Assalamualaikum semua. Salam dari Seremban buat anak cucu Atok semua, yang meminati ruangan blog ini, atau mungkin singgah sebentar mencari-cari bahan untuk bacaan santai, mahupun last minute sedang serius mencari maklumat untuk assignment sekolah atau universiti mereka. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dipanjangkan umur, masih lagi kita diberi kesempatan hidup di dunia ini Bukan untuk menyambung dosa semalam, tetapi memohon keampunan untuk dosa-dosa semalam, hari ini, bahkan esok sekali kerana kita ini insan berdosa. Tak ada sesiapa yang maksum kecuali nabi Muhammad SAW dan beberapa nabi dan rasul terpilih. Yang lain pasti ada sedikit sebanyak noda dan dosa terpalit, sama ada besar atau kecil. Bumi mana yang tak ditimpa hujan?
Semoga Allah SWT tetap menerima doa keampunan yang sering kita panjatkan setiap waktu selepas solat. Cukuplah Allah sebagai penolong kita, di dunia dan akhirat. Tetaplah kita berpegang teguh dalam Islam. Jaga segala rukunnya, rukun imannya, kerukunan sesama ahli keluarga, tetangga, bangsa dan negara. Jangan kisahkan kesenangan hidup orang kafir di dunia fana ini, kerana inilah dunia tipu-tipu. Kesenangan sebenar di akhirat, dengan syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Itulah hakiki kesenangan hidup sebenarnya sedangkan orang kafir akan terseksa dan dihinakan di dalam neraka. Mereka kekal di dalamnya. Na'uzubillahi min zalik.
Terima kasih kerana terus setia membaca penulisan Atok ini. Kalau ada manfaatnya, ambillah. Kalau nampak salah silapnya, tegurlah. Akan Atok perbetulkan faktanya. Kalau merapu, maafkanlah Atok kerana blog ini dua dalam satu sebenarnya, kisah pengalaman peribadi Atok dan fakta keterangan sejarah.
Entri Atok kali ini memang santai. Sahaja Atok memilih topik ini kerana Atok nak bawa korang balik semula ke Klang, jejak semula catatan sejarah yang pernah terpahat di dalam sanubari penduduk atau anak jati Klang suatu masa dahulu. Atok hendak korang tatapi gambar-gambar hitam putih di bawah ini. Mungkin secara langsung atau tidak, melibatkan korang atau ahli keluarga serta penduduk kampung korang suatu masa dahulu, yang masih hidup atau telah menemui Sang Penciptanya. Betapa cepatnya masa berlalu. Dahulu kita muda belia, kini sudah tua bangka. Dahulu kita gagah dan lantang, kini sebahagian daripada kita gagap dalam berbicara dan sakit terlentang di pembaringan.
Atok tahu terdapat beribu-ribu gambar tentang Klang yang lebih cantik kualitinya yang pernah korang lihat, berbanding gambar-gambar hitam putih tak berkualiti yang Atok ambil daripada surat-surat khabar lama dan Arkib Negara. Maafkan Atok kalau gambar-gambar ini terlalu gelap untuk korang perhatikan. Atok ambil seadanya daripada sana. Kalau ada kepakaran korang nak beri jelas gambarnya, silakanlah mengeditnya. Boleh juga kita kongsi bersama. Sebenarnya ada beratus-ratus gambar yang keluar dalam akhbar-akhbar lama, tetapi kebanyakannya terlalu gelap atau terlampau kabur untuk dipertontonkan. Lagipun banyak gambar-gambar perkahwinan atau persandingan yang dikira tidak menutup aurat sebenarnya. Tidaklah sanggup Atok tonjolkan di sini, pasal itu aib orang, malu diorang nanti. Lagipun akan menambahkan dosa kering Atok kerana menayangkannya ke mata umum. Dosa sendiri pun Atok tak terpikul, inikan nak bawa dosa pasal orang lain. Sorrylah! So, beginilah dunia hitam putih di Klang suatu ketika, suatu masa dahulu.....Wassalam.
PERASMIAN SEKOLAH PEREMPUAN METHODIST KLANG DALAM TAHUN 1927
|
Keadaan sekolah MGS Klang ketika dirasmikan
|
|
DYMM Sultan Selangor berucap merasmikan sekolah tersebut
|
|
Kelihatan Raja Muda Selangor ketika itu turut hadir ke majlis perasmian tersebut
|
PEMASYHURAN PEMBESAR-PEMBESAR MELAYU DI KLANG DALAM TAHUN 1928
|
Para jemputan berada di istana Klang untuk majlis tersebut yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Inggeris FMS. |
PELANCARAN KUTIPAN DERMA UNTUK PENGAKAP DI PANGGUNG PHYLLIS DI KLANG DALAM TAHUN 1929
|
Turut hadir DYMM Sultan Selangor |
MAJLIS PENGKEBUMIAN TUAN HAJI MOHAMMED KASSIM DI KLANG DALAM TAHUN 1931
Klang tidak pernah melihat sebegitu perpisahan yang mengagumkan seperti yang berlaku diberikan kepada jenazah Haji R.E Mohamed Kassim, J.P, yang meninggal dunia pada Jumaat selepas selepas sakit ringan selama tiga hari. Jenazah Mohamed Kassim berada di rumah anaknya, Sheik Dawood, di Jalan Batu Tiga. Rombongan tiba di masjid disambut oleh DYMM Sultan. Jenazah beliau telah dikebumikan dengan penuh penghormatan dan dipersetujui oleh Gabenor. Lebih 200' telegram, ucapan takziah diterima dari England, Perancis, Jerman, Amerika, Australia, China, Siam, India, Burma dan Sri Lanka.
ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM SULTAN SELANGOR YANG KE-69
DALAM TAHUN 1932
|
Kehadiran para pembesar negeri termasuk imam dan kadi ke istana bagi meraikan majlis sambutan ulangtahun keputeraan baginda yang ke-69
|
PERTABALAN RAJA MUDA HISHAMUDIN ALAM SHAH DALAM TAHUN 1937
|
Istana Klang |
|
AsSultan menerima kunjungan hormat pelajar-pelajar sekolah agama |
|
Kedua-dua anak sultan memegang keris |
KEMANGKATAN DYMM SULTAN ALAUDIN SULAIMAN SHAH DALAM TAHUN 1938
Sultan Ala'eddin Suleiman Shah diputerakan di Kuala Selangor pada 19 Rabiul Akhir 1282H bersamaan 11 September 1865, ada juga yang menyatakan baginda lahir pada 1866 atau 1863. Baginda merupakan putera Sulung kepada Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Samad. Ayahanda baginda mangkat sebelum sempat menjadi Sultan Selangor. Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai Raja Muda untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan pada 1887. Selepas kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Abdul Samad pada 06 Februari 1898, baginda yang ketika itu dikenali dengan nama Tengku Sulaiman Shah, Raja Muda Selangor telah dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor yang baru. Baginda mangkat pada 30 Muharam 1357H bersamaan 1 Mac 1938 setelah memerintah selama 40 tahun.
UPACARA PERTABALAN DYMM SULTAN SELANGOR YANG BAHARU, SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH DI ISTANA MAHKOTA, KLANG DALAM TAHUN 1939
|
Istana Mahkota di Klang, tempat pertabalan sultan dilakukan |
|
Perarakan masuk Pesuruhjaya British ke Pancha Persada dengan diiringi Tengku Kelana, kekanda Sultan |
KEADAAN DI MASJID NEGERI KLANG SEMPENA PERTABALAN SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH DALAM TAHUN 1939
PEMANDANGAN DI PULAM KETAM, PELABUHAN SWETTENHAM DALAM TAHUN 1948
KERJASAMA PENDUDUK CINA DI KG. BAHARU PANDAMARAN DALAM TAHUN 1952
PERMUAFAKATAN PENDUDUK KAMPUNG MELAYU DI MERU DALAM TAHUN 1952
|
Kelihatan Tuan Haji Jabar, Ketua Kampung Meru memberi semangat kepada anak-anak buahnya
|
|
KANAN: Malah ada koperasi dobi,dengan 40 orang ahli, $10 setiap saham BAWAH) Cara murah dan mudah mengangkut nenas, apungkan ke dalam parit sejauh sebatu |
KEMALANGAN JALAN RAYA DI KLANG DALAM TAHUN 1953
Kereta lwn Lori Tangki Minyak
DUA gambar menunjukkan hasil kemalangan antara kereta dan lori tangki yang menghentam saluran air kira-kira satu batu dari Klang. Kereta itu remuk sama sekali manakala lori Tangki dengan 1,800 gelen minyak di dalamnya tercabut teruk. Paip air utama pecah dan Klang tidak mempunyai air selama tujuh jam. Tiada siapa yang cedera. — Foto biasa.
1957
|
Suatu kebakaran yang dikatakan telah dimulakan oleh pekerja2 kilang kerana membakar lalang telah marak dan membinasakan Kilang Getah Fung Keong yang sudah tidak dipakai lagi itu di Klang semalam. Kilang tersebut telah ditutup sejak bulan December 1955. |
|
Gambar menunjokan para pemenang Per-duan Lagu2 Melayu Asli dan.pemimpin2 pancharagam yang menang dalam temasha “Malam Gembira”. Keterangan dari.kiri (4) Puan Khairiah bt.Hj. Sidin, isteri pegawai.Badan Kebajikan Masharakat dan di sabelahnya Mr. Chong, manager Taman Hiboran
|
|
1958......Ahli2 bekalan Bomba dan Port Swettenham bergambar beramai-ramai waktu diadakan jamuan teh meraikan Tuan Hashim b. Sa’ad (No. 5 dari kiri) yang dilantek menjadi Sub Officer dan akan ditem- patkan di Kajang, dan Tuan Salleh Hj,Hjusain (dudok kiri sa-kali) yang telah dikurniakan dengan pingat Perkhidmatan Lama. |
|
Perlumbaan basikal telah menjadi lebeh popular sekarang dengan mendapat galakan istimewa pada minggu yang lalu manakala temasha sukan K.S.A. Daerah mengadakan dua perlumbaan dalam jadual pertandingan johannya. Gambar menunjokkan perlumbaan sajauh empat batu sedang dipertandingkan. Perlumbaan itu telah dimenangi oleh Azim bin Kassim yang kelihatan di hadapan sakali. Nombor dua ialah Kassim bin Haji Abd.Rahman dan nombor tiga Ismail Mokhtar. |
|
Sebahagian daripada 100 orang pengayoh becha roda tiga, yang menyokong Parti Perikatan sebelum memulakan kempen pilehan raya Parlemen. dalam tahun 1959
|
|
Anggota Kesatuan Kebangsaan Guru2 Sekolah Umum Persekutuan Chawangan_ Selangor bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan_ di hadapan Dewan Melayu bersama2 Inche Abdullah bin Hj. Hassan, Speaker Dewan undangan Negeri Selangor, sa-belum melangsongkan persidangan agong baharu2 ini dalam tahun 1959.
|
1960
|
INCHE Abdullah bin Haji Hassan, Speaker Negeri Selangor yang juga men jadi pengerusi UMNO Klang telah mengetuai pemuda2 UMNO apabila mereka melawat 250 orang sakit di hospital daerah untok memberi jamuan Hari Raya. Di dalam ini kelihatan inche Abdullah sedang menguchapkan sela-mat hari raya kapada salah saorang sakit di hospital itu. Di-tengah2 kelihatan Inche Osman, setiausaha. |
PEMASYHURAN DYMM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH PADA TAHUN 1960
1961
PERTABALAN DYMM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH PADA TAHUN 1961
1962
|
Penduduk Kg. Batu 5 Johan Setia bergotong royong membina jalan raya di kampung mereka |
1963
1964
KLANG: Sebahagian daripada pelajar Melayu yang menjayakan Pameran Lukisan baharu2 ini kenang2an bersama pelajar2 Islam dari Maktab Teknik Kuala Lumr, anggota2 pelajar Kebangsaan Islam yang da-tang ka-Klang kerana me-lancharkan kerja gotong royong selama 10 hari
Pengenalan gambar: Dudok No. 13 dari kiri Inche Onn Ismail, Setiausaha Ke-satuan Pelajar2 Melayu Selangor/Klang yang menganjorkan pameran; sabelah beliau Inche Mohd.Kamal, Timbalan Ketua PKPI dan No. 21 dari kiri,Tengku Zainol Rashid, Orang Kaya Maha bijaya yang telah meresm'-kan pameran tersebut.
|
Johan Kur’an penuntut2 Sekolah Menengah Klang ramai dengan rombongan nashid wanita dan wakil Kesatuan _Pelajar2 Melayu sa-telah peraduan tersebut di-lansongkan _di sini baharu2 ini. Dudok dari kanan ialah Inche Onn Ismail, Ketua KPM, Che Aishah binti Harun, dari Sekolah Menengah Ugama Simpang Lima (Johan bahagian wanita), Ustaz Taha bin Haji Hakim, Setiausaha Ugama KPM, dan Inche Abdul Wahab bin Haji Sirat, Sekolah Menengah Arab (Johan bahagian lelaki). Berdiri di belakang ialah ahli2 nashid. |
|
MOE: Ketika meresmikan pembukaan kursus guru2 kelas dewasa bahagian menengah, seluroh Selangor dan Negeri Sembilan di-Sekolah Tinggi baru2 ini, Dato Harun bin Haji Idris, Menteri Besar Selangor telah menyeru guru2 kelas dewasa supaya berbaik2 dan bergaul dengan bebasnya dengan pendudok2 di kawasan luar bandar supaya mereka itu mempunyai keyakinan kapada guru2 kelas dewasa selurohnya. Gambar di-atas menunjokkan Dato Harun sedang memberikan uchapan-nya. |
|
Murid2 Sekolah Menengah Melayu Klang malam telah melawat ka-kapal perang Amerika USS Oklahoma City di-Port Swettenham. Gambar menunjokkan seorang dari murid sekolah tersebut Hamidah Ahmad, sedang menchuba kapal. |
|
Gambar Berita Harian menunjokkan Sultan Selangor sedang mendengar keterangan2 yang diberikan oleh kontrek bangunan MPK tersebut. Pengenalan dari kanan Sultan Selangor,Menteri Besar Selangor Dato Abu Bakar Baginda dan Pegawai Daerah Klang, Inche Johan.
|
|
Gambar Berita Harian menunjokkan dua dari 14 orang China yang telah memelok ugama Islam petang ini tadi. di-bangunan Pertubohan Kebajikan Islam chawangan Klang. Kelihatan dari kanan Tuan Khalid Tan Setiausaha Pertubohan Kebajikan Islam Klang, Tuan Teh Ah Sai (yang memelok ugama Islam, dengan menggunakan nama Amin) Tuan Hassan bin Haji Omar, Kadhi Ibu Pejabat Ugama Selangor, Tuan Sze Kai Shi (yang memelok ugama Islam dengan memakai nama Kaseh Sze) dan Tuan Abdullah Sulaiman, setiausaha Kerja. Pertubohan Kebajikan Islam sa-Malaya. |
1965
1966
|
Gambar di-atas menunjokkan Pasokan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Sijangkang yang bergelar Johan itu bergambar bersama2 guru dan jurulateh mereka serta piala dan perisai kemenangan mereka salepas pertandingan itu baharu2 ini.
Pengenalan:Dudok di-tengah2 ia-lah: Che’gu Mohd. Said bin Haji Si-raj, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sijangkang bersama2 pasukan itu.
Berdiri barisan_belakang dari kiri: Che’ gu Ayub bin Rengat, Penolong Setia Usaha Permainan, Che’ gu Sumiah binti Sudar, Guru Pasokan, Che’ Norlia Mohd. Penolong Guru Pasokan dan paling kanan Che’gu Mohd. Noor Sutan Haji Hussain, Setia Usaha Permainan Sekolah itu
|
1967
1968
1969
|
Dua daripada empat kapal perang jenis destroyers milik Jepun, Onami (111) dan Makinami (112) berlabuh di Pelabuhan Swettenham semalam. Ini adalah yang pertama lawatan flotilla Jepun ke negara kita sejak Perang Dunia Kedua. Skuadron ini diperintahkan oleh Laksamana T. Motomura.
|
1970