Khamis, 6 Mei 2021

Sejarah Kemajuan dan Pembangunan Kuala Langat

Salam Ramadhan buat semua. Syukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat dan beribadat sehari lagi. Semoga keberkatan bulan yang mulia ini merancakkan lagi sifat dan sikap terpuji dalam diri untuk mencari keredaanNya..  Atok dan Wan seronok apabila korang terus mengunjungi blog kami. Atok perlukan maklumbalas korang. So, please write to me.

Entri Atok kali ini santai jer. Atok nak komen pasal pembangunan Kuala Langat. Atok nak bawa korang rentas masa, dari zaman Al Sultan SAS (Sir Abdul Samad) hingga ke tahun 1980. Alaa Tok, cerita pembangunan dah klise dah, basi. Cerita orang politik yang turun padang 5 tahun sekali, yang datang time nak raih undi. Sanggup dokong dan cium bayi kecil sambil posing depan  kamera, bersusah payah pikul guni padi, rela motong getah dan berbagai-bagai aksi bodoh yang jadi bahan ketawa orang kampung. Lepas beri beras sekampit, kain pelekat dan kain batik sehelai seorang, langsung tak nampak batang hidung lepas dapat undi orang kampung. Bukan cerita itu, bukan cerita politikus yang pembohongnya lebih bahaya daripada kencing tikus. TIDAK, BUKAN, NEHI, ELEK! Atok nak cerita pembangunan yang betul-betul wujud, infrastruktur, prasarana. Simbol kemajuan negeri. Lambang kesejahteraan negara. So, korang follow the flow, ok?

Berdasarkan pengamatan dan pembacaan Atok di Arkib Akhbar di Singapura, kemajuan negeri Selangor terutamanya di Kuala Langat memang berperingkat-peringkat seolah-olah telah dirancang seperti dalam Grand Master Plan British. Apa bukti Atok bercakap sedemikian? Atok tak nak cerita banyak. Korang tengok sahajalah evidens yang Atok kumpulkan. Bukti-bukti tender kerajaan dalam surat-surat khabar dahulu. Mungkin banyak lagi yang Atok terlepas pandang. Hah, inilah buktinya! 

Projek dan perancangan kerajaan direalisasikan melalui pemberian tender. Boleh juga direct negotiations dengan kontraktor. Tapi untuk projek yang besar bajetnya, ketelusan, keadilan perlu dinyatakan melalui pemberian tender terbuka. Itu sememangnya amalan biasa dan tradisi sistem pertadbiran Inggeris.  Tapi di sebalik nampak telus, rasuah tetap wujud kerana melibatkan fulus. Ada fulus, tender lulus. Kih, kih,kih. Jadi, korang layan jer iklan tender itu. Paling tidak pun, perhatikan laras bahasa dan ejaan yang digunapakai. Kadang-kadang melucukan.

Pada era awal British di Selangor, sekitar 1874-1889,  ketika perbendaharaan negeri dikawal Residen,  infrastruktur yang dibangunkan menjurus kepada pengisian tabung kewangan negeri dengan pengenalan sistem cukai yang diperkenalkan. Atok tergelak apabila Atok membaca jenaka sindiran sinis orang Barat terhadap sistem percukaian mereka. Katanya,  Di dalam dunia ini dua perkara sahaja yang PASTI. Maut dan Cukai. Kita tak boleh lari daripada kedua-duanya, walaupun ondeway ke kubur.

HAHAHA...memang betulpun! Setiap tanaman, ternakan, tanah yang dimiliki dikira dan dicukai. Suka atau tidak, rakyat terpaksa akur. Apa boleh buat Sultan sudah perkenan. Pantang anak Melayu menderhakai Sultannya. Kalau adapun Jebat, sudah pasti ditekan Tuah agar taat titah baginda. Alsultan sudah dalam genggaman British. Kata British itu juga titah Sultan. Bayar tetap bayar. Maka kantung negeri mula penuh. Sultan seronok tapi tak boleh cuit duit. Cukup sekadar elaun baginda  £2000 pound Sterling setahun. Ini duit untuk pembangunan, kata Residen. Semakin banyak hutan diteroka dan dijadikan lombong, kebun dan estet, semakin bertambah hasil cukai negeri. Pada masa ini Pejabat Daerah Kuala Langat termasuk Pejabat Hasil di Jugra mula beroperasi. Balai polis atau rumah pasung di beberapa petempatan utama di Kuala Langat mula dibina.

Mulai 1895, maka dibinalah rangkaian jalan raya , bermula dari Jugra ke Klang, kemudian Klang ke Telok Datok langsung ke Morib. Selepas itu, jalan raya dari Telok Datok ke Dengkil terus ke Bangi. Akhir sekali, Dari Sepang bersambung ke Morib. Maka lengkaplah, sistem jalan raya utama di Kuala Langat. Siap dengan jambatan dan jeti feri untuk menyeberangi Sungai Langat. Adapun rancangan hendak membina laluan jalan kereta api terus dari Klang ke Morib tidak kesampaian walaupun ada bajet dan dalam perancangan kerajaan negeri.

Kemudian dalam tahun-tahun 1900-an, tahap kesihatan rakyat pula diberi perhatian. Banyak hospital estet di sekitar Kuala Langat dibina. Institusi kesihatan memang kritikal kerana epidemik malaria sedang menggiler. Kesihatan awam  dan persekitaran diperkenalkan. Town Board ditubuhkan untuk daerah Kuala Langat, sanitasi untuk penduduk bandar. Pejabat-pejabat pos juga mula tumbuh di beberapa pekan seperti Banting, Batu Laut, Sepang.  Selepas itu, pembangunan infrastruktur tiba-tiba terhenti. Bekalan air bersih belum lagi wujud di Kuala Langat sehinggalah tahun 1939. Bekalan elektrik dinikmati rakyat Kuala Langat hanya selepas negara mencapai kemerdekaan.

Nampak sangat semua pembangunan yang dilakukan kerana faedah ekonomi dan  keselamatan buat British, bukan untuk rakyat. Kehidupan di kampung masih jauh dari deruan pembangunan. Jelaga hitam pekat dari api pelita memenuhi lubang hidung.  Tak ada bezanya kehidupan mereka berbanding datuk nenek moyang mereka. Miskin, daif, tidak berpelajaran.

Selepas merdeka, baharulah pembangunan daerah ini sememangnya untuk kita. Dalam era awal pasca kemerdekaan, kemajuan pesat berlaku di Kuala Langat terutama dalam pembinaan jalan kampung, sekolah, pusat kesihatan, dewan orang ramai dalan dekad 1960-an. Boleh dikatakan di setiap mukim terdapat projek pembangunan luar bandar. Kegiatan-kegiatan pembangunan infrastruktur terus berlangsung dan menjadi semakin hebat dalam tahun 1970-1980an dengan penyertaan ramai kontraktor bumiputera. 

Untuk memudahkan korang mentelaah bahan Atok kali ini, Atok susun pembangunan daerah ini mengikut mukim-mukim yang terdapat di. Kuala Langat dan garis masa, iaitu zaman British (1874-1957), dekad 1960-an, dan tahun-tahun 1970-1980. 

Untuk para pembaca yang bukan anak jati Kuala Langat, baca dahulu profil pengenalan Kuala Langat di bawah ini. Oh ya, dahulu Sepang di bawah tadbir Pejabat Daerah Kuala Langat. Teruskan membaca.Nak tanya, roger Atok, OK? Wassalam.

Pendahuluan

Kuala Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya terletak di bahagian Barat Daya Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 44 km dari Shah Alam iaitu ibu Negeri Selangor. Daerah Kuala Langat ini bersempadan dengan Daerah Sepang dan Klang. Di sebelah utara terletak Daerah Klang, Di sebelah Timur dan Selatan adalah Daerah Sepang dan Selat Melaka pula adalah di Bahagian Barat Daerah Kuala Langat.

Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil orang-orang asli.

Mukim-mukim dalam Daerah Kuala Langat iaitu :








a) Zaman British







b) 1958 hingga 1969




    


          


c) 1970 hingga 1980





                     


    


        
    




   










  


                                                                   
                                                    
                                                       



                                            


       
                                 

                                                       
                                                                    
                                               
Daerah Sepang merupakan daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
 

 

  

 


 




           
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...