Salam buat semua. Wow, sambutan luar biasa sungguh korang beri kepada entri Atok yang lepas! Terima kasih semua. Atok tumpang seronok korang suka baca dan belek gambar-gambar lama tentang tempat kita. Sebelum terlupa Atok nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang gambar yang penuh bermakna itu, tak sempat Atok nak sebutkan satu persatu. Terima kasih atas penggunaan gambar tersebut. Kita sama-sama dapat pahala sebarkan gambar penuh bermakna kepada komuniti kita ini tentang sejarah lampau kita. Mudah-mudahan usaha kita ini diterima Allah SWT sebagai ibadah dan sedekah. Jom kita sambung lagi perjalanan merentas masa kita. Kali ini kita bermula dari Telok Datok sampai ke Bukit Changgang, kemudian kita berpatah balik ke Kg. Seri Cheeding, terus ke Pulau Carey,Telok Panglima Garang sebelum tamat di Prang Besar, Sepang. Seperti biasa, ada komen, sangsi,nak bertanya, tulis kat bawah. Nanti insha Allah Atok balas. Wassalam buat semua.
SOME WHERE IN KUALA LANGAT (Tempat tidak diketahui)
|
Gambar berusia 117 tahun ini (1914) menggambarkan kehidupan aman dan tenteram penduduk kampung di persimpangan kehidupan. |
|
Pemandangan dalam kebun kelapa di Kuala Langat pada tahun 1914 |
Keadaan banjir besar pada tahun 1971 melanda perkampungan pinggir Sg. Langat
TELOK DATOK
|
Balai polis kedua di Kuala Langat selepas Jugra. Dibina paa tahun 1928 dan terus digunakan setahun selepas itu. Kini menjadi Pusat Giat Mara Banting |
|
Kuarters asalnya masih terpelihara walaupun ruang dalamannya diubah menjadi bengkel |
|
Keratan akhbar Ketua Polis Selangor melawat Balai Polis Telok Datok dalam tahun 1968 |
|
Staf Klinik Kesihatan Telok Datok dalam tahun 1965 |
|
Klinik Kesihatan Telok Datok kini |
|
Stadium Jugra yang dibina akhir 1970-an. Sebelum ini merupakan padang yang luas dengan tiga batang pokok mangga yang berbuah lebat. |
KG. SUNGAI MANGGIS
|
Simpang tiga di pekan Sungai Manggis Pertemuan jalan raya Klang-Banting-Morib dan Banting-Dengkil-Bangi |
KG. SERI CHEEDING
|
Barisan guru SK Seri Cheeding tahun 1966 |
|
Kapal Korek Bijih Timah milik Petaling Tin Sdn. Bhd. di Seri Cheeding |
|
Ladang teh tanah rendah milik Boh Plantations di Seri Cheeding |
|
Hasil keluaran kilang Boh Tea Plantations Bukit Cheeding |
JENJAROM
PULAU CAREY
|
Perkhidmatan feri antara Pulau Carey dan Pelabuhan Klang sejak 1901 |
|
Gambar foto perkhidmatan feri dari Kg. Segenting ke Pulau Carey dalam tahun 1970-an |
|
Jambatan Pulau Carey yang dibina dalam tahun 1980-an menamatkan perkhidmatan feri ke pulau itu. |
|
Jambatan Pulau Carey kedua merentas Sungai Langat di lebuhraya SKVE ke Pulau Indah (dalam pembinaan) |
TELOK PANGLIMA GARANG
|
Pekan TPG menghala ke Banting dalam tahun 1959 |
|
Deretan rumah kedai di pekan TPG menghala ke Klang dalam tahun 1959 |
|
Perbandingan TPG dahulu dan sekarang |
|
Persimpangan Tol TPG di laluan SKVE |
|
Kehidupan moyang perempuan keluarga penulis dalam tahun 1960-an |
|
Kehidupan keluarga besar penulis dalam tahun 1970-an. Mungkin mereka on the way nak balik ke KL selepas bercuti di kampung.
|
|
Arwah datuk penulis dalam tahun 1970-an |
|
Masjid TPG dalam tahun awal 1980-an |
|
Menara Masjid TPG suatu masa dahulu |
|
Acara kuliah agama di masjid TPG |
|
Sambutan hari raya di serambi masjid TPG |
|
Barisan JK Masjid TPG awal 1980-an |
|
Barisan AJK Masjid TPG sebelum dirobohkan untuk pembinaan masjid Nurul Hidayah TPG kini. Perhatikan tiang-tiang besar masjid lama ini |
|
Tokong Cina di Kg. Simpang Pulau Carey
|
DENGKIL
PRANG BESAR (KINI PUTRAJAYA)
|
Estet getah di Prang Besar.Gambar diambil dalam tahun 1910 |
|
Estet Prang Besar dalam tahun 1960 masih ditanami getah. |