Memaparkan catatan dengan label racing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label racing. Papar semua catatan

Ahad, 22 Januari 2023

Kuala Lumpur Merentas Masa (1880-1993)

Salam buat semua. Syukur alhamdulillah. Atok dan Wan sihat walafiat sahaja. Makin tembam kami pasal banyak benar kenduri kahwin yang menjemput. Tiap-tiap hujung minggu paling kurang dua majlis. Tak tergamak kami nak abaikan begitu sahaja, pasal semua yang menjemput itu saudara mara dan sahabat taulan. Lagi pun menghadiri jemputan itu wajib, kecualilah kalau ada keuzuran atau halangan. Tambahan pula menyantuni majlis itu suatu cara menjalin silaturahim, yang menemukan kembali ahli keluarga yang dah lama tidak ketemu. Pasti banyak ceritanya dan nostalgia bersama.  

Kalau semalam Atok cerita pasal Klang, hari ini pula Atok nak kongsikan cerita dan gambar-gambar kat Kuala Lumpur atau Kolumpo kata orang-orang lama kampung Atok, atau KL, sembang bebudak sekarang. Atok dengan Kolumpo ini tak banyak kenangan pasal bukan tempat Atok membesar pun. Ada tak ada pun, paling awal Atok pernah turun ke KL time cuti sekolah bulan 12 tahun 1975. Itupun pasal emak saudara Atok duduk kat Flat Jalan Kuching. Ada tak ada, masa kecil arwah abah dan emak Atok bawa kami adik beradik beli baju raya kat Globe dan Kamdar di Jalan TAR, setahun sekali, tapi tiap-tiap tahun. Tak payah pun nak ke KL ini pasal Bas EKspres MARA dari Banting ke KL lalu depan rumah jer. Sehari entah berapa trip entah, tak pula Atok kira. Masa itu tambang dari TPG ke KL cuma RM2.60 one way. Kalau Bas Mara Klang-Banting nombor laluannya 127, yang ekspres ke KL ini kalau tak salah Atok bernombor 510, kot.

Atok tahu terdapat beribu-ribu gambar tentang Kuala Lumpur yang lebih cantik kualitinya yang pernah korang lihat, berbanding gambar-gambar hitam putih tak berkualiti yang Atok ambil daripada surat-surat khabar lama dan Arkib Negara. Maafkan Atok kalau gambar-gambar ini terlalu gelap untuk korang perhatikan. Atok ambil seadanya daripada sana. Kalau ada kepakaran korang nak beri jelas gambarnya, silakanlah mengeditnya. Boleh juga kita kongsi bersama. Sebenarnya ada beratus-ratus gambar yang keluar dalam akhbar-akhbar lama, tetapi kebanyakannya terlalu gelap atau terlampau kabur untuk dipertontonkan. Lagipun banyak gambar-gambar perkahwinan atau persandingan yang dikira tidak menutup aurat sebenarnya. Tidaklah sanggup Atok tonjolkan di sini, pasal itu aib orang, malu diorang nanti. Lagipun akan menambahkan dosa kering Atok kerana menayangkannya ke mata umum. Dosa sendiri pun Atok tak terpikul, inikan nak bawa dosa pasal orang lain. Sorrylah! So, beginilah dunia hitam putih di Kolumpo atau KL suatu ketika, suatu masa dahulu.....Wassalam.

KUALA LUMPUR 1880-an




















KUALA LUMPUR 1890-an












KUALA LUMPUR 1900-an



KUALA LUMPUR 1910-an










KUALA LUMPUR 1920



Persimpangan Jalan High dan Jalan -Petaling  tidak banyak trafik.Kelihatan gharry yang ditarik kuda dan ricksha yang ditarik lelaki.

 Dataran Pasar Lama, Kuala Lumpur, pada akhir tahun 1920



KUALA LUMPUR 1922






EKSPO PERTANIAN DAN PERNIAGAAN 1924





PERLUMBAAN MOTOSIKAL DI KUALA LUMPUR 1924

Perlumbaan lumba kereta mendaki bukit dalam tahun 1924




KUALA LUMPUR 1925

PEMANDANGAN LAPANGAN KERETA API KUALA LUMPUR 1925


























HARI KEJOHANAN SUKAN YMCA 1925



KUALA LUMPUR 1926

BANJIR BESAR DI KUALA LUMPUR 1926







KUALA LUMPUR 1927

BANJIR BESAR DI IBU KOTA KUALA LUMPUR 1927


























SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR 1927





KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR 1927







ISTANA -ISTANA HINGGAP SULTAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU F.M.S DI KUALA LUMPUR DALAM TAHUN 1927






PERLUMBAAN MOTOSIKAL DI KUALA LUMPUR 1927





PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA STONOR 1927





KUALA LUMPUR 1928

PERAYAAN THAIPUSAM DI BATU CAVES DEKAT KUALA LUMPUR 1928






ARMSTICE DAY/ HARI PERDAMAIAN 1928

Peletakan senjata 11 November 1918 adalah peletakan senjata yang menamatkan pertempuran di darat, laut dan udara dalam Perang Dunia I di antara Pihak Bersekutu dan lawan mereka, Empayar Jerman. Peletakan senjata sebelumnya telah dipersetujui bersama Kerajaan Beraja Bulgaria, Empayar Uthmaniyah dan Empayar Austria-Hungary. Juga dikenali sebagai Peletakan Senjata Compiègne daripada tempat dimana ia telah ditandatangani pada jam 5:45 a.m. di Hutan Compiègne oleh Marsyal Foch Perancis,[1] ia berkuatkuasa pada jam 11 a.m. waktu Paris pada 11 November 1918 ("pukul sebelas hari kesebelas bulan sebelas") dan menandakan kemenangan bagi pihak Sekutu dan kekalahan bagi pihak Jerman, walaupun tidak menyerah kalah secara rasmi.








SAMBUTAN HARI EMPAYAR BRITISH 1928

Hari Empayar ialah perayaan tahunan Negara-Negara Komanwel, kerap diadakan pada Isnin kedua bulan Mac. Pada asalnya ianya diraikan pada 24 Mei, iaitu tarikh hari lahir Ratu Victoria. Ia diperingati dengan kebaktian Anglikan di Westminster Abbey, biasanya dihadiri oleh Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel bersama dengan Setiausaha Agung Komanwel dan para Pesuruhjaya Tinggi Komanwel di London. Baginda Ratu mengurniakan titah kepada Komanwel, yang disiarkan di seluruh dunia.

Pada Hari Empayar, pelajar diberi cuti separuhhari oleh pihak sekolah. Mereka dijangka menghabiskan sebahagian daripada hari belajar tentang kepentingan Empayar British. Hari itu termasuk aktiviti seperti menaikkan Union Jack (bendera British) dan menyanyikan lagu kebangsaan British. Para pelajar turut menyertai perarakan dan berpakaian patriotik. Kanak-kanak lelaki digalakkan memakai pakaian seragam tentera supaya mereka boleh bersedia untuk mempertahankan Empayar British jika diperlukan. Bangunan dihiasi dengan bunting atau pita merah, putih dan biru.





PERTANDINGAN RUGBI ANTARA SELANGOR DAN PERAK DI KUALA LUMPUR 1928



KUALA LUMPUR 1930




KUALA LUMPUR 1931





KUALA LUMPUR 1932

BALIK KAMPUNG KAT ENGLAND NAIK KAPAL TERBANG 1932





JAMBATAN SUDAH ROBOH 1932 









KUALA LUMPUR 1933






KUALA LUMPUR 1937

ANGKARA MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK 1937




TAMAN TASIK DI KUALA LUMPUR 1937



KUALA LUMPUR 1939

MESYUARAT MAJLIS PERSEKUTUAN F.M.S 1939



KUALA LUMPUR 1943



KUALA LUMPUR 1945




KUALA LUMPUR 1946





KUALA LUMPUR 1950

Nama-nama jalan yang baharu diwartakan di dalam dokumen rasmi kerajaan 
Nama-nama lorong dan jalan baharu ke Jalan Klang dalam tahun 1950



KUALA LUMPUR 1951

Sekolah Chin Woo di Jalan Pasar, Kuala Lumpur, dibina dengan kos $110,000, adalah salah satu daripada dua pembinaan sekolah Cina yang baru  di Ibu Kota Persekutuan,sejak pembebasan. Sekolah ini akan dibuka secara rasmi  oleh Encik Cheong Yoke Choy, Pemimpin Cina Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 1953



KUALA LUMPUR 1959





Sabahagian daripada Pasokan Girl Guides dari Malay Girls College, Damansara Road di sini. bergambar beramai-ramai untok kenang2an dengan Puan Iris Ferris, Setiausaha Agong Pertubohan Girl Guides sa-Dunia ketika beliau mengunjongi kolej itu. Dudok di tengah Puan Iris dan di kanannya Puan Bibi bt.Hassan, murid Form IV sabagai ketua regu.




KUALA LUMPUR 1960
PENGKEBUMIAN DIRAJA 1960

Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Jawi: سلطان هيثم الدين عالم شاه إبن المرحوم سلطان علاء الدين سليمان شاه‎; 13 Mei 1898 – 1 September 1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 14 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.

Sultan Hisamuddin Alam Shah merupakan putera ketiga kepada Sultan Alauddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa (1898-1938) dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, isteri orang kebanyakan. Diberi nama Tengku Alam Shah, baginda tidak dijangkakan untuk memerintah disebabkan baginda mempunyai dua orang kekanda. Menerima pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Tengku Alam Shah telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 1938 setelah kemangkatan bapa baginda. 

Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua Malaya pada 14 April 1960 untuk tempoh penggal selama lima tahun, tetapi mangkat selepas penyakit misteri di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 1 September 1960 - pada hari pertabalannya. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Klang, Selangor. Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad merupakan isteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah, dan dari keturunan kerabat keluarga diraja Selangor, yang menjadi Tengku Ampuan Selangor dan Raja Permaisuri Agong.









KUALA LUMPUR  1961 




KUALA LUMPUR 1964



KUALA LUMPUR 1965

1965 MAHA

KUALA LUMPUR 1968




















KUALA LUMPUR 1969










KUALA LUMPUR 1970

Gambar menunjokkan pasokan sepaktakraw Sekolah Aminuddin Baki dengan guru besar sekolah itu, Enche Mohd Rashid Mohd Nor, berdiri di-kanan_ sekali di-luar Dewan Merdeka KKB.
Berdiri di-kiri sekali ialah Enche Ahmad Sujan, jurulatehnva.

KUALA LUMPUR 1975




















MOHAMMAD ALI 1975

KUALA LUMPUR 1993

1993- Tragedi Runtuhnya Highland Towers




KUALA LUMPUR (TARIKH TIDAK DAPAT DIPASTIKAN)















PETALING JAYA 1960-AN


PJ dalam tahun 1963





Rujukan:





Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...