Isnin, 10 September 2018

Sejarah Rumah Api Bukit Jugra

Assalamualaikum semua. Aku minta maaf kerana dah berbulan tak menulis apa-apa dalam blog ini. Mesti korang rindu pakcik kan,kan,kan. Bukannya apa, merajuk tidak, malas pun bukan. Cuma masa tak mengizinkan. Sorry yer bro-bro dan otai-otai TPG.
Kali ini entri aku berbalik kepada Jugra. Ya, memang aku pernah tulis tentang Jugra dalam entri-entri aku sebelum ini.


  Tapi kali ini lain daripada yang lain. Kisah Rumah Api di Jugra. Pasti korang belum tahu lagi kan? Kalau nak tahu, duduk diam-diam..
Begini ceritanya……

Mukim Bandar/Jugra pada suatu ketika dahulu (1814-1903) terkenal sebagai pusat pentadbIran negeri Selangor yang kini mula dilupakan.Jika kita imbas kembali sejarah, nama Jugra tercatat dalam sejarah lama sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu ketika Bendahara Tun Perak dihantar ke Klang sebagai wakil sultan di sana. Daerah Langat diambil sempena nama sungai yang bermaksud 'air hangat'. Sebenarnya perkembangan Jugra mula dijadikan petempatan diraja sejak 1826, iaitu ketika Raja Mohamed menyerahkannya kepada adindanya Raja Abdullah  sebagai hadiah membantu baginda menjadi sultan. Ketika itu Langat merupakan antara pengeluar timah (Rekoh di Hulu Langat) dan rotan yang utama selain Lukut. Menurut catatan Inggeris, terdapat kira-kira 500 orang penduduk tinggal di situ. Setelah kemangkatan raja Abdullah pada 1857, Sultan Abdul Samad  pula ditabalkan menjadi sultan yang baru.

Istana Jugra Lama 1874


Klang 1874
  
Terdapat dua petempatan orang asli di atas Bukit Jugra pada masa pemerintahan Sultan Abdul Samad

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu dan dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan sejauh 200 ela dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak cabang kedua sungai Langat tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar pertengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).

Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu,(oh ya, memey ler tak dibuat....Hahaha), maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding  aliran utama Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu. Dalam masa beberapa tahun sahaja sungai ini semakin membesar dan mendalam kerana  hakisan tebing akibat arus sungai yang deras sehinggalah menjadi sungai.  Maka wujudlah Pulau Carey yang kita kenali sekarang.

Jeti Jugra

Setelah campurtangan Inggeris di Selangor pada tahun 1873 bermula, Jugra semakin dikenali. Pentadbiran Inggeris mula membina infrastruktur awam seperti Balai Polis dan penjara, jeti dan pelabuhan Jugra. Sebagai pusat pentadbiran Selangor, beberapa perahu dan kapal wap milik kerajaan berulang alik dari Klang ke Jugra. Kapal wap Abdul Samad membawa penumpang diraja,  pekerja-pekerja dan pengurus- pengurus estet berdekatan dan pegawai kerajaan di samping mel. Kapal wap Enid berulang alik ke Jugra dari Klang ke Jugra  dua minggu sekali.Pada minggu berikutnya kapal tersebut belayar dari Klang ke Kuala Selangor. Tongkang dan kapal wap kepunyaan pedagang berbangsa Cina juga berlabuh di jeti Batu Hampar Jugra. Pada bulan November 1891, longgokan timah bermutu tinggi (68% tulin)  ditemui dan seterusnya dilombong di  sepanjang Sungai Jugra hingga ke pantai Selat Melaka. Jugra kini berkembang menjadi sebuah pekan yang maju. Terdapat dua baris deretan kedai dibina di pekan ini bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan, pekerja estet dan pentadbir British. Pada tahun 1909 pekan Jugra diuruskan oleh Sanitary board yang menguruskan kerja-kerja perbandaran seperti penyalaan lampu awam dan sebagainya. Jugra became a place of importance for fully a generation.
Pekan Jugra Lama 1901

Pekan Jugra Lama 1901
Namun, bermula pada tahun 1897, selepas pembukaan Pelabuhan Swettenham di Kuala Klang dan selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad, Jugra dan pelabuhannya mula dilupakan.   Pada tahun 1914, hanya 21 buah bot wap seberat 946 tan. serta 9 sampan tradisional seberat 18 tan dicatat memasuki pelabuhan ini.. Pekan Jugra lama kini ditinggalkan. Bersemadilah Jugra Lama menjadi tempat pembiakan nyamuk dan  wabak demam malaria.

Sekali lagi, pada tahun 1945, tapak jeti dan Sungai Jugra menjadi fokus  dunia semula. Dengan kerjasama Mr. Notly, bekas pengurus di Bandar Estate, seramai 1200 orang Tentera Berikat serta kelengkapan kereta kebal mendarat di suatu tempat di tebing sungai tersebut yang merupakan tempat batu kuari diangkut dari Jugra, seterusnya menyusuri Sungai Langat sejauh 12 kilometer sehingga ke Telok Datok.
Peta Jugra menunjukkan Pengkalan Udara Tentera Jepun Di Klanang Estate

Rumah Api Jugra

Oklah, cukuplah itu sebagai sejarah ringkas Jugra dan pelabuhannya suatu ketika dahulu. Kita teruskan perbincangan tentang Rumah Api di atas Bukit Jugra. Memang ada perkaitan langsung antara pelabuhan dan rumah api. Ini bukan cerita baru.  
Pelayaran merentasi  Selat Melaka sudah terkenal sejak abad ketiga masehi lagi. Bukit Jugra sudah dikenali oleh ramai pedagang-pedang Arab, India, Siam dan China, lama sebelum kedatangan penjajah Barat Portugis, Belanda, Inggeris dan Perancis. Apatah lagi setelah pembukaan Terusan Suez yang menyaksikan ratusan kapal-kapal wap merentasi Selat Melaka untuk ke India,China dan Asia Timur.

Laluan Selat Melaka

Kompas Pelayaran Kapal Arab
Sebelum wujudnya rumah api pertama yang dibina oleh Portugis di Tanjung Tuan selepas 1511, pelayar dan pelaut menjadikan beberapa lokasi termasuk Bukit Jugra sebagai pedoman pelayaran. Jarak dan masa pelayaran dikira dari lokasi-lokasi rujukan ini. Namun pelayaran pada waktu malam begitu sukar kecuali pada malam-malam bulan purnama. Kapal-kapal terpaksa melabuhkan sauh ketika malam menjelma. Banyak kapal terkandas dan terdampar, tak kurang juga yang karam kerana terlanggar beting pasir dan pantai yang cetek ketika belayar malam. Itu belum lagi termasuk kapal, tongkang atau sampan yang terpaksa berlindung di sebalik pulau-pulau  mengelakkan ribut pada waktu malam.
Bukit Jugra sebagai Panduan Pelayaran

Lokasi Rujukan Pelayaran Selat Melaka di Utara Bukit Jugra

Sambungan lokasi 1

Lokasi Rujukan Pelayaran Djemur ke Jugra

Lokasi Pelayaran Bukit Jugra ke Pulau Karimun

Tidak dapat dinafikan sebelum Nusantara dijajah oleh kuasa –kuasa Barat, memang tiada kerajaan Melayu yang menyediakan perkhidmatan pelayaran sebegini. Pelabuhan Melaka ketika dibawah kekuasaan Portugis menjadikan Cape Rachado atau Tanjung Tuan sebagai panduan kapal-kapal dari utara Selat Melaka untuk ke pelabuhan tersebut. Pada tahun 1855, British membina Raffles Lighthouse di Singapura dan  seterusnya Rumah Api di Pulau Pisang. Kedua-dua penjajah ini mengaut keuntungan lumayan dengan mengenakan caj rumah api kepada setiap kapal yang melalui kawasan perairan jajahan mereka.

Sebelum kita pergi lebih jauh, tahukah kita apa maksud rumah api? Cuba korang hadamkan maklumat di bawah ini…Hahaha, Amekkau!

A lighthouse has various definitions, but it usually refers to a structure or tower built in strategic locations to elevate lights that serve as a guide for mariners or ships at sea. It is located either on top of a hill or cliff, small island, coastal shore or in the sea. Lighthouses have been used to mark dangerous territories and coastlines, hazardous shoals away from the coast as well as to allow safe entries into harbours. They usually have keepers who provide rescue services if necessary. 
A precise definition of a lighthouse is:
"A fully or partially enclosed built structure bearing a light that is used as a navigational aid and that is capable of admitting at least one person to operate or maintain the light entirely from within."

A logical structure for the definition of terms describing some navigational aids has been developed.  The main points are as follows:
The navigational aids discussed are beacons, rather than GPS receivers, sextants, maps, charts or lists of lights.Those beacons that are navigational aids can be classified as built (implicitly assumed to be on land) and those that are floating (implicitly assumed to be moored in water at a fixed position).The next subdivision is between those that are lit and those that are unlit.
Lighthouses fall into the ‘built and lit’ division, distinguished from lightstructures by the definition proposed above that includes a definition of the type of structure. Daymarks fall into the ‘built and unlit’ category. Of the floating navigational aids, those that bear lights can be separated into Lightships, LANBYs, Lightfloats and lightbuoys. Unlit floating navigational aids are buoys or marks.

Kesimpulannya, rumah api menjadi pedoman kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan sesuatu negeri atau negara.
Begitu juga di Jugra. Sebagai panduan pelayaran  keluar masuk  jeti di situ, bermula pada tahun 1875 lagi, British membina rumah api di Kuala Jugra, bukannya di atas Bukit Jugra. Kuala Jugra ini ialah di Tanjung Tongkah masa kini. Rumah api awal ini merupakan binaan kayu yang ditanam di atas tebing sungai tersebut. Lampu rumah api ini merupakan lampu ribut minyak tanah  bersumbu yang biasa digunakan di dalam kapal pada masa itu. Kelemahan pelita ini ialah jarak penglihatan yang terhad. Sering kali lampu ini terpadam kerana tiupan angin badai. Pekerjanya terpaksa  bersampan untuk memasang apinya pada setiap senja dan ketika terpadam akibat ribut.
Kuala Jugra

Kuala Jugra closeup

Jeti Batu Hampar di Jugra Lama

Rumah Api Kuala Jugra

Rumah Api Kuala Jugra dari tebing selatan Sg. Jugra
closeup rumah api Kuala Jugra

Rumah Api Kuala Jugra ketika air surut

Pada 15 Oktober 1890, pihak Inggeris menggantikan  binaan rumah api Kuala Jugra dengan rumah api yang dicat putih  diletakkan atas pelantar besi dan yang lebih kukuh dan stabil. Kedudukannya 100 ela ke daratan di tebing selatan sungai tersebut berbanding rumah api kayu dan papan pada lima tahun sebelumnya, 1885.….menggunakan lampu merah, cahayanya lebih terang serta menggunakan kurang minyak tanah dan jarak penglihatannya menjangkau 6 batu (9 km) ke laut.mungkin lampu apinya juga diganti dengan lampu gasoline yang menggunakan tekanan udara seperti yang digunakan di rumah-rumah pada awal 1900. Kuarters penjaganya juga dibina berhampiran. Rumah api Kuala Jugra ini diletakkan di bawah kawalan Harbour Master Pelabuhan Swettenham selepas pelabuhan itu dibuka.

Berbalik kepada objektif utama entri ini. Bilakah Rumah Api Bukit Jugra didirikan?
Kenapa didirikan? Bagaimanakah sejarah pembinaannya? Memang banyak persoalan, tapi jawapannya sukar dicari.

Rumah api Bukit Jugra masa kini

Sebelah kiri Rumah api baru (1976)Sebelah kanan rumah api  Zaman British



maklumat Rumah Api Bukit Jugra

Many ships had tried, but all of them failed to reach the beaches that support the elevation which the locals called Cockle Hill. These late19th century navigators had been travelling for weeks along the Straits of Malacca, and each time they closed in, the shores sneakily moved backwards further inland, breaking these mighty armadas to yield frustration. So, they constructed a lighthouse on top of Cockle Hill. The old Bukit Jugra lighthouse was built during the colonial era. According to legend, the hill, disturbed by the construction of the lighthouse, bled for 30 days causing the river to turn red.

Kemudian legenda lainnya yang lebih baru menceritakan bahwa sebelum dibangunkan rumah api , arus sungai begitu kuat dan mampu merosakkan kapal-kapal yang berlabuh di pantai dekat bukit ini. Menurut legenda, kekuatan ghaib yang ada di bukit ini merasa terganggu dengan pembinaan rumah api British tersebut sehingga efeknya menyebabkan pendarahan selama 30 hari. Air sungai pun berubah menjadi merah darah.

 Dah banyak surat khabar lama Inggeris di Singapura aku selongkar, tapi jawapan yang aku peroleh masih kabur. Tidak tercatat dengan  jelas dan tepat bila bangunan menara putih bulat terpacak di atas bukit tersebut? Aku mula sangsi apakah tujuan sebenar rumah api itu dibina? Memang ianya berfungsi sebagai rumah api sebenarnya, lengkap dengan mentol lampu putih yang berpusing tidak jemu-jemu sepanjang malam sejak matahari tenggelam sehinggalah matahari terbit.
Lampu Rumah api lama era British 
yang serupa dengan di Rumah api Bukit Jugra
The immortal lighthouse. And from then on, deep in the night, when everything was still and the locals were all snuggled and asleep on their woven mats, a beacon of light would part the darkness looking for ships welcoming them to the shore. Within its compound, all is unmoving, somewhat idle. Everything is silent. Only, and only if you listen hard enough, you might just hear the quiet and unimposing humming the lighthouse makes as its light goes round and round in a circular motion, day and night, night and day. A lonesome edifice, solitary and isolated within its neat compound that welcomes no visitors.

Penulis sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Singapura pada tahun 1933 pernah menceritakan pengalaman beliau mendaki dan bermalam di Gunung Angsi berdekatan Ulu Bendul, Negeri Sembilan memaklumkan cahaya daripada rumah api Tanjung Tuan dan rumah api Bukit Jugra serta Rumah Api Pelabuhan Swettenham  sayup kelihatan menyuluh dengan setia perairan mereka sebagai pedoman para pelaut dan kapal yang belayar malam. Itu bukti jelas kewujudannya.

Persoalannya, bila, tarikh tepat pembinaannya? Jarang sekali sesuatu yang menjadi mercu tanda pembangunan penjajah Inggeris tidak tercatat secara terperinci oleh akhbar mahupun media rasmi kerajaan. Langsung tidak tertulis tentang pengurusan rumah api ini, sama ada di bawah Maritime Department atau  diuruskan oleh Straits Settlements atau mana-mana agensi kelautan.

Aku sangsi. Hati berkata-kata. Mungkin rumah api ini hanyalah cover up untuk operasi ketenteraan, memandangkan ada keratan akhbar tertulis tentang tanah milik RNAS (Royal Navy Air Station)  di Klanang Estate yang dibeli oleh pihak tentera British dengan harga $1,000,000 pada tahun 1940. Tambahan pula, terdapat asset militer (Lapangan Terbang Tentera Udara) di Pandamaran milik RAF (Royal Air Force) dan asset awam di Pelabuhan Swettenham.  Dan… kebetulan pula, 1930an merupakan  dekad kemajuan teknologi radar. Dengan kedudukan Bukit Jugra yang masih hutan dara dan terpencil, aku yakin, stesen radar atau antenna telekomunikasi ketenteraan dibina di puncak Jugra itu . Keseluruhan kawasan puncak termasuk rumah api menjadi kawasan larangan tentera….cuma belum hampir pasti, teori konspirasi ini. Ya, Aku  masih tak tahu. Nak cakap pun tak ada bukti kukuh. Malu nak tulis tanpa data jelas dan tepat. Bukit Jugra memang bermisteri sejak dahulu lagi, apatah lagi dengan news blanket sebegini.

Hanya catatan masa kini tentang menara kedua rumah api ini yang dibina oleh kerajaan Malaysia di bawah agensinya Jabatan Laut Malaysia. Seolah-olah secara rasminya Rumah Api Bukit Jugra memulakan misinya pada tahun 1976.

Bukit Jugra is 149m high. The new Bukit Jugra Lighthouse is built in 1976 (79m tall. to assist ships coming in and out of Port Klang and constructed at cost of RM598,670.

Aku akur. Akur dengan kelemahan diri yang tak mampu menyelongkar lebih jauh lagi. Aku bukan reporter atau penyelidik arkib sepenuh masa. Aku hanyalah seorang guru yang berminat menyelusuri sejarah kampung sekitar tempat lahirku, Telok Panglima Garang. Tapi aku tidak berputus asa.Tak ada rotan akar pun berguna juga. Aku cari, gali lagi, lagi dan lagi nanti.

Tentang hubungan aku dengan rumah api ini sebenarnya secara kebetulan. Aku pernah mendakinya ketika berumur 18 tahun, dengan menyusuri jalan rayanya sehingga ke pintu tapak radar TUDM itu. Dengar cerita, pada tahun 1971, TUDM menempatkan radar Marconi S600 di situ. Kem TUDM jugra Skuadron 201 juga menempatkan pasukan HANDAU untuk memastikan keselamatan kemdan asset mereka di puncak Bukit Jugra itu. Kini radar itu telah dipindahkan . Yang tinggal hanyalah pintu masuk berpagar sebagai saksi kewujudannya satu masa dahulu. Pertama kali aku tiba di puncak itu dengan rakan sekampungku bermotosikal. Aku terpegun dengan keindahannya.  Aku hanya berdiri di luar pagar Rumah Api ini. Dapat kulihat saujana mata memandang. Begitu mengasyikkan. Nun di kejauhan laut Selat Melaka. Di sebelah kananku, terbentang luas topografi yang rendah dan rata Pulau Carey dan Pulau Lumut (kini dipanggil Pulau Indah). Cuma pada masa itu Westport belum wujud lagi. Kapal-kapal bersusun menunggu giliran untuk masuk ke muara Sungai Klang untuk ke Pelabuhan Klang.

Pemantauan laut oleh radar


Tak lama kami di puncak tersebut. Matahari kian ke ufuk barat. Kami harus segera turun memandangkan kami harus kembali ke Telok menumpang sampan penambang untuk menyeberang sungai Jugra ke Pulau Carey sebelum berferi ke Segenting dan seterusnya kembali ke rumah sebelum Maghrib. Lagipun terasa seram ketika aku berlama-lama di puncak bukit itu. Hati kecilku menyuruh-nyuruh aku supaya cepat beredar. Maklumlah tak ramai orang di sana. Yang ada pengawal-pengawal TUDM  di tapak radar itu dan beberapa orang pengunjung seperti aku. Tambahan pula ketika melintas jirat lama Cina dalam perjalanan turun itu, terasa seperti aku sedang diperhatikan oleh manusia atau makhluk halus dari dalam hutan disekelilingku.
Jirat Cina Lama di Bukit Jugra
Pengalaman kedua aku pula ketika aku mengajar di SMK Jugra  (1997-2003) sekembalinya aku bertugas di Miri Sarawak. Alhamdulillah. Sebagai seorang guru penasihat Kadet  Tentera Udara, aku bergaul mesra dengan beberapa orang kakitangan TUDM di situ. Antara aktiviti yang pernah kami lakukan bersama pihak tentera ialah pendakian ke atas puncak Bukit Jugra. Aku dan dan anak-anak murid kadetku  mula mendaki mengikut laluan paip air bersebelahan Masjid Permatang Pasir. 
Saluran paip air Bukit Jugra

Pendakian itu tidaklah begitu memenatkan kerana ada anak-anak tangga konkrit dan denai yang selamat. Kami memasuki tapak radar tentera di puncak bukit, dengan kebenaran pihak tentera. Masa itu radar sudah dismantled dan beberapa peralatannya masih terdapat di situ. Kali ini aku lebih terpegun. Dari tapak itu, dapat aku lihat 360 darjah sekelilingku. Begitu indah pemandangannya.


Tinggalan Tapak Radar TUDM Bukit Jugra


Pemandangan dari atas bukit Jugra

Kelihatan Pulau Carey dari atas Bukit Jugra

Kali ketiga aku di puncak itu bersama seorang rakan kenalan lamaku ketika aku memandu teksi lagi. Kawanku ini bernama Omar. Tinggal di Kampung Katong. Dia ini memang mekanik, tetapi juga dia salah seorang penjaga Rumah Api di Bukit Jugra. Aku memang teruja ingin memasuki kawasan  rumah api itu sejak dahulu lagi. Aku pujuk rayu dia sehinggalah dia mengalah. Maka, suatu hari dengan izinnya  ketika off duty, aku dan keluargaku berkereta ke puncak Bukit Jugra. Pintu pagar dibuka. Aku mengambil kesempatan  memasuki dan menaiki tangga berpusing menara tua tinggalan British itu sehingga dapat kulihat lampunya. Memandangkan hari masih siang, tidaklah lampu itu dinyalakan. 

Aku turun dan berkenalan dengan kawan Umar yang  masih on duty itu. Dia menunjukkan aku dan keluargaku kuarters tempat tinggal mereka ketika bertugas. Kami berbual agak panjang tentang rutin harian mereka. Kemudian, aku dan anak isteriku meninjau-ninjau kawasan rumah api tersebut. Kami terpegun. Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir 6.45 petang. Senja menyusul. Matahari hampir tenggelam. Aku agak tergesa-gesa mohon diri kerana trauma lama masih terpahat di hati, walaupun cahaya matahari jingga itu ke atas air kebiruan itu merupakan pemandangan terindah yang tidak sepatutnya kami lepaskan. Hatiku tidak tenteram seperti dahulu, tambahan pula anak dan isteriku bersama.
agak menyeramkan kalau berada di sini lewat petang atau ketika waktu malam
Benarlah kata seorang penulis Inggeris terkenal yang pernah tinggal di Jugra pada  suatu masa:

 At sunset, the view from Jugra Hill over the tangled swamps and ruffled reaches of the broad creek below makes a beautiful picture of sunset colours glowing on the burnished water in a setting of delicate misty green”







Berikut adalah nota yang aku peroleh butiran terperinci tentang banyak lagi rumah api yang terdapat di sepanjang laluan pelayaran dari Tanjung Tuan, Negeri Sembilan sehingga ke Tanjung Karang , Selangor.  (Maaf, dalam Bahasa Inggeris)


Laluan Pelayaran memasuki Pelabuhan Klang
1.  Tanjung Tuan (Cape Rachado)
1863. Active; focal plane 118 m (387 ft); three white flashes every 15 s. 24 m (79 ft) round masonry tower with lantern and gallery, painted white. 1st order Fresnel lens in use. Original 1-story masonry keeper's house. A modern concrete tower, built in 1990, carries radar to monitor ship traffic in the narrow Strait of Malacca This is Malaysia's oldest active lighthouse and probably its most important; According to other local accounts, the Portuguese built a lighthouse here in the 1500s, and the Dutch built another in 1817; Located on a very prominent cape about 20 km (13 mi) south of Port Dickson. ARLHS WMA-003; Admiralty F1626; NGA 21748.

2. Arang
Date unknown. Active; focal plane about 20 m (66 ft); two white flashes every 8 s. Approx. 20 m (66 ft) round hourglass-shaped tower, mounted on a square concrete platform supported by concrete piles. According to NGA, the tower is now painted black with one red horizontal band; it was all white in a 2011 photo (no longer online). Located 800 m (1/2 mi) southwest of Pulau Arang, marking the entrance to the harbor of Port Dickson. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1622.5; NGA 21760.

3. Kuala Sepang Besar
Date unknown. Active; focal plane 19 m (62 ft); quick-flashing white light. 19 m (62 ft) skeletal tower, painted white, mounted on a square platform supported by piles. Located just offfshore at a large coal-fired power plant west of Port Dickson and just east of the Selangor border. Accessible only by boat. Site status unknown. Admiralty F1620; NGA 21772.

4. Sepat
Date unknown. Active; focal plane 14 m (46 ft); quick-flashing white light. 14 m (46 ft) tower supported by piles. Upper half of the tower painted black, lower half yellow. Located on a shoal in the Strait of Malacca about 16 km (10 mi) southwest of Tanjung Sepat. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1619.4; NGA 21774.

5. Tanjung Gebang
Date unknown. Active; focal plane 28 m (92 ft); white flash every 4 s. 28 m (98 ft) round concrete tower, mounted on a platform supported by piles. Located a short distance off a headland about 15 km (9 mi) south of Banting. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1619; NGA 21776.

6.  Bukit Jugra
1976. Active; focal plane 146 m (479 ft); white flash every 10 s. 25 m (82 ft) round cylindrical concrete tower with lantern and gallery. A second concrete tower carries radar to monitor ship traffic. Located on a conspicuous hill on the east side of a river at Permatang Pasir. Site open, tower closed. ARLHS WMA-001; Admiralty F1614; NGA 21780.

7. Tanjung Rhu (Tanjung Ru)
2016. Active; focal plane 29 m (95 ft); white flash every 5 s. 29 m (95 ft) round cylindrical fiberglass tower mounted on a square platform supported by piles. The original lighthouse, a 24 m (79 ft) round fiberglass tower mounted on a square concrete pier, was demolished or destroyed in 2010. Located in shallows about 1 km (0.6 mi) west of Tanjung (Cape) Rhu, the western tip of Pulau Carey, about 25 km (15 mi) southwest of Klang. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1610; NGA 21804 (ex-21803).

 8. Tanjung Mahang Range Front
Date unknown. Active; focal plane 19 m (62 ft); quick-flashing white light. 19 m (62 ft) square pyramidal skeletal tower, mounted on a platform supported by piles. Lighthouse painted white. The tower also carries a white triangular daymark, point up. This is the entrance range for Klang, the capital of Selangor state and a major port. Located off the southern tip of Pulau Che Mat Zin, 180 m (200 yd) south of the rear light. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1609; NGA 21806.

9. Tanjung Mahang Range Rear
Date unknown. Active; focal plane 26 m (85 ft); red light, 2 s on, 2 s off. 25 m (82 ft) square pyramidal skeletal tower, mounted on a platform supported by piles. Lighthouse painted white. The tower also carries a white triangular daymark, point down. Located on the southern tip of Pulau Che Mat Zin, about 40 km (25 mi) southwest of downtown Klang. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1609.1; NGA 21806.1.

10. Klang First Point
Date unknown. Removed. This was a 17 m (56 ft) round hourglass-shaped concrete tower, mounted on a platform supported by four concrete piles. this light had been replaced by a buoy. In 2016 a new, smaller light on a post (focal plane 11 m (36 ft); red flash every 4 s) was installed. Located on the west side of the Klang entrance channel about 1200 m (3/4 mi) northeast of the Tanjung Mahang range lights. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1608; NGA 21808.

11. Tanjung Sarang Lang
Date unknown. Active; focal plane 26 m (85 ft); two white flashes every 10 s. 25 m (82 ft) square pyramidal skeletal tower, mounted on a platform supported by piles. Lighthouse painted white. Located on the eastern point of Pulau Klang, opposite the inner harbor of the city. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1594; NGA 21820.

12.  Marine Department Signal Station
Date unknown. Active; focal plane 28 m (92 ft); flashing red light. Light mounted atop the 5-story Marine Department building in Klang (this is the national headquarters of the department). Located on the Klang River on the north side of the harbor area. Site open, tower closed. Admiralty F1597; NGA 21826.

13.  Tanjung Harapan
Date unknown. Active; focal plane 11 m (36 ft); red flash every 5 s. 11 m (36 ft) white concrete post carrying a large gallery and mounted on a platform supported by three piles. Gallery painted red as a daymark. Located just offshore on the north side of the entrance to the inner harbor of Port Klang. Accessible only by boat but easily seen from shore. Site open, tower closed. Admiralty F1595; NGA 21834.

14. Klang First Point Light
First Point Light, Klang, March 2008 (since removed)

15. Tanjung Tentaram
Date unknown. Active; focal plane 10 m (33 ft); red flash every 3 s. 10 m (33 ft) white concrete post carrying a large box-like red daymark and mounted on a platform supported by three piles. Located off the southwestern tip of Pulau Ketam, an island west of Pulau Klang. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1612; NGA 21800.

16. One Fathom Bank Lighthouses
Note: One Fathom Bank is a notorious shoal in the Strait of Malacca off the port of Klang. Shipping is crowded together in this area by the limited amount of deep water available, so a traffic separation scheme (TSS) is in place. Vessels headed southeast keep to the Indonesian side, and those headed northwest keep to the Malaysian side. A chart is available. The lights in this section are important markers for the TSS.

17. One Fathom Bank (Permatang Sedepa)
1907 (station established 1852). Inactive since 1999. Approx. 27 m (89 ft) octagonal skeletal cast iron tower with lantern, gallery, and enclosed upper portion, mounted atop a 2-story octagonal keeper's house standing on piles. In fact there are two lanterns, with a newer and smaller one raised above the original first-order lantern by an octagonal skeletal extension. The lighthouse was orginally painted with red and white horizontal bands; today the keeper's house and cast iron skeletal sections and painted white and the upper extension is black. This historic lighthouse was restored in 2004-05. The original lighthouse was replaced by a screwpile lighthouse in 1874. Accessible only by boat. Site open, tower closed. ARLHS WMA-030.

18. One Fathom Bank (Permatang Sedepa)
1999 (station established 1852). Active; focal plane 43 m (141 ft); four white flashes every 20 s. 43 m (141 ft) round cylindrical steel tower with lantern and triple gallery, rising from the center of a dome-shaped equipment shelter, mounted on a circular platform supported by pilings. Light tower painted with red and white horizontal bands. A photo is at right, and Wikimedia has the same photo. The base of the lighthouse has accommodations visited by sport fishermen. The lighthouse is on the north (Malaysian) side of the northwestbound channel, near the southeast end. Located on the shoal, about 30 km (20 mi) west southwest of the Klang Delta. Accessible only by boat. Site open, tower closed. ARLHS WMA-007; Admiralty F1616; NGA 21784.

 19.  One Fathom Bank North
2009. Active; focal plane 30 m (98 ft); white flash every 3 s. 30 m (98 ft) round fiberglass tower on a platform supported by piles. No photo available. This light is on the north side of the northwestbound channel, near the northwest end. Located about 20 km (12.5 mi) northwest of the original One Fathom Bank lighthouse. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1616.5; NGA 21795.

20. One Fathom Bank Southbound East Beacon
Date unknown. Active; focal plane 13 m (43 ft); six quick white flashes and one long white flash every 15 s. 13 m (43 ft) beacon, upper half painted yellow and lower half black. No photo available. The exit from the southbound channel is quite narrow; it is marked by this light and the next two. Located 9.4 km (5.8 mi) southwest of the One Fathom Bank lighthouse. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1617; NGA 21788.

21. One Fathom Bank Light
1999 One Fathom Bank Light, Strait of Malacca, April 2008

22. One Fathom Bank Southbound South Beacon
Date unknown. Active; focal plane 13 m (43 ft); quick-flashing white light 13 m (43 ft) beacon, upper half painted black and lower half yellow. Located 10.5 km (6.5 mi) southwest of the One Fathom Bank lighthouse. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1617.2; NGA 21792.

23. One Fathom Bank Southbound West Beacon
Date unknown. Active; focal plane 11 m (36 ft); quick-flashing white light 11 m (36 ft) beacon, painted yellow. Located 13.8 km (8.6 mi) west southwest of the One Fathom Bank lighthouse. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1617.4; NGA 21794.

24. Pulau Angsa
1887. Active; focal plane 36 m (118 ft); flash every 10 s, white or red depending on direction. 11 m (36 ft) round masonry tower with lantern and gallery, painted white. Keeper's house and modern concrete radar tower. Located atop a small island about 40 km (25 mi) northwest of Port Klang and 25 km (15 mi) south of Kuala Selangor. Accessible only by boat. Site open, tower closed. ARLHS WMA-008; Admiralty F1586; NGA 21848.

25. Kuala Selangor (Altingsburg, Bukit Melawati)
1907. Active; focal plane 73 m (240 ft); two white flashes every 15 s. 27 m (89 ft) round two-stage tower with lantern and gallery, painted white. The lower half of the tower is cylindrical masonry, and the upper half is a conical cast iron tower. The lighthouse stands on the hill known as Bukit Melawati, in the center of a 250 ha (600 acre) nature reserve adjoining the town of Kuala Selangor. Ruins of the Dutch Fort Altingsburg, built in 1784, can be seen near the lighthouse, and the historical museum of Kuala Selangor is adjacent to the light station. The road to the lighthouse is closed on weekends due to limited parking, but trams are provided. Site open, tower closed. ARLHS WMA-005; Admiralty F1578; NGA 21860.

26. Permatang Angsa
Date unknown. Active; focal plane 22 m (72 ft); quick-flashing white light. 22 m (72 ft) tower, upper half painted black, lower half yellow. Located on a shoal off Tanjung Karang, about 40 km (25 mi) northwest of Kuala Selangor. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1580; NGA 21861.



















































Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...