Memaparkan catatan dengan label gaol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gaol. Papar semua catatan

Ahad, 18 Disember 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1990-2020)

Assalamualaikum buat semua. Salam kerajaan perpaduan, katanya.HAHAHA...Apa khabar semua? Atok doakan korang sihat-sihat belaka. Syukur kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menyedut masuk udara ketakwaan dan keimanan dan pada masa yang sama juga kita menghembus keluar hawa dosa dan kemaksiatan semalam daripada kehidupan kita hari ini. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan moga-moga hari esok lebih baik daripada hari ini. Salam takziah daripada Atok dan Wan buat keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh di Batang Kali tempoh hari. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Atok sedar itu semua. Hanya yang dapat Atok katakan takziah, semoga cekal, bersabar dan reda menghadapi ujian Allah SWT ini.

OKlah, kita dah sampai ke penghujung mini siri Atok tentang Penjara Pudu. Entri kali ini dikira Finale atau klimaks sesuatu penceritaan. Bayangkan, kalau tak salah Atok termasuk yang ini dah masuk 12 atau 13 episod tentang kehidupan di penjara tersohor suatu masa dahulu ini. Memang membosankan bagi orang yang tidak menghayati sisi hitam  kehidupan di negara kita ini TETAPI percayalah apa yang telah Atok persembahkan atau ceritakan dalam blog ini akan suatu masa dihargai dan dikaji sebagai sumber makluman oleh generasi akan datang. Wartawan merangkap cikgu pencen ini hanya merakamkan sekelumit kisah kehidupan peribadi Atok dan masyarakat sekeliling Atok. Cuma Atok kongsikan di sini bukan untuk dibangga-banggakan, bahkan seharusnya direnungi dan diamati pengajaran di sebaliknya.

Kita sudah memasuki dekad 1990-an, tahun-tahun terakhir hayat penjara Pudu ini. Walaupun begitu, banyak peristiwa menarik yang dapat Atok kongsikan di sini. Atok tekad dan nekad hendak ceritakan semuanya sehingga detik-detik penjara ini dikuburkan dengan hanya sepasang tiang di pintu masuk penjara ini sebagai batu nesannya. Sebelum itu Atok hendak ucapakan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan tuan punya gambar foto dan  bahan-bahan ini yang Atok peroleh, Atok sauk, dan Atok sakau daripada internet. Halalkanlah, demi ilmu pengetahuan buat generasi masa depan. Begini berakhir kisahnya....


Pandangan dari udara Penjara Pudu dalam tahun 1990-an

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Susunletak bangunan dan kemudahan dalam Penjara Pudu dalam tahun 1990-an

Pada tahun 1985, lebih daripada 6500 orang banduan telah dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan menjadi lebih parah apabila seramai 982 banduan dari Pulau Jerejak telah dipindahkan ke penjara Pudu di Kuala Lumpur pada tahun 1993. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah dan penjara era kolonial ditutup secara rasmi pada bulan November 1996. Kesemua banduan kemudiannya dipindahkan ke penjara baru di Sungai Buloh yang bernilai RM170 juta.

Sumber Manusia

31 Oktober 1990  -Skandal dadah terkenal di penjara M'sia. Banduan di penjara Malaysia telah menemui cara baharu untuk menyeludup dadah ke dalam sel mereka. Mereka menelan dadah dalam bungkusan plastik bersalut mentega. pegawai penjara telah mendedahkan perkara ini.

12 Disember 1992 -Polis telah menahan sembilan kakitangan Penjara Pudu kerana didakwa terlibat dalam pengedaran dadah di penjara itu, menurut timbalan bandar, Superintendan Jabatan Siasatan Jenayah Yahya Ismail. Mereka ditahan pada Khamis di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)

1 Mei 1993 -Penyeludupan dadah oleh warder berleluasa di empat penjara  Penjara Kajang, Pudu, Pulau Pinang dan JB disenaraikan Jabatan Penjara Malaysia telah mengenal pasti penjara di mana penyeludupan dadah kepada banduan oleh pengawal penjara berleluasa.

14 Mei 1995 -Susulan siasatan selama setahun, dua puluh tujuh pengawal penjara telah ditahan kerana mengedar dadah kepada banduan  Sebelas penjaga dari Taiping. Enam dari Kajang. Lima dari Pulau Pinang. Tiga dari Pudu, setiap seorang dari penjara Alor Star dan Simpang Renggam DITAHAN. 

17 Julai 1995 -Kekurangan jurubahasa untuk mengendalikan kes melibatkan warga asing dan keengganan ibu bapa untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat dalam kes berkaitan dadah telah menyebabkan kesesakan di penjara, kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Eusoff Chin. Beliau berkata kes melibatkan warga asing telah berlaku kerana kekurangan jurubahasa.

Pelbagai teknik penyeludupan dadah ke penjara dilakukan oleh banduan. Penyeludupan dadah ini mendapat bantuan warder yang telah disogok oleh keluarga penagih. 



Dadah diseludup masuk melalui makanan seperti ayam goreng,songkok dan kasut dengan bantuan warder yang korup.

PENGURUSAN BANDUAN

Banduan Berprofil Tinggi

1990- Aman Shah Ahmad

Ini merupakan kisah dahulunya menjadi “viral” bagaimana pencuri satu sen dari Malaysia ini menjadi jutawan dengan cara yang licik dan hebat.    Ada banyak artikel yang menyebut bahawa Aman Shah Ahmad mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan. Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa dia mencuri jumlah wang yang tidak ditentukan jumlahnya ke dalam akaunnya sendiri. Dia lebih dikenali sebagai pencuri ‘1 sen’ berkemungkinan ada juga jumlah yang dicuri dari setiap akaun bernilai 1 sen. Ia bermula ketika Aman Shah Ahmad berusia 25 tahun bekerja di Hock Hua Bank, di Jalan Raja Laut KL, sebagai eksekutif muda pada tahun 1990.

Aman Shah ketika dibawa ke mahkamah

Sedikit maklumat latar belakang mengenai Hock Hua Bank, ia ditubuhkan pada tahun 1951, didaftarkan di Sarawak, tetapi pada tahun 2001 ia diserap oleh Public Bank.

Aman digambarkan oleh kawan-kawannya sebagai seorang lelaki yang ramah, yang suka bertemu orang baru dan dia suka akan kereta yang berkelajuan tinggi. Dia kemudian dilantik menjadi Ketua Jabatan Pemprosesan Pasaran Wang, dengan gaji kira-kira RM1,800 sebulan. Bekas pelajar perakaunan dari Universiti Teknologi MARA merupakan pekerja yang cekap dan tidak lama kemudian dia dipercayai oleh majikan untuk menguruskan akaun pelanggan. tetapi semua itu berubah apabila bank menghantarnya untuk menghadiri latihan komputer.

Beliau dengan pengetahuan komputer dan peranan barunya sebagai ketua jabatan yang memproses Sistem Pemindahan Elektronik Bagi Dana dan Sekuriti (SPEEDS)  untuk sistem dana dan pemindahan, dia menetapkan SPEEDS untuk memindahkan wang setiap hari dari setiap akaun pelanggan di Hock Hua Bank ke dalam akaunnya sendiri di Bank Bumiputra. 

Setelah Aman menjadi kaya dengan wang orang lain, dia meninggalkan Hock Hua Bank untuk membuka syarikat pengiklanannya sendiri, Bistro, di KL. Dengan kekayaan yang diperolehinya, dia telah membeli: 

  • Lamborghini Countach pada harga RM1.3 juta, 
  • Mercedes Benz 300SL pada RM502,000, 
  • Mercedes Benz 300E pada RM192,000, 
  • Porsche 928 S4 pada RM638,000, 
  • Porsche Carrera pada RM350,000,
  • BMW 329i pada RM68,000.

Untuk memberikan perspektif yang lebih baik mengenai pembelian ini, harga Proton Saga hanya sekitar RM30,000 pada masa itu.    Lambo dan Porsche Carrera diterbangkan khas dari London, manakala BMW 329i adalah kereta terpakai. Dia membayar secara tunai untuk semua kenderaan mewah tersebut. Tiga kenderaan daripada senarai kereta mewahnya tidak berdaftar dan dia tidak perlu membayar cukai import, sementara dua didaftarkan di bawah namanya, dan satu lagi didaftarkan atas nama teman wanitanya, Raha V V Aboo.   Untuk melindungi asetnya yang luar biasa, Aman meletakkan kereta mewahnya di pusat pameran di Plaza Bukit Bintang dan akan membawa kenderaannya keluar untuk bersiar setiap kali dia mahu. Dia bijak untuk tidak meletakkan kenderaan mewahnya di rumah, sebagai langkah bijak dari menjadi bualan oleh jiran-jirannya.

Tuduhan-tuduhan terhadap Aman Shah berjumlah  jutaan ringgit

Apabila rancangan popular segmen pagi TV3 "Sekapur Sirih" menjemputnya ke program tersebut, dia bersetuju untuk pergi. Dalam episod itu, dia bercakap tentang kenderaan-kenderaan mewahnya. Tanpa disedari, bekas pengurusnya di Hock Hua Bank menyaksikan episod itu dan dari situlah permulaan penghujung kehidupan impiannya. Encik Pengurus berbau sesuatu yang mencurigakan tentang gaya hidup Aman sehingga keesokan harinya dia melakukan beberapa audit dalaman dan terkejut dengan apa yang ditemuinya – RM4.1 juta hilang dari akaun pelanggan bank. Pengurus membuat laporan polis di Balai Polis Campbell (dikenali sebagai Balai Polis Dang Wangi) pada 8 Jun 1990. Tiga hari kemudian, polis menahan Aman Shah Ahmad di sebuah kondominium di Bangsar (11 Jun 1990).

Pada 26-06-1990 Aman Shah Ahmad, 24, dari Bangsar Indah, bekas eksekutif Hock Hua Bank.Lelaki, 24, dituduh menipu bank dengan komputer memindahkan wang Cik 3 juta (5*2.04 juta) secara haram dari sebuah bank ke akaun peribadinya dan membelanjakannya untuk kereta mewah didakwa semalam atas empat pertuduhan menipu. Mahkamah Sesyen menyabitkan dia bersalah kerana melakukan pecah amanah di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan sebanyak tujuh kali, antara 26 Januari hingga 27 Mac 1990. Hakim Haji Muhammad Noor Abdullah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya. Pada masa dijatuhkan hukuman ke atasnya, Aman berusia 26 tahun. Malangnya, dengan segala kekayaan yang diperolehnya melalui cara jenayah, Aman tidak dapat membayar wang jaminan yang ditetapkan oleh hakim sebanyak RM200,000. 

Akhirnya dia dihantar ke Penjara Pudu. Kes ini telah menjadi tajuk perbincangan yang meluas di tahun 90-an, tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku kepada Aman selepas itu. Ketika di dalam penjara, dia diberikan kerja pejabat sedangkan orang lain bekerja di bengkel kasut, bengkel jahit, bengkel dobi dan sebagainya. Tiada berita tentang pembebasannya daripenjara selepas lima tahun. Kini dia dikatakan masih hidup dan tinggal di Ampang. Wallahu alam.

1993  -Kes Mona Fandey 

17 Ogos 1993 -Pasangan Bomoh yang dikaitkan dengan pembunuhan ADUN Umno telah direman di penjara. Polis semalam mendapat perintah mahkamah supaya Maznah Ismail alias Mona Fandey, 37, direman di penjara Kajang manakala Nor Affendy Abdul Rahman, 36, serta anak angkat mereka, Juraimi Hussin di penjara Pudu.

Pada 13 Julai 1993, Datuk Mazlan Idris telah menemui Mona Fandey bagi mendapatkan bantuan ghaib untuk meningkatkan kerjaya politik beliau dan mendaki tangga parti. Beliau telah dipelawa oleh Mona Fandey dan pasangannya, untuk mengambil bahagian dalam satu upacara ilmu hitam di rumah Mona Fandey tersebut. Datuk Mazlan Idris telah diminta baring di lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang untuk "jatuh dari langit." (seperti yang diberitahu oleh bomoh tersebut) Tiada wang jatuh, sebaliknya ia merupakan sebilah kapak. Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey di negeri Pahang, kira-kira 130 kilometer timur laut dari Kuala Lumpur. Datuk Mazlan Idris dilaporkan hilang pada 2 Julai, 1993 selepas dia telah keluarkan RM300,000 daripada beberapa buah bank di Kuala Lumpur.

Sehari selepas pembunuhan itu, Mona Fandey telah pergi membeli-belah di Kuala Lumpur, dan kemudian membeli sebuah Mercedes-Benz serta menonjolkan wajah baru. Apabila disoal, pembantu Mona Fandey, Juraimi Hussin telah buat kenyataan kepada pihak polis yang membawa kepada penemuan mayat Datuk Mazlan Idris. Tidak mengejutkan, Mona Fandey dan suaminya segera menjadi suspek utama.

Misteri kehilangan Datuk Mohd Mazlan Idris,  Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, akhirnya terbongkar apabila ditemui mati dibunuh dan mayatnya dikerat di kawasan kebun tanah rancangan FELDA Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub, Pahang sekitar Julai 1993. Mayat Mazlan dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dengan permukaannya disimen. Begitu juga dengan  satu lubang, di bawahnya pula ada tengkorak seorang pelacur yang dibunuh, tulangnya dikatakan diambil Mona untuk tujuan pemujaan. 

Tempat pembunuhan dato Mazlan dilakukan di Ulu Dong,Pahang

Maznah Ismail (1 Januari 1956 –2 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.

Ketidakupayaan Mona menyanyi dengan baik dikatakan menjadi punca beliau beralih arah ke bidang perubatan tradsional. Mohd Affandi Abdul Rahman merupakan suami ketiga Mona dan menuntut ilmu persilatan di Indonesia.

Akhirnya pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, 46, dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, serta pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didapati terbabit dan disabitkan kesalahan membunuh Mazlan pada 9 Februari tahun 1995 di Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Sejak penangkapan itu, pelbagai cerita timbul termasuklah Mona Fandey dikatakan mengamalkan ilmu hitam di Penjara Wanita Kajang untuk membolehkannya 'menghilangkan diri'. 

Hukuman gantung sampai mati dilakukan pada November 2001 di Penjara Kajang yang baru sahaja dibuka. Sebelum fajar pada pagi Jumaat, ketiga-tiganya digari dan kepalanya ditutup dalam sel-sel mereka yang bersebelahan dengan bilik hukuman. Mereka kemudian dibawa ke tiang pergantungan dengan tiga tali gantungnya dalam gaya Inggeris yang bergantung dari tiang logam. Kaki mereka diikat pada pelantar boleh gerak dan tali gantung disesuaikan sekeliling leher mereka. Pada 05:59 pagi, drop telah dijatuhkan dan ketiga-tiganya telah jatuh ke bawah. Hukuman gantung sampai mati tersebut telah disaksikan oleh sejumlah kecil penjaga penjara, pegawai dan doktor penjara. Pihak akhbar dan masyarakat umum tidak terlibat. Seorang pegawai mengatakan kepada surat khabar Malay Mail pagi itu bahawa ketiga-tiga tertuduh tidak bertaubat sehingga ke saat akhir. "Mereka tidak mengatakan apa-apa, mereka tenang – seolah-olah mereka menerima hakikat bahawa mereka akan mati." Hukuman gantung sampai mati diumumkan secara rasmi pada pagi hari oleh seorang wakil Penjara Malaysia. Jamil Razif Kassim memberitahu wartawan, "Ketiga-tiga mereka telah menjalani hukuman mereka pada pagi ini."

Sentiasa ceria wajah-wajah Mona Fandey dan suami

MAZNAH Ismail atau Mona Fandey
Wajah MAZNAH Ismail atau Mona Fandey yang agak menyeramkan

Pelbagai fesyen pakaian diperagakan setiap kali Mona ke mahkamah

Senyum sentiasa terukir walaupun maut menanti

Suami Mona, Afendy

Mona, Jurimi dan kubur-kubur Mona dan Afandi di Kg. Sungai Kantan, Kajang

Banduan-banduan lain

Kes dadah Antarabangsa
Kehidupan dalam penjara dalam tahun 1990

Kes Merotan di Penjara Pudu dalam tahun 1991

Kes Kesesakan Pendatang PATI Warga Indonesia di Penjara Pudu dalam tahun 1992

Penggunaan Teknologi terkini untuk pemantauan  penjara dalam tahun 1992









Kes-kes dalam Penjara Pudu dalam tahun 1995

30 Julai 1991 -SEORANG warga Malaysia yang disalah anggap sebagai pekerja asing tanpa izin menghabiskan enam bulan di penjara Kuala Lumpur sebelum pihak berkuasa mendapati kesilapan mereka. Encik G Chandran, bekas buruh kontrak, dibebaskan dari penjara pudu pada hari Sabtu.

JENIS-JENIS HUKUMAN
Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.

Pengurangan gred 
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan

Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian  ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.

Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.

Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan,  dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan  di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.

Penutupan Rasmi Penjara Pudu

2 November 1996  -Penjara tertua di Malaysia, Penjara pudu, akhirnya ditutup semalam. Mulai sekarang. banduan penjara pudu TIDAK perlu beratur untuk mandi. Itulah mandi terakhir di penjara berusia 101 tahun di Kuala Lumpur pada Rabu. sebelum kira-kira 1,580 banduan dipindahkan ke penjara baharu di Sungai Buloh Lebih 1,500 banduan telah dipindahkan ke kompleks penjara baharu itu yang berharga RM170 juta  di pinggir Sungai Buloh, kira-kira 20 km dari ibu negara.  Sebanyak  enam belas bas disediakan untuk proses pemindahan tersebut. 

Empat anggota dari Maktab Penjara Kajang meniupkan tetuang dengan lagu ‘Last Post’ bermaksud berundur, bagi mengiringi upacara menurunkan bendera penjara di pekarangan pintu masuk Penjara Pudu tepat jam 9.10 pagi. Upacara ini dilangsungkan selepas operasi pemindahan semua 1,580 orang banduan Penjara Pudu ke Penjara Sungai Buloh yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Penjara, Omar Mohamad Dan, selesai kira-kira jam 8 pagi.

Selepas menahan banduan selama 101 tahun, Penjara Pudu secara rasmi menghentikan operasinya pada 1996 atas beberapa faktor. Penutupan penjara itu dipercayai secara meluas sebagai kebimbangan keselamatan, kerana perkembangan komersial seperti Imbi dan Bukit Bintang berkembang pesat di sekitar penjara itu sejak 1990-an. Pudu dilihat sebagai alternatif yang berdaya maju kepada kawasan Segitiga Emas. Namun begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan. 

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Satu lagi sebab penutupannya adalah kerana keadaan kemudahannya yang semakin teruk.

Pembukaan Rasmi Muzium Penjara Pudu

Pada tahun 1997, penjara itu dijadikan muzium selama enam bulan. Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Penjara pudu yang berusia 101 tahun di tengah-tengah Kuala Lumpur mungkin akan dijadikan tarikan pelancong, sama seperti Alcatraz yang digembar-gemburkan di San Francisco, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Megat Junid Megat Ayob. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelan oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa. Penjara Pudu diuruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia. 

Penjara Pudu Sebagai Pusat Tahanan Penagih Dadah dan PATI

Seterusnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membelanjakan RM3 juta untuk menjadikan Penjara Pudu sebagai pusat tahanan sementara penagih dadah. Polis Persekutuan melihat langkah ini sebagai penyelesaian kepada kesesakan di lokap polis dan meningkatkan kadar jenayah. Tambahan pula, ia berkaitan dengannya penggunaan bekas sebagai penjara dan mengelakkannya daripada usang. 

Penjara pudu  akan sekali lagi menempatkan banduan. Ia akan digunakan oleh polis sebagai pusat tahanan sementara penagih dadah. Penagih tegar boleh dirawat di penjara yang tidak digunakan lagi ini. Penagih dadah tegar mungkin dihantar ke penjara terpakai pada masa hadapan bagi mengatasi masalah kesesakan di pusat pemulihan dadah. Timbalan Menteri Dalam Negeri Zainal Abidin Zin juga berkata pusat pemulihan dadah di negara ini didapati tidak berkesan dalam merawat. Penagih dan gelandangan dimasukkan ke dalam bekas penjara ini ketika Malaysia bersiap sedia untuk sidang kemuncak NAM. Penjara Pudu akan digunakan juga untuk menahan penagih dan pendatang haram. Ia terus digunakan sehingga tahun 2009 sebagai kemudahan reman bagi tahanan menghadiri perbicaraan mahkamah. 

Lapan penyokong Pasukan Tindakan Hak Hindu ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Pudu berikutan perhimpunan HINDRAF 2007. Mereka kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti. Walau bagaimanapun, struktur itu kekal digunakan sehingga 2009.

6 Mac 1998   -Pendatang haram Warga Indonesia  telah menyelinap masuk ke Malaysia. Apa yang mereka mahukan hanyalah makanan dan penginapan percuma, kata seorang pegawai kanan polis Malaysia. Butiran telah diberikan oleh komander Operasi Am. Pesalah haram mahu ditangkap walaupun untuk tempoh yang singkat dengan harapan supaya mereka mendapat makanan dan penginapan percuma yang sewajarnya di sini. Cubaan menyelinap masuk ke Malaysia tidak terganggu jika mereka ditangkap. 

Perobohan Penjara Pudu

22 Jun 2010  -Tembok penjara berusia 115 tahun dirobohkan Menara tunggal adalah yang tinggal dari tembok sepanjang 394m yang pernah mengelilingi penjara pudu di tengah Kuala Lumpur. Jentolak mula merobohkan dinding yang terkenal dengan mural, kebanyakannya dilukis oleh banduan penjara  itu pada malam Isnin. Tembok panjang yang menjulang tinggi yang menghalang banduan daripada keluar dari Penjara pudu yang terkenal di Malaysia selama lebih 100 tahun akan dirobohkan pada pukul 10 malam hari ini untuk memberi laluan kepada pelebaran jalan.

Menjelang Disember 2012, semua bangunan di dalam kompleks Penjara Pudu telah benar-benar dirobohkan, dengan hanya sebahagian daripada dinding luar dan pintu utama masih berdiri.

Wajah Pintu Masuk Penjara Pudu dalam tahun 2007

60% Kawasan Penjara Pudu dikatakan ranap ekoran pengabaian dan kecurian besi-besi palang pintu penjara dalam tahun 2010


Tapak lama Penjara Pudu setelah diroboh dan diratakan pada tahun 2012


Sebagai kenang-kenangan....Pintu Masuk Penjara Pudu dikekalkan
di samping bangunan baharu di atas tapak lama Penjara Pudu pada tahun 2022.
Kini, hanya sebahagian daripada dinding luaran dan pintu utama Mercu tanda penjara bersejarah ini yang tinggal sebagai bukti untuk tatapan sejarah oleh generasi akan datang. Sememangnya, Penjara Pudu menjadi saksi sisi hitam sejarah negara kita yang tercinta ini.


Rujukan:

 

















Sabtu, 10 Disember 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1980-1989)

Salam buat semua. Alhamdulillah, Malaysia masih aman. Tiada rusuhan walaupun PRU 15 yang baharu lepas sengit. Kita sudah ada PM ke-10 beserta barisan kabinetnya. Masa untuk kita bersatu kembali, walaupun masih ada yang terbuku di hati. Lupakanlah, lima tahun lagi kita berentap kembali. Macam World Cup di Qatar baru-baru ini, siapa yang kalah, sedar diri. Tak ada pula yang merusuh. Begitulah kita hendaknya. Menang taklah bergaya, kalah taklah sampai hilang maruah. Sportmanship mesti mahu tinggi. Life goes on....

Oklah...kali ini Atok banyak bahan dan idea. Minggu lepas, kita dah selesai membicarakan hal-hal di Penjara Pudu dalam dekad 1970-an. Sudah baca ke belum? Kali ini kita bergerak ke tahun-tahun 1980-an. Kali ini banyak cerita penjenayah elit, pengganas, pengedar dadah. Kisah askar mengamuk pasal adiknya dibunuh kerabat diraja. Konsert artis di penjara dan banyak lagi. Korang ambil masa dahulu. Nak buang air ke, buat kopicino ke. Rileks, kosongkan minda, kemudian baru baca sampai habis.Lepas itu komenlah sikit. Beritahu kat Atok pendapat korang. Kena tambah ke, kena korek lagi cerita ke, berilah tahu Atok. 

Cerita pasal penjara ini sampai kiamat pun takkan habis punya. Yang beza cuma penjenayahnya, teknologi penjaranya, dan menu makanannya. Yang tetap sama ialah kebosanannya. Perkara pertama yang mengejutkan Atok tentang penjara ialah kebosanan. Setiap hari bekerja adalah lebih kurang sama—minggu demi minggu, bulan demi bulan, dan ya, tahun demi tahun demi tahun. Rutin membuatkan kita seperti kebas dan batuk yang berterusan, yang akhirnya, akan memadamkan rasa dan pemahaman kita tentang masa itu sendiri. 

Pakaian setiap orang adalah sama. Sel adalah sama. Jadual harian adalah sama. Makanan, bagaimanapun, adalah sedikit variasi  namun berputar perkara yang sama, berulang kali. Bayangkan, korang pergi bekerja pada masa yang sama setiap hari. Pergi untuk rekreasi pada masa yang sama. Mandi pada masa yang sama. TV dihidupkan dan dimatikan pada masa yang sama setiap hari. Bagi sesetengah orang, ia selesa, boleh diramal. Bagi yang lain, bagaimanapun, ia menjengkelkan.

Kebosanan menghakis keperibadian sehingga kita merasakan kita tidak lagi wujud. Setiap banduan mempunyai nombor. Sesetengah orang mempunyai nama yang nama atau serupa, tetapi tidak ada yang mempunyai nombor yang sama. Rutin … rutin … dan kemudian beberapa rutin lagi.

Perkara kedua yang Atok tidak sangka ternyata adalah penghuninya. Ya, Atok menjangkakan orang yang "jahat". Tetapi Atok tidak menjangkakan begitu ramai daripada mereka mempunyai "kapasiti yang semakin merendah." Bukan untuk meletakkan perkara yang terlalu baik, tetapi terdapat ramai orang di penjara membuat keputusan yang sangat bodoh. Tetapi apabila anda perlu membuat pengiraan sosial berdasarkan kemungkinan seseorang melakukan sesuatu yang tidak wajar atau bodoh, ia menjadikan hidup lebih rumit daripada yang sepatutnya.

Penjara Pudu dalam tahun 1980-an

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Sumber Manusia

Statistik kes hukuman mati kerana memiliki senjata api secara haram dan rayuan pengampunan 1970-1988

Kad waran Warder Penjara (Muka belakang)

Kad Waran Penjara (Muka depan)


Penjara Kajang dalam bulan Mac 195

Maktab Penjara Kajang

Pegawai berpangkat Inspektor Penjara

Selain digeruni banduan di penjara, warder-warder juga digeruni lawan di atas padang bola

Pengedaran Dadah oleh kakitangan Penjara di Penjara Pudu

Warden penjara sanggup menyeludup masuk dadah untuk dibekalkan kepada banduan di dalam penjara termasuklah dadah jenis heroin yang disorokkan di dalam stokin di kedua-dua belah kaki, rokok yang disorok di dalam seluar dalam, malah.ada juga warden yang menyeludup dadah melalui dubur. Mereka dibayar mengikut cara penyeludupan dilakukan. Lagi sukar cara ia diseludup, lagi mahal. Jika dengan hanya menyorokkan pada fizikal boleh meraih antara RM300 dan RM500, apatah lagi sekiranya disorokkan di dalam badan atau dubur. 
Kegiatan penyeludupan dadah dalam kalangan warden berlaku apabila 'kepala' blok banduan memaksa banduan baru membekalkan dadah dan rokok sebagai syarat sekiranya mereka inginkan 'perlindungan'. "Kepala blok ini biasanya akan menyalurkan maklumat kepada banduan baru itu siapa dalam kalangan warden yang menjalankan kegiatan penyeludupan dadah, rokok atau sebagainya. Seterusnya banduan tersebut akan menghubungi keluarga, waris atau kenalan mereka yang berada di luar untuk membuat pembayaran kepada warden tersebut untuk melaksanakan penyeludupan berkenaan. Selagi ada permintaan, di situ ada perniagaan.
Tindakan itu dianggap satu penyelewengan dan langkah tegas wajar diambil bagi mengekang perbuatan berkenaan. Kegiatan itu dilakukan berikutan habuan lumayan menanti mereka yang sanggup menggadaikan prinsip dan integriti diri. Jika seludup rokok pun kita akan dikenakan tindakan buang kerja, apatah lagi menyeludup dadah seperti ini. Bagi mengekang kegiatan itu, Jabatan Penjara Malaysia (JPM) perlu menjalankan pemeriksaan secara imbasan sinar-X terhadap anggota yang bertugas selain pemeriksaan secara fizikal. Pemeriksaan rutin 100 peratus itu dilakukan setiap hari terhadap setiap petugas JPM. JPM perlu meningkatkan tahap pemeriksaan terhadap anggota yang bertugas antaranya imbasan sinar-X seperti yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala  Lumpur (KLIA)
                      
                         
                                 
                      
Kemasukan Berulang oleh Bekas Banduan ke Penjara Pudu

Gelandangan bekas banduan merupakan komuniti paling rentan dalam stratifikasi gelandangan yang ada. Hal ini kerana kesukaran hidup di jalanan yang mereka alami adalah jauh lebih kritikal jika dibandingkan dengan kelompok gelandangan yang lain. Hal ini berpunca daripada pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi disebabkan oleh status sebagai bekas banduan yang dipegang. Mereka terus ‘dihukum’ walaupun telah melalui proses pemulihan. ‘Hukuman’ yang dimaksudkan adalah dari segi penolakan, stigma, diskriminasi dan herdikan masyarakat sekeliling. Rekod jenayah yang dibawa sepanjang umur meninggalkan beban yang besar ibarat sebagai hukuman sepanjang umur. 

Kehidupan di dalam komuniti ibarat penjara kedua buat gelandangan bekas banduan. Walaupun mereka tidak dikurung tetapi perasaan keterasingan dan pemulauan masih terasa apabila berada di dalam komuniti. Golongan gelandangan bekas banduan telah menghadapi diskriminasi hidup yang sangat teruk. Mereka tiada peluang dan ruang untuk keluar daripada kehidupan bergelandangan. Status bekas banduan yang dipegang menjadikan mereka akan berterusan hidup sebagai gelandangan di jalanan. Golongan ini akan secara berterusan memegang status tersebut sepanjang umur. Malahan ramai di antaranya yang terus hidup di jalanan sehingga tua. 

Salah satu sebab terjadi bekas banduan membuat jenayah dan kemasukan ke penjara berulang kerana sukar mendapat pekerjaan kerana kes lampau. Hukuman penjara sudah mereka jalani tetapi tidak diberi peluang bekerja menjadi hukuman selagi mereka bernyawa. Keengganan majikan mengambil golongan tersebut bekerja menyebabkan peluang mereka untuk bekerja adalah tipis. Keadaan ini mendorong kebanyakan mereka memilih untuk melakukan jenayah sebagai suatu kaedah dalam mendapatkan wang dengan mudah. Pelbagai aktiviti jenayah termasuk mencuri, merompak, menjual dan mengedar dadah mereka lakukan bagi menjana pendapatan secara mudah.  Kerana rekod kes lampau maka terjadilah pula kes berulang. Tiada kesudahan andai tidak diberi peluang.
Statistik tentang Kemasukan berulang ke penjara dalam tahun 1983

Statistik tentang kemasukan ke Penjara di Malaysia dalam tahun 1984

Tahun 1985 juga menyaksikan kesesakan teruk berlaku di semua sel bilik dalam penjara ini yang padat memaksa mereka tidur secara bergilir-gilir sehinggakan ada yang bersuara di tengah malam meminta belas ihsan, “cikgu, tolong! Kami tidak boleh tidur.

”Bayangkan bagaimana keadaan mereka seramai belasan orang, sepatutnya untuk lima orang banduan sahaja, boleh duduk di dalam sebuah sel, Keluasannya lebih kurang 5 x15 kaki yang panas sampai berpeluh badan, ada yang tidur kepalanya berhampiran tong najis. Dalam sel bilik penjara ini tiada tandas atau jamban, setiap bilik dibekalkan tong najis kecil berwarna hitam sekiranya hendak membuang air besar dan setiap pagi mereka akan keluar dan wajib mengangkut tong najis di sel masing-masing untuk dibersihkan. 

Setiap hari wadar penjara bertugas akan membuat rutin pemeriksaan khas dan membuka bilik pada jam 7.00 pagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghirup udara yang keluar dari bilik banduan amat kurang menyenangkan, rasa tidak tahan dengan bau badan mereka yang cukup menusuk hidung!.


Program-program untuk Mengatasi Masalah kesesakan Banduan dan Kes Tertunda di Penjara Pudu

1.    Pemindahan Banduan ke Penjara Kajang

Kesesakan di penjara Pudu mula terasa sehingga 400 orang banduan
dipindahkan ke Penjara Kajang dalam tahun 1983

2.   Perbicaraan Mahkamah  di Penjara Pudu

Hakim pula ke Penjara dalam tahun 1983. Pejabat-pejabat di Penjara Pudu terpaksa dijadikan
 ruang mahkamah kerana kes-kes tertunda mencecah 500 seminggu

3.     Penggiliran Penggunaan Sel Tahanan oleh Banduan


Penjara Pudu sesak dengan 3,500 banduan dan banduan wanita
seramai 300 orang dalam tahun 1983

4. Program Khidmat Masyarakat 

Hukuman oleh Mahkamah Majistret biasanya tidak mencerminkan bentuk pemulihan. Mereka masih muda, mempunyai masa depan dan kesalahan itu adalah kali pertama dilakukannya. Maka, hukuman yang paling sesuai ke atas pesalah itu adalah perintah khidmat masyarakat dan bukan dihantar terus ke penjara. Hukuman khidmat masyarakat dapat mengelak pesalah muda bercampur dengan penjenayah berat dan tegar.Susulan keputusan mahkamah, mereka masihi mempunyai rekod bersih daripada hukuman berkenaan. 

Mereka wajib hadir mengikut jadual dan mematuhi setiap aktiviti khidmat masyarakat yang ditetapkan.Sekiranya gagal melaksanakan perintah khidmat masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan, mereka boleh dihadapkan semula ke mahkamah dan dihukum mengikut peruntukan asal.
Program untuk pesalah kecil diberikan khidmat masyarakat berbanding hukuman penjara dalam tahun 1983

5.    Program Kerjasama Penjara dan Industri

Matlamat ketiga sistem kepenjaraan yang ditetapkan dalam Mandela Rules iaitu tujuan penjara adalah memastikan keselamatan masyarakat terlindung daripada menjadi ‘musuh mass depan’. Konsep ini sebenarnya membawa erti kepada kita sebagai keluarga Malaysia kerana setiap kesalahan yang dilakukan penjenayah pasti akan mewujudkan mangsa dan boleh jadi kita semua akan menjadi mangsa sekiranya aktiviti jenayah tidak dikawal dan minda penjenayah tidak dirawat.

Peratusan residivis juga dapat dikurangkan apabila banduan diberi keyakinan untuk berada di dalam komuniti dan kembali kepada masyarakat selepas selesai menjalani hukuman. Masyarakat juga perlu diberi kesedaran untuk membantu banduan menjalani kehidupan yang lebih baik selepas insaf. Penjara perlu bukan hanya laksana hukuman tetapi juga mesti melakukan penekanan di mana aspek-aspek kemanusiaan dari segi koreksional, jenayah yang tidak berulang sebagai satu pendekatan baru agar apabila banduan berada dalam masyarakat ia akan diterima dan tidak berasa kekok.

Penghuni diberikan latihan kemahiran bersijil seperi menghasilkan songket, batik, kuih-muih dan kemahiran mengendalikan spa selama enam bulan sebelum dibebaskan. Ia merupakan persediaan awal untuk mereka sebelum mempersiapkan perniagaan bagi menjana pendapatan untuk menyara keluarga. Kerjasama syarikat swasta dan JTK dalam memberi peluang kepada mereka menceburi bidang-bidang tersebut apabila dibebaskan, pemulihan berasaskan akademik dan latihan vokasional adalah antara pendekatan yang akan diperluaskan bagi memastikan mereka dapat memulakan kehidupan baru selepas dibebaskan.
Inovasi program-program penjara dalam tahun 1983

6.    Perubahan Landskap Penjara Pudu 

Antara dekorasi yang menarik di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu ialah lukisan mural yang menghiasi tembok Penjara Pudu, barang siapa yang menaiki bas menuju puduraya, mereka akan melewati karya seni bertemakan pemandangan hutan tropika tersebut, dan ada kalanya akan kelihatan banduan-banduan sedang menyiapkan lukisan tersebut. 

Antara fakta menarik mengenai bagaimana bermulanya idea lukisan mural ini  dihasilkan ialah, ianya turut  melibatkan darmatis terkenal tanahair, Abu Bakar Juah. Beliau yang bertugas di penjara ini selama 11 tahun sebagai pegawai penjara, iaitu mulai 1975 - 1986  telah mengusulkan agar dibina Rock Garden di sepanjang tembok luar penjara tersebut, bagi mencantikkan lagi tembok yang kosong itu, idea melukis mural kemudiannya dilontarkan oleh seorang rakan setugas Abu Bakar, iaitu Mohd Rashidi Samsuddin. 

Mulai  tahun 1983, seorang bekas banduan, Khong Yen Chong telah ditugaskan melukis mural tersebut dengan dibantu oleh beberapa orang banduan lain, menariknya, tempoh pembebasan Khong Yen Chong tiba sebelum sempat lukisan tersebut dihabiskan, namun atas rasa tanggungjawab,  beliau kembali ke penjara tersebut untuk menghabiskan lukisan mural berkenaan, tetapi bukan sebagai seorang banduan lagi, tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang insaf dan bebas.(The Star, 27 Jun 2010).

Pada tahun 1984, lukisan pada tembok penjara tersebut telah dicatatkan dalam Guiness Book of World Records  sebagai lukisan mural terpanjang di dunia, iaitu dengan ukuran 860 kaki panjang dengan ketinggian 14 kaki. Khong Yen Chong dan rakan-rakanya telah menyiapkan lukisan mural tersebut dalam tempoh 17 bulan dengan menggunakan kira-kira 2000 liter cat.(Nizua Ilya Amirah, NST, 23 Ogos 2012). 

Aktiviti Melukis Mural terpanjang di dunia pada dinding luar Penjara Pudu dalam tahun 1984

Khong Yen Chong, pelukis asal mural Penjara Pudu. (sumber : The Star, 17 June 2008)

7.    Program Hiburan untuk Banduan

Ito and the Blues Gang

APABILA kumpulan blues terulung di Malaysia, Blues Gang, bermain di Penjara Pudu pada pertengahan 1980-an, penjara yang terkenal itu bergegar ke asasnya. Mereka telah menggegarkan suasana penjara terkenal tersebut. Penyanyi utama Band tersebut, Mohd Arif Kendut atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Ito, menggambarkan situasi ketika itu bahawa banduan– kebanyakannya banduan keras – yang berada di menjadi ‘teruja’ dan seolah-olah ganas. Dengan banduan, sesetengah daripada mereka penjenayah yang keras, menjadi "terlalu teruja" dan bekerja, ia memerlukan "penurunan" dalam tahap muzik.

Konsert Jail House Rock dijayakan oleh Kumpulan Rock Search, Gersang, dan Shima and The Boys di Penjara Pudu, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat. Konsert yang diadakan di dalam  Penjara pada bulan Oktober 1989 adalah khusus untuk banduan-banduan sempena sambutan Hari Raya .

Kumpulan Gersang menghiburkan hampir 2, 500 banduan selama dua jam dalam konsert tersebut.
 
Kumpulan Shima and The Boys juga tidak ketinggalan menghiburkan para banduan dalam tahun 1989.
                  

PENGURUSAN BANDUAN

Mengikut penulisan S. Karthigesu, bekas pensyarah yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi sebelum dibebaskan dalam tahun 1981, kita mengetahui serba sedikit kehidupan seharian serta rutin yang terpaksa dijalani oleh semua banduan sepanjang mereka ditahan di Penjara Pudu. Sememangnya MEMBOSANKAN. PENUH KEMURUNGAN.

Kemasukan ke Penjara

Terdapat 3 kategori banduan mengikut warna kolar baju seragam banduan;

     Banduan Baharu :  (3 bulan ke bawah)    Warna merah

     Banduan Biasa:      (4 -18 bulan)              Warna hijau 

     Banduan Senior     (19 bulan ke atas)      Warna biru. 

Mereka hanya dibenarkan keluar dari sel mengikut waktu  dan giliran yang ditetapkan.

Landskap Penjara Pudu

Pintu Kemasukan ke Blok Sel Tahanan
Kelam dan gelap ketika melalui pintu besi ini

Suasana kaki lima antara sel-sel tahanan

Setiap ahli sel diberikan kad bilik

Banduan baharu akan 'dibicarakan' dalam sel dan disuruh 'membela diri'. Sesetengah banduan hanya duduk sahaja, meratapi nasib, serta menambah kemurungan, dan tidak bersedia untuk move on. Yang lain berusaha untuk 'meriangkan' kehidupan mereka di penjara. Setiap sel menempatkan lima orang banduan kecuali Banduan Akhir yang diletakkan seorang sebilik. Ramai juga anggota polis, tentera dan pegawai kerajaan ditempatkan dalam bilik khas, yang dinamakan Bilik Asingan, dan mendapat sedikit kelebihan dari segi layanan. Tempat tidur banduan memang teruk. Mereka tidur di atas lantai simen berbekalkan selimut kecil. Banduan Akhir mendapat tilam nipis dan selimut. Semua orang tidur tanpa bantal. 

Suasana dalam sel Banduan Akhir

Setiap pagi, seawal jam 7 pagi, mereka dihambat keluar dari sel, membawa bersama baldi najis masing-masing. Mereka beratur berlima-lima menuju ke Dewan Makan untuk bersarapan.  Selepas makan, mereka beratur dan bergerak ke Kolah Mandi Terbuka untuk mandi pagi. Sedikit benar air untuk mandi, dengan seorang banduan hanya maksimum 10 gayung air. Kadang-kadang badan mereka masih bersabun lagi. Selepas mandi semua banduan kecuali tahanan reman dan banduan akhir pergi bekerja.

Suasana ketika mandi pagi di kolah awam
Roll Call setiap pagi di kawasan lapang penjara

Waktu makan di Penjara Pudu begitu pelik. Mungkin juga perkara yang sama berlaku di seluruh sistem penjara di Malaysia pada masa itu. OKlah, sarapan pagi bermula jam 7 pagi. Nampak normal, macam kat warung dan kopitiam di kampung dan pekan. Tapi,kalau makan tengah hari tepat jam 10 pagi dan Waktu makan malam pukul 2 petang sememangnya pelik dan menghairankan. Kenapa dan rasionalnya boleh tercipta jadual makan semacam itu, sebegitu, korang tanyalah orang-orang besar Penjara, Atok tak ada jawapan. Blank macam korang juga. Bayangkan jarak antara waktu Makan Malam (2 petang) dan  waktu Sarapan Pagi esoknya (7 pagi) hanyalah 17 jam. Umangai! Mahu gastrik siap tercirit banduan pasal  perut masuk angin. Makanan tak boleh, minuman pun tak dibenarkan. Apakah ini salah satu bentuk penderaan dan pengajaran untuk mereka? Wallahu alam bissawab. Ente tanya ana  memang tak boleh jawab! Mahu tak mahu, mereka perlu kreatif. Nak hidup mesti bijak dan panjang akal. Tak boleh cara ini, buat cara itu.

Apa yang mereka buat. Mereka makan sedikit dan simpan baki makanan untuk dibawa balik ke sel. Tetapi ada masalah besar. Tray makanan dan gelas minuman tak boleh dibawa keluar dari Dewan Makan. So solutionnya , beg plastik ler. Beg plastik tak apa, cuma janganlah bawa terang-terang depan mata warder. Kena respek sikit warder. Lagipun warder itu cuma manusia biasa, ada peri kemanusiaannya. Diorang tahu, tapi buat donno (don't know) jer. Sorok-soroklah sikit. Yang jadi masalah, cuma semut dan lipas serta kucing dalam sel sahaja.  Pandai-pandailah korang settlekan.

Banduan mengambil tray makanan mereka

Menu standard penjara memang teruk daripada level B40, tapi seimbang. Makan 3 kali sehari. Bubur nasi, lauk ikan 3 hari sekali, 2 kali seminggu, serta   lauk ikan masin 4 hari seminggu, selain nasi dan sayur. Sorrylah, tak ada kopi atau teh. Cappucino dan latte Malu Apa Bossku?!. Seminggu sekali jer baru dapat makan sedap-sedap seperti lauk kambing, lembu atau babi🐟 🐃🐄.🐖. 

Setiap banduan layak untuk kuota 60 batang rokok. Tiada wang dibenarkan disimpan di sel tahanan. Kadang-kadang rokok dijadikan wang tunai untuk pertukaran dengan makanan. satu atau dua batang untuk makanan, 4 batang untuk daging kambing, untuk ikan pula, harganya rokok sebatang. Pelawat berupa ahli keluarga terdekat dibenarkan datang seminggu sekali kecuali hari Ahad. Pelawat hanya boleh membelikan minuman dari kantin penjara untuk banduan. Seminggu sekali,mereka dibenarkan menulis surat. 

Mereka banyak menghabiskan masa dalam sel, cuma sekejap sahaja mereka ke tempat-tempat yang diarahkan. Semuanya patuh tanpa bantahan. Pukul 7 pagi semua keluar daripada sel untuk roll call, Dewan Makan, Mandi, kerja. Semua dikurung semula dalam sel dari 11 pagi sampai 2 petang, turun makan malam pukul 2 petang, masuk balik sel pukul 4 petang, turun balik untuk berekreasi 5 petang sehingga 7 malam.Tahanan reman dan banduan kolar merah masuk sel 7 malam, Hijau dan biru dikurung pukul 4 petang tetapi dibenarkan keluar jam 5 petang. Hijau pula kena kurung balik jam 6 petang manakala kolar biru jam 7 malam. Masuk balik dalam sel sehingga pukul 7 pagi keesokan harinya.  Bayangkanlah, keseluruhannya, 17 jam dalam lokap.

Blok Banduan Akhir menempatkan banduan yang disabitkan hukuman mati dan  tahanan ISA. Seorang satu sel. Mereka tidak dibenarkan keluar kecuali untuk mandi, itupun hanya untuk 20 minit sahaja sebelum dikurung semula. Makanan mereka dihantar ke sel. Mereka tidak dibenarkan bekerja atau bergaul dengan banduan lain menyebabkan mereka hampir gila. 3 buah bilik akhir untuk banduan yang akan digantung keesokan harinya. Mereka akan bersalam-salaman dengan banduan-banduan lain. Biasanya tiga orang akan digantung serentak Semalaman sebelum hari hukuman, mereka tidak tidur. Mereka bernyanyi atau meminta seseorang menyanyikan lagu kegemaran mereka, bertujuan menghilangkan kerisauan memikirkan nasib malang yang pasti tiba selepas Subuh keesokan harinya.

Suasana suram dan muram di blok Banduan Akhir

 Suasana Bilik Gantung menyeramkan

Rutin Harian Banduan





Penulisan S. Kartigesu tentang kehidupannya di Penjara Pudu dalam tahun 1981

Banduan Berprofil Tinggi

1983- Datuk Mokhtar Hashim

Dato' Mokhtar Hashim ialah seorang bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia.  Datuk Mokhtar Hashim telah dituduh membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib. Beliau ditembak mati secara kejam oleh Datuk Mokhtar Hashim untuk menghalangnya daripada pilihan raya umum. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982. Puncanya kedua-dua mereka adalah musuh politik dalam UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing berebut jawatan.

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya jam 1.30 pagi.  Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan (33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Sekurang-kurangnya lima orang dipercayai terlibat dalam cubaan membunuh seorang saksi dalam perbicaraan termasuk Menteri Kebudayaan.

Sumber yang boleh dipercayai berkata Mokhtar telah dinasihatkan demi kepentingan terbaik beliau dan keluarganya untuk menawarkan peletakan jawatannya sebelum perbicaraan bermula dalam bulan  Oktober. Mokhtar Hashim  meletak jawatan tidak lama kemudian. Beliau memfailkan permohonan kebenaran bagi membatalkan dua sijil dikeluarkan oleh Peguam Negara dan perintah Mahkamah Majistret Tampin dalam memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran tersebut.

"Headman beritahu saya plot terhadap Taha'. Perancangan telah dilakukan di rumah Mokhtar, inspektor memberitahu mahkamah Ketua Kampung Rahmat Satiman memberitahu polis mengenai plot oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar hashim untuk menjatuhkan bekas Speaker Negeri Sembilan Datuk Mohamed Taha Talib, Satu set daftar lokap dan diari balai yang dikehendaki pihak pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mohamad Tana di sini didapati telah tiada". 

Mahkamah Tinggi  menolak permohonan peguam bela yang mencabar kredibiliti pekerja kampung dan pemberi maklumat polis, Encik Atun bin Ali, yang merupakan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Mokhtar. Mahkamah Tinggi menolak keterangan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Mokhtar apabila kreditnya diselewengkan. Dalam mendakwa kredit Abdullah Ambek. Hashim Yeop Sani disifatkan sebagai penjelasan Abdullah yang tidak munasabah 

Jawapan Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Malaysia  tidak syak lagi bahawa peluru yang membunuh fomer Speaker DUN Negeri Sembilan telah dilepaskan daripada senjata api Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar hashim, 

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan menteri Kabinet Mokhtar hashim memulakan pembelaannya terhadap tuduhan membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negri Sembilan itu. Hakim Hashim Yeop Sani berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pendakwaan dalam  masa 45 hari pendengaran. 

Orang ramai berhimpun di Mahkamah Tinggi untuk mendengar Datuk Mokhtar hashim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, mulakan hujah pembelaannya. Mahkamah Tinggi yang telah melepas dan membebaskan dua lelaki atas satu pertuduhan membunuh bersama Datuk Mokhtar Hashim, memerintahkan mereka ditahan semula sementara menunggu rayuan pendakwaan.

Tidak ada saksi yang nampak Mokhtar Hashim di ladang kebun getah, pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim. Kebanyakan ahli parlimen menyimpan pistol mereka demi keselamatan peribadi.

Mokhtar, bagaimanapun gagal dalam permohonan di mahkamah Tinggi untuk mendapatkan kebenaran menguji senjata api yang didakwa digunakan oleh Datuk Mokhtar Hashim dan empat yang lain yang didakwa digunakan untuk membunuh Datuk Mohamed Taha Talib, tahun lepas.

Pihak pembelaan dalam perbicaraan Mokhtar menutup kesnya selepas perbicaraan selama 75 hari, antara perbicaraan terpanjang di Malaysia. Penyerahan akan bermula selepas cuti Tahun Baharu Cina. Seramai 74 saksi telah dipanggil. Awalnya, hanya 20 hari sahaja yang diketepikan untuk perbicaraan Mokhtar. Namun ketika perbicaraan berlangsung, pihak pendakwaan memanggil 31 saksi, manakala pembelaan 43 orang lagi menyebabkan perbicaraan mengambil masa 75 hari. 

Penghakiman dikhaskan pada 19 Feb 1983. Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Jagjit Singh. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan.  Datuk Mokhtar hashim yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh bekas Speaker DUN Sembilan, Datuk Mohamed Taha Talib oleh Mahkamah Tinggi .  Pada 6 Mac 1983, Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman mati terhadap Datuk Mokhtar hashim, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia,  Ketua kampung, Rahmat Satiman, turut dijatuhi hukuman mati,

Mahkamah mendapati pembunuhan Taha dirancang dengan bijak, dilaksanakan dengan kemas dan hampir menjadi jenayah sempurna' Hakim berkata Datuk Taha adalah "penghalang kepada perluasan kuasa dan pengaruh Datuk Mokhtar" dan alibi itu "benar-benar palsu dan direka bentuk."

Datuk Mokhtar Hashim kemudiannya mengemukakan rayuan terhadap sabitan terhadapnya. Peguamnya telah memfailkan 33 alasan rayuan. Rayuan terhadap hukuman mati ditolak Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas bekas menteri Datuk Mokhtar Hashim, tetapi membebaskan ketua kampung Rahmat Satiman, 55, daripada tuduhan membunuh Datuk Mohamed Taha Talib. 

"Fungsi Lembaga Pengampunan Malaysia hanyalah untuk memberi nasihat kepada Agong, bukan untuk meringankan hukuman mati", kata Mahkamah Agung dalam memberi alasan menolak rayuan kes terhadap hukuman mati. 

Hanya pengampunan diraja boleh menyelamatkan bekas menteri kabinet itu,  selepas keputusan Mahkamah Persekutuan  menolak rayuannya. Peguamnya, Jagjit Singh, berkata beliau akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan dan memfailkan pengampunan diraja, hanya harapan kini kepada pengampunan Agong. Sementara itu, Datuk Mokhtar Hashim yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh bekas Speaker DUN Sembilan, Datuk Mohamed Taha Talib oleh Mahkamah Tinggi, masih ahli Parlimen Tampin. Dia akan terus menerima $ 3,000 sebulan. Bekas menteri Kabinet Datuk Mokhtar hashim akan kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga petisyen pengampunannya terhadap hukuman matinya didengar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Kedudukan Dato Mokhtar Hashim dalam UMNO dalam tahun 1983

Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Pudu, dibebaskan selepas mendapat pengampunan diraja. Timbalan Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Mohd Nazri Khushairi mengesahkan bahawa Datuk Mokhtar, 49 tahun, dibebaskan oleh mahkamah pada 10 Julai 1991, selepas menerima pengampunan diraja. Beliau disambut oleh isteri dan anak perempuannya. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pada 18 November 2020, jam 3.10 pagi di Hospital Ampang dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 12.30 tengahari.


1983- Barlow dan Chambers

Hukuman mati Barlow dan Chambers ialah hukuman mati pada tahun 1986 oleh Malaysia ke atas dua orang Barat, Kevin John Barlow (Australia dan England) dan Brian Geoffrey Shergold Chambers (Australia) dari Perth, Australia Barat, kerana membawa 141.9g heroin. Kedua-dua lelaki itu menjadi orang Barat pertama yang dihukum mati di bawah undang-undang baru Malaysia yang lebih tegas untuk kesalahan dadah yang menetapkan hukuman mati bagi sesiapa yang disabitkan kerana mempunyai lebih daripada 15 gram heroin. Barlow dilahirkan di United Kingdom di Stoke-on-Trent dan mempunyai dua kewarganegaraan Britain dan Australia. Keluarga Barlow membuat rayuan kepada Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher untuk membuat protes mengenai hukuman mati yang akan datang, dan Menteri Luar Negeri Australia Bill Hayden mengemukakan rayuan untuk meminta pengampunan kepada kerajaan Malaysia. Hukuman tersebut menyebabkan kemarahan masyarakat dan menjejaskan hubungan politik antara Australia dan Malaysia pada masa itu.

Pada 9 November 1983 , dua orang rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin. Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.

                          Kevin John Barlow                              Brian Geoffrey Shergold Chambers

Pada awal tahun 1981 dan akhir tahun 1983 Chambers telah melakukan beberapa perjalanan ke luar negara untuk membawa dadah ke Australia. Pada tahun 1980 Chambers dan teman wanitanya telah membawa dadah ke Australia menggunakan ''body packing techniques''. Chambers telah memasukkan dadah tersebut didalam duburnya dan teman wanitanya juga memasukkan ke dalam dubur dan kemaluan sulitnya. Selebihnya dadah itu ditelan. Kedua-dua mereka menggunakan teknik yang sama pada tahun 1981 apabila transit di Singapura. Pegawai kastam dapat mengesan dadah yang juga dimasukkan ke dalam poket jaket beliau. Mereka dibebaskan selepas memberi rasuah kepada pegawai kastam di sana. Chambers dan teman wanita membuat keputusan berpindah ke Perth dan semasa dalam perjalanan mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa teman wanitanya pada 20 May 1983 selepas koma.

Perjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak. Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia. Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapura dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah. Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam di sebuah pantai di Pulau Pinang. Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya. Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersesebut ke dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers. 

Semasa mereka tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas 9 November 1983, Barlow dan Chambers telah diperhatikan sejak mereka turun dari teksi. Barlow membawa beg merah yang mengandungi dadah tersebut dan berjalan memasuki lapangan terbang manakala Chambers dilihat sedang membayarwang kepada pemandu teksi dan memegang beg kepunyaan Barlow. Semasa Barlow melintasi ''luggage scanning area'' pegawai yang bertugas memerhatikan keadaan Barlow pada masa itu sangat gugup dan takut.Pegawai bertugas menghampiri mereka dan menyoal siasat mereka. Mereka telah dibawa ke ''interview room'' dan pegawai bertugas mengarahkan mereka membuka beg-beg yang mereka bawa bersama.Chambers membuka beg seperti biasa tetapi Barlow enggan berbuat demikian dan mendakwa beg merah yang dibawa oleh nya adalah kepunyaan Chambers. Akhirnya Chambers membuka beg merah tersebut dan pegawai bertugas menemui dadah di dalamya. Bagaimanapun beliau mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah di dalam beg tersebut. Polis memberi keterangan yang mereka menggigil sewaktu tangan digari.

Mereka telah dipenjarakan di Penjara Pulau Pinang pada tahun 1984 & 1985. Mereka menggambarkan penjara itu penuh sesak. Barlow dan Chambers telah dikurung di dalam sel yang bersaiz dua tiga persegi bersama dengan tiga tahanan lain selama 22 jam sehari. Chambers sangat disukai di dalam penjara tetapi Barlow digambarkan sebagai seorang "gila" dan sering membuat masalah.

Perbicaraan mereka bermula pada 17 Julai, 1985 di Mahkamah tinggi Pulau Pinang. Chambers telah melantik peguam Rasiah Rajasingham dan Barlow pula ialah Karpal Singh. Pada 1 Ogos 1985 Barlow dan Chambers telah hadir untuk mendengar keputusan mahkamah dan mereka menerima hukuman gantung sampai mati. Perbicaraan Kes Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers yang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia bahkan telah dijadikan siri TV pada tahun 1988 dengan tajuk “Dadah Is Death”, bahkan kes ini turut mendapat tentangan daripada rakyat penduduk Australia dan juga Bob Hawke selaku Perdana menteri mereka pada masa itu sehinggakan beliau mengatakan tindakan itu adalah kerja orang gasar (barbarian)

Hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan pengedaran dadah ini adalah hasil daripada pindaan yang dilakukan pada tahun 1983 iaitu tahun yang sama kedua mereka ditangkap, Pindaaan yang dibuat adalah selari dengan pengistiharan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad (PM waktu itu) bahawa Dadah adalah musuh negara dan ancaman kepada negara.

                  

Pada 15 Disember 1985 mereka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Malaysia dan mereka dipenjarakan di Penjara Pudu. Pada 18 Disember 1985 Mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan hakim untuk mengekalkan hukuman mati ke atas mereka. Chambers dilihat menangis di kandang tertuduh apabila hakim membaca hukuman ke atas mereka. Selepas penolakan rayuan mereka, Menteri Luar Australia, Bill Hayden menghubungi Gabenor Pulau Pinang dan meminta agar hukuman itu ditukarkan kepada hukuman penjara atas alasan kemanusiaan.  Gabenor Pulau Pinang, sumber belas kasihan terakhir, menolak rayuan pengampunan berulang kali. Dia tidak pernah mengampunkan pengedar dadah. Rayuannya gagal pada Disember tahun itu.

Ibu mereka, Sue Chambers dan Barbara Barlow, telah membuat pembelaan tidak bersalah ke atas anak mereka. Mereka telah menulis surat kepada Sultan Iskandar dan mengakui kesalahan anak-anak mereka dan menyesal dengan perbuatan tersebut. Ibu Chambers berkata dalam satu kenyataan bertulis: "Tiada siapa yang berhak mengambil nyawa orang lain. Ia tidak berperikemanusiaan. Tidak ada lagi yang boleh dikatakan, tetapi dia akan bebas selama-lamanya. '

Karpal, yang membantu Barlow merangka wasiatnya mengenai hukuman mati, berkata beliau telah memberitahunya bagaimana beliau gagal berjumpa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahathir Mohamad, untuk merayu penangguhan pelaksanaan hukuman. Beliau berkata Barlow memberitahunya bahawa Dr Mahathir 'perlu mengambil banyak perkara di dunia antarabangsa.' Kata-kata terakhirnya kepada Encik Karpal adalah: 'Anda telah mencuba yang terbaik. Itulah pengakhirannya.'

Kisah perbicaraan mereka mendapat liputan meluas di England dan Australia

Barlow dan Chambers telah digantung di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986. Ibu Barlow iaitu, Barbara Barlow dilaporkan menyediakan minuman untuk membuat anaknya mabuk sebelum hukuman dijalankan. Beliau menyediakan campuran sebanyak 75 pil tidur ke dalam dalam akohol di bilik hotel itu dan diseludup ke dalam penjara dalam botol plastik kecil disembunyikan di dalam beg tangannya.

Chambers dan Barlow digantung walaupun terdapat rayuan untuk pengampunan daripada Perdana Menteri Australia dan Britain dan dari kumpulan hak asasi manusia Amnesty International. Rayuan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Satu kes ditangguhkan dalam kegemparan minggu lalu sehingga 14 Julai selepas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, memberitahu mahkamah bahawa waran kematian lelaki itu telah diproses walaupun berjanji sebelum ini bahawa ia akan ditahan sementara menunggu tindakan undang-undang. Amnesty International telah memanggil Pulau Pinang untuk mengatakan bahawa Malaysia telah melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengharamkan hukuman mati sementara rayuan belas kasihan belum selesai.

Pusara Barlow

Pusara Chambers

Rentetan kejadian itu, Malaysia dan Tun Dr.Mahathir Muhammad teruk dikecam oleh Australia dan juga media mereka, bahkan ada juga negara lain turut sama mengecam hukuman tersebut, dan yang lebih mengecewakan ialah apabila ada juga ahli Parlimen kita yang turut sama tidak puas hati dengan hukuman tersebut, ini dapat dilihat semasa Persidangan Parlimen Ketujuh, penggal pertama pada 8 Oktober 1986, di mana Karpal Singh telah menganggap hukuman yang dikenakan kepada kedua penjenayah tersebut telah menjejaskan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa. Namun dengan ketegasan dan semangat yang ada pada Tun Dr Mahathir dia langsung tidak berganjak dan tidak langsung terpengaruh dengan gesaan supaya akta tersebut dimansuhkan semula, walaupun peristiwa tersebut talah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia menjadi renggang, namun demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat beliau langsung tidak berganjak walau setapakpun, bahkan beliau turut memberi amaran yang berbunyi..

“Kita akan terus menggantung sesiapa saja yang mengedar dadah di negara kita, tidak kira warna kulit atau kepercayaan”

Ucapan tersebut turut disiarkan oleh akhbar di South Australia. Akhirnya sekarang sudah banyak negara telah mengikut jejak Malaysia dalam melaksanakan hukuman mati pada pengedar dadah.

1986- Jimmy Chua

Penjara ini pernah mencatatkan sejarah hitam berikutan penawanan dua tebusan, Doktor Pakar Kulit, Dr. Radzi Jaafar dan pembantunya Abdul Aziz Abdul Majid (kedua-duanya kini Allahyarham). Segalanya bermula tatkala pada pagi Jumaat, 17 Oktober 1986 ketika banduan sedang berada di klinik penjara menjalani rutin pemeriksaan kesihatan diketuai oleh Dr. Radzi turut dibantu oleh pembantunya Abdul Aziz. Bunyi siren dibunyikan membelah kesunyian pagi dan menggemparkan suasana di penjara itu menandakan sesuatu telah terjadi.

Ketua gerombolan, Chua Chep Seng atau lebih dikenali sebagai Jimmy Chua, bekas inspektor polis di Singapura bersama-sama dengan 5 orang konconya iaitu Lam Hock Sung, Ng Lai Huat, Sin Ah Lau, Yap Chee Keong dan Phang Boon Ho. Kesemua individu yang berada di klinik penjara tersebut dikejutkan serangan daripada 6 orang banduan itu dengan menggunakan objek tajam sebagai senjata.

Chua berulang kali menuntut bahawa pihak berkuasa penjara Malaysia melepaskan beliau dan kawan-kawannya; mereka akan membebaskan dua tebusan sebagai balasan. Chua juga menuntut kenderaan dan wang tunai daripada pihak polis, mereka mengancam untuk membunuh dua tebusan jika tuntutan tidak dipenuhi. Tawanan menolak semua makanan yang dihantar kepada mereka dan hanya memakan biskut dan buah-buahan daripada pesakit lain yang sebelum ini telah diarahkan keluar dari wad. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Dato' Mohd Zaman Khan menolak permintaan untuk kenderaan dan wang tunai. 

Hospital Penjara Pudu
Tangkapan ke atas Jimmy Chua Selepas Serbuan PDRM


Jimmy Chua sedang tidur ketika diserbu

Jimmy Chua ketika dibawa ke mahkamah atas dakwaan menculik tebusan di Penjara Pudu

Namun tragedi yang berlangsung selama enam hari berakhir itu selepas mereka menyerah diri kepada pihak berkuasa. Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia seramai 12 orang berjaya menyelinap masuk tanpa disedari oleh Jimmy Chua dan konco-konconya akhirnya berjaya ditahan oleh pasukan UTK yang sememangnya pakar dalam situasi sebegini tanpa berlakunya pertumpahan darah.

Pada pukul 5.30 petang, komando UTK secara senyap menyerbu klinik penjara di mana Chua dan rakan beliau serta tebusan berada. Pesuruhjaya Zaman mengetuai satu kumpulan untuk serbuan. Banduan yang bekerjasama dengan polis kemudian cuba untuk melindungi tebusan dengan tubuhnya apabila 12 anggota komando yang bersenjatakan cota dan rotan meyerbu masuk ke dalam bilik dan menahan semua penjenayah. Ketika serbuan bermula, Jimmy Chua dan Lai Huat sedang tidur manakala tahanan lain berbual. Pasukan komando menjerit ke arah banduan dan mereka cuba untuk melawan, tetapi tidak berjaya kerana mereka terkejut dan lemah. Semua banduan kecuali Ng dirawat di klinik selepas serbuan itu sudah berakhir. Ng telah dibawa ke sebuah hospital kerajaan dengan luka bahu dan beliau kemudian kembali ke penjara. Tebusan mengalami kecederaan ringan pada tangan dan lengan mereka semasa pertempuran, tetapi juga yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Peristiwa bersejarah dalam tahun 1986 itu mengharumkan nama dan imej Ketua Penjara yang turut dipuji sebagai wira kerana menyelesaikan drama tebusan tanpa berdarah ini. Lelaki yang naik pangkat daripada warden penjara menjadi Ketua Pengarah Penjara Malaysia ini ialah Allahyarham Datuk Ibrahim Mohamed, 52, yang sabar memantau sepanjang masa untuk mencegah sebarang cubaan bunuh diri enam tahanan reman kerana bimbang mereka mungkin membunuh diri. Keenam-enam lelaki itu, yang ditangkap semula oleh komando polis, dikurung dalam sel berasingan dengan empat warder memerhatikan rapat setiap pergerakan mereka.

Kesemua mereka kemudian dibawa ke muka pengadilan pada 18 April 1987 dan dituduh di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. mereka kemudian dibuktikan bersalah dan akhirnya digantung mati pada 10 Oktober 1989. Peristiwa ini telah menjadi tajuk utama semua akhbar dan saluran radio serta kaca televisyen ketika itu, orang awam tidak jemu-jemu menunggu perkembangan laporan peristiwa tersebut menunggu dengan tekun. Setelah menunggu rayuan, akhirnya  kelima-lima banduan yang menjadikan seorang doktor dan pakar teknologi perubatan sebagai tebusan  dipenjara antara tiga hingga lima tahun semalam oleh Mahkamah Tinggi Malaysia. Mereka mengaku bersalah menculik Dr Radzi Jaafar, 44, dan Encik Abdul Aziz Abdul Majid. Jimmy Chua, ketua mereka pula menjalani hukuman mati di tali gantung pada atas kesalahan memiliki senjata api secara haram. Pada 22 Oktober 1986, Jimmy Chua dihukum mati di bawah Seksyen 3 (1) Akta Menculik 1961. Dia digantung pada 10 Oktober 1989. Peguam mereka ialah Lee Swee Seng, Muhammad Shafee Abdullah dan Karpal Singh.

Jimmy Chua dihukum gantung kerana kesalahan memiliki senjata api. Peliknya, kesemua 6 orang perusuh di Penjara Pudu tidak dikenakan sebarang tuduhan atas drama tebusan itu oleh Mahkamah

1987- Prebet Adam Mengamuk

Kejadian amuk membabitkan Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987, pernah menggemparkan negara dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang. Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan. Isu mengenai kejadian Adam mengamuk itu kembali mendapat perhatian ramai pihak selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pendapat peribadinya dan mengkritik "individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri". Adik perempuan Adam, Hawa Jaafar, memohon maaf kepada kerabat diraja Johor yang diheret ke dalam insiden amukan abangnya dan menyatakan abangnya mengamuk disebabkan masalah di tempat kerja dan tiada kaitan dengan kerabat diraja Johor. - BERNAMA

Kes  Prebet Adam Jaafar yang mengamuk di Chow Kit dalam tahun 1987

Prebet Adam ditenangkan oleh pegawai-pegawai atasannya ketika ditahan

Lagi berita tentang Amukan Prebet Adam di Chow Kit

Banduan-banduan Lain
1981

Tiga pengedar dadah digantung serentak

1982

3 lagi pengedar dadah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dalam tahun 1982

Minuman khayal bercampur dadah diseludup ke penjara

1983


Bukan pusaranya yang menjadi persoalan tetapi kata-kata di atas pusaranya yang menjadi sebab mereka ke penjara



Tak pasal-pasal dia kena dakwa di mahkamah hanya kerana kata-kata yang memuji Komunis dan PKM

Geng Mokhtar Komando yang melarikan diri dapat dicekup kembali

2 lagi banduan geng Mokhtar Komando dipercayai cuba lari ke Indonesia

1984
Pelik! Kes lari dari penjara ketika di bawah pengawasan 5 warder penjara

Pembunuh Ratu Cantik digantung

Kes dadah dalam penjara kini disahkan realiti

1985

Lari tetapi ditangkap semula

Suatu rahmat apabila hukuman gantungnya dibatalkan

Hukuman Gantung untuk pengedar dadah ini

1987
Ahli PKM dihukum gantung kerana kesalahan memiliki senjata api

JENIS-JENIS HUKUMAN

Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.

Pengurangan gred 
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan

Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian  ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.

Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.

Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan,  dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan  di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.

So, Atok nak korang baca sambungan cerita hari itu. Yang tak sempat hari itu, klik sahaja link kat bawah ini.


Rujukan:






Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...