Ahad, 12 Jun 2011

Carian Tentang Telok Panglima Garang di Arkib Negara 1

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 1 - 10 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Asks permission to allow the Collector of Langat to go over the path from Telok Panglima Garang to Klang 
Memohon kebenaran untuk membolehkan `Pengutip Hasil Langat' melewati batas sempadan dari Telok Panglima Garang ke Kelang Minit Bahasa Inggeris Rodger, J.P.; Bellamy, Henry Franklin
(No. rujukan: 1957/0004270; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Report on the track from Telok Panglima Garang to Klang
Laporan keadaan jalan dari Teluk Panglima Garang ke Kelang yang becak teruk kerana hujan Surat; minit Bahasa Inggeris Bellamy, G.C.; Bellamy, H.F.; Rodger, J.P.; PWD, Kuala Lumpur
(No. rujukan: 1957/0004378; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards a draft contract and specification for the construction of three miles of a proposed road from Klang to Bandar Jugra via Telok Panglima Garang.

(No. rujukan: 1957/0010103; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Ex Servicemn's at Telok Panglima Garang Selangor. 31.8.70

(No. rujukan: 2000/0006754; Jenis bahan: Gambar Foto; Negeri: IBU PEJABAT)
"Halting Bunglow, Telok Panglima Garang" Forwards one tender for report;

(No. rujukan: 1957/0047818; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0047959; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application for 1000 acres of Coffee land along road from Telok Panglima Garang to Klang by Mr. A. Bernard

(No. rujukan: 1957/0052149; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Messrs. Rendle and Maynardi's Land at Telok Panglima Garang - States that the Government has taken 3 acres of their frontage for a Road reserve - Asks that they may be exempted from paying any quit rent -

(No. rujukan: 1957/0061810; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
'Extract from Register' issued to Mr. Borring for more than 25 acres, at Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0064574; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Road from Bandar to Telok Panglima Garang - Recommends tender for the gravelling of 16/24 $9,200

(No. rujukan: 1957/0061864; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 11 - 20 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Raja Ibrahim, Penghulu of Telok Panglima Garang. Dismissal of;

(No. rujukan: 1957/0062603; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservations for Large Estates - Recommends modifications of reservations near Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0064062; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Mr. A. Bernard's land at Telok Panglima Garang - Reports non payment of quit rent and survey fees

(No. rujukan: 1957/0061993; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Asks to see papers about land held by His Highness the Sultan at Telok Panglima Garang(5388/92 & 2580/91)

(No. rujukan: 1957/0059383; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
- Land at Telok Panglima Garang - Application from Mr. E.J. Borring of Denmark Estate, for 10 additonal acres of - Forwards -

(No. rujukan: 1957/0060890; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application from Mr. Borring for 110 acres of waste land at Telok Panglima Garang (back of Denmark Estate)

(No. rujukan: 1957/0066110; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Completion of sanding 3? miles of Road from Bandar to Telok Panglima Garang seeks authority to make final payment in full

(No. rujukan: 1957/0070305; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Appointment of Raja Mamor Bin Raja Ismail as Penghulu Telok Panglima Garang vice Raja Ibrahim dismissal

(No. rujukan: 1957/0067050; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Gravelling Road from Bandar to Telok Panglima Garang - Reports breach of contract and recommends extension to 1.2.1897

(No. rujukan: 1957/0067094; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Police Station and Quarters - Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0081886; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 21 - 30 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Police Station at Bander Bharu Transfer of vote of $2,500 for 'Police Station at Telok Panglima Garang'

(No. rujukan: 1957/0088110; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
School Master Vernacular School at Telok Panglima Garang was given notice to leave : Informs : -

(No. rujukan: 1957/0087380; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Recommends sale by auction of thirteen village lots at Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0087384; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Moosah, Teacher at the Telok Panglima Garang School, Kuala Langat :- Increase of salary from $15 to $20 per mensem

(No. rujukan: 1957/0091773; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Transfer of Moosat as School-Master Telok Panglima Garang and promotion of Bidin as Schoolmaster, Ulu Klang : - Informs of : -

(No. rujukan: 1957/0090153; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Late Mr. Borring's land at Telok Panglima Garang - as to transfer :-

(No. rujukan: 1957/0102824; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Laying out millage site, Telok Panglima Garang :-

(No. rujukan: 1957/0121980; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application for a Penghuluship either at Telok Panglima Garang or at Rasa, said to be vacant.

(No. rujukan: 1957/0129704; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Mr. E. Macfadyen for 250 acres of Agricultural land in Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0132456; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Recommends that the salary of Penghulu, Telok Panglima Garang be raised to $360.00 in the Annual Estimates 1907

(No. rujukan: 1957/0129035; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 31 - 40 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Recommends Japar Abdulrahman for the post of Penghulu Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0129076; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Construction of Cart Road from Telok Panglima Garang to Telok Datok - Tenders for

(No. rujukan: 1957/0134748; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Recommends that Japar bin Haji Abdulrahman be confirmed in the appointment of Penghulu, Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0134063; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Report against Raja Mamor, Penghulu of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0128018; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application from Raja Tahir bin Raja Khamsah for the penghuluship of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0129487; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Auction of six shops lots at the village of Telok Panglima Garang -

(No. rujukan: 1957/0132235; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Asks that the post of Penghulu Telok Panglima Garang, be given to his son, Haji Mohamed Tahir

(No. rujukan: 1957/0128824; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Completion report on contract for road from Telok Panglima Garang to Telok Datoh - Forwards :-

(No. rujukan: 1957/0140722; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Breach report on Contract for cross road Telok Panglima Garang, Telok Dato Road

(No. rujukan: 1957/0141431; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Breach report on contract for cart road from Telok Panglima Garang to Telok Dato

(No. rujukan: 1957/0140050; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 41 - 50 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Metalling cart Road from Telok Panglima Garang towards Telok Datoh 9 Mile

(No. rujukan: 1957/0140816; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Breach report on contract for improvement of village drains at Telok Panglima Garang, Kuala Langat

(No. rujukan: 1957/0138030; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sanction to purchase locally 6 sets of points and Crossings for use on the metalling of Telok Datoh Telok Panglima Garang road

(No. rujukan: 1957/0142223; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reports completion of contract for the improvement of village drains at Telok Panglima Garang, Kuala Langat

(No. rujukan: 1957/0138749; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards statement showing liabilities against the vote for 'Cart road from Telok Panglima Garang to Telok Datoh'

(No. rujukan: 1957/0138257; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Recommends that three more village lots at Telok Panglima Garangbe sold by public auction

(No. rujukan: 1957/0136266; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Construction of a cart road from Telok Panglima Garang to Telok Dato - Forwards a list of compensation payable for fruit trees to be cut down for the construction of the road

(No. rujukan: 1957/0136996; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sanction to expend $1000 on clearing outlet drains from the new road between Telok Panglima Garang and Telok Datoh

(No. rujukan: 1957/0139064; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reports completion of construction of cross road in Telok Panglima Garang - Telok Datoh Road

(No. rujukan: 1957/0142010; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Construction of - 1) Malay School and Teachers' quarters, Si Jangkang - 2) Malay School and Teachers' quarters, Telok Panglima Garang - Tenders for

(No. rujukan: 1957/0150438; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 51 - 60 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Recommends Sanid bin Haji Taik and Mohd Mah bin Ma Alip, Pupil Teacher at Telok Panglima Garang and Jeram respectively to be Assistant Teachers

(No. rujukan: 1957/0148777; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application from Malays and Chinese for land near the new Railway track, Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0165172; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Declaration of Sanitary Board areas at Permatang Pasir, Telok Panglima Garang and Sungei Raba

(No. rujukan: 1957/0163755; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Alienation of about 30 acres of State Land in 3 acre blocks, Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0163078; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Extension of certain agricultural drains and deepening of others in the neighbourhood of Sejangkang, Telok Panglima Garang Mukim.

(No. rujukan: 1957/0169254; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Land Application Telok Panglima Garang Mukim. Mat bin Abdullah and 10 others

(No. rujukan: 1957/0172676; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application from Mohamad Nordin bin Haji Abid and Muntil bin Said for 5 acres of land in the Mukim of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0172143; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sakai Dusun in Telok Panglima Garang - (Occupation by Chinese)

(No. rujukan: 1957/0187617; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Agricultural land application - 5 acres - Telok Panglima Garang Mukim - Ng Chat

(No. rujukan: 1957/0190842; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Alienation of land to Mat bin Abdullah and others. Telok Panglima Garang Mukim. Authority to alter the plan with reduced road-frontage

(No. rujukan: 1957/0183038; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 61 - 70 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Application for land - 28 acres - Telok Panglima Garang Mukim Tee Bee Kian and 6 others

(No. rujukan: 1957/0187445; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Agricultural land application :- 4? acres - Telok Panglima Garang Mukim - Ng Chat

(No. rujukan: 1957/0187446; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Lease of the Government Halting Bungalow at Telok Panglima Garang - Tenders for :-

(No. rujukan: 1957/0181784; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Agricultural land application - 1 acre, Mukim of Telok Panglima Garang - Andak bin Alang

(No. rujukan: 1957/0186886; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application from Tamby bin Hashim for a loan of $500 to build a house on Extract Mukim Register 2696 and 2697 Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0189755; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Tenders for land at Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0200514; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Incorrect allotment of State Land, Telok Panglima Garang Mukim. Alienation of adjacent land to Tamby bin Hashim

(No. rujukan: 1957/0196491; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application for land - 12 acres, Telok Panglima Garang Mukim. The Telok (Federated Malay States) Rubber Company

(No. rujukan: 1957/0194563; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Enche Mohamed Jaffar, Penghulu, Telok Panglima Garang - Loan of $500

(No. rujukan: 1957/0212912; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Lines for Post and Telegraph Coolies at Telok Panglima Garang, Telok Datoh, Morib, Tumboh and Telok Merbau. Supplement of $ 4950/-

(No. rujukan: 1957/0212409; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
 

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 71 - 80 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Assistant Penghulu for Telok panglima Garang.

(No. rujukan: 1957/0208090; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Permission to sell land held under Malay Reservation comprised in E.M.R. No 2616 Portion 609 of Telok Panglima Garang to other nationalities

(No. rujukan: 1957/0206355; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Abdullah bin Mohamed Salleh, Malay Teacher, Telok Panglima Garang for the post of Penghulu Morib

(No. rujukan: 1957/0209163; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Furniture of Halting Bungalow, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Disposal of :

(No. rujukan: 1957/0221813; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow, Telok Panglima Garang, Kuala Langat - Disposal of:

(No. rujukan: 1957/0219098; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow, Telok Panglima Garang - Recommends closing of :-

(No. rujukan: 1957/0217161; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Petition for transfer of Temporary Occupation License issued to Tee Bee Kian over the Road Reserve in Telok Panglima Garang Mukim, Kuala Langat

(No. rujukan: 1957/0235765; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Teachers' Quarters with well and latrine at Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0236515; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Land : 35 acres : Mukim Telok Panglima Garang - Oil Palm Cultivation - Chan Hock applies for :-

(No. rujukan: 1957/0231715; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes. Malay School and Teacher's Quarters : Portion No. 450, Mukim of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235974; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 81 - 90 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Reservation of land for Public Purposes. Mohamedan Burial Ground : Allotment No. 16, Section No. 1, Village of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235975; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes. Mohamedan Burial Ground : Portion 448, Mukim of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235976; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes - Mosque : Allotment No. 15, Section No. 1, Village of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235982; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of land for Public Purposes - Mosque : Portion 449, Mukim of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0235984; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Mr. Ramplen Jones for prospecting licence over an area of 2400 acres, Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0237700; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Memorandum on three applications for prospecting licences over lands in Telok Panglima Garang and Tanjong Duablas Mukim

(No. rujukan: 1957/0237703; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Government Chandu Shop : Telok Panglima Garang site for :-

(No. rujukan: 1957/0231529; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Applications for Penghuluship, Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0245628; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Reservation of 3 prices of land in the Mukim of Telok Panglima Garang for the purpose of M. Muhammadan Community

(No. rujukan: 1957/0241745; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Inche Ibrahim bin Jaafar, Class III B Teacher, Malay School, Tanjong Duablas for post of Penghulu, Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0245078; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 91 - 100 daripada 218 untuk carian "Telok Panglima Garang"
 
Application by Chan Hock for 2? acres of State Land, Telok Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0238533; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Tan Twee for half an acre of State Land in the Muki of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0243793; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Liow Nung and 3 other Chinese for 4 blocks of State Land of 3 acres each in Telok Panglima Garang Mukim for purposes of planting coconuts and coffee

(No. rujukan: 1957/0247647; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application for penghuluship of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0244531; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sanction to use Lots 450 and 449, Telok Panglima Garang Mukim, site of the present mosque and school, as a Mohamedan Burial Ground

(No. rujukan: 1957/0239998; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sites for Posts and Telegraphs and Sanitary Road Cooly Lines at Telok Panglima Garang :

(No. rujukan: 1957/0247804; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by the Penghulu of Mukim Telok Panglima Garang for Assitance from Government for his wife and himself for passage to Mecca

(No. rujukan: 1957/0242008; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Sanction to demolish cooly lines, Telok Panglima Garang, Kuala Langat

(No. rujukan: 1957/0242702; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application by Inche Abdul Karim bin Duaji, Malay Writer I for post of Penghulu, Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0244105; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Application for penghuluship of Telok Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0244756; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Lokasi Kemudahan Awam Terpilih di Telok


No
 Nama  Restoran/ Kedai Makan
 Alamat
 Gred




 1 Zuraidah
 No. 3, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 2 Kedai Makan ARZ
 No. 4, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 3 Siti Citarasa Tomyam
 No. 5, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 4 Nadatul Shima Buhari
 No. 6, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 5 Baharudin Sayuti
 No. 8, Gerai MDKL, Jalan Waja, Telok Panglima  Garang
B
 6 Khalijah bt Dikon
 No. 45, Jalan Pandan, Taman Dato’ Hormat, Telok  Panglima Garang
B
 7 Restoran Ravathy
 No. 33, Jalan Pandan, Taman Dato’ Hormat, Telok  Panglima Garang
B
 8 Kedai Makan Chi Fatt
 No. 25, Jalan Pandan, Taman Dato’ Hormat, Telok  Panglima Garang
B
 9 Baharin bin Abd Rahman
 No. 56, Jalan Palas 2, Taman Dato’ Hormat, Telok  Panglima Garang
B





CIMB Servis Lokasi
 CawanganBanting 135 Jalan Besar 42700 Banting Selangor
No. Telefon : 1 300 880 900
No. Faks : 03 - 3187 1663

Teluk Panglima Garang 54 Jalan J/U2 Taman Jaya Utama Phase 1 42500 Teluk Panglima Garang Selangor
No. Telefon : 1 300 880 900
No. Faks : 03 - 3122 7298
 ATMTeluk Panglima Garang FTZ, Stesen Minyak Terpilih seluruh Kuala Langat 


Bil
 Nama Klinik & Alamat
 No. Untuk Dihubungi
 1

 Jabatan Pesakit Luar
 Banting
 Kuala Langat
 No. Telefon :  03-3187 1333
 No. Fax :
 2

 Klinik Desa Batu 10 (Kebun Baru)  Kebun Baru
 42700 K.Langat
 No. Telefon :  03-3122 0943 
 No. Fax :



 3

 Klinik Desa Sijangkang Dalam
 Teluk Panglima Garang
 42500 K.Langat
 No. Telefon :  03-3122 0064 
 No. Fax :
 4

 Klinik Desa Sijangkang Luar
 Teluk Panglima Garang
 42500 K.Langat
 No. Telefon :  03-3122 2885 
 No. Fax :                                              

 5

 Poliklinik Komuniti SiJangkang
 Teluk Panglima Garang
  No. Telefon :  03-3122 6686 
  No. Fax :                                             
 
 6 
Poliklinik Komuniti Teluk Panglima Garang
  No. Telefon :  03-3122 7433 
  No. Fax : 03-3122 7776


Poliklinik Sijangkang
 11, Taman Sri Medan
 Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor
 Poliklinik Jaya T.P.G
 4, Jalan Temenggong
 Taman Desa Wira, Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor
 Poliklinik dan Pembedahan Reiki Baba
 No 164, Jalan Utama 2
 Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor
 Klinik Siti Zariah
 82A, JU/2, Taman Jaya Utama
 Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor
 Klinik Hartati
 No 17, Tingkat Bawah
 Jalan Wira 2, Taman Perwira
 Telok Panglima Garang
 42500 Kuala Langat, Selangor



Anak-anak Teluk yang Berjaya

1.   MUHAMMAD SALEHUDDIN (1914-1982), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 10 Januari 1914 di Teluk Panglima Garang, Selangor. Nama penuhnya ialah Muhammad Salehuddin @ Ismail bin Abdul Jalil. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Panglima Garang, Selangor dan lulus Darjah Lima pada tahun 1926. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese School, Kelang dan selepas beberapa bulan kemudian berpindah ke Sekolah Tinggi Kelang hingga lulus peringkat Junior Cambridge. Dia lulus Senior Cambridge pada tahun 1935 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
(maaf..tiada maklumat lanjut atau foto mengenai individu ini)

2.    Mohd Zain bin Abu (1923-2009)
Haji Mohd. Zain Abu, atau Zain Abu kepada rakan-rakannya, dilahirkan sebagai Talip bin Abu pada 16 September, 1923 di Telok Panglima Garang, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga kepada Abu bin Jaamat (1895-1956) dan Tijah bte Jalal (1900-1982). Ibu bapanya merupakan orang kampung yang biasa. Sungguhpun begitu, mereka mempunyai impian dan cita-cita besar untuk anak-anak mereka. Telok Panglima Garang, atau lebih dikenali sebagai Telok oleh penduduk tempatan, merupakan sebuah pekan kecil yang terpencil, didiami oleh kebanyakannya orang Melayu berketurunan Bugis. Datuknya Jaamat, telah merantau ke Tanah Melayu di mana bapanya Abu dilahirkan.
Anak-anak beliau menggelar beliau Babah. Bagi anak-anak saudaranya dari sebelah keluarga beliau, beliau ialah Pak Alang. Manakala di sebelah keluarga isterinya pula, beliau digelar Pak Bibik. Isterinya, yang selesa berbahasa Inggeris pula, dengan penuh segan silunya menggelar beliau ‘Daddy’.
Beliau mempunyai enam orang adik-beradik lelaki dan dua orang adik-beradik perempuan. Mereka adalah Mohd. Diah, Mohd. Wahi, Mohd. Shahar,
Hendon, Maitom, Jamaluddin Jamlus, Ariffin, dan Mohd. Said. Adiknya, sama ada Mohd. Shahar atau Ariffin, sangat mirip dan hampir tidak dapat dibezakan paras rupa dengan beliau.  Untuk membezakan mereka, telinga kanan Zain Abu bertindik kecil yang hanya kelihatan oleh mereka yang benar-benar meneliti. Mohd. Shahar meninggal pada umur lewat 40’an,  manakala Ariffin meninggal dunia pada usia muda.
Pendidikan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan Zain Abu. Beliau pernah menceritakan bagaimana beliau dan dua orang abangnya, Mohd. Diah dan Mohd. Wahi, akan tetap pergi ke sekolah walaupun terpaksa berkaki ayam. Sebagai adik ketiga, dialah yang ditugaskan menjunjung dulang bungkusan makanan tengahari mereka di atas kepalanya.

PENDIDIKAN DAN KERJAYA AWAL
Titik tolak kejayaan Zain Abu adalah ketika beliau dihantar ke Sekolah Rendah Batu Road di Kuala Lumpur. Zain Abu berjaya mendapat tempat terbaik di dalam kelas dan ditawarkan biasiswa secara peribadi oleh pegawai Resident British untuk menyambung persekolahan ke peringkat menengahnya di Victoria Institution (VI). Ketika itu, VI terletak di High Street, Kuala Lumpur, sebelum dipindahkan ke Jalan Shaw. Beliau juga mewakili VI dengan kebolehannya bermain bola sepak, suatu bakat yang malangnya tidak diwarisi oleh anak-anak lelaki beliau. Dua orang daripada anak-anak lelakinya, Abdullah Faiz dan Ahmad Faizal, telah mengikuti jejak langkah beliau apabila turut bersekolah di VI. Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Murid Tua VI (Life member VI Old Boys Association).
Beliau telah lulus Sijil ‘Senior Cambridge’ dengan cemerlang dan ditawarkan berkhidmat di Akhbar Harian Majlis, sebuah akhbar tempatan. Di sinilah tempat bermulanya beliau berkenalan dengan bakal bapa mentuanya, Haji Othman bin Haji Abdullah, yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa hadapan Zain Abu.
 Zain Abu, diberi peluang untuk mendalami jurusan kewartawanan di London, England selama sembilan bulan. Zain Abu telah dibiayai oleh Akhbar Harian Majlis untuk mengikuti kursus   bidang kewartawanan di School of Publishing, Foreign Language Department, London Polytechnic di Fleet Street. Sehingga kini, Fleet Street merupakan nadi media dan percetakan akhbar sedunia. Biasiswanya bernilai Pound Sterling 26, dan beberapa Shilling sahaja, ketika itu.

Zain Abu tiba di United Kingdom pada 15 September, 1949, satu hari sebelum hari jadinya yang ke-26. Beliau mendapat latihan kewartawan sewaktu Britain menghadapi pilihan raya umum pada bulan Februari 1950. Pada bulan March 1950, Wong Peng Soon dari Malaya telah mengalahkan Poul Holm dari Denmark di Earl’s Court, London dalam pertandingan akhir keseorangan All England Badminton Open Championships. Sebuah mesyuarat telah diadakan menyambut Maulud Nabi Islamic Cultural Society  di London pada 30 Disember, 1949. Beliau juga telah merekodkan mesyuarat umum Kesatuan Melayu Great Britain (Malay Students’ Organisation of Great Britain) apabila Tun Abdul Razak Hussein dilantik presiden pada keesokan hari pada 31 Disember, 1949. 16 June, 1950 merupakan tarikh akhir pengajian beliau di School of Printing, Fleet Street, London. Semua perkara ini dicatat secara terperinci dalam diarinya.

Zain Abu memulakan kehidupan berkeluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Siti Hajar berasal dari keluarga yang besar; sanak saudaranya ramai yang ketika itu menetap di kawasan Pudu dan daerah Petaling di Selangor. Cahaya mata sulung mereka, Muhammad, dilahirkan pada tahun 1952 tetapi telah pulang ke pangkuan penciptanya sejurus kemudian. Alhamdulillah, mereka kemudiannya dikurniakan dengan enam orang anak iaitu Faizah (1953), Abdullah Faiz (1955), Ahmad Faizal (1956), Alam Faizli (1958), Azam Fairuz (1962), dan Azad Faizlin (1963). Kesemuanya telah dilahirkan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor, kecuali Alam Faizli yang telah dilahirkan di Dungun, Terengganu ketika Zain Abu diarahkan bertugas di Bukit Besi oleh majikannya, Eastern Mining and Metal Company.
Walaupun tugas dan tanggungjawab membawanya dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Bukit Ibam, Bukit Besi dan Kota Bharu, Zain Abu telah memastikan ketiga-tiga anaknya yang masih melalui alam persekolahan menetap dan bersekolah di Petaling Jaya. Beliau sekeluarga akhirnya berpindah ke Jalan Sentosa, Petaling Jaya pada tahun 1962/63.  Zain Abu sekeluarga kemudiannya berpindah ke Bukit Petaling, Kuala Lumpur sehingga tahun 1978 dan akhirnya mendiami rumah beliau sendiri di Taman Tun Dr Ismail.

Kerjaya Zain Abu dalam penyiaran radio sebagai penyunting berita dengan Radio Malaya bermula di Kuantan, Pahang. Di Kuantan, isterinya turut sempat bertugas sebagai juruhebah radio buat seketika. Pada sekitar tahun 1963, beliau dipindahkan ke ibu pejabat Radio Malaysia, Kuala Lumpur yang ketika itu ditempatkan di Federal House. Antara kenalan rapat beliau ialah Zainal Alam dan Datuk S.M. Salim. Kebetulan pula, Datuk S. M. Salim adalah jiran semasa di Petaling Jaya.

Zain Abu sentiasa mengikuti dan terbabit dalam acara-acara kebangsaan mahupun antarabangsa. Pada tahun 1955, sebelum berkhidmat dengan Radio Malaya lagi, beliau telah berada di lokasi di Baling, Kedah untuk melaporkan peristiwa Tunku Abdul Rahman menyeru kepada Chin Peng untuk menyerah kalah. Apabila beliau ingin menemubual Chin Peng, mikrofon di tangan beliau dirampas kasar oleh konco Chin Peng. Pada pertengahan tahun 2000, ketika beliau ditanya berkenaan isu kepulangan Chin Peng ke Malaysia, Zain Abu dengan ringkas, jelas dan tanpa ragu-ragu menyatakan, “Chin Peng harus ditembak mati.”
Zain Abu bersara pada tahun 1978 sebagai penyunting berita kanan, tetapi diminta terus bekerja secara kontrak dengan Radio Televisyen Malaysia sehingga usianya mencecah 70 tahun. Hal ini membuka peluang untuk beliau menyambung kembali hobi hortikultur beliau dengan lebih serius. Dua bidang tanah di Telok dan Pulau Indah tinggalan kedua orang tuanya gigih diusahakan; dengan kelapa sawit, nenas, dan pokok gaharu. Jelas sekali perwatakan beliau yang lazimnya disebut oleh orang Melayu sebagai tidak boleh duduk diam.

Beliau meninggalkan kehidupan duniawi yang sementara ini untuk bertemu Yang Maha Esa pada 1 DzulQaedah, 1430 Hijrah (bersamaan 20 Oktober, 2009) dalam usia 86 tahun. Pemergian beliau pada jam 10.00 pagi selepas hampir 4-6 bulan berjuang menempuhi penyakit telah disaksikan oleh isteri beliau, Hajah Siti Hajar, di rumah anak perempuannya, Faizah, di Sentul, Kuala Lumpur. Pemergian tersebut cukup sukar untuk Hajah Siti Hajar yang terpaksa melepaskan pergi, suami tercinta dan pasangan hidupnya. Tiga tahun kemudian pada 1 Rabiul Awal, 1434 Hijrah (bersamaan 13 Januari, 2013) beliau menghembuskan nafas terakhirnya menuruti Allahyarham suaminya, pada usia 83 tahun, di rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Allahyarham Haji Mohd. Zain Abu dan Allahyarham Hajah Siti Hajar telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Mereka meninggalkan enam orang cahaya mata, 33 orang cucu, dan 9 orang cicit.  Mereka berdua telah menjalani kehidupan rumah tangga yang bersederhana tetapi cukup bahagia, selama 61 tahun. Semoga Allah memberkati roh mereka dan meletakkan mereka di kalangan orang-orang yang bertaqwa di Syurga-Nya, al-JannatunNaim. Al-Fatihah. Amiin.

http://aafaizli.com/biografi-mohd-zain-bin-abu-1923-2009/

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...