Khamis, 13 Oktober 2011

Kisah di dapur

Entah mengapa aku selalu teringat betapa enak masakan ibu dan nenekku...ya, semua orang berkata begitu,kan? Tapi bagi aku keenakannya bukan saja pada tangan yang memasak tapi juga pada alatan memasaknya. Maksud aku...kalau aku bandingkan masakan dapur kayu,walaupun dengan seribu kepayahan, namun nasi yang ditanak terasa begitu enak dimakan! Mungkin pada standard kita sekarang, dengan segala kemewahan yang kita miliki, betapa payah nenek dan mak kita berada berjam-jam di dapur bermain dengan asap dan api...tapi bak kata pepatah, Alah Bisa Tegal Biasa.....Walaupun periuk belanga tebal jelaganya, hitam legam warnanya, namun kesudahannya...masakannya yang utama...enak!
Pengalaman aku mengutip, mematahkan dan menyusun kayu-kayu getah yang kering dan mati untuk disimpan sebagai kayu api masih terngiang-ngiang dalam benakku...Subuh-subuh lagi, tatkala manusia lain sedang enak diulit mimpi nenek dan ibuku bingkas bangun menjerang air, meniup bara memarakkan api, sambil menumbuk sambal untuk dibuat nasi goreng buat bekalku dan adik beradik ke sekolah...yang pasti aku dan adik2ku tidak akan dibiarkan kelaparan ke sekolah..... sungguh besar dan mulia  pengorbanan seorang ibu..

Ketika kewangan ayahku kian meningkat, kami memiliki dapur minyak tanah cap Butterfly yang terkenal satu masa dulu..Tiada lagi asap dan abu dapur yang memenuhi ruang dapur dan aku tidak perlu lagi ke kebun di darat sana mengutip kayu api !Tapi misi aku bertukar arah, ke kedai beli minyak tanah atau minyak gas....





Isnin, 3 Oktober 2011

Tok Peh Kong kat Simpang Pulau Carey






Aku pun heran macam mana kat Simpang boleh ada Tok Peh Kong Cina kat sebelah rumah Salleh Jelir ni sedangkan majoriti penduduk kat situ Melayu Islam?. Keling Hindu adalah beberapa keluarga termasuk keluarga Krishna...Cina yang aku kenal Ang Kia yang bela itik,dan Ah Be yang rumahnya kat seberang jalan berdepan rumah aku dulu.. Tapi apa-apapun aku ada pengalaman buruk dengan tokong cina ni.Sekitar tahun 1972/3.. Masa tu opera Cina sedang bermain..lama tu! Lebih sebulan diorang berkampung..Tiap-tiap malam full house! Time tu pulak  musim langsat..Apa lagi aku dan kengkawan aku projek jadi usahawan muda..jual langsat kebun aku kat opera cina tu..bukannya mahal..sebungkus 20 sen jer.tapi yang aku heran satu bungkus pun tak laku! Dalam kepala aku mesti ada hal ni...aku tembak mesti opera cina ni mainkan sentimen perkauman pro-Cina. Cinabeng...baru nak berniaga usahawan muda cam aku pulak yang jadi mangsa..
Posted Image

Posted Image
Posted Image

Wajah Telok- Dahulu dan Kini

 Gambar-gambar ini aku dapat daripada kengkawan di FB
http://www.facebook.com/groups/150706634984011/

Terima kasih tak terhingga kerana kenangan silam mula mengimbau fikiranku..Memang aku belum dilahiran pada tahun tu...tapi betapa kemajuan menerjah kehidupan di bumi merdeka mengingatkan aku agar bersyukur dengan anugerahNya...Nikmat Kemerdekaaan

1.Mungkin  di lokasi yang sama...selekoh kat kuarters JKR..simpang ke Jalan Telok Mengkuang
Perhatikan batu tanda tepi jalan masih wujud di sana! Perhatikan 3 orang lelaki sedang bersembang sambil berdiri di situ..Mungkin pekerja JKR atau PWD masa tu.. Bekalan api takde tapi tiang talipon memang dah ada...Perhatikan pulak pokok-pokok durian di bahgian latar gambar...pemandangan biasa kat Telok


2. Jalan Besar Telok menghala ke arah Banting



 3.Perhatikan bentuk senibina dan jenis perniagaan yang dijalankan..apakah masih sama?

Betapa tenang dan damai kehidupan masa itu...berbasikal keliling kampung..bernaung dibawah teduhan pokok sena, menunggu kehadiran dan deruan kenderaan sama ada ke Kelang atau ke Banting...Bekalan elektrik masih jauh dari nyata

Bangunan kedai papan dua tingkat yang terpisah daripada deretan kedai itu masih wujud sehingga tahun 80an sebelum bertukar wajah dengan binaan konkrit. Mengapa terpisah? Mungkin milik bumiputera..

Sabtu, 2 Julai 2011

Kapal Haji di Port Sweetenham@ Port Klang@Kuala


Apa khabar semua? Kali ini aku nak bercerita tentang Port Klang.Pasal apa Port Klang? Pasal ramai sedara mara aku yang pernah dan masih bekerja kat sana. Dulu zaman Mat Salleh, Port Klang orang panggil Port Sweetenham sempena nama Residen Inggeris di Selangor..Orang Telok panggil Kuala jer...maksud diorang Kuala Kelang ler..pasal di situ ler muara Sg. Klang.Ok ler,cukuplah pelajaran Geografi tentang Port Klang..korang tengok peta kat bawah ni baru nampak jelas apa yang aku katakan.

 Dulu Port Klang, pelabuhan biasa jer, tak macam sekarang ada Northport, Westport, Southport...takde terminal kontena macam sekarang ni.Yang ada hanyalah Southport atau Pelabuhan Selatan yang mengangkut barang pukal pakai jaring besar. Lepas merdeka..itupun masa tahun-tahun 70-an, barulah ditukar nama kepada Pelabuhan Klang dan wujudlah LPK Lembaga Pelabuhan Klang sebagai organisasi pentadbirannya.



 Tapi aku bukan nak ceritakan sangat pasal sejarah Port Klang ni..Pokok persoalan di sini ialah nostalgia ketika menghantar rombongan haji ke Mekah.Sejak zaman-berzaman dulu lagi orang naik haji menggunakan kapal layar. Itu cerita biasa. Tapi masa British dulu orang-orang Telok dan Malaya amnya belayar ke Mekah menggunakan kapal haji.Tempat naiknya..sememangnya  di Port Sweetenham. Masa tu sapa-sapa yang naik haji memang diraikan oleh orang kampung sama ada masa perginya dan juga masa balik ke kampung. Begitu sekali penghormatan orang kampung Telok pada  Tuan Haji dan  Mak Hajjah. Kenduri doa selamat dah tentu ada.Dipasang  pula sepanduk mendoakan agar mendapat haji yang mabrur, begitu juga time diorang balik. Korang tanyalah atuk nenek yang pernah ke Mekah masa dulu-dulu. Siap bawa periuk belanga..batu lesung pun naik sekali..maklum ler perjalanan pergi dan balik ke Mekah memakan masa tiga bulan.Mesti packing stok 3 bulan..kalu tidak apa nak dimakan? Butiran tentang kehidupan diorang dalam kapal aku tak ingat secara terperinci..dah lupa...lama sangat dah! Tapi yang pasti mana ada pakej-pakej haji macam sekarang ini!

 Masa menghantar, punyalah ramai manusia! Macam pergi tak kembali jer!macam ulat taik! (Maafkan ler bahasa aku)  Masa tu rombongan menghantar jemaah haji dibenarkan masuk ke dermaga sampai tempat kapal parking. Sekarang sampai kat pagar jer ...Berapa banyak kapal haji aku tak tahu ler..korang buat ler research sikit kat internet. Ramai yang meleleh air mata..



Lepas tahun 71, aku tak dengar lagi  cerita tentang pergi haji naik kapal...aku rasa masa tu LUTH (Lembaga Urusan dan Tabung Haji dah diwujudkan oleh kerajaan..kerajaan dah putuskan semua penerbangan ke Mekah menggunakan pesawat MAS..Sejak itu Port Klang sebagai terminal haji hanya tinggal kenangan  orang tua-tua Telok.

Rabu, 29 Jun 2011

Senarai Penghulu Telok Panglima Garang

Berikut adalah antara nama-nama tokoh berpengaruh di Telok suatu masa dulu yang pernah berkhidmat dan berbakti sebagai Penghulu semasa pemerintahan Inggeris di Selangor. Tak diketahui  tarikh dan tempoh perkhidmatan mahupun biodata individu-individu ini. Mohon dapat ahli keluarga mereka menceritakan kisah hidup arwah datuk-datuk mereka untuk dikongsi bersama oleh generasi Telok kini. Apa-apa pun, Alfatihah kita sedekahkan buat roh-roh mereka, moga ditempatkan Allah bersama-sama para nabi dan syuhada.Harap ada pihak lain yang dapat menjalankan kajian ilmiah tentang Telok.

SENARAI NAMA PENGHULU YANG PERNAH BERKHIDMAT :
BIL
NAMA
1
Penghulu Raja Makmur
2
Penghulu Haji Jaafar
3
Penghulu Sheikh Abdullah
4
Penghulu Ngah
5
Penghulu Osman
6
Penghulu Raja Idris
7
Penghulu Syed Hashim
8
Penghulu Abdullah
9
Penghulu Wan Hamid
10
Penghulu Omar
11
Penghulu Wan Hassan
12
Penghulu Abu Bakar
13
Penghulu Muhammad Bandar
14
Penghulu Hamzah bin Abdullah
15
Penghulu Faidzullah
16
Penghulu Mohd Salleh bin Abdul Rahman
17
Penghulu Aziz bin Kasim
18
Penghulu Abdul Hamid
19
Penghulu Haji Mohd Halil bin Selamat
20
Penghulu Haji Mahadzir bin Abu Samah (16 September 1999 - 31 Disember 2005)
21
Penghulu Faisal bin Yahya (1 Januari 2006 - 15 Ogos 2008)
22
Penghulu Haji Mat Isa bin Harun (16 Ogos 2008 - )










































Pernah Memegang Jawatan Penghulu:
Raja Ibrahim
Raja Mamor Bin Raja Ismail
Enche Mohamed Jaffar
Mohamed Jaffar bin Haji Abdul Rahman
Inche Ibrahim bin Jaafar
Che Abdullah bin Sheik Hassan
Che Abdul Ghani bin Latif(?)


Pernah Memohon Jawatan Penghulu:
Raja Aziz
Raja Tahir bin Raja Khamsah
Haji Mohamed Tahir
Inche Abdul Karim bin Duaji
Che Abdul Ghani bin Latif
Mahomed Saman(?)


Sumber: Arkib Negara

Application by Inche Ibrahim bin Jaafar, Class III B Teacher, Malay School, Tanjong Duablas for post of Penghulu, Telok Panglima Garang
Raja Ibrahim, Penghulu of Telok Panglima Garang. Dismissal of;
Appointment of Raja Mamor Bin Raja Ismail as Penghulu Telok Panglima Garang vice Raja Ibrahim dismissal
Report against Raja Mamor, Penghulu of Telok Panglima Garang
Enche Mohamed Jaffar, Penghulu, Telok Panglima Garang - Loan of $500
Retirement of Mohamed Jaffar bin Haji Abdul Rahman, Penghulu, Grade I, Telok Panglima Garang, District Office, Kuala Langat
Application by Che Abdullah bin Sheik Hassan, Penghulu Telok Panglima Garang for a loan of $1,500 to build a house


Permohonan:
Raja Ibrahim Penghulu Teluk Panglima Garang - Applies for advance of $160
Application from Raja Tahir bin Raja Khamsah for the penghuluship of Telok Panglima Garang
Application by Raja Aziz, Draftsman, Grade IV, Survey Office, Kuala Selangor for the post of Penghulu, Teluk Panglima Garang
Application by Inche Abdul Karim bin Duaji, Malay Writer I for post of Penghulu, Telok Panglima Garang
Payment of an allowance to Che Abdul Ghani bin Latif for work during the time he was acting as Penghulu, Telok Panglima Garang


Cadangan:
Forwards a letter from Mahomed Saman of Teluk Panglima Garang asking that a Penghulu may be appointed at that place
Teluk Panglima Garang - Recommends appointment of Raja Ibrahim as Penghulu of
Asks that the post of Penghulu Telok Panglima Garang, be given to his son, Haji Mohamed Tahir

Bellfield Bridge, Klang

Aku teringat masa kecik-kecik dulu, Klang memang tempat lepak aku berbanding Banting...maklum ler Klang bandar Banting pekan jer..sure aku pergi ke bandar..macam-macam ada... Klang terbahagi dua, Klang Utara dan Selatan..yang menyambungkannya jembatan besi macam jambatan Bailey.. jambatan yang pertama merentangi Sungai Klang yang telah disiapkan pada September 1908 oleh jurutera George Dearie Russell dan James Graig daripada The Federated Engineering Company, kroni Mat Salleh ler. Panjang jambatan ini sejauh 560 kaki dengan kos pembinaan sebanyak $143.633.Way,way back down the history lane, masa moyang aku tengah kiut-miut, mana ada jambatan? Kalau larat berenang ler..tapi mat salleh ada buat khidmat feri  di Pengkalan Batu kat Jalan Tepi Sungai,seberang Klang Selatan dan tepi Pasar Jawa kat sebelah Klang Utara.. 

Sekarang ini, Jambatan Kota hanyalah ikon pelancongan Selangor sahaja kerana.hanya tingkat bawahnya sahaja yang masih digunakan..Klang kini dah ada jambatan konkrit yang baru dan dengar cerita akan dibina jambatan ketiga .Bila? Wallahualam......Jauh benar Klang berubah....

Klang tahun 1870


 






 Jurutera George Dearie Russell




keratan akhbar tentang jambatan belfield



Berakhirnya hayat jambatan Belfied pada tahun 1953 apabila runtuhnya galangnya ke dalam sungai Klang. 
















Selasa, 28 Jun 2011

Lagi tentang Telok dari Arkib Negara 6

Keputusan Carian

Keputusan 21 - 27 daripada 27 untuk carian "Teluk panglima garang"
 
Application for alteration of special conditions on his land Lot 1700, Entry Mukim Register 4007, Teluk Panglima Garang Mukim, Kuala Langat

(No. rujukan: 1957/0237834; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Sale of land held under Entry Mukim Register 3141, Teluk Panglima Garang Mukim belonging to Lee Chien

(No. rujukan: 1957/0280159; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Application by Towkay Tan Oo of Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, for an agricultural loan of $700/-

(No. rujukan: 1957/0279002; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Sale of Entry Mukim Register 5072, Teluk Panglima Garang Mukim belonging to Theo Chee Nee

(No. rujukan: 1957/0274224; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

TELUK PANGLIMA GARANG, SELANGOR, 2001.

(No. rujukan: 2005/0001652; Jenis bahan: Peta; Negeri: IBU PEJABAT)

PPL. SMK. TELUK PANGLIMA GARANG KUALA LANGAT.

(No. rujukan: 1990/0006587; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Teluk Panglima Garang, 2000

(No. rujukan: 2009/0015356; Jenis bahan: Peta; Negeri: IBU PEJABAT)

Arkib tentangTelok Panglima Garang 5

Balai Polis Teluk Panglima Garang. Tarikh Balai - Ibu Pejabat Polis Daerah Banting, Negeri Selangor.

(No. rujukan: 1998/0010802; Jenis bahan: Gambar Foto; Negeri: IBU PEJABAT)

Sultan Selangor Merasmikan Masjid, Kampung Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor; 19.02.1965
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah merasmikan pembukaan sebuah masjid baru di Kampung Kebun Baru, Batu 9, Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat, hari ini (19 Februari). Gambar menunjukkan Duli Yang Maha Mulia sedang berucap. G.4086 (N.1085/88)
(No. rujukan: 2001/0029758; Jenis bahan: Gambar Foto; Negeri: IBU PEJABAT)

Raja Ibrahim Penghulu Teluk Panglima Garang - Applies for advance of $160

(No. rujukan: 1957/0047473; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Permission to auction four village lots at Teluk Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0115897; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Sanction to sell the old School House at Teluk Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0164890; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Application by Raja Aziz, Draftsman, Grade IV, Survey Office, Kuala Selangor for the post of Penghulu, Teluk Panglima Garang

(No. rujukan: 1957/0207759; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
         

Carian tentang Telok di Arkib Negara 4

Forwards a letter from Mahomed Saman of Teluk Panglima Garang asking that a Penghulu may be appointed at that place 

(No. rujukan: 1957/0011166; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 



Submits for the Resident's consideration the following rates of assessment for waste lands at Teluk Panglima Garang Mukim

(No. rujukan: 1957/0031635; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Asks sanction to erect the school provided for in the current year's estimates at Teluk Panglima Garang instead of Bandar as stated in the estimates.

(No. rujukan: 1957/0032245; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
"Submits plan for proposed Vernacular School at Teluk Panglima Garang Kuala Langat

(No. rujukan: 1957/0032620; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards one tender for the construction a vernacular school at Teluk Panglima Garang Kwala Langat

(No. rujukan: 1957/0032808; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards three tenders for the execution of a vernaculars school at Teluk Panglima Garang K.Langat

(No. rujukan: 1957/0032882; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards 2 tenders for the execution of school & masters quarters at Teluk Panglima Garang at K.Langat

(No. rujukan: 1957/0033068; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Raja Soh bin Raja Kahar owns a piece of land in the Teluk panglima Garang Mukim without title - Suggests that three years back rent re be recovered

(No. rujukan: 1957/0033362; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 
Mohamed Salleh - Appointment of as teacher in the new school at Teluk Panglima Garang - Asks to sanction.

(No. rujukan: 1957/0036767; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 




Teluk Panglima Garang - Recommends appointment of Raja Ibrahim as Penghulu of

(No. rujukan: 1957/0036028; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 

Carian Teluk di Arkib 3


KEPUTUSAN CARIAN

Keputusan 1 - 10 daripada 1526 untuk carian "Teluk"
 
Concerning the opening up the Country to Bandar Langat
Memaklumkan bahawa telah menyuruh 10 orang sakai pergi ke Teluk Panglima Garang untuk merintis pembuatan jalan ke Bandar Langat Surat; Minit Bahasa Inggeris Perks, Arthur J; Rodger, J.P; Collector And Magistrate, Klang; Acting Resident Selangor; Teluk Panglima Garang
(No. rujukan: 1957/0002886; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 
Describing a Journey overland from Teluk Panglima Garang to Pencallan Batu
Lapuran berkaitan lawatan dan perjalan dari Teluk Panglima Garang ke Pengkalan Batu Surat Bahasa Inggesris Perks Anthur; Rodger, J.P.; Talbot; Suprintendent Public Work Department, Kuala Lumpur.
(No. rujukan: 1957/0003055; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 
Report on the track from Telok Panglima Garang to Klang
Laporan keadaan jalan dari Teluk Panglima Garang ke Kelang yang becak teruk kerana hujan Surat; minit Bahasa Inggeris Bellamy, G.C.; Bellamy, H.F.; Rodger, J.P.; PWD, Kuala Lumpur
(No. rujukan: 1957/0004378; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Official Journal for July 1885
laporan kerja rasmi bagi bulan Julai 1885 oleh Collector & Magistrate,Klang. Laporan; Surat. Bhs Inggeris. Bellamy G.F; Rodger J.P; Raja Noosa; Raja Sulaiman. Collector & Magistrate Jugra; Teluk Panglima Garang; Tanjung Duabelas.
(No. rujukan: 1957/0004441; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...