Selasa, 30 Julai 2024

6 Bukti Kebijaksanaan dan Kasih Sayang Almarhum Sultan Abdul Samad

Salam buat semua.Selamat berjumpa kembali. Semoga kalian senantiasa dalam lindungan Allah SWT. Atok dan Wan teramat gembira apabila anak kedua kami dapat kelulusan berpindah dari Johor Bahru ke Seremban mulai bulan ini. Syukur sangat-sangat Atok dan Wan kerana rumah kami yang telah lama sunyi kini kembali ceria dengan kepulangan anak dan cucu-cucu kami. Tak perlu lagi kami berkereta ke JB setiap bulan apabila kerinduan tidak lagi dapat dibendung. Tak susah lagi untuk anak-anak kami yang lain balik ke Seremban bertemu adik beradik yang lain kerana cuti mereka kini sama. Maksud Atok cuti hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Atok tidak benarkan mereka menyewa rumah lain di Senawang. 

Cukup tinggal di rumah ini. Ambillah bilik-bilik kosong yang tidak berpenghuni di tingkat atas. Atok dah lama tak naik ke atas kerana bilik Atok kini di aras bawah. Atok dah tak larat nak naik turun tangga. Korang tidurlah di bilik Atok itu. Cucu-cucu Atok pula bersekolah kat sini. Wan dah siapkan bekal untuk sarapan dan juga makan tengah hari kalau ada KAFA di sekolah. Begitulah erti kasih sayang antara anak beranak. Wang dan pangkat bukan ukuran. Merekalah sahaja harta Atok dan Wan, dunia dan akhirat. Atok sememangnya mengharapkan doa daripada anak dan keturunan yang soleh dan solehah serta pahala amalan baik daripada mereka ketika kami sudah tiada lagi di dunia ini.

Begitulah juga initipati entri Atok kali ini, mengenai kasih sayang Almarhum Sultan Abdul Samad terhadap keluarga baginda. Ramai orang termasuk pembesar-pembesar Inggeris ketika itu menganggap baginda seorang sultan yang lemah kerana tidak mampu bertindak tegas terhadap anak-anak raja yang memberontak sehingga membawa kepada tercetusnya tragedi Perang Klang selama 7 tahun, dari 1867 sehinggalah 1874. 

Ramai yang mempertikai pemakaian baginda yang tidak ubah seperti warga tua kampung yang 'simple' tanpa tanda-tanda kebesaran seorang sultan. Baginda tidak merasakan perlunya protokol ketika bergaul mesra dengan rakyat bawahan baginda. Tuduhan bahawa baginda ketagihan candu dan peminat sukan sabung ayam tidak mencacatkan kemuliaannya sebagai raja dan ketua agama Islam di negeri Selangor. Banyak jasa baginda terhadap pembangunan masjid  dan Islam di Selangor yang kemudiannya diteruskan oleh cucunda baginda, Sultan Alaudin Sulaiman  Syah.

Baginda sebenarnya bertindak bijak, sesuai dengan kematangan usia baginda, dengan tidak memihak kepada pihak-pihak yang berseteru sesama mereka walaupun dari keturunan diraja yang sama serta seagama. Hanya apabila British mencampuri urusan negeri baharulah baginda kelihatan 'bijak' di mata rakyat dan Inggeris. Antaranya, setiap keputusan oleh Residen mesti mendapat perkenan baginda. Baginda meminta Inggeris membinakan baginda istana baharu di Jugra. Baginda mahukan Residen menubuhkan tabung pencen untuk ahli keluarga baginda yang tiada lagi hasil pendapatan setelah segala kutipan cukai diurusselia oleh British. Baginda mahukan penyertaan pembesar-pembesar lantikan baginda dalam pentadbiran Sistem Residen, mengikut kesesuaian. Baginda juga berkenan diwujudkan sekolah khas anak-anak raja Selangor di Kuala Lumpur. Bahkan pihak Inggeris kagum dengan keghairahan baginda turut serta dalam pembangunan negeri Selangor walaupun ketika usia memasuki 90-an.

Benarlah kata pepatah Inggeris," Don't judge a book by its cover". Baginda benar-benar Dr. Mahathir ketika  di zamannya. Wallahualam. Seperti biasa Atok mengucapkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada pihak-pihak yang mana bahan penulisan dan grafiknya Atok jadikan rujukan ketika menulis entri ini. Semoga korang yang membaca mendapat manfaat daripadanya, Aaamin.



1. Penyatuan Keluarga Diraja Selangor

Almarhum Sultan Abd Samad, dapat dikategorikan sebagai seorang Sultan yang berdaulat. Zaman pemerintahan Baginda merupakan zaman pergolakan perang saudara, merebut takhta kerajaan dan kawasan oleh anakanda raja bergelar.

Pada tahun 1826 - 1858 ketika ini negeri Selangor diperintah oleh Sultan Muhammad, Sultan Selangor ketiga yang dikatakan pentadbirannya lemah. Dari kelemahan inilah menyebabkan ketua-ketua setiap daerah dalam negeri Selangor memerintah dan berkuasa di tempat mereka masing-masing. Dikatakan pada masa itu wujud 5 daerah iaitu Kuala Selangor, Langat, Lukut, Klang dan Sabak Bernam.

Pada awal 1860-an, banyak kawasan lembangan Sungai ditadbir oleh "anak raja" seperti Sungai Bernam di bawah Raja Hitam, Sungai Selangor di bawah Raja Musa, Sungai Jeram di bawah Raja Ali, Sungai Klang di bawah Raja Abdullah, Sungai Langat di bawah Sultan Abdul Samad, Sungai Lukut di bawah Raja Jumaat dan Sungai Raya di bawah Raja Sulaiman.  

Sikap Sultan Abdul Samad lebih mementingkan anak beranak dan kerabat diraja selangor. dalam Perang Klang. Sebenarnya, Sultan Abdul Samad tidak terlibat secara langsung dan menyeluruh. Baginda membiarkan kerabat baginda sendiri menyelesaikan persengketaan mereka. Tindakan baginda Sultan Abdul Samad mengahwinkan Tunku Kudin dengan Raja Arfah adalah strategi Sultan Abdul Samad untuk mengawal politik di negeri selangor. Sultan Abdul Samad tidak ingin melihat kaum kerabat diraja selangor berselisih faham sesama sendiri akibat perbuatan Raja Mahadi. Raja Mahadi sendirilah yang menyebabkan Raja Arfah putus tunang kerana tidak menghormati Sultan Abdul Samad. Raja Mahadi menghentikan penghantaran wang bulanan sebanyak $500 sebagaimana kebiasaannya. Dikatakan Raja Mahadi berhasrat menjadi Sultan Selangor. Maka tindakan baginda seterusnya ialah mengahwinkan Tunku Kudin dengan anakanda baginda, Raja Arfah.

Pada 8 November 1873, Syed Mashor dan Raja Asal terpaksa berundur hingga ke Perak. Raja Mahadi dan Raja Mahmud pula berjaya melarikan diri ke Sungai Ujong, sebelum Raja Mahdi ditangkap dan dihalau ke Singapura, seterusnya mengakhiri perang yang berlangsung selama tujuh tahun ini. Syed Mashor terus dianggap musuh oleh sebilangan pegawai-pegawai Inggeris dan juga Sultan Abdul Samad. Hutang Tengku Kudin kepada para penyokongnya di negeri-negeri Selat berjumlah $400,000 dibayar oleh kerajaan Selangor. Kuala Kubu atau Ulu Selangor telah menjadi jajahan di bawah pentadbiran Pahang. Tengku Kudin telah menyerahkan daerah ini kepada Bendahara Wan Ahmad sebagai balasan pertolongan pasukan perang Pahang dan untuk membayar perbelanjaan perang. 

Dengan berakhirnya perang ini, Selangor kembali aman dan meneruskan kemakmurannya. Mulai saat itu Tengku Kudin berjaya mengukuhkan kedudukannya di Selangor. Sultan Abdul Samad yang pada mulanya, hanya dapat mengawal Langat, kini berjaya merangkul seluruh Selangor, walaupun pemenang sebenar perang ini ialah British yang berjaya menguasai pentadbiran negeri ini melalui sistem Residen. 

Sultan Abdul Samad sebenarnya keberatan untuk menerima British tetapi terpaksa menerima kerana baginda diugut bahawa Raja Yaakub terlibat dalam perlanunan, demi menyelamatkan puteranya, Raja Yaakub yang sememangnya anak kesayangan baginda. Sepekara lagi, Sultan Abdul Samad  ingin mempergunakan British untuk menstabilkan dan memajukan Selangor. Kaum keluarga kerabat diraja selangor suka dengan keperibadian Sultan Abdul Samad yang kasih akan saudara mara dan tidak mementingkan diri. Demikian jua rakyat yang menetap di kawasan di Sungai Langat. 

Istana Sultan Abdul Samad di Bandar Temasha, Kuala Langat dalam tahun 1874

Istana Sedang Masa milik Sultan Abdul Samad yang siap dibina pada tahun 1876 di Jugra

Antara langkah-langkah berani dan mulia baginda adalah memaafkan ' musuh-musuh politik baginda dan memperkenankan mereka kembali ke selangor. Sultan Abdul Samad tidak mengamalkan dendam terhadap  golongan pemberontak seperti Raja Laut, Raja Mahmud, Syed Masyhor. dan lain-lain. Sepatutnya semua mereka mesti dihukum bunuh atau paling tidak dibuang negeri, tetapi Sultan Abdul Samad memaafkan mereka. Raja Hitam diakui sebagai Ketua Penduduk Sabak Bernam yang sah oleh Kerajaan Selangor dan Penasihat British. Cuma Raja Mahadi, 'musuh' ketat Tengku Kudin, dihalang kembali ke Selangor sebab British takut terhadap Raja Mahadi yang berkemungkinan akan membuat kucar kacir lagi jika dibenarkan kembali ke Selangor. 

Ironinya, Tunku Alfah, seorang lagi puteri baginda berkahwin dengan Y.M. Raja Mahadi bin Raja Sulaiman, Engku Sri Paduka Shahbandar, dalam bulan November 1874. Raja Mahadi ialah anak kepada Y.A.M. Raja Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah. Pasangan itu mempunyai anak, walaupun jumlah dan nama yang tepat tidak disebutkan. Malangnya, Raja Mahadi meninggal dunia pada tahun 1882 di Melaka akibat batuk kering. Tunku Alfah sendiri mangkat di Jugra, Kuala Langat, Selangor, dan dikebumikan di Makam Diraja di sana.

2.  Penubuhan Majlis Negeri

Almarhum Sultan Abdul Samad menunjukkan minatnya di dalam pentadbiran dan pemerintahan Negeri Selangor hanya pada tahun 1884, selepas kematian Raja Muda Musa yang menjadi Presiden Majlis Negeri menggantikan Tengku Kudin itu, Abdul Samad pula telah menjadi Presiden Majlis Negeri itu.  Baginda menunjukkan minat yang besar di dalam hal-hal yang bersangkutan dengan undang-undang tanah dan kemajuan negeri.

Pada mulanya, Sultan dan para pembesar negeri masih diberi peranan penasihat yang agak partisipatif dalam tatakelola pemerintahan negeri, melalui Majlis Negeri (State Council). Namun menjelang tahun 1890-an, peranan ini kian terhakis: “Pada zaman awal pemerintahan Residen Raja dan Pembesar Melayu menikmati rasa penyertaan wakil dalam kerajaan kerana mereka sering dirujuk oleh Residen. Percubaan kecil juga dilakukan untuk mengajar golongan elit Melayu seni pentadbiran moden. Pembesar Melayu, misalnya, duduk sebagai pembesar, dan dua anak bekas Sultan Abdullah, Raja Mansur dan Raja Chulan, dihantar belajar di SekolahTinggi Melaka dan akhirnya menyertai Perkhidmatan Awam.

Bahkan Sultan Abdul Samad memberi kesenangan kepada kaum kerabat dirajanya. Baginda menyatakan kepada British supaya membenarkan kerabat diraja Selangor berkhidmat dalam pentadbiran sekiranya sesuai. Sebab itu kebanyakan kerabat diraja selangor berkhidmat dengan pentadbiran British. Misalnya, Raja Laut dilantik sebagai Penghulu Kuala Lumpur,  Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, ahli sanitary Board Kuala Lumpur. Raja Mahmud sebagai Penghulu di Hulu Semenyih, ahli Sanitary Board Hulu Langat. Raja Daud dilantik sebagai penghulu di H. Langat. Seorang lagi, Raja Mahmud bin Raja Hussin sebagai Penghulu di Sepang dan seterusnya Penghulu di Kuala Selangor. Raja Hassan, putera Raja Hitam, dilantik ke jawatan Penghulu di Klang dan kemudian ke Setapak.  Syed Mashor sendiri dibenarkan kembali ke Selangor bahkan dilantik sebagai Penghulu di Hulu Kerling. Dalam beberapa kes, raja-raja  daripada keluarga diraja  baginda di Sumatera turut dilantik sebagai Penghulu di Selangor. Senarai  Penghulu dalam tahun 1888 mengandungi, 14 Raja, lima Haji, dua Syed dan seorang Shaikh. 

Penghulu pada "zaman dahulu" mengutip sewa dan menerima 10 peratus daripada jumlah bayaran. Prosedur untuk menyediakan resit untuk sewa yang masih belum dibayar dan mengeluarkan resit ini sebagai sebahagian daripada bayaran komisen 10 peratus ini. Oleh itu, Penghulu bertanggungjawab untuk mengutip sewa tertunggak, dan mempunyai kepentingan kewangan peribadi untuk berbuat demikian.

Pemimpin  Melayu ini dapat memperolehi untuk diri mereka sendiri, keluarga mereka dan sekutu rapat seperti keluarga pengasas kampung yang lain, kedudukan yang berfaedah dengan akses kepada sumber ekonomi yang bernilai.  Penghulu memperoleh hak milik tanah yang telah mereka duduki, ditambah geran tanah baru (dengan pengecualian caj ukur, sewa tahunan dan sebagainya), pinjaman rumah tanpa faedah dan pendahuluan tunai daripada kerajaan antara keistimewaan lain. Kemudahan amat berharga ini semakin meningkat  selepas tahun 1905. Penghulu dapat menukar pegangan sedia ada daripada penanaman kopi dan kelapa kepada tanaman baru, dan memperoleh tanah baru pada masa dasar rasmi tidak memihak kepada pemberian milik kepada pekebun kecil untuk tujuan ini. Pinjaman kecil daripada kerajaan juga membantu mereka membeli pegangan yang ditinggalkan oleh penduduk kampung yang kurang bernasib baik. 

Pada tahun 1896 penjelasan mengenai prosedur pengendalian tuntutan tanah yang digunakan di seluruh Selangor. Arahan kepada Pegawai Tanah pada awal tahun 1900-an memerlukan setiap Penghulu menyelenggara Buku Permohonan yang digunakan oleh CLR untuk menilai permohonan. Setelah permohonan diluluskan, Penghulu bertanggungjawab mengatur pembayaran sewa dan yuran, dan meletakkan Penanda sempadan. CLRS telah diberi amaran, walau bagaimanapun, bahawa "Tanah tidak boleh diberikan hanya atas kenyataan Penghulu: ia harus diperiksa oleh Pemungut atau Pegawai Penempatan".  Pinjaman antara $150 hingga $300 setiap mukim. 

Terdapat 42 buah mukim di Selangor. Pada tahun 1919, jawatan Penghulu bertambah termasuk dua orang Syed, empat orang Haji dan seorang Imam. Namun, tiada seorang pun daripada enam Penolong Penghulu dalam senarai 1919 berketurunan raja. Sebilangan Penghulu Selangor juga berketurunan Bugis tetapi sebahagian besar daripada kumpulan ini dilahirkan di Selangor. Skim Penghulu baru yang diperkenalkan di Selangor pada tahun 1930-an menyatakan keutamaan harus diberikan kepada orang Melayu Selangor dalam membuat pelantikan.

Walaupun dipengerusikan oleh sultan, Majlis Negeri didominasi oleh Residen yang mencalonkan ahlinya dan memutuskan agendanya. Pada zaman awal pemerintahan Residen, Majlis membantu menggubal dasar, memberikan kedua-dua ahli Melayu dan beberapa wakil Cina rasa penyertaan sebenar dalam kerajaan, dan menyediakan asas perlembagaan untuk pemerintahan Residen. Menjelang tahun 1890-an, bagaimanapun, kerumitan pentadbiran yang semakin meningkat dan fakta bahawa garis utama dasar British telah ditentukan mengurangkan Majlis Negeri menjadi badan yang mendaftar untuk perundangan dan keputusan yang diambil dalam sekretariat negeri.”

Residen meneruskan agenda untuk menubuhkan pentadbiran Eropah berpusat di negeri itu.  Pentadbiran daerah dan jabatan negeri, kedua-duanya dikawal dan diarah oleh pegawai British, mengambil alih fungsi dan kuasa Ketua Melayu. Hanya di peringkat kampung sahaja Penghulu (penghulu Melayu tradisional) mengekalkan kuasa dan pengaruh yang besar. Walaupun telah dimasukkan ke dalam pentadbiran Eropah, sistem Penghulu terus diselia dan dikawal oleh British.

Senarai Kenaikan Gaji Penghulu di Selangor dalam tahun 1886

Permohonan bayaran Gaji,Elaun dan Pencen untuk Daerah Kuala Langat
bagi bulan Julai 1891

3. Penubuhan Waris Negeri

Sultan Abdul Samad sendiri mencadang dan meluluskan pemberian Elaun kepada Kerabat Diraja Selangor daripada British. Selain itu, kerajaan memberi jaminan untuk menyediakan imbuhan persaraan dan elaun kepada Raja Hitam, Raja Mat Aris, dan Raja Indot sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka. Malah, adik beradik perempuan dan balu Raja Mahadi di Singapura pun turut mendapat pencen daripada Kerajaan Selangor setelah diperkenan Sultan Abdul Samad. 

Dalam tahun 1908, Belanjawan negeri Selangor yang diperuntukkan untuk pembayaran Pencen dan Persaraan adalah sebanyak $ 30,217.00. Pemberian elaun untuk Ahli Waris Negeri ini dimantapkan dalam Enakmen Peruntukan DiRaja 1959 [Enakmen No.5 tahun 1959] dan Enakmen No.15 tahun 1959 berhubung dengan perbelanjaan emolumen bagi kakitangan Istana di bawah Kelas III, perbelanjaan Istana di bawah Kelas IV, perbelanjaan elaun perjawatan di kalangan kerabat (Orang Besar Daerah, Orang Besar Istana, Anak Raja Bergelar) di bawah Kelas VII dan perbelanjaan elaun pencen kerabat (anakanda, cucunda, elaun balu) di bawah Kelas VIII. 

Sekadar perbandingan, bagi tahun 1890-an hingga awal abad ke-20, bayaran gaji bulanan minimum kakitangan kerajaan sekitar $10.00, gaji seorang guru sekolah Melayu sekitar $15-$20, Penghulu menerima imbuhan $30 serta komisen 10% bagi jumlah cukai yang dipungut di mukimnya. Kemungkinan elaun dan pencen bagi keluarga pembesar Melayu di Selangor agak lumayan, tanpa mengambil kira tahap pendidikan mereka.

Elaun Sara Hidup untuk keluarga diraja Selangor dalam tahun 1881


Pencen tetap untuk Inche Gayah, saudara Raja Mahadi dalam tahun 1882

1/4             Susur Galur Keturunan Kaum Kerabat Diraja Selangor dalam tahun 1903

1/4             Susur Galur Keturunan Kaum Kerabat Diraja Selangor dalam tahun 1903

1/4           Pendapatan, Pencen serta Elaun Tahunan Kaum Kerabat Diraja Selangor dalam tahun 1903

2/4           Pendapatan, Pencen serta Elaun Tahunan Kaum Kerabat Diraja Selangor
dalam tahun 1903

1/7         Susur Galur Terperinci Keluarga Diraja Selangor dalam Tahun 1903 Versi Jawi

2/7         Susur Galur Terperinci Keluarga Diraja Selangor dalam Tahun 1903 Versi Jawi

3/7         Susur Galur Terperinci Keluarga Diraja Selangor dalam Tahun 1903 Versi Jawi

4/7         Susur Galur Terperinci Keluarga Diraja Selangor dalam Tahun 1903 Versi Jawi

5/7         Susur Galur Terperinci Keluarga Diraja Selangor dalam Tahun 1903 Versi Jawi

6/7         Susur Galur Terperinci Keluarga Diraja Selangor dalam Tahun 1903 Versi Jawi

7/7         Susur Galur Terperinci Keluarga Diraja Selangor dalam Tahun 1903 Versi Jawi

1/4             Senarai Waris Negeri Selangor dalam tahun 1904

2/4             Senarai Waris Negeri Selangor dalam tahun 1904

3/4             Senarai Waris Negeri Selangor dalam tahun 1904

4/4             Senarai Waris Negeri Selangor dalam tahun 1904

Perincian Pembahagian elaun anak-anak dan kerabat Sultan Selangor dalam tahun 1926

4. Pendidikan untuk Keluarga Diraja

Jika ditinjau dari sudut sejarah, berdasarkan data-data yang telah diperolehi maka  dapat dirumuskan bahawa sejarah perkembangan Pendidikan Islam di negeri Selangor mempunyai nilainya yang tersendiri. Namun penemuan yang paling ketara disini ialah aspek kurikulum dan pembangunan infrastrukturnya. Bermula dengan era 1800-1894, langkah proses pra evolusi perkembangannya bergerak dalam mobiliti aspek kurikulum al-quran. Kemudiannya yang menyaksikan pula evolusi pertama Pendidikan Islam di Selangor mula membuka tirainya pada tahun 1894-1899 menerusi faktor kecenderungan raja-raja Selangor terhadap Pendidikan Islam. Penubuhan JAIS dan riak kemelut politik Inggeris dalam urusan perkhidmatan guru agama telah menemukan dua aspek transformasi kurikulum dan aspek pembangunan infrastruktur yang berperanan membentuk dua era evolusi perkembangan Pedidikan Islam di negeri Selangor dari tahun 1800 sehingga 1940an. 

Menjelang pertengahan 1890-an, Orang Melayu muda, sama ada mereka  daripada keturunan diraja atau rakyat biasa, perlu mempunyai pengetahuan tentang Bahasa Inggeris dan asas yang baik dalam Bahasa Melayu Rumi, jika mereka ingin mendapatkan pekerjaan dalam Perkhidmatan Kerajaan Selangor.

Maka tertubuhlah Sekolah Raja Selangor, sebuah sekolah yang ditubuhkan oleh British di Kuala Lumpur pada akhir abad ke-19. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1890 untuk menyediakan pendidikan Inggeris kepada anak-anak bangsawan Melayu, dengan tujuan menyediakan mereka untuk memasuki perkhidmatan pentadbiran kolonial British. Latar belakang dan penubuhan sekolah itu, termasuklah permintaan awal oleh Raja Muda Selangor, Raja Sulaiman untuk seorang tutor bahasa Inggeris bagi beliau dan raja-raja muda yang lain. Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith, meluluskan cadangan itu, dan seorang tutor telah dilantik untuk mengajar bahasa Inggeris kepada Raja-raja muda.

Sekolah ini beroperasi dari Disember 1890 hingga Januari 1894, di sebuah rumah milik Kerajaan berhampiran persimpangan Lorong Gombak dan yang kini dipanggil Jalan Raja. dan ia dikhaskan secara eksklusif untuk anak-anak bangsawan Melayu Selangor. Kurikulum tertumpu pada pengajaran bahasa Inggeris, aritmetik dan geografi, dengan penekanan pada pembinaan sahsiah dan tingkah laku budiman. 

Nama Jalan Raja adalah sempena Sekolah Raja yang pernah wujud
di situ suatu masa dahulu

Murid-murid yang pernah bersekolah di sekolah itu, termasuk 16 lelaki dari pelbagai daerah di Selangor. Majoriti murid adalah anak-anak Raja, dengan beberapa anak lelaki Syaikh dan seorang Syed turut hadir. Purata umur kanak-kanak lelaki itu adalah antara 14 dan 15 tahun, dan kebanyakannya sebelum ini pernah bersekolah di sekolah vernakular Melayu tempatan atau mendapat tunjuk ajar secara persendirian. 

Nama anak-anak raja dan tahun-tahun kehadiran mereka di Sekolah Raja adalah seperti berikut:

  • Raja Muda Sulaiman bin Raja Muda Musa,1890-91;
  • Raja Juma'at bin Raja Bot,1890-94;
  • Raja Yusof bin Raja Yacob, 1890-92;
  • Raja Osman bin Raja Hassan,1890-94;
  • Raja Itam bin Raja Abdul Majid,1890-94; 
  • Raja Ibrahim bin Raja Yahya,1890-94;
  • Raja Ketchee dan Raja Jaffar bin Raja Mahmud,1890-94;
  • Raja Sohor bin Raja Hussein, Nov.1892-94;
  • Raja Mahmud bin Raja Sotan,Nov. 1892-94;
  • Raja Alang bin Raja Laut,1893-94;
  • Raja Daud bin Raja Hassan,Mei 1893.
  • Ahmad bin Shaykh Mohamed Ali, 1890-94, 
  • Abdul Aziz bin Shaykh Abdul Mohit, 1890-94.
  • Syed Gup bin Syed Burok,1893-94.

  • Abdul Aziz dan Tambi Ahmad telah melepasi Standard Pertama; 
  • Raja Osman,Standard kedua ;
  • Ahmad, Standard Ketiga
  • manakala Raja Yusof dan Raja Mahmud dikenalpasti telah menghadiri sekurang-kurangnya sekolah vernakular Jugra dan Semenyih masing-masing

Sekolah ini ditutup pada Januari 1894 kerana kos yang tinggi dan kehadiran yang rendah. Para pelajar kemudiannya dipindahkan ke Victoria Institution, yang dibuka di premis sementara. Secara keseluruhannya, Sekolah Raja Selangor memainkan peranan penting dalam sejarah awal pendidikan di Malaysia, memberikan peluang unik kepada anak-anak bangsawan Melayu untuk menerima pendidikan Inggeris dan bersedia untuk memasuki perkhidmatan pentadbiran kolonial.

Walaupun Sultan mendapati status sosial mereka yang bergelar, golongan elit tradisional sebagai satu kumpulan mendapati dirinya semakin terpinggir berhubung dengan skala dan kerumitan kerajaan yang semakin meningkat, terutamanya selepas pembentukan FMS pada tahun 1896. British, yang mencari cara baru untuk mengaitkan orang Melayu kelas atas dengan kerajaan, memutuskan pendidikan bahasa Inggeris sebagai jalan utama ke hadapan. 

Pada tahun 1905 Kolej Melayu, Kuala Kangsar, telah ditubuhkan untuk menyediakan ini untuk anak-anak elit, diikuti pada tahun 1910 dengan mewujudkan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai laluan kerjaya utama mereka. Permulaan dengan kemasukan orang biasa tidak dibuat sehingga tahun 1920-an. Golongan elit Melayu secara umumnya bekerjasama dengan kerajaan kolonial, dengan sedikit percubaan untuk 'menjuarai' hak dan kepentingan rakyat jelata. 

5. Perkhidmatan Awam Tetap dan Berpencen untuk Kaum Melayu

Sultan Abdul Samad ketika itu berusia lebih 70 tahun dan baginda telah memerintah, agak tidak menentu, selama hampir 20 tahun. Baginda merupakan bukti menunjukkan pandangan yang berbeza tentang struktur politik Melayu amnya.  Sultan Abdul Samad, seorang profesional yang terselamat yang akhirnya memerintah selama empat puluh tahun melalui banyak perubahan keadaan politik dan yang meninggal dunia pada usia 92 tahun, menerima kenyataan peralihan kuasa sepanjang pemerintahannya yang panjang. Baginda tidak masuk campur pentadbiran Residen walaupun perkenan baginda sentiasa diinginkan kecuali dalam hal-hal berkaitan Adat Istiadat Melayu dan Agama Islam. Namun secara tidak langsung baginda inginkan satu bentuk pentadbiran walaupun kepimpinan tertinggi dikuasai Pegawai atasan British, sekurang-kurangnya di peringkat pelaksanaan, kaum Melayu diberi peluang pekerjaan untuk berkhidmat dalam kerajaan baginda dan keturunannya.

Di Selangor, seorang pemohon pekerjaan menulis surat berbahasa Melayu bertarikh 19 Feb. 1904,seperti berikut::

"DYMM telah mengumumkan kepada semua Raja, Datok dan Penghulu di Selangor, dan hamba yang hina telah membaca dalam kertas kerajaan, bahawa anak-anak Raja dan anak-anak Datoh dan anak-anak keluarga yang baik adalah. dipelawa untuk memohon kerja dengan Kerajaan Selangor..."

1/2      Antara jawatan-jawatan  bertaraf tetap dan berpencen dalam
pentadbiran negeri Selangor dalam tahun 1902

2/2      Antara jawatan-jawatan  bertaraf tetap dan berpencen dalam
pentadbiran negeri Selangor dalam tahun 1902
1/2      Antara jawatan-jawatan tambahan  bertaraf tetap dan berpencen dalam
pentadbiran negeri Selangor dalam tahun 1902

2/2      Antara jawatan-jawatan tambahan  bertaraf tetap dan berpencen dalam
pentadbiran negeri Selangor dalam tahun 1902

1/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor

2/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor

3/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor

4/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor

5/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor

6/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor

7/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor

8/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor
9/9 Pekeliling tahun 1906 mengenai Syarat dan Panduan Persaraan
bagi Penjawat Awam Negeri Selangor

Pekeliling tahun 1894 berkenaan Permasalahan Hutang oleh Pesara kepada Cetti


6.  Kepimpinan Melalui Teladan

Kebijaksanaan Sultan Abdul Samad di dalam menstabilkan ekonomi negeri selangor.Dalam masa pemerintahan, perusahaan bijih telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pemiagaan yang penting hingga telah menarik orang-orang Cina untuk membuka lombong bijih bersama-sama dengan orang Melayu. Semakin banyak hutan diteroka dan dijadikan lombong, kebun dan estet, semakin bertambah hasil cukai negeri. Pada masa ini Pejabat Daerah Kuala Langat termasuk Pejabat Hasil di Jugra mula beroperasi. Balai polis atau rumah pasung di beberapa petempatan utama di Kuala Langat mula dibina.

Baginda Almarhum Sultan Abdul Samad berjiwa rakyat dan berjiwa kental dalam menyelesaikan sesuatu kepincangan yang melanda Negeri Selangor. Baginda juga merupakan seorang yang amat berminat di dalam hal-hal pertanian. Baginda pernah menanam sagu, kopi, padi dan pokok buah-buahan di atas tanah-tanahnya di sekitar Jugra. Di samping itu baginda juga berminat di dalam hal pertukangan tangan dan kayu. Bagi penduduk Selangor terutamanya di Sg Langat, almarhum Sultan Abdul Samad memberi sumber kewangan kepada penduduk tempatan untuk bercucuk tanam.

Pelan lakar Pekan Jugra dalam tahun 1899 dan kedudukan bangunan-bangunan kerajaan
 
Kedudukan sebahagian Tanah milik Keluarga Diraja Selangor di Jugra dalam awal abad ke-20

Kawasan Galakan Tananaman Padi di Selangor termasuk
di daerah Kuala Langat dalam tahun 1900


RUJUKAN:









Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
26 SEP 1898
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0079192W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
24 NOV 1898
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0081640W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
21 OCT 1899
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0088949W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
22 AUG 1894
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0051249W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
21 JUL 1897
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0071488W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
11 FEB 1886
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0005024W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT


Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
15 MAR 1877
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000454W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT


Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
26 MAR 1904
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0115324W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
21 JUN 1877
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000463W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
29 NOV 1924
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0233464W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
21 APR 1886
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0005285W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT


Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
2 JUL 1904
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0117266W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
13 JUL 1878
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000702W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT


Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
9 NOV 1881
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0001568W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
5 APR 1882
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0001777W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT

Penglibatan Keluarga Diraja dalam Pembangunan Pertanian di Kuala Langat

Salam buat semua. Salam Maulidur Rasul.Syukur Alhamdulillah, kita kini telah berada dalam bulan Rabiul Awal, bulan keputeraan Baginda Junjun...