Aku teringat...tahun 77.hari tu..hari apa..aku dah lupa. tapi petang tu lebih kurang 5.30 hingga 6 petang tatkala aku dengan kengkawan tengah main baling selipar, sebuah lori kecil menyusur masuk ke lorong rumahku. Aku dan kengkawan tertanya-tanya..apa hal ni? Kata Seman tu lori Yok Koon, tauke Cina yang jual barang letrik kat pekan Telok...Yalah, aku kenal abang drebarnya orang Telok jugak,cuma namanya aku dah lupa..Kami tak jadi bermain kerana peristiwa lori masuk ke pekarangan rumah lebih memerlukan penyiasatan rapi kami...mesti ada hal besar ni!


Cerita kat tv walaupun waktu siarannya singkat (pukul 5 petang hingga 12 tgh malam) dan hanya ada dua channel jer..semuuanya kitorang tengok..kini giliran kitorang pulak entertain jiran-jiran yang belum ada tv lagi..Sejak hari tu, masa bermain kat luar mesti selaras dengan rancangan TV feveret kitorang terutama kartun-kartun..Lagi parah bila time VCR keluar kat pasaran..langsung melekap kat kaca tv..main...nanti ler!
