WILAYAH
Sentral: Isu banjir Kampung Batu 9 selesai
2010/03/04 - 22:55:44 PM Oleh Hafizzul Mohamad Cetak Emel Kawan
20 keluarga menetap di Jalan Masjid jalani kehidupan lebih sempurna SIJANGKANG: Kira-kira 20 keluarga yang menetap di Jalan Masjid, Kampung Batu 9, Kebun Baru, Telok Panglima Garang di sini kini boleh menjalani kehidupan lebih sempurna dan tidak lagi perlu bimbang dengan masalah banjir yang sebelum ini menghantui mereka setiap kali musim hujan.
Masalah sistem perparitan yang didakwa tidak diselia secara sempurna sebelum ini menyebabkan penduduk menderita akibat masalah banjir sejak bertahun lalu.
Rintihan mereka pernah disiarkan Sentral pada 8 Februari lalu.
Berikutan itu, wakil penduduk, Subbahi Mujer, 57, berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Kuala Langat yang menyenggara parit di kampung itu baru-baru ini.
"Alhamdulillah, selepas hampir berbelas tahun kami menghadapi kesukaran berikutan banjir yang sering berlaku di sini, akhirnya ia diatasi atas sikap prihatin JPS.
"Penduduk kini boleh menarik nafas lega dan tidak perlu lagi menunda tarikh bagi sebarang kenduri-kendara.
"Malah, pelajar juga tidak perlu menumpang di rumah rakan yang tidak dinaiki air ketika menunggu banjir di rumah mereka surut," katanya kepada Sentral yang meninjau semula ke kawasan penempatan itu semalam.
Kampung Batu 9 itu didiami kira-kira 8,000 penduduk dan sering dinaiki air ketika musim hujan akibat sistem perparitan tidak disenggara dengan sempurna.
Subbahi seterusnya meminta jasa baik JPS agar turut menjalankan pemantauan dan menyelenggara beberapa lokasi lain di sekitar kawasan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
"Bagi memastikan masalah banjir tidak berulang pada masa depan, saya rasa ada baiknya jika JPS melakukan penyelenggaraan parit secara berkala," katanya.
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat tumpah darahku...berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, Duhai kampungku, Telok Panglima Garang...kau tetap di hatiku
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Selasa, 11 Jun 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Jepun di Tanah Melayu....The Untold Story
Salam buat semua. Salam Zulkaedah. Semoga korang semua dalam keadaan sihat walafiat serta berbahagia di samping keluarga tercinta. Hari ini ...
-
Salam buat semua. Sekali lagi Atok panjangkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang masih diberikan buat kita semua. Atok ada satu...
-
Salam buat semua. Teruja sungguh Atok dan Wan kerana dapat bersama-sama korang, peminat setia blog A...
-
Salam buat semua. Apa khabar orang Telok? Apa khabar orang Banting, Jugra, Jenjarom ,Sijangkang, Kebun Baru dan semua warga Kuala Langat? ...
-
Salam buat semua. Salam Zulkaedah. Semoga korang semua dalam keadaan sihat walafiat serta berbahagia di samping keluarga tercinta. Hari ini ...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Assalamualaikum... Salam Jumaat. Salam buat semua sahabat,rakan dan pembaca sekalian.Maaf dah lama tak turun padang..bukan nak bersenam, mai...
-
Salam buat semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat belaka walaupun ramai yang demam pilihanraya sampai mengigau-ngigau sambil memaki ...
-
Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat A...
-
Salam buat semua. Apa khabar waris-waris Atok dan Wan di mana sahaja korang berada. Semoga sihat walafiat dan di dalam peliharaan Allah SWT....