Isnin, 3 Oktober 2011

Wajah Telok- Dahulu dan Kini

 Gambar-gambar ini aku dapat daripada kengkawan di FB
http://www.facebook.com/groups/150706634984011/

Terima kasih tak terhingga kerana kenangan silam mula mengimbau fikiranku..Memang aku belum dilahiran pada tahun tu...tapi betapa kemajuan menerjah kehidupan di bumi merdeka mengingatkan aku agar bersyukur dengan anugerahNya...Nikmat Kemerdekaaan

1.Mungkin  di lokasi yang sama...selekoh kat kuarters JKR..simpang ke Jalan Telok Mengkuang
Perhatikan batu tanda tepi jalan masih wujud di sana! Perhatikan 3 orang lelaki sedang bersembang sambil berdiri di situ..Mungkin pekerja JKR atau PWD masa tu.. Bekalan api takde tapi tiang talipon memang dah ada...Perhatikan pulak pokok-pokok durian di bahgian latar gambar...pemandangan biasa kat Telok


2. Jalan Besar Telok menghala ke arah Banting



 3.Perhatikan bentuk senibina dan jenis perniagaan yang dijalankan..apakah masih sama?

Betapa tenang dan damai kehidupan masa itu...berbasikal keliling kampung..bernaung dibawah teduhan pokok sena, menunggu kehadiran dan deruan kenderaan sama ada ke Kelang atau ke Banting...Bekalan elektrik masih jauh dari nyata

Bangunan kedai papan dua tingkat yang terpisah daripada deretan kedai itu masih wujud sehingga tahun 80an sebelum bertukar wajah dengan binaan konkrit. Mengapa terpisah? Mungkin milik bumiputera..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...