Memaparkan catatan dengan label gambut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambut. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

Jawa...Dulu, Kini, dan Selamanya

Sebut tentang Selangor, pasti orang luar tertanya-tanya, engkau orang Jawa ke? Dah set dalam kepala diorang, asal Selangor jer Jawa, asal Jawa jer Selangor..walaupun wajah aku tak mirip langsung Broery Marantika atau Presiden Bambang Udiyono pun! Kadang-kadang aku tergelak sendiri apabila ada soalan-soalan serupa itu keluar daripada mulut kengkawan. Aku takde hal. Aku tak marah pun kat kawan yang bertanya. Aku layan jer. Pasal aku tahu memang soalan tu relevan. Kat Selangor memang ramai Jawa! Dah nama tempat pun menunjukkan ‘Jawa was here’ atau ‘forever Javanese’. Padang Jawa, Assam Jawa, Kampung Jawa. Takkanlah orang Aceh, Bugis, Banjar atau Melayu sekalipun nak letak perkataan Jawa kat nama kampong diorang? Semestinyalah milik Jawa….Dulu, Kini dan Selamanya .

Dari Sepang  di selatan hinggalah ke Sabak Bernam di sempadan utara sebelah Perak…Jawa,Jawa,Jawa.  Begitu juga di Kuala Langat dan Klang tempat tumpuan mereka. Bahkan kat Telok ni juga. Jenjarom, Kebun Bharu, Kg. Medan sebelah dalam Sijangkang pun sama. Jawa seluas mata memandang.  Banting ,korang jangan tanya ler…Bukan dari segi pakaian yang membezakan, tapi dari segi bahasa dan budaya. Sebab itulah kat pasar-pasar malam di Klang, Telok dan kawasan majoriti Jawa, nasi ambeng dan tempeh memang popular…(patut ler kulit muka KT, mantan MB Selangor dan KD, Kris Dayanti tegang) . Mee Jawa kat  pasaraya Gama Klang dulu paling best. Air Sirap Bandung memang wajib ada dalam menu kenduri kahwin.
 KD
 KT
 MJ
 Wajib ada dalam majlis perkahwinan
Secret Recipe Kecantikan
Ada juga kengkawan aku buat lawak bodohnya, kat mana-mana pergi pasti jumpa Jawa, Jawa ni orang ke arnab? Hahaha… Aku tahu dia ni cuma buat lawak jer, bukan menghina kaum Jawa.  Ya tak ya juga. Kemudian aku terfikir macam mana  orang Jawa boleh jadi majoriti penduduk bumiputera teramai di Selangor ini? Jadi aku pun buat ler sedikit research kat internet ni. Tapi itu semua kemudian ler aku tulis.
Kg. Sungai Lang
 Pekan TPG
Kg. Kanchong Darat
Sebelum ini pun aku cukup respek kat orang Jawa ni. Bagi aku inilah contoh bumiputera yang mirip Cina.Tolong jangan pandang serong maksud aku. Dengar dulu apa yang aku nak katakana ini. Aku katakan begitu pasal Jawa ini spesis paling rajin. Pengalaman aku masa kecil tengok seorang Wak Jawa begitu gigih mengayuh basikal tuanya ambil upah buat parit, petik kelapa sawit kat kebun aku. Kerja-kerja kontrak, buruh kasar ini mereka memang lasak dan boleh diharapkan. Kalau korang pergi kat rumah diorang, Setiap inci keliling rumah termasuk halaman rumah dimanfaatkan ditanam tanaman.  Pernah aku ke rumah kawan di Kebun Bharu masa zaman persekolahan aku dulu. Depan  laman rumah  pun  penuh diorang tanam dengan nenas.Takdelah macam kebun Melayu, semak samun jer. Silap haribulan rimau kumbang buat sarang kat situ.
Nenas/ Javanese Pineapple
Kehidupan orang Jawa bagi aku cukup sederhana tetapi kaya budi bahasa. Pengalaman bercampur kawan-kawan di Telok dan Banting ketika aku bersekolah di Telok Datok dan ketika mengajar di Jugra dulu menyebabkan aku berminat berkawan dengan orang Jawa. Bukan maksud aku  nak berkahwin dengan anak dara Jawa (memang cantik-cantik belaka, bahkan seiras Kris Dayanti dan Rossa pun ada), tapi untuk mengenali kehidupan seharian mereka dengan lebih dekat lagi.

Aku tengok mereka ini jenis manusia yang sabar bahkan tidak mengeluh dengan keadaan hidup yang miskin. Tidak perlu rumah yang besar sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang. Hanya wajib ada rumah Ibu sahaja. Yang lain boleh ditambah kemudian sekiranya perlu. Tak perlu ada kereta.  Ada basikal atau motosikal pun dah cukup.  Rokok daun atau lenteng  dan kretek paling popular. Benson, Dunhill tak ada dalam carta pun. Lauk pauk tak perlu banyak atas meja. Ada nasi, ikan kering atau ikan bilis goreng cili api, dan sayur bening,  sudah cukup melazatkan.Tak ada dalam peribahasa diorang, biar papa asal bergaya. Yang penting ,terus hidup dan bersyukur dengan apa yang ada.

 Orang Jawa ini memang pakar dalam hal-hal pertanian.  Jawa dengan bertani macam ikan jumpa air. Kata orang, kalau diberi orang Jawa biji benih, pasti  ditukarnya hutan jadi kebun. Memang periuk nasi, bread and butter, kata orang puteh. Pernah aku dengar ceramah seorang ‘Wak’ yang dijemput oleh Jabatan Pertanian Kuala Langat untuk beri ceramah pasal teknik menanam nenas, padahal Jawa ni sekolah pun setakat Darjah Enam jer.  Hebat betul.  

Pernah aku ke rumah kawan di Sijangkang. Masa itu rumah dia hanyalah rumah Ibu sahaja. Rumah Ibu bermaksud rumah asal yang mana semua aktiviti kelurga tertumpu di situ. Di situlah dapur, ruang makan, di situ juga tempat belajar, ruang tamu, ruang tidur (beramai-ramai), bahkan emak bapak pun ‘projek’ kat situ time anak-anak  tengah tidur lena. Hihihihihi…..Lepas itu bila anak-anak semakin besar, barulah mereka tambah bilik. Itupun buat sendiri, projek anak beranak…tak upah orang pun.

Ramai juga dari kalangan orang Jawa ini yang hebat dalam bidang agama. Pak Kiyai dan anak-anak merekalah yang mendirikan surau-surau dan sekolah pengajian agama swasta sebagaimana yang terdapat di Kampung Mujahidin di Batu 9, Kebun Bharu dan di Sungai Lang, Kanchong Darat dan Sungai Kelambu.  Ustaz dan ustazah berketurunan Jawa penuh di sekolah-sekolah swasta mahupun kerajaan.

Bagi akulah, merekalah contoh terbaik umat Melayu bumiputera  masa kini. Kalau nak cari jodoh untuk anak atau diri sendiri, masukkan Jawa dalam short listed korang, berbaloi-baloi! 


Indeks Halaman Utama

Selasa, 11 Jun 2013

Banjir di Batu 9 Kebun Baharu

WILAYAH
Sentral: Isu banjir Kampung Batu 9 selesai
2010/03/04 - 22:55:44 PM Oleh Hafizzul Mohamad Cetak Emel Kawan

20 keluarga menetap di Jalan Masjid jalani kehidupan lebih sempurna SIJANGKANG: Kira-kira 20 keluarga yang menetap di Jalan Masjid, Kampung Batu 9, Kebun Baru, Telok Panglima Garang di sini kini boleh menjalani kehidupan lebih sempurna dan tidak lagi perlu bimbang dengan masalah banjir yang sebelum ini menghantui mereka setiap kali musim hujan.
Masalah sistem perparitan yang didakwa tidak diselia secara sempurna sebelum ini menyebabkan penduduk menderita akibat masalah banjir sejak bertahun lalu.
Rintihan mereka pernah disiarkan Sentral pada 8 Februari lalu.

Berikutan itu, wakil penduduk, Subbahi Mujer, 57, berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Kuala Langat yang menyenggara parit di kampung itu baru-baru ini.
"Alhamdulillah, selepas hampir berbelas tahun kami menghadapi kesukaran berikutan banjir yang sering berlaku di sini, akhirnya ia diatasi atas sikap prihatin JPS.
"Penduduk kini boleh menarik nafas lega dan tidak perlu lagi menunda tarikh bagi sebarang kenduri-kendara.
"Malah, pelajar juga tidak perlu menumpang di rumah rakan yang tidak dinaiki air ketika menunggu banjir di rumah mereka surut," katanya kepada Sentral yang meninjau semula ke kawasan penempatan itu semalam.
Kampung Batu 9 itu didiami kira-kira 8,000 penduduk dan sering dinaiki air ketika musim hujan akibat sistem perparitan tidak disenggara dengan sempurna.




Subbahi seterusnya meminta jasa baik JPS agar turut menjalankan pemantauan dan menyelenggara beberapa lokasi lain di sekitar kawasan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
"Bagi memastikan masalah banjir tidak berulang pada masa depan, saya rasa ada baiknya jika JPS melakukan penyelenggaraan parit secara berkala," katanya.

Kisah-kisah Zaman Jepun

Assalamualaikum...apa khabar semua orang kampung? Dari Batu 7 Sijangkang sampailah ke Batu 13 Kampung 'Stereng' Sungai Rambai..Harap-harap sihat-sihat belaka.

Kali ini aku benar-benar teruja nak bercerita pasal zaman Jepun, cerita pasal makan ubi kayu, baju butil tepung dan penampar Jepun. Aku pernah bertanya arwah moyang pompuan dan nenek aku pasal zaman Jepun dulu..tapi paling banyak aku tahu cerita tu daripada mak sedara aku yang baru berumur 5,6 tahun masa Jepun sampai kat Telok. Banyak yang dia ingat!

Ceritanya begini...(cuma aku 'skema'kan sikit untuk budak-budak sekolah buat rujukan sejarah)

Tentera Jepun semakin yakin dan berani mara ke Kuala Lumpur dan Kelang. Pada 10hb Januari 1942 juga tentera Jepun dari Rejimen Watanabe berhimpun di tebing Sungai Selangor, kemaraan mereka kemudiannya ditentang hebat oleh Indian 6115th Brigade di Batang Berjuntai. Jeneral Yamashita amat berhajat menawan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Kelang (Port Swettenham), beliau telah mengarahkan Divisi ke-5 tentera Jepun terus mara ke Kuala Lumpur. Pertempuran hebat untuk menguasai bandar Kelang menjadi penentu antara tentera British dan tentera Jepun. Tentera Jepun dari Batalion Oka telah menyekat jalan utama menyeberangi jambatan besi (Jambatan Kota yang asal) yang menghubungkan Kelang dengan Kuala Lumpur. Menurut laporan di pihak tentera Jepun sejumlah 5000 orang tentera British dan India mempertahankan Kelang tetapi tewas kepada 2 rejimen askar Jepun. Askar-askar India British selesai membuat pengunduran melalui Kuala Lumpur pada awal pagi. Jambatan-jambatan diletupkan apabila pasukan terakhir melepasi jambatan tersebut. Jambatan terakhir diletupkan pada jam 4.30 pagi. Jepn bukannya bodoh. Dengan pantas diorang buat jambatan terapung pontoon....


Tambah emak sedara aku lagi....
Semasa kemaraan menuju ke selatan inilah sebahagian daripada tentera Jepun telah masuk ke daerah-daerah tertentu di Selangor seperti di Ulu Langat, Kuala Selangor serta Kelang menguasai kawasan ini tanpa pertempuran hebat. Di Kuala Langat tiada sebarang bentuk pertahanan yang dilakukan oleh tentera British kerana kawasan ini agak jauh ke dalam dari jalan besar.Tentera-tentera Jepun sarna ada berjalan kaki, berkereta, menaiki lori atau berbasikal telah masuk melalui jalan raya yang merintangi daerah Kuala Langat. Kali pertama kemasukan Jepun ke daerah ini telah menimbulkan perasaan takut di kalangan penduduk
tempatan kerana pada masa ini telah berlaku rampasan barang-barang makanan. Tentera Jepun yang sedang keletihan dan kelaparan ini telah mengambil telur ayam, menangkap ayam, itik dan kambing dari rumah orang-orang kampung. Kenderaan-kenderaan orangorang kampung seperti basikal dan beberapa buah kereta telah diambil untuk kegunaan tentera Jepun.

Pada masa pemerintahan Jepun di Selangor juga, penduduk tempatan harus memberi penghormatan kepada tentera Jepun dengan cara menundukkan kepala bila lalu di hadapan mereka. Cara penghormatan begini mesti dilakukan untuk mengelakkan dari sebarang hukuman. Pada kebiasaannya mereka yang enggan melakukan atau engkar akan dihukum dengan cara ditempeleng atau dijemur di tengah panas.

Akibat daripada kegawatan ekonomi yang berlaku, pihak Jepun telah mengambil beberapa langkah-Iangkah untuk mengatasi dan mengawal keadaan ini daripada berlaku berterusan. Antara langkah yang dibuat ialah dengan mengadakan pameran pertanian, menggalakan rakyat menanam untuk makanan sendiri seperti sayur-sayuran,jagung dan ubi kayu. Pihak berkuasa tentera pula dalam usaha memaksa rakyat berusaha sendiri telah mengurangkan bekalan makanan melalui program catuan. Masalah kekurangan pakaian juga sangat serius dialami dikalangan petani dan pegawai kerajaan. Selain itu catuan dan peraturan ketat ke atas barang pengguna turut dikeluarkan.

Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu mempunyai stok beras untuk setahun, tetapi hampir semua stok beras dihantar ke negara Jepun. Catuan beras dilakukan sejak awal pendudukan walaupun sesetengah kawasan tidak melaksanakan sistem catuan untuk memaksa penduduk menanam padi. Bagi jualan beras tempatan pada mulanya dikendalikan oleh Persatuan Pengedar Beras dan kemudian oleh Pejabat Kawalan Makanan. Walaupun ahli keluarga ramai, namun tentera Jepun hanya membekalkan 10 kati tepung ubi dan satu kati gula untuk seminggu. Bagi tujuan megatasi masalah kekurangan beras, pihak Jepun telah menggalakkan dan memaksa penduduk-penduduk kampung bersawah dan berladang supaya menghasilkan bahan-bahan makanan nampaknya berjaya. Kalau korang nak kaji lebih mendalam lagi, pergilah lawat blog kawan aku ni..budak U jugak...
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22913/084_108.PDF
 Pendekkan cerita..memang Jepun pendek tu kurang ajar dan zalim giler. Kalau ikutkan aku, mahu aku terajang dan beri penampar Malaya kat manager-manager Jepun yang ada kat Toshiba dan kilang-kilang Batu 10 tu..Kalau diorang tanya apasal, aku kata itu salam perkenalan daripada  arwah atuk nenek aku buat korang, anak cucu Setan pendek Tojo( bukan suku sakat keluarga Toyo, tau).

 Tapi aku sedar, ada juga hikmah setan sepet pendek ni datang Malaya...barulah Melayu bersatu menentang Inggeris secara aman. Sultan-sultan pun tersedar daripada mimpi indah yang didodoikan dek British dan Jepun.

 Ini tanah air kita...kitalah yang menentukan masa depan dan suratan takdir kita, bukan Jepun pendek atau Mat Salleh hidung tinggi lagi..Kalau korang tak sedar jugak, tak tahulah apa aku nak katakan lagi...

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...