaran radio sebagai penyunting berita dengan Radio Malaya bermula di Kuantan, Pahang. Di Kuantan, isterinya turut sempat bertugas sebagai juruhebah radio buat seketika. Pada sekitar tahun 1963, beliau dipindahkan ke ibu pejabat Radio Malaysia, Kuala Lumpur yang ketika itu ditempatkan di Federal House. Antara kenalan rapat beliau ialah Zainal Alam dan Datuk S.M. Salim. Kebetulan pula, Datuk S. M. Salim adalah jiran semasa di Petaling Jaya.

Zain Abu sentiasa mengikuti dan terbabit dalam acara-acara kebangsaan mahupun antarabangsa. Pada tahun 1955, sebelum berkhidmat dengan Radio Malaya lagi, beliau telah berada di lokasi di Baling, Kedah untuk melaporkan peristiwa Tunku Abdul Rahman menyeru kepada Chin Peng untuk menyerah kalah. Apabila beliau ingin menemubual Chin Peng, mikrofon di tangan beliau dirampas kasar oleh konco Chin Peng. Pada pertengahan tahun 2000, ketika beliau ditanya berkenaan isu kepulangan Chin Peng ke Malaysia, Zain Abu dengan ringkas, jelas dan tanpa ragu-ragu menyatakan, “Chin Peng harus ditembak mati.”
Zain Abu bersara pada tahun 1978 sebagai penyunting berita kanan, tetapi diminta terus bekerja secara kontrak dengan Radio Televisyen Malaysia sehingga usianya mencecah 70 tahun. Hal ini membuka peluang untuk beliau menyambung kembali hobi hortikultur beliau dengan lebih serius. Dua bidang tanah di Telok dan Pulau Indah tinggalan kedua orang tuanya gigih diusahakan; dengan kelapa sawit, nenas, dan pokok gaharu. Jelas sekali perwatakan beliau yang lazimnya disebut oleh orang Melayu sebagai tidak boleh duduk diam.

Beliau meninggalkan kehidupan duniawi yang sementara ini untuk bertemu Yang Maha Esa pada 1 DzulQaedah, 1430 Hijrah (bersamaan 20 Oktober, 2009) dalam usia 86 tahun. Pemergian beliau pada jam 10.00 pagi selepas hampir 4-6 bulan berjuang menempuhi penyakit telah disaksikan oleh isteri beliau, Hajah Siti Hajar, di rumah anak perempuannya, Faizah, di Sentul, Kuala Lumpur. Pemergian tersebut cukup sukar untuk Hajah Siti Hajar yang terpaksa melepaskan pergi, suami tercinta dan pasangan hidupnya. Tiga tahun kemudian pada 1 Rabiul Awal, 1434 Hijrah (bersamaan 13 Januari, 2013) beliau menghembuskan nafas terakhirnya menuruti Allahyarham suaminya, pada usia 83 tahun, di rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Allahyarham Haji Mohd. Zain Abu dan Allahyarham Hajah Siti Hajar telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Mereka meninggalkan enam orang cahaya mata, 33 orang cucu, dan 9 orang cicit.  Mereka berdua telah menjalani kehidupan rumah tangga yang bersederhana tetapi cukup bahagia, selama 61 tahun. Semoga Allah memberkati roh mereka dan meletakkan mereka di kalangan orang-orang yang bertaqwa di Syurga-Nya, al-JannatunNaim. Al-Fatihah. Amiin.

http://aafaizli.com/biografi-mohd-zain-bin-abu-1923-2009/

Sabtu, 11 Jun 2011

Wajah-wajah Telok Panglima Garang Tahun 2020

Tahun 2020..Hanya 9 tahun lagi Telok akan mengalami facelift yang hebat..ke arah bandar baru..Atas kertas, perancangan TPG akan menyaksikan pembangunan hebat terutamanya zon perumahan dan perindustrian berasaskan maritim di Telok Mengkuang dan Sijangkang di pesisir Sungai Langat. Nilai hartanah pastinya akan melambung tinggi..Takde lagi dijual secara ekar, kini kira kaki persegi. Jadi, tangguhkan niat anda nak jual tanah sekarang..atau paling kurang pun ..demand ler sikit..pasti anda sekeluarga tersenyum lebar..Tapi jangan habiskan duit jualan hartanah itu..gantikan dengan membeli tanah lain di mana-mana tempat lain..
















Ahad, 5 Jun 2011

Buku teks sekolah dulu-dulu

Sistem pendidikan di Malaysia sememangnya berkembang pesat..Sejak dahulu lagi kesedaran menuntut ilmu ini tinggi,cuma kita dibatasi kemiskinan materialisme dan kesedaran kita terhadap dasar-dasar penjajah British. Di bawah ini beberapa contoh buku teks yang digunakan secara meluas sejak sebelum merdeka sehingga zaman persekolahan saya dulu.
School text book in Malay Jawi from 1935
Title: Takbir Kehidupan
Language: Malay
Designer: nil
Type of Graphic: Book Cover
Printer: nil
Publisher: nil
Date: 1935
Dimensions: nil
Technique: nil
School text book in Malay Jawi from 1939
Title: Hidayat Yang Pertama
Language: Malay
Designer: nil
Type of Graphic: Book Cover
Printer: nil
Publisher: nil
Date: 1939
Dimensions: nil
Technique: nil
Haji’s Book of Malayan Nursery Rhymes by A.W Hamilton. 

Book of nursery rhymes – offered in Malay and English.

  Illustrations with wonderful color and b&w’s by Nora Hamerton

 and with musical notation for songs by H.A. Courtney.

Title: Haji’s Book of Malayan Nursery Rhymes
Language: English & Malay
Illustrator: Nora Hamerton
Type of Graphic: Book Cover
Printer: nil
Publisher: Sydney: Australasian Pub. Co. 
Date: 1947
Dimensions: nil
Technique: nil

1952 “New Method Malayan Readers“, an English text book for Standard 3 students. 
During the Japanese occupation in Malaya, a set of the New Method Readers was smuggled,
 by underground channels, into the Singapore (Changi Prison) Internment Camp
 and was used surreptitiously in the Camp school. This new series, The New Malayan Readers
 has been prepared as a result of the work done.
(Text taken from preface of the book)
Title: New Method Malayan Readers

Language: English
Illustrator: nil
Type of Graphic: Text Book
Printer: Robert Maclehose and Co Ltd, Great Britain
Publisher: Longmans
Date: 1952 (New Impression)
Dimensions: 122mm x 183mm
Technique: nil

Title: Modern Teaching Atlas for Malayan Schools

Language: English
Designer/Painter: nil
Type of Graphic: Book
Client: nil
Publisher: A. Wheaton & Co.
Printer: nil
Date: 1957
Dimensions: 10.9″ X 8.6″

Technique: nil





1961 School Text book  “Tunas Bahasa Kebangsaan“, a Malay language subject 

for Tamil and Chinese students in the primary level.
Title: Tunas Bahasa Kebangsaan


Language: English
Illustrator: nil
Type of Graphic: Text Book
Printer: Shing Loong Press Ltd, Singapore
Publisher: Southern Publishing Co, Ipoh
Date: 1961 (Second Edition)
Dimensions: 156mm x 200mm
Technique: nil

1964 Standard Three school text book on “Structural Modern English“,
 a revised edition of the former “Modern English Course”.

Title: Structural Modern English
Language: English
 Illustrator: nil
 Type of Graphic: Text Book
 Printer: Central Printing Co, Kuala Lumpur
 Publisher: Times Educational Company
Date: 1964
 Dimensions: 170mm x 190mm
 Technique: nil


Buku Teks 1973







Projek Perumahan Terbengkalai di Kebun Baru

KAMPUNG Batu 9 Kebun Baru near Jenjarom in the Kuala Langat district is surrounded with abandoned housing projects and its villagers are fed up.
Over 10 years, the area between Jalan Kebun in Klang and Jenjarom, has attracted numerous development projects; sadly, most of these projects have been left unfinished.
Villagers said they kept stumbling upon new housing projects which were eventually abandoned after a period of time.
As for the village itself, they said, it had not seen much development.
Wasted: The property is nearing completion only to be abandoned by its developer.
A check by StarMetro showed the village has several abandoned housing projects especially along the branch roads leading to Jenjarom.
The projects ranged from as small as 30 units to over 100 houses and the prices were between RM100,000 and RM300,000.
Most of the projects comprised single-storey terrace houses while some were single-storey semi-detached houses.
A number of the projects were 50% and 70% completed while others were abandoned after some structural works.
Some projects had notice boards with information of the proposed development.
Villager Azman Yusof, 39, said the village had more abandoned houses compared with the number of occupied houses.
He said there were too many abandoned projects in the village and the residents had become fed up of seeing such projects in the area.
“The abandoned projects have become part of our village’s identity and this is not good for our image,” he said.
Another resident Sani Ahmad, 40, said most of the house buyers were from outside the village.
In the past, he said the village used to attract a lot of people during the weekends.
“The house buyers used to visit the projects to see the progress of the development, but they gradually stopped coming after realising work on their houses had been abandoned.
“Most of the projects took off in the mid 90’s and some in the beginning of 2000. Except for a few, the rest have not been completed,” he said.
Sani added most of the projects were carried out by individual landowners through joint ventures with developers.
He said it was sad that hundreds of house buyers had been left feeling cheated as they had not only paid huge sums on deposits but also forced to service monthly bank instalments.
“I hope the government can do something to revive the projects in order to help the victims,” he added.
State housing, building development and squatters committee chairman Iskandar Abdul Samad confirmed there were eight abandoned projects in the area.
He said the state had placed several of the projects under its Abandoned Project Task Force.
“Work on some of the projects have started and we are still involved in negotiations with a few of the developers.
“We are also faced with the challenge of not being able to locate the developers in most of the cases,” he added.

Sejarah Menarik Rumah Rehat, dan Halting Bungalow di Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat semua umat Islam dan peminat blog Atok ini. Syukur alhamdulillah atas segala limpahan rahmat Allah...