Rabu, 22 Jun 2022

Sejarah Perkhidmatan Feri di Kg. Sungai Buaya

Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanawataala atas limpahan kurniaNya, PengasihNya, KeampunanNya ke atas kita umat Islam seluruhnya. Apa khabar Wak-wak di Banting dan Kuala Langat terutamanya di Kg. Sungai Buaya? Masih waras dan keras ya wak? Kih,kih,kih. Oklah kali ini Atok nak sambung lagi cerita kita pasal feri. Bukan di Bandar sahaja ada feri. Kita beruntung kerana kita pernah mempunyai empat perkhidmatan pengangkutan air di sekitar Jugra. Pertama, jeti di Batu Ampar, kemudiannya Jeti di Kg. Bandar. Seterusnya jeti Sg. Buaya dan yang keempat, jeti Pulau Carey. Kesemuanya berjalan bukan serentak tetapi pada garis masa yang berlainan. Ya, Wak. Benar Wak. Memang Atok ada sebutkan feri Sungai Buaya kat kampung Wak itu. Yang bener ini! Ya, wak, benerin semuanya! Tapi, yang dulu, bukan yang sekarang. Ooops, Atok ini ngomong Jowo ke cakap Indonesia? Apa-apain sajalah, asal korang fahamin maksud Atok yang tulus mulus itu. HAHAHA.

Begini ceritanya......

Pada tahun 1914. pentadbiran British di Kuala Langat telah secara rasminya menutup operasi perkhidmatan feri di Bandar. Keputusan ini diambil kerana satu jambatan besi telah dibina di Telok Datok ke Banting. Meskipun begitu, pengkalan perahu di Bandar itu tetap digunakan oleh penduduk-penduduk dengan menggunakan perahu masing-masing. Pengkalan feri yang baru di Sungai Buaya ini diwujudkan bagi meneruskan perkhidmatan pengangkutan air ini kepada penduduk dan pekerja-pekerja estet dan kakitangan kerajaan di sekitar Jugra. Pengkalan kedua-dua tebing sungai adalah di sekitar Sungai Buaya di tebing sebelah Jugra dan Jenjarom di sebelah Telok Panglima Garang.. 

Lokasi asal jeti Feri Sg. Buaya ialah tapak jambatan terbaharu  merentangi Sg. Langat

Bot feri yang sebelumnya digunakan di Bandar, dibaiki dan terus digunakan di jeti Sungai Buaya. Perjalanan biasanya mengambil masa 15 minit. Walaupun lokasi feri beroperasi telah dipindahkan, perkhidmatan feri itu masih terus digunakan untuk urusan rasmi pihak istana, Sultan, pegawai kerajaan Inggeris dan pengurus estet di kedua-dua belah Jugra dan Telok Datok di samping orang awam. Selain orang awam dan para pekerja estet yang berjalan kaki, penjawat awam yang berbasikal, kenderaan peribadi dan kerajaan seperti kereta, kereta kuda dan kereta lembu bermuatan getah,dan barangan dagangan lain juga menggunakan perkhidmatan feri yang beroperasi setiap hari dari pukul 6.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Tiada perkhidmatan feri pada sebelah malam. Namun, jika terpaksa, atas sebab-sebab kecemasan, penyeberang boleh mendapatkan khidmat pendayung persendirian yang sanggup membawa mereka dengan kadar upah yang pasti lebih tinggi.

Dalam tahun 1914, pontoon besi digunakan untuk pengangkutan feri di situ. Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari yang malang, 22 September 1922, tragedi feri karam berulang kembali. Kali ini melibatkan Raja Muda Selangor yang sedang dalam perjalanan ke Bandar. Walaupun begitu, perkhidmatan feri ini diteruskan juga. Kerajaan bersetuju membayar pampasan serta ganti rugi kepada keluarga mangsa.  Dalam tahun 1924, bot-bot feri ini diselenggara kembali dengan kos $1000. Pada 29 November tahun 1927, perkhidmatan feri Sungai Buaya ini secara rasminya dihentikan. Kerajaan menyerahkan kepada pihak pengurusan Telok Datoh Estate untuk meneruskan perkhidmatan atas daya usaha mereka sendiri. 

Berita kemalangan feri karam melibatkan Raja Muda disiarkan dalam akhbar di Singapura.

Penutupan Rasmi Perkhidmatan Feri Sg. Buaya pada 29/11/1927


Perbandingan Jarak Jalan raya sekitar Kuala Langat  dalam tahun 1932 dengan jelas menunjukkan kedudukan Feri Sg. Buaya yang tidak lagi beroperasi


Bukti  tapak atau pengkalan feri masih lagi digunakan dalam tahun 1941

Sila Klik pada pautan untuk butiran terperinci:

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
24 DEC 1924
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0233867W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 NOV 1927
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0251357W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
20 OCT 1922
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0222939W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 MAR 1924
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0230469W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 SEP 1922
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0222399W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
12 DEC 1922
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0223604W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...