Memaparkan catatan dengan label 1900. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1900. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Oktober 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1900-1909)


Salam buat semua. Atok nak sambung balik cerita Atok tentang kehidupan banduan-banduan di Penjara Pudu. Korang bayangkan kalau ada 'iklan hebat' buat mereka. Pasti ramai yang 'tertarik'.....kan,kan,kan?

Insan-insan 'terpilih' dari negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang 'dipelawa' mengikuti 'kursus' anjuran kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.. 'Keutamaan' diberikan kepada anak negeri yang 'berkursus jangka pendek'. 

Bagi para 'graduan' yang menyambung 'pelajaran' mereka ke 'peringkat lebih tinggi' dan  'berkursus jangka panjang', mereka akan ditempatkan di 'uniivesiti' di Taiping. Selain di Taiping, Pudu juga menawarkan 'pengajian lanjutan seumur hidup' dan 'hingga akhir hayat'. 

Semua 'mahasiswa'  dan 'mahasiswi' akan diberi 'penginapan penuh' berserta 'makanan', 'biasiswa' dan 'wang saku' sehingga 'tamat pengajian'. Sila hubungi Balai Polis dan Mahkamah berhampiran anda. Tertakluk kepada syarat dan terma.

HAHAHA...Sorilah Abang Kawasan alumni Sungai Buloh dan Mat Sakau. Malu Apa Bossku?

So, Atok nak korang baca sambungan cerita hari itu. Yang tak sempat hari itu, klik sahaja link kat bawah ini.

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2015/02/sejarah-penjara-di-klang-1872-1896.html 

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html 

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_30.html

Pandangan Hadapan Vagrant Ward di Penjara Pudu dalam tahun 1905

PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA

Baharu 5 tahun beroperasi, pelbagai projek  pembinaan,pembesaran dan pengubahsuaian bangunan dibuat di Penjara Pudu ini untuk menampung bilangan 'tetamu' yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dalam tahun 1900, kerja-kerja pembesaran ruang di penjara wanita dijalankan dengan peruntukan sebanyak $200. Kerja-kerja pemasangan jeriji besi dalam sel-sel di tingkat tiga dilakukan bagi mengelakkan sebarang cubaan melarikan diri telah dilakukan dalam tahun 1901. Pembinaan dinding berpagar besi di Hospital Penjara dimulakan dan disiapkan dalam tahun 1904. Dalam tahun 1906, keadaan pintu di hospital penjara di dapati tidak selamat. Pihak penjara telah menggantikan semua pintu tersebut dengan jeriji besi.

Contoh Tender untuk Pembinaan dinding dan pagar besi untuk hospital penjara dalam tahun 1904

VAGRANT WARD

Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896  membawa kepada lonjakan dalam pembinaan bangunan-bangunan kerajaan, mengubah landskap visual pusat bandar. Pertumbuhan ekonomi, pengeluaran perindustrian, dan penduduk  menyebabkan kerajaan mengenakan  peraturan ketat ke atas buruh dan masyarakat. 

Operasi yang dijalankan oleh agensi awam bersama pihak berkuasa tempatan menyediakan prosedur sivil yang mana gelandang ditangkap  secara paksa dari jalanan dan dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan "perintah untuk dimasukkan sementara ke rumah kebajikan". Kemasukan sukarela digalakkan untuk membersihkan jalan-jalan dan mengatasi masalah "pengemis dan vagrants".  Dalam tahun 1905,sebuah wad untuk orang gelandangan telah  siap dibina di dalam kawasan penjara ini walaupun status mereka bukan banduan. 

Sememangnya telah wujud wad vagrant ini sebelumnya di Hospital Pauper (untuk golongan miskin) berdekatan dengan tapak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini. Kebanyakan vagrant yang dipenjarakan di Wad Vagrant penjara Pudu ini merupakan bekas buruh lombong dan majoritinya pendatang Cina. Ada juga beberapa orang gelandangan ini daripada kaum Tamil. Sebenarnya mereka bukanlah pemalas atau memang tidak berminat untuk bekerja, cuma persaingan untuk mendapatkan pekerjaan di bandar yang sememangnya tinggi di samping usia yang semakin menua. Bayangkanlah, orang-orang tua berkeliaran, merayau-rayau mencari sisa-sisa makanan untuk meneruskan penghidupan. Pihak Chinese Protectorate membiayai sebahagian kos pengurusan Wad Vigrant ini. Untuk mengelakkan rasa bosan, dan malas, penghuni-penghuni wad ini diminta mengerjakan tanah kosong untuk dijadikan kebun syur-sayuran untuk menampung keperluan sayuran mereka dan banduan-banduan dalam Penjara Pudu ini.  Mereka tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Hanya yang suka rela sahaja.

Tempoh masa 'penahanan' mereka di wad ini biasanya singkat, dalam dua hingga tiga bulan sahaja. Setelah itu ramai penghuninya berjaya mendapatkan pekerjaan atau kembali merempat di jalanan.  Kemudian kerajaan memperbesar dan mengubahsuai rumah Orang Tua-tua Loke Yew untuk menampung lebih ramai golongan tua yang merempat ini.


Pembesaran  dan Pengubahsuaian Rumah Orang Tua-tua Loke Yew dalam tahun 1904

Pembukaan Vagrant Ward di Penjara Pudu dalam tahun 1905
Pandangan Hadapan Vagrant Ward di Penjara Pudu dalam tahun 1905

Pembinaan Balai Pengawal di pintu masuk Vagrant Ward pada tahun 1908

Kos Tambahan Pengubahsuaian Rumah Oang Tua-tua Loke Yew yang diluluskan oleh Pejabat Kesihatan
Pengubahsuaian Hospital Penjara Pudu

Peruntukan Pengubahsuaian tembok hospital penjara pada tahun 1906

Surat Makluman Pengubahsuaian tembok hospital penjara pada tahun 1906

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Dalam lima tahun pertama (1895-1899), pihak penjara bergelumang dengan pelbagai masalah yang timbul atau ditimbulkan oleh banduan-banduan ini. Dalam tahun 1895 sehingga 1897 mereka terpaksa bergelut menyelesaikan atau paling kurangnya membendung penularan penyakit-penyakit 'wajib ada' di penjara, iaitu Dysenteri, kolera atau taun, dan Beriberi.  Dilaporkan bahawa dalam tahun 1899 sahaja, seramai 1837 orang banduan menghidap Beriberi di mana 333 daripada mereka berakhir dengan kematian. Ketiga-tiga penyakit pembunuh ini berkait rapat dengan kesihatan awam dan persekitaran. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak penjara dan Jabatan Kesihatan Negeri, penyakit-penyakit ini masih banyak terjadi sehingga beberapa tahun terawal dalam kurun ke-20.. Semakin ramai yang sakit dan dimasukkan ke wad di hospitl penjara ini, bererti peranan dan tanggungjawab wardernya bertambah kerana terpaksa bergilir-gilir memantau banduan di penjara serta yang ada di hospital.

Untuk memperkemas pentadbiran dan pengurusan di penjara-penjara di seluruh F.M.S, dalam tahun 1901, kerajaan telah mengeluarkan  panduan dan peraturan serta tanggungjawab penguasa dan warder  penjara yang seragam bagi mengendalikan urusan-urusan  rutin berkaitan banduan.

Sumber Manusia

Dalam tahun 1903, Penjara Pudu mempunyai seorang Ketua Warder bernama A Foster serta 8 orang Warder Eropah. Pada tahun 1904, tiga lagi warder Eropah dipinjamkan dari Penjara Taiping berikutan  pemindahan beberapa orang banduan dari sana ke penjara Pudu. Ketika itu jumlah banduan dalam Penjara Pudu adalah seramai 469 orang. Pihak penjara Pudu telah memohon 3 lagi warder untuk tahun berikutnya.

Hubungan antara warder dan banduan kekadang membawa kepada perlakuan yang bertentangan dengan etika dan tanggunjawab mereka. Pada tahun 1903, seorang warder Eropah di penjara Pudu di dapati menjadi 'orang tengah' kepada seorang banduan dan rakan-rakannya di bandar Kuala Lumpur. Seorang lagi warder ditukarkan ke penjara lain kerana masalah disiplin ketika bertugas.  Dalam tahun 1904, seorang Warder Eropah bernama Vaughan dari Penjara Seremban dipindahkan ke Pnjara Pudu untuk menjalani tahanan selama sebulan atas sebab salah laku jenayah.

Dalam satu laporan Nazir Penjara dalam tahun 1906, di Penjara Pudu,terdapat seorang Pengarah Penjara serta 14 warder Eropah. 27 salah laku disiplin yang dilakukan oleh staff penjara ini.


Dua orang Warder Penjara Pudu dikenakan tindakan disiplin dalam tahun 1903. Seorang dideda kerana membantu banduan manakala seorang lagi dipindahkan ke Perak atas sebab berkelakuan tidak mengikut peraturan ketika bertugas.


                         Berita Kematian seorang Warder Eropah di Penjara Pudu dalam tahun 1907

1/5 Pekeliling Enakmen tentang tatacara Pentadbiran dan Pengurusan Banduan dalam tahun 1901

2/5 Pekeliling Enakmen tentang tatacara Pentadbiran dan Pengurusan Banduan dalam tahun 1901


3/5 Pekeliling Enakmen tentang tatacara Pentadbiran dan Pengurusan Banduan dalam tahun 1901

4/5 Pekeliling Enakmen tentang tatacara Pentadbiran dan Pengurusan Banduan dalam tahun 1901

5/5 Pekeliling Enakmen tentang tatacara Pentadbiran dan Pengurusan Banduan dalam tahun 1901

Senarai Kakitangan Eropah Penjara Pudu dalam tahun 1903

1/2 Surat Rekomendasi Penambahan Staff di Penjara Pudu dalam tahun 1904

2/2 Surat Rekomendasi Penambahan Staff di Penjara Pudu dalam tahun 1904

Peralatan dan Keperluan Penjara

Untuk menguruskan banduan-banduan yang seratus peratus bergantung kepada pihak kerajaan bagi setiap keperluan mereka, pihak penjara telah bertindak mengeluarkan tender untuk mendapatkan perbekalan buat kegunaan mereka dan banduan. Biasanya, tender ini dikeluarkan pada hujung tahun untuk perbekalan bagi tahun berikutnya. Biasanya jemaah pemilihan tender akan mengeluarkan tender untuk semua barangan dan peralatan kegunaan dan stok mereka daripada para peniaga sekitar Kuala Lumpur. Setelah itu mereka akan membuat perbandingan harga daripada pembekal yang telah disenarai pendek.Biasanya mereka akan memilih daripada pembekal yang menawarkan harga terendah, walaupun tidak semestinya, bergantung juga kepada mutu barangan dan pengalaman mereka berurusan dengan para pembekal sebelumnya. Tender juga dibuka untuk pengambilan sisa nasi dan makanan dari penjara ini.

Kadang-kadang pembelian secara runding terus dibuat bagi urusan yang lebih kecil atau yang memerlukan tindakan segera. Pembelian  dua utas tali gantung khas bagi menjalankan hukuman mati di Penjara Pudu dibuat 20 Julai 1900 dari  Singapura dengan harga $1 setiap satunya. Sejak itu, Penjara Pudu  telah mengendalikan ratusan hukuman gantung atas pelbagai sebab seperti membunuh, penjenayah perang, memiliki senjata api, serta pengedaran najis dadah.
Penjualan Tali Gantung kepada Penjara Pudu dalam tahun 1900

1/7 Kontrak Pembekalan Barangan Keperluan Penjara Pudu bagi tahun 1904

2/7 Kontrak Pembekalan Barangan Keperluan Penjara Pudu bagi tahun 1904

3/7 Kontrak Pembekalan Barangan Keperluan Penjara Pudu bagi tahun 1904


4/7 Kontrak Pembekalan Barangan Keperluan Penjara Pudu bagi tahun 1904


5/7 Kontrak Pembekalan Barangan Keperluan Penjara Pudu bagi tahun 1904

6/7 Kontrak Pembekalan Barangan Keperluan Penjara Pudu bagi tahun 1904

7/7 Kontrak Pembekalan Barangan Keperluan Penjara Pudu bagi tahun 1904

Tender Pembelian Sisa Makanan dari Penjara Pudu untuk tahun 1910.

PENGURUSAN BANDUAN

Kemasukan ke Penjara-Penjara

Saban tahun dan hari pihak penjara menguruskan  kemasukan ratusan malah ribuan banduan. Di Kuala Lumpur ratusan penjenayah direman di lokap polis atau  penjara sivil yang terdapat dalam kompaun Penjara Pudu. Pergerakan dari dan ke mahkamah, penginapan serta pemakanan mereka diuruskan oleh pihak penjara. Setelah dibicarakan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman oleh majistret atau hakim di mahkamah yang lebih tinggi, banduan-banduan terhukum ini akan terlebih dahulu  diproses. Ini termasuklah pendaftaran, penyimpanan barangan peribadi, penyerahan pakaian penjara dan penentuan sel berdasarkan kategori mereka. Setelah itu baharulah mereka dibawa ke sel masing-masing untuk menjalani hukuman mengikut tempoh masa yang ditentukan oelh pihak mahkamah. Mereka perlu akur dan patuh pada semua ketetapan yang dibuat oleh pihak penjara. Kini segala urusan hidup dan mati mereka terletak seratus peratus pada tangan dan bahu penguasa penjara serta warder-warder beliau.

Pada tahun 1905, Penjara Pudu mengalami kemasukan terlalu ramai banduan iaitu seramai 633 banduan termasuk golongan gelandangan. Pihak penjara terpaksa memindahkan 50 orang banduan ke penjara-penjara lain di F.M.S, bukan hanya kerana terlampau ramai tetapi juga kerana  jumlah pesakit di hospital penjara ketika itu berjumlah 75 orang termasuk 29 kes beriberi dan 14 kes dysentery. Kebanyakannya berpunca daripada air minuman dari perigi di penjara tersebut.

Jumlah Kemasukan ke Penjara Pudu bagi Tahun 1903 hingga Tahun 1906

Dalam tahun 1907, Jabatan Penjara telah memperoleh dua buah gerabak kereta api khas buat mengangkut  banduan-banduan antara Kuala Lumpur dan Taiping. Gerabak khas ini berjeriji besi. Terdapat ruang pengasingan antara warder dan banduan di  dalam gerabak ini. Tambahan pula, gerabak ini boleh dikunci dari luar untuk mengelakkan banduan melarikan diri dengan terjun daripada kereta api ketika dalam perjalanan. 15 orang banduan hukuman jangka panjang telah dipindahkan ke penjara di Taiping. Mereka mahir dalam pekerjaan Penjilidan Buku di penjara.

Pada tahun 1909, berlaku sekali lagi, kesesakan banduan di penjara ini. Terdapat 577 banduan termasuk di penjara sivil. Pesalah reman terlalu ramai di lokap-lokap di balai polis dan terpaksa dihantar ke penjara untuk dikurung sementara menunggu perbicaraan. termasuk 57 pesakit di hospital penjara., 23 orang lagi di hospital-hospital di luar penjara. Namun tiada satupun kes beriberi dilaporkan lagi.


Butiran Terperinci Kemasukan Ke Penjara Pudu dalam bulan Mac 1903

Butiran Terperinci Kemasukan Ke Penjara Pudu dalam bulan Mac 1903

Butiran Terperinci Kemasukan Ke Penjara Pudu dalam bulan Jun 1903

1/2 
Butiran Terperinci Kemasukan Ke Penjara Pudu dalam  1906

2/2
Butiran Terperinci Kemasukan Ke Penjara Pudu dalam tahun 1906



Penghantaran Banduan Hukuman Jangka Panjang ke Penjara Taiping
Penghantaran Banduan Hukuman Jangka Panjang ke Penjara Taiping pada tahun 1907


Kemasukan ke Vagrant Ward


Kemasukan Gelandangan ke Vagrant Ward di Penjara Pudu pada tahun 1902

1/2 Laporan Vagrant Ward dalam tahun 1906

2/2 Laporan Vagrant Ward dalam tahun 1906

 Laporan Vagrant Ward dalam tahun 1907

SEL TAHANAN

Masa ketika di penjara boleh dilihat sebagai tindakan demoralisasi kerana banduan dimasukkan ke dalam ruang penjara di mana masa, digunakan sebagai instrumen hukuman, juga mempunyai kawalan yang meluas dan meletakkan asas untuk pematuhan bagi pihak banduan berhubung dengan kuasa dan proses hukuman dan pengawasan. Terlepas dari aktiviti dan rutin disiplin yang diperkenalkan oleh pentadbiran penjara dan pihak berkuasa, banduan akan segera menghadapi kemalasan antara rutin berulang.

Pengutipan dan Pembuangan Najis Banduan di Penjara

Rutin Harian Biasa di Pintu Penjara Pudu tidak berkunci untuk banduan mengosongkan baldi najis mereka (tiada kemudahan tandas/air di dalam sel penjara, Jadi, 19 orang penghuni sel yang dilantik perlu mengosongkan dan membersihkan baldi sebagai aktiviti pertama setiap pagi dalam dua giliran. Pihak Sanitary Board akan menghantar pemandu kereta lembu untuk mengambill 'sisa perut' banduan-banduan ini. Banduan kemudiannya akan kembali ke sel mereka dengan timba kosong yang bersih dan menunggu 0800 banduan yang dibebaskan dari sel mereka untuk sarapan pagi di Dapur Penjara.

Nota minit Mesyuarat tentang pengutipan najis di  Penjara Pudu

Penangkapan dan Pembasmian Nyamuk dalam Sel

Pada tahun 1908, pihak Jabatan Kesihatan telah mengenalpasti kawasan-kawasan pembiakan nyamuk tirok di sekitar Penjara Pudu yang merupakan kawasan penanaman sayur. Kawasan -kawasan ini didapati merupakan kawasan paya dan parit yang mempunyai air yang bertakung. Untuk mengelakkan kes-kes malaria daripada meningkat, pihak penjara telah mengambil inisiatif membersihkan persekitaran mereka. Disebabkan para banduan terkurung serta tidak dibenarkan keluar daripada kawasan penjara, maka mereka diminta menangkap dan mengumpulkan nyamuk-nyamuk yang telah ditangkap dalam sel tahanan masing-masing dan dkira keesokan harinya untuk direkodkan.

Surat Makluman Penjara Pudu dan Persekitarannya sebagai kawasan Pembiakan Nyamuk dalam tahun 1908

1/4 Surat Makluman Penjara Pudu dan Persekitarannya sebagai kawasan Pembiakan Nyamuk dalam tahun 1908

2/4 Surat Makluman Penjara Pudu dan Persekitarannya sebagai kawasan Pembiakan Nyamuk dalam tahun 1908

3/4 Surat Makluman Penjara Pudu dan Persekitarannya sebagai kawasan Pembiakan Nyamuk dalam tahun 1908


4/4 Surat Makluman Penjara Pudu dan Persekitarannya sebagai kawasan Pembiakan Nyamuk dalam tahun 1908


Banduan Bunuh Diri
Dalam tahun 1909, seorang banduan Cina yang menjalani hukuman enam bulan penjara ditemukan mati tergantung dalam sel tahanannya. Dia mengoyakkan seluarnya sebagai tali gantung.


Banduan Lari dari Penjara

Pada 5 Februari 1909, seorang banduan wanita Cina bernama Wong Ah Cheok, yang dihukum penjara selama 2 tahun dan 6 bulan didapati telah melarikan diri dari Penjara Pudu. Pihak penjara mengesyaki banduan ini mendapat pertolongan daripada  beberapa orang dari luar. Menurut seorang pegawai penjara, banduan itu mengambil kesempatan kerana ketiadaan pengawal di kawasan tersebut serta kekurangan warder kerana cuti hari Deepavali pada hari sebelumnya.

1/3 Makluman Banduan Melarikan Diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1909

2/3 
Makluman Banduan Melarikan Diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1909


3/3 
Makluman Banduan Melarikan Diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1909


1/2 Laporan Pegawai Penjara tentang 
 Banduan Melarikan Diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1909


2/2 Laporan Pegawai Penjara tentang 
 Banduan Melarikan Diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1909


 Laporan Ketua Warder Penjara tentang 
 Banduan Melarikan Diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1909


1/2 Laporan Saksi (Banduan Wanita) tentang 
 Banduan Melarikan Diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1909

Laporan Akhbar tentang 
 Banduan Melarikan Diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1909

PELAKSANAAN HUKUMAN 

JENIS-JENIS KESALAHAN

Data tentang Kesalahan-kesalahan Banduan di Penjara 

 Jenis Tindakan yang diambil terhadap Kesalahan-kesalahan Banduan di Penjara 


JENIS-JENIS HUKUMAN

Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.

Pengurangan gred 
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan

Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian  ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.

Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.

Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan,  dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan  di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.

Hukuman Mesin Engkol
Mesin engkol adalah alat yang menghidupkan engkol dengan tangan yang seterusnya memaksa empat cawan besar atau senduk melalui pasir di dalam dram. Hukuman ini tidak membawa apa-apa hasil yang berguna selain sebagai hukuman dera. Banduan lelaki terpaksa menukar pemegang 6,000-14,400 kali dalam tempoh enam jam sehari (1.5-3.6 saat setiap giliran), seperti yang didaftarkan pada dail. Warder boleh membuat tugas lebih sukar dengan mengetatkan skru penyesuaian







Hukuman -hukuman yang dijatuhkan kepada Banduan bermasalah di Penjara Pudu dari Mac hingga September 1907

LATIHAN VOKASIONAL, PEKERJAAN DAN GANJARAN

Jenis-jenis pekerjaan

Pada tahun 1902, seramai  lebih 100 orang banduan didapati hanya duduk-duduk dan berpeleseran dalam persekitaran penjara kerana kekurangan pekerjaan dalam kawasan penjara. Hal ini berikutan arahan kerajaan untuk tidak membenarkan banduan-banduan bekerja di luar kawasan penjara seperti mana ketika di penjara lama Kuala Lumpur. pada masa itu para banduan digunakan untuk membuat pekerjaan-pekerjaan seperti menyabit rumput dan membersihkan bangunan-bangunan kerajaan seperti mahkamah, dewan orang ramai, pejabat-pejabat kerajaan termasuklah rumah rasmi Residen dan Setiausaha Kerajaan negeri. Ada juga banduan-banduan yang dihantar untuk kerja-kerja pecah batu di kuari-kuari berdekatan seperti di kuari Bukit Bintang. Namun, setelah berlaku banyak kes banduan melarikan diri ketika bertugas di luar serta penularan penyakit beriberi dalam tahun-tahun 1895 hingga 1899, maka, mereka tidak lagi melakukan kerja-kerja di luar kecuali sekadar membersihkan persekitaran di luar penjara seperi membersihkan parit dan mengecat dinding penjara.

Pada tahun 1905, Nazir Penjara menolak saranan Pengarah Penjara Pudu agar mereka yang didapati malas bekerja dirotan, sebaliknya mereka hanya perlu didenda dengan catuan makanan sahaja.

Kerja-kerja dalam penjara yang dilakukan oleh banduan-banduan bukanlah secara percuma, malah dibayar upah mereka. Berdasarkan maklumat pada tahun 1906, pekerjaan yang dilakukan oleh banduan-banduan adalah seperti berikut:
  • Kerja-kerja  berasaskan rotan termasuklah perabut. Dobi, Pembuatan Perabut, Anyaman tikar,  Barangan Hiasan daripada batu, Penjilidan Buku,  Kerja-kerja Perkayuan,
  • Pemecahan Batu (untuk PWD), memecahkan batu kuari sama ada di luar atau dalam sel tahanan.
  • Kerja Luar Pagar Penjara seperti menurap jalan penjara, membina dan menjaga selia lorong dan jalan dalam kawasan penjara, membersihkan  dan mengecat kuarters penjara,dll
  • Kerja Dalam Pagar Penjara seperti mengecat bangunan penjara, menyahkuman bangunan  dan sel tahanan, menyapu dan membersihkan bangunan dan sel tahanan, membuat kerja-kerja pembaikan yang ringan, .
  • Pembuatan Pakaian untuk pesakit dan atendan di hospital-hospital kerajaan, pakaian banduan.
  • Pembuatan dan Pengujian kepingan logam untuk dijadikan pinggan, cawan minuman banduan.
  • Pembuatan Berus dan Penyapu untuk penggunaan di penjara.

Keterangan tentang Caj untuk Penjilidan Buku di Penjara Pudu dalam tahun 1906


TAHAP KESIHATAN BANDUAN

Kajian ke atas Pesakit Beriberi




 Persetujuan seorang Banduan Hukuman Mati untuk dijadikan subjek dalam kajian tentang rawatan untuk Beriberi pada tahun 1900


Penularan Dysentery di Penjara Pudu

Laporan Kesihatan Mengenai Dysentery di Penjara Pudu dalam tahun 1901



LAPORAN-LAPORAN TAHUNAN

Laporan Tahunan 1904








Laporan Tahunan 1905



























































Laporan bagi suku ketiga Tahun 1905




Laporan Tahunan 1906









Laporan Tahunan 1909


Laporan tentang Penjara Pudu dalam tahun 1909

Laporan Kesesakan di Penjara Pudu dalam tahun 1909

Komen dalam Akhbar tentang Banduan yang tidak diberi Pekerjaan dalam Penjara Pudu

Rujukan:

     
 



Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...