Jumaat, 4 Februari 2022

Penyakit Misteri dari Istana Jugra: Kisah Raja Kahar

                                     

Salam buat semua. Teruja sungguh Atok dan Wan kerana dapat bersama-sama korang, peminat setia blog Atok ini setelah sekian lama tidak berhubung. Atok akui memang rindukan korang, tetapi apa kan daya  Kesihatan Atok agak menurun sedikit. Atok tak sedap badan kerana slip disc yang Atok alami. Atok cuba berurut dan berubat dengan beberapa orang. Barulah lega kini. Rupanya badan Atok penuh angin medu yang menyebabkan Atok tak selesa. Alhamdulillah kini.

Oklah. Entri Atok kali ini ada kaitannya dengan sakit pening. Atok dapat satu soalan cepumas daripada seorang peminat blog ini yang bertanyakan:

Assalamualaikum Boleh tuan dapatkan info tentang ada satu masa pernah Sultan Abdul Samad terkena satu penyakit yg lama tak sembuh, kemudian ada seorang lelaki dapat mengubatnya sampai sembuh. Boleh tak dapatkan info tentang tu?

Atok tertarik dengan soalan tersebut kerana tak pernah pulak Atok dengar tentang Sultan Abdul Samad pernah mengalami penyakit berat yang berpanjangan. Atok cuba selongkar dalam arkib lama tentang taraf kesihatan almarhum sultan. Betul, baginda mula gering pada tahun 1896 dan kesihatannya menurun sehinggalah ke hari kematian baginda pada tahun 1898. Tapi sebab kematian baginda tercatat sebagai sakit tua, bukanlah akibat penyakit ganjil. Mesti ada angin sebab itu pokok bergoyang. Atok tak puas hati. Atok korek-korek berita lama, akhirnya Atok dapat tahu bukan baginda Sultan Abdul Samad yang terkena penyakit misteri itu tetapi anakanda baginda yang kedua bernama Raja Kahar atau Raja Tahir. Tapi sebelum Atok bercerita dengan panjang lebar, ada baiknya korang kenal siapa Raja Kahar ini. Begini ceritanya....

Almarhum Y.A.M. Tunku 'Abdul Kahar [Tahir] ibni al-Marhum Sultan Sir Abdul Samad Shah

Y.A.M. Tunku 'Abdul Kahar [Tahir] ibni al-Marhum Sultan Sir Abdul Samad Shah  merupakan putera kepada Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad Shah Ibni Tengku Abdullah, Sultan Selangor ke-4 (1857-1898) dan Raja Atfah Sultan Muhammed Shah. Beliau adalah adinda kepada [DYTM] Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Samad (1844-1884).  Raja Kahar juga adalah kekanda kepada Raja Yaakob Sultan Abdul Samad (mangkat pada tahun 1875); Raja Muntih Sultan Abd Samad; Raja Yunus Sultan Abd Samad; Raja Leba dan 2 orang yang lain. Beliau juga abang  kepada Raja Ibnu Shah (mangkat pada tahun 1881); Raja Munah; Raja Tipah,; Raja Daud dan Raja Mahmud. 

Kenal tak beliau? Memang pun! Nama beliau tidak popular dalam kalangan kerabat dan pemimpin penjajah. Bahkan pihak media Inggeris ketika itu yang berpusat di Singapura memberi imej buruk terhadap beliau sebagai lanun dan bersifat anti-British. Tambahan pula beliau adalah antara putera-putera raja yang marah terhadap Tengku Kudin yang dilihat sebagai pro Inggeris. Namun apakan daya, Tengku Kudin diberi kuasa penuh oleh Sultan Abdul Samad untuk berurusan dengan British demi mengamankan Selangor yang lemah dan huru-hara akibat Perang Klang.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin sebagai wakil baginda dengan gelaran Wakil Yamtuan bagi menjalankan pentadbiran pemerintahan di seluruh negeri Selangor. Surat kuasa perlantikan Tengku Kudin telah dikurniakan dalam suatu istiadat yang dijalalankan pada 26hb Jun 1868. Setelah pelantikan tersebut, Sultan Abdul Samad telah memberikan Langat kepada Tengku Kudin. Tindakan baginda ini tidak dipersetujui oleh putera baginda yang bernama Raja Musa, Raja Kahar dan Raja Yaakub yang dikenali juga dengan nama Tengku Alang. Raja Mahadi juga tidak bersetuju dengan tindakan baginda memberikan Langat kepada Tengku Kudin. Disebabkan penentangan tersebut, Tengku Kudin telah balik ke Kedah untuk mengumpulkan orang-orangnya untuk dibawa ke Selangor.

Dalam pertengahan tahun 1872 itu juga, pasukan orang Melayu yang memihak kepada Raja Mahadi, iaitu pasukan yang diketuai oleh Saiyid Mashhor, Raja Asal, Sultan Puasa, Raja Kahar, Raja Laut, Raja Mahmud dan pasukan yang dibawa oleh Raja Mahadi sendiri, telah bersatu dekat Kuala Lumpur lalu mengepung pihak Kapitan Yap Ah Loy dan pasukan pihak Tengku Kudin yang ada di Kuala Lumpur. 

Pada 22 Disember 1873, Tengku Kudin telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat meminta seorang Residen bagi Kelang dan Selangor.

Bermula 1877 Sultan Abdul Samad membentuk Majlis Mesyuarat Negeri yang ditubuhkan berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris (Bloomfield Douglas). Pentadbiran sebelum ini dibahagikan kepada kerabat- kerabat diraja tanpa memperlihatkan wujudnya satu kuasa pusat yang nyata. Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama ialah Tunku Kudin dan beberapa ahli:

Kapten Bloomfield Douglas, Raja Kahar, Putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang), Raja Berkat Tengku Panglima Raja (Raja yang menjaga Kanchong), James Innes (Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat), Tauke Yap Ah Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur), Saiyid Zain (Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin).

Sebelum campurtangan Inggeris itu kerap berlaku kezaliman dan kekejaman kerabat diraja terhadap rakyat menerusi amalan 'Hamba Tebusan' yang dilakukan sesuka hati oleh anak-anak raja dan orang-orang besar yang sering memeras cukai di daerah mereka.

‘In Selangor...the raja had rights over unused land and could exact forced labour or drive men and their families into debt bondage. The well-being, even the life, of the commoner was in the hands of the raja.’

Nota: Sengaja Atok tidak menyebut nama-nama yang terlibat kerana aku teringat pesanan alim ulama agar tidak mengenang seseorang, baik ketika hidupnya mahu pun setelah matinya kecuali hal-hal kebaikan, kerana baginya bahagian daripada apa yang telah dikerjakannya di dunia ini, sama ada dosa mahu pun pahala.

Raja Kahar pernah dilantik menjadi Megistret dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, MSC  dari tahun 1876-1898. Raja Kahar yang dilahirkan sekitar 1840-50an pernah menjadi Penghulu di Kajang, Hulu Langat pada tahun 1875. Tetapi Raja Kahar  dikatakan tidak mempunyai rumah di kawasan ini, dan tidak pernah membuat lawatan sejak setahun setengah setelah dilantik..

Raja Kahar has not even a house here; & any Rajas or Penghulus stopping in the village have to put up in the shops. - J.A.G. Campbell, Collector & Magistrate, Ulu Langat.

Pada bulan Mac, 1880 pemerintahan Negeri Selangor telah berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur. Perpindahan ini juga menyaksikan kuasa pentadbiran pembesar-pembesar Melayu diambil alih oleh pegawai-pegawai Inggeris khasnya Residen Inggeris di Selangor. Pelantikan “Che Man” sebagai Penghulu Kajang & Reko, oleh Residen Selangor, melalui cap kuasa Sultan Selangor. Che Man disebut sebagai seorang “anak negeri” yang disukai “orang dagang” dan masyarakat umumnya. Beliau juga dikatakan rakan rapat Raja Kahar. 

12/08/1886: Perlantikan beliau telah dicadangkan oleh J.A.G. Campbell (Majistret daerah Ulu Langat), atas dasar beliau sebagai anak negeri serta sahabat baik Raja Kahar:

27/11/1886: Cadangan perlantikan telah dipersetujui oleh ahli majlis negeri Selangor:

Maka bermula 1 Januari 1887, dengan gaji bulanan sebanyak $15.00, Che Man seterusnya menjadi penghulu Kajang & Rekoh selama sekurang-kurangnya 6 tahun, berdasarkan beberapa rekod urusan beliau sehingga tahun 1892. Sebagai anakanda kedua Sultan, Raja Kahar menjadi orang harapan ayahandanya. Beliau memang rapat dengan almarhum sultan. Rumah beliau tak jauh dari istana baginda di Jugra. Setiap tanggungjawab yang diberikan, beliau galas sebaik-baiknya. Beliau senantiasa menemani ayahanda AlSultan, sama ada dalam menjalankan tugas-tugas rasmi negeri, mahupun ketika di Jugra.

Sultan Abdul Samad dengan putera Baginda, Raja Kahar, mengusahakan tanaman buah-buahan di Jugra. Baginda juga menanam pelbagai tanaman lain seperti tebu, padi, kelapa dan pinang di atas 1,000 ekar tanah. Baginda memberi pinjaman kewangan kepada pesawah padi bagi membolehkan mereka memulakan perusahaan. 

Raja Kahar pernah mewakili Sultan Abdul  Samad dalam perbicaraan terhadap Undang Rembau di Singapura.  Pada tahun 1891, Raja Kahar menjalankan tanggungjawab dan amanahnya, mengahwinkan anak saudara beliau, Raja Muda Alaudin Sulaiman Syah dengan Tengku Maharum, puteri Tengku Kudin di Klang. Durbar yang pertama dijadual diadakan pada penghujung tahun 1896 tetapi terpaksa ditunda kerana Sultan Abdul Samad (Selangor) jatuh gering dan Raja Kahar mewakili ayahandanya ke mesyuarat diadakan di Kuala Kangsar pada 13 Julai 1897. Baginda Sultan Abdul Samad telah mangkat pada pukul 11.00 pagi, 6hb. Februari 1898 pada usia 93 tahun, setelah memerintah selama 41 tahun.

Almarhum Sultan Abdul Samad serta Orang-orang Kanan Baginda

Begitu setia, taat dan patuh beliau terhadap ayahanda, Sultan Abdul Samad. Namun, di sebalik imej putra Raja yang bersifat negarawan, Raja Kahar mempunyai sisi gelapnya. Beliau dikatakan mengalami penyakit misteri sejak sekian lama. Dalam tahun 1898, beliau dikatakan sering menderita akibat kesakitan yang melampau di bahagian kepala. Begitu sakit rasanya sehingga beliau merayu perawat-perawat atau bomoh membelah kepala untuk mengeluarkan 'hantu-hantu syaitan' yang melekap di belakang tengkorak kepalanya. Beliau tidak mahu makan sehingga badan menjadi kurus kering. Berbagai-bagai kaedah rawatan termasuk menyembelih kerbau balar (albino) dan mengalin tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya, setelah dibekam di bahagian belakang kepalanya itu, beliau kembali sihat. Dikatakan tujuh ekor jembalang berupa serangga mentadak telah berjaya dikeluarkan. Walaupun begitu, beliau rasakan masih ada gangguan makhluk halus di kepala beliau. Namun, dua tahun kemudian, pada sekitar tahun 1900, beliau meninggal dunia. 

Keratan Akhbar yang secara sinis melaporkan penyakit ganjil Raja Kahar

                                   
             Petikan daripada buku Walter William Skeat tentang penyakit ganjil Raja                                                                   Kahar dan rawatannya

Rawatan untuk  Raja Kahar di Jugra (1898)

Raja Kahar, anakanda Almarhum Sultan Abdul Samad dikatakan mengalami penyakit misteri sejak sekian lama. Dalam tahun 1898, beliau dikatakan sering menderita akibat kesakitan yang melampau di bahagian kepala. Begitu sakit rasanya sehingga beliau merayu perawat-perawat atau bomoh membelah kepala untuk mengeluarkan 'hantu-hantu syaitan' yang melekap di belakang tengkorak kepalanya. Beliau tidak mahu makan sehingga badan menjadi kurus kering. Berbagai-bagai kaedah rawatan termasuk menyembelih kerbau balar (albino) dan mengalin tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya, setelah dibekam di bahagian belakang kepalanya itu, beliau kembali sihat. Dikatakan tujuh ekor jembalang berupa serangga mentadak telah berjaya dikeluarkan. Walaupun begitu, beliau rasakan masih ada gangguan makhluk halus di kepala beliau. Namun, dua tahun kemudian, pada sekitar tahun 1900, beliau meninggal dunia. 

To the above I may add that it is invariably the flesh of the Buffalo, and not that of the Ox, which is eaten sacrificially on the occasion of festivities. But the flesh of the so-called White (albino) Buffalo (kĕrbau balar) is generally avoided as food, though I have known it to be prescribed medicinally (as in the case of Raja Kahar, a son of H.H. the Sultan of Selangor, the circumstances of whose illness will be detailed elsewhere). The sacrificial buffalo (when presented to a Raja) is covered with a cloth, and has its horns dressed and a breast-ornament (dokoh) hung round its neck.  In the case of a great Raja or Sultan, yellow cloth is used. 

As might be expected, a story is told by the Malays to account for this distinction. The general outline of the tale is to the effect that a Malay boy (a mere child) fell into the big rice-bin (kĕpok) in his parents’ absence and was suffocated by the rice. After some days the body began to decompose, and the ooze emanating from the rice-bin was licked up by a buffalo belonging to the boy’s parents. 

The attention of these latter being thus attracted to the rice-bin, they found therein the remains of their child, and thereupon cursed the buffalo, which (we are led to infer) became “white,” and has remained so ever since. According to one version, a ground-dove (tĕkukur) was implicated both in the offence and the punishment which followed it. Wherefore to this day no man eats of the flesh of either of the offenders.  
An aged magician who came from Perak to doctor one of H.H. the Sultan’s sons (Raja Kahar) while I was at Langat, had the unusual reputation of being able to raise a sandbank in the sea at will; but when I asked if I could see it done, he explained that it could only be done in time of war when he was hard pressed by an enemy’s boat, and he could not do it for the sake of mere ostentation! 

Moreover, like members of their profession all the world over, these medicine-men are, perhaps naturally, extremely reticent; it was seldom that they would let their books be seen, much less copied, even for fair payment, and a Pawang once refused to tell me a charm until I had taken my shoes off and was seated with him upon a yellow cloth while he repeated the much-prized formula.

A general survey of the charms and ceremonies brought together in this volume will, I think, be likely to establish the view that the Malays (in accordance with the reported practice of many other races) probably commenced with the idea of sacrifice as a simple gift, and therefrom developed first the idea of ceremonial homage, and later the idea of sacrifice as an act of abnegation. 

Evidences of the original gift-theory chiefly survive in the language of charms, in which the deity appealed to is repeatedly invited to eat and drink of the offerings placed before him, as a master may be invited to eat by his servants. The intermediate stage between the gift and homage theories is marked by an extensive use of “substitutes,” and of the sacrifice of a part or parts for the whole. 

Thus we even find the dough model of a human being actually called “the substitute” (tukar ganti), and offered up to the spirits upon the sacrificial tray; in the same sense are the significant directions of a magician, that “if the spirit craves a human victim a cock may be substituted” and the custom of hunters who, when they have killed a deer, leave behind them in the forest small portions of each of the more important members of the deer’s anatomy, as “representatives” of the entire carcase. In this last case the usual “ritualistic change may be traced from practical reality to formal ceremony.” “The originally valuable offering is compromised for a smaller tribute or a cheaper substitute, dwindling at last to a mere trifling token or symbol.”

In the above connection I may remark that, whether from the working of their own imaginations or otherwise, those who were believed to be possessed by demons certainly suffered, and that severely. H.H. Raja Kahar, the son of H.H. the late Sultan of Selangor, was attacked by a familiar demon during my residence in the Langat District, and shortly afterwards commenced to pine away. 

He declared that the offending demon was sitting in his skull, at the back of his head, and that it dragged up and devoured everything that he swallowed. Hence he refused at length to eat any sort of solid food, and gradually wasted away until he became a mere skeleton, and went about imploring people to take a hatchet and split his skull open, in order to extract the demon which he believed it to contain. 

Gradually his strength failed, and at length I learned from H.H. the Sultan (then Raja Muda) that all the Malays in the neighbourhood had assembled to wail at his decease. As we strolled among the cocoa-nut palms and talked, I told him of the many miraculous cures which had attended cases of faith-healing in England, and suggested, not of course expecting to be taken seriously, that he should try the effect of such a cure upon his uncle, and “make believe” to extract some “mantises” from the back of his head. 

To my intense astonishment some days later, I learned that this idea had been carried out during my temporary absence from the district, and that the Muhammadan priest, after cupping him severely, had shown him seven large mantises which he pretended to have extracted from the back of his head. The experiment proved extraordinarily successful, and Raja Kahar recovered at all events for the time. He declared, however, that there were more of these mantises left, and eventually suffered a relapse and died during my absence in England on leave. 

For the time, however, the improvement was quite remarkable, and when Said Mashahor, the Pĕnghulu of Kerling, visited him a few days later, Raja Kahar, after an account of the cure from his own point of view, declared that nobody would now believe that he had been so ill, although “no fewer than seven large mantises” had been “extracted from his head.


Raja Wok bin Raja Kahar
  berdiri di sebelah Sultan dengan memegang Keris & Pedang ialah Raja Wok & Raja Yusuh,                                 (kedua-duanya anak kepada Tengku Kahar).

Allahyarham Raja Adam bin Raja Wok bin Raja Kahar bin Sultan Abdul Samad

Anakanda beliau yang bernama Raja Wok Raja Abdul Kahar @ Raja Tahir pernah menjadi Orang Kaya yang berpengaruh dari kawasan Sungai Binjai menganjur ke Sungai Putus di Klang. Cucunda beliau yang bernama Raja Adam bin Raja Wok pernah menjadi Penghulu di Kelang, Cheras dan Sepang. Anakanda-anakanda serta kaum kerabat Sultan Abdul Samad dikebumikan di Makam Diraja Selangor di Jugra semenjak tahun 1884 lagi.  Hanya makam Sultan Abdul Samad sahaja yang mempunyai bangunan. 
 

Makam yang dilabel nombor 2 merupakan putera kedua kepada Almarhum Sultan Abdul Samad iaitu Yang Amat Mulia Almarhum Tunku Abdul Kahar (Tahir) Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad. ALFATIHAH.

   Rujukan:


Malay Magic: Being an Introduction to the Folklore and Popular Religion of the Malay Peninsula,Walter William Skeat, Macmillan, 1900 - Folklore, Malayan 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Terima kasih kerana menjawab soalan saya pada entri lepas mengenai penyakit misteri dari istana Jugra..
    Di sini saya ada lagi persoalan yg ingin dikemukakan...

    Tentang Sejarah persahabatan diantara Sultan Abdul Samad dengan Seorang Panglima yang kononnya mempunyai ikatan yang sangat erat dan rapat dengan Baginda... Kononnya Panglima ini sama ada kaitan kekeluargaan dengan sultan ataupun tidak tapi beliaulah yg paling sultan rapat, dan walaupun pada masa ini sultan Abdul samad memang dikatakan ramai talian waris2 berdarah raja, tetapi dengan Panglima ini lah yg paling rapat dengan baginda. Saya juga nk tahu kalau2 dimana berakhir nya penempatan panglima ini? Kononnya lagi beliau ni mempunyai banyak gelaran (sering menukar2 nama jika berada di tempat2 berlainan). Terima kasih admin ☺️

    BalasPadam
  2. Apakah kisahnya dan cerita Raja Daud anak kapada sultan abdul damad

    BalasPadam

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...