Isnin, 5 Mei 2014

Sampan, Feri dan Jambatan: History of Langat River Crossings

Salam buat semua. Terima kasih kerana membaca blog aku ini. Walaupun tak sepopular blog orang lain (memang ler pasal aku cerita hal sejarah. Kisah orang yang dah mati. Kisah kampung biasa, yang tak ada beza dengan kampung-kampung lain) tapi aku puas. Puas kerana hajat aku tercapai, kerana bagi aku Telok special. Macam setiap manusia. Memang kita serupa tapi masing-masing ada kelebihan yang Allah kurniakan. Begitu juga kampung kita ini. Aku seronok bila korang seronok membaca entri-entri aku. Bukan syok sendiri atau  riak, bukan dahagakan pujian, tapi puas kerana korang menjadi pendorong untuk aku menggali lebih dalam lagi sejarah lama kita. Mudah-mudahan penulisan aku ini menjadi amal jariah buat aku apabila aku tiada lagi nanti kerana ilmu bermanfaat yang disampaikan tidak akan terputus amalannya.

Tapi korang kena bantu aku sikit, boleh tak? Bukannya apa, korang komenlah sikit, bertukar-tukar maklumat dengan aku. Mungkin korang boleh cadangkan topik-topik menarik. ATAU korang boleh hantar, pass-pass kat aku artikel atau apa sahaja bahan ilmiah yang boleh aku gunakan untuk penulisan aku ini. Kalau ada gambar-gambar Telok lama. So, aku mohon korang, pergi selongkar almari lama kat rumah kampung korang tu, cari gambar-gambar lama, e-melkan kat aku, ok? Kita sama-sama lah..Kalau cukup bahan-bahannya, boleh kita sama-sama terbitkan buku sejarah eksklusif tentang Telok dan kawasan-kawasan jajahan takluk serta ruang lingkupnya. Hehehe...

Sabtu dan semalam aku balik ke Telok. Dah lama tak balik. Rindu pulak kat kakak aku di Taman Dato' Hormat serta bapa dan emak saudara aku kat Batu 11 tu. Lepas rehat sehari kat rumah kakak aku, aku ke Batu 11 pulak ikut  Jalan Perepat. Sampai kat simpang tiga, tetiba jer aku tergerak nak belok ke kanan, ke Segenting. Aku teruja nak tengok tempat lepak aku ketika bulan Ramadhan masa umur aku belasan tahun. Kenapa aku ke sana? Isy,isy,isy...korang ingat aku ke sana nak cari lauk berbuka bila azan zohor berkumandang ke? Jahatnya korang! Aku bukan lelaki sebegitu. Memang masa itu aku selalu ke jeti feri Pulau Carey, tapi aku ke sana naik motor bersiar-siar sementara menunggu waktu berbuka tiba. Memang, ramai yang ke sana berbuka puasa awal bersama-sama Keling dan Cina, tapi aku tidak, Gua geng Surau maa...Hehehe. Sahaja aku naik feri mundar mandir ke Pulau dan Segenting. Time tu air sungai tengah pasang. Hijau  macam air tebu. Hilang sikit dahaga puasa bila memandang aliran sungai ketika itu. Masa itu jambatan ke Pulau Carey tak ada lagi. Jambatan ke Kg. Sawah lagi ler tak ada. Yang ada feri pontoon untuk bawa pejalan kaki, kereta-kereta, dan lori-lori sawit keluar masuk dari pulau tersebut ke tanah besar melalui Telok.

So, cut the story short, itulah aktiviti aku masa tengah hensem dan rambut masih lebat di kepala dulu. Aku tunjukkan isteri aku nostalgia manis aku di Telok. Ketika itu terfikir aku macam mana orang dulu-dulu menyeberang sungai yang luas ini? Kemudian aku sekonyong-konyongnya masuk ke zaman atuk nenek moyang aku dulu. Time Omputeh mula menipu dan mengakalkan sultan kita. Kurun ke-19. Tahun 1890an. Kalau sungai kat kampung bini aku di Bagan Datoh tu, cukup sekadar tumbangkan sebatang pokok kelapa untuk meniti ke seberang, tapi sungai ini Sungai Langat, bhai! Jauh  jarak tebing-tebingnya. Itu belum cerita Sang Buaya yang sedang berjemur sambil menganga di tebing. Bukan seekor dua, banyak. Nama  Kg.Sungai Buaya itu bukan suka-suka tulis tau, bhai.  Ada beranikah?

Aku kalau tengah excited macam gini, memang cakap omputeh jer...melatah kata orang tua-tua kampung aku...

Langat River is a river in Selangor state, Malaysia. The Langat River is 120 km long and originates from the Titiwangsa Range in Gunung Nuang. It drains westward to the Straits of Malacca. The major tributaries of Langat River are the Sungai Semenyih and Sungai Labu. 
Hah, kan dah terkeluar semua. Amekkau!

So, aku  pun rayau-rayau kat sekitar Segenting, ambil gambar-gambar jambatan yang ada kat situ.  Dari Telok Datok ke Pulau Carey, ada empat  buah jambatan kesemuanya:

1. Jambatan Telok Datok atau ada orang panggil Jambatan Banting, merentasi Sungai Langat menyambungkan Telok Datok dan Banting di laluan Persekutuan 5

2. Jambatan Kampung Sawah  merentasi Sungai Langat menyambungkan Jugra dan Kg. Simpang Bandar dan Telok Panglima Garang

3. Jambatan Pulau Carey merentasi Sungai Langat menyambungkan Pulu Carey dan Kg.Simpang Bandar dan Telok Panglima Garang

4. Jambatan Pulau Carey merentasi Sungai Langat menyambungkan  Pulau Carey dan Kg.Simpang Bandar dan Telok Panglima Garang di laluan SKVE


Daripada keempat-empat jambatan itu, hanya  Jambatan ke Pulau Carey sahaja yang rendah kerana dibina pada tahun 80an. Yang lain itu semuanya tinggi- tinggi seolah-olah memang dibina untuk kapal belayar di bawahnya. Mungkin memang ada rancangan kerajaan hendak menjadikan sepanjang tebing Sungai Langat  hingga ke Pelabuhan Klang dan Westport (termasuk Telok Mengkuang) sebagai kawasan perindustrian marin. Mungkin tak lama lagi jambatan itu pun akan dirobohkan dan dibina jambatan tinggi yang baru. Bila? Wallahualam.

OKlah berbalik kepada kisah dulu-dulu, sebelum British masuk ke Jugra, semua orang bersampan ke hulu ke hilir sungai. Kalau bawa barang atau bijih timah, dia orang gunakan tongkang dan buluh panjang. Trafik ikut pasang surut air sungai. Kalau dari Telok nak ke Banting, kena tunggu air pasang. Ikut kederasan arus. Timing mesti tepat. Kalau tidak tersasar dari jeti. Begitulah sebaliknya. Setiap kampung tepi sungai ada pengkalan perahu masing-masing. Standardlah kat mana-mana pun macam itu juga. Tiada sebarang jambatan pun dibina merentasi Sungai Langat ketika itu.

Kemudian, kira-kira tahun 1895. apabila British menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbirannya (memang ler pasal Sultan bersemayam kat situ), mereka membina feri pontoon yang ditarik menggunakan kabel dalam air (dengan winch) yang boleh membawa 2 buah kereta pada satu-satu masa.Pada masa itu jalan darat dari Bandar ke Klang melalui Telok Panglima Garang telah dibina. Pengkalan kedua-dua tebing sungai adalah di sekitar Sungai Buaya di Jugra dan Segenting Kg. Bandar di sebelah Telok. Perjalanan mengambil masa 15 minit jer. Biasanya feri itu untuk kegunaan rasmi pihak istana, Sultan, pegawai kerajaan Inggeris dan pengurus estet di sebelah Jugra dan Telok serta Klang.

Selepas tahun 1901, apabila Pulau Carey mula diteroka, Mr. V.Carey dan pengurus-pengurus estet di situ mula menggunakan perkhidmatan bot dan pontoon bertunda untuk berulang alik antara pulau dan tanah besar. Bagi rakyat biasa dan pekerja estet, mereka masih menggunakan sampan dan sampan penambang untuk menyeberang. Menurut anak saudara V. Carey, ketika itu  pernah dilihat ada harimau yang berenang-renang menyeberang  Sungai Langat di tebing Pulau Carey. Kemudian pada tahun 1909, ada ura-ura hendak dibina jambatan gantung. Dah siap panggil konsultan dari Singapura dah untuk ukur dan pilih lokasi. Tapi tak tahulah cerita selepas itu. Jadi ke tidak. Aku rasa tak jadi, pasal kalau jadi dibina, mesti atuk nenek moyang aku dan semua orang kampung bercerita pasal jambatan itu.

Alih-alih dengar berita jambatan besi  sepanjang 560 kaki akan dibina di Telok Datoh pada tahun 1911 dan dijangka siap tahun depannya, 1912. Mungkin macam Jambatan Bellfield kat Klang kot designnya. Apapun, berita itu pasti menggembirakan penduduk Jugra kerana rangkaian jalan raya dari Klang-Jugra-Morib dan ke Bangi bersambung. Masa itu Banting belum wujud lagi sehinggalah tahun 1916. Pentadbiran Daerah Kuala Langat masih lagi di Jugra. Hanya pada tahun 1918 barulah seluruh pentadbiran daerah berpindah ke Telok Datoh. Mungkin umur jambatan ini hanya setakat 29 tahun sahaja, iaitu pada tahun 1941, ketika British meletupkannya untuk mengelakkan kemaraan askar Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Buktinya hanya tinggal struktur tiangnya sahaja yang tertinggal dan tertanam dalam sungai dan ini boleh dilihat oleh penduduk Banting sehingga tahun 1980an. 

Ketika Jepun memerintah pasti mereka juga membina jambatan untuk menyeberang. Mula-mula jambatan pontoon dibina. untuk urusan ketenteraan. Kemudian jambatan kayu dibina pada tahun 1944. Jambatan kayu ini terus digunakan oleh penduduk Banting dan Kuala Langat sehinggalah jambatan besi dan konkrit sepanjang 370 kaki bernilai RM800,000 dibina dan siap untuk dirasmikan oleh baginda Sultan Selangor pada 18 November 1961

Semenjak itu, jambatan itulah yang aku dan orang-orang lain sebaya aku menyeberang jambatan itu setiap kali berbasikal , berjalan kaki atau naik bas sekolah atau bas Mara ke pekan Banting. Jambatan itu terus digunakan sehinggalah pihak Lions Group menyarankan kepada kerajaan negeri agar jambatan baru yang lebih tinggi dibina kerana tongkang-tongkang mereka yang mengangkut besi buruk tidak dapat melepasi had jambatan tersebut ketika air pasang dan gangguan perjalanan oleh tiang-tiang jambatan. Bahkan mereka sanggup membiayai sepenuhnya pembinaan jambataan baru kini yang berbentuk gerbang dan dianggarkan bernilai  RM35 juta itu. Malah, kos meruntuhkan jambatan lama juga ditanggung sepenuhnya oleh pihk mereka. Jambatan baru yang unik ini mula dibuka dan digunakan sejak tahun 2007. Kalau dahulu selamba jer aku lalu jambatan ini, tapi kalau jambatan baru ini kena berfikir berpuluh-puluh kali...nak mendaki separuh jambatan pun dah mencungap, berpeluh-peluh sambil minta nyawa inikan nak berulang alik naik basikal. Baik aku berenang jer ikut belakang Giat Mara Banting. Begitulah sejarah panjang lintasan Sungai Langat di kawasan Banting, Jugra dan Telok Panglima Garang. Di bawah ini aku sertakan gambar jambatan-jambatan Telok Datok, Pulau Carey dan Jambatan SKVE yang menghala ke Pulau Indah itu. Yeah, kita enjoy!

1. Jambatan Telok Datok






            The Straits Times, 16 Disember 1909, 

  





 The Straits Times, 15 December 1911, Page 6






                                    




  2. Jambatan Pulau Carey 



 Pemandangan dari Jambatan Pulau Carey ke Segenting









 Pemandangan Pulau Carey dari Restoran Makanan Laut Cina di Segenting


Pemandangan kedua-dua tebing di Segenting





3. Jambatan SKVE ke Pulau Carey





      

4.  Jambatan Kg. Sawah












Anda mungkin berminat membaca:

Jumaat, 2 Mei 2014

Asal Usul TPG 2: Siapa sebenarnya Panglima Garang?

Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan  pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Sure korang tertanya-tanya kenapa aku tengah dok menaip cerita pasal Telok sedangkan sepatutnya aku di dalam kelas mengajar, bukan? Hahaha...memang ler tapi aku sekolah sesi petang. Pukul 2:20 petang nanti baru mula start mengajar. Jadi pagi ini, sementara ada masa menanti solat Jumaat nanti, aku layari internet. Cari cerita-cerita menarik tentang asal usul Telok. Ya, memang betul, aku dah tulis pasal hal itu dalam entri aku terdahulu, Yang belum baca sila rujuk kat sini. Tapi yang itu aku ambil daripada blog lain yang mengatakan sejarah lisan tentang Telok. Aku ulang balik, Sejarah Lisan. Maknanya, cerita dari mulut ke mulut. Boleh diterima pakai tetapi tak boleh dijadikan sandaran hujah dalam tesis. Hmmm...korang dah mula tertarik nampak! Aku dah agak dah...

Memang ada tertulis dalam sejarah Selangor tentang kehadiran orang-orang Aceh di Selangor. Kemungkinan mereka ini yang membuka Telok atau nama lamanya Nibong Dengkil  (setelah menghalau Sakai-sakai yang ada di situ) itu benar seperti yang diceritakan. Cuma hendak 'highlight'kan kat sini, sebenarnya nama Panglima Garang itu memang wujud. Mungkin nama ini nama gelaran seseorang, tetapi kewujudannya memang ada kena mengena dengan pemerintahan Sultan Abdul Samad. Justeru, kemungkinan nama Telok Panglima Garang dimasyhurkan sempena nama panglima ini atas sebab membantu baginda Sultan menaiki takhta, ada kebenarannya. Begini ceritanya,,,,

Ketika itu, Sultan Mohamad memerintah Selangor bersemayam di Kuala Selangor. Baginda amat risau dan mengesyaki kerabat sepupu baginda yang bernama Abdul Samad (kemudian bergelar sultan) ini merampas takhta kelak. Baginda memerintahkan hulubalang menangkapnya. Mendengar berita tentang arahan tersebut, apa lagi ditunggu, Raja Abdul Samad pun melarikan diri ke Kajang. Ketika itu berlaku serangan Raja Berayun ke atas Sungai Ujong ( kini Seremban) kerana menuntut bela atas kematian salah seorang sahabat beliau setelah Dato' Kelana Sendeng enggan membayar 'wang darah', mengikut adat Melayu masa itu. Namun serangan itu dapat dipatahkan. Raja Berayun berundur ke Reko di hulu sungai. Beliau mempelawa Raja Abdul Samad ini tinggal bersamanya dalam kubu mereka di Reko. Raja Berayun ini mempunyai dua orang panglima yang gagah berani serta kebal bergelar Panglima Garang, dan Panglima Si Gara, berserta 500 orang pendekar. Maka Raja Abdul Samad ketika itu berada dalam jaminan keselamatan Raja Berayun dan penglima-panglima serta tentera baginda. Tinggal lah baginda di situ  buat beberapa ketika. Raja Berayun dan orang-orangnya hidup dengan 'merompak' dan menangkap sakai-sakai untuk dijual sebagai hamba. Maka nama Panglima Garang cukup digeruni oleh Sakai-sakai di kawasan pedalaman dan yang tinggal di sepanjang sungai Langat.

Apabila Sultan Muhammad mendapat berita tentang Raja Abdul Samad berada di Reko bersama Raja Berayun, baginda menghantar amaran kepada Raja Berayun  agar tidak lagi melindungi anak raja itu. Raja Berayun memandang ringan sahaja amaran sultan itu. Namun orang-orangnya menasihati beliau agar berwaspada. Jadi, beliau memerintahkan pendekar-pendekarnya menumbangkan pokok-pokok di tebing kiri dan kanan sungai menuju Reko bagi menghalang kemaraan orang suruhan sultan dan jika perlu, bunuh kesemua mereka tanpa belas kasihan. Alhamdulillah. Tiada apa yang berlaku kerana mereka (tentera Sultan) pulang ke Kajang.

 Ketika Sultan Muhammad dalam keadaan gering, Raja Berayun dan Raja Berkat Riau bersama Raja Abdul Samad berada di sisi baginda. Mereka melafazkan taat setia kepada Sultan,dan melantik Raja Abdul Samad sebagai Raja Muda. Pada 6 Januari 1857, Sultan Muhammad mangkat, dan dimakamkan di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Namun sebaik sahaja Sultan Mohamad mangkat, Selepas kemangkatan tersebut, Tengku Panglima Besar Raja Abdul Samad dilantik, dan ditabalkan sebagai Sultan Selangor ke-4 pada tarikh tersebut. Raja Muda kini menjadi Sultan Selangor yang baru.Tiada sesiapa dalam kalangan istana yang berani membantah, mungkin kerana kehadiran Panglima Garang bersama-sama Raja Berayun yang terkenal dan berkuasa kini. Sebagai membalas jasanya, Panglima Garang diberi 100 ekar tanah kurniaan Sultan di Batu Road (Kuala Lumpur) dan ditanami kelapa. Wallahualam. Semoga roh-roh mereka ditempatkan Allah bersama orang-orang yang diredhaiNya.

 Oklah. Itu kisahnya. Tapi bagaimana rupa paras Panglima Garang ini? Digambarkan beliau bertubuh sasa, tinggi, bermisai tebal yang 'menggerunkan', walaupun sudah berumur. Mungkinkah beliau orang yang bertanda dalam gambar di bawah ini? Mohon pengesahan pakar sejarah tempatan dan waris Panglima Garang.



makam Raja Berayun di Bukit Jugra

Sumber Rujukan:
Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria*,PENGLIBATAN TUNKU PANGLIMA RAJA BERKAT DALAM POLITIK DAN PENTADBlRAN NEGERI SELANGOR PADA ABAD KE-19, http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22947/147_175.PDF

Newspaper Article - WHEN COCKFIGHTING WAS THE RAGE
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19341111-1.2.121.aspx

http://www.keriswarisan.com/live/photo/713/sultan-selangor-sultan-abdul-samad-bersama-panglima-panglimanya-1890/

Anda mungkin berminat membaca:
Indeks Halaman Utama

Selasa, 29 April 2014

Klang Bandar Paling Kotor?



Salam buat semua. Dah lama benar aku tak balik ke Telok, jengok-jengok kakak aku yang setia menjaga rumah pusaka di sana. Dah dekat 5 bulan aku tak balik. banyak benar halnya. Rindu rasanya. Selain balik ke rumah kakak aku, aku seronok ronda-ronda Kg. Simpang Bandar hingga ke Segenting. Dah banyak berubah dah. Dah tak ada otai-otai  minum kat kedai lagi. Paling tua mungkin abang Mat Lael dan Abang Man Lambak. Peringkat umur aku mungkin dah ramai pindah merantau macam aku juga. Pasal itu susah nak jumpa diorang time aku balik. Masing-masing dengan kehidupan berkeluarga. Berpindah dan merantau macam burung gagak yang pernah menguasai  ruang angkasa Klang satu ketika dahulu. Gagak dan Klang ibarat irama dengan lagu, tak dapat dipisahkan. Kata orang, di mana ada Keling, di situ ada gagak. Hahaha..,walaupun jenakanya berbau perkauman, tapi memang ada kebenaran fakta. Memang burung gagak dibawa dari benua India (Sri Lanka tepatnya) ke Klang masa estet mula-mula dibuka. Sejak dahulu, bandar Klang terkenal dengan burung gagaknya.

Burung Gagak yang sinonim dengan bandar Klang itu sebenarnya dibawa masuk oleh seorang peladang inggeris, Edward Valentine John Carey. Beliau membawa spesis gagak ini pada tahun 1902 dari Ceylon bagi tujuan mengawal serangan ulat keatas tanaman kopi yang beliau usahakan di Pulau Carey . Namun usaha ini tidak berkesan dan gagak terus membiak..Makin lama makin membiak sehinggalah gagak mula dianggap sebagai burung yang pengotor, mengotorkan dan menyusahkan. 

Pernah Klang dianggap bandar paling kotor di Malaya selepas Melaka masa tahun-tahun 50an dan 60an dulu Tetapi kalau nak menyalahkan  sahaja gagak punca Klang kotor, itu kurang tepat. Memang burung nakal ini menggeledah tong-tong sampah dan longgokan sisa-sisa buangan untuk mencari makanan tapi punca segala pengotoran ini memang manusia yang tinggal di bandar ini. Memang tak ada civic minded langsung! Segala sampah sarap main buang kat parit dan sungai sahaja.Sungai Klang yang sememangnya membawa segala sampah dari hulu sungainya di Ampang dan Gombak terus ke hilir dan kualanya tempat gagak berpesta makan minum. Sampah, bangkai, sisa kilang, semuanya ditelan oleh sungai ini terus menerus tanpa henti. Itu dalam sungai, yang di darat dan di tepi-tepi jalan itu angkara siapa? Manusia-manusia bangang dan bengong yang mementingkan diri. Pernah Sultan Selangor sendiri mengeluh dan agak murka dengan keadaan Klang yang kotor dan menjijikkan dan sikap rakyat Klang yang bersikap "bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut" ini sehingga pada tahun 60an dan 70an, baginda mengeluarkan perintah agar Klang dibersihkan dan burung-burung gagak ditembak!

Kempen menembak gagak menawarkan wang tunai RM2.00 - 3.00 untuk setiap bangkai gagak! Burung-burung hitam ini masih lagi dapat dilihat terutamanya di kawasan berdekatan sungai Klang yang tercemar akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab di kawasan hulunya. Walau bagaimanapun, bilangannya tidak sebanyak pada tahun-tahun 80an dan 90an. Dengan keadaan sungai Klang yang lebih terjaga pada masa kini, kebanyakan burung gagak mula berhijrah ke bandar-bandar lain di Selangor.

 Kini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan kerja dan kempen pembersihan sungai sepanjang 47 kilometer yang terletak dalam sempadan daerah Klang. Penubuhan Unit Litter-Picking Sungai Klang membuktikan kesungguhan MPK dalam menangani masalah pencemaran sungai yang dianggap antara paling kotor di Selangor mahupun Malaysia.

Rujukan:
Shaiful Bahri Md. Radzi, et al,.,"Pengaruh Melayu dalam Pantun Mah Meri". Jurnal Melayu: 1(2004).
http://www.my-rummy.com/klang_pages.html
The Straits Times, 24 June 1966, Page 18,A Royal rebuke for Klang Town Council

Keadaan kotor di Rumah Rehat Klang tahun 1901


Masih tidak berubah...Rumah Rehat Klang 1905


Loji Pembakar Sampah

Klang Utara memang kotor!


Jalan, Pasar, dan lorong belakang kedai kotor


Kempen Kebersihan Klang Mula Nampakkan Hasil

Sultan Selangor Murka Klang Kotor


MPK dipersalahkan

Usaha Membersihkan Klang Bermula


Antara Cara-cara Membersihkan Klang


Laporan Kempen Kebersihan  kepada Sultan

Antara Punca-punca Pencemaran Sungai Klang
                                                     
Klang Memang Kotor!








Kempen Anti-Gagak Bermula


Isytihar Cuti kerana Pertandingan Menembak Gagak





Nasib Malang Gagak Klang





Sungai Klang Paling Tercemar





Anda mungkin berminat membaca:

Isnin, 28 April 2014

Antara Telok, Telok Mengkuang dan Telok Gong

Salam. Bertemu lagi kita di sini. Maaf, dah lama tak besembang di alam maya ini. Bukan kerana apa...cuma agak sibuk dengan hal-hal dunia yang perlu diselesaikan. hahahaha...Sorry ler. Hari tu, sedang belek-belek sok kobar lama (surat khabar lama) online  kek Singapore nun, sey terbaco kisah Hamid Tuah. Oops.. tersasul slang nogori pulak...Saya terbaca New Straits Times dulu- dulu, banyak kisah lama yang mungkin tak pernah kita dengar atau mungkin pernah kita dengar tapi tidak disensasikan. Antara yang menarik perhatian saya  kisah Hamid Tuah tahun 60-an dulu. Korang pernah dengar tak nama itu? Sorry bro...bukan Arwah Hamid Ikan yang berniaga kat pasar Telok tu. Bukan juga abang Syed Hamid menantu Arwah Ustaz Abbas yang berniaga goreng cempedak dan yang ada kedai ukiran akar kayu kat korner Simpang tu. Memang tak pernah dengar ler ni? Memang ler...Hamid Tuah ni bukan orang Telok! Bukan warigh suku kito, kato orang den kek Soromban ni hah. Tapi satu Malaya tahu kisah dia....cuma mungkin kita yang kurang tahu pasal kisahnya bukan di Telok, tapi di Telok Gong. Tahu tak kat mana Telok Gong tu?

Kalu tak tahu, poei tanyo Wan,
 Kok takdo kesompatan, poei tanyo kawan-kawan
Tak tahu poei tanyo......Jangan gomar momandai-mandai

Hahaha...kono sebijik kek ekau sumo...Oops sori...Den terkobar bahaso nogori sekali laei. Bacolah apo yang den dapek kek internet...

Teluk Gong merupakan sebuah perkampungan yang kini menjadi sebuah pekan, berhampiran dengan bandar Klang dan Pelabuhan Klang di Selangor, Malaysia. Antara tempat berdekatan ialah Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Pulau Indah dan Kampung Baru Batu Lima. Di seberang Teluk Gong ialah Pulau Indah yang dahulunya dikenali dengan nama Pulau Lumut. Pelabuhan Barat (Westport) telah dimajukan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Teluk Gong merupakan kawasan perkampungan nelayan pantai. Teluk Gong berhampiran dengan muara Sungai Klang dan Selat Melaka. Oleh itu, sebuah jeti nelayan telah dibina di Teluk Gong bagi memudahkan bot-bot nelayan pantai singgah, berlabuh dan menurunkan tangkapan ikan yang turun. Kebanyakan mereka menggunakan jaring biasa yang direntang di tengah laut.

Selain bekerja sebagai nelayan, penduduk Teluk Gong bekerja di sektor perindustrian. Banyak kilang dan gudang telah dibina di Teluk Gong. Lebuhraya Shah Alam - Pelabuhan Klang hingga ke Westport telah dibina dan Teluk Gong menerima limpah rahmatnya. Sebuah jambatan telah dibina oleh pihak lebuh raya berhampiran dengan Teluk Gong.

Teluk Gong pernah terkenal pada tahun 1967, apabila penduduk kampung mengadakan demonstrasi menuntut tanah yang mereka teroka menjadi hak milik mereka. Antara yang menjadi pejuang rakyat ketika itu Hamid Tuah. Pada 1960-an, tindakan Hamid Tuah dan 500 penduduk-penduduk Melayu miskin yang meneroka tanah hutan di Teluk Gong dikatakan tidak menepati Undang-Undang Tanah kerajaan negeri Selangor.

Hah...itu baru intro..Kisah Hamid Tuah and the Gang di Telok Gong. Memang menarik. Kisah perjuangan rakyat yang miskin tidak punya apa-apa bangun menuntut hak sebagai warganegara dan bumiputera tetapi dihambat pemerintah bagai anjing kurap tidak bertuan. Ketika itu negara masih muda. Baru merdeka. Baru bertukar tangan. Kalau dahulu orang putih hidung tinggi,sekarang orang Melayu hidung kembang yang berkuasa. Pembangunan  negara rancak dan hebat, tapi semuanya di bandar-bandar. Klang, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya (baru bina tahun 1952). Kilang-kilang banyak tapi bukan untuk orang Melayu. Maksud aku jawatan-jawatan dalam kilang semuanya dikuasai bangsa asing. Mungkin ada seorang dua anak Melayu bandar yang bersekolah Inggeris masa itu. Majoriti Melayu masih di kampung. Tak ramai yang sanggup ke bandar mencari rezeki tanpa ilmu di dada. Bukan ilmu persilatan tapi ilmu pengetahuan tentang kemahiran yang diperlukan di kilang dan pejabat. Kalau setakat kerja kuli batak dan jaga, itu tak payah guna sijil. Nak kerja kilang mesti tahu dan ada kemahiran mesin-mesin. Itulah yang orang Melayu tak ada masa itu. Jadi walaupun negara rancak pembangunannya, Melayu hanya sekadar di pinggiran. Tengok sahaja tanpa terlibat sama.

“Kalau Malaya merdeka orang Melayu akan senang”

Kata Memanda Menteri Perdana masa itu. Hanya retorik yang menenangkan hati tetapi tidak mengenyangkan perut. Walaupun yang berkuasa Melayu, tapi tak nampak anugerah kemerdekaan negara kepada kita, orang Melayu masa itu. Sama macam zaman penjajah juga. Kuasa ekonomi di tangan kaum asing. Estet masih orang putih punya. Keling masih di estet, Melayu di kampung, Cina di bandar.  Menteri Besar dan Perdana Menteri memang orang Melayu tetapi tebal berfikiran British.Terlalu mengikut stail pentadbiran British yang demokrasi konon sehingga kaum bumiputera dan pribumi ketinggalan dan dipinggirkan. Bangsa lain kaya raya. Bangsa sendiri  merempat papa kedana.

Benarlah bak kata pepatah,
 Ayam di kepuk mati kelaparan,  itik di air mati kehausan, 
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.
 Bisa.. tapi itulah hakikatnya.

Di kampung, anak semakin ramai, tanah pusaka semakin mengecil. Mana mungkin dapat dikerjakan untuk menampung makan minum, tidur pakai anak-anak dan isteri. Tanah pusaka mungkin cukup untuk didirikan rumah kecil tanpa bilik untuk berteduh daripada hujan dan panas. Untuk bertani memang tak cukup. Terpaksalah bekerja rencam membuat macam-macam kerja kampung dan estet seperti menebas, menggali parit, menetak nipah, membuat atap dan lain-lain kerja yang setaraf dengan pendidikan sekolah Melayu Darjah Tiga jer. Kita di Telok pun situasi dan senarionya hampir sama. Merempat.

Puas sudah ke sana ke mari memohon sebidang dua tanah hutan untuk diteroka buat penyambung penghidupan tapi ditolak juga ke sana ke mari, ibarat bola di kaki. Bertahun lamanya fail bertimbun di atas meja, mengumpul habuk, tanpa tindakan sewajar Settlement Officer. Mungkin tiada wang kopi atau pengeras dikirimkan atau diselitkan. Cina Telok dan Jenjarom dalam diam-diam meneroka haram hutan di Telok Mengkuang. Bukan baru tapi sejak sebelum merdeka lagi. Minta tanah secara sah dengan British tanah di sekitar Telok tapi tanah di Telok Mengkuang 'milik' mereka juga...tak bayar satu sen cukai pun! Tapi takde seorangpun didakwa di mahkamah. Bertahun-tahun makan hasil free. Tapi orang kita....mana mungkin mereka menanggung makan minum pegawai sedangkan anak dan isteri di rumah kebelai (kelaparan)?

 Tapi apabila orang Melayu yang buat, orang Melayu juga yang merampas dan mendakwa mereka di mahkamah, siap dengan ugutan rumah dan kebun akan dibakar jika tak akur perintah keluar oleh mahkamah.  Lebih parah lagi apabila hutan dara yang diteroka dirampas pemerintah. Anak isteri dihambat keluar sehelai sepinggang, umpama tiada tempat baginya di dunia.

 Cukup,cukup sudah.Cukup sampai di sini saja.Sudah puas bersabar, kemuncak kemarahan rakyat bawahan lagi marhain ini meledak juga akhirnya. Bukan melalui pemberontakan atau kekerasan bersenjata, tapi secara protes senyap. Apa nak jadi, jadilah. Biar Sang Pemerintah sebangsa sedarah, kalau terpaksa sanggup aku bermandi darah!

 Apa yang tersurat ketentuan Tuhan, pasti terjadi tuan dan puan. Bermula sejak 1950-an, Hamid Tuah terlibat memimpin rakyat dalam isu tanah di Bukit Ceraka, Subang, Batu 5,Kampung Johan Setia, Jalan Banting (1958), di Kampung Sireh, Tanjung Karang(31 Ogos 1958), Telok Gong (1967), dan Merbau Berdarah(1969). Beliau bukanlah anak orang ternama ,anak pendeta mahupun anak raja. Hanyalah beliau konstabel polis pencen biasa. Sejak itu, Hamid kerap mengalami keperitan hidup akibat memperjuangan hak rakyat marhain untuk memiliki tanah yang diusahakan mereka. Dia kerap di tahan di bawah akta ISA dan diawasi rumahnya sepanjang masa bahkan diancam ditarik kerakyatannya dan dibuang negara. Memang mereka tak mampu memasang loyar peguam di mahkamah. Hanya tangisan dan air mata yang mampu mereka keluarkan.

Namun Allah SWT tetap bersama-sama hambaNya yang dizalimi. Penderitaan kaum tani ini mendapat liputan akhbar secara besar-besaran. Golongan mahasiswa membela mereka di jalanan. Parti pembangkang membicarakan kezaliman kerajaan di parlimen. Kini kerajaan yang berkuasa pula tertekan. Gelombang rakyat bersama Hamid Tuah dan kaum tani. Perjuangannya mula memutikkan hasil. Akhirnya dasar kerajaan diubah. Skim FELDA adalah antaranya yang mendesak dan memberi tekanan kepada kerajaan membuka penempatan untuk rakyat.

 Namun, setiap yang hidup pasti mati. Tapi matimu tetap dikenang sebagai pejuang. Hamid Tuah dipanggil menemui Ilahi pada tanggal 7 Januari 1997. Kini namanya tersemat bersemadi dalam jiwa sanubari masyarakat Telok Gong, Selangor dan negara amnya.

AL FATIHAH UNTUK MU PEJUANG !

terima kasih tidak terhingga atas segalanya:

http://www.academia.edu/3623353/MENINJAU_KEMBALI_PERJUANGAN_HAMID_TUAH_MEMBELA_KEPENTINGAN_KAUM_TANI_TIDAK_BERTANAH_PADA_1950-AN_HINGGA_1970-AN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teluk_Gong
http://www.daulahrakyat.com/blog/?p=481
http://tintajundi.wordpress.com/2008/12/17/siri-3-tajuk-terpilih-dekad-1960an/
http://dema1998.tripod.com/student_movement/sm_malaysia/002.htm

The Straits Times, 16 September 1969, Page 8 


Anda mungkin berminat membaca:
Indeks Halaman Utama

Sejarah Menarik Rumah Rehat, dan Halting Bungalow di Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat semua umat Islam dan peminat blog Atok ini. Syukur alhamdulillah atas segala limpahan rahmat Allah...