

Kalau korang tengok peta topografi lama itu
bertarikh 1933. Ya, ketika itu arwah
bapa aku pun belum lahir lagi. Yang ada atuk dan nenek korang jer. Bayangkan
kehidupan mereka di Telok masa itu. Penjajah British sudah berada di Selangor
lebih daripada 59 tahun (sejak 1874). Pembangunan negeri sedang rancak. Residen
Inggeris di Selangor masa itu
T.S Adams, manakala sultan yang memerintah atas 'nasihat’ daripada Residen ialah Tuanku Alaeddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa. Lantak ler. Tapi sebelum aku bercerita dan mentafsir dengan panjang lebar tentang peta ini, korang terpaksa aku ‘sekolahkan’ sekali lagi…Hehehe…Ini berkaitan Geografi atau Ilmu Alam kata orang-orang dulu. Kalau tak faham, susahlah aku nak explainkan kat korang. So, dengar,dengar,dengar.
T.S Adams, manakala sultan yang memerintah atas 'nasihat’ daripada Residen ialah Tuanku Alaeddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa. Lantak ler. Tapi sebelum aku bercerita dan mentafsir dengan panjang lebar tentang peta ini, korang terpaksa aku ‘sekolahkan’ sekali lagi…Hehehe…Ini berkaitan Geografi atau Ilmu Alam kata orang-orang dulu. Kalau tak faham, susahlah aku nak explainkan kat korang. So, dengar,dengar,dengar.
Pertama, peta
ini menggambarkan keadaan sebenar pada masa itu di tempat yang dinyatakan. Ini
rekod rasmi kerajaan, mana boleh main buat ikut suka jer? Setiap maklumat yang
ada memang tepat, bukan andaian. Peta ini memang dilukis mengikut skala. Setiap satu petak hitam itu melambangkan
sebuah kediaman, rumah kekal. Kalau korang rajin, kiralah berapa banyak petak
hitam kecil yang ada di Telok. Itulah banyak rumah yang ada sebenarnya ketika
itu. Begitu juga jarak antara
tempat-tempat, juga benar kiraannya mengikut skala peta. Korang mungkin
tertanya-tanya macam mana mereka boleh dapat data dan maklumat itu setepatnya?
Hello brader, pernah dengar tak Jabatan Ukur dan Pemetaan? Itulah kerja
diorang, termasuklah mengambil gambar dari udara (aerial photography). Jadi
imej fotografi tadi ditukarkan ke dalam bentuk lukisan di peta. Sekarang ni diorang gunakan imej satelit terus.
Berbalik kita
ke Telok. Masa itu penduduk Telok semakin bertambah. Bukan kerana ada Jepun
yang melabur dan buka kilang kat Batu 10 macam sekarang, tapi kerana banyak
petempatan baru dibuka. Kampung Sijangkang baru 25 tahun diteroka (1907). Ramai
peneroka Jawa mula bertapak di situ. Telok bukan lagi milik sepenuhnya Aceh
atau Bugis, seperti sebelumnya.
Kini Keling dan Cina mula menjadi anak Telok. Banyak
ladang kopi, kelapa dan getah di sekitar Telok. Orang-orang Melayu jati dan
Melayu Dagang (Melayu Nusantara yang datang merantau ke Selangor selepas 1874)
kini tidak lagi menjadi petani sara diri. Mereka sudah mula mengikut rentak dan
kemahuan British menyediakan tanaman makanan dan komersial untuk menampung
selera rakus kapitalis di pasaran
antarabangsa sedunia. Kopi dan kelapa sememangnya tanaman utama sejak 1880an lagi, tetapi
sebagai pekebun kecil (saiz kebun kurang daripada 100 ekar), datuk nenek kita
mungkin telah bertindak bijak dengan mempelbagaikan
tanaman atas tanah milik mereka. Maklumlah harga pasaran dunia berubah-ubah.
Pada tahun 1890an, antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Tuan punya estet beralih kepada
tanaman getah . Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890, harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Ketika harga getah melambung ke paras tertinggi pada tahun 1910, iaitu $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. mereka beralih pula kepada getah iaitu mereka terkesan dengan keadaan ekonomi
dunia masa itu. Namun sebagai pekebun kecil, cara yang terbaik ialah dengan
mencampurkan beberapa tanaman komersial ini agar pendapatan seharian mereka
berterusan dan tidak merugikan. Di samping itu mereka juga menanam beberapa
pokok buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan sebagainya untuk anak dan keluarga mereka. Sebab itu di Telok
banyak kebun menyulamkan kelapa dan kopi, di samping pokok buah-buahan dan pokok kelapa di halaman
dan di belakang rumah mereka.
Tetapi langit tak selalunya cerah. Mulai tahun 1929 harga getah di pasaran jatuh merudum di seluruh dunia. Namun, hidup
harus diteruskan juga. Banyak estet terpaksa mengurangkan kadar upah pekerja
mereka daripada 40 sen sehari kepada sepuluh sen sahaja. Orang kampong pada
masa itu terpaksa juga mengubah cara
hidup mereka. Jika dahulu kaum wanita hanya bekerja dalam rumah, kini mereka
terpaksa membantu suami di kebun atau menjual hasil kampung seperti sayur-sayuran,
ulam-ulaman dan tempe di pekan sehari
atau pasar-pasar sekitar Telok, Banting dan Klang untuk menambah pendapatan.
Mereka mula keluar dari rumah untuk bekerja dan berniaga sejak selepas Subuh
sehinggalah selepas Asar baru mereka pulang. Ketika itu tanggung jawab menjaga
rumah dan menguruskan adik-adik terletak di atas bahu anak perempuan sulung
mereka, tak kiralah berapa umurnya (biasanya 9 tahun ke atas).
Kaum lelaki terpaksa mengambil upah menetak daun nipah, menjadi nelayan sungai dan
mengumpul kayu api. Kaum perempuan pula dengan dibantu anak-anak perempuan, menyemat
atap untuk dijual kepada peraih Cina untuk memenuhi kehendak
pelombong-pelombong di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Walaupun
kehidupan agak perit berbanding pada tahun 1920an, kehidupan mereka masih baik
berbanding pekerja estet.


Kini, rumah-rumah seperti itu sudah tiada lagi.Begitu juga Kampung Telok Mengkuang yang sudah tidak wujud lagi kini. Justeru, aku mengajak korang menelusuri ( menyusur kembali) sejarah silam Telok. Peta ini merupakan bukti rasmi pernah wujud perkampungan tersebut di situ sebelum tahun 1933. Pemilihan tapak kampung ini sememangnya strategik. Terletak antara dua likuan sungai Langat; di likuan sebelah kiri, lebih hampir ke Telok dan Jugra manakala likuan kanannya lebih dekat dengan Klang dan Kuala Klang atau Port Swettenham ketika itu. Tak perlu menunggu lama kalau bersampan. Ketika itu terdapat lebih daripada 20 buah rumah di kampung itu. Bila dan kenapa Kampung Telok Mengkuang ini ditinggalkan, itu aku tak pasti. Kita (maksud aku korang anak-anak muda Telok) kenalah banyak buat rujukan di internet, Arkib Negara dan Perpustakaan Tun Uda di Shah Alam. Mungkin kalau ada peta topografi Telok yang lain pada tahun-tahun selepas 1933, baru aku berani buat tafsiran yang baru pulak. Lagipun cerita lisan dari mulut orang tua-tua di kampung Telok tentang kewujudan Kg. Telok Mengkuang ini tidak pernah aku dengar. Tak tahulah kalau-kalau atuk nenek korang ada bercerita. Jadi,di sini aku simpulkan, kemungkinan kampung ini tidak wujud lagi di situ kerana mereka sudah menjual tanah milik mereka kepada pekebun Cina atau mereka telah mendirikan rumah-runah baru mereka di kebun-kebun berhampiran jalan utama di Telok di mana terdapat kedai-kedai runcit dan kemudahan asas seperti bekalan air paip (mulai tahun 1939), serta jalan raya dan klinik kesihatan (Federal Dispensaries) di Batu 1 Sijangkang, Kampung Baru Jenjarom dan Telok Datok.




Nama Telok Mengkuang kini diabadikan pada nama jalan utama di persimpangan tiga ke TPG di sekitar Taman Dato' Hormat. Kini kawasan ini telah banyak berubah. Banyak tanah pertanian telah dijadikan tempat penternakan ayam secara komersial. Begitu juga kilang-kilang dibina. Entah siapa yang meluluskan, aku tak tahu. Mungkin polisi kerajaan telah berubah. Status tanah pertanian kini bertukar kepada status pembangunan pelbagai guna.
Mungkin juga kerana suapan mewah daripada towkay-towkay ke mulut pegawai dan kakitangan pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat termasuk di SUK Shah Alam (sejarah rasuah berulang kembali..hihihihi). Aku tak nak menuduh tanpa bukti tapi yang pasti pada tahun 2020 nanti seluruh kawasan Telok Mengkuang akan diwartakan sebagai kawasan perindustrian marin. Sudah pasti harga tanah di situ melambung tinggi, tidak lagi dinilai mengikut ekar tetapi mengikut kaki persegi. Bertuahnya pemilik kebun (termasuk keluarga aku) di situ. Mungkin jadi jutawan segera! HAHAHAHAHAHA….
Jalan Telok Mengkuang di Taman Dato' Hormat
Telok Mengkuang: Pandangan udara dari arah Bukit Jugra
Telok Mengkuang: Pandangan udara dari arah Sijangkang
Rujukan:
Spirits of Resistance and Capitalist Discipline, Second Edition ... - Aihwa OngThe Devil's Milk A Social History of Rubber - John Andrew Tully
The Tamil Migration Cycle 1830 - 1950 -Christophe Z Guilmoto
http://studentsrepo.um.edu.my/491/5/BAB4.pdf
Anda mungkin berminat membaca:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan