Ahad, 31 Januari 2021

Garis Masa Merentas Kehidupan di Sekitar Kuala Langat dan Sepang 2 (Sekitar Telok Datok, Sg. Manggis, Jenjarom, TPG dan Pulau Carey, Dengkil dan Prang Besar)

Salam buat semua. Wow, sambutan luar biasa sungguh korang beri kepada entri Atok yang lepas! Terima kasih semua. Atok tumpang seronok korang suka baca dan belek gambar-gambar lama tentang tempat kita. Sebelum terlupa Atok nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang gambar yang penuh bermakna itu, tak sempat Atok nak sebutkan satu persatu. Terima kasih atas penggunaan gambar tersebut. Kita sama-sama dapat pahala sebarkan gambar penuh bermakna kepada komuniti kita ini tentang sejarah lampau kita. Mudah-mudahan usaha kita ini diterima Allah SWT sebagai ibadah dan sedekah. Jom kita sambung lagi perjalanan merentas masa kita. Kali ini kita bermula dari Telok Datok sampai ke Bukit Changgang, kemudian kita berpatah balik ke Kg. Seri Cheeding, terus ke Pulau Carey,Telok Panglima Garang sebelum tamat di Prang Besar, Sepang. Seperti biasa, ada komen, sangsi,nak bertanya, tulis kat bawah. Nanti insha Allah Atok balas. Wassalam buat semua.

SOME WHERE IN KUALA LANGAT (Tempat tidak diketahui)

Gambar berusia 117 tahun ini (1914) menggambarkan kehidupan aman dan tenteram penduduk kampung di persimpangan kehidupan.

Pemandangan dalam kebun kelapa di Kuala Langat pada tahun 1914



Keadaan banjir besar pada tahun 1971 melanda perkampungan pinggir Sg. Langat


TELOK DATOK



Balai polis kedua di Kuala Langat selepas Jugra. Dibina paa tahun 1928 dan terus digunakan setahun selepas itu. Kini menjadi Pusat Giat Mara Banting





Kuarters asalnya masih terpelihara walaupun ruang dalamannya diubah menjadi bengkel


Keratan akhbar Ketua Polis Selangor melawat Balai Polis Telok Datok dalam tahun 1968


Staf Klinik Kesihatan Telok Datok dalam tahun 1965


Klinik Kesihatan Telok Datok kini


Stadium Jugra yang dibina akhir 1970-an. Sebelum ini merupakan padang yang luas dengan tiga batang pokok mangga yang berbuah lebat.


 KG. SUNGAI MANGGIS

Simpang tiga di pekan Sungai Manggis Pertemuan jalan raya Klang-Banting-Morib dan Banting-Dengkil-Bangi


Deretan rumah kedai yang ditinggalkan sejak zaman Jepun dan Darurat. Bangunan praperang ini masih utuh sehingga kini

Pergerakan tentera Briish  dari Sg. Manggis menuju  ke Dengkil memburu komunis


BUKIT CHANGGANG







                                                   KG. SERI CHEEDING

Barisan guru SK Seri Cheeding tahun 1966

Kapal Korek Bijih Timah milik Petaling Tin Sdn. Bhd. di Seri Cheeding

Ladang teh tanah rendah milik Boh Plantations di Seri Cheeding


Hasil keluaran kilang Boh Tea Plantations  Bukit Cheeding



JENJAROM


PULAU CAREY

Perkhidmatan feri antara Pulau Carey dan Pelabuhan Klang sejak 1901

Gambar foto perkhidmatan feri dari Kg. Segenting ke Pulau Carey dalam tahun 1970-an








Jambatan Pulau Carey yang dibina dalam tahun 1980-an menamatkan perkhidmatan feri ke pulau itu.

Jambatan Pulau Carey kedua merentas Sungai Langat di lebuhraya SKVE ke Pulau Indah (dalam pembinaan) 

TELOK PANGLIMA GARANG

Pekan TPG menghala ke Banting dalam tahun 1959

Deretan rumah kedai di pekan TPG menghala ke Klang dalam tahun 1959



 Perbandingan TPG dahulu dan sekarang

Persimpangan Tol TPG di laluan SKVE
Kehidupan  moyang perempuan keluarga penulis dalam tahun 1960-an



Kehidupan keluarga besar penulis dalam tahun 1970-an.
 Mungkin mereka on the way nak balik ke KL selepas bercuti di kampung.


Arwah datuk penulis dalam tahun 1970-an

Masjid TPG dalam tahun awal 1980-an

Menara Masjid TPG suatu masa dahulu

Acara kuliah agama di masjid TPG

Sambutan hari raya di serambi masjid TPG

Barisan  JK Masjid TPG awal 1980-an

Barisan AJK Masjid TPG sebelum dirobohkan untuk pembinaan masjid Nurul Hidayah TPG kini. Perhatikan tiang-tiang besar masjid lama ini

Tokong Cina di Kg. Simpang Pulau Carey



DENGKIL


PRANG BESAR (KINI PUTRAJAYA)
Estet getah di Prang Besar.Gambar diambil dalam tahun 1910

Estet Prang Besar dalam tahun 1960 masih ditanami getah.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...