Salam buat semua. Apa khabar semua orang kampung? Moga-moga korang sihat sejahtera dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah hendaknya. Amin.Adoyai, dah lama aku tak ke Telok. Tapi 4 April hari itu aku berkesempatan ke Telok, ke majlis perkahwinan kedua anak saudara aku.Isyy, jangan tanya lebih-lebih..faham-faham jer lah maksud aku ini. Aku balik hari jer. Ada hal malam tu di Seremban. Tak sempat nak tidur kat rumah kakak aku di Taman Dato' Hormat. OTW balik aku lalu SKVE. Dari Tol TPG ke Saujana Putra, sebelum masuk hiway ELITE dan PLUS di Nilai. Aku dapat tahu rupanya Saujana Putra ini terletak dalam Kuala Langat, bhai! Poskodnya masih pakai pejabat pos Jenjarom. Maksudnya habis sudah Hutan Simpan Telok atau Kuala Langat Utara diteroka. Terbayang aku orang-orang asli di Bukit Kemandol, Bukit Perah, dan lain-lainnya. Ke mana mereka? Mereka kat mana? Mereka kat mana? Jadi, esoknya, hari minggu, aku google TPG,SKVE, JKOA dan apa sahaja sumber untuk aku tanya "Sakai-sakai itu kat mana sekarang?" Sorry guys, aku bukan sebut Sakai itu untuk tujuan menghina atau merendah-rendahkan martabat mereka. Mereka manusia macam kita, tak ada beza sikit pun dengan kita.cuma dah memang itu panggilan orang kampung kat mereka, Sakai untuk Orang Asli (orang Asal sekarang). serupa juga Kling untuk orang Tamil (india). Jadi tak timbul soal perkauman kat sini. Orang putih pun panggil Sakai dan Kling dalam penulisan mereka.. Jadi, apa yang kutahu tentang mereka? Hah...duduk,dengar dan baca apa yang aku tulis kat bawah ini:
Kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional
Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974,
penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang
Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam
Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut:
- mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu;
- mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli;
- atau anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli
Menurut
seorang pengkaji sejarah, En. Shahabudin Ahmad, pada tahun 1709, 'kerajaan' orang-orang asli di Selangor berpusat di Klang.
Pada waktu itu Klang diperintah oleh orang-orang asli yang ketuanya
dipanggil Batin Seri Alam. Ketua ini mentadbir di Klang kerana ketika
itu hutan ini adalah pusat pentadbiran bagi orang-orang asli. Klang
mempunyai jajahannya yang tersendiri yang ditadbirkan oleh 3 orang anak
kepada Batin Seri Alam.
Taburan Kaum Asli seluruh Tanah Melayu pada tahun 1906
Imej-imej Orang Asli pada tahun 1906
Ornag Asli menebang pokok |
Tok Batin dan anak buah di Bukit Perual, Selangor |
Rumah orang asli di atas pokok (lihat atas pokok besar di tengah) |
Anak sulong Tok Batin, Sg. Ledong, Kuala Sleh, Ulu Klang |
Sg Langat berhampiran Lubuk Kelubi, Selangor |
Sg Sleh, Ulu Klang |
Asli Bukit Lanjan, Damansara |
Orang Asli Sg Lui, Ulu Langat (atas) dan Ulu Kuang (bawah) |
di Bukit Lanjan, Damansara |
Pondok Kaum Besisi, Sepang |
di Pra' Lantai, Klang |
Orang Asli Ayer Hitam, Puchong |
Sakai Lepoh, Ulu Langat |
Ulu Lui, Ulu Langat |
Dusun Tua, Ulu Langat |
Asli Sg Choh, Kajang |
kaum asli di Jugra, Kuala Langat |
Terdapat
dua kaum orang asli di dalam Daerah Kuala Langat iaitu Kaum Mah Meri
dan Kaum Temuan.Kaum Mah Meri adalah kaum orang asli yang tinggal di
pesisiran pantai seperti contohnya Kaum Mah Meri di Pulau Carey manakala
Kaum Temuan adalah kaum orang asli yang tinggal di kawasan
bukit,seperti perkampungan orang asli di Bukit Tadom,Labohan Dagang.
Daerah
Kuala Langat mempunyai 19 buah perkampungan orang asli dan penduduknya
seramai 2308 orang.Majoriti masyarakat orang asli disini terdiri
daripada puak Temuan Beladas dan Mahmeri.Pada
asalnya,masyarakat orang asli ini mempunyai cara hidup yang suka
berpindah randah dan mengamalkan pertanian pindah serta memburu.Pada
masa kini, cara hidup masyarakat orang asli telah semakin moden dan
tinggal kekal di sesuatu tempat.
Sejarah TPG juga bermula dengan kisah interaksi dan konflik dengan Orang Asli. Pulau Carey, Pulau Indah yang terletak di selatan Pelabuhan Klang, merupakan
penempatan kepada komuniti kaum Mah Meri (disebut Mak Miri). Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal
di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk
mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi
pergaduhan di antara mereka.Memang sifat orang asli yang merupakan kaum non violence,(mungkin juga gerun melihatkan kehebatan panglima-panglima Melayu), maka mereka
beralah, berundur dan melarikan diri menyusuri Sungai Langat hinggalah ke Bukit Tampoi,
berdekatan pekan Dengkil sekarang.
Kedua, ketika pihak Inggeris menghantar jurupandu Orang Asli bagi
merintis jalan darat membelah hutan dari Jugra ke Klang melalui Telok
Panglima Garang. Seterusnya ada juga anak-anak Orang Asli Pulau Carey
yang bekerja dengan towkay-towkay Cina menjual ikan yang baru didaratkan
di pekan Telok setiap petang, atau menjaga kebun- kebun mereka. Aku
pernah melihat ramai orang Asli Pulau Carey yang berjalan kaki
semata-mata untuk ke pasar malam setiap hari Selasa di pekan Telok.
Memang boleh dikenal mereka berdasarkan dressing mereka yang
ketara berbeza. Mereka ini lebih banyak berdiam diri. Jadi,sosialisasi
dengan pendududuk Telok agak minimum dan terbatas pada urusniaga.
Konotasi negatif seperti Sakai, Jakun dan Gonjeng menyisihkan lagi
hubungan mereka dan kita.
Kewujudan pekan Kajang juga bertitik tolak daripada faktor-faktor ini.
Terdapat beberapa cerita lisan berkenaan dengan penerokaan awal pekan
Kajang dan kawasan sekitarnya. Menurut orang-orang tua, Kajang dan
kawasan sekitarnya sebelum didatangi peneroka-peneroka dari luar adalah
merupakan kawasan kediaman orang-orang asli dari Suku Temuan.
Secara peribadi, hubungan aku dengan mereka ketika aku masuk ke Bukit
Kemandol untuk meraih durian. Itulah kali pertama aku dan adik aku ke
perkampungan orang Asli. Aku berasa kurang selesa seolah-olah mereka ini
kaum kanibal yang menanti masa yang sesuai untuk menangkap aku sabagai
lauk makan malam mereka. Itu tanggapan aku ketika itu. Aku lihat
rumah-rumah mereka kecil dan ringkas sahaja, secara berkelompok di bawah
rimbunan pokok-pokok hutan yang tinggi menjulang. Namun aku sembunyikan
ketakutan aku dan bertanya kalau-kalau mereka ingin menjual durian
kepada kami. Mereka kata mereka sudah ada pembeli atau peraih tetap
iaitu towkey Cina yang kerap ke sana untuk berniaga. Jadi, aku dan adik
aku pun segera beredar dari situ.
Pernah
ketika aku menjadi pemandu teksi di Banting dahulu, teksi aku
'dibaucar' (disewa) oleh seorang Cina dari Klang. Katanya nak ke
Jenderam, ke kampung orang asli kat situ. Aku bawa jer lah. Dah memang
tugas aku. Aku tak perlu tanya nak buat apa. Asal bayarnya cantik,cukup
ler. Buat apa nak campur hal orang. Jadiapabila sampai jer kat rumah Tok
Batin di situ, aku parking kereta dan menunggu di luar. Cina tu masuk
ke rumah Tok Batin dengan buah tangan sekali. Biasalah, adab bertandang
ke rumah orang. Rumah diorang ini kecil-kecil jer, tak macam rumah orang
kampung walaupun pembuatannya daripada kayu,atap dan zing. Lebih sejam
aku tunggu kat luar. Dah berbatang-batang Gudang Garam aku sedut. Cina
ini tak keluar-keluar. Apa hal ini? Fikiran kotor menerjah kepala hotak
aku. Dia main pompuan sakai ke? Aissyy. Takkan lah siang-siang hari ini,
kat kampung diorang pulak tu! Kemudian aku terdengar bunyi 'rumah' Tok
Batin ' bergoyang'.. Lagi kuat aku syak. Setengah jam kemudian keluar
Cina tu sambil tersenyum. Lagi ler aku syak. Ini dah dapat 'barang' baik
ni, kot? Cina tu ajak aku balik ke Banting. Aku cuba gak cungkil
cungkil cerita. Kot-kot mahu dia ceritakan kisahnya kat situ tadi.
Rupa-rupanya rumah yang dia pergi tu rumah tok bomoh. Dia datang nak
minta ubat. Nak buat apa kata aku?. Kata dia lagi,"Wa punya bini mulut
banyak bising, dia sulah tau wa kawin satu lagi (aku agak bukan kahwin
ler, ini jenis pencinta wanita kot). Jadi wa mau bagi dia ubat kasi
jangan kuat bising". Hahaha...aku gelak..Minta ubat penunduk lah ni!
Tapi aku tanya dia lagi, apa pasal itu tadi pondok ada goyang? "Oh, itu
ka? Itu bomoh sulah panggil hantu, tapi itu hantu sulah salah maa, hali
lain hantu lain mali..itu pasat manyak lambat".
HAHAHA...lagi besar
gelak aku...Padanlah dengan korang berdua, dah kena dah, Bomoh dan Apek
Setan!
Salah
satu sifat dan sikap orang asli yang aku perhatikan, mereka ini memang
ada inferiority complex atau rasa rendah diri yang tinggi. Mereka kurang
bercampur dengan masyarakat umum. Susah nak tengok mereka bergaul mesra
dengan orang kampung atau orang luar. Budak-budak
sekolah pun komplen pasal anak-anak orang asli. Mereka kata diorang ni
tak mahu bercampur bermain bersama. Diorang lebih suka menyendiri atau
bergaul sesama mereka jer. Mengikut rakan sekolahku dahulu,
kini seorang Guru Besar di salah sebuah sekolah orang asli di Kuala
Langat, memang bebudak asli ini menjadi cabaran kepada tugas-tugas guru.
Mereka ke sekolah ikut rasa dan masa diorang jer. Kehadiran ke sekolah memang
rendah, tambahan pula, time doktor datang ke sekolah untuk pemeriksaan
gigi dan sebagainya, sekolah bagai dilanda geruda. lengang. Itu masa di
sekolah rendah. Masuk sekolah menengah pula, terpaksalah mereka ke
sekolah yang berdekatan. Kalau tak ada pun mereka akan dihantar ke
asrama JKOA. Betul mereka diberi biasiswa, duit poket ke sekolah,makan
pakai semuanya FOC, Free of Charge. Tapi bila dalam kelas, diam membatu.
Cikgu tanya 100 patah, payah sepatah perkataan yang keluar daripada
mulut diorang. Seolah-olah mereka ini spesis berbeza, Tambahan pula
budak-budak kampung panggil diorang sakai, jakun dan sebagainya, makin
jauhlah mereka daripada kita.
Ketika aku bertugas di SMK Jugra. Ketika itu terdapat beberapa
orang anak Orang Asli Kelanang yang bersekolah di situ. Sebagai guru
disiplin, aku dapati mereka kerap dibuli oleh budak-budak Melayu. Sifat
mereka yang pendiam menyukarkan aku menyelesaikan masalah buli. Jadi aku
gunakan teknik psikologi untuk membuatkan mereka mahu bekerjasama
dengan aku. Setelah disiasat, mereka ini diugut supaya menyerahkan wang
saku yang mereka peroleh dari JAKOA. Aku beri amaran keras dan terakhir
kepada pembuli-pembuli itu termasuk seorang budak perempuan. Sejak hari
itu, pelajar-pelajar Orang Asli itu sudah boleh tersenyum dan mula
berkomunikasi dengan aku. Tapi kalau sesi 'ice
breaking' berjaya, mereka akan jadi rakan paling setia dengan kita.
Taat. Inilah masalahnya! Ketaatan dan setiakawan mereka mudah diperalat
oleh orang lain. Tambahan pula mereka ini mendapat keistimewaan dan
bantuan daripada kerajaan.
Aku
pernah dengar tapi tak berani aku nak konfirmkan, berdosa besar pulak
nanti, buat fitnah, kata orang. Di Kelanang ada individu dari kaum Cina
yang mengambil orang asli untuk bekerja dengannya. Jadi, diberinya orang
asli ini motosikal cabuk untuk kegunaan ke kebun dan peribadinya. Arak
dan rokok tak payah ceritalah, mewah sakai ini.Sampailah satu malam,
mamat sepet ini bawa arak ke rumah sakai ini dan minum bersama. Malam
itu, dipakainya bini sakai tu (mungkin dengan izinnya kot). Mungkin dah
kerap sangat kot kejadian ini sampai ada orang lain yang perasan.
Katanya heboh satu Kelanang.
Dekat Seri Cheeding pun aku dengar camtu juga. Tapi bukan zina. Kaum Cayanunalif ini dari Jenjarum beritahu bininya dia selalu
ke sana untuk berburu bersama kawan orang aslinya, tahu-tahu dah
kahwin dan ada anak bini dengan orang asli kat situ. Amekkau!
Korang
tahulah bila dah beranak, anak itu comel ler pasal kahwin campur. Hilang
sepet bapa dan hitam bersisik emak. Sebiji cam Melayu, putih lagi. Bila
daftar kat sekolah,tengok surat beranak nama anak ikut keturunan bapa.
Itulah pecah lubang sisepet tu. Tapi aku tak kisah kahwin campur ini
pasal mendekatkan lagi kaum asli ini dengan peradaban dan kemodenan.
Memang bukan atas dasar suka sama suka, mungkin lebih untuk memanipulasi
kelebihan kaum hutan ini. Tanah hutan dibersihkan dan dijadikan kebun
atas nama anak dan isteri 'aslinya'. Free of Charge, lagi!
Walaupun masyarakat orang asli ini telah
berubah dan mempunyai pekerjaan selain dari pertanian dan
memburu beberapa ciri-ciri kebudayaan mereka masih dikekalkan dan
diamalkan sehingga sekarang. Walaupun
terdedah kepada arus perkembangan semasa, suku kaum Mah Meri masih
mengamalkan cara hidup dan budaya kaum orang asli Mah Meri. Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui program Pembangunan Sosial turut
membina dan meningkatkan kemudahan infrastruktur serta kemudahan awam di
perkampungan Orang Asli. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti
penyaluran bekalan air, bekalan elektrik, membina dan menaik tarafkan
kemudahan jalan kampung, dewan serba guna, balai raya, jambatan dan
sebagainya.
Yang paling menarik, buat pertama kalinya Orang Asli Bukit Lanjan menjadi
kumpulan Orang Asli pertama di negara ini yang diberi hak milik tanah
bagi tanah rumah mereka.
Lain-lain pampasan dan faedah yang mereka peroleh ialah pampasan
pokok-pokok dan kegiatan ekonomi lain yang melibatkan RM8.6 juta.Mereka juga diberikan sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai
RM45,000 yang matang tahun depan, elaun perpindahan dan elaun sara hidup
bulanan sehingga berpindah ke rumah baru. Pemaju hartanah, Saujana Triangle turut menyediakan sebuah dewan serba guna,
surau, taman bimbingan kanak-kanak dan muzium atau balai adat Orang
Asli.Tambahan pula, tiga unit rumah kedai dua tingkat diperuntukkan secara
percuma untuk manfaat ekonomi masyarakat Orang Asli Bukit Lanjan
menerusi persatuan penduduk yang baru ditubuhkan.Sementara itu, Tok Batin Orang Asli Bukit Lanjan, Ismael Chat,
memberitahu, anak-anak buahnya telah bersiap sedia menghadapi perubahan
budaya, tradisi dan gaya hidup ekoran perpindahan ke rumah-rumah banglo
tersebut.
Aktiviti beragama orang asli di samping berdasarkan apa yang dilihat dan
diajarkan oleh nenek moyang, ibadahnya didasarkan pada waktu-waktu
tertentu seperti momentum tahun baru Masihi. Pada masa tersebut diam di
rumah atau pergi ke pantai untuk merenung dan berdoa kepada sang
pencipta.
Hal menarik adalah tentang agama yang dipilih
oleh anak mereka. Anak yang telah besar kemudian sekolah di sekolah
kebangsaan dan memeluk agama (sebut saja Islam) yang berbeza dengan
agama kedua ibu bapa. Anak-anak mereka diajarkan kursus Agama Islam dan
mempraktikkannya di sekolah sehingga lebih mengenal agama Islam. Solat
kemudian dilakukan di rumah dan surau dekat tempat tinggal. Kedua ibu
bapa juga membolehkan anaknya melakukan solat. Walau demikian sebahagian
anak lain masih kekal memilih agama nenek moyang. Anak yang kekal
beragama nenek moyang setelah dewasa juga menikah dengan orang yang
seagama.
Itulah ceritanya. Dahulu lain sekarang lain. Dah ramai anak-anak mereka masuk universiti, kerja kerajaan,dan berjaya. Kita jugalah yang masih di tampuk lama. Ingat, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang berubah. Mereka ini sebahagian daripada kita dan kita perlu berdakwah kepada mereka tentang Islam. Jangan sampai perjalanan kita ke syurga dihalang oleh Sakai Telok yang pernah kita kenali kerana tidak pernah sekalipun kita mengajak mereka kepada Islam. Wallahualam.
London, New York, Macmillan,
1906
New York, C. Scribner's sons,
1905