Oklah, seperti yang aku cakap tadi tanah sendiri ini ada dua, sama ada tanah yang korang beli dengan duit hasil titik peluh korang sendiri atau tanah kurnia, pemberian badan politik dan yang lagi satu tanah pusaka, tanah anugerah datuk nenek moyang yang tak sempat mereka gadaikan (adus, bisa sungguh ya?). Kalau tanah sendiri takde masalah tapi kalau ler korang nak uruskan tanah pusaka tadi, bibit-bibit masam-masam muka dalam ahli keluarga pasti berlaku.. masa nak bahagi harta
pusaka tadi… samada nak bagi ikut faraid atau nak bagi sama rata. Pastu benda ini berlarutan sampai. hari raya pun tak datang
rumah.. sedara mara kenduri tak datang.. nak bincang pasal tanah jauh sekali
laa.. akibat dia.. tanah pusaka tadi terbengkalai macam tuu jer.. ayoyo... rugi bhai.. rugi

Tak per.. kita tinggalkan masalah itu dulu.. jom kita
ikuti macam mana saudara aku, A berjaya selesaikan masalah tanah pusaka keluarga
dia orang.. yang selama ni.. kes dia agak kritikal... ICU.
Kisah ceritanya macam nii.. saudara A ni ada tanah
pusaka.. tanah tu kat TPG.. tanah tu kecik... 1 ekar je.. Tanah itu masih bersatus pertanian. belum pun
convert ke bangunan kediaman.. lokasi tanah tu cun gila.. strategik gila..
harga pulak kalau jual senang-senang boleh capai 500k seekar, maklum ler tepi jalan besar.

Jadi saudara aku tu, A jumpa aku.. kita orang bincang-bincang..
kot- kot ler.. ada jalan nak selesaikan masalah tanah dia orang tu. Mula- mula aku bagi dia dua pilihan:
1. Jual seadanya (status pertanian) mengikut harga semasa dan ambil RM500k. Kemudian dibahagi empat. Jadi seorang dapat RM125k.
ATAU
2. Jual ikut kaki persegi (status kediaman) mengikut harga semasa RM30-35 sekaki persegi.
Dia tanya balik kat aku mana lebih menguntungkan? Aku kata memang ler pilihan B tapi korang kena keluarkan modal sedikit dan bersabar. Berapa lama? Aku kata 6 bulan hingga setahun. OKlah. Dia nak dengar apa plan B aku tu.
A. KIRA NILAI TANAH
Apa yang kita orang buat.. kita orang kasi kira nilai tanah tu dulu.. katakan sekaki persegi.. area sana sekitar RM30 – RM35
1ekar = 43560kp
Kalau sekaki harga dia RM30.. jadi RM30 x 43560kp : RM1,306,800 (nilai tanah keluarga A)
B. KIRA NILAI SETIAP ADIK BERADIK (4 orang)
RM 1306,800 /4 = RM 326,700
Nilai tanah.. bagi setiap adik beradik dapat.. berdasarkan pembahagian pusaka. Aku kata itu secara kasar…belum tolak khidmat juruukur dan pertukaran status tanah (pertanian ke kediaman). Katakan lah upah ukur dan tukar status tanah RM 10,000. Jadi setelah dikira, bersih tiap-tiap orang dapat RM 324,200...Wow, kata kawan aku...ini lebih baik daripada bodoh-bodoh jual kat Cina (pasal susah nak jual kat Melayu kalau harga RM500k tu) Perbezaannya cukup besar, lagipun itu ler saja tanah pusaka yang ada, kata A.... RM324200 tolak RM 125000 = Tambahan RM199,200 setiap adik beradiknya!
Bila dah ada info cenggini.. pastu korang fikir-fikirkan lah..Korang timbang-timbangkan lah. Setakat ini.. pengalaman aku lah.. bila kita mampu
tunjukkan untung setiap adik beradik yang macam ni.. Insyaallah.. yang
masam-masam muka sebelum ni, dah boleh selesai Insyaallah. Dia orang boleh sepakat balik.. boleh duduk semeja balik..
untuk urus harta pusaka sekangkang kera tu..
Kemudian dia kata kat aku, walaupun setiap orang dapat lebih RM300k, tapi kalau nak beli rumah kat TPG ni, rumah teres dua tingkat dapat ler. Tapi menyesal juga rasanya kerana itulah satu-satunya tanah pesaka yang diaorang ada, lagipun nostalgia bersama orang tua masih dalam ingatan diorang adik beradik. Aku kata kalau gitu, kita ikut Pelan C. Hah.. Ada lagi plan C? Ya lah kata aku..korang nak duit tapi korang masih nak buat rumah kat tanah itu, kan? Ya. kata dia bersungguh..tapi macam mana?
Aku kata nantilah aku beritahu. Malam ini aku ada hal. Lagipun cerita cenggini, mestilah kat cofee house ke, warung mamak ke..yelah HAUS katakan. Lagipun korang nak buat house, kan? Besoknya dia kata nak jumpa aku kat Allson Kelana Seremban, minum petang katanya...Hihihi. Aku kata kat dia aku main-main jer. Kalau kau ajak aku turun Telok pun aku balik, lagipun ini kan time cuti sekolah. Kata dia tak apa, dia nak dengar idea first class aku itu... Tak sabar benar dia nakdengar plan C aku tu...
A. KIRA NILAI TANAH
Apa yang kita orang buat.. kita orang kasi kira nilai tanah tu dulu.. katakan sekaki persegi.. area sana kali ini tetapkan RM35
1ekar = 43560kp
Kalo sekaki harga dia RM35.. jadi RM35 x 43560kp : RM1,524,600 (nilai tanah keluarga A)
B. KIRA UPAH TOLAK TANAH, BUAT JALAN, BUAT PARIT JURUUKUR PERUNDING
Buat Jalan....... RM5,000 (beli tanah merah dan batu kasar)
Buat Parit........ RM800
Upah ukur..... RM10,000
Tukar Status.... RM 3000
---------------------------------
= RM 1,505,000/4
= RM 376,250 seorang
TETAPI......


Tapi aku cakap kat dia, kalau aku ler jadi cam dia...aku buat cenggini:
Duit RM140,000 hasil jualan lot itu aku pecahkan jadi dua bahagian
Duit buat rumah....................................RM100,000
Duit pergi Mekah (laki bini)..................RM40,000
Duit buat rumah tu aku kata engkau boleh dapat dua pintu, semi-D aku kata.Setiap pintu berukuran 20 x 80. Kebiasaanya rumah teres mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu bersekali dengan ruang makan, dapur dan 2 bilik air.Ada baki 10 kaki untuk laman dan belakang. Selesa apa? Dia kata nak buat apa dua rumah?. Aku katakan kat dia, satu kau duduk anak beranak, yang lagi satu engkau sewakan ler. Busuk-busuk masuk tiap-tiap bulan RM 500, ngok! Hahaha..Aku pulangkan balik ngok kat dia. Ya tak yalah. Kata dia sambil garu kepala. Otak engkau otak antarabangsa, superb. Tapi dapat ke buat dua pintu dengan RM100k tu? Aku kata apasal pulak tak boleh, engkau ada baca tak blog aku? Belum. Aku kata baca dan fahamkan dulu entri aku "Aku kontraktor: Buat rumah sendiri di TPG" itu. Yelah, yelah kata dia. Yang pasti hari itu dia balik ke Telok dengan wajah berseri-seri. Tak sabar rasanya dia nak ceritakan consultation kitorang dengan adik beradiknya. Kalau jadi nanti, jangan terperanjat kalau posmen hantar surat daripada aku dengan bil RM10,000. Kecik jer tu,bhai..Bayar kongsi-kongsi dengan adik beradik korang.HAHAHAHA