WILAYAH
Sentral: Isu banjir Kampung Batu 9 selesai
2010/03/04 - 22:55:44 PM Oleh Hafizzul Mohamad Cetak Emel Kawan
20 keluarga menetap di Jalan Masjid jalani kehidupan lebih sempurna SIJANGKANG: Kira-kira 20 keluarga yang menetap di Jalan Masjid, Kampung Batu 9, Kebun Baru, Telok Panglima Garang di sini kini boleh menjalani kehidupan lebih sempurna dan tidak lagi perlu bimbang dengan masalah banjir yang sebelum ini menghantui mereka setiap kali musim hujan.
Masalah sistem perparitan yang didakwa tidak diselia secara sempurna sebelum ini menyebabkan penduduk menderita akibat masalah banjir sejak bertahun lalu.
Rintihan mereka pernah disiarkan Sentral pada 8 Februari lalu.
Berikutan itu, wakil penduduk, Subbahi Mujer, 57, berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Kuala Langat yang menyenggara parit di kampung itu baru-baru ini.
"Alhamdulillah, selepas hampir berbelas tahun kami menghadapi kesukaran berikutan banjir yang sering berlaku di sini, akhirnya ia diatasi atas sikap prihatin JPS.
"Penduduk kini boleh menarik nafas lega dan tidak perlu lagi menunda tarikh bagi sebarang kenduri-kendara.
"Malah, pelajar juga tidak perlu menumpang di rumah rakan yang tidak dinaiki air ketika menunggu banjir di rumah mereka surut," katanya kepada Sentral yang meninjau semula ke kawasan penempatan itu semalam.
Kampung Batu 9 itu didiami kira-kira 8,000 penduduk dan sering dinaiki air ketika musim hujan akibat sistem perparitan tidak disenggara dengan sempurna.
Subbahi seterusnya meminta jasa baik JPS agar turut menjalankan pemantauan dan menyelenggara beberapa lokasi lain di sekitar kawasan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
"Bagi memastikan masalah banjir tidak berulang pada masa depan, saya rasa ada baiknya jika JPS melakukan penyelenggaraan parit secara berkala," katanya.
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat tumpah darahku...berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, Duhai kampungku, Telok Panglima Garang...kau tetap di hatiku
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Selasa, 11 Jun 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok
Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...
-
Salam buat semua. Terima kasih kerana membaca blog aku ini. Walaupun tak sepopular blog orang lain (memang ler pasal aku cerita hal sejarah....
-
Salam buat semua. Salam takziah buat semua keluarga juruterbang dan kru nahas helikopter TLDM di Lumut semalam. Hanya satu nasihat Atok buat...
-
Salam buat Semua. Atok panjangkan doa agar Allah tetapkan iman kita,ditambahkan kemuliaan dan ketakwaan buat kita sekalian umat Islam. Semog...
-
Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanawataala atas limpahan kurniaNya, PengasihNya, KeampunanNya...
-
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat...
-
Salam buat semua. Entri Atok kali ini masih mengenai Cameron highlands. Kalau dalam entri yang lepas, Atok ada ceritakan sejarah penerokaa...
-
Salam buat semua. Atok terus tak henti-henti mendoakan segala yang terbaik di dunia dan di akhirat buat anak-anak cucu, kengkawan serta kora...